Anda di halaman 1dari 97

BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 18)

236. Mangsa Raja Sihir


237. Di Resapi Semangat Harimau
238. Terjengil Biji Mata
239. Darah Lengan Sebagai Imbalan
240. Di Pegang Jin Tanah
241. Dendam
242. Jasad Jadi Batang Pisang
243. Tepuk Bumi Petaka Tiba
244. Rahsia 3 Manusia Jahanam
245. Baju Koyak Azimat Berterabu
246. Missing Files!!
247. Di Ancam Dengan Parang Panjang
248. Tunggang Harimau Lintas Jalan
249. Makan Bersama Di Rumah Tajuddin
Siri.236 : Mangsa Raja Sihir

Buat beberapa detik terasa cemas. Kuku di hujung di kelingking terus digigit. Bermacammacam
perkara buruk bermain di kepala. Semuanya berkisar tentang hal diri. Apakah kami boleh
melepaskan diri dari dikuasai lelaki berdarah dahi. Apakah selepas ini masih ada perkelahian
yang tidak diminta ?

Perkara itu berlaku waktu malam ?

Saya kira, si pemandu sengaja mengemukakan pertanyaan demikian untuk memancing


rahsia. Lelaki berdarah dahi masuk perangkap. Pertanyaan itu membuat dia termenung seketika.
Macam ada sesuatu yang difikirkannya.

Iya, betul, jawab lelaki berdarah dahi.

Perkara itu terjadi di depan mata kamu ?

Iya, lelaki berdarah dahi anggukkan kepala.

Si pemandu menarik nafas dalam-dalam. Kemudian berdehem beberapa kali sambil


menjeling ke arah saya. Semasa mengalihkan pandangan merenung ke arah kawasan yang
ditumbuhi pepohon renek, renungan kami bertembung. Tanpa disengajakan, masing-masing
melepaskan senyum yang dibalut keraguan terhadap lelaki berdarah dahi.

Kamu kagum dengan kebolehan mereka?


Iya, angguk lelaki berdarah dahi.

Seterusnya, kamu berjinak-jinak dengan mereka untuk menuntut ilmu harimau


jadijadian, si pemandu terus bertanya.

Betul, lelaki berdarah dahi mengaku macam orang bodoh.

Kamu tahu, orang itu boleh menjadi harimau pada waktu malam, waktu siang ilmu itu
tidak menjadi.

Tak tahu, berkali-kali lelaki berdarah dahi gelengkan kepala.

Dia macam terkejut.

Orang tu tak beritahu kamu?

Lelaki berdarah dahi gelengkan kepala.


Ertinya, kamu belajar ilmu setengah tiang, si pemandu terus memperkecilkan lelaki
berdarah dahi. Saya ketawa dan sikap saya itu memang tidak disenangi oleh lelaki berdarah dahi.
Rasa marah dan geram dilahirkannya dengan satu jelingan yang tajam.

JELING

Menyedari kesalahan itu, saya segera menundukkan kepala. Merenung rerumput di kaki. Tidak
berani menentang sinar matanya yang tajam penuh dengan api kemarahan.

Dengan ekor mata saya menjeling ke arah lelaki berdarah dahi. Dia masih marah. Jalan
tengah segera diambil. Wajahnya saya tatap bersama senyum persahabatan dan kemaafan. Niat
baik dipersendakan. Sungguh menyakitkan hati. Dia menjuihkan bibir ke arah saya.

Eh. Si pemandu memetik jarinya ke arah lelaki berdarah dahi. Satu perbuatan yang
memang tidak disenangi. Nasib baik lelaki berdarah dahi tidak menunjukkan tindak balas agresif.
Kalau tidak, perkelahian yang padam akan kembali menyala.

Kau nak cakap apa ? Tiba-tiba saja lelaki berdarah dahi menyergah si pemandu.

Kamu tahu, ilmu dua lelaki yang boleh menjadi harimau itu tak mampan buat Tuan Syed.
Dia boleh mengatasi kebolehan mereka, kata si pemandu.

Saya tidak tahu, apakah cakap itu benar atau sekadar memperdayakan lelaki berdarah dahi
tadi. Tetapi apa yang pasti, setelah mendengar si pemandu, lelaki berdarah dahi terus kerutkan
dahi.

LANGIT

Dua tiga kali dia renung ke dada langit, melihat gumpalan awan yang bergerak perlahan ke arah
laut. Sesekali merapatkan sepasang kelopak matanya dari dimasuki debu yang dibawa angin
petang yang bertiup agak kencang.

Kamu jangan cuba mempermainkan aku, secara mendadak lelaki berdarah dahi bersuara
separuh menjerit. Mungkin dia berbuat demikian kerana mahu menutup kelemahan dirinya.

Terpulanglah pada kamu, sama ada mahu percaya atau tidak, satu jawapan tegas. Lelaki
berdarah dahi menggosok pangkal hidungnya dua tiga kali. Kemudian dia menggelengkan
kepala.

Mustahil Tuan Syed mempunyai ilmu setinggi itu.

Terpulang, balas si pemandu.

Saya semakin bertambah bingung menghadapi suasana yang dikira serba tidak kena.
Kenapa mesti banyak bercakap daripada bertindak, fikir saya dalam hati.
Muka si pemandu saya renung. Mata pun saya kenyitkan. Maksudnya saya mahu dia
bertindak lebih pantas menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Si pemandu mengerti
keinginan saya.

Tamar, kamu sayang datuk kamu? muncul pertanyaan dari si pemandu yang nampaknya
resah.

Kamu jangan bergurau,

Aku tak bergurau, kalau kamu sayang ikut aku. Jangan banyak berdalih, mari kita bantu
dia bersama Tuan Syed, Si pemandu minta sebuah kepastian
.
Saya tiada pilihan lain, mesti patuh dengan ajakkannya. Saya kira lelaki berdarah dahi juga
tidak dapat menolak. Dia terpaksa menolong si pemandu yang satu merga dengannya. Malah
kawan seperguruan semasa menuntut di Kasiran Sumatera Utara satu ketika dulu.

Apa yang ditunggu lagi Tamar, mari.

Ayuh, saya menjawab.

Dan kami pun melangkah serentak dengan pantas sekali.

Aku ikut sama, jerit lelaki berdarah dahi.

Dia yang ketinggalan beberapa langkah di belakang mempercepatkan langkahnya hingga


menyamai langkah di pemandu dan saya. Tetapi, apa yang dirasakan sungguh ganjil. Macam ada
sesuatu yang tidak betul.

Si pemandu yang menjadi kepala jalan seperti kehilangan arah. Rasanya, sudah jauh benar
berjalan hingga seluruh tubuh berpeluh. Tetapi, bila menoleh ke belakang batu besar masih dekat
dengan kami.
PELUH

Dalam erti kata lain, langkah kami tidak ke mana-mana. Masih berlegar-legar sekitar batu besar.
Pada hal kami bertiga terasa amat penat sekali. Peluh yang keluar, usah dikira, kalau
dikumpulkan hampir setengah baldi.

Kita berhenti, aku penat, dalam keadaan tercungap-cungap saya memberitahu si


pemandu. Keluhan itu disokong oleh lelaki berdarah dahi.

Dan si pemandu terus simpati, langkah perjalanan segera dimatikan. Kami bertiga tersadai
dan terbaring atas rumput di kawasan lapang merehatkan diri dari kepenatan.

Tamar,

Iya, kenapa?
Dalam kepenatan yang belum berakhir itu, maka si pemandu saya renung. Dia nampak
keletihan sekali. Nafasnya tercungap-cungap. Sedangkan lelaki berdarah dahi dengan tenang
mendepangkan sepasang tangannya atas rumput.

Aku rasa kita diperdayakan orang Tamar.

Boleh jadi, balas saya.

Si pemandu terus mengesat peluh yang mengalir di kiri kanan keningnya dengan telapak
tangan. Buat seketika, tidak ada komentar yang lahir dari mulut lelaki berdarah dahi.

Suasana hari terus beranjak ke petang. Dalam tempoh beberapa jam lagi, matahari pasti
jatuh di kaki langit. Dan dewi senja mengambil alih tugas dari matahari. Kalau suasana hari
sudah didatang berbunga senja, segala-galanya akan menjadi sukar.

SUASANA

Usaha mencari datuk dan Syed Hamid Al-Hadad akan menjadi bertambah sulit. Satu
perbincangan kecil segera diadakan antara saya dengan si pemandu. Lelaki berdarah dahi hanya
mendengar saja.

Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk kembali semula ke arah batu besar, tempat di
mana kami mula bertolak tadi.

Sambil menyandarkan badan ke batu besar, langit yang terbentang luas menjadi habuan
mata. Keluang dan bangau terbang tinggi bagaikan berlumba-lumba di awan.

Suara agak liar jelas kedengaran. Bunyi deru kenderaan yang lalu di jalanraya di balik
terus menyumbat lubang telinga.

Bagaimana semuanya ini boleh berlaku? terhambur pertanyaan dari kelopak bibir. Muka
si pemandu saya renung. Dan si pemandu pula merenung muka lelaki berdarah dahi. Pokoknya,
wajah kami terus dibalut keresahan. Terus diselubungi kecemasan dan ketakutan.

Kita disihir, Terpancut kata dari sepasang bibir tebal lelaki berdarah dahi.

Kenapa kamu cakap macam tu? Soal si pemandu sambil melagakan gigi atas dengan gigi
bawah berkali-kali. Tiada daya dia menyembunyikan rasa marah dan geram.

Tiada jawapan yang diberikan oleh lelaki berdarah dahi. Si pemandu bergerak ke kanan
dan ke kiri. Akhirnya berhenti dan berdiri di sebelah kanan saya. Sepasang matanya kembali
tertumpu kulit muka lelaki berdarah dahi.

Tentu ada sebab kamu cakap macam itu. Kalau tak ada angin, mana mungkin pokok
bergoyang. Cakap sekarang, keras benar tekanan nada suara si pemandu. Tiada reaksi dari lelaki
berdarah dahi. Hati si pemandu terus membara.
Cakap, bedebah.

Telapak tangan kanan pemandu yang kasar dan lebar jatuh ke atas bahu kiri lelaki berdarah
dahi. Cengkaman dari lima jari yang panjang dengan otot-otot yang menonjol di belakang tangan
membuat lelaki berdarah dahi merendahkan tubuhnya menahan rasa sakit. Wajahnya nampak
berkerut.

Cakap, si pemandu terus mendesak.

Lelaki berdarah dahi tetap membatu.

Kemarahan terus membakar hati nurani si pemandu. Cengkaman jari-jemarinya semakin


kuat menekan tulang selangka. Makin lama, makin rendah kedudukan lelaki berdarah dahi.
Dengan sekali tolakan, lelaki berdarah dahi. Dengan sekali tolakan, lelaki berdarah dahi terkejut
dan terpampan.

Saya memang merestui tindakan si pemandu. Entah mengapa, saya seperti didorong
sesuatu terus menerpa di sisi lelaki berdarah dahi. Leher bajunya terus dicekak. Wajahnya pucat
lesi.
Jangan bunuh aku, dia merayu.

Baju yang dicekak saya lepaskan sambil kaki menyepak lemah ke punggungnya.
Kamu mesti membantu kami, si pemandu terus mengherdiknya.

Sebenarnya, aku tidak mampu melawan, selain dari ilmu tikus putih, kamu juga
mempelajari ilmu (silat) harimau melindungi anak, ilmu yang tidak ada pada aku, lelaki
berdarah dahi meluahkan sebuah pengakuan.

Si pemandu terus merenung ke arah saya sambil mengangkat tangan kanan separas telinga
kiri, memberi isyarat minta bantuan.

Kamu bercakap jujur dengan kami. Bekerjasama dengan kami. Itu saja yang kami minta,
kata-kata itu terhambur dari mulut sebagai memenuhi isyarat dari si pemandu.

Bantulah kami, saya terus merayu dan memujuk.

Tiada jawapan yang diberikan. Lelaki berdarah dahi lebih menggigit ibu jari dari
memberikan perhatian terhadap kata-kata yang saya hamburkan.

PUJUK

Walau apapun, saya memang mengharapkan pujukan itu akan berhasil. Kalau tidak berhasil, saya
dan si pemandu akan menghadapi jalan sukar. Mungkin nasib Syed Hamid Al-Hadad dan datuk
akan menjadi lebih teruk lagi.

Saya bersetuju bekerjasama dengan kamu berdua.


Satu jawapan yang memang diharapkan. Saya dengan pemandu berbalas senyum dan
bertepuk bahu antara satu sama lain.

Dengan ikhlas, tanya saya.

Sudah tentu, sahut si pemandu.

Kami bertiga terus berjabat tangan. Kemudian berpelukan penuh kemesraan sambil
membulatkan azam untuk melawan musuh.

Ceritalah, apa yang kamu tahu, sengaja saya lembutkan tekanan nada suara. Penuh
diplomasi.

Semuanya sudah diatur. Sejak kami tahu Syed Hamid Al-Hadad melalui jalan ini untuk ke
Medan. Semua persiapan sudah kami aturkan...... lelaki berdarah dahi berhenti bercakap.

Dengan penuh sopan dia mengajak saya dan si pemandu duduk atas batang nibung yang sudah
lama rebah. Sudah tentu permintaannya tidak kami tolak begitu saja. Kami juga mengharapkan,
semoga dia tidak berdalih atau berhelah.

Semoga dia tidak akan mengambil kesempatan dari kebaikan kami untuk
memperlambatkan apa yang bakal kami lakukan. Dengan berhelah atas berdalih boleh
membuatkan kami terleka.

Dan masa akan terus berjalan menuju ke senja, akhirnya menyambut malam. Bila hal ini terjadi,
akan memberi kesempatan kepada dua lelaki yang memburu Syed Hamid AlHadad menjadi
harimau.

Andainya, dua lelaki itu boleh menukarkan bentuk tubuhnya dari manusia menjadi
harimau. Sudah pasti, Syed Hamid, datuk, si pemandu dan saya tinggal nama saja.

Cakaplah cepat, jangan berbelit-belit dan bercerita tentang kisah lain, dengan pantas saya
memotong, bila menyedari yang lelaki berdarah dahi memulakan cerita tentang keturunan yang
tidak ada kena mengena dengan perkara yang sedang dihadapi.

Sialnya, lelaki berdarah dahi senyum sinis. Hati saya terbakar dibuatnya.

Masa semakin suntuk, tekan saya meninggi.

Tahu, jawabnya acuh tak acuh.dua tiga kali, dia meraba dan menggosok-gosok hujung
dagunya dengan kuku jari kelingking.
Memang menyakitkan. Tindak-tanduknya mengundang kemarahan saya dan si pemandu.
Tetapi, kami berdua masih dapat mengawal perasaan. Tidak ada gunanya berkeras boleh
menimbulkan ketegangan. Bila ini terjadi, tiada siapa yang untung dan orang yang paling rugi
kami berdua.

Kalau terus begini, diri kita semua yang celaka. Ungkapan yang dihamburkan oleh si
pemandu membuat saya menghela nafas panjang. Tidak menolak kemungkinan perkara itu
berlaku. Lelaki berdarah dahi mendongakkan mukanya ke dada langit.

Barangkali dia melihat langit biru dan awan gemawan yang putih berarak lembut.
Mungkin juga mencari ilham untuk membuat keputusan yang bakal diambil. Hembusan angin
semakin rancak menyentuh pepucuk daun sekitar.

Ceritalah, apa yang kamu tahu. Sebuah rayuan bersama air muka minta dikasihani dari si
pemandu.

Ternyata taktik ini berkesan.

RENUNG

Lelaki berdarah dahi renung kiri, renung kanan. Kemudian dia mendongak wajah ke langit
macam tadi. Bagaikan ada sesuatu yang dicarinya. Dua langkah pula dia undur ke belakang.
Dengan cepat dia menukar tempat.

Berdiri di tengah-tengah, antara saya dan si pemandu, saya kira ini satu perbuatan yang
luar biasa. Dan saya tersenyum, bila dia menjolok lubang hidungnya yang luas dengan jari
telunjuk.

Uhhu..........

Tanpa memberi sebarang amaran, lelaki berdarah dahi melepaskan dua penumbuk
serentak, kiri dan kanan pada perut kami. Hasilnya, saya dan si pemandu tersedak dan batuk
panjang. Air liur bersemburan dan mata terus berair. Perut terasa sakit (senak) yang amat sangat.
Tidak dapat menegakkan tubuh, terpaksa membongkok menahan sakit.

Di saat hati tertanya-tanya. Kenapa perkara begini dilakukan, lelaki berdarah dahi terus
mengeluarkan arahan yang agak ganjil dan dan aneh bunyinya.

Buka baju kamu berdua.

Arahan itu segera dipatuhi.


Sapukan ke muka kamu berdua, inilah usaha terakhir kita, tambah lelaki berdarah dahi.
Seperti tadi, arahannya kami patuhi tanpa memikirkan buruk baiknya.

Kami bagaikan dipukau. Mengikut apa saja arahan darinya. Bila semua arahannya
dipatuhi, pandangan saya jadi samar-samar. Lubang hidung terus disumbat dengan bau cabai
kering dan bawang bakar. Lagi sekali kami berdua tersedak serentak.

Keadaan ini memang tidak disenangi, ada keraguan dalam sanubari. Mungkin ini satu
helah untuk memerangkap saya dan si pemandu. Dan ini mungkin amaran secara halus, seolah-
olah memberitahu, pintu kematian sudah berada di depan kami.

Si pemandu menggigit bibir sambil merenung ke langit. Matahari sudah condong benar.
Sinarannya tidak segarang tadi. Percayalah, dalam sedikit masa lagi, matahari pasti terbenam di
kaki langit. Senja pasti datang berlenggang. Ketika itu, semua usaha tidak bermakna lagi.

Ada tercium bau bawang dan cabai kering terbakar.

MENGGIGIT

Suara dari lelaki berdarah dahi, membunuh kesangsian yang berbunga dalam dada. Si pemandu
saya lihat menggigit hujung jari sambil mengecilkan kelopak mata kanannya. Pasti, dia masih
ragu-ragu untuk menjawab pertanyaan yang diajukan oleh lelaki berdarah dahi yang nampak
masih berdiri dalam keadaan bersahaja.

Ada.
Saya mendahului si pemandu memberikan jawapan.

Ertinya, pantang dan petua berjaya saya tawarkan, lelaki berdarah dahi bersuara lantang.
Ada tanda kepuasan bermain dimukanya. Buat beberapa minit, dia berlari dan mengelilingi batu
besar berulang kali.

Gila, saya merungut.

Kita tengok dulu, balas si pemandu.

Kalau tidak silap menurut hitungan rambang, tujuh kali lelaki berdarah dahi mengelilingi
batu besar. Dalam keadaan yang amat penat dia melangkah longlai ke arah kami, sebaik sampai
dia terus rebah di bumi, kira-kira setengah kaki dari hujung jari kaki kami.

Berguling-guling sambil memeluk sepasang lutut. Bunyi nafasnya cukup keras macam
bunyi nafas kerbau yang sedang marah.

Kalau pada mulanya, dia menggulingkan tubuh di bumi dengan penuh tenaga dan cepat,
begitu juga dengan bunyi nafas. Tetapi, setelah sepuluh minit masa berlalu, gulingannya tidak
sehebat tadi. Begitu juga dengan bunyi nafasnya. Semakin lama, semakin lemah dan akhirnya
terus berhenti.
Siri.237 : Diresapi Semangat Harimau
Lelaki berdarah dari terus lembik, macam batang pisang. Sepasang kaki dan tangannya
tergedang. Muka dan tubuh tengadah ke langit. Dadanya berombak lemah, menarik dan
melepaskan nafas.

Saya dan pemandu tidak dapat berbuat apa-apa. Kami sekadar memerhatikan saja. Dua
tiga helai dedaun kering yang lekang dari tangkainya melayang-layang di udara, sebelum jatuh di
permukaan bumi.

Haaa......... saya menjerit terkejut.

Kenapa, Tamar?

Cuba kamu tengok tangan dan kakinya,

Saranan saya segera dipatuhi oleh si pemandu. Matanya, terus merenung ke arah kaki dan
tangan lelaki berdarah dahi yang tergedang. Dia mengerutkan dahinya, kemudian merenung ke
arah saya semula.

Tak ada apa-apa, Tamar.

Cuba renung baik-baik dan lama sikit, kata saya.

Macam tadi, si pemandu terus mematuhi saranan saya. Kali ini, agak lama juga dia
merenung ke arah tangan dan kaki lelaki berdarah dahi. Wajahnya nampak cemas sekali.
Renungannya segera diarahkan kepada saya. Kami berpandangan, bagaikan tidak percaya
dengan apa yang kami lihat.

Kaki dan tangannya berbulu, berbelang-belang macam harimau. Benarkan apa yang aku lihat
atau sekadar pandangan saja, Tamar, si pemandu minta sebuah kepastian.

Apa yang kamu tengok, itulah jugalah yang aku tengok, tutur saya.
Kita terperangkap Tamar.

Aku juga berpendapat macam tu.

Apa yang mesti kita buat, Tamar?

Sabar, biar aku cuba mengatasinya.

Si pemandu anggukkan kepala. Seolah-olah menyerahkan sebuah tugas untuk saya atasi, walau
dengan apa cara sekalipun. Satu tugas yang berat tetapi, perlu diselesaikan untuk menambahkan
keyakinan kepada si pemandu bahawa saya memang berkebolehan dan bukan sekadar cakap
saja.
Dengan tenang saya menyinsing sepasang baju hingga paras siku. Membongkok, melipatkan
kaki seluar kiri hingga paras lutut. Tujuh helai rambut di ubun-ubun terus dicabut sekaligus.
Tujuh helai rambut disimpul satu-satu. Dan akhirnya diselitkan di celah gigi bawah.

Semua pergerakan diperhatikan oleh si pemandu dengan teliti. Ada ketikanya dia menggaru
pangkal dagu, membayangkan dirinya berada dalam keresahan. Mungkin juga tidak begitu yakin
dengan keupayaan saya mengatasi masalah ini.

Beberapa gerak dan langkah yang diatur dan disusun ternyata tidak selari apa yang diingini dan
dipelajari. Terpaksa diulangi kembali. Sudah tentu perkara ini membosankan si pemandu.
Kenapa langkah yang sama diulang-ulang Tamar.

Aku terlupa, kau sabarlah. Ini petua, kalau tak menjadi tak mengapa, kita lari saja.

Haaaaa................. si pemandu membeliakkan biji matanya ke arah saya. Dan saya dengan
senyum sinis.

PETUA

Setelah diulang berkali-kali. Petua yang dikutip dari datuk dapat disempurnakan dengan
sebaiknya. Dan ketika kata sumpah menghalang manusia bertukar menjadi harimau mahu
dilafazkan, lelaki berdarah dahi yang terkapar di rumput terus menjerit. Dia melompatlompat dan
berguling-guling di tanah, macam kucing mandi pasir.

Saya terkejut jadinya. Si pemandu lagi terkejut. Badannya kelihatan menggigil semacam.
Apa yang kau baca, Tamar.
Mantera dalam bahasa Melayu, tidak berlawan dengan hukum Allah. Aku mohon pada
Allah, kata saya.

Hissss................., si pemandu mendengus.

Saya menarik nafas kecewa. Usaha ini ternyata gagal. Mungkin ketika bermohon pada
Allah sebentar tadi, tidak sepenuh dan seikhlas hati. Disulam dengan rasa sangsi. Jadi saya harus
berusaha dan berikhtiar cara lain. Lelaki berdarah dahi terus berguling-guling di tanah.

Tangannya, mencakar apa saja. Kuku tangan dan kakinya mula terkeluar. Memang ada usaha
darinya untuk mencakar dan mengoyakkan seluar yang kami pakai. Saya dan si pemandu
berusaha menjauhkan diri darinya.

Tolong saya, kalau saya tahu begini jadinya, tidak saya tawarkan kawasan ini. Ilmu
saya makan diri kerana melanggar janji, siapa di antara kami mengkhianati sumpah inilah
jadinya, sambil berguling-guling dan menghempaskan tubuh di bumi, lelaki berdarah dahi dapat
berkata-kata. Suaranya tersekat-sekat.
Saya lihat ke dada langit, awan masih macam tadi. Tetapi, matahari kian condong,
kedudukannya kelihatan sama tinggi dengan pucuk meranti di puncak bukit.

Terdengar suara kumpulan gagak liar bersahut-sahutan, disambut dengan jeritan


kumpulan monyet dan mencari tempat berlindung. Deru kenderaan sudah jarang kedengaran dan
tempatnya, digantikan oleh ngauman harimau dan tempikkan gajah. Terasa suasana yang
dihadapi tidak menyebelahi kami.

Tolong Tamar, jangan jadikan saya sengsara seumur hidup. Saya tak mahu kaki dan
tangan saya jadi macam harimau, lelaki berdarah dahi merayu dan terus menangis teresakesak,
saya langgar sumpah, kerana mahu menolong awak berdua, tolong pulihkan saya. Carilah
sesiapa yang boleh menolong saya, sambung lelaki berdarah dahi.

Dalam esak tangisnya itu, sesekali bagaikan terdengar suara ngauman harimau dari
mulutnya. Dia berusaha untuk memegang mana-mana bahagian kaki saya dan si pemandu.
Dengan sedaya upaya saya cuba mengelak supaya kuku jari kaki dan tangannya yang bertukar
menjadi kuku harimau dari mencakar kaki.

Setiap kali saya mengelak, sama ada mengundur atau bergerak ke kiri dan kanan. Si
pemandu saya ajak bersama. Bila kukunya mengenai mana-mana bahagian tubuh, maka tempat
yang kena sentuhan akan bertompok dengan bulu roma tebal yang menyerupai bulu harimau.

TUBUH

Dalam keadaan yang tidak begitu membahagiakan itu. Saya bisikkan kepada si
pemandu. Bahagian tubuh yang sering menjadi sasaran orang seperti itu (lelaki berdarah dahi)
ialah di pangkal belikat, bahagian belakang, bawah pusat hingga membawa ke bahagian atas alat
kelamin.

Pangkal tengkuk, pangkal paha kiri juga menjadi sasaran. Tempat-tempat tersebut
menurut ilmu perubatan Melayu tua merupakan himpunan atau jalur saraf yang agak
penting dalam tubuh. Jika salah satu daripada saraf itu rosak akan mendatangkan gangguan
fikiran pada seseorang. Malah akan menyuburkan bulu-bulu roma baru akibat kesan yang
dicakar lelaki berdarah dahi.

Tolong saya, rayunya.

Tanpa diduga, dia menerkam ke arah kami sambil mengembangkan lima jarinya yang
berkuku harimau ke arah muka saya. Bagaikan kucing dipulas ekor, saya melompat tinggi. Si
pemandu saya tarik hingga dia terjatuh di sebelah kanan.

TERKAPAR

Kerana saya dan pemandu cepat mengelak. Menyebabkan lelaki berdarah dahi jatuh betulbetul di
tempat di mana saya berdiri. Terkapar di situ.
Tolong saya, rayunya lagi.

Saya membisu dan bergerak ke belakang, meninggalkan lelaki berdarah dahi yang
tercungap-cungap itu agak jauh. Melihat saya, tidak begitu berat mengambil tahu rayuan lelaki
berdarah dahi, si pemandu tergamam dan kebingungan.

Kenapa tak tolong dia Tamar.


Merbahaya.

Tapi, dia sudah banyak kali merayu, kalau begitu biar aku tolong dia, Tamar.

Jangan, tahan saya.

Si pemandu tidak kisah dengan larangan saya. Dia terus melajak ke arah lelaki berdarah
dahi. Sebaik saja sampai, terus membongkok mahu memeluk tubuh lelaki berdarah dahi. Saya
pun segera bertindak. Dengan pantas saya, menerpa ke arah si pemandu. Tubuhnya saya tolak ke
belakang hingga jatuh terduduk.

Aku baru saja beritahu, macam mana merbahaya bila kukunya kena kulit badan kamu.
Apa kamu mahu jadi macam dia, suara jeritan saya bergema menguasai suasana.

Haaa, aku kesian dengannya, sampai terlupa pada cakap kamu Tamar, perlahanlahan si
pemandu bangun. Wajah saya ditatapnya penuh rasa kesal. Bagi memulihkan ketenangan
perasaannya. Dua kali bahunya saya tepuk penuh mesra. Lelaki berdarah dahi masih terkapar di
bumi.
Matahari kian merendah. Bayu yang berhembus terus membawa suara gagak, monyet,
ungka dan sekali-sekali bunyi harimau memanggil anak. Suasana begini seolah-olah
memberitahu kami, masa semakin suntuk. Tak lama lagi senja pasti datang dan berikutnya
malam pula menjatuhkan tirai. Ketika itu segala usaha menjadi punah-ranah.

Sekarang bagaimana Tamar?

Sukar untuk menjawab pertanyaan tersebut. Dua tiga kali lubang telinga yang tidak gatal saya
korek. Si pemandu berlegar-legar di depan. Lelaki berdarah dahi terus merintih. Bunyi suara
harimau semakin jelas. Setiap kali suara harimau berbunyi, lelaki berdarah dahi menjawab
dengan ngauman yang perlahan antara dengar dengan tidak.

Bagaimana Tamar. Kamu harus melakukan sesuatu, si pemandu terus mendesak.

Tak apa..

Apa yang tak apa Tamar, masa semakin suntuk, seperti ada sebuah paksaan dari si pemandu.
Cara ini memang kurang saya senangi. Saya lebih aman melakukan sesuatu tanpa ada desakan
dan paksaan.
Tak apa, biar aku cuba petua ini dulu, aku tahu serba sedikit kerana dulu, aku pernah berkawan
dengan manusia keturunan harimau.

Haa terbeliak biji mata si pemandu. Dia segera menjauhkan diri dari saya.

Aku harap cerita ini tak benar, Tamar, katanya.

Kalau benar bagaimana?

Aku harap kamu tidak membaham aku. Katanya. Saya ketawa kecil. Tetapi, si pemandu

kelihatan serius.

MISAI

Lelaki berdarah dahi terus mengguling-gulingkan tubuh di bumi. Ada perubahan pada dirinya.
Misai, sudah bertukar menjadi misai harimau. Tidak ada lagi kata-kata tolong saya terkeluar
dari mulutnya. Cuma yang ada suara ngauman yang keras. Renungan matanya cukup garang ke
arah saya dan si pemandu.

Saya cuba membaca beberapa potong ayat Al-Quran, semuanya tidak menjadi. Sering terlupa
dan silap. Entah mengapa, seluruh tubuh saya menggeletar. Perasaan jadi cemas semacam. Dan
saya rasakan seperti ada tenaga ghaib meresap ke dalam tubuh. Saya pasti, semangat harimau
mula meresap ke dalam tubuh.

Kalau tidak dikawal. Saya akan memiliki ciri-ciri seperti seekor harimau. Cuma batang tubuh
saja tetap macam manusia. Bagi mengawal diri dan perasaan dari diresapi anasir jahat. Sepasang
kelopak mata segera dirapatkan. Seluruh hati dan perasaan saya serahkan kepada Allah.
Sedikit ruang lapang segera dicari. Di situlah saya duduk bersila dengan mata terpejam. Mungkin
dengan berkat doa serta diizinkan oleh Allah fikiran saya tidak berserabut. Beberapa potong ayat
Quran yang memang sudah menjadi amalan, bila menghadapi saatsaat kesusahan dan godaan
iblis, segera dibaca dengan khusyuk.

Saya berusaha dengan sedaya upaya dan selebihnya saya serahkan pada Allah. Tidak ada apa
dalam batin selain dari Allah yang Maha Besar.

Hasilnya, keadaan diri kembali normal. Tidak resah dan gelisah. Perasaan terasa cukup tenang.
Dada begitu lapang. Saya bagaikan mendapat satu kekuatan baru, penuh yakin pada diri dan
kuasa Allah. Lelaki berdarah dahi yang tangan dan kakinya berbulu harimau. Ternyata sudah
tidak sekuat tadi lagi. Kelihatan amat lemah sekali, suaranya bagaikan tidak bermaya.

Tetapi, gerak matanya liar macam gerak mata harimau kumbang. Tajam menyorot ke setiap sudut
kawasan lapang. Saya pun mengajak si pemandu beredar dari situ. Membiarkan lelaki berdarah
dahi sendirian, berguling-guling di bumi. Kata-kata yang diluahkannya tidak jelas. Dia masih
mengaum macam anak harimau.
Apa kau mahu membiarkan dia terseksa, di situ Tamar, si pemandu kerutkan dahi sambil
merenung ke arah saya penuh kehairanan. Suasana hari bertukar lagi. Senja mula

memperlihatkan bayangnya. Di kaki langit ada awan berwarna kemerah-merahan. Rasa cemas
kembali menguasai diri.

SUNTUK

Keadaan sudah semakin suntuk. Datuk dan Syed Hamid Al-Hadad yang terpisah tidak tahu
cerita. Apakah mereka berdua dalam keadaan selamat atau sebaliknya.

Tamar, apa tindakan kita selanjutnya?

Aku sedang memikirkan sesuatu.

Tapi, masa semakin suntuk. Kalau seluruh tubuhnya bertukar menjadi harimau,
jawabnya kita jadi habuannya, resah benar hati si pemandu.

Saya tidak memberikan sebarang reaksi. Malah terus duduk bersila di bumi. Sepasang
mata dipejamkan. Dalam erti kata lain, saya bertafakur sejenak. Memisahkan diri dan ingatan
dari dunia nyata. Buat kali kedua saya lapangkan hati, lapangkan otak dan perasaan. Semua
tumpuan saya halakan ke arah mata hati Mia, gadis harimau.

Mia pun hadir dalam mata kalbu dengan senyum penuh ghairah.

Memerlukan bantuan? pendek dialognya.

Saya pun angguk kepala.

Kamu dalam bahaya, Tamar.

Macam tadi juga, saya terus anggukkan kepala.

Baiklah sekejap lagi, ada oarang yang membantu kamu, Tamar, dalam senyum Miagadis

harimau mengakhiri kata. Dan dia pun lesap dari mata kalbu saya.

Mata kalbu saya didatangi seorang lelaki yang amat tua. Kulit mukanya sudah berkedut.
Janggutnya separas dada tetapi, wajahnya nampak bersih cerah. Susunan giginya nampak rapi
dan kukuh.

KALBU

Pulihkan dengan kekuatan kamu. Dengan keyakinan kamu. Semuanya sudah disampaikan oleh
Mia kepada kamu. Manfaatkan sekarang, selesai sahaja berkat-kata, orang tua itu terus
menghilang. Dan saya masih mengharapkan tempatnya digantikan oleh Mia.
Apa yang saya harapkan tidak kesampaian. Sesungguhnya, amat senang menatap bola
matanya yang lembut. Kulit pipinya yang licin. Aduh! Senyumannya sungguh mengesankan
bersama lesung pipit dan susunan gigi yang sungguh rapi.

Dalam keadaan yang separuh khayal itu, saya bagaikan melihat samar-samar gerakan
seorang wanita. Apa yang pasti wanita itu bukan Mia. Seorang wanita yang asing yang tidak
dikenali.

Dalam keadaan samar-samar itu, si wanita misteri menegakkan ibu jari dan kelingking
sebelah kanan. Perlahan-lahan diterbalikkan. Kemudian ditegakkan semula. Diterbalikkan
kembali dan terus ditikamkan ke perutnya. Wanita misteri terus menghilangkan diri.

Saya teringat perkara seperti itu pernah diajar oleh Mia kepada saya ketika mahu
menentang binatang buas. Dengan cara tersendiri satu rumusan diambil. Saya harus mencari
pokok renik yang bercabang dua. Tidak kira jenis pokok apa. Ditikam ke bumi sebelum ditikam
ke badan musuh. Dan saya kira andaian yang dibuat tidak lari dari maksudnya.

UUuhhhhhh
Seperti ada benda berat yang memukul dari belakang. Saya tersengguk dan muka hampir
tersemban ke bumi. Bila sepasang kelopak mata dibuka, saya sudah berada di alam nyata.

Saya toleh ke kiri dan kanan, mencari siapa gerangan yang memukul belakang saya.
Tidak bukti yang nyata, kalau tuduhan mahu diletakkan atas bahu si pemandu. Dia seperti
terpinga-pinga bila melihat saya membuka mata.

Aku pelik dengan kamu, Tamar,

Apa yang peliknya.

Orang dalam bahaya, kamu tidur duduk.

Aku tak tidur, aku bertafakur dan berdialog dengan seseorang.

Heeee..,keluh si pemandu penuh kebingungan.

Suara raungan lelaki berdarah dahi masih belum putus. Saya dan pemandu segera
menghampirinya. Sungguh mengejutkan, dia terkapar dan bergolek-golek. Seluruh tangan kanan
sudah penuh dengan bulu harimau.

Bila melihat kehadiran kami, dia terus mengaum dan membongkokkan tubuhnya, macam
harimau yang mahu menerkam sesuatu.

Menyedari keadaan semakin kritikal dan bunga senja semakin berat. Pokok renik
bercabang dua, segera dicari di sekitar kawasan tersebut. Tidak susah mencarinya lima langkah
ke kanan, sudah ada pokok yang diingini.
Tanpa membuang masa, pokok renik dipatahkan. Buang mana yang tidak perlu. Dengan
pantas, bahagian yang bercabang ditikamkan ke bumi.

Kau nak buat apa Tamar, tanya si pemandu.

Saya segera memberikan isyarat tangan padanya supaya diam. Jangan banyak soal dan
tanya. Duduk diam-diam dan lihat apa saja yang bakal saya lakukan. Syukur si pemandu
mengerti dengan bahagian isyarat tersebut.

PANTAS

Dengan pantas saya bergerak ke arah lelaki berdarah dahi yang mula bangun mahu bertindak liar.
Saya segera berdiri di depannya sambil memusingkan kayu bercabang dua di matanya.

Dalam masa yang sama saya membaca ayat-ayat penunduk dengan harapan dapat melancarkan
kerja. Harapan tidak menjadi kenyataan dia bertambah marah dan ganas, terus menerkam.

Sabar aku mahu menolong kamu, secara jujur saya menyatakan kepada lelaki berdarah
dahi. Dia tidak boleh berkata-kata selain dari mengaum, keadaannya sudah bertambah parah.

Tidak mengejutkan kalau dalam masa empat puluh lima minit lagi, seluruh tubuhnya
bertukar menjadi harimau seiring dengan suasana hari yang semakin (malam).

Kerana memikirkan masa begitu terhad. Saya terus melompat melangkah tubuh lelaki
berdarah dahi. Sudah diduga, apa yang bakal berlaku lelaki berdarah dahi terus bertindak balas.
Dia bangun untuk menentang.
Siri.238 : Terjegil Biji Mata
Bila melihat keadaan tersebut, saya jadi serba salah. Bimbang kalau lelaki berdarah dahi
bertindak ganas. Melakukan perkara yang tidak diduga. Jadi dalam menghadapi suasana begini,
harus bersikap tenang dan sabar.

Masaalah besar Tamar, keras suara si pemandu.

Kenapa tidak berada di tempat kamu?saya pula bertanya.

Aku bimbangkan kamu Tamar.

Kalau begitu, kamu hati-hati, jangan dekati dia, nanti kau terima akibatnya. Berdiri jauh
darinya. Lihat saja apa yang berlaku, jangan banyak tanya dan soal, saya memberika arahan.

Baiklah, Tamar.

Satu akuan yang sungguh menyenangkan hati.

Buat beberapa ketika, saya termenung. Mencari akal dan helah untuk berdepan dengan lelaki
berdarah dahi yang semakin garang mengaum macam harimau.

Aku mahu menolong kamu, mahu membebaskan diri kamu dari sumpah, kata saya pada lelaki
berdarah dahi. Matanya, yang garang dan bersinar macam mata harimau dihalakan kepada saya.
Andainya dia melakukan satu lompatan yang agak tinggi kearah saya, pasti seluruh kulit tubuh
saya dikoyak-koyaknya

Dan kali ini, saya mempunyai peluang yang baik kerana berada dari sebelah kiri. Dan dari arah
tersebut saya mula mengacah. Lelaki berdarah dahi sudah memusingkan tubuhnya dengan
pantas. Dia hilang pertimbangan badan, lalu terlayah dan jatuh terlentang. Kesempatan ini saya
gunakan dengan sebaik mungkin, Dengan sekali lompat saya sudah berada di sisinya, sedangkan
dia pada saat itu terkial-kial mahu bangun. Tanpa membuang masa kayu bercabang dua terus
dibenamkan kebahagian perut atas pusatnya.

GHAIB

Bila kayu itu mahu dicabut semula, seperti ada tenaga ghaib menarik dari dalam. Terpaksa
bertarung untuk beberapa saat. Usaha saya gagal. Dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi
bahawa kayu bercabang dua itu boleh dicabut. Saya terus berusaha dan berusaha. Kali ini, tidak
menggunakan ayat-ayat al-Quran, sebaliknya menggunakan serapah jampi dan mentera sesuai
seperti apa yang diajar oleh Mia pada saya dulu.

Manusia yang memang bukan dari keturunan manusia harimau tetapi, mahu menjelma jadi
manusia harimau boleh ditewaskan dengan mantera dan petua, secara mendadak saja, saya
teringat cakap Mia.
Ternyata Mia tidak berbohong. Setelah jampi serapah dibaca, segala-galanya menjadi mudah.
Kayu bercabang dua yang terbenam di perut lelaki berdarah dahi dapat dicabut dengan mudah
sekali. Saya kembali melompat ke tempat mula-mula melompat tadi. Andainya lambat
melompat, bencana besar mungkin dihadapi. Terutama, bila kuku di jarinya dapat mencakar kulit
tubuh saya.

Episod seterusnya, lelaki berdarah dahi terus menjerit dan berguling-guling di tanah. Dia
menahan rasa sakit yang amat sangat. Merangkak macam harimau sambil meneran dan
mengaum. Kemudian, terus terbujur kaku, cuma kaki dan tangannya saja yang bergerakgerak.
Keadaan itu berlansung tidak lama. Kira-kira sepuluh minit saja. Akhir terus kaku dan keras

Kamu bunuh dia Tamar?

Jawapan yang diberikan kepada pertanyaan si pemandu, saya jawap dengan


mengelengngelengkan kepala. Si pemandu jadi cemas. Lebih-lebih lagi bila saya terus duduk di
tanah. Dirinya, tidak saya pedulikan. Sikap bengis terus diperlihatkan. Perlahan-lahan dia
menjauhkan diri dari saya. Mungkin dia terfikir saya dalam proses untuk menjadi harimau jadi-
jadian.

TIDUR

Hari sudah beransur gelap. Bunyi beburung yang pulang kepohon untuk tidur, boleh dikatakan
tidak kedengaran langsung. Begitu juga dengan deru kereta.
Pada hemat saya satu daripada masalah hampir selesai. Tetapi, masalah datuk dan Syed Hamid
Al-Hadad masih belum diketahui. Tidak tahu bagaimana nasib untung mereka.

Bagaimana Tamar? Kita tinggalkan dia disini?

Tidak.

Habis apa yang mesti kita buat? Kamu tahu, kita harus membantu tuan Syed Hamid dan datuk
kamu.

Aku tahu.

Kalau tahu, kenapa masih di sini.

Kita tunggu dia pulih seperti asal. Kita memerlukan dia.

Tapi dia sudah mati,

Sudahlah, kamu jangan banyak cakap, saya mula meninggikan suara. Si pemandu terus
tersentap, wajahnya masam dan mendengus marah. Ranting kayu di depanya terus disepak
dengan sekuat hati.
Bila saya lihat perasaan si pemandu sudah tenang dan boleh senyum. Dengan penuh sopan saya
suruh dia berdiri agak jauh dari sisi saya. Dan saya pula beralih tempat , berdiri di bawah pokok,
tidak jauh dari pokok senduduk putih.

Memang ada usaha dari si pemandu untuk bertanya, kenapa saya mengeluarkan arahan tersebut.
Tetapi, usaha itu tidak di teruskan, bila dia melihat saya termenung macam memikirkan sesuatu.
Hisssss.......

Terdengar bunyi berdesir dari arah belakang. Dengan pantas saya menoleh dan melompat ke kiri
lalu mengatur langkah (silat) sambil membongkok mengambil sepotong kayu yang panjangnya
kira-kira empat kaki. Pada perkiraan saya, bunyi berdesir itu, pasti seekor ular tedung. Puas
dilihat dan diperhatikan, tidak nampak satu apa pun.

Hisssss............

Datang lagi bunyi itu, tetapi kali ini dari sebelah kiri. Dedaun dari pepokok renik di situ kelihatan
bergoyang, macam dirempuh sesuatu. Kerana tidak dapat mengesan objek sebenar, saya
memutuskan tidak mahu memikirkannya. Buat apa pening kepala, kerana bunyi tersebut. Saya
buat keputusan.

Aneh, dalam saat-saat demikian saya seperti dapat mengesan ada objek berdiri di depan saya.
Tetapi, tidak dapat dilihat dengan jelas. Benda itu bergerak bebas, menyentuh bahu dan meraba
pipi saya berkali-kali. Semuanya, membuat saya bingung dan cemas semacam.
Siapa kamu? kata saya.
Lengan kanan saya terasa disentuh sesuatu. Dingin dan bulu roma mula tegak berdiri, bila benda
yang menyentuh lengan bergerak ke pangkal tengkuk dan telinga.

Kalau kamu berniat baik, lihatkan diri kamu, saya mengajukan permintaan. Bersedia
menghadapi apa saja , andainya objek yang tidak kelihatan itu mempamirkan dirinya yang
sebenar.

Ehemmmmm.........
Saya tumpukan perhatian ke arah suara tersebut. Ada bebayang orang tua yang pernah hadir
dimata kalbu, ketika saya bertafakur beberapa jam tadi.

Orang itu tersenyum sambil menegakkan ibu jari kanannya. Kemunculannya hanya beberapa saat
saja. Sebelum bebayangnya hilang, terasa ada tangan dingin menyentuh pipi kiri.

Saya terus membuat andaian sendiri. Bila orang itu menegakkan ibu jarinnya, menandakan usaha
yag saya lakukan itu sudah berhasil.

Sentuhan tangannya, mengambarkan hubungan saya dengannya akan berterusan. Sentuhan di


telinga menyatakan, supaya mendengar sesuatu yang baik.
Bunyi berdesir dua kali menyarankan, bila mahu menemuinya mesti memberikan tanda dan
alamat tertentu. Ertinya, saya harus bertafakur dan bermeditasi terlebih dahulu. Tetapi, sehingga
kisah ini ditulis belum pernah sekalipun saya menghubunginya.
Hai........
Dengan pantas saya merenung ke arah suara yang datang. Lelaki berdarah dahi
melambailambaikan tangan. Rasanya tidak percaya dengan apa yang dilihat. Dua tiga kali
kelopak mata digosok. Si pemandu terus mendekati saya.

Dia datang Tamar, bisiknya.

Siapa?

Musuh yang berkuku harimau, kita dalam bahaya, Tamar.

Bertenang, pastikan dulu betulkah dia atau orang lain, kata saya.

Betul Tamar, aku tak bohong, ucap si pemandu dengan wajah yang serius. Saya segera menarik
nafas dalam-dalam. Si pemandu memang nampak resah sekali. Matanya tidak berkedip
merenung ke arah lelaki berdarah dahi yang melangkah tenang ke arah saya.

Bagaimana Tamar?

Kita tunggu, tengok apa yang mahu dibuatnya.

Gila kamu, keluh si pemandu.

Ternyata dia tidak gembira dengan cara saya. Tetapi, masih setia berdiri di sisi.

TANGAN

Dan akhirnya, lelaki berdarah dahi berdiri betul-betul di depan saya dan si pemandu. Dia
menghulurkan sepasang tangan ke arah kami.

Tengok semuanya sudah kembali seperti asal, nada suaranya riang sekali. Saya dan si pemandu
berpandangan.

Lihat ini, lelaki berdarah dahi memperlihatkan kuku dijejari kakinya sebagai bukti yang
dirinya bebas dari sebarang pengaruh buruk. Lelaki itu membuka langkah silat dan menarinari di
depan kami.

Terima kasih kerana kamu dapat menghalang diri aku dari menjadi sekerat manusia dan sekerat
harimau, kalau kamu tak tolong tak tahulah nak cakap sepasang matanya menatap wajah saya
buat beberapa ketika, sebelum berpindah ke wajah si pemandu. Saya tidak memberikan sebarang
pendapat terhadap kata-kata yang diluahkannya

Lelaki berdarah dahi yang sudah pulih dari pengaruh sihir terus bercerita, semasa kuku jari kaki
dan tangannya bertukar menjadi kuku harimau, dia mengalami rasa sakit yang kuat. Begitu juga
bila bahagian tubuhya ditumbuhi bulu harimau. Malah, dia melihat diri saya dan pemandu bukan
sebagai sahabat tetapi, sebagai musuh yang sentiasa mahu menjahanamkan dirinya.
Katanya, semasa dirinya melalui proses pemulihan dari pengaruh sihir, dia terasa seluruh
tubuhnya melayang-layang di angkasa dan jatuh ke laut yang amat dalam. Bahagian tengah
perutnya ditikam oleh batu karang yang tajam menyebabkan dirinya tidak bermaya.

Dari tubuhnya keluar segumpal cahaya lalu menguakkan air laut hingga dirinya muncul di
permukaan.

Dari permukaan laut cahaya itu menjulang ke udara dalam bentuk tengkorak harimau. Gumpalan
cahaya itu berpatah balik ke arahnya lalu mengangkat tubuhnya dari permukaan laut. Diusung di
angkasa sebelun dicampakkan ke dalam gaung berbatu pejal. Seluruh tubuhnya berkecai tetapi,
bercantum balik.

Tubuh yang sudah bercantum itu segera diangkat oleh dua lelaki dan dihumbankan ke dalam
lubang yang sudah digali. Ketika dihempas itulah dia merasai sakit yang amat sangat. Dia
menjerit dan mengerang menahan rasa sakit.

Pada masa itulah aku terdengar suara bisikan dua kalimah syahadat dan aku terus mengikutinya
dengan sekuat hati. Mata aku terbuka degan sendirinya. Dan aku terus mengucap, masa
mengucap itu jugalah terasa kuku dijari kaki dan tangan tercabut satu persatu, lelaki berdarah
dahi berhenti bercerita dan terus merenung kuku-kuku di jari tangan dan kaki.

Secara sembunyi-sembunyi si pemandu menjeling ke arah tangan dan kaki lelaki berdarah dahi,
diperhatikan juga bahagian lengan yang berbulu macam bulu harimau. Pergelangan buku lali
kaki hingga ke belakang kaki juga ditelitinya. Di situ juga tidak terdapat tumpukan bulu
harimau.

Bila aku lihat dan raba, semuanya sudah berubah, jadi macam biasa. Aku panggil nama kamu
berkali-kali tapi tak ada jawapan, sambung lelaki berdarah dahi. Anak matanya, terpanah tajam
ke wajah saya. Perlahan-lahan saya anggukkan kepala.

BIBIR

Bila tidak ada jawapan aku terus cari kamu berdua. Rupa-rupanya kamu berdua ada di sini. Aku
tak bohong , lihatlah, lihatlah.......... lelaki berdarah dahi terus menayangkan jari-jemari tangan
dan kakinya kepada saya dan si pemandu.

Syukurlah, kamu sudah selamat, tutur si pemandu bersahaja.

Iya, aku bersyukur, balas lelaki berdarah dahi sambil mengawasi keadaan sekeliling.
Tunggu sebentar di sini, jangan ke mana-mana.
Selesai berkata demikian, lelaki berdarah dahi terus meninggalkan kami yang saling
berpandangan dengan seribu pertanyaan.

Dia menuju ke arah bibir jalanraya. Beberapa detik berikutnya dia pun hilang dari pandangan
kami.
Kemana dia nak pergi Tamar?

Entah, jawab saya sambil gelengkan kepala. Sebenarnya jati kecil saya juga bertanya
demikian. Bezanya, si pemandu meluahkannya, sedangkan saya tidak, sekadar berlegar-legar
dalam hati saja.

Kepergian lelaki berdarah dahi tanpa mahu menerangkan tujuan menimbulkan berbagai reaksi
dalam diri saya dan si pemandu. Mungkin ini satu taktik untuk melepaskan diri dari saya dan si
pemandu.

Mungkin dia sudah pun menyusun satu strategi yang rapi untuk memerangkap kami. Bermacam-
macam andaian timbul dalam dada. Timbul rasa kesal dalam diri kerana tidak cuba menahannya,
agar jangan pergi.

Si pemandu bergerak ke kiri, ke kanan di depan saya. Nampaknya, apa yang dibuat serba tidak
menjadi. Sekejap berdiri di depan, sekejap berdiri di belakang saya. Ada ketikanya, dia
mematahkan reranting dari pepokok renik di sisinya tanpa tujuan. Ternyata fikirannya bercelaru
sekali.

Dalam kesibukan si pemandu melayani perasaannya yang tidak keruan itu, saya renung ke arah
di mana lelaki berdarah dahi yang menghilangkan diri. Harapan saya cuma satu saja, semoga
lelaki berdarah dahi segera muncul dan kembali bersatu dengan kami.

Haa.....itu dia datang, saya kegirangan.

Lelaki berdarah dahi berlari ke arah kami.

Dia ada bawa barang, Tamar.

MENGESAN

Si pemandu yang tajam penglihatannya dapat mengesan apa yang dibawa oleh lelaki yang
berdarah dahi. Dan saya tumpukan seluruh perhatian ke arah lelaki tersebut sambil mengamati
apa yang dibawanya.
Dia bawa besi dan bungkusan plastik, itu komen saya.
Si pemandu yang resah mula mengigit bibir, mengkedutkan dahi. Bagaikan ada masalah yang
bersarang dalam hatinya.

Hiss.....

Dia mendengus marah sambil mengenggam penumbuk.

Bertenang sahabat, tutur saya lembut.

Kita dalam bahaya, kita mesti berjaga-jaga Tamar.


Bertenanglah, saya cuba menyejukkan hatinya yang mula panas.
Orang celaka ni, tak habis habis susah pada kita, aku bunuh saja manusia celaka ni, bentak si
pemandu. Kemarahannya sudah tidak dapat dikawal lagi.

Si pemandu terus genggam penumbuk dan bersedia menyambut sebarang cabaran dari lelaki
berdarah dahi. Saya terfikir, kalau berlaku pertengkaran yang membawa pada pergaduhan,
kerugian akan berada di pihak saya dan si pemandu.

Lelaki berdarah dahi kain hampir. Hati terus berdebar-debar. Si pemandu sudah pun menyusun
strategi. Dan pada hemat saya, sebaik saja lelaki berdarah dahi menghampirinya, dia akan
melakukan serangan mengejut. Mudah-mudahan, tidak akan terjadi perkelahian di sini. Hati kecil
saya memanjatkan doa pada Allah.

Lelaki berdarah dahi tidak tahu apa yang ada dalam kepala si pemandu, terus melangkah dengan
tenang mendekati kami. Si pemandu nampak resah tidak menentu. Debaran di hati bertambah
kencang. Dalam usaha menenangkan perasaan itu saya terus berselawat dan mengucap dua
kalimah syahadat sekerap mungkin.

Nanti.

Jeritan saya mematikan langkah si pemandu yang mahu menerkam ke arah lelaki berdarah dahi.
Jeritan itu juga menyebabkan langkah lelaki berdarah dahi mendekati si pemandu terus mati.
Kenapa Tamar? Si pemandu meledakkan kemarahannya.
Kena tanya apa yang dibawanya dulu.

Hisss..... si pemandu terus mendengus sambil menghentakkan kakinya ke tanah. Mukanya


nampak merah, menahan kemarahan. Lelaki berdarah dahi terpinga-pinga dengan apa yang
dilihatnya.

Ada apa-apa masalah ?

Lelaki berdarah dahi renung muka saya dengan seribu kesangsian dan pertanyaan. Si pemandu
yang sudah dapat mengawal perasaannya terus menguis-nguis rumput di kaki.

Ada apa-apa masalah? Ulang lelaki berdarah dahi.

Kami nak tahu apa yang kamu bawa? saya bertanya.

Oh itu, lelaki berdarah dahi tersenyum.

MESRA

Sungguh diluar jangkaan, huluran tangan lelaki berdarah dahi disambut penuh mesra oleh si
pemandu. Sebelum lelaki berdarah dahi hulurkan tangan, saya bertindak terlebih dahulu
menghulurkan tangan padanya.
Kamu nak tahu apa yang aku bawa?

Tentu , sahut saya penuh keyakinan.

Kita kena ke sana dulu, jari telunjuk lelaki berdarah dahi mengarah ke pangkal perdu pokok
besar. Kami segera berangkat ke situ.

Lelaki berdarh dahi pun segera menikam guni plastik hitam dengan sebatang kayu. Dari plastik
yang terkoyak keluar butir-butir pasir hitam yang kelihatan berkilat.

Apa bendanya ni?

Saya hadapkan wajah ke muka lelaki berdarah dahi. Dia tetap tenang dan tersenyum, Kemudian
terus duduk bertinggung menghadapi karung plastik hitam. Sepasang telapak tangannya
meramas-ramas pasir hitam yang berkilat.

Kamu berdua tak tahu, apa bendanya ini? satu keadaaan yang sungguh melucukan. Sepatutnya
dia menjawap pertanaan yang saya ajukan dahulu, sebelum dia menyoal kami. Akibatnya, saya
dan si pemandu termangu mangu.

Kamu berdua tak tahu apa bendanya ini? ulangnya selamba.

Tak tahu. Jawap kami serentak.

Kamu berdua kurang pengetahuan, benda yang macam pasir hitam ni, tahi bijih namanya,
tekanan nada suaranya bagaikan menyindir. Dengan serta merta dia berhenti dari meramasramas
pasir hitam.

Sebatang besi bulat sebesar ibu jari kaki yang panjangnya kira-kira empat kaki, berada tidak jauh
dari guni plastik hitam segera diambil. Ditimbangnya beberapa kali sebelum dipacakkan ke
permukaan bumi.

Besi apa tu? Tanya pemandu.

Inilah besi pacak bumi, jawab lelaki berdarah dahi.

Apa gunanya? Saya bertanya.

Banyak khasiatnya, tetapi kita mestilah tahu menggunakannya. Barang-barang ini digunakan
oleh musuh untuk melemahkan Syed Hamid Al Hadad dan datuk kamu, jujur benar lelaki
berdarah dahi memberikan penjelasan. Saya dan pemandu bertukar pandangan.
Siri.239 : Darah Lengan Sebagai Imbalan
Suasana yang samar-samar, bertukar menjadi bertambah gelap. Tiada suara unggas kedengaran,
kecuali nyanyian cengkerik hutan.

Teringat cakap nenek. Waktu-waktu begini, makhluk halus berkeliaran. Singgah ditubuh manusia
lalu menyerap ke dalam darah. Mangsa utamanya orang yang lemah semangat. Kurang rasa
takwa kepada Allah. Bila darah sudah diresapi makhluk halus orang terbabit terus hysteria,
meracau tidak tentu arah.

Entah mengapa, macam tidak semena-mena anak tekak terasa gatal semacam. Air liur segera
ditelan. Akibatnya saya tersedak lalu diikuti dengan batuk kecil. Lelaki berdarah dahi tersenyum
sumbing.

Barangkali nama kamu disebut nenek? katanya.

Dan hati terasa panas. Apa hak dia membabitkan nenek saya dalam hal ini. Ini sudah
keterlaluan.

Satu renungan yang penuh dengan api kemarahan dilepaskan ke wajah lelaki berdarah dahi.
Menyedari renungan itu membawa satu mesej tertentu, cepat-cepat dia mengalihkan pandangan
ke arah lain.

Sial, cetus hati.

Dan saya yakin dia dapat membaca apa yang tersirat dalam kalbu. Buktinya, walaupun
pandangannya tidak kepada saya, senyum sinis masih berlarutan di kelopak bibirnya.

Kamu berdua meragukan keikhlasan aku? terlontar kata dari mulut lelaki berdarah dahi.
Sesuatu yang diluar jangkaan saya dan pemandu.

Tidak, satu jawapan pasti dari pemandu.

Kami berdua tidak berfikir begitu, saya menyokong kata pemandu dalam nada suara yang agak
meninggi.

Secara jujur saya mengakui, jauh di sudut hati, masih ada lurah kesangsian dan kecurigaan
terhadap nya.

Perlukah kami menunjukkan bukti sebagai tanda keikhlasan kami berdua, si pemandu
mengemukakan pertanyaan. Dan lelaki berdarah dahi termenung sejenak. Menarik nafas dalam-
dalam.

Jari jemarinya kembali meramas-ramas pasir hitam. Dari tindak tanduk dan gerak gerinya itu,
membayangkan dia puas hati dengan pengakuan yang kami luahkan.
Masa terus berlalu. Nyanyian cengkerek hutan yang tadi agak lemah bertukar menjadi rancak
dan gamat sekali. Tidak tahu, siapakah di antara kami akan memulakan buah percakapan yang
terhenti.

Wajarkah saya memulakannya? Tidak mungkin saya. Barangkali si pemandu kepada Syed
Hamid Al-Hadad boleh memulakannya?

Sukar untuk dipastikan. Mudah-mudahan lelaki


berdarah dahi boleh jadi penghulu pembuka kata. Semua persoalan itu bergolak dalam rongga
dada, tidak terucap oleh mulut.

Begini saja, si pemandu membuka gelanggang kata.

Sepasang anak mata lelaki berdarah dahi dan saya tertumpu ke wajah pemandu yang
mempamirkan senyuman singkat.

Kalau harapkan kami bertanya, sampai besok pun kami tak akan bertanya, sambung pemandu
dengan tenang dan bersahaja. Lelaki berdarah dahi renung saya, seulas senyum didermakan.
Dan saya sambut dengan rasa hambar. Menyedari yang saya member reaksi dingin, senyumnya
segera dialihkan kepada sipemandu.

MESRA

Balasan senyum dari pemandu disambut oleh lelaki berdarah dahi dengan bunga kemesraan yang
penuh makna, sebagai pembuka jambatan hati yang mengurangkan percikan kemarahan di dada.
Dalam suasana yang dihembus angin kedamaian, masing-masing melepaskan nafas kelegaan.

Nanyian cengkerik hutan tidak juga berhenti.

Kenapa kamu cakap macam tu

Kelopak mata sudut kiri lelaki berdarah dahi nampak mengecil. Kemudian dahi yang masih
terdapat kesan darah kering dikerutkannya. Si pemandu tetap seperti tadi, Masih tenang dan
bersahaja.

Macam mana kami nak bertanya ? Benda yang ditunjukkan itu tak pernah kami tengok selama
ini. Baru hari ini kami menengoknya. Apa lagi tentang kegunaannya, jawap pemandu.
Perasaan saya mula berdebar, menanti tindakan dan reaksi selanjutnya dari lelaki berdarah dahi.

Hissssss kamu, desis lelaki berdarah dahi.

Saya mengigit bibir. Tetapi, iras kemarahan sudah pun hilang dari permukaan wajah lelaki
berdarah dahi.
Kenapa pulak hiisssss. Kami memang tak tahu, dalam rasa takut dan cemas itu, saya
beranikan diri menyampuk. Buat beberapa detik berikut, lelaki berdarah dahi termenung sambil
menelan air liur. Buah halkumnya yang melekat di batang leher nampak bergerakgerak lemah.

Kamu berdua memang jujur.

Satu pengiktirafan yang tidak pernah diduga dari lelaki berdarah dahi. Kami ternganga seketika
kerana terkejut.

Sungguh melucukan bila dia ketawa terkikih. Tidak memadai dengan ketawa, bahu pemandu
ditumbuknya berkali-kali. Matanya, tidak berhenti-henti menyorot ke wajah saya. Seolaholah
ada sesuatu yang mahu dicari dari sinar anak mata saya.

Ok, biar aku terangkan khasiat dan kegunaan barang-barang yang sudah aku tunjukkan kepada
kamu berdua tadi, itu yang terlontar dari mulutnya, sebaik sahaja ketawa luar biasanya berhenti.
Serentak kami anggukkan kepala. Seluruh perhatian segera ditumpukan kepada barang-barang
yang dikatakan berkhasiat itu.

Tanpa membuang masa dia menceritakan tentang kekuatan ghaib serta khasiat dari dua barang
yang menjadi persoalan utama. Lagaknya tidak ubah meacam penjual dikaki lima.

MEMANGGIL

Katanya tahi bijih atau pasir hitam boleh dimanfaatkan untuk memanggil makhluk halus dengan
tujuan untuk menganiaya sesaorang. Boleh membutakan atau mengaburkan penglihatan
sesaorang untuk seketika.

Aku buktikan pada kamu berdua, kamu nak tengok?. Nada suaranya agak sombong sedikit.

Boleh juga, jawab kami serentak.

Jangan lari dan takut, hadapilah dengan tenang walau apa yang datang, satu amaran yang
membuat saya terrasa seram.

Dengan menggunakan dahan kayu yang panjangnya sekitar satu kaki, dia mengorek lubang
sedalam setengah kaki. Kemudian lengan kirinya digigit sehingga berdarah. Bibir dengan
giginya penuh dengan darah. Seram juga melihat mukanya. Darah yang keluar segera dijatuhkan
kedalam lubang yang dikoreknya.

Cuma 13 titik, jangan lebih dan jangan kurang, campurkan dengan segenggam tahi bijih timah
dan timbus lubang yang dikorek tadi, jelas lelaki itu sambil membaca mantera yang bercampur
aduk dengan ayat-ayat Quraan.

Dia seorang yang memang pantas melakukan sesuatu. Mulut bercakap, tangan dan kaki terus
bekerja. Dengan tumit kaki kiri dia meratakan tanah di permukaan lubang. Semua yang
dilakukannya, kami perhatikan dengan penuh teliti.
Sebentar lagi dia tiba, suara yang bersulam keyakinan.
Saya dan pemandu menganggok. Hati terus digaru kecemasan.

GELAP

Suasana sekitar menghadiahkan cuaca gelap yang agak berat. Pepohon sekitar mula bergoyang
diremouh angin yang bertiup agak keras.

Nyanyian cengkerik tetap seperi tadi. Cuma ditambah dengan bunyi jeritan ungka
bersahutsahutan. Sesekali terdengar juga bunyi kuang liar dan kokok ayam hutan. Semuanya
bersahut-sahutan dalam irama yang tidak menentu.

Jangan cemas, aku Cuma membuktikan kepada kamu berdua dengan tahi bijih, orang halus
boleh dipanggil, lelaki berdarah dahi menghiburkan hati kami yang mula tudak tentu arah.
Segala-galanya terasa seram dan mencemaskan.

Dalam saat cemas begitu, terdengar suara perempuan menjerit panjang, menangis tersedu dan
mengilai.

Bertenang, masanya sudah hamper. lelaki berdarah dahi terus bersuara.

Kami berdua masih tenang, saya menjawab dan pura-pura lagak berani.

Sekarang lihatlah, aku bukan bercakap kosong. Hujung siku kiri dihenaknya tujuh kali
berturut-turut berhampiran lubang yang ditimbus bersama darah dan tahi bijih.

Sambil melakukan kerja-kerja tersebut, mulutnya terus mengucapkan mantera memanggil


makhluk halus. Memang tidak saya fahami dengan apa yang dicakapkan, kecuali kata-kata:
kalimah Adam, berkat kalimah Muhammad. Datanglah.

Dari mencangkung terus duduk bersila, memeluk tubuh. Kata-kata itu terus diucapkan hingga dia
kesurupan (dirasuk syaitan). Jatuh terbaring dibumi dengan kaki dan tangan mengeletar. Mulut
pula tidak kenal penat mengucapkan mentera. Bila mulut terkunci dari berkata, terdengar bunyi
suara orang menggeruh.

Serentak dengan itu, semua pokok di kawasan sekitar bergoyang dengan hebat, samada besar
mahu pun kecil.

Reranting reput dan dedaun matang jatuh berguguran. Bumi yang dipijak seperti bergerak.
Seekor kerbau jantan hitam sebesar gajah hadir di depan mata kami, hanya untuk beberapa detik
cuma.

Bla kerbau jantan sebesar gajah itu menghilang tempatnya segera diambil alih oleh busut jantan
yang besar dan tinggi. Rupanya mengerutu semacam. Dan secara perlahan-lahan busut jantan
berputar dan bertukar rupa dan bentuk menjadi makhluk yang berukuran luar biasa dengan rupa
yang menakutkan. Tinggi dan hitam legam.
Bagaimana ini? bisik saya pada pemandu.

Kita tunggu dan lihat, jawabnya dengan wajah yang gusar.

Seiring dengan kemunculan makhluk ganjil itu, bergemuruh kedengaran bunyi air terjun. Saya
lihat matanya sebiji berada betul-betul ditengah-tengah dahi, memancarkan cahaya hijau
kemerah-merahan. Hidungnya macam hidung orang hutan, Bila menarik dan melepaskan nafas,
kami terhidu bau busuk, macam bau bangkai kering.

Makhluk ganjil itu terus membongkok. Lelaki berdarah dahi yang terlentang di bumi
diangkatnya lalu diletakkan di sebelah kanan pokok asam jawa yang tumbuh liar di situ. Sebaik
saja diletakkan di situ, lelaki berdarh dahi terus bangun.

RAKSASA

UUUHHHHHHHHH..................

Lembaga raksasa itu menggeruh sambil sepasang tangannya yang menyerupai kaki monyet
dihayunkan kekiri dan kekanan.

Bukan apa-apa mereka mahu tengok rupa dan kehebatan kamu sebagai penunggu kawasan ini,
lelaki berdarah dahi dongakkan mukanya ke arah lembaga yang menakutkan.itu.

Dan makhluk raksasa itu bagaikan faham apa yang dikatakan oleh lelaki tersebut. Buktinya,
kelopak mata yang tebal dan berlapis digerakkan ke atas ke bawah.
Terima kasih penunggu hutan, suara lelaki berdarah dahi meninggi.

Hiiisssss..............

Makhluk raksasa menarik dan melepaskan nafas. Bau busuk dan hapak tersebar. Saya dan
pemandu terpaksa menekup lubang hidung dan mulut. Sakit rasa hati, bila lelaki berdarah dahi
menjeling ke arah kami bersama senyum sinis.

Busuk, saya tak bau apa-apa.

Saya dan pemandu membisu. Tidak ada guna menjawab pertanyaan yang tidak bernilai itu.
Biarkan dia begitu, bisik batin saya.

Lelaki berdarah dahi terus mendekati kaki kiri raksasa yang berbulu-bulu hitam lebat itu .
Digosok dan dibelainya bulu yang keras tebal macam bulu kabung.

Baliklah, istirehat di tempat kamu. Mereka dah lihat rupa kamu, sambil bercakap, lelaki
berdarah dahi terus menepuk-nepuk kaki makhluk raksasa.
Tiba-tiba secara mengejut terpancut suara yang menakutkan serta memekakkan anak telinga dari
mulut makhluk raksasa. Tidak ubah bunyi sirin kereta bomba.
Beburung yang bertenggek di ranting dan monyet yang bergayut di dahan bertempiaran.
Cengkerik hutan berhenti menyanyi, keadaan terasa sunyi sepi. Agaknya unggas dan haiwan
terkejut dengan bunyi tempikan yang luar biasa itu.

Dan dalam sekelip mata, makhluk raksasa ghaib dari penglihatan kami, lelaki berdarah dahi
duduk bersila di bekas tapak kaki makhluk raksasa berdiri.

Dari mulutnya terkeluar ungkapan-ungkapan mentera yang sukar difahami. Tidak jauh dari
tempat dia duduk bersila, terdapat kepulan asap yang berwarna hitam keputih-putihan. Ternyata
kepulan asap itu tidak menganggu lelaki berdarah dahi yang sedang membaca mentera.

Lubang.

Saya segera merenung ke arah lubang yang dimaksudkan oleh pemandu. Lubang tersebut
berukuran sebesar muncung cawan teh, keliling lubang nampak bersih.

Pelik, macammana lubang itu boleh berada disitu , Tamar?

Kalau tak silap aku, di situlah tadi lelaki berdarah dahi, korek lubang tanam tahi bijih dan darah.
Satu penjelasan yang memuaskan hati si pemandu. Dalilnya, dia mengagguk kepala berkali-kali.

LUBANG

Dari bentuk bibir yang bersih dan rata diyakini, lubang itu digali dentan tangan atau dengan
benda keras. Jadi, siapa yang menggalinya? Untuk apa lubang itu digali? Mungkinkah makhluk
raksasa yang menggali untuk mencari darah lengan lelaki berdarah dahi? Semuanya bermain-
main dalam tempurung kepala.

Tamar.

Sata menoleh ke arah pemandu. Suara lelaki berdarah dahi membaca mentera yang tidak tentu
buah butirnya terus bergema. Hari bertambah gelap. Dan saya merasakan ada sesuatu yang
terlepas dari kotak fikiran.

Kita macam terlupa dengan diri datuk kamu dan Tuan Syed Hamid Al-Hadad, pelik ya Tamar.
Iya, sahut saya.

Sesuatu yang terlepas dari kotak fikiran sudah ditemui jawapannya dari sipemandu. Si pemandu
masih lagi merenung ke arah mulut lubang yang ternganga.

Macam ada satu misteri tersembunyi dipermukaan lubang tersebut. Si pemandu mahu mencari
jawapan dari misteri tersebut.

Darah dan tahi bijih yang ditanam sudah disedut lembaga hitam menerusi ibu kakinya. Lubang
kita tengok ini bukan dikorek tetapi disedut . Masa lelaki berdarah dahi mengosokgosok bulu di
kaki lembaga hitam itu tadi, secara tidak langsung dia memberikan darahnya untuk dihisap
makhluk itu menerusi bulunya yang melekap ditangan lelaki berdarah dahi.

IMBALAN

Kamu bergurau dengan aku?

Tidak Tamar, setahu aku setiap makhluk halus yang dipanggil mesti mahu imbalan atau upah
darah.Kalau tidajk diupah dia tidak datang. Hal-hal begini, aku tahu juga serba sedikit Tamar.

Jadi apa yang mesati kita buat?

Kita ikut dulu, bila dah teruk baru kita bertindak.

Kalau itu yang kamu mahu, aku ikut saja, Asalkan kita jangan rugi, sebuah jaminan saya
berikan pada pemandu. Dia senyum sambil menegakkan ibu jari kanannya.

Lelaki berdarah dahi berhenti membaca mentera. Dia bangun dan mengeliat sambil
mendongakkan kepala ke langit. Nafas ditarik dan dilepaskan secara bertahap-tahap dan
teratur. Perlahan ;ahan kepalanya dijatuhkan lalu sepasanga anak matanya memanah kearah
wajah saya dan pemandu.

Aku sudah buktikan yang aku tidak menipu kamu berdua. Aku bercakap benar dan jujur, muka
lelaki berdarah dahi kelihatan merah dan berpeluh. Dia tersenyum dengan penuh kepuasan,

kalau mahu membutakan mata dan mengabur pandangan seseorang ada caranya.................. kata
kata itu tidak diteruskan oleh lelaki tersebut.

Dia melihat kesan gigitan di lengan kirinya. Darah kering yang melekat di lengan dijilatjilatnya
berkali-kali. Kemudian telapak tangan kirinya mengosok pergelangan tangan kanan berkali-kali.
Kemudian telapak tangan kirinya mengosok pergelang tangan kanan berkali-kali .

Bulu kaki lembaga hitam mencucuk lubang bulu roma lengan kanannya untuk menyedut darah,
macam nyamuk menyedut darah kita. Kesan gatal dan pedih masa terasa, itulah sebabnya dia
gosok tangan,

bisik pemandu ke telinga

Berhati-hati saya anggukkan kepala supaya perkara yang dibisikkan oleh pemandu tidak
dikesannya.
KELUARGA

Caranya mudah saja, lelaki berdarah dahi menyambung kembali percakapannya yang
terputus,, taburkan pasir hitam garam dijalan yang menjadi laluan orang yang kita maksudkan
sambil sebut namanya dan nama emaknya. Ada jampi dan mentera yang mesti dibaca. Semuanya
kena belajar.

Sambil bercakap, sepasang kakinya tidak berhenti bergerak ke kiri dan ke kanan. Ke depan dan
ke belakang, macam ada sesuatu yang dilakukannya. Rahsia dari gerak kakinya dapat
dipecahkan. Gerak kakinya, ada maksud dan tujuan, mengumpulkan reranting, dedaun dan
rerumput kering untuk menutup lubang sebesar mulut secawan teh yang ternganga.
Pada sangkaannya, apa yang dilakukannya tidak dapat kami lihat.

Tahi bijih itu banyak gunanya, bagi orang yang tahu. Pada orang yang tak tahu macam kamu
berdua, tak ada makna dan ertinya, lelaki berdarah dahi menyelitkan sebuah sindiran yang bisa
untuk saya dan pemandu.
Siri.240 : Dipegang Jin Tanah

Kami cuba mengawal perasaan dengan menjadi pendengar setia dan baik. Berusaha tidak
memberikan sebarang komentar terhadap keterangan yang dijelaskannya.

Walaupun ada diantara keterangannya itu yang boleh disanggah dan dipertikaikan. Malah, ada
yang benar-benar menyinggung perasaan kami.

Bukan takut berdialog atau bertekak, kamui sekadar mahu menjaga hati dan perasaan seorang
lelaki yang usianya jauh lebih tua dari kami. Rasanya, dalam saat-saat genting
begini, tidak ada ruginya mengalah atau merendahkan diri , asalkan di penghujungnya kami
memperolehi kemenangan.

Tidak dinafikan. perkara yang dialami sebentar tadi tetap menakutkan. Secara tidak langsung
lelaki berdarah dahi memperlihatkan kehebatan diri dan ilmu yang dimilikinya.

Dalam erti kata lain, kehadiran lelaki berdarah dahi disisi kami, tidak boleh dianggap mudah.
Malah dia boleh dianggap sebagai serampang dua mata.

Kalau saya dan pemandu pandai serta bijak mengendalikannya, ilmu yang dimiliki boleh
dimanfaatkan, dirinya pulaboleh dijadikan kawan dan Iawan dalam satu masa.

"Bukan setakat itu saja, orang yang terkena sumpah tahi bijih. kadangkala boleh sesat dalam
terang. Berlegar-legar dan berpusing-pusing di jalan yang dilaluinya sampai berhari-hari, macam
orang mabuk. Kalau sudah sampai peringkat itu. kita boleh lakukan apa saja. Dia tak akan
melawan," tatkala menyebut perkataan "dia tak akan melawan " lelaki berdarah dahi sengaja
meninggikan suaranya.

Sukar diramalkan kenapa perkataan "dia tak akan melawan" harus diucap dalam nada yang tinggi
dan keras. Apakah sekadar mahu membuktikan kepada kami tentang keberkesanan khasiat tahi
bijih tersebut. Hanya Allah saja yang mengetahui, apa yang tersirat dalam hati nurani lelakl
berdarah dahi.

" Besi ni, nampak saja pendek tetapi khasiat serta kegunaannya ada seribu macam. Ada orang
menyebut-nya "pasak bumi" dan ramai juga yang menyebutnya "pacak bumi," besi hitam yang
panjangnya sekitar empat kaki diangkat nya tinggi-tinggi melepasi kepalanya. Biji mata kami
bagaikan dipukau mengikut gerak tangan dan besi yang diangkat.

"Boleh meruntuh dan melemahkan kekuatan ilmu batin seseorang," besi pendek sepanjang empat
kaki itu diletakkan ke bumi.

"Nak panggil orang halus lagi ke?" Saya pula bertanya.

'Tak payah," tengkingnya. Saya terkejut dan terdiam, pemandu tersenyum.


Lagak lelaki berdarah dahi kembali pada gayanya yang secara tidak sengaja memperlihatkan
kehebatan dirinya, seolah-olah dia serba tahu.

"Kamu nak tahu rahsianya?" Dia jegilkan biji mata.

"Mahu,"

Serentak saya dan pemandu menjawab.

TANAH

DAN lelaki berdarah dahi, segera membuka dua tiga langkah silat. Perkara itu dilakukan sebagai
tanda minta restu dari jin tanah yang kononnya ada pertalian dengan besi pacak bumi (pasak
bumi), Tanpa restu jin tanah akan mengundang kecelakaan pada orang yang memegang besi
tersebut.

"Bila berdepan dengan orang yang tinggi ilmu kebatinannya, tanam hujung besi yang tajam ini
ke tanah. Begini caranya, tanpa diminta lelaki berdarah dahi memperlihatkan cara menanam
besi pasak bumi.

Sebelum ditanam batang besi itu mesti diludah tujuh kali berturul turut, Kesan air liur yang
melekat dibesi dilurut tiga dari pangkal ke hujung. Dari hujung ke pangkal. Kemudian dihembus
dari pangkal ke hujung, macam orang asli menyumpit tupai di dahan.

Seronok dan menghiburkan melihat pergerakan lelaki berdarah dahi. Nampak lembut dan teratur.
Setiap perbuatan harus diiringi dengan jampi mentera tertentu. Dan hati kecil terus memuji
kehebatannya dan daya ingatannya.

"Kemudian ajak orang itu beradu kekuatan tetapi, jangan jauh dari kawasan besi itu ditanam,"
suaranya keras sekali sambil menarik nafas.

"Apa hasilnya?" Soal si pemandu.

"Hhuuuuuuuhhh, orang tu tak daya nak melangkah, kakinya dipegang jin tanah,

macam ini ha " lelaki itu terus mengayakan bagaimana cara orang yang kakinya dipegang jin
tanah berhempas pulas berusaha melepaskannya.

Gaya yang diperlihatkan sungguh realistik berserta dengan mimik wajahnya. Tetapi, ada
ketikanya terasa lucu. Kerana diperlihatkan penuh perasaan dan menggunakan tenaga yang
banyak membuat lelaki berdarah dahi tercungap-cungap kepenatan.

"Bukannya mudah," menampakkan kebanggaan dan kemegahan dengan apa yang dilakukannya.
Saya dan pemandu anggukkan kepaia. Senyum lelaki berdarah dahi bertambah lebar.
Dalam cuaca gelap yang semakin pekat itu saya terus menggeliat. Pemandu mengaru-garu
pangkal lehernya. Hati semakin terasa tidak tentu arah, bunyi cengkerik seolah-olah
memberitahu, jika masih berdiri di situ, mungkin sesuatu yang tidak baik akan berlaku.

Saya membuat keputusan sendiri mahu memberitahu lelaki berdarah dahi supaya beredar dari
situ. Tetapi. belum pun sempat membuka mulut, lelaki berdarah dahi lerlebih dahulu bersuara.

"Dua orang yang megajak aku menculik Tuan Syed Hamid dan kawannya mengunakan barang-
barang yang aku tunjukan kepada kamu."

Kata-kata itu membuat saya tersintak.begitu juga dengan pemandu Syed Hamid Al Hadad.
Kuku di ibu jari segera saya gigit untuk menahan rasa cemas dan bimbang. Si pemandu juga saya
lihat berada dalam keadaan yang serba tidak kena.
Mereka berada dalam bahaya.

Dada terasa lapang, salu ungkapan yang melegakan dari lelaki berdarah dahi. Wajahnya nampak
gusar juga. Si pemandu tunduk diam. Bagi menenangkan rasa cemas, saya tarik nafas dan
melepaskannya dengan perlahan-lahan.

MAGHRIB

Awan yang bergayut di langit bergerak lemah, begitu juga dengan hembusan angin. Nyamuk dan
agas mula menjaiankan peranannya. Mengikut firasat saya, waktu maghrlb baru beberapa saat
saja berlalu.

Bersumberkan firasat dan keyakinan itu, saya terus meng hormati waktu maghrib.
"Kita mesti bertindak." Si pemandu bersuara.

Dalam cuaca yang agak gelap, si pemandu merenung muka saya.Dengan segera saya anggukkan
kepala. setuju dengan apa yang diluahkannya. Si pemandu terus merenung muka lelaki berdarah
dahi yang dibayangi kecemasan dan kebimbangan.

"Inilah yang aku fikirkan. kalau tadi, sebelum hari gelap kamu berdua musuh aku. se-karang
kamu berdua sahabat aku." lelaki berdarah dahi masih berusaha mahu menanam kepercayaan
dalam diri kami berdua, bahawa hatinya, tidak bercabang. Usah diragui tentang dirinya.

Perlahan-lahan lelaki berdarah dahi membuka baju dan diterbalikkan. Kemudian baju yang
terbalik itu disarungkannya kembali ke tubuh. Tidak berhenti-henti lelaki itu memperlihatkan
perbuatan yang ganjil dan pelik. Setelah memakai baju dalam keadaan terbalik. Dia meniarap
dipermukaan bumi. Lubang telinga kirinya dicantumkan dengan tanah buat beberapa minit.

"Masih boleh,"

Dia terus bangun dan berdiri sebagai seorang pahlawan. Anak matanya merenung tepat ke arah
pemandu . Beberapa saat berikut segera dialihkan kepada saya.
"Tak mengapa , sebahagian dari pada tahi bijih tu sudah aku tawarkan kuasanya mengikut angin.
Sebahagian lagi yang tinggal, kuasanya tak seberapa, buktinya kamu berdua lihat di sana," lelaki
berdarah dahi segera menunding telunjuknya ke arah pasir hitam yang kelihatan basah dan
lembab, sebahagian daripada pasir hitam itu berada di bawah rimbunan dedaun rumput.

"Kekuatan atau kuasa tahi bijih boleh ditawarkan dengan air kencing dan peluh," katanya.
"Jadi kamu kencing berdiri?" Soal saya.

" Kencing berdiri ke, kencing bertenggung ke, kencang berlari ke, tidak kisah. Pokoknya air
kencing aku dengan peluh sudah bercam-pur dengan tahi bijih," satu jawapan yang kurang
sopan. Tidak ada rasa malu langsung.

Apa mahu dikata, sudah nasib terpaksa bersahabat dengan manusia yang kasar budi bahasanya.
Si pem a n d u tunduk, tidak tahu apa yang berada dalam ke-palanya.

Tetapi, hati kecil saya terus bertanya, ketika m-na lelaki berdarah dahi itu kencing. Sebabnya,
tidak nampak dia melakukan perbuatan tersebut. Betulkah dia kencing atau atau air kencing
makhluk halus? Persoalan itu terus berlegar-legar dalam tempurung kepala.

"Pelik," keluh saya.

"Apa yang pelik," tanya lelaki berdarah dahi. Keluhan saya dapat didengarnya.

"Tak ada apa-apa," tersengih saya menjawab. Ternyata dia dapat menerima jawa-pan tersebut.
Dengan tenang lelaki berdarah dahi mematahkan ranting pokok berdaun lebat untuk menutup
pasir hitam atau tahi bijih. Tidak memadai dengan itu, dedaun kering sekitar kawasan kakinya
dikuis-kuis dan dilonggokkan.

Dengan kakinya yang lebar dedaun kering ditolak perlahan-lahan bagi menam-bahkan lagi
timbusan daun atas tahi bijih yang memang sudah ditimbus.

TUGAS

Tuga selanjutnya, dia pun melangkah longgokkan pasir hitam dalam timbunan dedaun itu tujuh
kali berturut-turut. Setiap kaii melangkah mulutnya terus membaca mentera.
"Kuasanya sudah aku ranapkan."

Selesai saja Lelaki berdarah dahi berkata demikian, kelihatan sekumpulan kelip-kelip
mengerumuni longgokkan dedaun yang m-nutup pasir hitam, bunyi gagak juga kedengaran
sebanyak tujuh kali lalu diikuti dengan bunyi burung "kuah kuit" memanjang.

Beberapa batang pokok besar yang berada tidak jauh dan kami bergoyang sendiri. Dedaun muda
berguguran, sedangkan ketika itu, tidak ada angin ribut. Ada kuasa yang tidak kelihatan
mengoyangkan pepohon besar tersebut.
Bila pokok besar berhenti bergoyang dalam cuaca maghrib yang kian memberat itu, kelihatan
kumpulan lotong bergayutan di hujung dahan terbuai-buai. Tidak tahu dari mana kumpulan
lotong itu datang.

Apa yang pasti kehadiran kumpulan lo-tong itu amat menye-nangkan hati lelaki berdarah dahi.
Buktinya dia sentiasa senyum sambil menggerak-gerakkan tangannya ke arah kumpulan lotong
tersebut seperti memberikan arahan tertentu.

Mungkin kerana penat bergayut, kumpulan lotong segera bertenggek sebaris didahan besar,
duduk berdekatan menghalakan muka kearah saya dan pemandu. Memang menakutkan melihat
mukanya yang dilingkari garisan putih, lebih-lebih lagi bila dia menyeringaikan giginya.

Tapi.

Mengejut saja lelaki berdarah dahi bersuara dalam nada suara yang cukup keras dan tinggi. Dia
seolah-olah teringatkan sesuatu yang penting. Dahinya berkerut dan keningnya terangkat sedikit.
Saya dan pemandu saling berpandangan.

"Ada apa menjerit semacam ni?" Saya bertanya.

"Ada sebahagian lagi tahi bijih dalam saku seluar mereka, kira-kira dua genggam lebih. Kalau
mereka tabur di tanah dengan sendirinya khasiat tahi bijih tidak menjadi. Kalau belum ditabur,
sulitlah sikit. Tapi tak mengapa kita berikhtiar."

MENJERIT

Barulah saya dan pemandu faham keadaan sebenarnya, kenapa lelaki berdarah dahi menjerit
dan cemas sekali.

"Kita berikhtiar," ulangnya lagi dengan mata yang bersinar, penuh harapan ten-tang kejayaannya.
Lelaki berdarah dahi melangkah ke kanan. Besi pendek pasak bumi segera dicabut. Di timang-
timang dan ditelek-teleknya berkali-kali. Semasa besi pendek "pasak bumi" dijulang melepasi
kepalanya, kumpulan lotong yang bertenggek di dahan segera menjerit ketakutan. Semuanya lari
bertempiaran ghaib.

Malah kumpulun kelip-kelip yang menghurungi timbunan dedaun kering turut hilang dalam
sekelip mata. Tidak dapat dikesan ke mana perginya. Semua yang terjadi depan mata, sukar
diterima oleh akal fikiran yang waras.

"Kita berusaha dan berikhtiar, selebihnya kita serahkan pada Tuhan yang maha Kuasa, niat saya
dan juga awak berdua baik," selesai bercakap lelaki berdarah dahi terus mengucup besi pendek

"pasak bumi macam pahlawan Melaka mengucup keris pemberian Sultan.


Perasaan saya terus berdebar, walau pun suara "kuang-kuit sudah berhenti.
"Ayuh, kita bergerak sekarang," satu arahan keras dari lelaki berdarah dahi untuk kami berdua
yang masih belum dapat menangkap maksud dari arahan tersebut.
"Kemana?" ba!as si pemandu.

"Ke mana lagi, menolong tuan kamu dan kawannya yang tersepit, Kalau berlengah-lengah
entahkan sempat entahkan tidak.

Kata-kata terrakhir "entahkan sempat, entahkan tidak" membuat saya sesak nafas. Detik jantung
terasa hebat sekali. Rupanya masalah yang sama turut juga dirasai oleh si pemandu. Buktinya,
dia melepaskan, renungan cemas ke arah saya.

Pikiran saya jadi buntu, tidak tahu apa yang patut saya nyatakan pada si pemandu. Apakah
tindakan selanjutnya yang wajar saya buat. Patutkah digesa lelaki berdarah dahi bertindak cepat,
tidak sekadar bercakap serta memperlihatkan kebolehannya saja.

"Ayuh, apa lagi. Kenapa termenung saja. Sekarang bukan masa termenung, seka-rang masa
berlindak dan bergerak," lelaki berdarah dahi terus menolak bahu si pe-mandu. Kerana
tolakkannya agak kerasd an kuat si pemandu hampir lerjatuh. Dan dalam masa yang sama lelaki
berdarah dahi terus menarik tangan kanan saya. Tidak ada bantahan, saya mengikut saja macam
kerbau dicucuk hidung.

SELIT

Besi pendek pasak bumi terselit melintang dipinggang lelaki berdarah dahi. Per-jalanan
menuju ke tempat Syed Hamid Al-Hadad dan datuk pun bermula.

Kepala jalan diketuai oleh lelaki berdarah dahi, diikuti oleh si pemandu dan saya orang terakhir.
Kerana tidak selesa berada di belakang, saya berunding dengan si pemandu untuk bertukar
tempat. Senang rasa hati, bila pemandu memenuhi permintaan saya. Baru lebih kurang dua puluh
langkah bergerak, lelaki berdarah dahi memberi isyarat supaya berhenti. Lagi sekali manusia
pelik ini membuat kejutan, runggut sayal dalam hati. Dia renung muka saya.

"Siapa suruh kamu tukar lempat?"

"Tukar suka sama suka."

"Pandai buat rancangan sendiri, sekarang buat semula macam tadi, jangan pandai-pandai bual
sesuatu tak tanya aku."

Saya pun kembali ke posisi asal, begitu juga dengan si pemandu.

Sebelum memulakan langkah yang terhenti, lelaki berdarah dahi tahu perasaan saya tersinggung
dengan tindakannya.
Dia minta maaf dan menjelaskan dia terpaksa berbuatn demikian kerana mengikut urutan usia.
Dia paling tua mesti jadi kepala jalan, kerana banyak pengalaman dan tahu serba sedikit petua
menjejaki langkah orang. Pemandu tua dari saya, sudah sewajarnya berada di belakangya. Dan
saya paling muda dalam kumpulan tiga orang itu, memang selayaknya berada di belakang
sekali.

Penjelasan ilu saya terima dengan senang hati. Masalahnya. sebagai orang yang berada di
belakang sekali, sudah tentu macam-macam hal yang buruk bermain dalam kepala. Bukan
harimau atau binatang buas yang saya takuti, melainkan hantu syaitan yang boleh menjelmakan
diri dalam berbagai-bagai bentuk dan rupa.

Berpunca dari rasa takut itu menyebabkan saya melangkah dengan cepat. Akibatnya saya sering
tersepakkan tumit kaki si pemandu. Malah ada ketikanya, saya melanggar tubuhnya bila dia
memperlahankan langkah, hasilnya si pemandu merunggut panjang dan marahkan saya

Macamana dia tidak marah. Perbuatan tersebut boleh menyebabkan dla terdorong ke depan dan
jatuh. Secara tidak sengaja badannya akan berIaga dengan badan lelaki berdarah dahi. Bila hal
ini terjadi boleh menyebabkan lelaki berdarah dahi turut jatuh seperti dia.
Bila perkara terjadi boleh melambatkan perjalanan ke arah tempat yang dituju.

Saya tahu masalah tersebut.

Dalam langkah yang penuh berhati-hati itu, tumit kaki si pemandu masih menjadi mangsa
sepakkan kaki saya.

"Berhati-hati dan perlahan-lahan sikit Tamar. Kalau aku jatuh susah jadinya."
"Aku tak senga}a."

"Kerana kerap sangat tak sengaja itulah, aku suruh kamu berhati-hati. Tak ada apa yang
ditakutkan."

Saya diam dan hati terus berazam tidak akan mengulangi perbuatan yang sama. Malangnya,
dalam berjaga-jaga dan berhati-hati perkara yang sama berulang kembali. Entah apa malangnya
nasib saya.

"Tamar berapa kali aku nak cakap."

"Maafkan aku."

"Sudah berbelas kali kamu minta maaf, tapi kamu tidak juga berubah. Lain yang kamu cakap,
lain pula yang kamu buat. Ini tak boleh jadi Tamar. Jangan sampai aku hilang sabar," cukup keras
dan bertenaga sekali suara si pemandu. Kalau tadi. setiap kali bercakap dia renung
muka saya. Tetapi, kali ini keadaan menjadi sebaliknya. Saya menarik nafas hampa dan
menyalahkan diri sendiri.
KEJUTAN
LAGI sekali lelaki berdarah dahi membuat kejutan. Dia angkat tangan kiri tinggi-tinggi melepasi
kepala sebagai tanda syarat perjalanan harus diberhentikan . Timbul pertanyaan dalam dada, ada
halanganbesarkah di hadapan atau ada gangguan hantu syaitan dalam perjalanan ini?

Debar dalam rongga dada berkocak kembali. Renung kiri, renung kanan. Si pemandu juga
berkelakuanseperti saya. Kami saling berpandangan dengan seribu persoalan bersarang dalam
dada. Lelaki berdarah dahi menjatuhkan tangan kiri lalu bertepuk sebanyak tiga kali.

Wajahnya masam dan serius. Dari gerak mata dan kembang kempis hidungnya. Begitu juga
dengan cara dia berdiri bersi-lang kaki. Betis kanan menindih betis kiri. Semuanya itu memper-
lihatkan dia sedang berada di puncak ke-marahan yang amat sangat. Macam ada pantang larang
dan pesanannya kami langgar.

Siri.241 : Dendam
DALAM keadaan yang tidak menentu itu, saya cuba memeriksa diri. Apakah kesalahan yang
telah dilakukan. Apa pula pantang larang yang dilanggar. Rasa-rasanya, tidak ada kesalahan
yang dibuat.

Bila menjeling ke arah pemandu. dia juga termenung panjang. Barangkali, dia juga memeriksa
diri sendiri, macam saya.

"Eh, kamu berdua"

Berderau darah dalam tubuh. Lelaki berdarah dahi ini sudah melampau. Apakah dia tidak boleh
menggunakan bahasa yang sopan untuk memanggil saya dan pemandu. Sungguh biadab lelaki
laknat kutuk saya dalam hati.

Tetapi rasa marah yang membuak-buak terus menurun melihat si pemandu di sebelah, bersikap
tenang dan bersahaja.

"Maafkan aku."

Permintaan maaf dari lelaki berdarah dahi, membuat saya terasa lemah. Kemarahan terus lupus
dari kalbu. Senyum persahabatan ditujukan kepadanya.

"Begini, aku nak tegur parangai, kamu berdua...........

Kerana kata-kata selanjutnya, tidak diteruskan. Dada mula digoncang debar yang hebat.

Silakankan, kami tak marah." si pemandu berbahasa lembut.

Saya lihat lelaki berdarah dahi menarik nafas panjangj. Tangan kanannya meraba-raba pangkal
paha kanan berkali-kali, macam ada sesuatu yang dirasakannya disitu. Kemudian dia
mengeliat. Fahamlah saya bahawa lelaki berdarah dahi itu mengalami lenguh-lenguh pinggang.

Begini, mengikut petua guru aku. semasa dalam perjalanan mengesan atau memburu musuh, tak
boleh bercakap, bersiul, menegur benda melintas. Tak boleh bertekak dan cepat marah. Kalau
kamu berdua tak boleh ikut petua, biar aku mita diri. Kamu berdua uruskanlah hal ini, nada
suaranya lembut.

Tetapi ada perkataan-perkataan tertentu yang sebutannya sengaja dikeraskan oleh lelaki berdarah
dahi.

Saya dan pemandu faham, kenapa dia berbuat demikian? Terutama tentang ungkapan yang
berbunyi:

"Biar aku minta diri kamu berdua uruskan."

lni menunjukkan dia marah dan kecewa di samping itu cuba mengugut kami berdua.
Memang menyampah dan meluat mendengar ugutan seperti itu. Lebih-lebih lagi dari orang asing
yang baru dikenali, tidak sampai seminggu.Tetapi,kalau ugutan itu dikotakan oleh lelaki berdarah
dahi. Saya dan pemandu akan berdepan dengan masalah yang sukar

Jadi sebelum keadaan menjadi bertambah sulit. Perkara ini harus ditangani dengan baik. Biar
segala-galanya berjalan dengan lancar dan teratur. Fikir saya sendirian.

PENCARIAN

DALAM usaha mencari jalan terbaik itu, otak terus berfikir dan berfikir. Kepala terus
didongakkan ke langit. Awan nampak bertompok tompok. Bergerak lemah mengikut arah angin.
Juga kelihatan sekawan keluang terbang rendah menuju ke arah puncak bukit yang nampak
berbalambalam. Nyamuk dan agas mula menyerang.

"Maafkan kami."

Sungguh di luar dugaan si pemandu berkata begitu. Nampaknya, dia hertindak lebih awal dari
saya, dalam usaha mencari kejernihan.

"Juga maafkan saya, dengan pantas saya mencelah.

"Kami berjanji tak buat lagi perkara semacam itu, si pemandu memberikan sebuah ikrar dan
janji. Saya anggukkan kepala.

Lelaki berdarah dahi terus membisu. Sepasang matanya memanah ke arah langlt luas.Sesekali
dia meraba-raba hujung taping telinga kanannya. Ditekan tekan dan dipusingnya sekali dua.
Dari dada langit, renungnya beralih ke arah pepohon yang tinggi menjulang. Agak lama iuga dia
menatap dedaun pokok yang tertegun kaku. Macam ada sesuatu yang dicarinya disitu.
Fikirannya. berkelana jauh tidak menentu. Sesungguhnya Iceatuan le!aki berdarah dahi membuat
saya dan pemandu jadi resah semacam.

TENANG

KELUHAN yang terhambur dari mulut lelaki berdarah dahi, rnembuat mata kami tertancap
kewajahnya. Entah mengapa hati terasa tenang. Wajahnya yang tadi keruh nampak beransur
cerah dan ceria.

Mata yang tad merah dan bersinar garang, bertukar menjadi lembut. Hidungnya tidak lagi
kembang kempis. Segala-galanya kembali pada keadaan normal, macam tadi.
Jangan sekadar berjanji saja ." bentaknya keras.

"Demi Allah. kami berjanji. Kalau salah seorang daripada kami ingkar, celakalah diri," kami
berdua terus berikrar sambil mengangkat tangan separas bahu
'Bagus!" sambut lelaki berdarah dahi.

Perjalanan yang terhenti diteruskan. Entah mengapa , setelah disergah oleh lelaki berdarah dahi,
saya seperti mendapat semangat baru. Jadi berani semacam , tidak takuT dengan hantu syaitan.
Tidak takut dengan binantang buas.

Kerana merasakan ada kekuatan semangat serta keberanian tersendiri. Saya pun berusaha
menjarakkan diri dengan s pemandu sejauh mungkin. Semangat wira mengelegak bagaikan air
panas. Sentiasa mengharapkan sesuatu yang boleh diajak bertarung muncul di depan mata.
Apa yang diharapkan, tidak menjadi kenyataan. Perjalanan seterusnya cukup aman dan selesa
sekali. Hari yang semakin gelap, terasa seperti berada diwaktu petang saja

"OooPPPPPPP."

Lelaki berdarah dahi yang jadi kepala jalan. angkat tangan kanan. Memberitahu ada rintangan
dalam perjalanan.

Ada parit, terpaksa melompat." tutur lelaki berdarah dahi.

Keberanian yang membuak-buak dalam dada terus surut, bila berdiri di tebing parit yang lebar
dan dalam tanpa air.

Lelaki berdorah dahi dan si pemandu sudah pun memperlihatkan kehebatan din masingmasing.
Dengan sekali lornpat, mereka lepas ke seberang.

''Lompat Tamar." si pemandu memberi arahan.

Baik.

Saya pun mencari ruang u n t u k memulakan lompatan. Langkah pertama teragak-agak, saya
batalkan lompatan. Kali kedua, disaat mahu melompat, teringat permukaan parit yang luas dan
dalam. Lompatan segera saya tangguhkan. Lelaki berdarah dahi dan si pemandu yang berada di
seberang sana mula resah.

BUNTU

Dalam keadaan yang buntu itu saya terus berusaha dan berfikir. Entah macam mana saya
berusaha mencari tempat lapang. Dari situ melakukan larian kencang. Bila sampai tepi parit.
Pejamkan mata dan terus melompat. Samaada mahu atau tidak, perkara taersebut mesti
dilaksanakan. Dengan keyakinan yang padu saya pun memulakannya.

Al-hamdulillah percubaan yang ketiga berhasil. Selamat sampaiu keseberang. Lelaki berdarah
dahi dan pemandu segera membangunkan saya yang jatuh terduduk. Punggung terasa sakit,
maklumlah terduduk atas akar kayu yang keras. Urat-urat dipangka peha teras tegang seketika.

SUARA

Setelah melepasi parit kecil, kami terpaksa mendaki kawasan tanah yang agak tinggi. Dan situ
ternampak cahaya api. Sayup- sayup terdengar suara orang seperti membaca sesuatu. Dalam
keadaan yang gelap itu, pemandu mencuit bahu saya.

"Ada suara," bisiknya.

Saya anggukkan kepala.


Bila diamat-amati, suara tersebut adalah suara orang membaca Quran. Sukar untuk menentukan
surah apa yang dibaca. Mendengar suara orang membaca Quran di tengah hutan, waktu maghrib
membuat bulu tengkuk meremang. Rasa takut dan cemas memang tidak dapat dihindarkan.

Dalam cuaca gelap yang semakin berat itu, lelaki berdarah dahi. angkat tarngan rendah separas
bahu. Semasa menyuruh saya dan pemandu berhenti berjaIan, dia angkat tangan melepasi
kepala.Tetapi kali ini paras bahu.

Tanda isyarat apa tu?" Secara berbisik saya bertanya pada si pemandu

"Berjalan rendahkan badan, melangkah perlahan-lahan. Jangan pija benda yang boleh
menimbulkan bunyi," balas si pemandu.

lalan membongkok dengan langkah yang berhati-hati dalam keadaan gelap memang
menyusahkan. Makin lama kami melangkah makin rapat kami dengan cahaya api. Suara orang
membaca Ouran semakin jelas. Saya pasti suara itu, bukan suara datuk. Saya juga yakin orang itu
sedang mem baca surah Yassin

POHON
DALAM suasana yang penuh dengan persoalan dan pertanyaan itu, kami terus rnelangkah,
membongkok dicelah-celah pepohon renik yang hidup subur. Dua tiga kali ranting mencucuk
rusuk dan lengan, semuanya terpaksa ditanggung. Pokoknya, kedatangan kami menghampiri
cahaya tidak boleh dikesan oleh sesiapa pun.

Walaupun sudah hampir dengan api yang membara, tubuh dan wajah orang membaca Quran
masih belum kelihatan. Bahang dari api yang marak itu membuat muka terasa panas dan badan
berpeluh. Dengan pertolongan cahaya api yang agak luas itu, kami terus mencari batang tubuh
orang membaca surah yassin. Usaha kami gagal.

Lelaki berdarah dahi mencadangkan supaya karni meniarap situ sehingga orang yang rnembaca
Quran itu keluar dart tempat persernbunyiam. Cadangan itu diterima. Dalam masa rneniarap itu
saya terhidu bau minyak yang cukup kuat. Kerana takut diherdik ofeh lelaki berdarah dahi.
perkara itu tidak saya sampaikan padanya dan pemandu.

"Kamu ada tercium bau minyak petrol, tak?" tanya lelaki berdarah dahi pada pemandu dan saya.
Ada, jawab kami serentak.

Motorsikal, kawan aku yang jahat terbakar.'

Lelaki berdarah dahi terus berdiri. Renung sekitar kawasan yang diterangi cahaya api. Dia
meniarap kembali.

"Kita dah sampai pada matlamatnya, bau minyak petrol itu datang dari arah sana," dia
menajamkan mulutnya lalu menghalakan ke kanan.

Bi!a kami merenung ke arah yang ditunjuknya. memang ada cahaya api yang sedang marak.
Kepulan asap hitam naik ke langit.

'Tadi mereka duduk di sini, ` bila menyedari ada orang mengintip mereka lari dan tak sempat
nak memadamkan api lelaki berdarah dahi membuat sebuah andaian. Suara orang membaca
Quran terus menyumbat lubang telinga.

Lelaki berdarah dahi rnenyuruh kami duduk dekatnya. Kami akur dengan permintaannya. Dia
terus menerangkan tentang rancangan yang bakal dilakukannya. Kerana dia percaya, dua orang
kawannya bertelagah sesama sendiri. Dia memutuskan untuk menyusuri kawannya yang pada
pendapatnya tidak berpegang pada janji. Dia mahu membuat perhitungan peribadi dengan kedua-
dua kawannya itu.

Saya dan pemandu disuruhnya bergerak perlahan-lahan ke arah perdu pokok besar yang berbanir.
Tingginya melangit, sukar diduga.

"Kita bergerak sekarang."


"Baiklah," sahut saya dan pemandu.
CAHAYA

LELAKI berdarah dah segera melangkah menuju ke arah cahaya yang diduga tempat motorsikaI
kawannya terbakar. Saya dan pemandu segera bergerak ke arah pokok besar.
Suara orang membaca Ouran itu datang dari celah-celah banir pokok yang besar itu, itu yang
saya beritahu pada pemandu.

"Aku juga fikir macam tu ," jawabnya.

"Barangkali datuk dan tuan syed bersembunyi di situ.

"Tak tahu nak cakap," suara sipemandu lemah sekali.

Setelah berada di kawasan perdu pokok besar, dengan cahaya api saya dan pemandu dapat
meninjau keadaan sekitar. Tidak jauh dari perdu pokok besar itu, di sebelah kanan terdapat
sebatang anak sungai. yang airnya mengalir deras.

"Hati hati melangkah Tamar."

Iya, aku tahu. Terima kasih atas ingatan tu," dengan ditemani cahaya api yang samar-samar,
muka si pemandu saya renung. Dia nampakt enang dan bersahaja.

Bila air sungai yang mengalir deras melanggar bebatu dan bebatang yang menghalang
perjalanannya, akan menghasilkan satu macam jenis bunyi. Sekejap kuat, sekejap perlahan. Nada
bunyi itu menyenangkan perasaan. .

Sebahagian dari pada banir atau akar besar dari perdu tersebut berada di dalam sungai. Jika ada
manusia yang bersembunyi di celah-celah banir tersebut, boleh turun naik ke sungai tanpa dapat
dikesan oleh orang lain atau binatang buas. Saya dan pemandu terus melangkah. Penuh hati- hati
dan teliti.

JELAS
SUARA orang membaca Quran semakin jelas. Dalam masa yang sama kami terdengar bunyi
beberapa letupan kecil secara berturut-turut.

"Bukan dari tempat kita meniarap tadi," si pemandu menudingkan jarinya kearah cahaya api
yang lagi satu, iaitu tempat yang ditujui oleh lelaki berdarah dahi.
"Biarkan orang itu uruskan.

Mendengar katakata saya itu, si pemandu senyum panjang.

Sebaik saja mendekati perdu pokok besar, terdengar suara orang - berdehem.Cukup hampir
dengan saya. Si pemandu terus memberi isyarat, menyuruh meniarap dan mengawasi keadaan
sekeliling. Malangnya suara orang berdehem itu tidak muncul. Puas saya mengawasinya tetapi,
kelibatnya pun tak ada.Kami berdua terus mematikan diri.
Sepuluh minit kemudian, terdengar lagi suara orang berdehem. Kali ini betulbetul di belakang
kami. Saya tidak pula merasacemas. Saya yakin, suara itu adalah suara datuk. Sudah jelas kini,
suara yang mengalunkan surah Yassin itu adalah suara Syed Hamid AlHadad.

"Macamana kamu berdua boleh berada di sini."

Belum pun sempat kami menoleh ke belakang dan menjawab pertanyaan. Tubuh saya dan
pemandu diheret ke celah banir besar, terus ditolak didepan Syed Harnid Al-Hadad yang terpaksa
berhenti membaca Quran.

Saya kagum dengan lelaki keturunan Arab itu. Dia seorang hafiz Quran.

Kamu berdua belum solat maghrib lagi? soal datuk

Saya dan pemandu pemandu mengangguk serentak.


Syed Hamid Al-Hadad yang tidak terkejut dengan apa yang berlaku. Dia merenung ke arah kami
dengan waiah yang lembut sambil berkata:

"Pergi ambil wuduk terus solat. Waktu maghrib belum habis. Lepas itu kita keluar dari sini.
Agaknya orang membuat aniarya pada kami dah Iari."

"Ikut cakap Pak Habib tu," datuk menyokong.

Tanpa berlengah-lengah lagi kami pun menuruni tebing yang curam sambil berpaut pada akar
pokok besar.

Selesai solat dan berdoa. Datuk dan Syed Hamid Al-Hadad minta kami bercerita tentang
pengalaman yang dilalui, setelah berpisah dengan mereka. Kerana merasa kikuk bercakap depan
datuk, saya suruh pemandu kepada Pak Habib (Syed Humid Al-Hadad) bercerita.

PERASAAN

Denga penuh perasaan Si pemandu mengungkapkan detik-detik cemas yang kami lalui. Beberapa
kali datuk dan Pak Habib menarik nafas sambil mengeleng-gelengkan kepala.

Tak mengapa ini ujian untuk kita semua," tenang benar datuk bersuara. Pak Habib tidak
memberikan sebarang komentar. Bunyi air sungai yang melanggar bebatu di tengah sungai,
cukup menyenangkan. Macam ada irama tersendiri. Gelap malam terus menguasai maya. Badan
pun mula terasa dingin.

"Kata kamu, seorang musuh dah jadi kawan kamu berdua. Mana dia?" Pak Hamid mengajukan
pertanyaan pada pemandunya yang setia.

Buat beberapa saat si pemandu melemparkan pemandangan kearah saya. Cepat-cepat soya
genyitkan mata, beri laluan pada padannya supaya menjawab dengan pantas berhubung dengan
pertanyaan yang diajukan oleh Pak Habib.

"Dia tengok motor-sikal terbakar.

Datuk dan Pak Habib kerutkan kening. Mereka berpandangan sama sendiri. Dan semua yang
berada di celah banir terkejut mendengar bunyi ledakan yang kuat. Seluruh kawasan diterangi
dengan cahaya api seketika. Suasana kembali normal.

Berapa buah yang terbakar? Soal datuk.

Si pemandu kerutkan kening, macam mengingati sesuatu. Kemudian perlahan- lahan gelengkan
kepala ke kiri dan kanan.

"Saya tak tahu, sebab tak nampak," jawab si pemandu spontan. Saya anggukkan kepala
menyokong penjelasan si pemandu.

Mari kita tolong mereka."

DIHALANG

PAK HABIB segera bangun dan bersedia untuk melangkah keluar dari celah banir. Perbuatan itu
segera dihalang oleh pemandunya yang setia.

"Kenapa halang saya?"


Dia musuh Tuan Habib."

Syed Hamid Al-Hadad tersenyum. Muka pemandu direnung sebentar. Kemudian bahu si
pemandu ditepuknya berkali-kali.

"Mereka dalam kesusahan, kite harus menolong, lagi pun mereka satu agama dengan aku, begitu
juga dengan kamu. Orang Islam yang baik tidak menaruh dendam kesumat. Soal dia mahu
membunuh aku, itu soal lain. Begitu iuga kalau dia berdendam dengan aku. Itu urusannyanya
dengan Allah. Aku tak memusuhinya, aku maafkan kesalahanya."

Satu penjelasan yang saya kira cukup sulit untuk diterima oleh si pemandu dan kebanyakan
orang Islam termasuk diri saya.

Pada hemat saya, musuh tetap musuh. Mesti dimusnahkan. Tidak kira dia orang Islam atau
sebaliknya, kalau musuh diberi kesempatan rnelepaskan diri. Lambat laun musuh akan datang
semula kepada kita. Mungkin bertindak lebih kejam lagi.

"Jangan simpan sifat dendam dalam diri kita. Orang opendendam tidak disukai Allah, kata Pak
Habib (Syed Hamid Al-Hadad) pada pernandunya. Anehnya. saya rasakan kata-kata itu seperti
ditujukan pada diri saya-
Mari.'
Dia pun memulakan langkahnya.Datuk segera mengekori Pak Habib, begitu juga dengan saya
dan pemandu.

Perjalanan menuju ke tempat motorsikal terbakar tidak begitu sukar. Selain dari keadaan
permukaan tanah yang dilalui agak rata, tidak ada pepokok besor yang tumbuh di situ bagi
menghalang perjalanan.

Cahaya api tidak jauh dari perdu pokok besar memberi pertolongan yang amat besar pada kami.
Begitu iuga dengan cahaya dari tempat motorsikal terbakar di depan, memudahkan perjalanan ke
tempat yang dimaksudkan.

Sebaik sampai dekat kawasan motorsikal terbakar, api yang marak menjulang mula perlahan.
Kepulan asap juga tidak sebanyak dan sehebat tadi.
"Subhanallah.....

Pak Habib dan datuk serentak menepuk dahi. Saya dan pemandu tergamam, sedangkan lelaki
berdarah dahi yang muncul secara tiba-tiba di sisi kami, tersenyum melihat dua orang kawannya
bertarung sama sendiri menggunakan keris.

Siri.242 : Jasad Jadi Batang Pisang


Perkelahian dua insan yang berlaku di depan mata sungguh mendebarkan. Tetapi tidak pula bagi
lelaki berdarah dahi.

Perkelahian itu buatnya sungguh menyeronokkan. Setiap kali orang bertarung di tanah lapang
melepaskan tikaman pada lawannya, lelaki berdarah dahi ketawa kepuasan.

Hebat, dengusnya.

Bila pihak lawan membalas dengan tikaman bertubi-tubi, lelaki berdarah dahi bertepuk tangan.
Ketawanya semakin keras dan dia melompat-lompat sambil menjerit. Tidak ubah macam orang
kena histeria.

Pelik, saya merungut dalam hati.

Si pemandu hanya mengigit bibir melihat telatah lelaki berdarah dahi. Datuk memalingkan
wajahnya ke arah lain. Dia tidak mahu melihat pertarungan maut yang tidak menguntungkan
sesiapa.

Leraikan mereka!, seru datuk keras tanpa menoleh ke arah orang yang bertarung.
Si pemandu tahu. saya juga tahu, begitu juga dengan Syed Hamid AI-Hadad. Kata-kata itu datuk
tujukan kepada lelaki berdarah dahi. Ternyata seruan itu tidak diendahkannya.

"Berhentikan."

Syed Hamid Al-Hadad atau Pak Habib, secara mendadak menyokong datuk. Saya dan si
pemandu jadi serba salah. Apakah kami juga disuruh bertindak meleraikan perkelahian tersebut?
Ertinya, ungkapan yang diluahkan Pak Habib sebentar tadi, tidak terhad pada lelaki berdarah
dahi saja.

"Kamu berani meleraikannya?," Secara berbisik saya bertanya pada pemandu.

"Aku tak sanggup. bagaimana dengan kamu?," si pemandu menyoal saya kembali. Dengan
pantas saya gelengkan kepala. Kemudian kami segera berpandangan.

"Cubalah leraikan mereka," ulang Pak Habib.

"Biarkan mereka mampus," lelaki berdarah dahi membantah.

"Haaaa.........."sahut datuk.

Dengan pantas datuk memusingkan tubuhnya. Wajah lelaki berdarah dahi ditatapnya dengan
seribu tandatanya. Penuh rasa hairan dan pelik.
Situasi yang berlaku, membuat Pak Habib tidak tentu arah. Dia bimbang benar, kalau lerjadi
pertengkaran antara datuk dengan lelaki berdarah dahi. Akhirnya, Pak Habib menarik nalas lega.
Datuk tidak pula memperlihatkan sikap yang agresif, begitu juga dengan lelaki berdarah dahi.
Dua insan yang bertarung di tanah lapang terus memperjudikan nasib. Sukar diduga, antara
mereka berdua siapa yang lebih dulu gugurkebumi. Satu hal yang pasti. mereka saling berbalas
tikaman. Saling melepaskan buku lima dan tendangan tajam.

Ada ketikanya, kedua-dua insan tersebut saling bergulingan, berlompatan. Dengan mata terbuka,
saya melihat beberapa tikaman yang dilakukan tepat mengenai sasaran di tubuh. Tetapl. tidak
meninggalkan sebarang kesan. Tidak luka, tidak pula berdarah,

Tubuh kedua-duanya tidak mampan atau lut dengan senjata tajam. Si pemandu mengikuti setiap
gerak langkah yang diatur oleh kedua-dua insan itu. Lelaki berdarah dahi. tidak berubah tetap
seperti tadi. Ada masanya melompat tinggi, di ketika yang lain menjerit dan ketawa terbahak-
bahak sarnbil ber-tepuk tangan.

"Ahhhhhhh.........

Salah seorang daripada mereka yang bertarung menjerit panjang. Dia lergelincir lalu jatuh ketika
menepis tikaman iawannya. Dalam keadaan yang terkial-kial mahu bangun dia menggunakan
kaki untuk mengelak dan menyelamatkan nyawanya. Segala-galanya berlaku dengan pantas
sekall.
TIKAM

DI SAAT lawan menerkam dengan senjata terhunus ditangan lelaki yang terbaring segera
mengangkat kaki kanannya. Dia melepaskan tendangan yang padu dibahagian punggung lelaki
yang menerkam. Tendangan itu menye-babkan lelaki yang menyerang terdorong ke belakang
lalu jatuh terlentang.

Tetapi dengan tangkas bangun dan menerpa bagaikan singa tapar. Satu tikaman lepat dilepaskan
ke bahagian depan rusuk orang yang terbaring. Hujung senjata

tajam (macam bentuk golok) bagaikan tergelincir ke arah lain dan terus lerbenam ke bumi.
Sepatutnya, senjata tajam lerbenam dirusuk lelaki itu. tetapi, seperti ada tenaga ghaib yang
menolak pergelangan langan orang yang melepaskan tikaman.

"Kedua-duanya memang handal. semua jenisbesi tak boleh tembus kulitnya. Peluru senapang.
peluru pistol, malah peluru meriam sekalipun tak lut. Guru mereka, boleh telan bara api," lelaki
berdarah dahi memberitahu si pemandu penuh semangat

"Kalau macam itu caranya, sampai pagi esok pun pergaduhan tak berhenti, susah jadinya," balas
si pemandu dengan wajah yang cemas. Saya yang dapat menangkap per cakapan mereka berdua
turut jadi resah semacam. Bayangkan kalau pertarungan itu berlanjutan sampai ke pagi. Siapakah
yang sanggup menunggu?

"Bila salah seorang dari mereka mati dengan sendirinya perkelahian ini berhenti. Biarkan lembu-
lembu tu berlawan," itu jawapan dari lelaki berdarah dahi untuk sipemandu.
"Kamu manusia pelik." songsong si pemandu.

"Mereka lagi pelik." tingkah si lelaki berdarah dahi. Dia terus ketawa berdekah-dekah.
Mengoyang-goyang-kan tubuhnya macam orang menari joget.

TIDAK DISENANGI

PERBUATAN lelaki berdarah dahi itu ternyata tidak disenangi oleh datuk dan Pak Habib.
"Mereka mesti di-berhentikan dari pergaduhan yang lidak menguntungkan ini." Pak Habib
merenung muka lelaki berdarah dahi, Seolah-olah minta lelaki itu melakukan sesuatu yang
bermanfaat.

Tetapi, lelakiberdarah dahi buat tidak kisah, wajahnya dipalingkan kearah lain. Dia tak mahu
merenung muka dan biji mata Pak Habib.

"Kita mesti bertindak, jangan biarkan pergaduhan sampai ada yang rnati." sambung Pak Habib
sambil meninggikan suara-nya. Taktik yang dilakukan itu berhasil menarik perhatian lelaki
berdarah dahi. Dia terus merenung batang hidung Pak Habib semula.

"Kamu pergi leraikan. Bukankah mereka berdua kawan kamu?" Datuk yang tadi lebih banyak
mendengar mula mengorak langkah, Bahu kanan lelaki berdarah dahi digoyangnya berka!i-ka!i.
Sepasang anak mata lelaki berdarah dahi berada dalam sepasang anak matanya.

Dan lelaki berdarah dahi terkejut besar dengan tindakan datuk yang tidak disangkasangkaitu. Dia
terus mengangguk seraya berkata: "Saya lebih suka mereka berlawan terus sampai mereka
keletihan."

"Itu penyeksaan namanya, tak baik menyeksa manusia macam itu. Mereka bukan binatang."

"Saya tahu, sebenarnya "

"Tahu apa?" Sebe-narnya apa?." Datuk menyergah.

Suaranya keras sekali. Buat beberapa saat lelaki itu kelihatan seperti kehilangan kata-kata untuk
dituturkan. Terpaksa mengkerutkan kening dan mengecilkan kelopak mata.

"Sebenamya begini, perangai mereka berdua pun lebih kurang macam binatang," tutur lelaki
berdarah dahi dengan penuh yakin. Dia menarik nafas dalam-dalam. Bagaikan mencari kekuatan
dalam diri untuk berdepan dengan datuk.

"Kurang bijak menuduh orang macam binatang."


"Saya berkawan dengan mereka, saya tahulah. Awak mana tahu."

Datuk meraba hujung hidung berkali-kali. Menenangkan perasaan. Cara lelaki berdarah dahi
menuturkan kata agak kasar dan keras.
SEDAR

DATUK sedar, lelaki berdarah dahi kurang senang dengan tindakannya yang menyuruh dia
(lelaki berdarah dahi) meleraikan kawannya yang sedang berga-duh. Dia merasakan perbuatan
datuk itu sudah keterlaluan.

"Pantang datuk nenek saya diperintah, disuruh sarah orang tak ada sangkut paut dengan darah
daging saya," lelaki berdarah dahi melahirkan protes secara terang-terangan. Dia

sengaja bercakap kuat-kuat agar dapat didengar oleh datuk. Dan datuk yang sudah dapat
mengawal perasaan tetap tenang. Malah senyum pula.

Pak Habib renung muka pemandunya. Renung muka saya dan akhirnya renung muka datuk.
Tetapi, wajah lelaki berdarah dahi tidak meniadi sasaran anak matanya. Dua lelaki yang

bertarung di tanah lapang, tidak serancak tadi. Sudah ada tanda-tanda keletihan pada diri masing-
masing. Lelaki berdarah dahi telap menumpukan seluruh perhatian ke lanah lapang.

"Ehemmmmm.
Lelaki berdarah dahi memalingkan mukanya ke arah datuk yang berdehem lalu menghadiahkan
renungan sinis.

"Apa lagi?"

"Begini, mereka berdua kawan kamu. sama-sama mahu menjahanamkan aku," lembut benar
nada suara Pak Habib. Kali ini batang hidung lelaki berdarah dahi jadi habuan sepasang anak
mata milik Syed Hamid Al--Hadad (PakHabib). Direnungnya anak mata lelaki berdarah dahi itu
dalam-dalam.

CEMAS

TIDAK ada sebarang perubahan di wajah lelaki itu. Tidak gementar. Tidak cemas, tidak takut.
Nampak bersahaja dan memang dia mengharapkan salah seorang daripada rakannya yang
bertarung akan tewas. Kalau boleh kedua-duanya sekali rnati.

"Saya minta kamu berhentikan perkelahian ini. Kamu memang layak jadi pen-damai, mereka
kawan kamu," Pak Habib seperti merayu. Lelaki berdarah dahi tersenyum.

"Biarkan mereka mati.


Ungkapan dari lelaki berdarah dahi itu menyebabkan datuk mengenggam buku lima. Entah
mengapa dia jadi marah semacam. Dua insan yang bertarung di kawasan tanah lapang mula
bergerak dalam keadaan terhad. Tercungap-cungap keletihan.

Beberapa detik berikutnya, buku lima yang lergenggam di-buka oleh datuk secara perlahanlahan.
Dan lima jari Jemari tangan kiri dan kanan terkembang. Semuanya menunjuk ke bumi.
Kemarahan sudah gugur di hati datuk. Sebuah ketenangan segera terukir di wajahnya.
"Jangan biarkan kawan kamu mati sia-sia," nada suara yang seakan-akan merayu dari Datuk
membuat lelaki berdarah dahi tunduk merenung permukaan tanah. Kalau tadi dia melihat
kawannya yang bertarung di kawasan tanah lapang penuh dengan rasa marah dan dendam kini
bertukar simpati.

"Tolong selamatkan, jangan biarkan kawan kamu mati sia-sia. Mati katak.Tolonglah mereka."
datang lagi rayuan dari datuk. Pak Habib berdebar menanti jawapan dari lelaki berdarah dahi.

"Dulu dan beberapa jam yang lalu, mereka berdua kawan saya, Sekarang mereka musuh saya."

"Heiiii.............." datuk separuh terkejut. Lelaki berdarah dahi terus ketawa. Saya dan pemandu
yang tahu kedudukan sebenar, tidak merasakan apa-apa. Berbeza dengan Datuk dan Pak Habib
yang kelihatan cemas dan bimbang.

LETUPAN

DARI kawasan lapang. tempat kedua-dua lelaki beradu kekuatan terdengar bunyi letupanletupan
kecil, beriringan dengan sinaran cahaya seperti sinaran kilat.

Pancaran cahaya itu kelihatan seperti keluar dari telapak tangan kanan, kedua-dua lelaki Itu.
"Keadaan semakin teruk," bisik pemandu pada saya.

"Kita tenang, jangan takut."

"Aku setuju,"jawab si pemandu.

Pak Habib dan datuk nampak lebih bersedia untuk,menghadapi sebarang ke-mungkinan. Lelaki
berdarah dahi terpegun. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku di depan matanya.
Akibat dari pancaran cahaya tersebut sebahagian daripada kawasan tempat kami berdiri, cerah
sekelika.

"Mereka cuba memperlibatkan ilmu kebatinan yang ada pada diri mereka. Makin lama mereka
berlawan, makin banyak ilmu batin yang ada dalam diri mereka gunakan. Dengancara itu kita
dapat mengetahui kehebatan dan kekurangan diri mereka."

"Tujuannya?" pintas datuk meningkah cakap lelaki berdarah dahi.

"Tujuannya mudah saja."


"Apa yang mudah?," Tekan datuk lagi.

Dengan berani lelaki berdarah dahi itu jegilkan sepasang biji matanya kearah datuk. Bibir
tebalnya dijuihkan ke depan.
"Bila mereka letih dan menunjukkan semua ilmu yang ada, mudahlah saya me-ngalahkan
mereka. Kedua-duanya pengkhianat. Cakap mereka tak boleh dipakai. Mereka manusia
munafik."
Tergamam Pak Habib dan datuk mendengar kata-kata yang diluahkan oleh lelaki berdarah dahi
itu.

"Mereka munafik," jerit lelaki berdarah dahi.

Dia segera mengambil sepotong kayu di hujung kaki untuk dilemparkan pada dua orang yang
bertarung. Mujurlah perbuatannya dapat dihalang oleh datuk dengan ungkapan pujukan.
Mungkin kerana kecewa lelaki berdarah dahi terus duduk di tanah sambil memegang kepala.
Pak Habib segera mendekati datuk memberitahu sesuatu secara berbisik-bisik. Saya dan
pemandu hanya berpandangan antara satu dengan lain. Bersedia menerima dan mematuhi
sebarang perintah dari datuk dan PakHabib.

Pertarungan dua manusia di kawasan lapang terus berjalan dalam keupayaan tenaga yang kian
lemah. Banyak menggunakan ilmu batin yang dimanfaatkan melalui gerak udara dan
pancaindera yang lima. Masing-masing mahu menewaskan antara satu sama lain. Dari letupan
dan kiiauan cahaya, mereka bertukar menggunakan kepulan asap bersama percikan bara api yang
kadangkala muncul dari beberapa sudut di kawasan lapang.

Di peringkat awal pergaduhan kebanyakan tikaman maut ditumpukan pada bahagian rusuk. Kini,
tempat sasaran berubah, serangan dan tikaman banyak ditumpukan pada bahagian batang leher di
bawah telinga terutama di sebelah kanan. Barangkali. di situ kunci kelemahan diri masing-
masing.

"Bagus, hentak kepalanya."

Lelaki berdarah dahi melompat kegembiraan. Salah seorang daripada mereka mencapai sepotong
kayu lalu menghayunkan kearah kepala lawan. Orang yang diserang mengelak lalu terbabas ke
kanan. Badannya terdampar pada batang pokok, Kayu yang digunakan si penyerang terlepas dari
tangan.

SENJATA

Sipenyerang menerkam guna kan senjata tajam dan orang yang diserang sudah bersedia dengan
kedudukan yang agak baik. Sebaik sahaja orang yang menyerang mendekatinya, maka orang
yang diserang melepaskan satu tendangan padu. Si penyerang jatuh tergolek di tanah. Dengan
senjata di tangan orang yang di-serang bertindak balas. Dia menerkam.
Rupa-rupanya orang yang terlentang sudah bersedia. Pergeiangan tangan orang bersenjata dapat
dipegangnya. Dalam saat mengelakkan senjata tajam menembusi dadanya, ternyata tenaga orang
yang terlentang makin berkurangan. Dia tidak mampu melawan dan pasrah pada keadaan.

Dalam jarak tidak sampai dua inci hujung senjata tajam mahu mencecah kulil dada orang yang
terlentang. Orang yang rnemegang senjata tajam tergamam. Senjata dalam genggaman bertukar
menjadi seketul kayu. Jasad orang yang terlentang bertukar menjadi batang pisang. Kami melihat
ada bebayang lembaga hitam berdiri di belakang orang yang mahu menikam mangsanya.
Bebayang lembaga hltam yang tinggi itu segera membongkok lalu menarik tengkuk orang yang
mahu menikam mangsanya ke belakang dan dihumban-kan ke sudut tanah lapang. Bila
bebayang lembaga hitam itu hilang, kelihatan tengkorak manusia bergerak di udara dan terus
hilang.

Serentak dengan kehilangan lembaga hitam dan tengkorak, jasad yang menjadi batang pisang
kembali kepada asalnya. Lelaki berdarah dahi dengan tidak semena-mena terus terkulai pengsan.
Saya dan pemandu ditugaskan untuk memulihkan manusia yang berperangai bodoh sombong
itu. Bila pulih, dia terus terrnenung tanpa banyak cakap.

DUGA

SAYA menduga, setelah kejadian luar biasa yang tidak masuk diakal berlaku, pertarungan dua
manusia itu akan turut berakhir. Andaian saya (mungkin juga Pak Habib, datuk dan pemandu)
tidak menjadi kenyataan. Dua manusia itu kembali bertarung.

"Leraikan mereka,"bisik Datuk pada lelaki berdarah dahi yang sedang keletihan tu. Dia
gelengkan kepala.

"Kamu tak mahu leraikan," datuk minta kepastian.

"Sudah tentu," jawabnya penuh bertenaga. Dan dia mula bangun unluk melihat kedua-dua
kawannya yang sudah pun memulakan pertarungan.

"Kalau begitu, kamu jangan marah bila aku bertindak," satu amaran awal dari Syed Hamid Al-
Hadad yang nyata sudah bosan dan meluat melihal pertarungan dua lelaki yang tidak diketahui
bila akan berakhir.

" Apa yang kita lihat, mereka menunjukkan ilmu iblis, penuh sihir," runggut Pak Habib dengan
wajah yang penuh kesal.

"Biarkan mereka tuan Habib."

Lemah sahaja nada suara lelaki berdarah dahi. Dia tidak mahu menentang mata Syed Hamid Al-
Hadad yang merenung tajam ke arahnya. Datuk saya lihat resah sekali, Si pemandu tidak berkata
sepatah apa pun.
Pertarungan dua lelaki di babak kedua bertambah hangat. Mereka seperti mendapat semangat
baru. Kalau mengikut lojiknya, mereka sudah amat penat. Sudah hancur tulangtemulang kena
penumbuk dan penendang. Sudah bertaburan daging tubuh akibat tikaman senjata tajam.

Semuanya itu tidak berlaku, tidak ada setitik darah pun yang tumpah ke tanah. Macam ada
tenaga luar yang melindungi dua insan itu.
''Pada hemat saya bukan manusia yang berlawan. Syaitan yang berkelahi menyerupai manusia,"
saya terdengar datu kberbisik dengan Pak Habib. Tidak lama berselang Pak Habib berbisik
sesuatu pada pemandunya
.
Setelah faham dengan apa yang disampaikan oleh majikannya, si pemandu segera beredar secara
perlahan-Iahan memisahkan diri dengan Pak Habib dan datuk lalu mendekati saya.

"Pesan dari datuk kamu dan Pak Habib, jauhkan diri dengan lelaki itu. Ikut aku. mari kita cari
tempat selamat."

"Di mana?"

"Ikut saja jangan banyak soal."

Saya segera mengekori si pemandu menuju ke satu kawasan yang agak terpisah dari kawasan
tadi. Menyedari kami beredar, lelaki berdarah dahi mahu turut serta.

"Jangan ikut, biarkan mereka pergi." Datuk segera menghalangnya. Tindakan datuk itu segera
mendapat protes darinya. Tetapi. setelah dipujuk lelaki berdarah dahi pun akur.

Siri.243 : Tepuk Bumi Petaka Tiba

Secara lembut ( sebenarnya memaksa) datuk menyuruh lelaki berdarah dahi duduk di tengah-
tengah, antara datuk dan Pak Habib. Kemudian secara penuh diplomasi disuruh menjerit dengan
sekuat hati, mendesak agar kedua-dua kawan-nya berhenti dari bertarung.

Ternyata kali ini, agak sukar mengubah pendiriannya. Dia masih seperti tadi, mahu keduadua
kawannya itu bertarung hingga salah seorang daripada mereka menemui maut. Sudah tentu cara
itu tidak diperkenankan oleh datuk dan Pak Habib.

Hasrat lelaki berdarah dahi itu harus dihalang. Ertinya. datuk dan Pak Habib mesti bertindak.
Kalau tidak melakukan sesuatu yang berkesan, datuk dan Pak Habib tetap meniadi mangsa
permainan lelaki berdarah dahi itu. Walau apa pun kerenah yang dipersembahkan oleh lelaki
berdarah dahi itu, datuk dan Pak Habib tetap sabar melayani nya

Saya yang berada jauh adakalanya naik darah dengan tingkah laku berdarah dahi. Tetapi, apakan
daya,saya tidak boleh masuk campur. Mesti sabar menanti hingga satu keputusan muktamad
yang bijak akan dilakukan oleh Pak Habin dan datuk.

Angin malam yang bertiup agak keras membuat saya terasa dingin. Api yang memamah
motorsikal terus menyala dan bergerak ke arah kiri dan kanan mengikut tiupan angin.

"Biarkan mereka berlawan sampai mati."


LETUPAN

DATUK dan Pak Habib saling berpandangan. Suara lelaki berdarah dahi kali ini, sungguh luar
biasa lantangnya. Saya dan pemandu yang berada jauh dari mereka. turut merasa bimbang.
Terdengar letupan kecil dari tempat motor terbakar. Segumpal bunga api terbang ke uaara.
"Biarkan mereka mati," ulang leiaki berdarah dahi.

Dia ketawa sekuat hati macam orang mabuk dan mula bertindak agak agresif sedikit. Dua lelaki
yang bertarung pada pusingan kedua ini, tidak serancak tadi. Masing-masing memperlihatkan
tanda-tanda keletihan. Dan ini membuat lelaki berdarah dahi itu bertambah garang dan
bersemangat.

"Biarkan-biarkan mereka jatuh mati."

Dla mula bertepuk tangan dan menari-nari, seolah-olah dalam beberapa saat lagl dia akan
merayakan sebuah kemenangan besar. Dan situasi yang tidak menggembirakan ini membuat
datuk resah semacam.

"Biarkan mereka tersungkur, dua-duanya pengkhianat pada kawan sendiri. Mungkir janji," lelaki
berdarah dahi julang sepasang langannya keatas. Pak Habib menarik nafas dalamdalam. Dia juga
berada dalam suasuna yang meresahkan

Mungkin datuk sudah hilang sabar dengan karenah lelaki berdarah dahi yang agak keterlaluan.
Inilah yang memaksa datuk bertindak agresif di luar dari kebiasaannya.

KETAWA

DI saat lelaki berdarah dahi ketawa gamat. datuk terus menekup mulut lelaki itu dengan telapak
tangannya yang kasar dan lebar. Buat beberapa ketika lelaki berdarah dahi tergamam. Beberapa
saat berikutnya dia mula bertindak dan menggigit telapak tangan datuk. Berkerut muka datuk
menahan kesakllan.

Sebelum gigitan menjadi lebih parah, datuk segera memulas leher lelaki berdarah dahi dan terus
diapit kecelah ketiak. Seluruh badan lelaki berdarah dahi bergoyang dan bergerak macam ikan
keli menyondol selut.

Kian kuat lelaki berdarah dahi menggerakkan badan untuk melepaskan diri, makin kuat
kepalanya diapit dan ditekan ke celah ketiak. Datuk pun mengheret lelaki ilu ke pangkal pokok
merbau.

"Duduk disini."

Kepala lelaki itu dikeluarkan dari celah ketiak dan terus ditekan supaya duduk.
"Jangan ke mana-mana, selagi tak dapat perintah dari aku, keras dan garang suara datuk.
Entah apa ayat yang dihembuskan oleh datuk kepada leJaki berdarah dahi hingga dia tidak
melawan, tidak berani tentang biji mata datuk. Menurut kata, macam kerbau dicucuk hidung.
"Duduk.kau faham tak cakap aku?"

Lelaki berdarah dahi anggukkan kepala

Datuk menggeliat dua tiga kali sambi melihal kesan gigitan dilengannya. Bila jejari nya
digenggam terasa sakit. Sehelai daun pokok 'salang' segera dipetik dan dibalut pada jejari yang
terasa sakit dan bengkak.

Tidak mengambil masa yang panjang. Sepuluh minit kemudian balutan daun salang itu dibuka.
Rasa sakit terus hilang. Bengkak pun susut. Jari jemari boleh dibuka dan digenggam. Sebelum
melangkah kearah Pak Habib, datuk renung lelaki berdarah dahi untuk mempastikan, apakah dia
akur dengan arahan yang diberi.

Datuk menarik nafas lega, lelaki itu memang akur.

Dengan senyum datuk melangkah ke arah Pak Habib. Belum pun sampai ke tempat yang dituju,
lelaki berdarah dahi terus melompat mengambil sepotong kayu di sisinya. Datuk tidak menyedari
apa yang berlaku di belakangnya. Begitu juga dengan Pak Habib yang asyik merenung ke
kawasan lapang, tempat dua insan bertarung.

Dengan kayu ditangan, lelaki berdarah buka langkah silat. Tindakan selanjutnya, dia meluru
kearah datuk

"Dari belakang tuk," jerit saya.

Datuk segera berpaling, menanti kedatangan lelaki berdarah dahi dengan dada dan tangan
terbuka.

"Ahhhhh "

KAKU

LELAKI berdarah dahi berhenti melangkah. Kayu ditangan dihumban jauh jauh. Dia berdiri
kaku di depan datuk. Perlahan-lahan datuk merapatinya lalu melepaskan sebuah hembusan ke
muka. Lelaki berdarah dahi nampak lemah, jatuh perlahan-lahan di kaki datuk dan terus tidur
berdengkur di situ.

"Datuk kamu hebat Tamar."

Itu komentar si pemandu setelah melihat apa yang dilakukan oleh datuk pada lelaki berdarah
dahi, di depan matanya.
"Tamar! apa kamu tidak mengambil llmu daripadanya?" Pertanyaan si pemandu saya jawab
dengan gelengan kepala yang lemah.

"Aku mahu belajar dari datuk kamu, Tamar."


"Silakan," balas saya selamba.

"Aku bukan main-main, aku serius ni."

"Siapa kata kamu main-main. Aku merestuinya."

"Hummmmmm..... " si pemandu mendengus.

Saya tidak tahu, apakah dengusan yang diluahkan itu membawa maksud kecewa atau
sebaliknya. Tetapi, apa yang pasti, dia amat mengkagumi dengan kebolehan yang secara tidak
sengaja diperlihatkan oleh datuk di depan matanya.

CAHAYA

CAHAYA api dari tempat motorsikal terbakar mula beransur kurang. Kepulan asap hitam yang
tebal bertukar menjadi nipis dan berwarna kelabu.

Percikan bunga api yang halus hampir tidak kelihatan sama sekali. Tiupan angin malam masih
tidak berubah, tetap keras. Dan dengkur lelaki berdarah dahi makin menjadi-jadi.

Bila melihat datuk masih belum meninggalkan lelaki berdarah dahi yang masih tidur berdengkur,
muncul kesangsian dalam diri kenapa datuk berbuat demikian?
"Aku harap, kamu tidak akan mengulangi perbuatan yang tidak menguntungkan diri kamu," ujar
datuk pada lelaki yang masih berdengkur itu.

Beberapa saat berikutnya, datuk pun bergerak mendekati Pak Habib yang matanya tidak berkedip
menonton pertarungan hidup dan mati dua manusia di tanah lapang.

" O r a n g yang bawa masalah sudah saya kunci," beritahu datuk pada Pak Habib yang disambut
dengan senyum hambar.

"Langkah seterusnya apa kita nak buat?"

Pertanyaan Pak Habib mahukan jawapan pasti yang boleh menyelesaikan masalah tidak
diundang. Tanpa kehadiran tiga manusia pengacau, sudah lama dia sampai ke Medan.

Sambil mengerutkan dahi dan kening, Pak Habib alihkan pandangan dari tanah lapang ke arah
saya dan si pemandu. Menyedari majikannya merenung ke arahnya, si pemandu segera angkat
tangan. Dan lambaiannya segera dibalas. Pak Habib ubahkan pandangan lagi, kali ini anak
matanya ditumpukan kepada datuk yang berdiri di sebelahnya.
"Biar aku cuba selesaikan."

Jangan," tahan datuk.

Tak mengapa, aku mencuba."

Pak Habib melangkah ke tanah lapang hingga sampai ke kawasan dua manusia yang bertarung,
macam lembu. Tidak merasa penat, tidak merasa sakit, walau-pun sudah hampir lebih dari dua
jam bergasak. Seluar baju habis koyak, badan bermandi peluh bercampur darah.

"Hai insan Islam, berhenti bergaduh sesama sendiri. Bila kamu bergaduh untungnya lblis dan
memang tujuan iblis mahu menyesatkan anak Adam," lantang sekali suara Pak Habib.
Dan dua insan yang bertarung berhenti seketika. Mereka renung muka Pak Habib sebentar,
kemudian bertarung kembali.

"Berhentilah," rayu Pak Habib.

"Berhentilah." rayu datuk.

Semuanya tidak diendahkan, mereka terus beradu kekuatan tanpa mempedulikan kehadiran
datuk dan Pak Habib di sisi.

BERHENTI

SUNGGUH mengejutkan. pertarungan yang rancak terhenti dengan tiba-tiba. Dua manusia yang
keletihan itu merenung ke arah datuk dan Pak Habib, mereka melahirkan senyum persahabatan
dan bersedia untuk memberhentikan pertarungan.

Suasana di luar dugaan ltu menyebabkan datuk dan Pak Habib menarik nafas lega.
Ternyata rasa lega itu, tidak dapat bertahan lama di hati datuk dan Pak Habib, bila mereka
terpandang ada sesuatu yang melintasi di atas kepala dua manusia di kawasan tanah lapang.
Bentuk dan benda yang melintasi di atas kepala kedua-dua manusia tersebut menyerupai sehelai
tikar putih. Bila lintasan tikar putih itu hilang, mereka segera mendongak ke langit untuk
beberapa detik.Kemudian kedua-duanya serentak merenung ke kiri.

Semasa merenung ke kiri, sepasang cuping telinga nampak seakan -akan bergerak- gerak. Begitu
juga dengan sepasang anak mata, bergerak liar ke kiri dan ke kanan, Tindak-tanduk mereka
membayanglan yang mereka menerima sesuatu arahan dari makhluk yang tidak dapat dikesan
dengan mata kasar

"Ada yang mendampmgi mereka," ujar datuk pada Pak Habib.


Pak Habib tidak memberikan sebarang reaksi terhadap kata-kata yang datuk luahkan. Pak Habib
tetap setia berdiri di tepi kawasan tanah tapang. Masih yakin yang kedua-dua manusia tersebut
akan mendengar cakapnya.
Kedua-dua lelaki di tanah lapang merenung kearah datuk dan Pak Habib untuk kali kedua dalam
keadaan yang berbeza sekejap tenang dan sekejap bergelora. Renungan kali ini, bukan renungan
persahabatan. sebaliknya sebuah renungan seteru yang penuh dengan dendam kesumat.
Pak Habib menyedari keadaan tersebut. Tetapi, dia masih bersikap lembut. Baginya, orang yang
marah harus dihadapi dengan lemah lembut.

"Berhentilah bergaduh," Pak Habib merayu jawapan dari rayuan tersebut, sungguh diluar
dugaan. Berlaku satu letupan kecil, betul-betul di depan tem-pat Pak Habib dan datuk
berdiri.Kayudan Tanah berterbangan.

DEBAR

KETUL-KETUL tanah yang halus bertebaran, berjatuhan atas bahu Pak Habib dan datuk.
Semuanya itu, tidak mematahkan semangat Pak Habib dan datuk.

Mereka tetap berpegang pada konsep, berlembut, bertolak ansur dan timbang rasa adalah pintu
kedamaian yang baik. Penyelesaian masalah tidak akan masuk ikut pintu kekerasan.
Berlandaskan pada konsep tersebut, mereka (datuk dan Pak Habib} terus memujuk dan merayu.
"Kenapa memusuhi kami yang mahu membawa kamu pada jalan kebaikan." kali ini nada suara
Pak Habib agak keras sedikit.

Dua lelaki di tanah lapang renung ke arah langit seketika seolah-olah mencari sesuatu. Dan angin
malam kian terasa dingin, sayup-sayup terdengar bunyi deruan kenderaan bersama lolonan
anjing yangmemanjang.

"Kamu berdua, sesama Islam. kenapa berkelahi berhentilah."

Datuk tunjukkan kata-kata itu pada salah seorang lelaki di tanah lapang yang kelihatan amat letih
sekali.

Sungguh mendebarkan. kata-kata datuk dijawab oleh lelaki Itu dengan jelingan biji mata yang
merah menyala. Dengan rasa geram, sepasang tumit kakinya dihentakkan dipermukaan bumi.
Dengan serta merta muncul api lalu membakar apa saja yang ada di sekitar datuk dan Pak Habib.
Satu pemandangan yang mencemaskan buat saya dan sipemandu. Rasa cemas itu. tidak pula
dialami oleh datuk dan Pak Habib. Mereka tenang sekali, walau-pun api yang kecil sudah mula
membesar dan boleh mendatangkan kecelakaan pada mereka.

Suara lolongan anjing (saya kira bukan anjing tetapi serigala) terus rancak bersama bunyi suara
burung hantu.

Bagaimana? Perlukah kita menolong?" bisik si pemandu.


"Jangan musuh menggunakan bantuan luar, orang macam kita bukan lawan nya," balas saya
sambil merenung ke langit. Tidak banyak bintang yang bertaburan. Suara lolongan serigala yang
panjang dan mendayu-dayu mengundang rasa seram yang bukan kepalang.
KERESAHAN

SI PEMANDU yang berdiri di sebelah saya, mula keresahan tidak menentu. Lelaki berdarah dahi
yang tidur terus berdengkur macam bunyi suara kerbau balau menguak panjang.
"Tak usah tunjuk kehebatan kamu, Apa yang kami mahu. kamu berdua berhenti bergaduh." Pak
Habib menarik nafas panjang. Bahang panas mula terasa.

"Kemudian beritahu kami, kenapa kami didera begini," sambung Pak Habib bersahaja.
Api yang dihantar secara sihir oleh salah seorang dari dua lelaki tersebut, terus memamah apa
sahaja yang ada di sekeliling datuk dan Pak Habib. Walaupun ke-adaan agak terdesak. Datuk
tetap mempastikan api yang merayap tidak akan menyambar pakaian dibadan Pak Habib dan
dirinya.

"Berhentilah bergaduh.

Salah seorang dari lelaki di kawasan tanah lapang memben jawapan pada rayuan datuk dengan
membongkok lalu melepaskan penumbuk kencang ke permukaan bumi. Serentak
dengan itu terdengar bunyi ledakan yang amat kuat. Rasanya semua tumbuhan dibumi pada saat
itu (pada malam itu) semuanya habis tercabut.

Bukit dan gunung habis runtuh Bila gema dan ledakan itu berakhir. Api yang mengelilingi
tempat datuk dan Pak Habib berdiri terus lenyap.

TERNGANGA

DATUK dan Pak Habib tergesa-gesa bangun, tidak dapat dipastikan ketika mana, mereka
berdua jatuh.

"Habib."

Suara datuk keras. Seekor ular besar berdiri. tidak jauh dan Pak Habib dengan mulut ternganga.
Ular besar itu bersedia untuk menelan Pak Habib.

"Semuanya kerja iblis. kerja sihir," datuk bersuara lantang. Pak Habib tidak menjawab tetapi,
memberkan syarat dengan mengangkat kedua-dua belah tangannya macam orang mahu
melakukan takbir. Datuk anggukkan kepala.

Perlahan-lahan Pak Habib bergerak ke kanan dua langkah. Lepas itu bergerak ke belakang dua
langkah. Kerana langkahnya amat perlahan per-gerakan tidak dapat dikesan oleh ular besar yang
berada di depannya.

Azan, terluah kata dari datuk.


Pak Habib anggukkan kepala. Datuk memberikan laluan agar laungan azan dilaungkan oleh Pak
Habib. Dua lelaki dikawasan tanah lapang, melihat saja apa yang berlaku. Saya dan pemandu
secara tidak sengaja terpandangkan sesuatu yang pelik datang bergolek ke arah kami. Bita
diamat-amati benda yang bergolek itu ialah bungkusan mayat. Kami jadi panik. Tidak tahu apa
yang harus dilakukan.

"Tamar, jangan kelam-kabut. tenang. Gunakan apa yang sudah aku ajarkan kepada kamu, baca
ayat-ayat pilihan dari al-Ouran.tanpa menoleh ke arah saya,datuk terus mengeluarkan kata kata
tersebut.

:Datuk kamu meIihat kamu dengan indera yang ke enam Tamar? lsi pemandu menyoal.
Tak tahu, perkara semacam itu kerap aku lalui.

Kamu cucu yang bertuah, nanti banyak ilmu yang bakal diturunkan kepada kamu"
Usah banyak cakap kita dalam bahaya."

Syukur, ungkapan yang saya luahkan itu berjaya menutup mulut pemandu.
Walaupun demi kian, dia tetap resah. Benda putlh yang bergolek itu kian menghampiri kami.
Surah yang saya baca jadi tidak tentu.Saya memberitahu pemandu, sekiranya benda bulat Itu
menghampin saya dalam jarak yang amat dekat akan saya tendang.

BANTAH

SIPEMANDU membantah rancangan saya. Dalam masa berbincang-bincang itu, benda putih
yang bergolek lerus hilang. Laungan azan mula bergema dalam hutan kecil dimalam yang kian
dingin. Suara azan itu menenggelamkan bunyi lolongan serigala dan bunyi burung hantu. Malah,
angin yang bertiup terhenti sama sekali.

Sebaik saja laungan azan berhenti, dua lelaki di tanah lapang rebah di bumi. Bergolek-golek
macam menahan rasa sakit yang amat kuat. Lebih dari lima belas mimt mereka berkeadaan
demikian. Kemudian mereka terbujur kaku. Tidak bergerak.

Dan hujung ibu jari kaki kiri kedua-dua lelaki tersebut, asap nipis keluar, seluruh kawasan
dikuasai bau kemenyan naik meninggi, bertukar menjadi hitam tebal lalu membentuk lembaga
tinggi besar menyerupai raksasa. Beba-yang itu, makin lama. makin menipis dan akhirnya
hilang.

Serentak dengan kehilangan kedua dua bebayang itu. Dua lelaki yang terbaring terus bangun
terkapai.

Datuk segera mendekatinya lalu membacakan beberapa potong ayat pilihan untuk menghalau
iblis. Selesai sa]a ayat-ayat itu dibacakan, kedua-dua lelaki ilu termanggumanggu macam baru
tersedar dari mimpi yang mengerikan.

Siri.244 : Rahsia 3 Manusia Terbongkar


LAMA juga Datuk dan Pak Habib membiarkan kedua-dua lelaki itu dalam keadaan yang tidak
menentu. Terhoyong-hayang macam orang mabuk, tidak dapat mengimbangi tubuh untuk
berdiri dengan betul.

Salah seorang daripada mereka kerap jatuh dan kerap pula bangun. Dalam saat-saat tertentu
mereka bercakap dalam bahasa yang ganjil dan sukar dimengertikan. Bukan dalam bahasa
Indonesia, bukan juga dalam Bahasa Melayu.
Allah huakbar..

Secara tidak sengaja Pak Habib menyebut ungkapan itu, bila seekor kelawar sedar melintas di
depannya. Serentak pula kedua-dua lelaki yang terhoyong-hayang tersungkur di bumi. Datuk
yang berada di sisi Pak Habib menggigit ibu jari kiri.

Muka kedua-dua lelaki yang terkapar di bumi terus jadi bahan renungan Pak Habib. Ada
keresahan bermain dalam hatinya. Renungan segera dialihkan ke muka datuk buat
seketika. Kemudian kembali semula ke muka kedua-dua lelaki yang terlentang, merenung bulan
dan bintang di langit.

Tindak-tanduk Pak Habib mengundang rasa cemas dalam diri saya. Sebenarnya, saya tidak
mampu bertahan lebih lama lagi, di kawasan hutan dalam suasana malam yang kian mendekati
waktu Isyak.

Mungkin si pemandu dan datuk juga berfikir seperti apa yang saya fikir. Dalam melayani
perasaan hati, badan terasa dingin akibat hembusan angin malam yang lemah. Nyamuk terus
berpesta menyedut darah. Lelaki berdarah dahi terus berdengkur. Tidak tahu apa yang berlaku
di sekitarnya.

Bangun, berdiri.

Suara Pak Habib lantang, bergema menguasai kawasan hutan kelcil. Datuk tersintak, pemandu
dan saya terkejut besar. Lebih mengejutkan kedua-dua lelaki yang terbaring terus bangun dan
berdiri dalam keadaan yang tiada bernaya.

Tindakan selanjut yang dilakukan oleh Pak Habib di luar jangkaan. Dari garang bertukar lembut,
penuh sopan. Kembali pada jati diri sebenar. Tangannya menepuk-nepuk bahu kedua-dua lelaki
berkenaan penuh mesra sambil mengucapkan sesuatu.

BAIK

WALAUPUN dilayani dengan baik, kedua-dua lelaki tersebut tidak berani menentang muka Pak
Habib. Badan mereka kelihatan seperti menggigil.

Pandang muka saya, lembut Pak Habib merayu. Rayuan itu tidak diendahkan.
Kamu berdua, kalau tak salah, pernah bekerja dengan aku?
Seperti tadi, tidak ada tindak balas dari kedua-dua lelaki tersebut. Mereka buat bodoh, tunduk
renung tanah. Pak Habib terus merlegar-legar di depan mereka sambil mengosokgosok kedua-
dua belah telapak tangannya.

Sebaiknya, kamu berdua berterus terang saja dengan aku, kalau kamu berdua tak mahu susah,
kata Pak Habib dalam nada menggugut. Datuk senyum, kerana dia tahu itu satu taktik dari Pak
Habib.

Pernah tuan Habib, balas mereka serentak.

Pak Habib segera kenyitkan ekor mata pada datuk yang di sambut dengan senyum pendek.

Di mana?

Kedua-dua lelaki itu kembali membisu.

Di mana? Ulang Pak Habib keras.

Kedua-dua lelaki terbabit saling berpandangan. Ada kesulitan yang terjadi antara mereka. Siapa
yang harus dahulu menerangkan kepada Pak Habib.
Sementara menanti jawapan dari mereka, Pak Habib merenung ke dada langit.

Di Tanjung Balai, Tuan. Jadi penjaga gedung. Kadang-kadang menemani keluarga Tuan ke
Penang, jawab yang bermuka separuh bulat.

Kamu pula?

Pak Habib ajukan pertanyaan pada lelaki yang berkulit agak gelap.

Sama macam dia tapi, saya bahagian gedung yang menyimpan barang dari luar, jawab lelaki
berkulit gelap.

Penjelasan dari kedua-dua lelaki tersebut membuat Pak Habib termenung seketika. Terus duduk
atas seketul kayu. Dahinya, berkerut macam memikirkan sesuatu yang tidak pernah diduga. Dia
segera memanggil datuk ke sisinya.

Mereka berbincang sesuatu dengan serius sekali. Tidak lama berikutnya, datuk meninggalkan
Pak Habib yang mula bangun mendekati kedua-dua lelaki yang masih berdiri.

Sekarang baru aku ingat, kamu berdua di tangkap pihak berkuasa Malaysia masa bekerja
dengan syarikat aku, tutur Pak Habib.

Benar Tuan. Sahut kedua-kedua lelaki tersebut.


Aku kurang jelas, macamana kamu boleh ditahan?
Eeeeeelelaki berkulit gelap tidak meneruskan percakapan. Dengan ekor mata dia
menjeling kearah kawan di sebelah.

Berterus terang dengan saya.

Begini tuan besar, lelaki bermuka separuh bulat mengambil alih tugas dari kawannya yang
berkulit agak gelap untuk meneruskan penerangan, Kami kadangkala mengambil kesempatan
menyeludupkan rokok kretek dari gedung Tuan Habib ke Batu Uban dengan bantuan orang
tengah.

Menarik cerita kamu, potong Pak Habib.

Tiada sebarang komen yang diucapkan oleh kedua-dua lelaki yang berdiri di depan Pak Habib.

TENANG

BARANGKALI mereka mahu mendengar kata selanjut yang bakal diucapkan oleh Pak Habib.
Sepuluh saat sudah berlalu, kelopak bibir Pak Habib tidak terkuak untuk melontarkan kata.

Keresahan tidak saja di hati kedua-dua lelaki tersebut. Malah, turut terasa di hati datuk, saya
dan si pemandu, kecuali lelaki berdarah dahi yang masih berdengkur. Dalam suasana yang agak
tenang itu, datuk menoleh ke arah saya dan pemandu.

Nasib kami tidak baik, semasa bot mahu rapat ke pantai Batu Uban untuk menyerahkan kretek
pada kaki di Penang, kami diserbu polis laut Malaysia, dua orang kawan kami yang jadi ketua
penyeludupan lepas lari, kami berdua masuk perangkap pihak berkuasa Malaysia, lelaki yang
berkulit agak gelap mengambil inisiatif menyambung cerita, bila menyedari yang Pak Habib
tidak mahu membuka mulut.

Lepas keluar penjara kamu ke mana?

Dari jauh datuk campur tangan. Anak mata kedua-dua lelaki itu segera beralih pada datuk. Pak
Habib tersenyum.

Jawablah.

Pak Habib keluarkan arahan untuk bekas pekerjanya. Mungkin merasa kurang enak dengan
campur tangan datuk. Tetapi, tidak berani meluahkan rasa kurang senang itu pada Pak Habib
atau datuk. Mereka saling berpandangan dalam usaha mencari keputusan.

Jawab soalan sahabat saya, keras semacam suara Pak Habib.

Lepas keluar penjara kami di hantar balik ke Medan, macam-macam kerja kami buat, termasuk
ambil upah pukul orang. Suatu hari kami berdua dibelasah dengan teruk dan dicampak ke
dalam sungai Deli, lelaki berwajah separuh bulat menyingkap kisah lalu.
Kemudian datuk tidak meneruskan kata.

Umur kami panjang, kami tak mati, bila pulih dari sakit kena belasah, kami pergi menuntut ilmu
kebatinan hitam di kawasan perkampungan orang-orang KUBU, sambung lelaki berwajah
separuh bulat dalam keadaan terketar-ketar.

NAFAS

DATUK menarik nafas panjang mendengar penjelasan dari kedua-dua lelaki tersebut. Dalam
hati datuk membuat kesimpulan, apa yang berlaku memang sudah dirancang sekian lama.
Bukan sehari dua gerak geri Pak Habib diekori oleh mereka.

Boleh saya cakap sikit.

Datuk minta izin dari Pak Habib.

Silakan sahabat.

Setelah kamu merasakan ilmu yang di tuntut cukup kuat, kamu berdua mahu melakukan apa
saja kejahatan, asalkan kamu berdua senang. Betul tak?

Satu pertanyaan dalam bentuk soalan datuk kemukakan kedua-dua lelaki berkenaan. Ternyata,
Pak Habib merestui apa yang datuk lakukan. Malangnya, kedua-dua lelaki itu tidak memberikan
tindak balas yang sewajarnya terhadap pertanyaan datuk.

Kamu berdua sudah lama mahu mengkhianati bekas majikan kamu. Aku yakin kamu mahu
menculiknya dan kemudian menuntut wang tebusan dari keluarganya. Jawab pertanyaan saya
betul atau tidak? Datuk terus berhujah.

Kedua-dua lelaki itu tetap macam tadi, tunduk membisu. Tidak berani menentang muka Pak
Habib dan datuk.

Katakan apakah cakap sahabat saya itu betul atau salah. Berterus-terang adalah satu perbuatan
yang baik dan mengaku bersalah atas perkara buruk yang kita lakukan adalah amalan yang
terpuji, Pak Habib memujuk penuh diplomasi.

Keadaan tetap tidak berubah, kedua-dua lelaki jahanam itu terus membisu, terus tunduk
merenung permukaan tanah. Suasana malam terus bergerak, membekalkan rasa dingin bersama
nyayian cengkerik. Nyamuk-nyamuk terus berpesta. Lelaki berdarah dahi tetap berdengkur.
Suara musang liar, suara anjing liar yaqng berselang seli dengan nyayian pungguk terus
menyumbat lubang telinga. Sesekali terasa seram, bila melihat pohon-pohon besar bergerak
sendiri, sedangkan angin kuat tidak berlegar di sekitar saya.
Sungguh membosankan bila si pemandu yang berada di sebelah sering merungut, dia bagaikan
nampak tengkorak manusia bergolek kearahnya. Bila direnung atau mahu dipegang tengkorak
manusia bertukar menjadi katak besar dan terus melompat kepangkal pokok dan hilang di celah-
celah akar pokok tersebut.
CEMAS

HAL-HAL begini memang mencemaskan tetapi, apakan daya saya dan pemandu tidak
mempunyai kuasa untuk memaksa datuk dan Pak Habib, supaya segera keluar dari suasana yang
serba mencengkam, serba menggerunkan.

Bagaimana? Berikan jawapan segera atau menerima habuan dari aku, lantang sekali suara
datuk. Sepasang jari-jemarinya diramas-ramas dan dikepal berkali-kali.

Pak Habib segera membisikkan sesuatu ke telinga datuk. Perubahan segera terjadi, datuk yang
tadi kelihatan agak keras dan kasar mula nampak berlembut. Datuk segera menjauhkan diri dari
kedua-dua lelaki yang berdiri kaku.

Jangan sampai sahabat saya marah, kalau dia sudah marah saya tidak boleh membantu kamu.
Cakap saja hal yang benar, habis cerita, Pak Habib memujuk.
Kedua-dua lelaki itu memberikan tindak balas yang positif. Mula berani angkat muka, renung
wajah Pak Habib. Mula berani mengerakkan sepasang tangan.
Memang benar apa yang dikatakan oleh sahabat Tuan, kami memang mahu menculik tuan
untuk di jadikan tebusan, malah kami bersedia membunuh tuan, kalau hajat kami tak ditunaikan
oleh keluarga tuan.

Hummmm.. Pak Habib menarik nafas dalam-dalam, sepasang anak matanya ditujukan
ke muka lelaki yang berkulit agak gelap.

Benarkah cakap kawan kamu ini? Tanya Pak Habib.

Benar, jawab lelaki berkulit agak gelap itu.

Kamu berdua minta bantuan dia, sampuk lelaki berwajah separuh bulat. Jari telunjuknya
menunding kearah lelaki berdarah dahi yang berdengkur.

Kenapa dengan dia? Tanya Pak Habib.

Dialah yang memberitahu kami yang tuan melalui jalan ini balik ke Medan. Dia ikut
rombongan yang menghantar jenazah, sambung lelaki berwajah separuh bulat dengan tenang.

PENJELASAN

MENDENGAR penjelasan lelaki berkenaan, Pak Habib terdiam. Memang dia tidak menyangka
dalam rombongan menghantar jenazah ke Pengkalan Berandar siang tadi, ada orang rela dirinya
dijadikan seperti kata pepatah, musang berbulu ayam.
Datuk yang mendengar dialog antara Pak Habib dengan kedua-dua lelaki jahanam itu hanya
mampu menepuk dahi dan menggeleng-gelengkan kepala saja. Pak Habib terpaksa membayar
dengan harga yang mahal terhadap kebajikan yang dilakukannya.
Maafkan kami Tuan.

Kedua-dua lelaki itu bersuara serentak. Tanpa membuang waktu terussujud di kaki Pak Habib.
Ampun dan maafkan kami Tuan, mereka terus merayu. Pak Habib termenung sejenak.
Setelah menarik nafas panjang-panjang, dia merenung ke langit.

Aku maafkan kamu berdua.

Kedua-dua lelaki itu mengalami rasa terkejut yang luar biasa. Mereka berpandangan sama
sendiri. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang mereka dengar.
Maafkan kami Tuan Besar.

Usah ragu, memang aku maafkan kamu berdua. Kalau kamu memerlukan wang ringgit atau
apa saja pertolongan datang jumpa aku. Lagipun kamu dah tahu di mana aku duduk.

Hahahaa.. mulut lelaki berwajah separuh bulat terlopong. Begitu juga dengan kawannya.
Mereka termanggu-manggu. Mereka bagaikan antara percaya dengan tidak kata-kata itu lahir
dari mulut orang yang mereka aniayai atau khianati.

Serentak kedua-dua lelaki yang di lambung kegembiraan itu merenung anak mata hitam Pak
Habib. Pada saat itu mereka merasakan anak mata Pak Habib memancarkan cahaya berkilauan
membuat pandangan mereka gelap. Urat-urat di kepala terasa tegang. Keduadua jatuh lembik
atas tanah.

Pak Habib menjatuhkan hujung serbannya ke atas dahi kedua-dua lelaki itu buat beberapa saat.
Kedua-dua lelaki itu tersedar dan mengulangi perkataan: Maafkan kami untuk beberapa kali.
Dalam masa yang sama lelaki berdarah dahi berhenti berdengkur.
Lelaki berdarah dahi tergesa-gesa bangun, terburu-buru pula manggabungkan diri dengan dua
orang lelaki jahanam lalu mengucapkan:

Maafkan kami, tuan besar, Tiga manusia bergabung mengucapkan serangkai kata yang nada
suaranya, sekejap meninggi sekejap menurun.

Tiga suara berpadu menguasai keadaan sekitar. Menenggelamkan bunyi suara unggas dan
haiwan. Tiga suara seirama itu ternyata memberikan sedikit hiburan kepada saya, mengusir rasa
takut dan cemas.

Bagaimana Tamar?

Suara cemas di pemandu menolak gegendang telinga saya di saat dingin malam kian
mencengkam.
Awan di langit yang melindungi bulan, mula menyingkir ke tepi memberikan laluan untuk bulan
menebarkan cahayanya ke permukaan bumi. Sinaran bulan itu jatuh ke wajah datuk, ke wajah
Pak Habib dan apa saja yang ada di sekitar kami.

Bagaimana Tamar? Ulang si pemandu.


Bagaimana apa?

Wajarkah mereka bertiga dibiarkan begitu, bercakap tak henti-henti.


Kau dan aku hanya tengok saja, balas saya.

Si pemandu menarik nafas panjang. Bulan di langit kian ghairah mengembangkan sinarnya,
keadaan sekitar terang seperti siang. Maklumlah, bulan mengambang penuh.

AWAL

PADA peringkat awal, Pak Habib tidak kisah dengan perangai ketiga-tiga lelaki itu. Pada
sangkaannya perbuatan itu adalah perbuatan biasa. Orang yang merasakan dirinya bersalah, tidak
segan-segan melakukan apa saja asalkan perbuatannya diampunkan, demikian fikir Pak Habib.

Bila ketiga-tiga lelaki itu tidak memperlihatkan tanda-tanda mahu berhenti. Malah. Makin lama,
makin kuat dan rancak mereka menyebut perkataan Maafkan kami tuan besar, seperti
kerasukan. Semua yang berlaku di depan mata, membuat datuk dan Pak Habib tidak senang hati.
Kalau tadi mereka mengucapkan kata-kata tersebut dalam keadaan berdiri dan memeluk tubuh.
Tidak bergerak ke mana-mana. Tetapi, keadaan segera berubah mereka yang tadi tidak bermaya
sekarang sudah bertenaga. Malah, datuk dapat mengesan yang ketiga-tiga manusia itu mula
mahu bertindak agresif.

Sebelum keadaan menjadi lebih parah. Datuk terus mendekati Pak Habib.

Ada sesuatu yang tak kena, mesti diatasi sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Aku juga berfikir macam itu, Pak Habib menganguk dan mencadangkan supaya datuk
melakukan sesuatu.

Datuk menolak saranan itu dan sebaliknya menyuruh Pak Habib yang melakukannya. Alasan
datuk amat mudah sekali, ketia-tiga orang yang terbabit ialah orang tempatan. Dua daripadanya
bekas pekerjanya sendiri. Andainya, usaha Pak Habib gagal barulah datuk masuk gelanggang.
Satu alasan yang baik dan masuk di akal.

MENDAKAP

DENGAN tenang Pak Habib meletakkan telapak tangan kirinya ke atas bahu datuk. Dengan
penuh keyakinan datuk mendakap telapak tangan tersebut dan menjatuhkannya ke bawah.
Mereka saling bertukar pandangan saling menyimpulkan sebuah keyakinan.
Saya mulakan, suara Pak Habib bergetar. Datuk anggukkan kepala. Setuju.
Setelah membaca beberapa potongan ayat yang dipetik dari Al-Quran. Pak Habib melagakan
kedua-dua belah telapak tangannya berkali-kali. Kemudian dihembusnya tiga kali berturutturut
yang disertai dengan membaca Al-fatihah.
Kemuncak dari usaha itu, Pak Habib menepuk tangan hingga melahirkan bunyi yang kuat,
macam bunyi senapang kampung berlaras satu. Sebaik saja bunyi itu hilang, Pak Habib terus
menjerit dengan kuat sambil berkata: AKU MAAFKAN KAMU SEMUA.

Suara ketiga-tiga lelaki jahanam itu terhenti. Pergerakan anggota mereka yang tadi rancak terus
kaku. Ketiga-tiganya berdiri tegak merenung ke satu arah, macam patung di tugu kebangsaan.
Sekarang kamu bertiga boleh keluar dari sini. Kalau susah, datang jumpa aku, suara Pak
Habib dalam nada yang sederhana tinggi. Anehnya, ketiga-tiga lelaki itu masih ragu-ragu untuk
melangkah.

Silakan, keluar.

Ketiga-tiganya mengangguk kearah Pak Habib yang memberikan laluan. Disaat ketiga-tiga
manusia jahanam mahu melangkah menuju ke arah lorong kecil yang menuju ke jalanraya datuk
segera menghalang.

Siri.245 : Baju Koyak Azimat Bertabur

Nanti, jangan lepaskan mereka dulu. Pak Habib tersentak dan segera menoleh kearah datuk.

Lama juga datuk direnungnya. Langkah ketiga-tiga lelaki terus terhenti. Perlahan-lahan Pak
Habib menyorot keadaan sekitar, kalau-kalau ada sesuatu yang aneh terjadi.

Tidak memadai dengan semuanya itu, wajah ketiga-tuga lelaki dalam keadaan tidak tentu arah
itu direnung oleh Pak Habib seorang demi seorang.

Tidak ada sesuatu yang ganji. Semuanya nampak normal. Secara tidak langsung suasana
demikian mengundang rasa hairan dalam hati Pak Habib.

"Kenapa kawan?"

"Ada sesuatu yang belum selesai lagi Habib. Ilmu Iblis ini banyak helahnya. Banyak pula
cabangnya. Kalau kita tidak hati-hati, habis semua kita masuk lubuknya. Dalam jahat-nya
terserlah kebaikan dan dalam kebaikannya tersimpan keburukan."

"Maksudnya?" Tanya Pak Habib, "mereka bertiga mesti didera mesti dihukum?"

"Tidak, ada niat nak membalas dendam. kerja membalas dan menghukum orang jahat, itu tugas
Allah tak usahlah kita ambil tngas itu. Semuanya kita serahkan kepadaNya
Pak Habib nampak sukar sekali untuk menangkap atau memahami maksud dari kata-kata yang
datuk luahkan.
"Susah nak menangkap maksud kata," Pak Habib berterus terang.

"Usah bimbang, niat kita baik.Sebenarnya permainan mereka bertlga belum habis."

' Saya serahkan pada sahabat untuk rnenyelesaikannya."

"Saya cuba itu pengakuan datuk.

Bulan di langit terus menggambang indah. Saya dan si pemandu yang bergerak setapak demi
setapak, tanpa disedari sudah berada dalam jarak beberapa kaki dari datuk dan Pak Habib

KOMEN

Menyedari kedatangan kami datuk terus mengingatkan kami supaya melihat apa yang terjadi
tanpa memberi sebarang komen atau bertanya sesuatu. Sudah tentu arahan itu kami patuhi.
Dengan langkah yang tenang datuk mendekati ketlga-ketiga lelaki itu.

Sambil rnerenung batang hidung ketiga-tiga lelaki jahanam tu seorang demi seorang. Datuk
bergerak dari kiri dan ke kanan. Perbuatan yang serupa dilakukannya sebanyak tiga kali berturut-
turut,

Datuk beralih posisi, berdiri di belakang ketiga- tiga lelaki tersebut. Macam tadi juga, datuk
bergerak dan kiri dan kekanan sebanyak tiga kali. Akhirnya berhenti bersententangan dengan
lelaki berwajah separuh bulat. Lelaki itu cuba menoleh ke belakang. Tetapi, datuk mengarahnya
supaya merenung ke depan. Dia patuh dengan arahan datuk.

"Dengar sini, jawab semua pertanyaan aku dengan jujur dan ikhlas," kata datuk lemah.
Ketiga-tiga lelaki jahanam yang membelakanginya mengangguk. Tetapi, lelaki berdarah dahi
cuba menjeling ke arah datuk dengan ekor matanya.

Dengan pantas datuk dapat mengesan perbuatannya.

"Usah main-main jeling. Itu perbuatan orang tak ikhlas."

Menyedari dirinya disindir, cepat-cepat lelaki berdarah dahi membetulkan kedudukan anak
matanya pada posisi yang sebenar. Beberapa detik masa berlalu dengan tenang.

"Kamu bertiga memang sudah bertaubat?".

Datuk minta kepastian.

Ketiga-tiga lelaki jahanam itu anggukkan kepala serentak. Pengakuan ini menimbulkan
kesangsian dalam hati datuk Dia pun berdehem kecil, seolah-olah memberi isyarat tertentu pada
Pak Habib yang bertindak selaku penonton saja. Saya dan si pemandu berpandang wajah.
"Bila sudah bertaubat, ertinya kamu bertiga tidak akan mengulangi perbuatan buruk kamu."
"Iya, kami berjanji," balas ketiga-tiga lelaki tersebut.

"Semua ilmu hitam dan tangkal di badan sudah kamu tawarkan bisanya?".

Tiada jawapan yang diberikan oleh mereka bertiga terhadap pertanyaan yang datuk ajukan.
Mereka kelihatan macam serba tidak kena. Ada yang raba cuping teliga. Ada yang garu kepala
dan gosok pangkal hidung.

"Semua ilmu hitam sudah dibuang?".

Tiba-tiba saja datuk menjerit sambil rnenghentakkan sepasang tumit kaki kanannya ke tanah
hingga berlubang. Ketiga -tiga lelaki yang terkejut itu terus mengucapkan serentak perkataan:
KAMI SUDAH BUANG.

JAHANAM

DATuK yang tadi berada di belakang mereka dengan sekelip mata berubah tempat. Berdiri di
depan ketiga-tiga lelaki jahanam. Cukup cepat datuk melakukannya, membuat Pak Habib
terpinga-pinga.

Bila menyedari perbuatan yang datuk lakukan itu mempunyai motif tertentu, Pak Habib
mengambil sikap tunggu dan lihat.

"Sekarang, letakkan tapak tangan kamu bertiga atas lengan kiri aku."

Datuk pun menghulurkan lengan kirinya yang berselirat dengan urat-urat hijau. Lama juga datuk
menanti tidak ada seorang pun diantara mereka bertiga yang berani meletakkan telapak tangan
atas lengan kiri datuk.

Mulakan sekarang, siapa saja boleh memulakannya.

Dari riak wajah, ternyata lelaki tersebut amat keberatan sekali untuk memenuhi permintaan
datuk.

Kenapa tak buat apa yang aku suruh, sergah datuk.

Ketiga-tiga lelaki tersebut tidak memperlihatkan tindak balas yang positi. Perbuatan mereka yang
menyinggung perasaan datuk hingga mendorong dia (datuk) mengambil inisiatif yang agak
keras.

Kamu mulakan dulu.


Jari datuk menuding batang hidung lelaki berwajah separuh bulat. Si lelaki itu tidak bergerak dari
tempat asalnya. Kemarahan datuk terus membara.

Kamuuuuuuu........... jerit datuk.

Biar dia buat dulu.

Lelaki wajah separuh bulat mengelak, menyuruh kawannya yang berkulit agak gelap
melakkannya. Dan lelaki berkulit agak gelap juga mengelak, dia menyuruh lelaki berdarah dahi
melakukannya.

Sikap acuh tak acuh ketiga-tiga lelaki itu membuat datuk hilang sabar. Dia merasakan dirinya di
perbudak-budakkan, Dengan pantas datuk menyambar pergelangan tangan lelaki berwajah
separuh bulat lalu dikilasnya kebelakang dengan sekuat hati.

Wajah lelaki separuh bulat nampak bersahaja tidak cemas atau takut apa lagi merasa sakit. Tidak
pula senyum. Situasi begini secara tidak langsung mengerakkan hati datuk supaya berwaspada.
Ada tanda-tanda tentangan secara batiniah dari lelaki tersebut. Datuk segera menukar taktik.

Pergelangan tangan lelaki berwajah separuh bulat dilepaskan. Kemudian, berubah tempat dengan
berdiri betul-betul di belakang lelaki berwajah separuh bulat. Dengan pantas datuk memasukkan
lengan kirinya ke celah kangkang lelaki ber wajah separuh bulat.

Jari-jemari datuk terus mencengkam dan memulas kulit perut bahagian atas pusat lelaki tersebut.
Dengan kekuatan luar biasa, perlahan-lahan datuk angkat lengan kin separas bahu. Tubuh lelaki
berwajah separuh bulat turut terangkat, sepasang tangannya terkapai-kapai dan sepasang kakinya
terbuai-buai.

Lelaki wajah separuh bulat terus mengimbangi kedudukan tubuhnya yang berada atas lengan
datuk.Ada ketika tubuhnya terdorong ke depan. Dalam waktu yang lain, bagaikan
mahu terlentang ke belakang. Ada masa-nya terlayah ke kiri dan ke kanan. Kedua-dua belah kaki
dan tangan dimanfaatkan, agar tubuhnya tidak jatuh ke tanah.

Lelaki berwajah separuh bulat rnula menjerlt dan menangis. Dia merayu hiba supaya tubuhnya
diletakkan kembali ke permukaan bumi . Datuk mempersetankan rintihan dan rayuan lelaki
tersebut.

Datuk terus membuai-buaikan pergelangan tangannya ke kiri, ke kanan dan ada saatnyu
ditinggikan melepasi paras bahu. Bila direndahkan. kaki lelaki berwajah separuh bulat tidak |uga
menyentuh permukaan bumi.

Wa|ah lelaki separuh bulal pucat. Baju bahagian belakang nya kelihatan basah kerana diresapi
peluh. Setiap kali datuk gerakkan tangan kirinya sama ada arah ke kanan atau ke kiri. Dua tiga
azimat atau tangkal yang dibuat dari teras kayu, tulang temulang dan batu batu lucut dari tubuh
lelaki tersebut lalu jatuh ketanah

YAKIN

Bila datuk yakin tiada lagi tangkal atau azimat yang melekap di tubuh lelaki berkenaan,
perlahan-lahan datuk merendahkan lengan kirinya perlahan-lahan yang keras, suara lelaki
berwajah separuh bulat terus berenti.

Sebaik sahaja sepasang telapak kakinya menyentuh permukaan tanah, Tubuh leleki itu nampak
lembik (macam agar-agar) dan terus rebah ke bumi dalam keadaan tertiarap.

Setelah mengeluarkan lengan kirinya dari celah kangkang lelaki berwajah separuh bulat, datuk
mengeliat panjang. Dua tiga kali lengan kirinya diurut dengan telapak tangan kanan secara
songsang, dari bawah keatas. Senafas hembusan datuk halakan pada lengan tersebut, seolah-olah
menghembus sesuatu yang melekat di situ.

Sungguh mengejutkan sekali, baju yang dipakai oleh lelaki wajah separuh bulat (di bahagian
belakang) terbelah dua mengikut kedudukan tulang belakangnya.

Bermula dari bahagia bawah tengkuk hingga ke bahagian tulang punggung, macam ada kuasa
tertentu yang mengoyakkan bajunya

Jelas kelihatan ada tanda melintang dibahagian atas punggung. Manakala dikiri kanan bahunya
ada ukiran (tatoo) bentuk kala jengking sedang bertarung. Lebih dari sepuluh minit lelaki wajah
separuh bulat tertiarap mencium bumi.

Huuuuu......... saya mendengus.

TERTIARAP

Lelaki berwajah separuh bulat yang tertiarap mula bergerak. Menelentangkan tubuhnya
mengadap langit malam.

Aduh sakitnya, keluh lelaki itu sambil duduk.

Datuk yang berada di sisi hanya melihat sahaja apa yang bakal dilakukan oleh lelaki terbabit.
Dua orang kawannya bagaikan terpukau, anak mata mereka sahaja yang bergerak menyorot apa
yang dilakukan oleh temannya, sedangkan mulut, bagaikan terkunci untuk melontarkan sebarang
kata.

Dari duduk lelaki berwajah separuh bulat berusaha untuk berdiri. Usaha pertam menemui
kegagalan, cuba kali kedua masih gagal juga. Cuba kali yang ketiga, tetap tidak berhasil. Dia
terpaksa duduk semula dengan muka menghala ke wajah datuk.

Mengapa saya dibuat begini? Tanyanya pada datuk.


Tanyalah diri kamu sendiri.

Haaaa............... si wajah separuh bulat cuba protes.

Datuk senyum lalu merenung ke arah dua orang sahabat lelaki tersebut yang macam orang
dungu.

Apa kamu berdua mahu jadi macam dia?

Itulah pertanyan yang datuk ajukan kepada kedua-dua lelaki yang berdri kaku, mata terkebilkebil
macam mata katak kena sembur air.

Kalau tak mahu jadi macam dia, patuh dan dengar ckap aku!
Kedua-dua lelaki itu tidak mengeluarkan sepatah kata pun. Tetapi ereka mengangguk tanda
setuju.

Sekarang, hulurkan tangan kamu.

Kedua-dua lelaki tersebut berebut-rebut menghulurkan tangan hingga datuk jadi kebingungan.
Sukar buat keputusan huluran tangan siapa yang harus disambut dulu.
Tarik tangan kamu semula.

Kedua-dua lelaki tersebut patuh dengan arahan.

Tindak tanduk kedua-dua penjenayah itu sungguh melucukan buat saya. Dan secara tidak segaja
saya ketawa. Dengan pantas terasa, hujung siku si pemandu menghentak rusuk sebelah kiri saya.
Ketawa yang baru berbunga mati terus.

DULU

Kamu dulu hulurkan tangan kanan pada aku.

Telunjuk datuk menuding kearah lelaki berkulit agak gelap. Tanpa berlengah-lengah lagi dia
hulurkan tangan kanannya yang kurus kecil itu kepada datuk.

Genggam empat jari kamu dan tegakkan ibu jari kanan dan tayhan nafas kamu macam ini........
Datuk segera menunjukan cara-cara yang harus dilakukan oleh lelaki, berkulit separuh gelap.
Sekarang kamu sudah faham? sambung datuk.

Faham, jawapnya.
Kalau dah faham, lakukan sekarag juga. Jangan buat silap nanti kamu terima akibat buruknya.
Dan lelaki berkulit agak gelap. Segera melaksanakan apa yang haus dilaksanakan seperti apa
yang diarahkan oleh datuk.

Tahan nafas kamu sekarang.


Lelaki berkulit separuh gelap dengan pantas mengangguk. Mukanya nampak serius. Uraturat di
leher dan dahi kelihatan menonjol akibat dari menahan nafas.

Sekarang aku tolak ibu jari kanan kamu. Tahan jangan sampai ibu jari tangan kanan kamu
bergerak, datuk mengingatkan lelaki berkulit agak gelap.

Dari kerdipan mata yang dilakukan oleh lelaki itu menghantar pesanan kepada datuk bahawa dia
sudah bersedia. Apa saja yang akan datang akan dihadapinya. Datuk senyum senang. Hati saya
berdebar, menanti penuh cemas apa yang akan berlaku.

Setelah dapat tempat berdiri yang baik dan selesa, ibu jari kiri datuk yang bulat berisi, bersama
ruas yang agak panjang mula bercntum dengan ibu jari kanan lelaki berkulit agak gelap.

Dengan penuh bergaya dan bersistematik datuk menolak dan menekan ibu jari kanan lelaki
tersebut. Dengan penuh daya dan tenagan lelaki berkulit agak gelap mempertahankannya. Dia
mempastikan telapak kakinya tidak bergerak walau satu inci pun. Dari jauh kelihatan dua ibu jari
seperti bercantum menjadi satu.

Satu pertarungan yang sungguh hebat, penuh debar dan cemas. Masing-masing tidak mahu
kalah.

Ternyata tekanan berpihak kepada lelaki berkulit agak gelap.Datuk tetap berada dipihak yang
selesa. Kalau tewas tidak membawa apa-apa kesn pada dirinya. Andainya, lelaki berkulit agak
gelap gagal, ibu jari kanannya patau atau mungkin tercabut dari sendi.

TERANGKAT

Bila datuk meluruskan (mengangkat) tangan melepasi kepalanya, tubuh lelaki agak gelap, turut
terangkat.

Dengan ibu jari kiri datuk menjulang tubuh lelaki tersebut. Tubuh lelaki itu terus dipusingkan
berkali-berkali di atas kepalanya, macam kipas helikopter. Lelaki seperti berada di
awangawangan.

Semasa tubuh dipusing berkali-kali, baju yang dipakainya terkoak teruk. Bermacam-macam
tangkal yang lekat di tubuh lerlaki berkulit agak gelap bertaburan di bumi. Kebanyakan tangkal
itu dibuat dari tulang-tulang inatang buas, disamping beberapa jenis batu tertentudalam berbagai
bentuk dan rupa.
Lelaki berkulit separuh gelap terus memekik minta diletakkan atas anah semula. Dan
permintaannya segera datuk tunaikan.

Sebaik berada di tanah, lelaki itu tidak boleh berdiri, terus jatuh terduduk. Dia berkata-kata
sesuatu tetapi suaranya tidak terkeluar, Mulutnya berbuih dituruti dengan muntah yang banyak.
Lelaki itu kelihatan tidak bermaya sekali. Dia amat keletihan dan terus terbaring di bumi.
Pak Habib hanya menyaksikan saja apa yang datuk lakukan terhadap kedua-dua lelaki itu. Dia
tdak memberi sebarang komentar. Sedangkan apa yang datuk perlihatkan itu membuatkan si
pemandu makin kagum pada datuk.

Datuk kamu memang luar biasa orangnya Tamar, bisiknya pada saya. Dan saya tidak
memberikan sebarang reaksi terhadap kekagumannya itu.

DINGIN

Kerana saya bersikap dingin, si pemandu segera bergerak ke depan saya. Dia menegakkan ibu
jari kanannya pada saya sambil mulutnya tajam menghala kearah datuk. Saya buat tak nampak
dengan apa yang dlakukannya di depan saya.

Berdiri tegak, jangan buat macam itu pada saya. Sembah mansia bukan perbuatan yang baik.
Hanya Allah yang wajib disembah, ujar Pak Habib.

Dengan pantas sekali, lelaki berdarah dahi berdiri tegak macam kayu. Sepasang anak matanya
menyorot lembut ke muka Pak Habib minta dikasihani.

Bila dirasanya, Pak Habib tidak memberi reaksi postif,anak matanya beralih pula kepada datuk.
Kamu berurusan dengan dia, bukan dengan saya. Kamu selesaokan dengannya, tenang dan
bersahaja Pak Habib bersuara. Datuk anggukkan kepala, setuju dengan apa yang dkatakan oleh
Pak Habib.

Kamu berusan dengan aku, bukan dengan Pak Habib, tegas datuk.

Lelaki berdarah dahi segera bergerak ke arah datuk dan berdiri kaku di depannya. Bersedia
menerima arahan atau hukuman dari datuk. Dua orang kawan lelaki berdarah dahi tetap macam
tadi. Lebih banyak merehatkan badan.

Kamu sudah dengar apa yang Pak Habib kata.

Lelaki berdarah dahi anggukkan kepala.

Kamu mesti patuh arahan aku, lembut suara datuk.

Macam tadi juga, lelaki berdarah dahi tetap mengangguk. Saya dan pemandu kembali resah,
bimbang dengan apa yang bakal berlaku. Pak Habib macam biasa, tetap tenang. Bibirnya
bergerak lemh, saya yakin dia sedang berzikir.

Sekarang buka semua tangkal dan azimat di badan kamu.

Lelaki berdarah dahi anggukkan kepala. Beberapa detik berikut dia terus membuka baju. Malah
dia bersedia melucutkan seluar hitam yang dipakainya.

:Jangan, tahan datuk.


Kenapa pula? Saya rela, lelaki berdarah dahi bersuara.

Kamu tidak ikhlas, masih mahu berdalih. Kamu tak pakai selar dalam, jagah berhelah, ckup
setakat ini.

Lelaki berdarah dahi gigit bibir. Memang dia tidak menduga sama sekali ng datu tahu dirinya
tidak memakai seluar dalam. Peluangnya untuk mempermainkan datuk secara sepontan berkecai.
Orang yang mengmalkan ilmu salah, biasanya tak pakai seluar dalam. Kalau pakai pun mesti
warna hitam atau merah. Sebabnya bila sesak atau terdesak terus telanjang. Perbuatan itu boleh
melambatkan atau melemahkan kekuatan musuh buat seketika, kamu jangan mempermain-
mainkan aku, datuk memberi amaran keras.

Siri.247 : Diancam Dengan Parang Panjang


Pemandu dan saya didakap keresahan. Begitu juga dengan tiga manusia laknat. Mereka menanti
ungkapan yang bakal dilontarkan oleh Pak Habib atau datuk. Kalau elok kata yang keluar,
selamatlah mereka. Kalau buruk yang diucapkan, celakalah hidup mereka.

Aku maafkan perbuatan kamu semua.

Ketiga-tiga manusia laknat menarik nafas lega. Serentak menatap bumi di kaki dan serentak pula
mengangkat wajah bersama tangisan kesyukuran. Dalam saat yang sama, salah seorang daripada
mereka (yang berwajah separuh bulat) merenung tajam kearah saya. Kemudian terus mendekati
datuk.

Apa tuan tidak melepaskan kutukan dan sumpah buat kami dan keturunan kami? Itulah
pertanyaan yang dlemparkan pada datuk.

Kamu orang Islam? Datuk renung biji matanya.

Iya, angguknya, tetapi Islam pada nama saja.

Soal kutukan, soal sumpah, bukan kerja orang yang beriman. Orang Islam yang beriman tidak
percaya pada kutukan, pada sumpah, pada tangkal azimat selain pada Allah.

Tuan, saya jadi orang Islam yang baik dan beriman, bagaimana tuan?

Carilah ilmu dari orang yang ada ilmu,

BERKERUT

Lelaki itu terdiam seketika, dahinya nampak berkerut. Dua orang rakannya yag dapat mendengar
kata-kata datuk turut termenung. Macam ada sesuatu yang berlegar di dalam tempurung kepala
mereka.
Ah.......

Tiba-tiba saja lelaki berdarah dahi mengeluh pendek. Bayangan kekesalan terpamer di muka.
Agaknya menyesali diri sendiri. Sepatutya sebagai sebagai seorang yag mempunyai asas ugama
serba sedikit, tidak wajar dia terpengaruh dengan perbuatan syirik.

Allah ampunilah perbuatan hamba mu ini yang dhaif dan hina ini, keluhan leaki berdarah dahi
berlanjutan dengan sedu yang mengocang bahu.

Sudahlah, pujik datuk, tangisan bersama sedu beransur reda dan akhirnya hilang. Keadaan
sekita terasa sepi dan hiba. Angin malam yang bertiup terus mengugurkan dedaun tua.

Tidak ada apa yang harus kamu risaukan, nada suara datuk begitu simpatik sekali.

Pak Habib ini orang baik, aku fkir dia akan memaafkan kamu semua. Jadi kamu bertiga harus
sedar, mesti insaf dan bertaubat.

Saya lihat ketiga-tiga laknat itu terdiam membatu. Pemandu disisi saya menggaru hujung
hidungnya. Dia tahu datuk akan menyambung kata, penunjuk arah agar ketiga-tiga manusia
menjadi insan yang baik.

Sekiranya kamu bertiga berjanji palsu dan meneruskan perbuatan ini lagi, munkin kamu bertiga
dak akan bertemu dengan orang yang sebaik Pak Habib. Kalau silap carannya, isi perut kamu
terburai kena kerambit, satu persatu wajah ketiga-tiga lelaki itu datuk tatap.

ARAH

Lelaki berdarah dahi, kelihatan tidak tentu arah. Dia menark nafas dalam-dalam. Kemudian
renung muka dua orang kawannya. Pak Habib kelihatan tenang. Sesekali dia merenung ke dada
langit.

Secara mengejut lelaki berdarah berdarah dahi memeluk uuh kedua-dua orang temannya sambil
berbisik sesuatu.

Kami bertiga berjanji , tidak akan melakukan perkara seperti ini di masa akan datang, ketiga-
tiga manusia laknat mengangkat tangkat kanan, berikrar di depan Pak Habib dan datuk. Tetapi,
datuk dan Pak Habib tidak memberikan reaksi positif.
Kami bertaubat, berjanji tak buat lagi perkara macam ini, maafkan kami, jangandihukum kami,
serentak tiga lelaki laknat bersuara.

Aku memang sudah lama memaafkan kamu.

Perkataan yang keluar dari kelopak bibir Pak Habib mengejutkan saya dan pemandu tetapi, idak
buat datuk. Dia bagaikan sudah tahu bakal keputusan yang akan dibuat oleh Pak Habib.
Tetapi kamu.... Jari telunjuk Pak Habib Pak Habib menuding ke arah lelaki yang berdarah dahi
yang kelihatan pucat dan sedikit mengeletar, kamu yang tahu serba sedikit asas agama, boleh
terpengaruh pada orang yang kurang ilmu.

Tiada jawapan yang diberikan oleh lelaki berdarah dahi pada pertanyaan tersebut.

Dua hari lagi, kamu bertiga jumpa aku di rumah, aku nak bagi kamu kerja tetap, sebelah
malamnya kamu semua boleh belajar agama dan membaca Quran dengan tafsirnya sekali dari
guru yang aku sediakan, sambung Pak Habib tenang, seolah-olah tiga lelaki itu tdak pernah
menjadi musuhnya.

Tetapi, tuan Habib.... lelaki berwajah separuh bulat tdak dapat meneruskan percakapannya.
Apa yang mahu kamu cakapkan? Pak Habib menyoal.

Kami dah tua nak belajar apa?

Belajar ilmu agama tidak ada had umur. Dari baligh hingga masuk lubang kubur, orang belajar.
Kalau belajar main ikut-ikut atau separuh jalan macam kamu bertiga, memang bleh jadi salah
pedoman atau sesat. Sahbanyak fkir lagi, mari kita keluar dari sini, Pak Habib memberkan
keputusan muktamad.

BERGERAK

Beberapa minit kemudian, kami semua beredar dari kawasan lapang menuju ke arah jalanraya.
Kerana lelaki berdarah dahi memang arif dengan keadaan sekitar, maka dia disuruh oleh datuk
jadi kepala jalan. Dia tidak membantah dan menerima arahan itu sebagai satu penghormatan
pada dirinya.

Dalam rancak melangkah, terdengar suara salakan anjing yang menandakan bahawa kami berada
tidak jauh dari kawasan yang dihuni manusia.

Dari jauh sudah kelihatan cahaya api jamung, Deru kenderaan juga mula kedengaran sayup-
sayup. Semuanya itu tidak menarik perhatian saya, mungkin juga orang lain.

Apa yang berlegar dalam kepala, mahu segera sampai ketempat kereta tersadai. Kemudian segera
berangkat ke Medan. Badan sudah terlalu letih, sudah tidak bermaya rasanya mahu menangkat
kaki untk melangkah. Itik-titik embun jantan terus jatuh ke bahu, pepokok renik terus diredah.
Makin lama makin hampir kami dengan bibir jalan raya tempat kereta tersadai, Riuh rendah
suara orang bercakap dan bertengkar makin jelas kedengaran, segala-galanya makin hampir.
Pak Habib terus angkat tangan memberi isyarat supaya kami melagkah berhati-hati. Jangan
memijak sebarang dahan atau ranting kering yang boleh menimbulkan bunyi. Sungguh
menyiksakan melangkah dalam keadaan terbongkok-bongkok di celah pepohon dara dalam
keadaan cuaca malam yang tidak begitu terang.

Begitulah, dalam keadaan yang serba sukar, kami sudah dapat mendengar dengan jelas perkara-
perkara yang mereka perkatakan. Pak Habib menyuruh kami mencangkung seketika untuk
mengikuti perkara yang dibincangkan secara terperinci oleh kumpulan yang tidak dikenali.
Ternyata kumpulan itu sedang berbincang untuk mencari sesaorang yang hilang. Mereka sedang
merumuskan satu keputusan muktamad, samaaada menggunakan khidmat anjing pemburu atau
mereka masuk beramai-ramai kedalam kawasan hutan dara untuk mencari orang yang hilang.
Tetapi siapakah y ang mereka cari? Hampir lima minit kami menunggu, tidak sepatah pun
diantara mereka menyebut nama orang hilang yang bakal dicari. Mungkinkah Pak Habib atau
orang yanglebih penting dari Pak Habib.

Bergerak, Pak Habib memberi arahan.

Seperti tadi juga, arahannya tetap kami patuhi. Lebih kurang sepuluh tapak kaki melangkah, Pak
Habib menyuruh kami mencangkung macam tadi. Kemudian berjalan lagi, berhenti lagi dalam
keadaan mencangkung.

TERATUR

Pergerakan yang teratur dan terancang itu memang berhasil. Gerak geri kami tidak dapat dicium
oleh kumpulan manusia yang sedang berbincang. Kami pun semakin hampir dengan gigi jalan
dan kereta tersada. Perbincangan merfeka dapat kami ikuti dengan jelas.

Bunyi pintu kereta (milik Pak Habib) yang tersadai dibuka dan ditutup jelas kedengaran. Mereka
menyebut nama Pak Habib dan pemandunya berkali-kali. Dua orang lelaki dari Tanah Melayu
(saya dan datuk) yang menaiki kereta Pak Habib dari Medan ke Pengkalan Beranda juga disebut-
sebut.

Saya dan datuk disyaki menjadi punca segala-galanya. Kecut urat perut, bila ahli kumpulan itu
secara terang-terangan menuduh saya dan datuk mahu menyembunyikan Pak Habib atas niat
melakukan pemerasan.

Manusia tidak lepas dari rasa syak wasangka dan terlalu cepat menghukum, inilah kelemahan
manusia, Kelemahan itu ada kalanya dijadikan senjata oleh hati yang busuk, tidak ikhlas, tidak
ingatkan Allah untuk merosakkan manusia sebagai laluan ke neraka, Pak Habib memberitahu
datuk.

Secara tidak langsung pemberitahuan itu menyatakan Pak Habib akan berdiri di belakang datuk.
Kamu usah bimbang, kata Pak Habib lagi.

Segala-galanya saya serahkan pada Allah, jawab datuk. Keduaduanya tersenyum.


Sebelum kumpulan tersebut melakukan pencarian, Pak Habib bersama pemandu segera meluru
ke arah kumpulan itu. Melihat kemunculan Pak Habib dan pemandunya, suasana menjadi bising.
Beberapa orang wanita dan lelaki segera memeluk Pak Habib tanpa mempedulkan si pemandu.
Manakala beberapa lelaki yang berdiri tidak jauh dari kereta Pak Habib yang tersadai kelihatan
bengis sekali.

Sekurang-kurangnya dua dari lelaki disitu menyandang tiga pucuk senapang kampung berlaras
satu dan dua. Manakala yang lain membawa lembing dan parang panjang.
Melihat situasi yang tidak menyenangkan itu, saya segera mendekati datuk.

Kita dalam bahaya tuk, kalau kita tunggu kita tak balik kampng tuk.

Sabar cu, Pak Habib suruh kita dan tiga penyanggak besar itu tunggu dulu, bila dia beli isyarat
baru kita keluar.

Antara orang bertiga dengan kita siapa keluar dulu tuk.

Orang bertiga dulu, kita orang terakhir.


Ah, penyakit, keluh saya.

Datuk hanya senyum, dia nampak tenang sekali. Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Ternyata tiga manusia laknat juga bimbang seperti apa yang saya bimbangkan. Mereka duduk
berhimpit-himpit macam tikus kesejukan.

TEMBAK

Dalam keadaaan yang serba tidak menguntungkan diri datuk dan saya itu, salah seorang dari
lelaki yang menyandang senapang melepaskan tembakan ke udara dua kali berturut-turut.
Jantung terasa saya bagaikan berhenti dari berdenyut. Datuk masih juga tersenyum.
Lelaki yang melepaskan terus mendekati Pak Habib.

Mana dia dua manusia dari Tanah Melayu tu, biar saya ajar mereka, kalau yang lain takut
bertindak, ini anak saudara Syed Hamid Al-Hadad, boleh menjadikan mereka mayat sebaik saja
selesai bercakap dia melepaskan lagi dua tembakan ke udara.

Nanti dulu Tajuddin, pujuk Pak Habib dan secara sepontan dia mengambil senapang kampung
berlaras satu dari anak saudaranya yang sedang naik darah.

Senapang itu segera di berikan kepada seorang wanita tua (yang kemudiannya saya ketahui ibu
kepada lelaki itu) yang memakai jubah putih. Wanita itu pula menyerahkan senjata api itu kepada
wanita lain untuk disembunyikan.

Mereka mahu menculik paman kita, ini kerja dari orang semenanjung tu, bunuh saja mereka,
pemuda yang berjambang dan mempunyai raut muka Arab menggengamkan penumbuk.
Beberapa orang yang bersenjatakan senapang dan parang mula rapat pada pemuda tersebut.
Mereka menyoong tindakan anak sadara Pak Habib. Keadaan sudah cukup panas sekali. Tetapi,
Pak Habib dengan lembah lembut meminta sanak saudara, kaum kerabatnya bersabar. Mereka
disuruh mengucap. Mana yang tidak boleh menahan rasa marah diminta mengambil wdhuk.

TAKUT DAN CEMAS

Tiga manusia laknat yang berada tidak jauh dari saya dan datuk ternyata tidak dapat menahan
rasa akut dan cemas. Kalau tadi mereka masih boleh bersabar dan merasakan nyawa mereka
tetap dalam keadaan selamat, kini keadaan menjadi sebaliknya.

Keluar berlindung tempat lain, kata lelaki berwajah separuh bulat.

Ayuh, jawap dua orang kawan yang lain.

Nanti, jangan keluar, merbahaya, tahan datuk.

Maaf Pak, kami bimbang, jawab mereka.

Saat ketiga-tiga manusia laknat itu bangun dan melompat keluar dari tempat persembunyian.
Mereka terus ditangkap oleh kumpulan lelaki yang sedang naik darah.

Pak Habib cuba mententeramkan keadaan tetapi, suara larangan Pak Habib tidak di pedulikan.
Ketiga-tiga manusia laknat terus dipukul setengah mati kerana di sangka mereka bertiga adalah
orang dari Tanah Melayu yang menculik Pak Habib.

Keadaan menjadi semakin kelam kabut. Tidak boleh dikawal lagi. Dalam keadaan yang terdesak
itu, Pak Habib merampas senapang dari salah seorang anak buahnya lalu melepaskan tembakan
ke udara. Kumpulan yang sedang memukul tiga manusia laknat segera berhenti.

Pak Habib menerkam ke arah ketiga-tiga manusia laknat itu. Dia memohon maaf atas perbuatan
biadap anak buahnya. Tiga manusia laknat yang dibelasah tidak melawan hanya mengangguk
dalam keadaan badan yang bengkak bengkik dan muka lebam birat kena buku lima. Malah, ada
kulit yang terkoyak.

Pak Habib menyuruh anak buahnya merawat dengan sempurna. Pak Habib menceritakan apa
sebenaryang terjadi.

Disitu juga, Pak Habib memberitahu anak buahnya, ketiga-tiga lelaki yang dipukul dengan teruk
terus diterima sebagai anggota keluarganya dunia akhirat. Sebahagian anak buah yang tidak
setuju menunjukkan protes dengan meninggalkan tempat tersebut secara diam-diam.

Mana dia orang dari Malaya (Malaysia), anak saudaranya yang panas baran bertanya penuh
emosi. Pak Habib memberitahu anak saudaranya itu, dia tidak akan memanggil sahabat barunya
dari Malaya, selagi anak saudaranya tidak bersikap terbuka dan tenang. Akhirnya anak saudara
Pak Habib patuh pada permintaan.

Siri.248 : Tunggang Harimau Lintas Jalan

Walau pun anak saudaranya patuh dengan permintaannya tetapi rasa sangsi jelas tergambar
diwajah Pak Habib.

Pada hematnya, orang yang dikuasai emosi, fikirannya boleh berubah bila-bila saja. Boleh
melakukan tindakan yang tidak dijangkakan.
Mana orangnya? Anak saudara Pak Habib terus mendesak. Secara bersahaja Pak Habib
mengangkat tangan, minta anak saudaranya bertenang. Ada keluhan kecewa terluah dari mulut
anak saudara Pak Habib.

"Dia ada disini Tajuddin, dia tak ke mana- mana. Orang yang tak sabar selalu hilang
pertimbangan, jadi kawan syaitan," Pak Habib menguji hati anak saudaranya, Tajuddin.

"Saya tak hilang pertimbangan. Demi Allah, kalau sudah berjanji saya tetap berpegang pada
janji."

"Bagus, kamu amanah," nada suara Pak Habib diiringi keriangan.

Saudara mara Pak Habib yang berada di situ terus duduk dalam kelompok-kelompok kecil,
bercakap sesama sendiri. Jalan raya yang terbentang agak jarang dilalui kenderaan. Dingin subuh
terus menguasai tubuh manusia yang berada di situ.

Beberapa orang wanita yang berada di situ, mula resah. Sering saja merenung muka Pak Habib
dan anak saudaranya Tajuddin. Mereka seolah-olah mengharapkan kedua-dua manusia itu segera
mengambil keputusan untuk meninggalkan kawasan yang tidak berapa disenangi.

"Mana orangnya?" Dalam lembut Tajuddin mendesak.

"Iya, aku panggil dia sekarang," Pak Habib senyum lalu berjalan beberapa langkah,
meninggalkan anak saudaranya menuju ke kawsan tempat saya dan datuk bersembunyi.
Kaum kerabatnya yang duduk segera bangun. Mereka tumpukan perhatian ke arah Pak Habib
yang berdiri menghadapi pohon- pohon renik nan rimbun.

Dalam nada suara yang tidak berapa keras, Pak Habib melaungkan nama datuk beberapa kali.
Ketika datuk bangun mahu keluar dari tempat persembunyian tangannya segera saya pegang.
"Jangan keluar tuk ini merbahaya."

"Tak mengapa, sahabat saya tak akan mengkhianati saya."

"Kita boleh percaya dengan Pak Habib, tapi bagaimana dengan orang lain?"

"Ah kamu, jangan fikir macam-macam. Itu urusan aku."

TERJATUH

DATUK segera menolak saya hing ga terjatuh.


Tanpa membuang masa Datuk terus melangkah keluar meninggalkan tempat persembunyian.
Saya tergesa-gesa mengikut nya. Dalam masa kelam-kabut itu, sempat juga saya melihat jam di
tangan. Sudah pukul dua pagi.

Sebaik saja keluar dari tempat persembunyian, dalam sekelip mata saja saya dan datuk dikelilingi
oleh anak buah Pak Habib. Wajah mereka kelihatan bengis semacam. Rasa cemas masih dapat
dikawal kerana Pak Habib masih berada di sisi saya dan datuk.

Tetapi, suara-suara sumbang yang menyakitkan hati menyindir dan mengejek saya dan datuk
tetap hadir dalam lubang telinga kami.

KARISMA

Sebagai seorang yang memiliki karisma tersendiri, Pak Habib bertindak dengan bijak mengawal
keadaan. Dia minta anak buahnya menghormati saya dan datuk sebagai tetamu. Jika ada yang
main kasar, dia sendiri akan bertindak.

Dengan wajah yang bersahaja serta tekanan suara yang seirama, Pak Habib memberitahu anak
buahnya, siapa sebenarnya kami berdua (Datuk dan saya). Pak Habib juga memberitahu mereka,
bagaimana detik perkenalan antaranya dengan Datuk terjalin.

Semuanya Pak Habib terangkan satu persatu dengan terang. Selesai saja penjelasan diberi, Pak
Habib memberikan peluang pada mereka untuk mengemukakan apa saja pertanyaan atau
kemusykilan pada Datuk. Sungguh diluar dugaan, kesempatan itu tidak dipersia-siakan oleh anak
buah Pak Habib.

Bermacam-macam pertanyaan dihalakan kepada datuk, bermula dari perkara agama dan akidah
hingga membawa kepada hal- hal dunia ghaib. Malah ada yang mahu mencuba kehebatan Datuk
dalam ilmu mempertahankan diri. Berpeluh datuk menjawabnya. Apa yang pasti semua
pertanyaan itu menjurus kepada kejujuran datuk bersahabat dengan Pak Habib.

Kerana jawapan yang datuk berikan cukup jelas hingga tidak menimbulkan keraguan dalam hati
mereka. Malah anak saudara Pak Habib (Tajuddin) segera minta maaf pada datuk atas prasangka
buruknya yang terpendam dalam hatinya.

"Maafkan saya." Ujar Tajuddin dalam nada sedih.

"Kita makhluk Allah yang lemah, tidak sunyi dari kesilapan. Saya maafkan kamu, lupakan
semuanya, dengan pantas datuk menyambar huluran tangan Tajuddin. Mereka berpelukan.
Perbuatan Tajuddin itu segera diikuti oleh anak-anak buah Pak Habib yang lain. Suasana jam dua
pagi yang dingin, terasa bertambah pilu dan syahdu bersama laungan takbir.

Bila suara takbir berhenti Pak Habib mengumumkan bahawa saya bersama datuk dan tiga lelaki
laknat diisytiharkan sebagai kerabat baru dalam keluarga besar Pak Habib. Persaudaraan sesama
Islam tidak boleh dipisahkan oleh apa pun, kerana Islam itu murni, Pak Habib mengakhiri
ucapan lalu disambut teriakan Allahu Akbar

BERANGKAT

Menjelang subuh kami tinggalkan kawasan tersebut. Saya bersama datuk naik satu kereta dengan
Pak Habib. Tiga manusia laknat naik kereta yang berasingan. Lelaki berwajah separuh bulat naik
kereta anak bongsu Pak Habib, Syed Hamzah.

Lelaki berkulit agak gelap naik kereta biras Pak Habib. Manakala lelaki berdarah dahi naik
kereta Tajuddin (anak saudara Pak Habib). Sebelum memulakan perjalanan Pak Habib bercakap
dengan anak bongsunya, birasnya dan Tajuddin. Saya dan datuk, begitu juga si pemandu, tidak
tahu apa yang dikatakan leh Pak Habib pada tiga orang kerabatnya.

"Mereka bertiga."

Siapa Tuan Habib.. datuk memotong cakap Pak Habib.

Orang yang menyeksa kita sepanjang malam, awak tak ingat.


"Oh, saya ingat,"pendek datuk menjawab.

Dengan serta merta wajah tiga manusia laknat tergambar dalam tempurung kepala. Pemandu di
sebelah tidak memberikan sebarang komentar. Dia terus memandu dengan tenang.

Mereka bertga mesti tinggal semalam dua di rumah pemilik kereta yang mereka tumpang.
Pemilih kereta harus melayani mereka dengan baik, beri makan minum dengan sempurna,"
sambung Pak Habib.

"Kenapa mesti tanggung mereka, suruh balik lagi baik Tuan Habib," sanggah datuk. Pemandu di
sebelah anggukkan kepala. Dia sependapat dengan Datuk.

Buat beberapa ketika, Pak Habib terus membisu. Pemandu memaut stering dengan erat. Larian
kereta semakin stabil. Begitu juga dengan kereta yang mengekor di belakang.

"Saya ada rancangan," Pak Habib menguap.

"Apa rancangannya Tuan Habib?"

SELEKOH

PAK HABIB menggeliat sambil meluruskan sepasang kakinya. Kemudian mengingatkan


pemandunya supaya berhati- hati. Kerana secara kebetulan sebaik saja melepasi satu selekoh,
gerimis mula turun menyebabkan jalan basah.
Dalam deru enjin kereta bersama titik gerimis subuh, Pak Habib pun meluahkan rancangan yang
disusun dalam kepala kepada datuk.

Kata PakHabib, mereka bertiga (manusia laknat) dimestikan tinggal di rumah pemilik kereta
yang mereka tumpangi selama tiga hari. Setiap kali waktu solat masuk, mereka mesti datang ke
masjid untuk berjemaah. Mereka juga dimestikan mengikuti kuliah subuh yang disampaikan oleh
ustaz Badaruddin Binjai yang disediakan Pak Habib khas untuk mereka bertiga.

Dalam tempoh itu juga (selama tiga hari) mereka tidak diizinkan berjumpa dengan orang luar,
kecuali orang yang ada hubungan darah dengan keluarga Pak Habib. Perkara ini dilakukan oleh
Pak Habib sebagai satu orientasi. Sebagai usaha membersihkan fikiran dari perkara- perkara
yang negatif.

Selepas tiga hari barulah mereka dibenarkan keluar dari kawasan rumah yang ditumpangi.
Mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Menemui anak isteri atau saudara terdekat.
Mereka pulang dengan semangat baru. Dengan fikiran baru. Tidak mudah dipengaruhi oleh
unsur-unsur yang tidak baik.

BAIK

SATU rancangan yang menarik disusun oleh Pak Habib. Begitu rapi dan sistematik sekali. Tidak
terfikir oleh datuk yang Pak Habib begitu prihatin pada tiga manusia yang telah mendatangkan
kesusahan pada dirinya. Sepanjang penjelasan itu disampaikan oleh Pak Habib, datuk lebih
banyak mendengar dan mengangguk saja.

"Apakah memadai dengan tiga hari saja dibekalkan pengetahuan?" tanya datuk setelah melihat
Pak Habib seperti enggan meneruskan ceritanya.

"Oh.... bukan setakat itu saja, ada susulannya lagi," Pak Habib menjawab.

Si pemandu dan saya hanya mendengar saja apa yang diucapkan oleh Pak Habib dan Datuk.
Titik gerimis yang halus mula bertukar kasar. Macam tadi juga, Pak Habib tetap mengingatkan
pemandunya supaya lebih berhati-hati dan teliti terutama bila melalui
selekoh yang agak tajam atau menuruni bukit. Dua buah lori barang berselisih dengan kereta
yang kami naiki.

"Masa mereka pulang ke tempat masing- masing, saya bekalkan wang ringgit secukupnya.
Bekalkan beras, gula dan kopi serta barang-barang keperluan lainnya. Saya benarkan mereka
tinggal ditempat sendiri selama seminggu saja, lepas itu mereka mesti datang ke sini," Pak Habib
menghidupkan kembali perbualan yang telah terhenti seketika.

Dari ekor mata, saya nampak Datuk membetulkan duduknya dan bersedia mencelah percakapan
Pak Habib. Tetapi, perkara itu tidak dilakukan oleh datuk, bila dia melihat Pak Habib menepuk
bahu kanan pemandunya berkali-kali.

"Perlahan lagi, kalau perlu kamu berhenti. Harimau yang melintas jalan itu bukan harimau
sebarangan," ujar Pak Habib.

"Iya Pak," jawab si pemandu.

Di depan mata dalam jarak tidak sampai tiga puluh kaki, seekor harimau berbadan besar yang
ditunggangi manusia melepaskan sorotan matanya melawan sorotan lampu kereta.
Saya jadi cemas kerana harimau itu seperti tidak mahu bergerak. Manakala gembalanya yang
bersongkok hitam, berambut panjang de- ngan misai tebal melin- tang bagaikan merenung ke
arah saya.

"Beri laluan, kalau dihalang merbahaya," kata datuk.

Pemandu terpaksa memberhentikan kereta dan memadamkan lampu. Datuk yang tahu situasi
saya ketika itu meletakkan ibu jari kirinya ke pangkal telinga saya. Salah satu urat di situ
ditekanya dengan kuat.

Rasa takut dan cemas serta merta hilang. Saya jadi marah dan badan saya merasa seperti diruapi
peluh-peluh halus. Bila lampu kereta dihidupkan semula, harimau dan gembalanya tiada lagi
melintang jalan.

Perkara begini selalu terjadi di sini," kata pemandu. Saya diam tidak memberikan se- barang
komen.

Apa yang dialami oleh pemandu Pak Habib turut disedari oleh pemandu tiga buah kereta yang
mengekori dari belakang. Mereka tidak membunyikan hon kereta, ketika kereta yang kami naiki
ber- henti mengejut. Malah, mereka turut memadamkan lampu kereta.

Bila keadaan keselamatan dirasakan terjamin, perjalanan pun diteruskan kembali.


Titik gerimis yang tadi kasar mula mengecil. Kabus nipis mula bangun dari permukaan bumi.
Di mana-ma-na saja kelihatan kabus sekata. Saya mula menguap dengan semahu-mahunya.
Belum pun kuapan habis, bahu saya ditepuk oleh datuk berkali-kali.

Dia mengingatkan saya supaya jangan membuka mulut luas-luas semasa menguap, nanti syaitan
masuk perut dan beranak cucu dalam perut, kemudian meresap dalam darah.. bila syaitan ada
dalam perut dan darah semua ilmu yang menuju pada arah kebaikan tidak akan lekat di hati.

LOJIK

MEMANG tidak lojik cakapnya itu. Tidak masuk di akal langsung malah me- mang melucukan
dan boleh membuat orang lain ketawa.

Tetapi, disebalik semuanya itu, mesej yang dibawa cukup besar dalam membentuk budi bahasa,
sopan santun dalam pergaulan yang selari dengan adat budaya orang timur. Sungguh halus dan
sopan, orang terdahulu menyelitkan pesan pada anak cucu.
Kereta terus meluncur dalam kelajuan yang sederhana menguak kabus nipis menjelang subuh.
Langit tidak kelihatan cerah. Kedinginan membuat saya mengantuk, menguap dan tersenguk-
sengguk beberapa kali.

"Macamana kalau mereka tak tepati janji Pak Habib. Maksud saya mereka tak datang pada tarikh
yang ditetapkan, mendadak saja datuk bertannya. Pak Habib melepaskan ketawa kecil.

"Saya akan menurut atau mencari mereka. Buat apa dipujuk, dirayu pada orang yang tidak mahu
dirinya dibentuk jadi orang baik. Sudah nyata mereka tidak mahu diajak ke jalan yang diredai
Allah," bersahaja sekali nada suara Pak Habib.

"Saya nampak seorang saja yang boleh diharapkan datang, maksud saya orang yang ada asas
agama. Dua lagi susah," Datuk memberikan pandangan.

"Saya tak fikir macam tu."

"Habis, Habib fikir semuanya datang," tanya Datuk penuh ragu.

"Pada pendapat saya semuanya datang."

"Saya bersyukur bila Habib kata begitu, saya berdoa apa yang dihajati diberkati Allah."

"Saya memang mengharapkan doa sahabat," Pak Habib tentang biji mata datuk. Mereka berbalas
senyum.

"Jiwa Habib besar," ujar datuk pendek.

Maksud sahabat?"

Selalu berfikir hal- hal yang baik pada orang yang membuat jahat pada Habib."
"Ha.... hidup mesti dengan hati yang bersih, jangan sekali-kali memikirkan perkara yang buruk
terhadap orang lain. Bila ada sedikit prasangka buruk dalam hati terhadap orang lain, mudahlah
nafsu jahat merosakkan diri dan iman orang yang menyimpan prasangka buruk itu," dengan
tenang Pak Habib menghamburkan kata-kata itu datuk.

Saya lihat datuk mendengarnya penuh khusyuk. Sesekali datuk menggigit bibir sambil sekali-kali
melepaskan pandangan keluar menerusi jendela kereta.

Dalam masa itu, juga, si pemandu membisikkan ke telinga saya dalam tempoh lebih kurang dua
puluh minit lagi sampailah ke kawasan rumah Syed Hamid Al-Hadad dan boleh terus
menunaikan fardhu subuh.

Gerimis sudah berhenti dan kabus nipis makin berkurangan tetapi, kedinginan tidak juga saya
rasakan bertambah kurang. Malah bertambah dingin lagi.

Siri.249 : Makan Bersama Di Rumah Tajuddin

Si pemandu tumpukan seluruh perhatian pada permukaan jalanraya yang basah. Lampu kereta
dibesarkan. Kelihatan kesan air hujan di daunan dan pepokok, rasa dinging tidak juga berubah.
Masih macam tadi, saya menggigil kecil.

Pemandu memaut stereng kereta dengan irat dan kejap, sesekali kelopak matanya terpejam
seketika dan kereta yang dipandunya terasa lari ketengah dan ketepi jalanraya. Saya jadi cemas.
Ternyata si pemandu memang sudah mengantuk, dua tiga kali dia mengguap panjang. Secara
perlahan dan lembut, saya tepuk belakangnya. Tujuannya agar dia menjengil biji mata. Si
pemandu tersenyum. Dia faham maksud saya berbuat demikian.

"Jangan terlena nanti semua maut," perlahan kata-kata itu saya bisikkan ke cuping telinganya.
"Inilah masaalah yang aku hadapi," si pemandu mengakhiri kata dengan senyum. Saya kira
dialog yang terjadi antara saya dengan si pemandu, tldak dapat ditangkap oleh gegendang telinga
Pak Habib dan datuk.

'Eeeeekkkkkkkk!

Si pemandu menekan brek, seekor musang sesat melintas jalan. Semua yang ada dalam perut
kereta tersengguk dan terkejut. Serentak dengan itu, terdengar bunyi brek kecemasan yang
panjang dan keras dari beberapa buah kereta yang mengekori kereta yang kami naiki.
"Kenapa? Kamu mengantuk, kalau mengantuk biar aku bawa," Pak Habib mengkemukakan usul.
"Saya tak mengantuk, musang melintas. Saya tak mahu langgar, itulah sebabnya saya tekan
brek," si pemandu memberi alasan. Dan alasan itu dapat diterima oleh Pak Habib dan datuk.
Buktinya, mereka tersenyum puas.

TERGUGAT

SELEPAS kejadian itu, si pemandu lebih berhati-hati. Kalau boleh dia tidak mahu ketenangan
dan keselesaan Pak Habib dan datuk tergugat.

"Sebaiknya, hiduplah dengan melakukan kebaikan dan kebajikan. Asah hati kita ini dengan
kejujuran dan keikhlasan pada setiap masa. Kemudian kita serahkan kepada Allah apa yang kita
buat, jangan mengharapkan pembalasan dariNya," tanpa diduga Pak Habib bersuara. Hati
tertanya-tanya untuk siapa kata-kata itu dimaksudkan oleh Pak Habib.

"Kalau kebaikan kita buat dan kebaikan pula kita perolehi. Alhamdulillah. Andainya, kebaikan
kita lakukan tetapi, kejahatan yang datang, itu adalah ujian dari Allah untuk kita. Semua itu hak
Allah, sambung Pak Habib sambil membetulkan duduknya.

Kuliah pendek itu, ada kaitannya dengan peristiwa yang kami lalui bersama. Dengan kata lain,
Pak Habib menyuruh kami berfikir dan merenungi, bahawa apa yang terjadi, ada hikmahnya
untuk dijadikan renungan.

"Saya setuju dengan apa yang sahabat katakan. Mengasah hati dan jiwa supaya jadi murni,
bukanlah perkara yang mudah," komen datuk.

"Disinilah letaknya ketakwaan atau penyerahan keimanan kita pada Allah. Kalau kita yakin pada
kudratNYA, kita boleh melakukanya," jawab Syed Al-Hadad atau Pak Habib. Datuk
menganggukkan kepala, mereka membalas senyuman.

Kereta terus meluncur dengan tenang, melepasi beberapa buah selekoh tajam dan beberapa buah
perkampungan serta pekan kecil. Si pemandu nampak kian yakin dan selesa dengan apa yang
dibuatnya. Semuanya ini menandakan, perjalanan semakin dekat ke tempat yang dituju.

FAJAR

KETIKA fajar mula bangkit di kaki langit, kami pun sampai di rumah Syed Hamid AL-Hadad.
Kawasan rumahnya sungguh luas sekali. Tidak jauh dari kawasan rumahnya terdapat beberapa
buah rumah batu yang tidak kalah bentuk dan besarnya dengan rumah Pak Habib.

Pak Habib memastikan ketiga-tiga manusia laknat yang menumpang kereta anak buahnya
sampai. Kemudian memastikan mereka (tiga manusia laknat) pergi ke rumah yang ditetapkan
sebagai tempat penginapan untuk membersihkan diri (mandi) sebelum berjemaah di sebuah
surau yang tidak jauh dari rumah Pak Habib.

Saya dan datuk diajak oleh Pak Habib terus ke rumahnya. Kami diberikan seorang satu bilik.
Dalam rumah besar itu terdapat beberapa buah bilik khas untuk tetamu siap dengan tempat
sembahyangnya sekali. Disediakan senaskah Al-Quran dan yassin.

Suasana dalam bilik yang kemas dan teratur, ternyata amat menyenangkan diri datuk. Berkali-
kali dia mengucapkan ribuan terima kasih pada Pak Habib yang pada hematnya amat
mementingkan keselesaan tetamu.

Setelah mandi dan menikmati secangkir kopi pahit, waktu subuh pun masuk. Kami segera
berangkat ke surau yang kecil dan comel.

"Cucu kamu,"kata Pak Habib pada datuk. Saya yang berada di-antara mereka tercenggang.

Tamar

Saya renung muka datuk.


"Panggil dan beritahu orang kampung solat subuh sudah tiba," tambah datuk.
"Azan, tuk."

Datuk tidak memberikan jawapan, serentak mereka melangkah ke tengah surau. Saya menarik
nafas, Pak Habib dan datuk menyerahkan tanggungjawab untuk saya pikul.

Di awal subuh yang sepi, orang-orang yang bermastutin di sekitar rumah Pak Habib dan
penghuni kampung berdekatan, dikejutkan dengan suara laungan azan yang sungguh berbeza
dengan suara yang selalu mereka dengar.

INDAH

SEBAIK sahaja mereka sampai ke surau kecil yang indah, ada diantara mereka mengajukan
pertanyaan pada siak yang berkhidmat secara sukarela disitu.
"Suara orang bang (azan) tadi berbeza dengan suara yang selalu didengar," tanya seorang
jemaah.

"Siapa yang azan tadi? Ada orang baru ke?," tanya pula yang lain.
"Orang yang dibawa Tuan Habib," jawab siak sukarela.

"Katakan Tuan Habib hilang dalam perjalanan balik dari Pangkalan Berandan ke sini,"datang
lagi pertanyaan jemaah yang lain. Orangnya sudah agak berusia, tetapi nampak sihat.
"Bila dia balik?" tanya orang itu lagi.

"Dekat dinihari dia balik. Anak buahnya sendiri yang pergi mencari, mereka pergi secara rahsia,
tak mahu heboh-heboh," siak sukarela men jelaskan sambil anak matanya menatap wajah-wajah
yang mengemukakan pertanyaan padanya.

PINTU

BEBERAPA jemaah yang berada di muka pintu dan sempat mendengar penjelasan siak sukarela,
segera memanjangkan leher mencari PakHabib, macam bangau mencari anak seluang. Bila
terpandang batang hidung orang yang dicari, mereka terus menyerbu ke arah Pak Habib.

Mereka bersalaman, tidak memadai dengan itu batang tubuh Pak Habib dipeluk dan dipaksa
bercerita tentang perkara yang dilaluinya. Hasrat mereka tidak berhasil kerana kesuntukan masa.
Waktu solat sudah tiba. malah, Pak Habib sendiri keberatan melayan permintaan mereka yang
tidak sesuai pada waktu dan ketikanya.

"Kalau ia pun, nak berpeluk dan mengampu Pak Habib, janganlah merempuh orang sesuka hati,
fikirlah sakit orang lain," seorang jemaah yang dirempuh meluahkan kekesalan dengan wajah
yang amat kecewa sekali. Lebih menyakitkan hati, orang yang merempuh tidak pula minta maaf.
Dalam situasi yang agak kelam kabut itu, sekali lagi khidmat saya diper lukan untuk melafazkan
qamat. Perkara itu segera saya laksanakan. Atas permintaan Pak Habib, datuk disuruh menjadi
imam. Segala- galanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Tiga manusia laknat turut sama berjemaah. Kerana salah seorang daripada mereka (lelaki
berdarah dahi) pernah bekerja dengan Pak Habib, kehadiran mereka jadi perhatian. Lebih-lebih
lagi mereka sentiasa didampingi oleh kerabat Pak Habib. Selesai sembahyang dan berdoa Pak
Habib terus bangun.
"Semua yang ada disini, diminta datang ke rumah anak saudara saya, Tajuddin. Kita beramai-
ramai minum kopi dan makan pagi di rumahnya. Kemudian baca doa selamat dan kesyukuran
kerana saya dijumpai dalam keadaan sihat, semua dijemput;"tutur Pak Habib.

"Makan apa Pak Habib?"usik seorang jemaah.

"Itu kena tanya Tajuddin,"sahut Pak Habib.

"Kopi dan nasi lemak,' Tajuddin bersuara lantang.


"Ini sudah cukup baik," terdengar suara nakal dari para jemaah yang disambut dengan senyum
oleh Pak habib dan Tajuddin.

Beberapa orang para jemaah yang sebaya dengan Pak Habib segera mendekatinya.Mereka
melahirkan rasa terkejut dengan apa yang berlaku atas diri PakHabib.

MENOLAK

MALAH, ada yang mahu Pak Habib bercerita detik kejadian itu secara lerperinci. Pak Habib
menolak dengan alasan belum sesuai. Walupun, begitu Pak habib berjanji pada mereka, bila ada
masa terluang, boleh jadi esok atau lusa dia akan menceritakannya.

"Bila ada masa sesuai, saya ceritakan pada semua, 'Pak Habib memberikan sebuah janji. Dua tiga
orang jemaah yang berada di depannya saling berpandangan sesama sendiri. Mereka seolah-olah
sangsi dengan janji yang dila- fazkan oleh Pak Habib.

"Masa yang sesuai itu bila Pak Habib?", tanya seorang dari sebelah kanan. Pak Habib tersenyum
ke arah datuk.

"Boleh jadi waktu asar nanti atau subuh esok. Usah fikirkan apa yang saya alami. Soal sekarang
kita pergi ke rumah anak saudara saya. Isi perut kita. mari, " cukup lantang suara Pak Habib.

Dengan tenang dia melangkah ke muka pintu surau, memulakan perjalanan menuju ke rumah
anak saudaranya. Di rumah Tajuddin, khidmat saya diperlukan lagi untuk membaca doa selamat.
Memang pada mulanya saya menolak membaca doa selamat .

Saya kira orang tempatan lebih wajar melakukannya, lagipun saya kurang fasih. Sayang sekali,
hujjah saya itu tidak dapat diterima oleh Pak Habib dan para jemaah yang hadir.
Saya tidak boleh mengelak dan terpaksa menerimanya dalam senyum, tetapi hati terasa amat
berat dan berdebar semacam. Alhamdullah saya lulus ujian. Tidak ada seorang pun yang
mengkritik, semuanya memuji. Saya bangga dalam hati tetapi, datuk terus tersenyum lebar.
Sesungguhnya, peristiwa yang dilaluinya beberapa minit tadi, secara tidak langsung
membuktikan saya lulus ujian sebagai anak muda kampung yang boleh ditolak ke depan dan ke
belakang.

Dalam masyarakat kampung Melayu tradisional yang bersandarkan pada ajaran agama dan adat
budaya, saya dikira anak muda yang boleh diharap. Boleh jadi tukang azan, boleh baca doa,
malah, dalam saat-saat terdesak boleh jadi imam dan menikahkan orang serta
menyembahyangkan jenazah.

SEMINGGU

SETELAH dua hari menginap di rumah Pak Habib, saya dan datuk berkesempatan mengikuti
agenda yang ditetapkan oleh Pak Habib terhadap tiga manusia laknat. Semuanya berjalan dengan
baik seperti yang disusun.

Hubungan tiga manusia dengan tuan rumah yang ditum pangi cukup mesra. Setiap waktu solal
mereka berjemaah bersama penduduk tempatan. Mengikuti kuliah subuh dengan sempurna.
Semuanya menyenangkan keluarga Pak Habib.

Pada hari Rabu, hari ketiga berada di rumah Pak Habib, datuk memberitahu, dia mahu pulang ke
Tanah Semenanjung pada petang Khamis, merentasi Selat Melaka dengan kapal barang ke Pulau
Pinang.

Bila ditanya siapa yang menguruskan semuanya itu. Datuk hanya sekadar memberitahu, kapten
kapal itu adalah anak sahabat baiknya. Bagi merealisasikan irnpiannya itu, datuk berhasrat mahu
menyatakan perkara tersebut pada Pak Habib keesokannya, iaitu pada hari keempat.

Secara kebetulan pada hari kempat sebaik saja saya dan datuk masuk ke ruang tamu rumah
PakHabib, tiga lelaki laknat sudah berada disitu. Saya lihat jam di dinding sudah pukul sepuluh
pagi.

"Duduk sahabat," kata Pak Habib. Kerana tidak mahu menganggu urusan yang sedang berjalan,
saya dan datuk mengambil tempat yang agak jauh dari manusia bertiga.

"Biar saya selesai perkara ini dulu sahabat, lepas itu barulah kita bercerita. Lagipun sahabat tidak
ada rancangan nak kemana-mana. Semalam dah jalan jauh" Usik Pak Habib.
Teruskan tugas." Sahut datuk.

Pak Habib segera memberikan wang tambang kepada ketiga-tiga lelaki laknat itu untuk pulang
dibawa pulang kekampung masing-masing menemui kaum keluarga. Disamping itu Pak Habin
turut juga membekalkan beras dan gula kopi serta beberapa keperluan lain di samping wang
saku. Bila semua urusan selesai, tiga manusia laknat bersalaman dengan Pak Habib, kemudian
melarat kepada saya dan datuk.

"Mereka balik kampung seminggu saja. Hari khamis depan mereka balik ke mari untuk bekerja,"
dengan nada penuh keyakinan Pak Habib memberitahu datuk.

"Sahabat percaya dan yakin?"

" Saya yakin mereka datang untuk bekerja dengan saya dan belajar agama. Mereka menyesal
dengan apa yang mereka buat, mereka dah bertaubat."

"Kalau sahabat sendiri yakin, saya tak mahu cakap apa-apa. Sebabnya, sesuatu yang baik bila
disertai dengan keyakinan diri dan kuasa Allah, selalunya berhasil.

Sahabat ini, bercakap berbunga-bunga, macam ahli sofi."


"Terlalu tinggi memuji saya," balas datuk.
Kedua-dua sahabat yang membina kemesraan dan hubungan, tidak sampai seminggu ternyata
kelihatan cukup akrab.Saling hormat menghormati dan saling mempercayai satu selain.

Anda mungkin juga menyukai