Anda di halaman 1dari 7

Konsep media pengajaran

media pembelajaran adalah segala sesuatu yang


digunakan untuk menyalurkan pesan serta dapat
merangsang fikiran, perasaan dan perhatian sehingga
dapat mendorong terjadinya proses belajar yang
disengaja, bertujuan dan terkendali. Dengan kata lain
media adalah sesuatu/alat yang digunakan untuk
membantu guru dalam proses pembelajaran.

Komponen media pengajaran

Torkelson (1972) membahagikan media pengajaran kepada tiga


komponen iaitu saluran mesej, bentuk mesej dan mesej.

Mesej - Isi kandungan, apa sahaja yang terkandung dalam


media sama ada mesej berbentuk memberitahu,
menaikkan semangat dan lain-lain yang dianggap sebagai
mesej yang ingin disampaikan
Bentuk Mesej - bagaimana mesej disimpan, terangkum
dalam satu ruang yang luas, bermula dari bentuk bahan
sebenar hingga ke bentuk yang abstrak. Mesej boleh
disimpan dalam bentuk perkataan, lisan, gambar, objek,
simbol dan lain-lain.
Saluran Mesej - peralatan fizikal sama ada berbentuk
elektrikal atau mekanikal yang membolehkan mesej
dipersembahkan kepada pelajar seperti televisyen,
projektor filem, projektor LCD dan sebagainya Rajah

Jenis-jenis media pengajaran

Jenis media contoh


1 Media Tayang Statik transparensi, slaid dan mikrofilem
2 Media Tayang Bergerak pita video, cakera padat digital dan
filem
3 Bahan Grafik lukisan, poster, kartun, carta dan graf
4 Gambar Statik gambar foto, kad imbasan dan
poskad
5 Bahan Pameran 3- model, boneka, diorama dan puppet
Dimensi
6 Papan Pameran papan kapur, papan putih, papan
flanel dan papan buletin, smart
board
7 Media Audio pita kaset, cakera padat, podcast
8 Media Cetak modul, buku teks, surat khabar,
majalah dan risalah, kad imbasan
1. Papan Tulis Elektronik

Papan dengan fungsi yang sama ditulis menggunakan pen sinar


letrik atau sinar laser. Guru boleh terus menunjukkan idea yang
diperkatakannya atau diperkatakan oleh pelajarnya serta
mencungkil pemikiran pelajar dalam bilik darjah dan
menonjolkannya secara spontan sama ada dalam bentuk grafik
atau perkataan di papan tulis untuk tatapan semua, sama ada
dalam tempoh yang lama atau sebentar.

2 Bahan Grafik, Gambar, dan Carta

Bahan grafik, gambar dan carta banyak digunakan untuk


membantu guru menjelaskan suatu konsep yang sukar untuk
dijelaskan dalam bentuk kata-kata. Konsep- konsep yang sukar
tersebut lebih mudah dijelaskan dengan menggunakan gambar,
grafik atau carta. Terdapat pelbagai bahan grafik dan carta yang
berteknologi terkini seperti meng- gunakan grafik dan animasi
komputer yang digunakan dalam P & P.

3. Model

Penguasaan bahasa adalah satu proses permodelan bahasa


yang berasal daripada konsep sokongan oleh Vygotsky, yang
merupakan konsep pengajaran bahasa yang terkenal (Vygotsky,
1978). Konsep ini amat menegaskan penguasaan bahasa
menerusi meniru orang yang lebih dewasa digalakkan
memberikan sokongan kepada pelajar bahasa yang

lebih muda.
4 Alat Pandang Dengar Elektronik

Terdapat pelbagai alat pandang dengar elektronik yang boleh


digunakan dalam P & P. Antara alat pandang dengar yang biasa
digunakan ialah perakam kaset, compact disc, video compact
disc, digital compact disc, projektor filem, video kamera,
projektor LCD, projektor episkop dan MP3 yang dapat
digunakan dengan lebih efektif.

5 Komputer dan Internet

Komputer adalah teknologi elektronik yang mempunyai banyak


keistimewaan sama ada dalam kehidupan harian atau pun
dalam bidang pendidikan. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, komputer boleh digunakan untuk pelbagai
tujuan dan teknik. Guru yang berbakat dapat menggunakan
komputer secara kreatif dan kritis untuk membantunya
mencapai objektif pembelajaran (Giesert & Futrell, 1990).

Komputer sebagai bahan simulasi yang mana guru boleh


menggunakan program yang mudah seperti persembahan
elektronik untuk dijadikan bahan simulasi dalam pelbagai
aktiviti dengan cara menulis dan menyediakan bahan
persembahan audio dan visual di samping seperti program Real
Adobe yang boleh digunakan sebagai bahan simulasi untuk
membantu pelajar dalam latihan pengajaran bacaan dan
pemahaman bacaan.

Kesan posotif penggunaan media atau teknologi berkenaan


dalam kalangan guru
Pelbagai cara yang boleh untuk meningkatkan penggunaan
TMK dalam kalangan guru untuk diintegrasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Penyediaan infrastruktur dalam pengintegrasian teknologi


Perbelanjaan yang banyak dalam penyediaan
infrastruktur
Menyediakan smart board, projector dan
sebagainya.

Bahan pengajaran dan pembelajaran


Sumber maklumat berada di mana-mana dan tidak
terhad hanya di Malaysia kerana maklumat
berkenaan boleh dicapai melalui internet.
Guru memberi peluang dan masa kepada murid
mencari maklumat.
Contohnya buku teks KSSR akan meminta murid
mencari maklumat dari internet.

Kesediaan pelajar untuk pengintegrasian teknologi


Guru dikehendaki memgajar murid/ demokrasi cara

melayari internet atau cara menggunakan software

Anda mungkin juga menyukai