Anda di halaman 1dari 7

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

PENDAHULUAN

Kurikulum merupakan nadi penentu ke arah kewujudan sesebuah institusi pendidikan.


Pengurusan Kurikulum yang mantap dan bersistematik menjamin peningkatan prestasi
akademik sesebuah sekolah. Dasar Kurikulum yang jelas akan membantu sekolah mencapai
objektif dan matlamat penubuhannya.

DASAR 1 :

TENAGA PENGAJAR

1.1 Semua guru diberikan tugas mengajar mengikut keutamaan seperti berikut :-

Opsyen pengkhususan mereka.


Pengetahuan dan kepakaran.
Pengalaman bertugas.

1.2 Semua guru diberikan tugas mengajar tidak lebih dari 3 mata pelajaran berikut :-

Mata pelajaran opsyen


Dua mata pelajaran elektif

1.3 Semua guru diberikan peluang mengikuti pelbagai program dan aktiviti bertujuan
mempertingkatkan tahap :-

Kelayakan akademik dan ikhtisas


Pengetahuan
Pengalaman
Kemahiran

1.4 Semua guru dibenar dan digalak melaksanakan apajua pendekatan proses pengajaran &
pembelajaran yang boleh meningkatkan :-

Minat pelajar
Pencapaian pelajar

1.5 Semua guru digalakkan mencipta inovasi-inovasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran melalui :-

Idea-idea individu
Idea-idea rakan sejawat atau kumpulan-kumpulan lain.

DASAR 2 :

PENEMPATAN PELAJAR
2.1 Semua murid diwajibkan mempelajari semua mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah.

2.2 Semua pelajar Tingkatan 1 dan 4 akan ditempatkan ke kelas-kelas mengikut Gred Purata
Pelajar dalam UPSR /PT3 tetapi seimbang dari aspek :-

Jantina
Bangsa dan agama

2.3 Semua pelajar Tingkatan Dua hingga Tiga akan ditempatkan ke kelas seperti berikut :-

Kelas pertama bagi pelajar yang mempunyai potensi yang tinggi menghasilkan
kecemerlangan, berdasarkan pencapaian Penilaian Akhir Tahun sebelumnya.
Kelas-kelas berikutnya bagi menempatkan pelajar secara seimbang yang mempunyai
tahap potensi baik, sederhana dan kritikal. Namun demikian kes-kes berkaitan
perbezaan pengambilan mata pelajaran Moral dan Agama juga diambil kira.

2.4 Semua pelajar Tingkatan 5 yang terlibat dengan Peperiksaan Awam ditempatkan ke kelas
mengikut criteria :-

Kelas Projek Kecemerlangan bagi pelajar yang cemerlang dan potensi cemerlang. (
Ke arah Pencapaian Kualiti )
Kelas Projek Sumbangan bagi pelajar yang berprestasi baik dan sederhana. ( Ke arah
Pencapaian Kuantiti )
Kelas Projek Harapan bagi pelajar yang berprestasi lemah dan kritikal. ( Dipulihkan
untuk membantu pencapaian kuantiti )

2.5 Semua pelajar yang baru bertukar masuk dari sekolah lain akan ditempatkan ke kelas
berdasarkan kriteria berikut :-

Pencapaian akademiknya
Keseimbangan jantina dalam sesuatu kelas
Keseimbangan jumlah pelajar dalam sesuatu kelas

DASAR 3 :

PENEMPATAN GURU DISESUATU KELAS

3.1 Pentadbir sekolah berhak mengaturkan senarai tugas mengajar bagi setiap guru
berdasarkan kriteria berikut :-

Keperluan strategi sekolah


Kepakaran yang dimiliki setiap guru
Pengalaman mengajar setiap guru
Minat atau permintaan seseorang guru

DASAR 4 :

PENYEDIAAN BUKU REKOD MENGAJAR


4.1 Semua guru diwajibkan menyediakan buku rekod mengajar secara teliti dan terkini,
meliputi perkara berikut :-

Butiran Peribadi
Rancangan Pengajaran Tahunan
Rancangan Pengajaran Harian
Senarai Buku Rujukan
Senarai Nama Pelajar
Maklumat Aktiviti Penilaian

4.2 Rancangan Pengajaran Tahunan perlu disediakan mengikut kriteria berikut :-

Hendaklah ditaip.
Disediakan mengikut format ( Minggu / Tajuk / Objektif / Kemahiran / Catatan ).
Disediakan secara berperingkat mengikut Penggal Persekolahan
Sesi penggal pertama perlu disediakan sebelum minggu ketiga bulan Januari.
Diserahkan kepada Guru Besar untuk pengesahan.
Sesi penggal kedua perlu disediakan pada minggu ketiga bulan April. Diserahkan
kepada Guru Besa untuk pengesahan.

4.3 Rancangan Pengajaran Harian perlu ditulis setiap hari pembelajaran mengikut kriteria :-

Nyatakan kelas, masa dan mata pelajaran


Nyatakan tajuk, objektif pembelajaran pada hari berkenaan, kemahiran dan aktiviti
Tuliskan Refleksi pada setiap sessi pengajaran dan pembelajaran

4.4 Penyerahan Buku Rekod Mengajar ke pejabat adalah seperti berikut :-

Pada setiap hari Jumaat


Sekiranya guru berkursus melebihi 3 hari
Menggantikan kelas, guru perlu lekatkan slip jadual pengganti ke dalam buku
rekodnya

DASAR 5 :

LATIHAN MURID

5.1 Semua murid dikehendaki menggunakan buku latihan yang seragam, yang boleh
diperolehi dari :-

Kedai Koperasi Sekolah


Dibalut dengan pembalut plastik
Ditulis nama, kelas dan mata pelajaran
Tidak diconteng atau ditampal dengan pelbagai stiker

5.2 Setiap murid perlu mempunyai 3 buah buku latihan pada sesuatu masa, bagi setiap mata
pelajaran utama berikut :-

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Agama Islam / Moral

5.3 Murid perlu menuliskan perkara berikut setiap kali membuat latihan bertulis :-

Hari ( Dalam Bahasa Melayu dan Inggeris )


Tarikh ( Dengan lengkap dan kalendar Islam )
Arahan Latihan

5.4 Pemberian latihan kepada murid perlulah mengikut kriteria berikut:-

Setiap kali sesi pembelajaran dan pengajaran berlaku


Bilangan yang munasabah dengan kemampuan pelajar
Kepelbagaian bentuk dan format latihan
Berkaitan dengan kemahiran dan tajuk pada hari berkenaan
Latihan Kerja Rumah sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi setiap mata pelajaran
utama
Latihan dalam lembaran kerja perlu ditampal ke dalam buku latihan pelajar

DASAR 5 :

LATIHAN MURID

5.5 Pemeriksaan Latihan Murid perlu dilaksanakan oleh setiap guru mengikut garis panduan
berikut :-

Setiap kali latihan diberikan dengan kadar segera


Diperiksa dengan teliti
Dibetulkan oleh guru bagi setiap jawapan yang salah
Diberikan komen yang membina
Dipastikan murid membuat pembetulan sebelum latihan baru diberikan
Dicatitkan tarikh pemeriksaan
Buku latihan murid perlu dihantar ke pejabat pada setiap 3 bulan untuk pengesahan
Guru Besar atau Guru Kanan

5.6 Penggunaan Buku Kerja Tambahan perlu memenuhi syarat berikut:-

Mendapat kelulusan dan kebenaran khas dari Guru Besar


Kepada pelajar-pelajar tahap pencapaian Cemerlang sahaja

DASAR 6 :

PENILAIAN

6.1 Penilaian secara formatif dilaksanakan mengikut standard dan system seperti berikut :-

Ujian 1 dilaksanakan pada bulan Mac ( Meletakkan Target )


Ujian 2 dilaksanakan pada bulan Mei / Jun ( Pertengahan Tahun )
Ujian 3 dilaksanakan pada bulan Ogos
Ujian 4 dilaksanakan pada bulan Oktober
Setiap pelajar akan diberikan peluang menetapan sasaran pencapaian mereka bagi
setiap mata pelajaran utama
Pencapaian dalam Ujian 1 dan Ujian 3 akan diambil kira bagi tujuan pelaporan
prestasi Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun

6.2 Penilaian-penilaian lain akan dilaksanakan secara berterusan melalui kaedah berikut :-

Pemerhatian
Penghasilan Kerja Buku Latihan

DASAR 7 :

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

7.1 Program Enam Tahun Kecemerlangan Akademik perlu dirangka bagi setiap kategori
berikut :

Bermula dari Tahun Satu hingga Tahun Enam


Bagi setiap mata pelajaran utama
Meliputi aspek TOV, Sasaran dan Pencapaian Sebenar
Diwujudkan fail bagi setiap kelas

7.2 Program Jangka Panjang dan Jangka Pendek perlu disediakan oleh setiap Panitia Mata
Pelajaran Utama, yang merangkumi perkara berikut :

Matlamat dan Objektif


Sasaran Pencapaian dari aspek Kuantiti dan Kualiti
Huraian Projek / Aktiviti Utama dan Sokongan
Analisis Pencapaian
Post Mortem dan Penambahbaikan

DASAR 8 :

PENGANUGERAHAN DAN PENGHARGAAN

8.1 Anugerah Kecemerlangan Akademik diberikan kepada 5 orang pelajar bagi setiap kelas
berdasarkan pencapaian mata pelajaran utama.

8.2 Anugerah Kecemerlangan Kurikulum diberikan kepada 1 orang pelajar terbaik secara
keseluruhan bagi setiap aliran.

8.3 Anugerah Kecemerlangan Mata Pelajaran diberikan kepada 2 orang pelajar yang
mendapat markah purata tinggi bagi setiap mata pelajaran utama.

8.4 Anugerah Galakkan Akademik diberikan kepada 5 orang pelajar yang menunjukkan
peningkatan prestasi yang memberangsangkan.
8.5 Anugerah Kecemerlangan Sukan diberikan kepada 2 orang pelajar yang mencapai
pencapaian tertinggi dalam pernyataan aktiviti sukan.

8.6 Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum diberikan kepada 2 orang pelajar yang aktif
dalam aktiviti persatuan dan beruniform.

DADASAR 8 :

PENGANUGERAHAN DAN PENGHARGAAN

8.7 Anugerah Kecemerlangan Ko Akademik diberikan kepada 2 orang pelajar atau pasukan
yang mencapai tahap tertinggi ( peringkat negeri atau kebangsaan ).

8.8 Anugerah Kecemerlangan Sahsiah diberikan kepada 2 orang pelajar yang mempunyai
kriteria berikut :-

1. Disiplin yang tinggi


2. Berbudi bahasa
3. Rajin ke sekolah
4. Berketrampilan sebagai pemimpin

8.9 Anugerah Khas Bestari diberikan kepada setiap pelajar yang memperolehi keputusan
Cemerlang dalam Peperiksaan Awam ( PT3/SPM ).
8.10 Sijil Penghargaan akan diberikan kepada individu-individu berikut:-

1. Semua Penerima Anugerah


2. Pengawas Sekolah yang akan meninggalkan alam persekolahan rendah
3. Pengawas Pusat Sumber yang akan meninggalkan alam persekolahan rendah
4. Ketua Kelas yang akan meninggalkan alam persekolahan rendah
5. Guru-guru, staf sokongan yang menaburkan bakti cemerlang

8.11 Hari Anugerah Kecemerlangan diadakan pada bulan April setiap tahun.

OBJEKTIF PENGURUSAN KURIKULUM

Pengurusan Kurikulum Sekolah MKM................ telahpun menggariskan beberapa matlamat


yang perlu dan hendak dicapai. Matlamat-matlamat berikut adalah :-

1. Memastikan Pengurusan Pengajaran dan pembelajaran mematuhi


Standard Piawaian KPM
2. Merialisasikan hasrat sekolah sebagai pusat
kecemerlangan akademik
Mencapai kelulusan akademik
PT3 - 80% Lulus
SPM - 90% Lulus
3. Menyediakan prasarana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
4. Mengadakan sistem kawalan keberkesanan pelaksanaan program akademik
5. Merancang, melaksana dan mengawal selia pembangunan
program pengajaran dan pembelajaran.
6. Menggunakan pusat sumber sebagai pemangkin kepada
kecemerlangan akademik.
7. Meningkatkan tahap keprofesionalan guru melalui perkembangan staf.

Anda mungkin juga menyukai