Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANAH PUTIH

MINIT MESYUARAT KURIKULUM 3/2010

TARIKH : 10 JULAI 2010 (SABTU)


TEMPAT : BILIK MESYUARAT
MASA : 8.30 PAGI

SENARAI KEHADIRAN :

1. Encik Moy Wah Goon 23.Puan Rosnita Ahmad Kasrin


2. Encik Chan Seng Fook 24.Encik Senthil Nathan
3. Puan Noor Aini Bt. Muhammad 25.Puan Nor Azimah Bt. Hitam
4. Puan Lee Nyit Fong 26.Puan Noraini Bt. Ibrahim
5. Puan Yip Wai Lin 27.Puan Yap Chui Peng
6. Puan Megawati Bt. Mokhtar 28.Puan Wan Suziha Wan Md. Shukri
7. Encik Awang Mahadi B. Ali 29.Puan Nooraini Bt. Mat Jusoh
8. Puan Roshanilawatey Bt. Jusoh 30.Puan Wong Soon Moi
9. Cik Lim Poh Ling 31.Puan Madziah Bt. Abdullah
10. En. Sebastian Rajah A/L Singarajah 32.Puan Zaidom Bt. Muda
11.Puan Noraisah Bt. Abdul Rani 33. Puan Yeow Siew Eng
12.Puan Zaimuni Bt. Hamzah 34. Puan Nurul Aida Bt. Abdul Manaf
13.Puan Fauziah Bt. Abu Hassan 35.Puan Adzeilla Bt. Yaacob
14.Puan Lee Lai Kuen 36.Cik Ratha a/p Damodharan
15.Puan Rosiah Bt. Awang Ngah 37.Puan Nurshuhadah Mohammad
16.Puan Lim Hui Chin 38.Puan Zaleha Bt. Othman
17.Puan Yin Yoke Chan 39.Puan Rosni Bt. Che Hak
18.Cik Tan Shou Shan 40.Cik Fuziellah Bt. Abu Bakar
19.Puan Kuek Aye Noi 41.Puan Wan Zuwarisah W. Zaid
20.Pn. Chan Mee Lan 42.Puan Chan Wei Chi
21.Puan Noraihan Zainal Abidin 43.Encik Choy Pat Fon
22.Puan Theyvi a/p Ramasamy 44.Puan Zuraidah Bt. Ahmad

TIDAK HADIR BERSEBAB :


1) Encik Rangasamy a/l Muthusamy 6) Encik Lau Tim Bau
2) Puan Ezmah Bt. Mahmud 7) Encik Koh Teck Seng
3) Puan Roslina Bt. Tajul Arus 8) Puan Nor Ekelida Bt. Zakaria
4) Puan Izariah Bt. Ismail 9) Puan Nasfuzillah Bt. Ibrahim
5) Encik Eng Jeng Hong

AGENDA :

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi


Tuan Pengerusi selaku Pengetua SMKTP mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua
ahli J/K Kurikulum SMKTP ke mesyuarat Kurikulum kali ketiga bagi tahun 2010.

2. Membaca dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.


Dicadang oleh Puan Rosiah Bt. Ngah
Disokong oleh Puan Nor Azimah Bt. Hitam

1
3. Perkara berbangkit

3.1 Ujian dan Peperiksaan

Pengetua masih tidak berpuas hati dengan pengawalan kelas semasa ujian/ peperiksaan.
Tindakan : Semua guru

3.2 PCG – Tuan Pengetua berharap agar panita dapat membelanjakan baki wang yang masih ada dalam
panitia masing-masing. Tuan Pengetua meminta semua yang terlibat membuat perancangan rapi untuk
membelanjakan wang tersebut bagi peningkatan panitia dan unit masing-masing. Tuan Pengetua
mencadangkan agar wang Panitia Sivik atau Pendidikan Moral digunakan untuk membaik pulih semua
mural dan bekerjasama dengan Panitia Pendidikan Seni Visual.
Tindakan : Semua Ketua Panitia / Ketua Unit

3.3 Analisis Keputusan SPM 2009


– Pengetua mengharapkan agar Panitia Bahasa Melayu mengadakan program khas untuk
membantu sekolah meningkatkan prestasi mata pelajaran tersebut.
– Beliau menjelaskan bahawa kedudukan sekolah ditentukan oleh peratus lulus keseluruhan
yang ditentukan oleh mata pelajaran Bahasa Melayu. Buat masa ini kedudukan SMKTP adalah di
tangga 556 daripada 2198. SMKTP perlu berusaha untuk naik sekurang-kurangnya ke tempat 300
dalam masa dua tahun. Sasaran sekolah ialah tempat 256 pada tahun 2012.
– Tuan Pengetua menegaskan lagi semua guru perlu memainkan peranan yang penting
dalam bilik darjah agar P & P berjalan dengan berkesan seterusnya memberi impak positif terhadap
prestasi murid keseluruhannya.
Tindakan : Semua Guru

3.4 Seminar Menjawab Peperiksaan – sudah terlewat daripada yang dirancang. Beberapa orang Ketua
Panitia menjelaskan bahawa mereka sudah memberikan maklumat kepada Kaunselor sekolah dan panitia
yang terlibat sedang menunggu tindakan seterusnya daripada pihak berkenaan.
Tindakan : Kaunselor Sekolah

4. Analisis Peperiksaan PertengahanTahun

4.1 Berikut adalah perbandingan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 5 :

Ting. 5 Peratus Lulus GPS Keputusan 2010 lebih baik daripada


2010 62.47% 5.88 2009. Ini merupakan petanda yang baik
2009 55.39% 6.16 untuk Ting. 5 tahun ini.

- Pengetua menjelaskan bahawa terdapat 6 kelas yang lemah secara keselruhan.


- Beliau mengharapkan agar semua Guru Tingkatan dan Ketua-ketua Panitia
memberi tumpuan terhadap kelas-kelas tersebut.
- Menurut Pengetua lagi, mata pelajaran yang lemah ialah Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Sains, Matematik dan Geografi.
- Ketua Panitia perlu sediakan senarai lengkap untuk ‘near miss’ mengikut
kelompok, iaitu cemerlang, sederhana dan harapan lulus.

4.2 Berikut adalah perbandingan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 4 :

Ting. 4 Peratus Lulus GPS


2010 53.97 % 6.43
2009 55.61 % 5.97

2
- Pengetua meminta Ketua Panitia memberi tumpuan kepada kelas Ting. 4 tahun
ini. Menurut beliau, kelas yang agak baik hanyalah 4S1, 4S2, 4S4 dan 4J, manakala mata pelajaran
yang lemah banyak sangat.
- Mata pelajaran yang menunjukkan prestasi sederhana ialah Pendidikan Agama
Islam, Prinsip Akaun, ICT, Fizik, Biologi dan Kimia.

4.3 Berikut adalah perbandingan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 3 :

Ting. 3 Peratus Lulus GPS GPS lebih kurang sama, tetapi peratus
2010 27.15 % 3.44 lulus 2010 sangat ketara perbezaannya
2009 39.13 % 3.49 berbanding 2009.

- Pengetua meminta Ketua Panitia mengenal pasti murid yang gagal 1 atau 2
mata pelajaran.
- Sasaran untuk PMR 2010 ialah : GPS 2.61 dan peratus lulus pula 75.39% .
- Semua kelas adalah lemah kecuali 3K11, 3K12 dan 3K13.
- Ketua Panitia diminta rujuk keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun yang
lengkap di bilik GPK1 untuk mengenal pasti murid ‘near miss’ dan susun strategi peningkatan panitia
masing-masing dalam beberapa bulan ini.

4.4 Berikut adalah perbandingan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 2 :

Ting. 2 Peratus Lulus GPS


2010 24.61 % 3.74
2009 28.76 % 3.74

- Pengetua menjelaskan bahawa kelas yang agak baik hanyalah kelas 2K12
- Hampir semua murid lemah dalam semua mata pelajaran, kecuali Bahasa
Cina.

4.5 Berikut adalah perbandingan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 1 :

Ting. 1 Peratus Lulus GPS


2010 25.37 % 3.85
2009 26.17 % 3.78

- Pengetua menjelaskan bahawa kelas yang agak baik hanyalah kelas 1K12
- Hampir semua murid lemah dalam semua mata pelajaran. Mata pelajaran yang
berada di tahap sederhana ialah Bahasa Cina, Sains dan Matematik.
- Puan Lee Nyit Fong, GPK Petang menjelaskan bahawa walaupun 1K12
dianggap cemerlang, tetapi sudah nampak ada kemerosotan. Terdapat murid yang gagal dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu (2 orang), Sejarah (2 orang), dan KH1 (2 orang). Beberapa orang murid
dari kelas 1K13 pula gagal dalam mata pelajaran BM (3 orang), Sejarah (3 orang), KH1 (4 orang) dan
KH2 (6 orang). Peratus lulus untuk kedua-dua kelas tersebut ialah : 1K13 – 69.23% dan 1K12 –
87.0%

4.6 Berikut adalah perbandingan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Kelas Peralihan :

Peralihan Peratus Lulus GPS


2010 4.69 % 4.23
2009 18.42 % 4.02

3
- Pn. Lee Nyit Fong (GPK Petang) menjelaskan bahawa 2 orang guru Kelas
Peralihan cuti bersalin (Puan Izariah dan Puan Azuraini) dan seorang guru sedang sarat mengandung.
Cuti dalam tempoh yang panjang ini tanpa guru ganti yang sesuai merupakan satu faktor tidak
mencapai keputusan yang baik untuk kelas Peralihan.
- Tuan Pengetua menjelaskan bahawa mulai hari Isnin ini (12 Julai 2010), pihak
sekolah boleh dapatkan semua guru ganti kerana sudah ada peruntukan.

5. Strategi Peningkatan Prestasi Murid

5.1 Rancang Program Strategik

5.1.1 Tuan Pengetua meminta semua Ketua Panitia memberi cadangan kepada GPK1 program yang
hendak dijalankan. GPK1 diminta menentukan tempat yang boleh digunakan sama ada untuk
mengadakan bengkel mata pelajaran atau kelas tambahan (pengukuhan dan pemulihan).

5.1.2 Pengetua mengingatkan sekali lagi, Ketua Panitia dan Kauselor sekolah perlu memainkan
peranan masing-masing untuk meningkatkan prestasi murid. Ketua Panitia juga diminta
menyerahkan post-mortem, terutama yang melibatkan mata pelajaran yang lemah untuk semua
tingkatan, tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

5.1.3 Cadangan : Program Anak Angkat atau Mentor-Mentee untuk ‘near miss’ cemerlang satu mata
pelajaran.

5.1.4 Satu papan tanda (di luar Bilik Riso) telah disediakan untuk guru mencatat/ merekod apa-apa
sahaja aktiviti yang dijalankan. Ini adalah untuk memudahkan pihak pentadbir sekiranya
dihubungi oleh ibu bapa/ penjaga yang bertanyakan anak-anak mereka.
Tindakan : semua Ketua Bidang / Ketua Panitia

5.2 Pertukaran kelas murid sesi petang

5.2.1 Pertukaran kelas murid sesi petang ke blok baru sebagaimana yang dibincangkan dalam
mesyuarat kurikulum yang lepas tidak dapat dilaksanakan atas beberapa faktor.

5.2.2 Beberapa tempat telah dikenal pasti untuk dijadikan bilik bagi kelas tambahan yang bakal
diadakan oleh panitia yang terlibat. GPK1 akan memaklumkan kepada Pn. Ezmah untuk
diselaraskan.

5.3 Penggunaan bahasa

5.3.1 Puan Yip (GK Bahasa) memberi pendapat bahawa kelemahan mata pelajaran Bahasa Melayu dan
usaha untuk meningkatkan peratus lulus BM tidak boleh dibebankan hanya kepada Panitia
Bahasa Melayu. Ini adalah tanggungjawab semua guru termasuk kaunselor. Tambah Pn. Yip
lagi, sepatutnya guru-guru perlu kurangkan penggunaan bahasa Cina apabila berkomunikasi
dengan murid-murid Cina, lebih-lebih lagi semasa P & P (kecuali BC). Dengan cara ini, murid-
murid dapat dilatih menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan lebih baik.

5.3.2 Pengetua meminta agar guru-guru tidak menggunakan banyak sangat bahasa Cina apabila
berurusan dengan murid. Pengetua minta Ketua Panitia menyampaikan perkara ini dalam
mesyuarat panitia nanti. Galakkan murid guna bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam
sebarang urusan dengan guru atau pihak pentadbir.

4
5.3.3 Encik Choy mencadangkan agar pihak sekolah menjemput orang luar untuk menjelaskan betapa
pentingnya menguasai bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina demi membuka minda mereka
untuk meningkatkan prestasi Bahasa Melayu.

6. Hal-hal lain

6.1 Bilik Khas Folio / Kerja Kursus


- Encik Chan Seng Fook (GPK1) menjelaskan bahawa pihak sekolah telah
menyediakan bilik khas (di sebelah Bilik Peperiksaan) untuk menyimpan folio dan fail kerja kursus
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Moral,
Sejarah, Geografi dan Pendidikan Islam.
- Untuk mata pelajaran Sains dan Pendidikan Seni Visual, bahan atau fail PBS kekal
disimpan di makmal dan juga di bilik PSV.
Tindakan : Semua Ketua Panitia

6.2 Pencerapan P & P


- Borang pencerapan perlu diserahkan kepada GPK1 sebaik sahaja selesai membuat
pencerapan P & P dan juga buku latihan murid.
- Ketua Panitia diminta memaklumkan kepada semua ahli panitia (dalam mesyuarat
selepas ini), berkait dengan teknik P & P dalam bilik darjah. Hasil daripada pemantauan yang
dilakukan oleh pihak pentadbir, terdapat guru tertentu yang duduk di kerusi sehingga selesai 2 waktu
pengajaran.
Tindakan : Semua Ketua Bidang / Ketua Panitia

6.3 Isu murid tidur dalam kelas


- Masih tidak banyak berubah.
- Puan Rosnita mencadangkan agar kerusi murid yang selalu tidur semasa P & P
diambil dan biarkan mereka tidur sambil berdiri atau tidur di atas lantai kelas.
- Tuan Pengetua bersetuju dengan cadangan tersebut bagi mengatasi masalah murid
yang suka tidur dalam kelas. Guru juga dibenarkan mengambil gambar semasa mereka tidur untuk
dijadikan bukti sekiranya dibangkitkan oleh ibu bapa/ penjaga murid yang terlibat. Guru-guru
diminta jangan biarkan murid-murid ini tidur dalam keadaan yang selesa.
Tindakan : Semua guru

6.4 Penarafan Bintang Makmal Sains


- Ketua Bidang Sains, Puan Ezmah Mahmood menjelaskan pihak JPNP akan
melaksanakan penarafan Bintang Makmal Sains. Guru-guru boleh melayari laman web PPD Kuantan
untuk mendapat maklumat yang lebih jelas.
Tindakan : Panitia Sains

6.5 Latihan Tambahan untuk Murid


- Semua guru diminta menyediakan latihan tambahan untuk diberi kepada semua
murid semasa cuti sekolah dan semasa cuti hujung minggu yang panjang (yang bersambung dengan
cuti umum).
Tindakan : Semua guru

6.6 Minggu JUJ


- Ketua Bidang diminta memikirkan pelaksanaan program JUJ ini.

6.7 Soalan Ujian/ Peperiksaan


- Soalan yang disediakan perlu disemak dan disahkan oleh Ketua Panitia atau Ketua Bidang.

5
- Puan Lee Nyit Fong menjelaskan ada guru yang mengadu bahawa terdapat soalan
ujian yang tidak ada jawapan menyebabkan banyak markah bonus diberi kepada murid. Perkara ini
berlaku kerana soalan yang disediakan kemungkinan tidak disemak betul-betul.
- Cadangan : guru boleh mendapatkan soalan daripada bank soalan panitia masing-
masing. Soalan yang tidak ada jawapan perlu dikeluarkan dan peratus dikira mengikut jumlah soalan
yang dikemukakan.
Tindakan : Semua guru

6.8 Mesyuarat mengikut Bidang


- Puan Nooraihan Zainal Abidin (KP Sejarah) mencadangkan agar mesyuarat diadakan
mengikut bidang bagi menjimatkan masa.
- Keputusan : Tuan Pengetua menjelaskan bahawa cadangan ini boleh
dipertimbangkan pada tahun hadapan. Boleh jalankan mengikut bidang tetapi minit mesyuarat
berasingan. Walau bagaimanapun, mesyuarat panitia BM, BI, Bahasa Tamil dan Bahasa Cina perlu
dijalankan berasingan.
Tindakan : semua Ketua Panitia

6.9 Kehadiran murid yang tidak memuaskan


- Menjawab soalan yang dikemukakan oleh Puan Zuraidah Ahmad berkait dengan
tindakan terhadap murid yang kerap tidak hadir ke sekolah, Puan Noor Aini Muhammad (GPK HEM)
menjelaskan bahawa pada penggal lepas beliau telah mengenal pasti kelas-kelas yang peratus
kehadiran murid adalah rendah.
- Murid-murid berkenaan telah dirujuk kepada kaunselor untuk diberi kaunseling
secara berkelompok.
- Pihak sekolah juga telah memaklumkan perkara ini kepada ibu bapa dan memanggil
mereka untuk datang ke sekolah bertemu dengan kaunselor.
Tindakan : Guru Tingkatan dan Kaunselor

Sebelum mengakhiri mesyuarat J/K Kurikulum kali ketiga ini, Tuan Pengetua mengingatkan dan
mengharapkan agar semua ahli sentiasa menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi demi
peningkatan prestasi sekolah. Kerja secara berpasukan akan dapat menghasilkan kejayaan yang bermakna.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.45 pagi.

:Disediakan oleh Disemak dan disahkan oleh :

..………………tt…………… ……………tt…………….
ROSHANILAWATEY JUSOH ENCIK MOY WAH GOON
Pengetua
SMK Tanah Putih.