Anda di halaman 1dari 11

BAB 8: PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM

KEDATANGAN BARAT.

PENGENALAN
Agama Islam yang lahir di Semenanjung Tanah Arab telah tersebar ke merata dunia merangkumi
sebahagian Eropah, Asia Selatan, Asia Timur dan Asia Tenggara.
Kedudukan Asia Tenggara yang terletak di tengah- tengah perjalanan di antara timur dan barat telah
membolehkannya menjadi sebuah wilayah terbuka yang dikunjungi oleh pedagang dari serata dunia
sejak awal abad masihi lagi.
Kehadiran Islam dirantau ini turut memperlihatkan pembabitan pedagang Islam dalam perdagangan di
wilayah ini sejak dahulu lagi
Pedagang Islam telah berdagang di pelabuhan seperti

Perlak
Pasai
Acheh
Pattani
Brunei
Di Tanah Melayu pula, Melaka telah menjadi pusat perdagangan utama
Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor juga merupakan pusat penting sama ada pusat
perdagangan mahupun sebagai pusat perkembangan Islam.
Pertapakan Islam di Tanah Melayu telah mula pada sekitar abad ke-13 abad k eke-14M.
Walaubagaimanapun pengaruhnya dalam politik, ekonomi, social hanya menjadi lebih ketara dan
mantap teras penting kepada ekonomi, social dan politik Negara.
Melaka telah menjadi pusat penyebaran Islam yang penting di Alam Melayu
Peranan ini telah dilakukan melalui.

Perluasan kuasa
Perkahwinan
Pendidikan
Kegiatan intelektual

PENGARUH ISLAM TERHADAP POLITIK

Kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu telah memperkenalkan beberapa unsur baru kepada amalan
pentadbiran dan pemerintahan di Tanah Melayu.
Ini telah berlaku terutamanya dalam institusi kesultanan dan juga perundangan.
Pentadbiran
Sebelum kedatangan Islam

Sistem pentadbiran yang diamalkan di Tanah Melayu sebelum kedatangan Islam ialah institusi
pemerintahan beraja yang dipengaruhi tradisi Hindu- Buddha yang dikenali sebagai konsep dewa-raja
Dalam tradisi Hindu-Buddha seseorang pemerintah sering sahaja menggalurkan nasab keturunannya
daripada penitisan dewa.

Setelah Kedatangan Islam


Telah mengubah kedudukan dan corak institusi raja di Tanah Melayu.
Golongan raja telah mula menitik beratkan konsep-konsep Islam contohnya istilah sultan, Zillullah fi-
alam dan Zilullah fil-ardh yang bermakna bayangan Allah di muka bumi telah mula digunakan.
Konsep ini menjdi teras institusi raja dan memberikan suatu pengesahan berlandaskan Islam terhadap
kewibawaan seseorang raja tersebut.
Para pemerintah juga telah menggunakan gelaran seperti Khalifatul Mukminin yang bermakna
pemimpin yang mukmin.contohnya gelaran ini telah digunakan oleh Sultan Abdul Ghaffur Muhyidin
yang memerintah Pahang pada tahun 1572-1614
Tokoh- tokoh Islam seperti Iskandar Zulkarnain telah mula dirujuk sebagai asas nasab keturunan sultan.
Keadaan ini telah meninggikan kedudukan seseorang raja atau sultan tersebut.
Seterusnya selepas kedatangan Islam institusi sultan di Tanah Melayu kekal sebagai institusi
berdasarkan pewarisan.
Sistem ini meletakkan raja atau sultan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan dan
pentadbiran di Tanah Melayu.
Sistem kesultanan yang wujud di Perlis, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selangor berbeza daripada
sistem di Negeri Sembilan yang berasaskan Adat Perpatih.
Di Negeri Sembilan tunjang kuasa bukanlah terletak pada sultan tetapi pada Yang Di Pertua Besar.
Pemerintahan dan pentadbiran sultan dibantu oleh lapisan pembesar seperti

Bendahara
Laksamana
Penghulu bendahari
Temenggung dan sebagainya.
Institusi Kesultanan Melayu juga mempunyai hubungan erat dengan golongan ulama.
Golongan pemerintah di Melaka, sering mendapatkan nasihat serta pandangan golongan ulama seperti

Makhdum Sayid Abdul Aziz


Maulana Abu Bakar
Maulana Sadar Jahan
Maulana Jalaludin
Hal yang sama juga berlaku dalam kerajaan lain seperti di Kelantan dan Terengganu hingga muncullah
ulama terbilang seperti:

Tuk Pulau Manis


Tuk Pulau Condong
Tuan Tabal
Kekukuhan institusi kesultanan adalah berasaskan pegangan orang Melayu terhadap konsep daulat
iaitu:

Pengikat antara golongan rakyat dengan pemerintah. Konsep daulat ini tidak wujud secara
bertulis, namun konsep ini dipegang sebagai sesuatu yang dipercayai kebenarannya.
Konsep ini telah mengangkat kedudukan seseorang raja atau sultan ke tahap yang begitu tinggi
dan menimbulkan penghormatan rakyat terhadap institusi tersebut.
Adat istiadat ini membabitkan cara berpakaian dan jenis pakaian, bahasa dan pengucapan,
tingkahlaku dan sebagainya.
Antara adat istiadat yang menggambarkan kedaulatan seseorang sultan termasuklah istiadat
pertabalan yang disempurnakan dengan penuh tertib dan mengikut cara aturan yang ditetapkan.
Perundangan
Sistem perundangan sangat penting demi menjamin keharmonian hidup sesebuah masyarakat.
Masyarakat Melayu juga mempunyai cara hidup yang tersendiri.
Peraturan tingkahlaku yang dipersetujui ini kemudiannya digunakan menajdi undang- undang
Undang- undang ini pula terbahagi kepada dua iaitu

Undang-undang Tidak Bertulis


Undang-undang bertulis.
Undang- undang tidak bertulis juga dikenali sebagai adat. Terdapat dua adat iaitu

Adat Perpatih
Adat Temenggung
Undang- Undang Bertulis merupakan peraturan atau hukum dalam sesebuah masyarakat seperti

Hukum Kanun Melaka


Undang- undang Laut Melaka
PENGARUH ISLAM TERHADAP EKONOMI.
Kedudukan Asia Tenggara di tengah- tengah lalua perjalanan antara Timur dan Barat membawa kesan
besar kepada orang Melayu dalam bidang ekonomi.
Keadaan ini telah menyebabkan kawasan ini menjadi pusat persinggahan dan tumpuan para pedagang.
Sejak abad pertama masihi lagi muncul kerajaan- kerajaan yang memberikan perhatian kepada aktiviti
perdagangan seperti

Funan
Srivijaya
Kedah Tua dan sebagainya.
Kehadiran agama Islam memperlihatkan pembabitan kerajaan- kerajaan Islam seperti di bawah dalam
urusan perdagangan utara-selatan
Sejarah ekonomi orang Melayu abad ke-4 hingga ke-15 seringkali dikaitkan dengan perdagangan,
pentadbiran Negara dan perkembangan agama Islam.
Aktiviti perdagangan yang diceburi oleh orang Melayu telah meransangkan perkembangan yang
berkaitan dengannya seperti penggunaan mata wang, percukaian dan seumpamanya.
Kesannya bukan sahaja terdapat dalam sosiobudaya, malah terdapat dalam pelbagai aspek kegiatan
ekonomi.

Perdagangan
Sejak abad ke-12 hingga 18 aktiviti perdagangan yang membabitkan Lautan Hindi dan Laut China
Selatan didominasikan oleh pedagang Islam.
Hal ini mempengaruhi perkembangan di Alam Melayu.
Pedagang Melayu turut membabitkan diri secara aktif dalam rangkaian perdagangan timur dan barat
ini.
Perkembangan pesat sector perdagangan di kalangan orang Melayu ini sangat berkait rapat dengan
saranan Islam yang menegaskan bahawa aktiviti ini merupakan sumber rezeki yang besar.
Nabi Muhammad s.a.w. sendiri terbabit secara langsung dalam aktiviti ini sewaktu hayat baginda.
Aktiviti perdagangan menjadi salah satu saluran penting yang memesatkan proses pengislaman Alam
Melayu.

Melaka sebagai Pusat Perdagangan.

Menjelang abad ke-15, Melaka menjadi pusat perdagangan yang penting.


Walaupun Melaka tidak banyak mengeluarkan barang seperti rempah ratus, (lada, bunga
cengkih dan sebagainya) yang menjadi permintaan tinggi di kalangan pedagang namun
kedudukannya yang sangat strategic membantu perkembangan Melaka.
Kehadiran pedagang asing di Melaka telah menyebabkan kerajaan Melaka menyediakan
kemudahan pentadbiran yang licin dan teratur agar perdagangan berjalan lancar.

Kerajaan Melaka telah mewujudkan jawatan
- Laksamana- menjaga urusan pelabuhan
- Syahbandar- ketua pelabuhan.

Undang- undang laut Melaka telah digubal dan menjadi landasan yang harus diikuti oleh
masyarakat terutamanya dalam hal ehwal berkaitan dengan tugas- tugas nakhoda, juru audit
dan seumpamanya.
Kepesatan perdagangan di Melaka dapat dibuktikan dengan terdapatnya paling kurang 84
bahasa yang dipertuturkan di Melaka.
Dalam aktiviti perdagangan di Melaka, suatu sistem timbang dan sukat telah diperkenalkan.
Hal ehwal perdagangan termasuklah soal sukat dan timbang ini diletakkan di bawah
tanggungjawab syahbandar.
Peratusan timbang dan sukat di Melaka menggunakan sistem tahil dan kati.
Antara barangan yang ditimbang dengan sistem ini termasuklah
-Emas -Perak

Untuk menimbang rempah ratus seperti lada, buah pala, bunga cengkih, sistem bahara
digunakan iaitu bahara dikira sebagai bersamaan dengan 205 kati.
Timbangan ini dilakukan dengan mengunakan dachim ( dacing)
Dalam urusan perdagangan, dua kaedah digunakan di Melaka iaitu
- Kaedah pertukaran barang - Kaedah jual beli.

Kejatuhan Melaka kepada Melaka meruntuhkan semangat pedagang Melayu.


Sebaliknya aktiviti perdagangan telah diteruskan dengan menjadikan kerajaan Johor sebagai
pusat dan tunjang kekuasaan Melayu.
Keadaan ini terus berlangsung sepanjang abad ke-17 -18
Selain itu, negeri- negeri lain turut bergiat cergas dalam perdagangan.
Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu juga menjadi pusat perdagangan yang penting
sepanjang abad ke-17 hingga ke 18.

Mata wang.

Pengurusan mata wang sebagai perantaraan nilai barangan secara langsung memudahkan
urusan perdagangan dan jual beli.
Sistem penggunaan mata wang merupakan alternatif kepada sistem pertukaran barang atau
barter
Negeri-negeri Melayu menggunakan mata wang yang diperbuat daripada timah.
Mata wang timah pada zaman Melaka berbentuk bulat dan beratnya ialah satu kati lapan tahil.
Nama sultan yang memerintah serta tarikh Islam dicatat pada mata wang tersebut.
Mata wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay juga digunakan di Melaka serta boleh ditukarkan
dengan mata wang tempatan.
Di Johor pula terdapat mata wang yang diperbuat daripada timah dan dikenali sebagai wang
katun.
Mata wang ini berbentuk bulat atau segi enam.
Mata wang ini tidak mempunyai tarikh, namun mempunyai tulisan jawi atau Arab seperti Malik
atau Sultan al-Adil.
Negeri Kedah juga mengeluarkan mata wang timahnya sendiri sejak abad ke-7
Mata wang ii boleh dipatahkan dan digunakan secara berasingan.
Ada juga matawang diperbuat daripada emas.
Mata wang emas adalah ini digunakan secara meluas di Kedah dan Johor pada abad ke-16.
Mata wang emas Johor yang tertua dikenal pasti bertarikh tahun 1527 iaitu pada zaman
pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah.
Mata wang emas yang digunakan di Kelantan pula dikenali sebagai kijang kerana terdapat
gambar kijang pada muka wang emas tersebut.
Mata wang emas Johor digelar kupang dan mengandungi emas seberat 10 grain (0.65) dan juga
jenis emas yang mempunyai berat 40 graians (2.6 gram )
Tiap-tiap mata wang emas tertera dengan nama dan pangkat sultan yang memerintah dan yang
mengeluarkan mata wang tersebut.
Di bahagian belakang mata wang itu pula tertulis gelaran Islam sultan yang memerintah dan
yang mengeluarkan mata wang tersebut.
Di bahagian belakang mata wang itu pula tertulis gelaran Islam sultan berkenaan seperti
Khalifatul Muslimin dan sebagainya.
Pada masa tersebut, pedagang Eropah telah menggunakan wang perak manakala pedagang
India, China dan Arab pula menggunakan emas atau mata wang emas.
Percukaian.

Cukai merupakan bayaran yang dikenakan oleh pihak pemerintah terhadap aktiviti yang
tertentu atau barang tertentu.
Cukai yang diterima ini akan menjadi sebahagian daripada sumber pendapatan kerajaan dan
akan disalurkan kembali untuk pembangunan negara.
Perkembangan aktiviti perdagangan yang pesat di negeri- negeri Melayu turut
memperkembangkan bidang percukaian.
Di Melaka, para pedagang yang berniaga diwajibkan membayar cukai terhadap barang
dagangan mereka sebelum urusan perniagaan dapat dilakukan.
Cukai di Melaka pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu

- Cukai yang paling asas ialah cukai tetap (cukai import )yang jumlahnya telah ditetapkan
oleh pemerintah.
- Para pedagang yang datang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan
cukai sebanyak 6% daripada jumlah barangan yang dibawa.
- Pedagang dari Jepun dan China pula dikenakan cukai sebayak 5%.
- Terdapat barang tertentu yang tidak dikenakan cukai seperti beras dan makanan.

Setelah semua cukai dibayar, barulah urusan jual beli dapat dilakukan di bazaar- bazaar
yang disediakan di sepanjang Sungai Melaka.
Orang asing yang menetap di Melaka juga dikenakan cukai
Orang asing yang datang pula dikenakan cukai diraja sebayak 6%.

Pengaruh Islam yang mendalam di negeri Melaka serta di negeri Melayu yang lain ialah mempengaruhi
perkembangan ekonominya.

Amalan riba telah tidak dibenarkan dalam bidang perniagaan di kalangan orang Islam.
Golongan ceti yang memberikan pinjaman wang tidak dibenarkan menjalankan aktiviti mereka.
Penegasan bersabit amalan riba ini dijelaskan dalam Hukum Kanun Melaka.
Hal yang sama turut ditekankan dan diimplementasikan dalam Hukum Kanun Pahang.
Sejajar dengan perkembangan pesat dalam sector perdagangan, amka pihak pemerintah telah
menekankan agar golongan kaya dan berkemampuan membayar zakat harta.
Kutipan zakat ini kemudiannya disimpan oleh baitulmal.
Badan ini berfungsi untuk menguruskan harta kerajaan.
Harta lain akan digunakan bagi kepentingan dan kemakmuran Negara serta sebagai sumber
bantuan yang sewajarnya kepada ahli masyarakat yang memerlukan bantuan.

SOSIAL
Pendidikan
Merupakan aspek social yang sangat penting dalam masyarakat Melayu.
Terdapat dua jenis pendidikan yang diamalkan oleh orang Melayu iaitu

Pendidikan tidak formal


Pendidikan formal

Pendidikan tidak Formal

Merupakan pendidikan awal atau asuhan yang berlaku dalam institusi keluarga.
Masih diamalkan oleh masyarakat Melayu hingga ke hari ini.
Berlaku pada peringkat keluarga dan penekanannya adalah terhadap pengajran nilai- nilai moral
serta pembelajaran melalui pendengaran, peglihatan dan pemerhatian.
Melalui pendengaran, penglihatan, dan pemerhatian

Kanak- kanak mempelajari kemahiran daripada ibu bapa menerusi pemerhatian dan latihan
seperti dalam bidang pertanian, perikanan, kraf tangan atau pertukangan.
Ibu bapa juga mengajar anak- anak tentang hal- hal perhubungan dengan agama, kelakuan dan
adat resam, sikap sopan santun, caar berkawan dan menjaga maruah.
Melalui cerita-cerita lisan

Menerapkan nilai- nilai budaya yang murni.


Melalui cerita binatang dan cerita jenaka
Pendidikan melalui kaedah bercerita merupakan kaedah yang paling berkesan dan paling
digemari kanak-kanak.
Cerita berbentuk teladan dan pengajaran selalunya diberikan penekanan.
Termasukaln cerita anjing dengan bayang- bayang yang memberikan pengajaran agar
seseorang itu tidak terlalu tamak.
Cerita- cerita Sang Kancil menekankan hakikat bahawa kepandaian dan kebijaksanaan itu dapat
membantu seseorang itu menyelesaikan masalah.
Melalui pantang larang dan adat istiadat melalui pergaulan sosial

Mereka dinasihatkan agar tunduk sambil menghulurkan tangan apabila lalu di hadapan orang,
terutamanya orang yang lebih tua.
Melalui Pantun, Peribahasa dan Teka- Teki.

Pepatah seperti siakap senohong, gealam ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri-
mengajar kank- kanak agar berkelakuan baik dan jangan sesekali bercakap bohong kerana
perbuatn itu boleh membawa kepada perbuatan tidak baik yang lain.
Galakan sebegini sama ada untuk menjauhkan apa yang ditegah atau membuat apa yang disuruh
juga menerapkan unsur- unsur pengajaran.

Pendidikan Formal
Merupakan pendidikan yang berkaitan dengan keagamaan secara langsung atau melalui perantaraan
institusi tertentu.
Pendidikan sebegini yang berlangsung sejak zaman sebelum kedatangan Islam lagi berasaskan tradisi
Hindu- Buddha.
Pada masa itu bidang pendidikan dan ilmu penegtahuan hanya didominasikan oleh golongan istana dan
golongan atasan.
Istana itu sendiri menjadi pusat pengajian.
Pendidikan yang menekankan keagamaan ini dilaksanakan di beberapa tempat seperti

Istana
Masjid
Rumah
Surau
Madrasah
Pondok
Pendidikan di rumah memberikan penekanan kepada pengajaran al-Quran.
Pengajian ini dilakukan di rumah guru al-Quraatau dikenali sebagai Tok Guru dengan murid- muridnya
terdiri daripada kanak- kanak yang berumur antara 7-15 tahun. Pengajran ini menjadi asas kepada
pendidikan selanjutnya bagi kanak- kank tersebut.

Peranan Istana

Kedatangan Islam tidak mengenepikan fungsi istana sebagai pusat pendidikan dan ilmu
pengetahuan
Sejarah Melayu misalnya ada mencatatkan tentang peranan istana Melaka sebagai pusat
pengajian agama.
Sultan Mansur Shah telah menerima pengajaran Islam daripada Maulana Abu Bakar.
Sultan Mahmud Shah dan Raja Ahmad pula berguru dengan Maulana Sadar Jahan.

Perkembangan bidang pendidikan Islam di Melaka ini dipengaruhi oleh kewujudan ramai
ulama dan pendakwah asing seperti Bengali, Arab, Parsi, Gujerat dan sebagainya.

Mereka ini datang ke Melaka kerajaan ini memberikan perhatian yang sewajarnya kepada
perkembangan ilmu pengetahuan.

Malah minat pemerintahnya terhadap ilmu pengetahuan juga menjadi faktor penarik yang
penting.
Seperti kitab al-Dur al- Manzun (mutiara tersusun) sebuah kitab tasawuf karangan maulana
Abu Bakar telah diarak hingga ke balairung istana Melaka. Sultan Mnasur Shah dikatakan
sangat berminat dalam pengajian tasawuf.

Keadaan yang sama juga berlaku di Johor apabila istana Johor menjadi pusat pengajian sewaktu
pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah yang memerintah antara tahun 1597-1602M.

Istana juga memainkan peranan sebagai tempat menyimpan hikayat yang penting seperti
Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhamad Ali Hanafiah yang telah disimpan di istana
Melaka.

Pendidikan di istana bukan sahaja menitik beratkan keagamaan tetapi juga hal pentadbiran
Negara dan sistem politik.

Institusi pendidikan istana telah memainkan suatu peranan yang amat penting.

Peranan Masjid dan Surau.

Sebagai pusat pengumpulan dan pertemuan masyarakat, masjid dan surau menjadiyang paling
ideal untuk mengembangkan ilmu- ilmu Islam.
Dalam pengajian ini, kanak- kanak akan diajar dengan ilmu yang lebih formal seperti fikah dan
tajwid.
Mempelajari cara dan bacaan dalam sembahyang serta perkara- perkara penting yang
seharusnya diketahui oleh orang Islam.
Pada sebelah malam, masjid atau surau menjadi pusat pengajian kepada orang dewasa.
Kandungan pengajiannya masih lagi berlegar kepada aspek keagamaan ilmu fikah, usuludin,
hadis, tasawuf dan sebagainya namun tahapnya lebih tinggi.

Pendidikan Pondok.

Pengajian ini memberikan penekanan kepada ilmu keagamaan dan menyediakan pelajar-
pelajarnya untuk bertugas sebagai guru agama atau berkhidmat kepada masyarakat.
Sistem pengajian pondok begitu meluas di negeri Kedah, Kelantan , Terengganu, Perlis dan
Pattani.
Pendidikan ini bemrula sejak abad ke-12 M di Pattani.
Sistem ini kemudiannya berkembang ke negeri- negeri Melayu yang lain.

Kesenian
Candi
Orang Melayu sejak sebelum kedatangan Islam telah membabitkan diri dalam bidang kesenian.
Pembabitan mereka masih dalam lingkungan tradisi Hindu-Buddha.

Penemuan candi- candi di Lembah Bujang terutamanya Candi Bukit Batu Pahat, Candi Sungai
Batu, Candi Bukit Pendiat dan sebagainya telah memaparkan atau membuktikan terdapatnta
pengaruh Hindu-Buddha.
Candi-candi ini bentuknya kecil berbanding candi di Pulau Jawa yang terkenal iaitu Candi
Borobodurnya atau Candi di Vietnam yang terkenal iaitu Angkor Watnya.
Candi- candi ini masih tetap menunjukkan bahawa seni binanya pada waktu itu sangat
dipengaruhi oleh tradisi Hindu- Buddha.
Selain senibina, hasil ukiran dan arca seperti Avalokiesvara yang ditemui di Lembah Bujang
juga menunjukkan pengaruh India yang sangat ketara.
Kedatangan Islam telah mengubah scenario ini apabila bidang kesenian mula dikaitkan dengan
agama tersebut.

Kesenian ini memaparkan suatu penyataan tentang agama.


Ini bermakna hasil seni selepas kedatangan Islam merupakan gabungan antara elemen
keagamaan dengan kehalusan seni tempatan.
Antara kesenian yang sangat menonjol dalam masyarakat Melayu termasuklah senibina.
Dalam bidang ini orang Melayu telah menghasilkan binaan bukan sahaja tempat berlindung
tetapi turut menonjolkan wajah binaan sesuai dengan kegunaannya.
Antara binaan utama dalam masyarakat Islam termasuklah masjid
Binaan ini menjadi tumpuan masyarakat sama ada sebagai tempat untuk menunaikan solat
atau sebagai tempat perkumpulan sosial.
Masjid

Mempunyai ciri- ciri khas seperti mihrab mimbar


Telaga atau pencucur air.
Bumbung yang khusus. Semuanya melambangkan binaan tersebut sebagai masjid dan
membezakannya daripada binaan lain.
Istana

Ketinggian citarasa seni bina orang Melayu turut dipaparkan melalui binaan rumah dan istana.
Istana raja dibina dengan indah dan dilengkapi dengan balairung.
Tempat persemayaman diraja.
Balai istiadat dan seumpamanya.
Keindahan seni bina ini dapat dilihat pada istana Melaka
Setiap binaan sama ada rumah atau istana pula kan dilengkapi dengan berbagai- bagai hiasan
dalaman hasil daripada kemahiran seni ukiran.
Sebelum kedatangan Islam, motif ukiran berdasarkan binatang seperti burung, ayam dan
seumpamanya.
Setelah kedatangan Islam motif ukiran telah berubah kepada motif tumbuh-tumbuhan, bunga-
bungaan dan geometri
Seni Persembahan

Orang Melayu sangat meminati seni persembahan yang merangkumi tarian, drama, muzik,
nyanyian dan wayang kulit.
Malahan dalam banyak keadaan, ketiga- tiga segmen iaitu muzik, tarian dan nyanyian
disepadukan dalam satu-satu persembahan.
Kesenian ini telah berjalan sebelum kedatangan Islam, namun kegiatan ini tetap diteruskan
selepas kedatangan Islam dengan peyesuaian berasaskan ajaran agama.
Tarian dabus yang terkenal di Perak memaparkan pengaruh dari Asia Barat turut berkembang
dalam cabang kesenian ini.
Tarian dabus ini mengandungi unsur keagamaan yang dikaitkan dengan kepahlawanan Saidina
Ali.
Tarian ini ditarikan oleh 22 orang penari mengikut pukulan rebana bebas, rebana kecil serta
gong.
Pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga tarian mak inang telah ditarikan di Istana
Melayu pada majlis- majlis tertentu.
Antara nyanyian yang penting dan sanagt ketara menerima pengaruh Islam dan seterusnya
menjadi warisan tradisi orang Melayu ialah nazam atau naban.
Kesenian ini sangat terkenal di Pahang, Terengganu dan Melaka.
Nazam berbentuk syair mengisahkan riwayat Nabi Muhammad s.a.w para nabi dan para
sahabat.
Di Terengganu, kesenian ini dilakukan oleh kaum wanita dan dinyanyikan pada majlis
perkahwinan, berkhatan serta upacara lain yang bersifat keagamaan.
Pengaruh Islam juga sangat ketara dalam seni dikir yang dinyanyikan dengan pukulan rebana
dan kompang.
Pada kebiasaannya seni kata lagu bercampur antara bahasa Melayu dengan Bahasa Arab.
Di negeri Johor, pula telah berkembang kesenian ghazal iaitu sejenis puisi Arab yang memuji-
muji kebesarn Islam.

KESIMPULAN RINGKAS
Pengaruh Islam telah membawa perubahan yang besar dalam aspek politik, ekonomi dan sosial
masyarakat Melayu sebelum kedatangan Barat.
Kehadiran Islam Berjaya mengatasi pengaruh tradisi politik, ekonomi dan sosial Hindu Buddha yang
sebelumnyatelah bertapak dalam masyaraka tempatan.

Anda mungkin juga menyukai