Anda di halaman 1dari 1

Muhd Razman Bin Razali

811029-03-5231
SK Sg. Pelong
47000 Sg. Buloh
Selangor.

Guru Besar 18 Jun 2017


SK Sokor
KM 15 Jalan Ipoh
17500 Tanah Merah
Kelantan

Melalui dan salinan:

Guru Besar
SK Sg. Pelong
47000 Sg. Buloh
Selangor.

Tuan,

MEMOHON PENANGGUHAN TUGAS

Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, saya telah ditempatkan di sekolah tuan, SK Sokor berkuatkuasa 12
Jun 2017 KPM.100-1/7/2Jld.3(70)(D-157) bertarikh 25 Mei 2017. Namun begitu, saya terima surat
kelulusan sedikit lewat iaitu bertarikh 15 Jun 2017 (Khamis) dan dalam masa tersebut saya berkhidmat di
SK Sg. Pelong sehingga surat kelulusan dapat.

3. Sehubungan itu, saya ingin memohon penangguhan tugas dari 19 Jun 2017 sehingga 22 Jun
2017 bagi menyelesaikan beberapa urusan pindah dan pertukaran sekolah anak-anak yang belum selesai
di Sg Buloh, Selangor. Saya akan datang bertugas penuh di sekolah tuan selepas cuti hari raya.

4. Kerjasama dan pertimbangan tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(Muhd Razman Bin Razali)

Anda mungkin juga menyukai