Anda di halaman 1dari 4

TAJUK : RAMAI KELUARGA MENGHADAPI MASALAH UNTUK MENGURUS

PERBELANJAAN KERANA KOS SARA HIDUP YANG TINGGI

DISEDIAKAN OLEH : VERONCA PALAJIUS

1.0 PENGENALAN

Peningkatan dalam kos sara hidup merupakan satu permasalahan yang

dominan dalam masyarakat pada masa kini. Permasalahan ini merupakan satu

aspek yang membawa kepada ketidak seimbangan dalam kehidupan masyarakat.

Oleh itu perkara ini haruslah di pertimbangkan untuk menjadi satu daripada agenda

yang amat penting kepada sesebuah kerajaan yang memerintah. Kos sara hidup

yang tinggi adalah merupakan satu keadaan di mana masyarakat dalam sesebuah

negara mengalami tekanan untuk memenuhi keperluah untuk hidup setiap hari.

Peningkatan kos sara hidup yang tinggi adalah satu keadaan di mana masyarakat

terpaksa mengikut rentak peredaran ekonomi dalam sesebuah negara walaupun

mengalami kesukaran untuk mencari kelangsungan untuk menjalani kehidupan.

2.0 CABARAN DALAM MENGURUSKAN KOS SARA HIDUP YANG TINGGI

1. KEMISKINAN DI BANDAR

Faktor kemiskinan dikawasan bandar merupakan cabaran pertama dalam

mengurus sara hidup yang tinggi. Masalah kemiskinan merupakan satu perkara

yang dominan dalam masyarakat Malaysia pada masa sekarang. Perkara ini berlaku

oleh kerana peningkatan dalam kos sara hidup di kawasan bandar. Dengan

kenaikan harga barang yang melambung tinggi, cukai perkhidmatan, cukai barangan

dan kenaikan harga minyak telah mempengaruhi kenaikan kos sara hidup yang

tinggi di kawasan bandar. Perkara ini semua telah membawa kepada kemorosotan
dalam pengurusan kos sara hidup masyarakat di kawasan bandar. Cara untuk

mengatasi masalah kemiskinan di bandar ialah dengan memberikan galakan kepada

masyarakat di kawasan bandar untuk melakukan kerja yang pelbagai dan boleh

menjana pendapatan. Dengan melakukan dua hingga tiga perkerjaan akan

membuatkan masyarakat di kawasan bandar dapat berusaha lebih untuk mencari

sumber mata pencarian. Perkara ini seterusnya akan menyebabkan masyarakat

dapat menangani masalah peningkatan kos sara hidup yang tinggi di kawasan

tersebut. Selain daripada itu pendidikan, melalui pendidikan tarah hidup masyarakat

akan berubah. Dengan tahap pendidikan yang baik sesorang akan dapat mengubah

corak hidupnya kerana dengan tahap pendidkan yang baik masyarakat yang

berpendidikan akan mendapat pekerjaan yang lebih baik setaraf dengan tahap

pendidikan dan gaji juga akan dibayar mengikut tahap pendidikan yang di punyai

oleh sesorang. Perakara ini yang boleh mengatasi masalah kemiskinan di kawasan

bandar.

MASALAH KEBERHUTANGAN SERIUS

Masalah keberhutangan serius merupakan perakar yang akan berlaku kesan


daripada peningkatan dalam kos sara hidup yang tinggi. Tahap keberhutangan yang
tinggi akan menpengaruhi kedudukan kewangan masyarakat kerana mereka akan
membuat pinjaman peribadi untuk menampung perbelanjaan harian mereka.
Potongan pada gaji akan melebihi 60% sehingga 90% daripada gaji kasar pekerja di
sebabkan oleh keberhutang kepada pihak bank ataupun syarikat pinjaman wang
berlesen. Baki daripada potongan hutang yang tinggi adalah sebanyak 10% sehigga
40%. Adalah jumlah baki gaji tersebut boleh menampung kos sara hidup yang kian
meningkat. Perkara ini yang menyebabkan masyarakat terbelenggu dan mengalami
situasi di mana masyarakat adalah sukar untuk meneruskan kehidupan dengan
sempurna. Masalah keberhutangan serius kesan daripada peningkatan kos sara
hidup dapat di atasi dengan melakukan penggunaan wang secara berhemat.
Penggunaan wang secara berhemat dan jimat bermaksud sesorang itu membuat
budget kepada wang gaji yang mereka terima. Masyarakat haruslah pandai
menggunakan wang dengan mengutaman keperluan asas dahulu diikuti oleh
kehendak sesorang individu. Masayarakat juga perlulah mengurangkan jumlah
utang kepada pihak bank dan syarikat kewangan kerana syarikat-syarikat ini akan
mengenakan bunga kepada pinjaman wang yang dibuat. Oleh itu masyarakat perlu
pandai merancangan kewangan agar mereka tidak terlibat dengan keberhutangan
yang serius.

KETIDAKUPAYAAN UNTUK MEMELIKI RUMAH

Cabaran seterusnya adalah ketidakupayaan untuk memeliki rumah. Rumah


merupakan satu keperluan asas dalam masyarakat. Namun itu dengan peningkatan
kos sara hidup yang tinggi telah menyebabkan masyarakat terutamanya di kawasan
bandar-bandar besar adalah sukar untuk mendapat rumah. Perkara ini berlaku
kerana kenaikan harga rumah yang melambung tinggi. Peningkatan harga rumah
yang tinggi di kawasan bandar telah menyebabkan masyarakat terpaksa berhutan
ratusan ribu hanya untuk mendapatkan sebuah rumah di kawasan ini. Selain
daripada itu, terdapat juga sesetengah masyarakat yang tidak memeliki rumah
langsung dan terpaksa menyewa sepanjang hidup mereka kerana peningkatan kos
sara hidup. Kos bahan binaan rumah yang kian menaingkat telah menyebabkan
harga rumah semakin meningkat dari tahun ke tahun sehinggalah masyarakat yang
berada dalam golongan pertengahan dan bawahan tidak memeliki rumah langsung
sepanjang mereka bekerja dan terpaksa menyewa kepada pemaju perumahan
sepanjang hidup mereka. Perkara inilah yang telah berlaku di negara kita dan
sekiranya kerajaan malaysia tidak melakukan sesuatu berkaitan dengan permasalah
ini, golongan yang berada dalam paras miskin tegar di kawasan bandar akan
meingkat. Bagi mengatasi masalah ini kesan daripada peningkatan kos sara hidup
pada masa sekarang pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan. Bantuan
adalah dari segi bantuan dalam pengeluaran rumah, diposit rumah, membina rumah
PPRT, rumah mesra rakyat, PRIMA dan perumahan PA1M. Ini semua meruapakn
langkah-langkah kerajaan dalam menangani isu ketidakupayaan untuk memeliki
rumah sendiri. Selain daripada itu masyarakat juga perlu peka dengan jenis
pinjaman. Keutamaan perlulah di berikan kepada pinjaman perumahan sebelum
membuat pinjaman lain seperti pinjaman peribadi dan pinjaman kenderaan. Perkara
ini di tekankan kerana sekiranya sesorang itu membuat pinjama peribadi dan
pinjaman kenderaan terlebih dulu makan adalah sukar untuk sesorang itu mendapat
pinjaman perumahan melalui bank kerana bebanan hutang yang tinggi. Bebanan
hutang yang tinggi akan menyebabkan pihak bank tidak melulusakan pinjaman
perumahan sesorang. Sekiranya perkara ini berlaku maka masyarakt terutamanya di
kawasan bandar adalah sangat sukar untuk mendapat rumah sendiri. Bagi
masyarakat yang berasal dari kawasan kampung dan pedalaman adalah di galakkan
untuk membina rumah sendiri kerana membina rumah sendiri di tapak tanah
persendirian adalah jauh lebih murah berbanding dengan membeli rumah di
kawasan perumahan pemaju. Dengan peningkatan kos sara hidup yang tinggi pada
masa kini adalah lebih baik untuk membuat rumah di kawasan sendiri dan rumah
yang di bina itu tidak mempunya komitment bulanan yang menjadi beban kepada
peminjam perumahan pada masa kini samada peminjaman melalui kerajaan
ataupaun syarikat bank swasta.

4.0 KESIMPULAN

Jelas kepada kita bahawa kenaikan harga melibatkan keperluan asas ini akan

memberi kesan langsung kepada kos sara hidup rakyat. Ini akan menjejaskan taraf

hidup rakyat jelata dan sudah pasti akan memberi kesan kepada matlamat untuk

menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020. Apa guna

mencapai taraf negara maju jika rakyatnya hidup sengsara dengan segala

kemiskinan dan kesempitan.Hasil laporan Jabatan Audit Negara saban tahun

memberikan gambaran ketirisan, kebocoran, salahlaku dan juga pembaziran dalam

pengurusan sumber kewangan negara yang seharusnya ditangani dengan sebaik

cara.