Anda di halaman 1dari 23

MPU3223

FACULTY OF NURSING & ALLIED HEALTH SCIENCES

SEMESTER 3 / 2014

MPU3223

ENTREPRENEURSHIP

NO. MATRIKULASI : 860401386988001


NO. KAD PENGNEALAN : 860401386988
NO. TELEFON : 0192358539
E-MEL : hasmar_chin@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : Petaling Jaya Learning Centre

0
MPU3223

ISI KANDUNGAN ;
1. PENGENALAN DAN LATAR Halaman 2-7
BELAKANG PROTON

2. MAKSUD INOVASI: Halaman 8

3. SUMBER-SUMBER INOVASI Halaman 9-13

Sumber 1: Yang Tidak terduga


Pengetahuan baru (ilmiah dan non-ilmiah)
Perubahan Demografis
Inovasi Berdasarkan Keperluan Proses

4. PENGHALANG INOVASI Halaman 14-16

Organisasi Tidak Menggalakkan Inovasi


Sumber Tidak Mencukupi
Sikap Pengurusan yang Tradisional

5. CADANGAN UNTUK MENAMBAH BAIK BUDAYA Halaman 17-19

INOVASI DIKALANGAN PEKERJA


Menyediakan persekitaran kerja yang positif
Menawarkan imbuhan atau penghargaan bagi pekerja
yang berinovasi.
Menganjurkan kursus yang berterusan dari masa ke semasa.

6. KESIMPULAN Halaman 20

7. RUJUKAN Halaman 21

1
MPU3223

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG PROTON:

PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang


ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit,
merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penumbuhannya merupakan idea dari Dr.
Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara
menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat
Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.

Pemegang Saham terdiri daripada:


->Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (70%)
->Mitsubishi Motors Corporation, Jepun (15%)
->Mitsubishi Corporation, Jepun (15%)

Kilang PROTON terletak di:


->Kawasan Perindustrian HICOM, Batu Tiga, 40000 Shah Alam, Selangor.
-> Tanjung Malim, Perak

ASAL USUL PROTON:


Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd ditubuhkan Oleh Tun Dr Mahathir bin
Mohamad berasaskan idea beliau Kepada Presiden Mitsubishi Semasa lawatan beliau ke
Malaysia pada tahun 1981 Kemudian pada bulan Februari 1982, satu pasukan projek

2
MPU3223

ditubuhkan di Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) bagi membuat


penyelidikan dan menandatangani perjanjian dengan Mitsubishi.
Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff telah ditamatkan kontraknya pada 25 Julai
2005, tidak lama selepas beliau menimbulkan isu AP yang dikeluarkan sehingga
menjejaskan pasaran kereta tempatan. Di bawah pengurusan Tengku Mahaleel selama
tujuh tahun, Proton telah mampu menambah kapasiti pengeluaran, mengeluar kereta
sendiri dan mengumpul keuntungan tunai berjumlah lebih RM4 bilion. Sebanyak RM1.7
bilion daripada jumlah tersebut digunakan untuk membina kilang Proton di Tanjong
Malim. Dalam tempoh empat bulan sahaja selepas penamatan kontrak Tengku Mahaleel,
kedengaran ura-ura penutupan Proton. Ini adalah sesuatu yang memeranjatkan kerana
aset Proton termasuk harta tanah di Batu 3, Shah Alam bernilai berbilion, tidak termasuk
aliran tunai RM4 bilion pastinya lebih daripada mencukupi bagi menampung kos operasi.
Pada 2006, Proton Holding telah mengumumkan subsidarinya Proton Capital Sdn Bhd
telah menandatangani penjualan saham 57.75% dalam MV Agusta yang telah dibeli pada
2004 dengan harga 1 (RM4.50). Pembelian MV Agusta dilakukan dengan mengetahui
bahawa ia mempunyai hutang sebanyak 230 juta yang ditangguh selama 3 tahun.
Penjualan itu menimbulkan reaksi balas daripada Tun Dr Mahathir Mohammad
dan bekas pengarah urusan Proton, Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff yang
mempersoalkan samada ia dijual secara terbuka yang memungkinkan harga yang lebih
mahal didapati.Selain itu Proton turut dilapurkan mengalami kerugian akibat menjual
kereta pada harga potongan yang dianggarkan sekitar RM108 juta. (Berdasarkan 54,000
buah kereta selama 3 bulan X potongan RM2,000 sebuah), yang disifatkan oleh Tengku
Mahaleel sebagai kesilapan strategi Proton.

3
MPU3223

Senarai kenderaan/kereta keluaran PROTON:

1. Proton Arena: Sebuah trak utiliti mini yang juga dipanggil sebagai Proton
Jumbuck di UK dan Australia).
2. Proton Gen-2: Satu-satunya kereta buatan Malaysia sepenuhnya (termasuk
chasis dan enjin) dan merupakan model gantian untuk Proton Wira; dilancarkan pada
8 Februari 2004.
3. Proton Iswara: Merupakan perubahan rupa bagi Proton Saga; dilancarkan
pada 1992.
4. Proton Juara: Sebuah MPV yang ringkas dan kecil berasaskan Mitsubishi
Town Box.
5. Proton Persona: Dilancarkan pada 15 Ogos 2007. Kereta sedan 1.6 liter ini
berasaskan kepada model terdahulu, Proton Gen-2 dengan menampilkan bentuk sedan
berbanding Gen-2 dengan bentuk hatchback. Ia juga mengekalkan enjin 82kW
Campro.
6. Proton Perdana: Berasaskan Mitsubishi Eterna, dikeluarkan untuk pasaran
kereta mewah pada 1994.
7. Proton Perdana V6: Versi V6 untuk Proton Perdana dengan pengubahsuaian
kit.
8. Proton PERT: Mempunyai ciri yang sama seperti Mitsubishi Lancer
Evolution III. Model ini hanya digunakan pada Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC).
9. Proton Putra: Sport Coupe 2 pintu berpandukan Mitsubishi Mirage/Asti.
10. Proton Saga: Merupakan model pertama, berasaskan model Mitsubishi
Lancer Fiore. Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September
1985. Proton Saga ke 100,000 telah dikeluarkan pada Januari 1989. Model generasi
kedua Proton Saga dikeluarkan pada Januari 2008 dengan reka bentuk serba baru
rekaan Proton sendiri serta menggunakan enjin Campro IAFM 1.3L.
11. Proton Satria: Hatchback 3 pintu berpandukan Mitsubishi Mirage/Colt.
12. Proton Satria GTI: Hatchback sport 3 pintu. Merupakan percubaan Proton
untuk mengeluarkan versi sport dan market hatchback berkuasa tinggi. Amat popular

4
MPU3223

di Malaysia dan mempunyai pengikut yang ramai di Australia. Enjin berkuasa 4


silinder 1.8 liter DOHC.
13. Proton Satria R3: Merupakan versi terhad spek perlumbaan untuk Satria
dengan hanya dikeluarkan sebanyak 150 unit. Merangkumi kerangka chasis ringan
dan enjin ubahan.
14. Proton Satria Neo: Merupakan versi terbaru keluaran Proton. Ia dilancarkan
pada 16 Jun 2006 dan didatangkan dalam 1.6L dan 1.3L dengan enjin Campro. Ia
dijangka mengambil kembali pasaran jualan kereta Proton sebanyak 40%.
15. Proton Savvy: Dilancarkan pada 8 Jun 2005. Merupakan kereta kompak 5
pintu dengan 1,200 cc, model gantian untuk Proton Tiara. Tetapan standard kereta ini
menerima enjin dan kotak gear semi-otomatik dari Renault.
16. Proton Tiara: Merupakan kereta kompak berasaskan Citron AX, direka
dibawah lesen Proton dari 1996 hingga 2000.
17. Proton Waja: Juga dipanggil Proton Impian di Eropah, ia merupakan kereta
Proton yang pertama direka sendiri. Tetapi, chasis kereta diambil dan direka
berpandukan chasis dari Mitsubishi dan Volvo S40 generasi pertama (melainkan
varian 1,800 cc, dimana dibangunkan dengan menggunakan enjin Renault). Asalnya
model Proton Waja 1.6 menggunakan enjin 4G18 yang turut digunakan oleh
Mitsubishi Lancer model tahun 2000 tetapi kemudian ia mula menggunakan enjin
Campro pada tahun 2006. Pada tahun 2008, enjin Campro pada Proton Waja turut
dilengkapi teknologi pemasaan injap boleh laras Campro CPS.
18. Proton Wira: Juga dikenali sebagai Proton Persona di beberapa pasaran luar
negara, ia telah diperkenalkan pada 1993 berasaskan Mitsubishi Lancer/Colt. Telah
terjual sebanyak 220,000 unit diantara 1996 dan 1998. Versi ini amat popular di
Malaysia.
19. Proton Exora: MPV pertama Proton ini dilancarkan pada 15 April 2009. Ia
menggunakan enjin Campro CPS 1.6L yang menghasilkan 125 kuasa kuda/6750rpm
dan 150Nm of tork/4000rpm, memberikan kelajuan maksimum 165 km/j dan
penggunaan bahan api 7.2 L/100 km. Exora dianugerahkan 4 bintang dalam penarafan
EuroNCAP selepas 32 buah Exora dihantar menjalani ujian perlanggaran di pusat

5
MPU3223

ujian perlanggaran Applus+ IDIADA di Sepanyol. Selain itu, Exora turut


dianugerahkan penarafan 4 bintang oleh program penilaian MyVAP. Salah satu
daripada ciri utama yang membolehkan penarafan tersebut dicapai ialah melalui
penggunaan keluli tegangan bagi kerangka badan, memberikan kestabilan yang lebih
baik serta penyerapan kesan perlanggaran yang lebih baik semasa kemalangan. Bar
impak tepi juga dipasang bagi mengukuhkan kerangka pintu serta bagi menyerap
kesan perlanggaran dari arah tepi.
20. Proton Preve

GARIS MASA PENUBUHAN PROTON

7 Mei 1983: Penubuhan PROTON.


23 Mei 1983: Upacara menandatangani:
>Perjanjian usahasama
>Perjanjian bantuan teknikal
>Perjanjian pinjaman
>Kontrak untuk bekalan dan pembinaan loji pembuatan kereta
>Kontrak untuk bekalan bungkusan KD dan alatganti
25 Jun 1984: Menandatangai perjanjian kakitangan.
27 Jun 1984: Pengumuman nama model bagi kereta nasional (Proton Saga).
1 Ogos 1984: Pemasangan peralatan/jentera bermula.
29 Oktober 1984: Penilaian bersama prototaip pengeluaran untuk mendapat
pengesahan dan persetujuan.
1 Disember 1984: Berpindah ke pejabat baru di Loji, Shah Alam.
26 Januari 1985: Pemasangan mesin pembentuk dirasmikan oleh YBM
Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
18 April 1985: Percubaan pengeluaran kereta pertama selesai.
1 Julai 1985: Permulaan pengeluaran komersial Proton Saga.
9 Julai 1985: Pembukaan rasmi kilang kereta nasional dan pelancaran Proton
Saga oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.

6
MPU3223

1 September 1985: Pelancaran pasaran oleh Edaran Otomobil Nasional Sdn


Bhd (EON).
15 Januari 1986: Pengeluaran 10,000 unit Proton Saga.
26 Februari 2005: Perasmian kilang Proton kedua di Tanjung Malim oleh
Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
25 Julai 2005: Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff ditamatkan kontrak
sebagai Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton.
29 November 2005: Proton Holdings Bhd. hari ini mengumumkan pelantikan
Syed Zainal Abidin Syed Mohd. Tahir sebagai Pengarah Urusan baru syarikat kereta
nasional itu, berkuat kuasa 1 Januari 2006.
2 Ogos 2008: Pengeluaran kereta Proton yang ke 3 juta.

7
MPU3223

MAKSUD INOVASI:
Inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan Produk Atau
Perkhidmatan Yang Lebih Baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan.
Ia Adalah hasil cetusan idea-idea Yang kreatif dan Inovatif dalam mana-mana aspek kerja
yang membebaskan,meningkatkan Kualiti dan Produktiviti Organisasi. Mengikut Kinicki
dan Williams (2003), inovasi adalah mencari cara-cara untuk memberikan produk atau
perkhidmatan yang baharu atau lebih baik. Ini bermakna setiap organisasi, tidak kira
sama ada berpusatkan keuntungan ataupun tidak, tidak akan cepat berpuas hati dengan
pencapaiannya, lebih-lebih lagi apabila saingannya menghasilkan idea kreatif. Inovasi
dirasakan sebagai penghasilan suatu yang baharu di pasaran yang mengubah persamaan
permintaan dan penawaran (Chell, 2001). Seorang usahawan mencipta permintaan baharu
dalam pasaran dengan menggabung semula faktor-faktor pengeluaran untuk mencipta
suatu yang baharu. Oleh itu, inovasi adalah kunci untuk usahawan terus kekal dalam
dunia perniagaan yang mempunyai persaingan sengit di zaman ini. Lakukan inovasi atau
mati patut menjadi prinsip hidup setiap usahawan.
Inovasi adalah idea yang baru, lebih peranti atau proses yang berkesan. Inovasi
boleh dilihat sebagai aplikasi penyelesaian yang lebih baik yang memenuhi syarat-syarat
baru, atau keperluan pasaran sedia ada. Ini dapat dicapai melalui produk yang lebih
berkesan, proses, perkhidmatan, teknologi, atau idea-idea yang sedia ada kepada pasaran,
kerajaan dan masyarakat. Menurut Zimmerer & Scarborough (2005), inovasi merupakan
kebolehan untuk mengaplikasikan penyelesaian kreatif kepada masalah dan peluang utk
meningkatkan dan mengayakan kehidupan manusia.

8
MPU3223

1.SUMBER-SUMBER INOVASI:
Inovasi yang berlaku dalam kejuruteraan proton berkait rapat dengan sumber
inovasi yang diperolehi oleh syarikat tersebut. Inovasi adalah fungsi utama dalam proses
keusahawanan. Dengan adanya inovasi dalam proton, sesuatu idea menghasilkan
automobil akan terhasil apabila terdapatnya individu atau kumpulan yang kreatif dalam
menghasilkan produk yang lebih berkualiti. Setiap organisasi yang mengeluarkan produk
mempunyai saingan dalam pemasaran. Inovasi akan berlaku sekiranya wujud persaingan
dalam mengeluarkan produk terkini. Pihak Proton banyak mencari sumber inovasi yang
berkualiti bagi memantapkan lagi pengeluaran automobil nasional ini bagi bersaing
dengan pengeluar kereta di Malaysia terutama Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd
(PERODUA). Terdapat empat (4) sumber inovasi yang diperolehi oleh Proton. Seorang
usahawan memerlukan idea-idea yang berimpak tinggi sebagai inspirasi mengenai
produk, perkhidmatan atau proses yang baharu. Berikut adalah empat sumber inovasi
untuk para usahawan (Drucker, 1985; Kuratko & Hodgetts, 2004).

1.1 Sumber 1: Yang Tidak terduga


Menurut Drucker, sumber terbaik untuk inovasi yang berjaya adalah dari
kejayaan yang tidak dijangka atau Kegagalan. Eksploitasi ini memerlukan analisis
semata-mata kerana kejayaan yang tidak dijangka adalah gejala. Sebagai contoh: pesaing
A mempunyai kejayaan yang tidak dijangka dalam segmen pasaran tertentu. Pengurusan
mesti mengetahui mengapa ini berlaku, bertanya diri sendiri apa yang memberi makna
kepada mereka jika mereka mengeksploitasikan ia.Satu contoh klasik bermula sejak
dahulu apabila Marriott masih memiliki rangkaian restoran sebelum ia dipelbagaikan
kepada hotel. Pengurusan diperhatikan bahawa salah satu restoran mereka di Washington,
DC telah mengatasi semua yang lain dalam rantaian mereka dari segi pendapatan
bulanan. Setelah disiasat, mereka mendapati restoran itu terletak di seberang Lapangan
Terbang Negara. Ini adalah sebelum syarikat penerbangan berkhidmat makanan di

9
MPU3223

pesawat dan mereka mendapati bahawa penumpang penerbangan akan singgah di


restoran dan membeli sandwich serta makanan ringan untuk dinikmati di atas kapal
terbang. Marriott bertemu dengan Eastern Airlines dan mencadangkan mereka
menyediakan makanan untuk dihidangkan di atas kapal terbang - oleh itu permulaan
perniagaan katering penerbangan. Sudah tentu sekarang banyak syarikat penerbangan
menyediakan makanan untuk penumpang, dalam usaha untuk mengawal kos,mereka
telah menghapuskan kebenaran untuk membawa makanan ringan bersama dengan
penumpang kapal terbang.
Dalam mempertingkatkan lagi inovasi dalam reka bentuk dan reka cipta Proton
mendapat idea daripada sumber yang tidak sengaja terutama dari Pertandingan Reka
Cipta Dan Inovasi Proton. Dalam mengadakan pertandingan ini tentulah proton dapat
idea baru dari kalangan kakitangan yang berkebolehan dalam bidang kejuruteraan. Pada
tahun 2011, proton telah menganjurkan Pertandingan Reka Cipta Dan Inovasi Proton
dengan tema Compact Car. Lokasi Pertandingan ini di Kompleks Pusat Bandar Pasir
Gudang Johor sempena Karnival Komuniti Pasir Gudang 2011 pada 17 dan 18 Disember.
Kepakaran 8 jurutera dari Proton sendiri memenangi kejohanan dengan tema "Green
Car". Pasukan yang bertanding diberi masa selama 6 bulan dan diberi kos RM8,000 bagi
menyiapkan idea yang baru bagi produk Proton. Dengan adanya pertandingan ini, Proton
boleh memberi satu keunikan baru dalam setiap produk yang akan dikeluarkan pada masa
hadapan. Antara kereta concept mengalami inovasi yang telah berjaya berdasarkan
Pertandingan Reka Cipta Dan Inovasi Proton dikeluarkan adalah proton dalam siri "wira"
iaitu Proton Tuah, Proton Jebat, Proton Kasturi, Proton Lekir dan Proton Lekiu.

1.2 Pengetahuan baru (ilmiah dan non-ilmiah)

Pengetahuan baru boleh menjadi sumber peluang yang inovatif tetapi mempunyai
mendahului masa yang paling lama sekali inovasi. Terdapat jangka masa yang panjang
antara kemunculan ilmu baru dan ia menjadi bahan yang berkaitan denagn teknologi serta
panjang lagi masa sebelum teknologi baru bertukar menjadi produk di pasaran. Satu lagi
ciri inovasi berasaskan pengetahuan adalah bahawa mereka hampir tidak pernah

10
MPU3223

berdasarkan satu faktor tetapi penumpuan beberapa jenis pengetahuan. Satu contoh klasik
tempoh masa dari pengetahuan untuk aplikasi komersial adalah enjin jet asalnya
dipatenkan pada ujian pertama tentera pada tahun 1930. Ia adalah pada tahun 1941 dan
pesawat jet komersil yang pertama ialah Comet pada tahun 1952. Boeing akhirnya
berkembang kepada 707 pada tahun 1958, 28 tahun selepas paten dan memerlukan
penumpuan teknologi aerodinamik, bahan baru, dan bahan api.
Drucker turut mengulas mengenai "Idea Bright" sebagai salah satu sumber utama
bagi paten, tetapi beberapa mencapai pembangunan produk dan pengenalan kepada
pasaran. Beliau membuat kesimpulan bahawa "Idea Bright" adalah sumber yang paling
berisiko dan paling berjaya memberi peluang inovatif walaupun beliau tidak pernah
diberikan penyelidikan untuk menyokong pandangan ini.
Proton juga mendapat sumber inovasi dalam konsep pengetahuan yang baru.
Antara projek yang telah dijalankan adalah dalam penyelidikan dan pembanguan
automobil proton bagi menjalankan fungsi sebagai organisasi dalam membentuk inovasi
yang terbaru. Dikatakan bahawa projek ini mempunyai kemudahan dan insfrastuktur
yang lebih baik bagi memenuhi objektif kerajaan dalam Pelan Induk Perindustrian Kedua
di negara. Dengan teknologi yang tinggi, infrastuktur dilengkapkan demgan kemudahan
yang tinggi disamping bagi menarik minat pengeluar kenderaan lain menggunakan
kemudahan yang disediakan. Sebuah makmal telah dibina iaitu berkonsepkan Milege
Accumulation Chasis Dyamometer (MACD) bertujuan mengkaji sistem pengukuran
piawaian suspension kinematics, ujian ke atas enjin dynamometer, simulasi kajian
dan kajian terhadap ketahanan kenderaan yang dihasilkan. Terdapat empat (4) objektif
penyelidikan dan pembanguanan dalam Proton:-

i. Memendekkan tempoh pembangunan kenderaan baru dan penjimatan kos


pembangunan
ii. Peningkatan keupayaan kejuruteraan
iii. Peningkatan kualiti produk
iv. Pemilikan harta intelektual rekabentuk

11
MPU3223

1.3 Perubahan Demografis


Drucker merasakan bahawa demografi dan perubahan penduduk (umur, pendidikan,
pendapatan boleh guna, peralihan geografi, dan lain-lain,) adalah salah satu ramalan yang
paling boleh dipercayai masa depan, dan menawarkan peluang untuk inovasi. Perubahan
dalam ciri-ciri demografik seperti umur, tahap pendidikan,pendapatan dan jenis pekerjaan
merupakan sumber inspirasi yang utama kepada golongan usahawan. Bagi mereka,
perubahan sebegini mewujudkan peluang besar untuk diterokai. Contohnya, apabila
kualiti hidup dan pendapatan meningkat, permintaan untuk barang mewah dan produk
kesihatan juga bertambah.
Proton juga amat menitikberatkan keupayaan pengguna bersesuaian dengan
perubahan demografis di negara. Antara penekanan Proton adalah memberi satu
kepercayaan kepada pengguna, nilai bagi sesebuah kenderaan yang telah berlaku inovasi.
Salah satu perubahan demografis yang mempengaruhi sumber inovasi proton adalah dari
segi umur pengguna. Pengeluaran Proton Saga Face Lift X (FLX) inovasi bagi Proton
Saga FL begitu menarik minat golongan muda kerana gaya yang lebih sporty. Dengan
harga yang murah dalam lingkungan RM38,598 hingga RM44,998.00 memberi kelebihan
kepada golongan muda untuk memiliki jenis kenderaan ini. Pengeluaran Proton Saga
FLX ini berkaitrapat juga dengan faktor pendapatan seseorang pengguna. Proton Saga
FLX memberi penjimatan sehingga 4% dalam bandar dan 10% pemanduan di lebuh raya
dalam penggunaan petrol. Dengan mengambilkira faktor keselamatan, proton ini
memberi satu perubahan dalam keselamatan iaitu memiliki sistem Antikunci Brek (ABS),
Agihan Brek Elektronik (EDB) dan menambah fungsi beg udara keselamatan bagi
penumpang hadapan selain kepada pemandu.

1.4 Inovasi Berdasarkan Keperluan Proses


Keperluan proses wujud di dalam proses sebuah perniagaan, industri atau
perkhidmatan. Ia menyempurnakan proses yang sedia ada, menggantikan pautan yang
lemah, mereka bentuk semula proses yang ada dan sebagainya. Kesemua ini
membolehkan usahawan menghasilkan produk, perkhidmatan atau proses yang

12
MPU3223

menunaikan permintaan dan memenuhi keperluan pelanggan. Contohnya, dalam usaha


mewujudkan masyarakat yang cergas, sesetengah individu akan terdorong untuk
melakukan lebih banyak senaman. Justeru itu, usahawan boleh menyediakan lebih
banyak pusat atau kemudahan kesihatan untuk mereka.
Incongruities dalam Proses Keperluan dasarnya mencari "lemah" atau "hilang"
dalam proses yang sedia ada. Peluang untuk inovasi wujud jika terdapat keperluan
diiktiraf untuk melengkapkan proses tersebut. Ia mesti merasakan bahawa ada "cara yang
lebih baik" untuk melakukan sesuatu yang akan diterima dengan penuh semangat oleh
pengguna.Satu contoh klasik dalam sumber inovasi adalah pencipta yang diketahui yang
mencipta nama sebahagian daripada perbendaharaan kata kita, Elia McCoy. Pada tahun
1870 beliau memperoleh ijazah dalam bidang kejuruteraan tetapi sebagai seorang lelaki
berkulit hitam dalam tahun 1870-an, satu-satunya pekerjaan dia dapat adalah menjadi
seorang pedagang minyak hina di Michigan Central Railroad. Kereta api terpaksa
berhenti dengan kerap. McCoy telah mencipta secawan pelincir yang secara automatik
menitiskan menyak ke bahagian-bahagian yang bergerak. Inovasi beliau menjadi hangat
dan tidak ada bahagian jentera berat dianggap lengkap melainkan ia mempunyai pelincir
McCoy.
Dewasa ini, pencemaran alam semakin membimbangkan kita. Proton telah
mengambil satu langkah yang bijak apabila Proton Holding Bhd bekerjasama dengan
Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dalam menganjurkan Cabaran Mobiliti Hijau Proton
2012 bagi memenuhi sumber keperluan proses dalam inovasi proton yang mahukan
kenderaan yang dikeluarkan oleh proton adalah mesra alam. Dalam cabaran ini pihak
yang terlibat adalah pihak industri, akedemik dan kerajaan dalam menjalin kerjasama
kepada keperluan negara. Kerjasama ini dikenali sebagai Triple Helix. Cabaran ini telah
telah dirasmikan oleh Perdana Menteri kita, YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji
Abdul Razak yang mensasarkan inovasi ini dihasilkan oleh pelajar-pelajar universiti
dengan menukar enjin konvensional kepada penggunaan elektrik sepenuhnya. Tujuan
utama sumber keperluan proses ini adalah bagi kesihatan kita pada masa akan datang.
Penggunaan elektrik atau kenderaan hibrid ini akan mengurangkan kesan karbon dan
memelihara alam sekitar agar pencemaran udara dapat dikurangkan dengan lebih

13
MPU3223

berkesan. Cabaran ini bukan sahaja akan melibatkan penggunaan kenderaan eletrik
sepenuhnya tetapi juga sebagai memenuhi potensi inovasi dalam keupayaan kenderaan
tersebut melalui pelbagai ujian termasuklah jarak pemanduan, tahap pecutan serta
kelajuan maksim

2. Penghalang Inovasi
Walaupun usahawan mempunyai banyak idea untuk inovasi, terdapat beberapa
halangan yang boleh menghindarkan mereka daripada menjadi inovatif. Rintangan
kepada inovasi biasanya datang daripada dalam sebuah organisasi, khasnya daripada
golongan pekerja. Contoh-contoh halangan adalah seperti berikut:

2.1 Organisasi Tidak Menggalakkan Inovasi


Halangan yang paling biasa untuk inovasi dalam organisasi adalah pemimpin atau
pengurus yang tidak terbuka kepada idea-idea baru. Ini memberi kesan negetif pasukan
dengan tidak menggalakkan pemikiran kreatif. Pekerja tidak akan terdorong untuk datang
dengan idea-idea baru jika tiada siapa yang akan mengganggu mendengarkan mereka.
Ada juga pengurus yang mendengar idea-idea tetapi enggan untuk membawa mereka
lebih jauh, menyebabkan kehilangan peluang.
Pengurus juga bersalah menembak jatuh idea sebelum mereka diberi peluang. Jika
pekerja datang dengan idea-idea baru, mereka perlu sekurang-kurangnya diberi peluang
untuk memberi penjelasan dan mewajarkan mereka, dan bukannya mempunyai palungan
yang sebaik mengatakan 'tidak' berdasarkan pengalaman masa lalu atau kerana idea tidak
secara langsung selaras dengan perniagaan operasi biasa. Hanya kerana sesuatu yang
tidak pernah dilakukan sebelum ini tidak semestinya membuat ia idea yang buruk.
Sesetengah organisasi selesa dengan keadaan yang sedia ada dan enggan berubah.
Untuk mereka, perubahan mengancam budaya dan tatacara organisasi dan lebih teruk
lagi, kedudukan mereka. Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, pihak
pengurusan akan mengelak atau enggan mengakui keperluan inovasi di dalam organisasi

14
MPU3223

berkenaan.Tambahan pula, sempadan di antara jabatan atau interdepartmental borders


menghalang idea inovasi daripada disebarkan secara meluas dikalangan pekerja.

2.2 Sumber Tidak Mencukupi


Masa dan sumber juga halangan besar kepada inovasi. Pekerja sering sibuk
dengan hanya melakukan kerja-kerja biasa mereka sehingga masa mereka tidak
mencukupi dan tiada insentif untuk menjana halangan baru untuk Idea Inovasi. Apabila
mempunyai idea yang dihasilkan, mereka tidak mengambil apa-apa lagi kerana potensi
risiko berkaitan dengan pembangunan idea.Secara umumnya, inovasi juga dilihat menjadi
terlalu mahal bagi perniagaan kecil untuk melibatkan diri. Walau bagaimanapun, terdapat
beberapa cara kos efektif untuk menjana idea-idea baru dan pengurus perlu melihat
manfaat yang berpotensi yang datang hasil daripada pelaburan dalam inovasi. Sesetengah
organisasi ingin berubah dan melakukan inovasi tetapi tidak mempunyai sumber yang
mencukupi seperti sumber manusia, kewangan dan kemudahan yang penting dalam
melakukan sesuatu inovasi.

2.3 Sikap Pengurusan yang Tradisional


Pihak pengurusan mahu mengawal kakitangan daripada menjadi kreatif. ini berlaku
apabila pengurusan dikawal oleh kakitangan yang telah lama bertugas dan mereka ini
masih mengekalkan cara mereka berfikir dan menolak sebarang perubahan. Keinginan
pihak pengurusan untuk memegang kuasa menghalang pekerjanya daripada melakukan
inovasi. Ini berlaku khasnya apabila pihak pengurusan terdiri daripada pekerja kanan
yang berfikir secara tradisional dan menentang perubahan. Kadang-kadang kekreatifan
pekerja disekat oleh peraturan, kekangan dan birokrasi pihak pengurusan.Selain daripada

15
MPU3223

halangan berpunca dari organisasi, terdapat juga halangan datang dari sikap individu itu
sendiri seperti:
1.Takut untuk mencuba *fear to trying
2.Takut untuk melakukan kesilapan
3.Motivasi yang tidak sesuai *improper motivation
4.Takut kepada perubahan.
5.Takut kepada kegagalan *fear to fail
6.Tidak percaya pada diri sendiri *low self confidence
7.Individu tersebut merasa diri mereka terlalu tua atau tidak pandai untuk melakukan
tugas tersebut. Akibatnya beliau tidak mencuba untuk mencari jalan yang berinovasi
untuk mengatasi masalah yang ada

16
MPU3223

3. Cadangan untuk menambah baik budaya inovasi dikalangan pekerja.

3.1 Menyediakan persekitaran kerja yang positif


Bidang Psikologi Industri dan Organisasi merujuk kepada fenomena hubungan
manusia dengan tempat kerjanya serta segala permasalahan yang berkaitan dengan alam
pekerjaan. Mayo dan Kajian Hawthorne melihat kepada perkaitan di antara keadaan kerja
dengan fizikal sesuatu tempat kerja itu. Faktor-faktor keadaan dan keselamatan di tempat
kerja boleh memberi kesan kepada gelagat dan perlakuan seseorang pekerja. Keadaan
fizikal seperti kecerahan, suhu, kebisingan dan lain-lain suasana yang boleh mengganggu
keselesaan untuk bekerja serta faktor-faktor psikologi seperti perasaan untuk bersendirian
dan mengawal persekitaran kerja mempunyai perkaitan yang rapat dengan hasil
produktiviti serta gelagat pekerja itu sendiri. Faktor-faktor lain seperti masa bekerja,
keadaan keselamatan di tempat kerja serta kesan penyalahgunaan dadah dan alkohol juga
turut memainkan peranan penting dalam menentukan prestasi kerja seseorang pekerja.
Para pekerja biasanya menunjukkan perlaksanaan yang lebih baik dalam suasana
yang lebih aman dan tidak mengandungi unsur-unsur yang negatif. Suasana kerja yang
negatif akan mengganggu keberkesanan kerja seseorang pekerja itu. Para psikologis
Industri dan Organisasi cuba mengenalpasti bagaimana persekitaran fizikal kerja dapat
mempengaruhi seseorang pekerja dari segi perlaksanaan, kepuasan dan kesihatan mereka
(Oborne dan Gruneberg, 1983).Mewujudkan kepuasan kerja bermula dengan terlebih
dahulu menyediakan persekitaran kerja yang positif. Fran Tarkenton mengatakan, untuk

17
MPU3223

mencari apa yang mendorong orang, "anda perlu mencari apa yang mengubah orang
lain." Ini adalah faktor yang paling penting dalam proses. Persekitaran kerja yang
memerlukan motivasi untuk datang bekerja atau di luar panggilan tugas dan menyediakan
keperluan pekerja.
Syarikat Walt Disney World menyediakan persekitaran kerja yang cemerlang
untuk pekerja mereka atau "pelakon." Pusat-pusat bantuan pekerja tersebar strategik di
taman tema. Sesetengah perkhidmatan termasuk program pekerja diskaun, maklumat
anak, kiriman wang, setem pos, penunaian cek, dan bas berlalu. The Walt Disney
Company menyedari bahawa menjaga keperluan pekerja mereka menjaga mereka
bermotivasi, pada tugas dan setia kepada syarikat.

3.2 Menawarkan imbuhan atau penghargaan bagi pekerja yang berinovasi.


Ramai orang berminat untuk melihat arah pergerakan motivasi di mana mereka
mengharapkan galakan dan bonus tanpa memberi banyak perhatian kepada gaji asas dan
penghargaan-penghargaan di dalam bentuk yang lain. Ramai juga majikan yang tidak
memperdulikan betapa mustahaknya motivator yang bukan berbentuk kewangan. Berikut
adalah jenis-jenis penghargaan di dalam organisasi;
a. Penghargaan berbentuk kewangan
b. Penghargaan bukan berbentuk kewangaan
c. Faedah yang disediakan oleh majikan
d. Penghargaan berupa hadiah

Gaji asas adalah kadar untuk kerja tanpa bayaran tambahan. Gaji asas adalah
ditetapkan dengan merujuk kepada kadar pasaran semasa, gaji daripada firma-firma lain,
gred pekerjaan menerusi struktur gaji di dalam penilaian kerja atau dengan persetujuan
bersama pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan. Gaji asas mestilah berkaitan dengan
kadar pasaran mengikut polisi firma tersebut manakala gaji berasaskan prestasi pula
dimana Skim galakan ini menyediakan gaji yang berbeza iaitu dengan bergantung kepada
prestasi yang ditunjukkan oleh seseorang pekerja. Prestasi pekerja dinilai dari segi
pengeluaran, nilai tambahan, keuntungan dan pertambahan pemegang saham. Di

18
MPU3223

bahagian pengeluaran, gaji akan dibuat secara berjadual sebagai tambahan kepada gaji
asas.

Manakala Bonus boleh dibayar secara sekali gus kepada seseorang pekerja dan ia
merangkumi berbagai-bagai bentuk skim bonus. Banyak syarikat telah menggunakan
bonus sebagai penghargaan terhadap pencapaian pekerja disamping gaji asas yang
kompetatif. Bonus yang diberikan selalunya merujuk kepada pencapaian atau berhubung
kait dengan perlakuan untuk mengekalkan prestasi yang tinggi dalam suatu jangka masa
tertentu. Pengiktirafan merupakan salah satu penghargaan yang berkesan dan boleh
memotivasikan pekerja. Pekerja perlu tahu bukan sahaja setakat mana pencapaian mereka
terhadap objektif serta tugas yang mereka jalankan malah pencapaian mereka perlu
dihargai dan dinilai dengan sebaik-baiknya. Bonus pencapaian bukan sahaja sangat jelas
di dalam menghargai seseorang pekerja, tetapi pekerja perlukan pengiktirafan bila
diperlukan. Pekerja yang hendak diberi pengiktirafan perlulah diberitahu secara lisan dan
secara bertulis tentang pencapaiannya.Pujian adalah perlu diberi secara bijak dan ia boleh
dikaitkan dengan pencapaian yang sebenar. Pujian yang tidak jujur akan memberi kesan
negatif terhadap pengurusan. Pujian juga patut diberikan oleh pihak pentadbiran terhadap
pandangan yang bernas daripada subordinat. Pentadbiran seterusnya bertindak balas
terhadap pandangan daripada subordinat. Masa untuk memberi pujian perlulah sesuai dan
janganlah menunggu terlalu lama untuk disampaikan kepada pekerja yang berhak
menerimanya.

Pengiktirafan terhadap pekerja boleh dilakukan dengan mengambil kira kenaikan


pangkat, mewujudkan projek berprofil tinggi, pembesaran terhadap saiz pekerjaan,
mewujudkan simbol-simbol status yang berbeza. Sebagai contoh, pengurusan boleh
mewujudkan gelaran-gelaran yang baik seperti "pekerja contoh", "wakil jualan bulan ini",
"pekerja unggul" dan sebagainya. Diantara pengiktirafan lain ialah dengan memberikan
lencana istemewa, sijil penghargaan dan sebagainya.

3.3 Menganjurkan kursus yang berterusan dari masa ke semasa.

19
MPU3223

Sememangnya, inovasi membolehkan rantaian nilai ekonomi dianjak ke tahap


yang lebih tinggi. Inovasi mencetuskan idea baru yang dirubah menjadi nilai komersial
berdaya maju. Justeru, institusi penyelidikan perlu menyusun semula strategi untuk
menterjemahkan hasil R&D kepada produk yang bernilai komersial. Inovasi perlu diterap
dan diamalkan oleh semua, termasuk sektor swasta, sektor awam, NGO, ibu bapa,
institusi pengajian tinggi, pelajar sekolah, hatta kanak kanak dan prasekolah.Dengan
adanya kursus untuk mrmpertingkatkan lagi inovasi dikalangan pekerja telah diaadakan
hari inovasi untuk mereka seperti contoh Hari Inovasi 2011 bagi warga kerja Universiti
Malaysia Pahang.

KESIMPULAN :
Keusahawanan adalah penting di dalam dunia hari ini. Ia menjadi pemangkin
kepada perubahan dan perkembangan ekonomi. Peranan keusahawanan di dalam
pembangunan ekonomi bukan setakat meningkatkan kadar per kapita pengeluaran dan
pendapatan. Ia juga melibatkan perubahan kepada struktur perniagaan dan masyarakat.
Perubahan ini disertai oleh pertumbuhan dan peningkatan pengeluaran. Satu teori
pertumbuhan ekonomi menggambarkan inovasi(pembaharuan) adalah kunci utama
kepada perkembangan ekonomi di dalam membina produk atau perkhidmatan baru di
dalam pasaran. Aktiviti pembaharuan (inovasi) juga menjadi pendorong para pemodal
(pelabur) untuk melabur di dalam peluang baru yang dicipta. Keusahawanan melalui
proses pembaharuan (inovasi) mencipta pelaburan baru di dalam dunia perniagaan, di
mana ia akan menyebabkan ekonomi berkembang, pekerjaan baru tercipta dan
mengurangkan kadar pengangguran.Keusahawanan melalui proses kreativiti dan innovasi
mencipta produk baru dan memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak
manusia. Ia menyediakan produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna. Di
dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang baik, mereka akan mencari kaedah
yang lebih baik untuk memaksimakan sumber dan mengurangkan pembaziran. Dengan
ini, masyarakat akan mendapat produk (barangan) dan perkhidmatan yang lebih baik

20
MPU3223

pada harga yang lebih murah.Keusahawanan membantu memperbaiki kehidupan berjuta-


juta manusia melalui produk dan perkhidmatan baru yang diperkenalkan kepada pasaran.
Keusahawanan adalah individu yang bukan sahaja mencipta kekayaan tetapi turut sama
mendorong pembahagian kekayaan.

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI
Andrews, Peter. Enemies of innovation: What they look like, and how not to
become one. IBM Executive Business Institute. October 2005. http://www-
935.ibm.com/services/us/index.wss/multipage/imc/executivetech/a1022675/1?
cntxt= a1005266.

Expanding the Innovation Horizon: The Global CEO Study 2006. IBM
Corporation. March 2006. http://www.ibm.com/bcs/ceostudy.

Kamm, Lawrence. Responses to your new ideas. Consulting Engineering.


http://www.ljkamm.com/inov.htm A collection from sympathetic to hostile.

Pollard, Dave. Drucker on innovation. How to Save the World. November 12,
2003.
http://blogs.salon.com/0002007/categories/businessInnovation/2003/11/13.html#

21
MPU3223

a51 5 (Go to the original book, Innovation and Entrepreneurship, at The Business
World According to Peter F. Drucker,
http://www.peterdrucker.com/books/0887306187.html, or read the precis in this
blog.)

Schultz, Dr. Wendy L. Creativity: Concepts and tools. Infinite Futures:


Foresight, Training and Facilitation.
http://www.infinitefutures.com/resources/frm/frmcreativity.html. See especially the
Innovation Roles lis

22

Anda mungkin juga menyukai