Anda di halaman 1dari 5

Peranan Teknologi Komputer Dalam

Membantu Proses P&P Di Bilik


Darjah

Abstrak

Transformasi sistem pendidikan di abad ke-21 ini menuntut warga pendidik di

seluruh dunia untuk menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

secara optimum kerana keupayaan ICT dalam menambahbaik sistem

pendidikan sudah terbukti dan seolah-seolah sudah menjadi satu kayu

pengukur untuk menentukan standard pendidikan di setiap institusi

pendidikan. Teknologi komputer khususnya, merupakan salah satu cabang

utama ICT yang tidak dapat dinafikan sangat berupaya untuk membantu guru

meningkatkan proses pengajaran dan menyediakan sumber untuk

pembelajaran pelajar. Boleh dikatakan bahawa peranan utama teknologi

komputer dalam pendidikan adalah untuk membantu memperbaiki

keseluruhan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan

perkataan lain, para guru harus inovatif dalam mengaplikasikan teknologi

komputer terutamanya dalam menyelesaikan masalah atau kesukaran yang

dihadapi semasa proses pengajaran dijalankan dalam bilik darjah.

Teknologi dalam bidang pendidikan telah dibuktikan dapat

meningkatkan produktiviti, menambahkan motivasi, menyokong pengajaran

secara tidak langsung, kebolehan pengajaran yang bersifat unik, dan

meningkatkan literasi maklumat (Roblyer & Schwier, 2003). Teknologi

komputer khususnya merupakan teknologi yang sangat berkait rapat dengan


sistem pendidikan jika dibanding teknologi lain dan dilihat mampu memberi

impak yang besar kepada para guru terutamanya dalam mengatasi masalah

yang timbul semasa pembelajaran di bilik darjah.

Oleh yang demikian, artikel ini akan menghuraikan dengan lebih lanjut

tentang jenis-jenis kesukaran yang dihadapi oleh para guru sewaktu

pengajaran di bilik darjah dan melihat bagaimana teknologi komputer dapat

membantu mereka dalam menyelesaikan masalah tersebut dengan lebih

efektif. Seterusnya, setiap permasalahan yang timbul akan dirungkai dengan

menggunakan analisis SWOT[1]untuk melihat sejauh mana saranan dan

konklusi yang diberikan mampu dipraktik dan dilestarikan ke dalam dunia

pendidikan sebenar.

Teknologi komputer dalam pendidikan bertujuan untuk mewujudkan

satu suasana yang kondusif bagi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan

teknologi boleh memberi pengalaman sebenar yang dapat merangsang

aktiviti sendiri di kalangan pelajar dan membina pemikiran yang berterusan.

Laurillard (1992) berpendapat bahawa kaedah simulasi[4] dan bantuan

komputer dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajaran dengan mudah.

Integrasi teknologi komputer dalam p & p memberikan peluang kepada guru

memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid

berdasarkan aktiviti masalah sebenar dan meletakkan murid sebagai

penyelesai masalah (Rosenberg, 2001). Interaksi antara murid dan guru juga

akan bertambah dan ini akan menyebabkan guru tersebut mudah didekati

oleh murid.
Teknologi komputer mampu memudahkan kerja seseorang guru dalam

penyampaian maklumat. Penggunaan bahan teknologi pendidikan yang boleh

dilihat dan menghasilkan bunyi dan suara telah didapati memberikan banyak

faedah seperti melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Sistem

multimedia berasaskan komputer membolehkan pencapaian maklumat yang

bersesuaian (Mauer, 1993) dan memberikan kebaikan dari aspek interaksi

pengguna melalui dokumen dalam perisian multimedia yang boleh

dikorelasikan dengan mana-mana aplikasi dalam komputer di samping

kombinasi video dan audio dengan teks dan grafik[5] (Fisher, 1994).

Selain itu,teknologi komputer berguna dalam menjadikan pendidikan lebih

produktif. Heinich (1993) menyatakan komputer berkemampuan untuk

mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Penggunaannya

juga akan memberikan kelainan(variasi) kepada kaedah mengajar, misalnya

dengan menggabungkan kaedah dan alat (misalnya penggunaan perisian

pembelajaran). Penggunaan teknologi dalam pendidikan akan

mempercepatkan kadar pengajaran dan kurikulum dapat diselesaikan

mengikut perancangan.

Kajian turut mendapati pembelajaran menggunakan komputer dapat

meningkatkan pencapaian pelajar dan mengurangkan masa pengajaran

(Schaumburg & Issing, 2002; Tuldoziecki & Herzig, 2002). Unsur interaktif

membolehkan pelajar belajar dengan lebih mudah, pantas, selesa, murah,

mudah mengingat, memindah serta mengaplikasikan pengetahuan kepada

situasi baru mengikutgaya pembelajaran mereka (Alessi & Trollip, 2001).

Sesuatu masalah dapat diulangkaji dengan berulangkali dan kemampuan

mereka dapat diukur.Oleh itu, multimedia membolehkan pelajar mengulangi


pelajaran secara sendirian dan juga membantu pelajar-pelajar mendapat

kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang

minimum

Kesimpulan

Kesimpulannya, bagi menjayakan integrasi teknologi komputer yang lebih


optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ianya memerlukan sokongan
padu dari kalangan guru, pentadbiran dan juga kementerian. Faktor penghalang
integrasi teknologi dalam pendidikan , perlu diberi perhatian dalam memastikan bidang
akademik tidak keciciran dari mengikuti geombang arus ICT. Oleh yang demikian,
sebagai petanda permulaan yang serius, guru perlulah diberi ilmu pengetahuan dan
panduan supaya mereka berkemampuan boleh menggunakan segala kemudahan dan
bahan-bahan teknologi pendidikan terkini. Ini membolehkan guru lebih bersedia
menghadapi cabaran dan kemajuan yang pesat dalam perkembangan teknologi
Rujukan
Alessi, S.M. & Trollip,S.R.(2001). Multimedia for learning: Methods and Development.
Massachusetts: Allyn & Bacon.
Heinich (1993) The school development plan for IT in B. Tagg (ed), Developing
a whole-school IT policy . m.s. 51 - 71. London: Pitman.

Heppell, S. (1993) Teacher Education, Learning and the Information Generation: the
progression and evolution of education computing against a background of
change, Journal of Information Technology for Teacher Education, 2, pp. 229-
238.
Laurillard, D. (1992). Learning through collaborative computer simulations. British
Journal of Educational Technology, 23, 164-171.
Mc Lellan (1991). Teachers and classroom management in a computer learning
environment. International Journal of Instructional Media, 18(1), 19-27.
Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986). Pengurusan Bilik darjah: Interaksi Guru-Murid
Dalam Bilik darjah, Kertas Kerja Ikhtisas Guru-Guru agama Islam, KPM:
Bahagian Agama Islam.
Rosenberg, J.M., (2001). E-learning: Strategies for delevering knowledge in the
digital age. U.S.A: McGraw-Hill
Schaumburg, H. & Issing,L.J. (2002). Lernen mit Laptop. Dalam Alexandra, W., Jutta,
K.B.,Siegmund, A. The Computer as a learning aid and tool in Geography
schooling in Germany and at the University of Education Heidelberg. Dimuat
turun daripada http://www.heredot.net/conferences/brno2005/book3-ICT.pdf.
Shahabuddin Hashim, Rozihani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad. (2007). Strategi dan
teknik mengajar berkesan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd

Stallard, C. (1998) . Factors that influence the integration of technology into the
secondary
curriculum. http://ed.info.apple.com/education/techlearn/adapt/adaptfactors.html.

Yahya Othman (2007). Bahan bantu mengajar memperkukuh Bahasa Melayu. Dewan
Bahasa,
7(2), 32-35.

Anda mungkin juga menyukai