Anda di halaman 1dari 3

Kebaikan kssr :

1. Meningkatkan Penguasaan Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris


- melibatkan penggunaan dua bahasa yang berbeza iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu
dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta secara tidak langsung, ianya juga dapat
meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan
Sains sejajar dengan matlamat kerajaan yang mana sebelum ini mengamalkan dasar
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

- membantu meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam


bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

2. Penggunaan Portfolio
- segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan
peperiksaan disimpan dalam portfolio
- merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan
guru dan ibu bapa

3. Mengambil Kira Bakat Dan Kemahiran Murid-Murid


- dapat menggunakan teori tersebut sebagai panduan dalam mengerjakan sesuatu amali
berdasarkan kebolehan, kemampuan dan bakat mereka terhadap sesuatu perkara yang
semulajadi ada dalam diri
- memberikan keupayaan kepada murid untuk melakukan sesuatu yang baru bagi mereka dari
segi konsep dan pengetahuan sedia ada yang mana pada masa yang sama, secara tidak
langsung, ianya juga memberi peluang yang luas buat murid-murid untuk memperoleh ilmu
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam pelbagai bentuk yang boleh diukur melalui bahan
standard pembelajaran yang telah ditetapkan.

4. Menerapkan Elemen Kreativiti Dan Inovasi


- Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu melancarkan "Malaysia Inovatif 2010" menyatakan
bahawa "kunci kejayaan kepada negara-negara maju adalah inovasi dan kreativiti, dan untuk
itu Malaysia memerlukan rakyat yang berupaya berfikir secara inovatif dan kreatif".
- keupayaan negara untuk bersaing di peringkat global dalam abad ke 21 kini memerlukan
masyarakat yang berupaya berfikir secara kreatif dan inovatif agar dapat menghasilkan idea-
idea atau penemuan-penemuan baru supaya berupaya berada dibarisan hadapan dalam
perlumbaan mengejar kemajuan
5. Pengenalan Mata Pelajaran Baru Yang Bermanfaat Kepada Murid-Murid
- melalui mata pelajaran baru yang diperkenalkan kepada murid-murid seperti mata pelajaran
sejarah, ianya dapat mendidik jiwa murid-murid dengan semangat patriotik dan kenegaraan
yang secara tidak langsung akan melahirkan individu yang sentiasa cinta dan setia akan
tanah air.
- urid-murid akan menjadi individu yang lebih menghargai jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh
pejuang tanah air dulu serta sentiasa berusaha menjaga dan mempertahankan keharmonian
dan kesejahteraan negara ini

pelaksanaan kssr

- Pendekatan baru dalam pelaksanaan KSSR adalah berasaskan standard kandungan


dan standard pembelajaran.
- Standard kandungan bermaksud pernyataan spesifik dalam sukatan pelajaran iaitu
perkara yang perlu diketahui, difahami dan dikuasai oleh murid.
- Sementara itu standard pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria atau
indikator terhadap kualiti pembelajaran.

- Pencapaian dan penguasaan murid dalam pembelajaran akan dinilai dan diukur.
- Dengan kata lain guru bukan hanya mengajar tetapi perlu ada kaedah pengajaran yang
standard dan sentiasa menilai pencapaian serta kefahaman setiap murid selepas suatu
unit pembelajaran itu dilaksanakan dalam bilik darjah.
- Standard atau ukuran atau piawaian diutamakan dalam kurikulum ini bertujuan bagi
memudahkan guru menilai pencapaian murid dan memastikan mereka melepasi
standard yang ditetapkan.
-
- KSSR memberi penekanan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersifat interaktif
atau pendekatan dua hala antara guru dan murid.
- Murid digalakkan bersoal jawab, memberi pendapat, melakonkan sesuatu,
membincangkan idea baru, menjawab kuiz dan berbagai aktiviti pembelajaran yang
boleh merangsang pemikiran serta mengembangkan bakat mereka.
- Dalam masa yang sama melalui pendekatan interaktif ini guru akan berupaya
menerapkan kemahiran berfikir atas tinggi di kalangan muridnya.

- Dari segi pentaksiran, KSSR Tahap I menggunakan Dokumen Standard Kurikulum


(DSK).
- Sementara itu KSSR Tahap II menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) yang mana kurikulum dan pentaksiran dilaksanakan seiring bagi
setiap unit pembelajaran.
- Ini bertujuan supaya murid berupaya menguasai ilmu dan kemahiran yang telah
ditetapkan sebelum mereka melangkah ke tahun persekolahan seterusnya.
Bibliography
Kurikulum baharu KSSR meningkatkan kualiti pendidikan. (2013, 12 31). Retrieved from Utusan

Online: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131231/re_06/Kurikulum-baharu-
KSSR-

meningkatkan-kualiti-pendidikan

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Modul Teras

Tema Dunia Sains dan Teknologi. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai