Anda di halaman 1dari 2

Soalan Tugasan

1. Membincangkan bagaimana elemen kepimpinan dan kerohanian boleh


dibangunkan di sekolah berdasarkan Teori Pembelajaran Sosial Bandura yang
menekankan peranan kognitif, persekitaran, pemerhatian dan pernodelan.

Sistem pendidikan negara kita pada masa kini banyak menekankan Kemahiran
Berfikir Atas Tinggi iaitu KBAT dan juga pembelajaran abad ke-21. Fenomena ini
adalah untuk memupuk dan melahirkan pelajar yang seimbang dalam pelbagai aspek
seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial (JERIS). Menurut Laporan
Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) 2015, negara Malaysia
menunjukkan peningkatan sebanyak 33 mata kepada 431 mata bagi Literasi Bacaan.
Secara keseluruhannya, negara kita memperbaiki kedudukan bagi ketiga-tiga aspek,
iaitu Literasi Matematik, Literasi Saintifik dan Literasi Bacaan.

Bagi menjamin peningkatan kualiti dalam kalangan pelajar di negara kita,


elemen kepimpinan dan kerohanian harus dibangunkan di sekolah. Pada asasnya,
kejayaan seseorang pelajar adalah bergantung kepada guru melalui penyemaian aspek
kepimpinan, kerohanian, ilmu dan sebagainya. Menurut George R. Terry (oleh Sutarto,
1998), kepimpinan adalah hubungan yang ada dalam diri seseorang atau pemimpin,
mempengaruhi orang lain untuk bekerja secara sadar dalam hubungan tugas untuk
mencapai tujuan yang diinginkan. Manakala kerohanian bermaksud

CIRI murid yang kelima dalam PPPM ialah memiliki etika dan kerohanian tinggi.
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dalam coraknya yang transformatif mampu
membangun nilai etika dan kerohanian supaya ia menjadi benteng kekuatan
menghadapi cabaran alaf 21.

Pengetahuan dan kemahiran tanpa etika sifatnya mekanistik. Faktor etika dan
kerohanian menjadikan ilmu dan kemahiran lebih terpedoman, murid dan pelajar
lebih manusiawi. Asas inilah bakal membentuk watak dan sahsiah supaya murid dan
pelajar berilmu memiliki kualiti amanah dan amal yang tinggi.

Pemupukan nilai etika dan kerohanian dalam diri setiap murid sebagai persiapan
mendepani cabaran yang akan ditempuh dalam kehidupan dewasa, agar mereka
boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan,
berpegang kepada prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal dan berani
melakukan sesuatu yang betul.

Pendidikan agama di kalangan pelajar Islam harus mampu membentuk sikap


tauhidik di kalangan murid dan pelajar supaya asas ini sifatnya merentasi dalam
pengajaran aqidah, ibadah, syariah dan akhlak. Nilai Paling Utama (Supreme Values)
yang tauhidik wajib menjadi landasan membina tasawwur Islami supaya fikrah murid
dan pelajar terbina secara sepadu.

Malaysia menunjukkan peningkatan sebanyak 33 mata kepada 431 mata bagi


Literasi Bacaan dalam laporan Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA)
2015 berbanding hanya 398 mata pada PISA 2012. Timbalan Ketua Pengarah
Pendidikan (Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datuk Dr Amin Senin,
berkata pencapaian bagi domain Literasi Bacaan itu lebih baik berbanding dua
domain lagi, iaitu Literasi Matematik dan Literasi Saintifik. Katanya, bagi Literasi
Matematik Malaysia meraih penambahan 25 mata daripada 421 mata pada PISA
2012, manakala Literasi Saintifik meningkat 23 mata daripada 420 mata (PISA 2012).
"Dalam penilaian terkini, negara kita memperbaiki kedudukan bagi ketiga-tiga aspek,
iaitu Literasi Matematik, Literasi Saintifik dan Literasi Bacaan, dengan Literasi
Bacaan menunjukkan pencapaian paling memberangsangkan. "Berdasarkan laporan
yang dikeluarkan itu, Malaysia semakin menghampiri purata skor negara Pertubuhan
Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD)," katanya ketika mengumumkan
hasil laporan PISA 2015, petang tadi. Pengumuman bagi Laporan PISA2015
diadakan serentak di semua 72 negara yang mengambil bahagian dengan negara
jiran, Singapura mengungguli senarai terbabit, selain negara Asia seperti China,
Jepun dan Korea Selatan terus berada dalam senarai 10 negara dengan pencapaian
terbaik. Sampel PISA 2015 bagi peringkat Malaysia terdiri daripada 9,660 pelajar
Tingkatan Tiga dan Empat, 230 pentadbir dan 5,750 guru daripada 230 sekolah.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/220937

Anda mungkin juga menyukai