Anda di halaman 1dari 6

Selambut atau juga dikenali sebagai Batu Seremban atau Serembat ialah

sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Selambut adalah


sebutan di sebelah utara dan pantai timur Semenanjung, manakala di pantai
barat semenanjung permainan ini dikenali sebagai Seremban. Ia biasanya
dimainkan oleh kanak-kanak perempuan secara individu atau secara
berkumpulan seramai dua hingga lima orang.
Permainan selambut cuma memerlukan beberapa biji buah. Guli kaca, biji getah,
anak batu kerikil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasa
digunakan, lazimnya sebanyak lima biji. Selain itu, karung kain yang dijahit dan
diisi dengan biji saga, pasir dan sebagainya juga digunakan.
Permainan ini sering dimainkan di waktu lapang, di serambi rumah, di dalam
rumah, di taman atau di mana sahaja yang terdapat permukaan yang rata dan
bersih. Para pemain duduk di atas lantai, dan bermain mengikut giliran.

Asal Usul Batu Seremban

Batu Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini
gemar dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan
dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil
sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam
permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban selalunya dimain
pada waktu lapang di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka
mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk
diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Dalam permainan Batu Seremban,
Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini
akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang
dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat
yang teratas dinamakan buah tujuh.

CARA BERMAIN
Buah Satu:

Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuhi


satu sama lain.
Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.
Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.
Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip,

Buah Dua:

Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.


Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.
Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

Buah Tiga:

Buah tiga ada sedikit perbezaan.


Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.
Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

Buah Empat:

Buah ibu akan dilambungkan ke udara.


Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada
di lantai dengan serentak.

Buah Lima:
Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.
Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji
buah diatas lantai dengan serentak.
Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat
biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai
supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.

Buah Enam:

Pada peringkat yang ke-enam, pemain akan pendapat sedikit perbezaan.


Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah
ibu.
Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar
dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.

Buah Tujuh:

Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.


Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.
Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.
Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.
Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.
Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

Permainan batu seremban mempunyai cara bermainnya yang tersendiri.


Seperti permainan yang lain, batu seremban juga ada peringkatnya yang
digelar sebagai buah. Keseluruhannya, batu seremban mempunyai lapan
peringkat yang perlu dilalui oleh pemain sebelum dikira sebagai pemenang.

Buah Satu:
*Kesemua buah hendaklah diselerakkan, dimana kedudukan semua buah
tidak menyentuh antara satu sama lain.

*Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.

*Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.

*Proses ini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah
dikutip.

Buah Dua:

*Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.

*Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.

*Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

Buah Tiga:

*Buah tiga ada sedikit perbezaan.

*Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.

*Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

Buah Empat:

*Buah ibu akan dilambungkan ke udara.

*Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah
yang berada di lantai dengan serentak.

Buah Lima:

*Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.

*Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-


empat biji buah diatas lantai dengan serentak.
*Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang
sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan
di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.

Buah Enam:

*Pada peringkat yang keenam, pemain akan mendapat sedikit perbezaan.

*Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan
menjadi buah ibu.

*Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu
harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga
selesai.

Buah Tujuh:

*Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.

*Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan
serentak.

*Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.

*Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.

*Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.

*Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

Buah Lapan:

*Campakkan kelima-lima batu di atas lantai.

*Ahli yang lain pilih satu batu untuk dilambungkan ke atas.

*Pemain itu harus ambil batu ini tanpa menggerakkan batu yang lain.

*Pemain itu harus melambungkan batu itu dan mengutip batu-batu yang
lain dengan sekali gus

Timbang:
*Selepas seorang pemain sudah berjaya menyelesaikan Batu Lapan, dia
haruslah timbang untuk mendapat mata.

*Kelima-lima batu seremban diletakkan di atas tapak tangan.

*Semua batu seremban dilambung ke atas sambil tangan diterbalikkan.

*Batu seremban yang telah jatuh ke lantai tidak boleh dikutip semula.

*Tangkap batu seremban yang ada di tangan

Batu yang dapat ditangkap = 1 mata

Batu yang dijatuhkan = 0 mata

Selepas menimbang, pemain ulangi semuanya dan bermula dengan Batu


Satu.

Tamat Permainan:

Dalam bila-bila masa pemain itu gagal untuk menghabiskan lapan


peringkat ini, pemain ini haruslah memberikan gilirannya kepada ahli yang
lain.

Jika ahlinya gagal untuk menghabiskan lapan peringkat ini, pemain itu
akan kembali kepada peringkat yang tidak diselesaikan bermula daripada
permulaan peringkat itu.