Anda di halaman 1dari 15

KHURAFAT MENYELEWENG AKIDAH

Perkataan khurafat ini berasal dari bahasa arab :

kharafa-yakhrifu-kharfan-khurafatan.

Dari pandangan bahasa Inggerisnya merujuk kepada

"superstition".

Dari segi bahasa khurafat didefinisikan sebagai sebaris kata yang membawaerti kepercayaan
yang karut, dongeng dan tahyul. Contohnya : kata-katanya itubanyak bidaah dan ~. Ia
merupakan amalan hidup yang pernah wujud di dalammasyararakat jahiliah pada masa
lalu.Manakala menurut istilah syarak pula mengertikan perkara ini sebagai semuakepercayaan
yang diyakini kegiatannya memiliki dasar dan bersumber daripada ajaranagama Islam
walaupun pada hakikatnya perkara tersebut adalah bertentangan denganajaran yang dibawa
oleh Nabi Muhammad s.a.w, iaitu penutup para nabi dan rasulyang diutuskan oleh Allah
s.w.t.Pada mulanya perkataan ini lebih dimaksudkan untuk semua hal ataukepercayaan yang
bertentangan dengan kaedah Islamiah yang benar. Akan tetapiselanjutnya juga dimaksudkan
untuk semua praktik, aktviti mahupun kegiatanmuamalah atau bidang-bidang yang menjadi
lapangan berlaku tuntutan syariatpadanya.Ramai di antara umat Islam terlepas pandang atau
tidak mengambil berat akanperkara ini, namun inilah hakikatnya bahawa gejala ini telah
menular di dalam agamaIslam dalam pelbagai sudut, aspek dan bentuk sehingga ia telah
meliputi konsepibadah dan kehidupan masyarakat Islam sendiri.Khurafat yang diyakini oleh
pelakunya sebagai sesuatu yang dibenarkan olehagama mungkin sahaja dapat dapat
memberikan ketenangan dan kemantapan jiwabagi melakukannya. Malangnya, kerana
perbuatan itu pada dasarnya menyimpangdari tuntutan agama yang sebenar, maka kenikmatan
itu adalah bersifat semu, iaitutidak kekal. Hal ini sama sekali bertentangan dengan fitrah
manusia kerana iabertentangan dengan akal sihat.Bila Islam memusatkan seluruh pengabdian
kepada Allah s.w.t maka khurafatmenyelewengkannya daripada pemusatan tersebut secara
tidak langsung dan bilaIslam melapangkan bidang muamalah bagi manusia, ia cenderung pula
untuk menyempitkannya

AMALAN KHURAFAT MASIH BERTERUSAN

Dalam kalangan masyarakat sekarang, negara kita umumnya terdapat banyak gejala khurafat,
ia adalah hasil budaya orang kita yang terlalu percayakan hal-halyang bawa oleh orang
terdahulu daripada mereka tanpa merujuknnya secaramendalam di dalam Al-Quran dan As-
Sunnah serta para alim ulama kerana imanyang kurang mantap termasuk sikap masyarakat
yang inginkan jalan mudah dalammencari kesenangan dan kebahagiaan hidup serta sikap orang
kita yang amat kuatberpegang kepada adat. Buktinya peribahasa yang berbunyi Biar mati
anak, janganmati adat.Adapun gejala khurafat ini terdidik dari kecil, contohnya di dalam
budayamasyarakat kita adalah menjadi kebiasaan kanak-kanak sering ditakutkan denganhantu
pada malam jumaat sedangkan pada malam tersebut Allah s.w.t menurunkanrahmat untuk
semua hamba-Nya pada malam tersebut. Bahkan ada lagi satu situasi dimana kanak-kanak
takutkan dengan hantu apabila tidak mendengar ibu bapa, kenapasahaja tidak katakan kepada
anak tersebut bahawa Tuhan akan marah? Rasanya itulebih baik dan akan memupuk semangat
takut akan Maha Pencipta.Walau bagaimanpun khurafat juga boleh berlaku secara tidak
sengaja olehpelakunya atau sebaliknya. Hal ini boleh berlaku terhadap sesuatu individu,
kelompok dan istitusi masyarkat masa kini kerana lemahnya mereka yang bersangkutan
untuk menolak godaan khurafat atau ada maksud-maksud tertentu. Mungkin
tanggungjawabterhadap Allah s.w.t jauh lebih berat dan besar dibandingkan dengan
pelanggaran-pelanggaran lainya yang dilakukan dengan sengaja.Khurafat secara tidak sengaja
lazimnya berlaku disebabkan oleh kejahilanpelakunya bahawa hal berkenaan tidak dibenarkan
oleh Islam dan terpesong darilandasan yang benar. Namun, bagi mereka yang melakukan
perbuatan khurafat inidengan sengaja ataupun tidak, pintu taubat masih terbuka untuk mereka
asalkanmereka mahu bertaubat.

BENTUK KHURAFAT

Khurafat masih wujud di dalam masyarkat Islam sekarang, bahkan ia jugatelah muncul dalam
bentuk-bentuk yang berbagai-bagai samada dalam bentuk perbuatan tertentu, ungkapan
tertentu, cerita atau kisah tertentu, bilangan tertentu,serta konsep, prinsip atau mazhab tertentu.
Amalan mengunjungi kubur yangdianggap keramat mempercayai binatang seperti burung
boleh membawa tuah atausial membuang ancak bagi menghalau hantu adalah sebahagian
bentuk gejalakhurafat.

Melenggang Perut.

Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu diselatan


semenanjung manakala di sebelah utara semenanjung lebih dikenali denganpanggilan kirim
perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteriyang telah genap tujuh
bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukanbayi di dalam perut di tempat yang
sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim.Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin
dan bayi tidak kelemasan di dalam perut.Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk
memeriksa dan menentukan isteriyang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau
belum cukup bulan lagi.Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah
bidan itu diupahuntuk melangsungkan adat melenggang perut ini. Kelengkapan yang mustahak
perludisiapkan untuk menjalankan adat ini. Antara kelengkapan tersebut disediakan
adalahseperti berikut:1.

Tujuh helai kain yang berlainan warna.2.

Satu gantang beras.3.

Sebiji buah kelapa.4.

Beberapa urat benang.5.

Satu batang damar.6.

Sedikit minyak kelapa atau minyak urut.7.

Beberapa batang lilin.8.

Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya.

9.

Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu.Setelah semua barang tersebut
disediakan, tok bidan akan menjalankan adatmelenggang perut seperti berikut:Mula-mula tok
bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berwarna itusecara melintang sehelai demi
sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di ataslapisan-lapisan kain tersebut. Kemudian,
perut ibu itu akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahan-lahan.Selepas
itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan diguling-gulingkansecara perlahan-lahan di atas
perut ibu itu ke atas dan ke bawah sebanyak tujuh kalidan pada kali yang ketujuh itu, kelapa
itu akan dilepas serta dibiarkan jatuh bergolek daripada perut ibu itu sambil diperhatikan oleh
tok bidan itu. Tok bidan akanmemerhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu
setelah berhentibergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak
lelaki, dan jika ia menghala ke bawah, anak perempuan akan dilahirkan.Setelah itu, sebelah
tangan tok bidan akan memegang satu hujung kain lapisanatas sekali dan dengan tangannya
yang sebelah lagi, dipegangnya hujung yang satulagi. Kemudian kain itu diangkatnya sedikit
sambil dilenggang-lenggangkan badanibu itu. Dari sinilah terbitnya panggilan Lenggang Perut
itu. Selepas itu, kain ituditarik keluar daripada bawah badan ibu tersebut. Perbuatan ini akan
dilakukansehingga habis ketujuh-tujuh helai kain itu dikeluarkan dari bawah pinggang
ibutersebut. Kain yang di bawah sekali akan diberikan kepada tok bidan bersama-samadengan
kelapa, beras, damar, sirih pinang beserta dengan wang pengeras lima suku didalam tepak sirih
itu.Biasanya, pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilanyang akan
dihadiri oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat. Pada masakenduri itu berlangsung,
si ibu yang akan melenggang perut itu akan dipakaikandengan pakaian yang baru dan cantik.

Temasya Mandi Safar

Temasya Mandi Safar merupakan satu perayaan orang Melayu khususnyaorang Melaka yang
diwarisi sejak zaman berzaman. Temasya ini diadakan setiaptahun apabila tiba bulan Safar
iaitu bulan kedua di dalam kalendar Islam. Ia disambutpada hari Rabu yang terakhir dalam
bulan tersebut Sebelum Perang Dunia II, sebahagian masyarakat menganggap temasya
mandiSafar ini mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama Islam. Menurut
anggapanmereka, kononnya hari tersebut dirayakan sebagai menyatakan kesyukuran
kerana junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. telah sembuh daripada sakit yang amat
berat.Ada pendapat yang menganggap bulan Safar bulan Nahas atau bulan Balakerana di dalam
bulan ini terutamanya pada hari Rabu terakhir, Allah banyak menurunkan bala kepada
makhluknya di dunia ini. Oleh itu orang-orang tua seringmengingatkan anak cucu mereka agar
berhati-hati ketika melakukan sebarangpekerjaan.Oleh kerana wujud kepercayaan seumpama
ini, maka upacara perkahwinan,pertunangan dan majlis keraian tidak dilalukan pada bulan
tersebut kerana dipercayai jodoh teruna dan dara tidak berkekalan.Di Melaka tempat yang
terkenal mengamalkan pesta Mandi Safar ialah diTanjung Beruas, Tanjung Kling, Melaka.
Tempat ini terletak di tepi laut Selat Melakaiaitu kira-kira tujuh batu dari Bandar
Melaka.Dalam menjayakan pesta ini, kereta lembu memainkan peranan yang penting.Pemilik
kereta lembu yang rata-ratanya terdiri daripada masyarakat tani akanmengambil bahagian.
Setiap tahun pada malam Rabu akhir bulan Safar mereka akanmembanjiri sepanjang pantai
Tanjung Keling dengan membawa kumpulan mereka.Beberapa minggu sebelum tibanya hari
tersebut, lembu-lembu ini akan dibersihkandan disapu minyak. Di samping itu mereka akan
mengumpulkan alat muzik sepertibiola, gong dan gendang bagi mengiringi mereka
nanti.Semasa dalam perjalanan mereka akan mengesek biola, memukul gendang dangong serta
menyanyi sepanjang jalan sehingga ke Tanjung Kling. Mereka akanmenyanyi sambil berbalas
pantun dalam berbagai corak pantun.

Azimat

Semua benda-benda yang dipercayai dapat melindungi diri seseorang daripadasegala ancaman
marabahaya atau mencegah musibah daripada menimbah dirimanusia. Tangkal adalah salah
satu daripadanya.Tangkal merupakan barang yang dibuat untuk dipakai seperti gelang
tanganyang diperbuat dari benang, kalung yang diperbuat dari dahan-dahan kayu atau untuk
iletakkan di tempat-tempat tertentu dengan tujuan melindung dari gangguan syaitanseperti
kemenyan yang dibalut dengan kain dan diletak di sudut kediaman.Lazimnya benda-benda
sebegini didapati daripada pengamal-pengamal ilmuhitam atau sihir dan ia diyakini
mempunyai kekuasatan ghaib serta memilik khadamnya yang terdiri makhluk ghaib.Manakala
waraq pula adalah azimat dalam bentuk tulisan-tulisan berupa huruf,nombor, rajah atau gambar
yang ditulis atas kertas atau kepingan tembaga. Ia ditulisdalam bahasa yang tidak difahami dan
kadangkala bercampur-aduk dengan ayat-ayatAl-Quran. Itulah sebabnya ada golongan yang
terpedaya sehingga mempercayai iaberkaitan dengan ajaran Islam.Jika wafaq tersebut
mempunyai tulisan ayat Al-Quran maka si pemakainyasebenarnya telah menghina Al-Quran
kerana menganggap remeh ayat-ayat dalamkitab suci itu dan ini benar-benar bertentangan
dengan apa yang dimuatkan didalamnya. Allah menurunkan Al-Quran untuk menjadi petunjuk
dari kegelapan,bukan sebagai azimat.Fenomena ini bertentangan dengan Islam kerana tiada
daya melainkan Allahs.w.t. Dan tentunya kita pernah mendengar ayat ini Tidak akan
berlakunya sesuatuperkara itu melainkan dengan izin Allah s.w.t. Perbuatan ini ditentang
keras di sisiagama islam kerana ia boleh menjerumuskan seorang individu kepada
syirik.Tambahan lagi hadis umumnya melarang azimat dan tidak disebutkan
pulapengecualiannya walaupun ada percanggahan pendapat dalam kalangan alim ulama

Bahan 1

Biarpun konsep akidah Islam mudah difahami dan dihayati, masih ramai umat Islam
terpengaruh dengan kepercayaan khurafat yang karut-marut yang diwarisi turun-temurun
daripada nenek moyang terdahulu.
Pada hal, amalan khurafat adalah bertentangan dengan akidah Islam sekali gus menjejaskan
iman seseorang atau menyebabkan syirik kepada Allah, iaitu salah satu dosa yang tidak
diampuni Allah.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik
mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa juga), dan akan mengampunkan dosa yang lain
dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang
mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan
dosa besar." Surah al-Nisa, ayat 48)

Oleh demikian, setiap Muslim wajib berhati-hati ketika menelusuri pentas kehidupan global
supaya tidak mudah terjerumus ke kancah khurafat dengan memperkukuhkan ilmu akidah di
samping mengenal pasti ciri amalan khurafat.

Antara ciri amalan dan kepercayaan khurafat, ia tidak bersumberkan nas syarak sama ada
daripada al-Quran mahu pun hadis; cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut;
didasarkan kepada kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam; berbentuk
pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus untuk tujuan memudaratkan dan
menyeleweng daripada akidah Islam; mengguna objek tertentu seperti kubur, pokok dan
sebagainya untuk tujuan tertentu dan ada unsur negatif pada akidah dan syariat Islam.

Demikianlah antara ciri amalan dan kepercayaan khurafat jika dihalusi secara mendalam,
memang banyak berlaku dalam masyarakat Islam masa kini. Bahkan, ia masih lagi menebal
dalam tradisi dan kepercayaan umat Islam dalam kehidupan seharian.

PUNCA TERJADINYA AMALAN KHURAFAT

Kejahilan
Ini adalah faktor utama yang mendorong manusia sanggup melakukan amalan-amlan khurafat
dan syirik. Sebab itulah Islam amat menitik beratkan agar umatnya sentiasa meningkatkan
keupayaan diri dengan menuntut ilmu. Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan atas setiap
individu muslim.

Kepentingan peribadi

Bagi mendapatkan sesuatu kepentingan duniawi, manusia sanggup melakukan apa saja
walaupun terpaksa mengadaikan aqidah dan agamanya dan terlibat dengan gejala mungkar.

Niat yang jahat

Sesungguhnya di antara hikmah adanya syurga dan neraka ialah adanya manusia yang baik dan
yang jahat yang setiap hari sentiasa memikirkan bagaimana dia ingin merealisasikan niat dan
amalannya.

Pergaulan

Faktor ini juga sering menjadi sumbangan penting ke arah terjebaknya seseorang dengan
amalan khurafat, seperti ikut kawan menurun nombor ekor dan mengamalkan ajaran Black
Metal.

Keadaan sekeliling

Suasana masyarakat yang tidak diikat dengan undang-undang agama juga menjadi factor
berleluasanya jaran Khurafat. Oleh itu factor ini penting untuk diberikan perhatian serius oleh
masyarakat Muslim atau mana-mana organisasi agama agar tidak wujud keadaan sekeliling
masyarakat yang mendorong ke arah berlakunya ajaran khurafat seperti di zaman jahiliyyah.

Adat kebiasaan

Factor ini dikenal pasti sebagai penyumbang utama kea rah berterusannya amalan khurafat
dalam kehidupan manusia. Dengan slogan Biar mati anak jangan mati adat, anggota
masyarakat begitu bersemangat mengadakan amalan khurafat secara berterusan, umpamanya
mengadakan upacara bersemah atau menjamu hantu, hulubalang dan semangat roh.

Kepercayaan Karut

Sebelum kedatangan Islam masyarakat kita telah lama menganuti ajaran Hindu dengan
kepelbagaian fahaman dan upacara yang karut-marut. Apabila Islam datang menghapus sedikit
demi sedikit amalan tersebut.
Pengaruh politik

Untuk mendapatkan kuasa dan kedudukan duniawi yang sementara, manusia sanggup untuk
terlibat dengan khurafat, seperti mendapatkan bantuan bomoh-bomoh upahan atau bomoh VIP
sebagaimana yang banyak terbentang di dada akhbar. Begitu juga mereka yang terlibat dengan
ajaran-ajaran khurafat dan ajaran sesat telah menyelamatkan diri melalui saluran politik (kes
ajaran Taslim dan kes ayah Pin di Terengganu)

Dan selain itu juga punca khurafat boleh berlaku ialah:-

1. Tidak ada keimanan yang kukuh terhadap Allah SWT. Ini menyebabkan aqidah mereka
mudah terpesong.

2. Kejahilan mereka tentang segala perkara mengenai agama.

3. Terdapat tempat-tempat pemujaan seperti kubur-kubur yang dianggap keramat dibina untuk
tujuan pemujaan.

4. Tidak ada tindakan tegas diambil terhadap mereka. Ini menyebabkan kegiatan mereka terus
berlaku.

Share this:

Punca Berlaku Amalan al-Bidah al-Itiqadiyyah Daripada kajian menerusi temubual dengan
beberapa infotman utama, terdapat beberapa dapatan yang agak sukar ditangani dalam
masyarakat Melayu. Dapatan ini juga bertepatan dengan pemerhatian pengkaji tentang
fenomena semasa yang berlaku sehingga kini. Berikut dinyatakan beberapa punca berlakunya
amalan bidah yang dimaksudkan tersebut. i-

Kurang Pendidikan Agama

Menurut pengamatan pengkaji, kekurangan pendidikan agama merupakan punca utama


berlakunya amalan khurafat. Pemikiran yang singkat akan mencorakkan perbuatan mereka,
tanpa merujuk kepada kalangan yang lebih arif tentang persoalan agama. Ekoran daripada itu,
munculnya amalan-amalan yang asing seperti pemujaan kepada tempat-tempat yang dianggap
keramat, pemujaan kepada orang-orang yang dianggap wali dan memuja pantai. Dengan
kekurangan ilmu agama juga menjadikan masyarakat Melayu terdedah kepada ancaman
khurafat yang boleh menjerumuskan masyarakat kepada al-Bidah al-Itiqdiyyah. Punca
tersebut turut diperakui oleh kesemua infoman utama yang ditemubual. Mereka bersetuju
bahawa punca utama berlakunya amalan khurafat sehingga mendedahkan masyarakat kepada
al-Bidah al-Itiqdiyyah adalah kekurangan pendidikan agama. Meskipun pendedahan tentang
persoalan asas agama Islam telah diberi penekanan semenjak dari kecil lagi, namun
penghayatan untuk memastikan ajaran Islam tersebut dilaksanakan kurang diberi perhatian.
Menurut Dato Dr. Muhamed Fadzli Hasan (Exco Kerajaan Negeri Kelantan) masyarakat
Melayu tidak mempunyai kefahaman yang tepat tentang ajaran Islam. Kenyataan penuh beliau
berkaitan isu ini adalah sebagaimana berikut: Puncanya satu, mereka tidak mempunyai
kefahaman yang cukup jelas tentang Islam, sekarang ini masyarakat Islam di mana-mana pun,
sama ada yang ekstrim ke kiri dan ekstrim ke kanan, mereka bersemangat tetapi mereka tidak
mempunyai kefahaman yang cukup, sehingga amalan-amalan mereka itu dirasakan cukup
Islam tetapi sudah berada diluar batasan Islam(Fadzli, EKNK). Melalui jawapan tersebut,
menggambarkan terdapat sebahagian masyarakat melihat amalan yang dilakukan adalah
bertepatan dengan Islam, sebaliknya amalan tersebut telah terkeluar dari batasan Islam. Akibat
daripada itu, menyebabkan 3 3 masyarakat Melayu mudah terpengaruh dengan amalan
khurafat. Manakala Ustaz Hj Muhammad Ramli bin Nuh (Timbalan Exco Kerajaan Negeri
Terengganu pada masa data dikumpulkan pada tahun 2011) pula menyatakan terdapat dalam
kalangan masyarakat Melayu yang tidak memperolehi ilmu yang benar sebagaimana katanya:
Ilmu yang diperolehi itu bukan ilmu yang sohih (betul). Walaupun dia belajar tetapi dia
memperolehi ilmu itu dari sumber yang tidak muktabar. Sebenarnya, ada juga yang belajar
setakat separuh jalan (sahaja). Ini yang menyebabkan timbul khurafat dalam masyarakat kita
(Ramli, PB).

Kenyatan tersebut menunjukkan terdapat faktor lain yang menyebabkan ilmu agama tidak
dapat dikembangkan dalam masyarakat Melayu. Faktor tersebut ialah kekurangan ilmu agama
dari kalangan pendakwah sendiri. Lantaran itu, apabila ancaman khurafat muncul melalui
pelbagai medium, agak sukar untuk dibendung oleh para agamawan. Sewajarnya, para
agamawan perlu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai disiplin ilmu, sama ada yang
bersifat turath (warisan Islam) ataupun bersifat moden. Dengan ini barulah kalangan
pendakwah dapat bertindak sebagai penyelesai kegawatan ummah. Kenyataan dan pandangan
yang dikeluarkan oleh informan-informan utama tersebut bertepatan dengan beberapa analisa
kandungan. Antaranya ialah berkenaan dengan fenomena bertepung tawar sewaktu
berlangsungnya majlis persandingan. Dari satu segi, fenomena tersebut memberi gambaran
tentang tahap pengetahuan msyarakat Melayu yang sekadar meneruskan tradisi adat turun
temurun tanpa sandaran syarak. Sebenarnya amalan tersebut tidak mempunyai asas dalam
agama Islam. Bahkan mengundang bidah sekiranya pelakunya beranggapan amalan ini
merupakan tuntutan Islam (Mohd Syukri, 2008). Contoh-contoh yang dinyatakan tersebut
boleh dikaitkan dengan masalah kekurangan ilmu agama. Masyarakat akan meneruskan
kehidupan dalam keadaan terumbang-ambing tanpa arah syariat yang jelas. ii- Salah Faham
Tentang Agama Punca kedua yang dikesan oleh pengkaji ialah salah faham tentang agama.
Citra kebenaran yang sebenar telah diliputi oleh kejahilan ekoran daripada kesalahan dalam
membuat rujukan. Sesetengah masyarakat pula terlalu terkasima dengan penampilan luaran
ahli agama yang mereka ikuti, tanpa menyelidiki lebih lanjut tentang ilmu yang disampaikan.
Berdasarkan pemerhatian pengkaji, salah faham tentang agama telah menyebabkan sebahagian
masyarakat Melayu mudah terpengaruh dengan cara penampilan yang hebat. Justeru itu,
terdapat kalangan mereka yang mengunjungi pemimpin ajaran sesat disebabkan penampilan
yang tampak hebat serta berpengetahuan tentang perkara-perkara aneh. Seorang pengkaji
ajaran sesat di daerah Marang, Terenganu menyatakan bahawa, para pengikut ajaran sesat
menuruti pemimpinnya dalam keadaan yang keliru. Ini adalah kerana, meskipun pemimpin 4
4 ajaran sesat itu tidak bersembahyang, namun masih ditaati oleh pengikutnya1 . Punca salah
faham tentang agama ini juga turut diperakui oleh beberapa informan utama yang ditemui. Di
antaranya ialah Dato Dr. Fadzli Hasan yang berpendapat sebahagian umat Islam telah
terperangkap dengan kejahilan ilmu agama. Dengan yang demikian menyebabkan ajaran
negatif telah berjaya diterapkan kepada generasi baru tanpa disedari. Kenyataan penuh beliau
seperti berikut: Anak kita yang masih tidak wajib pergi ke masjid untuk mendengar khutbah,
belum lagi baligh, yang belum dididik dengan asas agama yang sebenar, tetapi telah dididik
dengan kepercayaan tahyul dan karut marut, mereka tengok TV, anak empat tahun sudah tahu
hantu, bukan sahaja hantu Melayu tetapi hantu orang putih, itu masalahnya. (Fadzli, EKNK)
Penyataan tersebut menunjukkan bahawa pendedahan kepada unsur negatif ke atas anak-anak
menjadikan mereka berada dalam kekeliruan dan salah faham tentang agama sehingga mereka
dewasa. Dengan pemupukan budaya khurafat menerusi pelbagai medium seperti televisyen
telah memberi implikasi yang negatif apabila dewasa nanti. Mereka berada dalam kejahilan
tanpa mereka sedar. Dato Mohamad Shukri Mohamad (Mufti Kerajaan Negeri Kelantan)
menyatakan bahawa: Dia banyak faktor (berlakunya khurafat), salah satunya adalah kejahilan,
dia tidak memahami hakikat ajaran yang sebenar (Shukri, MKNK) Kenyataaan berkenaan
menggambarkan bahawa sebahagian umat Islam kini terdedah kepada masalah tidak
memahami ajaran Islam yang sebenar. Pengisian agama dalam diri mereka sangat berkurangan.
Akibatnya Islam itu semakin jauh dari mereka. iii- Pengaruh Kepercayaan Perbomohan Punca
yang ketiga berhubung amalan khurafat ialah pengaruh kepercayaan perbomohan. Dalam
masyarakat Melayu, bomoh mempunyai pengaruh dan kedudukan yang penting dalam
menyelesaikan krisis masyarakat. Mereka menawarkan perkhidmatan untuk merawat pelbagai
penyakit samada yang dapat dilihat secara fizikal atau yang terkait dengan sihir atau ilmu
hitam, kepada masyarakat. Namun demikian, ada antaranya yang dianggap sebagai salah dan
menyeleweng dari segi agama. Menurut Ustazah Noorlailawati (Ketua Penolong Pengarah,
Jabatan Hal Ehwal Agama Kelantan) beliau pernah menerima laporan tentang perkhidmatan
bomoh yang dikatakan terlibat dengan unsur khurafat. Menurut beliau: Kalau di Kelantan,
pemujaan-pemujaan seperti ini setakat ini kita tidak terima apa-apa maklumat, cuma
maklumat-maklumat yang kita terima melalui bahagian penyelidikan ialah mengenai macam
bomoh lah, kepercayaan kepada bomoh-bomoh saya rasa salah 1 Informan ini telah
diwawancara oleh pengkaji pada 12 November 2011. 5 5 satu daripada unsur khurafat jugak
(juga), sebab kita tengok masyarakat dulu-dulu dia lebih terikat dengan perkara ini, percaya
sebab kalau kita dengar cerita nenek moyang kita ada unsur pemujaan ada letak pulut kuning,
letak telur pada pokok, tetapi sekarang ini saya percaya perkara ini sudah tidak ada, cuma
tinggal bomoh lah (Noorlailawati, KPPJAHEAIK) Beliau menjelaskan bahawa fenomena
pemujaan kepada makhluk halus tidak lagi dilaporkan ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Kelantan. Namun begitu kepercayaan kepada bomoh masih wujud. Beliau yakin kepercayaan
kepada bomoh inilah yang menjadi pencetus kepada amalan khurafat. Hujah pengaruh bomoh
dalam masyarakat Melayu ini turut diperakui oleh Mufti Kerajaan Kelantan. Beliau
mengatakan terdapat bomoh yang melanggar syariat Islam. Menurut beliau: kita pergi
berjumpa bomoh yang mencampur adukan benda yang suci dan kotor, melalui perbomohon
misalnya kena bersetubuh dengan dia, ini sudah melanggar syariat. Walaupun ada yang tidak
bersetubuh, tetapi dia telah lebih daripada sepatutnya, buka aurat dan telah melanggar akhlak
(Shukri, MKNK). Inilah antara contoh kesempatan yang telah diambil oleh kalangan bomoh
yang mampu merosakkan imej Islam. Terdapat juga bomoh menggunakan ayat alQuran untuk
meyakinkan kaedah perubatan yang dilakukannya. Dengan yang demikian, kepercayaan
masyarakat terhadap bomoh menjadi semakin mendalam. Kenyataan tentang punca pengaruh
bomoh ini juga bertepatan dengan fenomena perbomohan dalam masyarakat Arab Jahiliyyah.
Fenomena tersebut telah ditentang oleh Islam sebagaimana hadith Rasulullah SAW yang
diriwayatkan oleh Muawiyah bin al-Hikm: :
.: Aku telah bertanya kepada Rasulullah (SAW) tentang amalan yang telah
kami lakukan sewaktu Jhiliyyah iaitu kami selalu mendatangi al-Kuhhn. Lantas Rasulullah
bersabda: Jangan kamu sekali-kali mendatangi al-Kuhhn (bomoh telek) Di antara ciri-ciri
tarikan yang ada pada bomoh adalah kepintaran menelek. Faktor inilah yang menyebabkan
sebilangan masyarakat Melayu teruja untuk mendapat khidmat nasihat daripada bomoh.
Sebelum kedatangan Islam lagi, bomoh telek ini dikenali sebagai Khin, yang bermaksud
seseorang yang tahu tentang perkara ghaib. (al-Qaradawi Y. , Mauqif al-Islam min Ilham wa
al-Kashaf, wa al-Ruqya, wa al-Tamaim, wa al-kuhanah wa ruqa, 1994). Apa yang
membimbangkan terdapat kalangan bomoh yang menggunakan jin dalam proses perbomohan.
Di antara unsur penyelewengan dalam perbomohan ialah: 6 6 i- Penggunaan jin seperti
perkhidmatan khadam sebagai pembantu perbomohan sewaktu menentang jin yang lain. ii-
Pemujaan makhluk halus seperti upacara ulit mayang dan kuda kepang. iii- Pengkhabaran
ghaib, tilikan dan nujum seperti mengetahui tentang perkara ghaib melalui makhluk halus. iv-
Penggunaan bahan kotor, najis atau haram seperti penggunaan minyak dagu, susu khinzir dan
tengkorak. v- Kepercayaan yang menyalahi akidah seperti keyakinan kepada kuburan, tongkat
dan cincin mempunyai kesaktian vi- Perbuatan yang menyalahi syarak seperti membaca al-
Quran secara terbalik (Fadzli Adam, Firdaus Khairi, Wan Ibrahim, 2010). Oleh yang demikian,
adalah menjadi kewajipan kepada setiap entiti sosial yang berpendidikan agar membasmi
budaya perbomohan ini semampu mungkin. Tujuannya adalah untuk memastikan ancaman
Bidah al-Itiqadiyyah dapat diatasi dalam masyarakat Melayu. iv- Kepercayaan Kepada
Perkara Ajaib Dan Sakti Punca berlaku amalan berunsur khurafat yang membawa kepada al-
Bidah alItiqdiyyah yang keempat adalah pengaruh kepercayaan mistik dan ajaib. Punca ini
juga adalah bertepatan dengan pemerhatian pengkaji. Sebagai contohnya, pengkaji pernah
menemubual dengan seorang pencari cicak tokek pada tahun 2010. Apa waktu itu cicak
tersebut begitu popular sehingga berjaya menarik penggemarnya dengan tawaran harga yang
agak lumayan. Apabila pengkaji mengajukan soalan tentang keistemewaan cicak tersebut,
pelbagai hujah yang telah diberikan termasuklah dengan keanehan yang luar biasa dan mampu
mengubat pelbagai penyakit misteri. Dalam menjelaskan tentang isu mistik dan kesaktian ini,
Ustaz Badli Shah Alaudin (Penolong Pengarah Kanan Penyelidikan Jabatan Agama Islam
Pahang) menyatakan, antara puncanya ialah kecenderungan masyarakat berinteraksi dengan
alam ghaib seperti berinteraksi dengan hutan belantara, laut dan sebagainya. Sewaktu
ditemubual, beliau menyatakan: Masyarakat melayu sendiri yang percaya kepada perkara-
perkara mistik dan gemar berinteraksi dengan alam, iaitu percaya di hutan belantara dan laut
mempunyai maksud-maksud yang tersendiri yang memberi maksud masyarakat percaya
kepada alam ghaib maka dua punca ini mengakibatkan perkara khurafat ini berlaku walapun ia
merupakan pengamal Islam yang baik (Badli, PPKJAIP) Daripada kenyataan tersebut,
menggambarkan terdapat juga kalangan pengamal Islam yang gemar berinteraksi dengan alam
ghaib. Hal ini lebih menyukarkan, sekiranya terdapat kalangan pendakwah sendiri yang
berpegang kepada kepercayaan ghaib dan mistik. Tindakan seperti ini secara tidak langsung
telah membenarkan amalan khurafat berlangsung dalam sesebuah masyarakat. Kepercayaan
kepada perkara ajaib dan sakti ini juga disokong dengan kupasan menerusi artikel jurnal yang
mengkaji tentang ajaran Crypto. Kajian tersebut 7 7 menjelaskan masyarakat Melayu mudah
terpengaruh dengan seseorang yang mampu menampilkan kelebihan kesaktian. Sebagai
contohnya, dalam ajaran Crypto guru berkenaan sering menonjolkan kesaktian kepada
pengikutnya seperti kemampuan melompat sehingga 10 kaki tinggi sewaktu pertunjukan silat
pulut serta pengakuan guru yang dapat mengetahui perkara yang akan berlaku. Kaedah yang
dinyatakan di atas sering digunakan untuk mempengaruhi pengikut baru yang kurang keilmuan
tentang Islam. Kaedah yang diguna pakai ini dikesan sebagai punca merebaknya ajaran sesat
dalam masyarakat Melayu (Muhammad Jusoh, Abdullah Mat, 1983). Ruang Dakwah Yang
Masih Terbuka Kurangnya didikan agama, salah faham tentang agama, kepercayaan kepada
perbomohan dan kepercayaan kepada perkara ajaib dan sakti, adalah punca kepada amalan
khurafat dalam kalangan umat Islam. Walaupun kajian yang dilakukan tertumpu di Kelantan
dan Terengganu, namun secara umumnya hal yang digambarkan turut berlaku dalam
masyarakat kita secara keseluruhannya. Amalan khurafat yang masih berlaku, menunjukkan
kepada kita bahawa gap dakwah tersebut perlu diberikan perhatian yang sewajarnya. Ini
kerana, amalan khurafat mampu merosakkan kemurnian agama. Apatah lagi jika ianya
melibatkan khurafat yang termasuk dalam perkara Al-Bidah al-Itiqadiyyah. Jika dilihat dari
segi punca amalan khurafat yang dibincangkan, dapatlah kita simpulkan bahawa ianya berkait
rapat dengan pemikiran dan kepercayaan. Justeru bagi mengisi gap dakwah tersebut, cara yang
terbaik ialah dengan memberikan penumpuan kepada aspek pemikiran dan kepercayaan juga.
Ini kerana, kita perlu menyelesaikan permasalahan dengan memberi tumpuan kepada sumber
permasalahan tersebut. Antara contoh amalan yang boleh dikategorikan sebagai bidah
sebagaimana yang dinyatakan dalam perbincangan di awal tulisan ini ialah bertepung tawar
dan berbomoh. Kedua-dua amalan ini adalah sebahagian daripada adat kebiasaan masyarakat
Melayu yang sudah sebati sejak sekian lama. Oleh sebab itu, ia tidak mudah dapat dihilangkan
begitu sahaja. Ini kerana proses mengubah budaya masyarakat atau adat memakan masa yang
lama. Sebagai seorang pendakwah, seseorang itu mestilah mencari jalan yang penuh hikmah,
umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.
Sekiranya tindakan yang drastik diambil, tentunya ia akan mengundang masalah lain pula,
dalam masa yang sama isu dan permasalahan asal tidak dapat dibetulkan. Menurut pandangan
Prof Madya Dr Suwaid Tapah, salah seorang ahli Majlis Fatwa Sabah, menyatakan bahawa
adat dan kebiasaan atau uruf tidak wajar untuk ditanggapi secara negatif walaupun mungkin ia
tidak bersandarkan pada nas tertentu. Ia adalah budaya masyarakat yang diamalkan secara
turun-temurun dan mempunyai fungsi tertentu. Selama mana ianya tidak secara jelas
bertentangan dengan prinsip Islam, sepatutnya ia tidak menjadi masalah. Pandangan ini dilihat
lebih terbuka dan meraikan kepelbagaian adat dan budaya yang diamalkan oleh masyarakat
manusia. Sekiranya kita menyelidiki amalan dan budaya masyarakat Islam seluruh dunia,
pastinya kita akan bertemu dengan pelbagai amalan yang berbeza-beza. Sebenarnya inilah
realiti masyarakat manusia yang mempunyai kebudayaan dan cara hidup tersendiri. Sebelum
budaya dan amalan ini diberi tanggapan yang negatif, 8 8 sebaiknya ia difahami dahulu tentang
tujuan, maksud, fungsi, dan falsafah yang terkandung di dalamnya. Menerusi diskusi, dialog
dan perbincangan, pendakwah akan dapat memahami dengan lebih jelas dan mendalam tentang
adat dan budaya yang diamalkan. Perbincangan seperti ini akan memberi ruang kepada
pendakwah dan pengamal adat untuk saling memahami antara satu sama lain. Justeru, ia
memberi ruang kepada pendakwah untuk memahami amalan adat, dan dalam masa yang sama
memberikan pandangannya tentang adat yang diamalkan. Bagi pengamal adat pula, mereka
berpeluang untuk berkongsikan aspirasi amalan adat tersebut, dan dalam masa yang sama
memahami hasrat golongan agamawan dalam menjaga kesucian agama. Dalam banyak
perkara, kedua-dua golongan ini seringkali terperangkap dalam tanggapan yang diciptakan
sendiri akibat daripada salah faham atau salah anggap antara mereka. Satu contoh yang biasa
kita dengar dan menjadi isu perdebatan dalam masyarakat ialah tentang upacara bersanding
dalam majlis perkahwinan. Ada antara kita yang melarangnya kerana dikatakan berasal
daripada kebudayaan Hindu. Sekiranya hal ini diselidiki dengan lebih mendalam, sebenarnya
upacara bersanding ini universal sifatnya dan wujud dalam semua kebudayaan, sama ada yang
pernah berkontak dengan masyarakat Hindu atau pun tidak. Hal ini kerana, budaya bersanding
muncul secara semulajadi daripada dinamika dalaman sesebuah masyarakat. Masyarakat
Melayu, India, Cina, Orang Asli, Peribumi Sabah, Peribumi Sarawak, Eropah, Latin dan
sebagainya, tidak terlepas daripada adat bersanding. Ianya muncul dengan pelbagai variasi,
tetapi dengan satu maksud iaitu untuk memperkenalkan pengantin atau pasangan yang baru
berkahwin kepada ahli keluarga dan para tetamu. Contoh tersebut adalah sebahagian daripada
fenomena yang mempunyai kaitan dengan hal dakwah yang berlaku dalam masyarakat.
Pengkaji merasakan bahawa ada banyak lagi isu yang sepertinya yang memerlukan penelitian
yang mendalam agar kita dapat memahami secara tuntas tentang isu-isu yang dibincangkan.
Hal ini kerana, sawajarnya setiap pendakwah menggunakan pendekatan hikmah yang
berasaskan ilmu, agar kita tidak tersalah dalam memberikan pandangan. Dalam masa yang
sama, ia dapat membantu dalam melahirkan masyarakat yang beradab dan saling menyantuni
antara satu sama lain. Selain itu, pendakwah juga boleh menggunakan ruang diskusi untuk
membawakan tafsiran tauhidik dalam amalan adat seperti perubatan dan perbomohan
tradisional. Terdapat beberapa contoh yang boleh di ketengahkan sebagai bukti kejayaan
pendakwah terdahulu dalam menerapkan tafsiran yang islami. Misalnya, amalan
berkomunikasi dengan alam sebelum memburu yang menjadi amalan masyarakat Kedayan di
Sabah. Bagi mereka, komunikasi tersebut bertujuan untuk meminta izin sebelum memasuki
kawasan hutan yang dipercayai didiami oleh makhluk halus atau jin. Amalan ini sebagai
menyantuni makhluk yang tinggal disesebuah kawasan dan bukannya untuk mensyirikkan
Allah s.w.t. Walhal pada asalnya, ia merupakan suatu amalan yang bersandarkan kepada
animisme, iaitu mempercayai bahawa setiap jasad itu mempunyai semangat atau kuasa magik
tertentu. Penutup Ruang dakwah bagi menangani isu bidah amatlah luas. Ia memerlukan
penelitian yang mendalam dan bukan sekadar dalam lingkungan halal dan haram. Sebaliknya
amalan dan budaya masyarakat itu adalah sesuatu yang kompleks, dan perlu dijelaskan secara
ilmiah dan 9 9 mendalam. Tambahan pula realiti masyarakat kita hari ini lebih terbuka dan
dahagakan penjelasan yang berasas dan ilmiah. Ahli agama dan pendakwah perlu mendalami
sesuatu isu dengan lebih mendalam serta lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan.
Hal ini penting bagi menjaga integriti golongan ini agar terus dihormati. Rujukan al-Qaradawi,
Y. (1994). Mauqif al-Islam min Ilham wa al-Kashaf, wa al-Ruqya, wa alTamaim, wa al-
kuhanah wa ruqa. Kaherah, Mesir: Maktabah Wahbah. Alwi, E. A. (2007). Ajaran Sesat,
Mengenali Jalan Yang Terpesong. Batu Caves, Selangor: PTS Islamika. Fadzli Adam, Firdaus
Khairi, Wan Ibrahim. (2010). Bidaah Dalalah: Konsep Dan Pengamalannya Dalam Masyarakat
Melayu. Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 13 (Jun) , 103- 114. Muhammad Jusoh, Abdullah
Mat. (1983). Ajaran Crypto. Jurnal MASA, Pusat Penyelidikan Islam Malaysia , 1-10.
Sinarharian. (2013, Mac 24). Sinar Harian. Retrieved Mac 23, 2013, from Sinar Harian:
http://www.sinarharian.com.my Yusof, M. S. (2008). Bid'ah: Kekeliruan Agama dan Adat.
Kuala Terengganu: Yayasan Islam Terengganu