Anda di halaman 1dari 22

ASAS PENTADBIRAN AWAM GMGA 1013

1.0 Pengenalan

Dasar menurut Kamus Dewan bermaksud pertimbangan seperti cara, sistem dan lain-lain
yang asas. Bagi sesebuah negara, dasar biasanya dikaitkan dengan polisi kerajaan dalam usaha
mencapai sesuatu tujuan atau matlamat yang telah ditetapkan. Secara ringkasnya, dasar dapatlah
didefinisikan sebagai perkara yang merujuk kepada prinsip, haluan, sikap, pandangan serta
pegangan secara kolektif yang diambil dan dilaksanakan oleh pihak pemerintah sesuatu negara
atau organisasi. Dasar juga adalah sesuatu yang dirujuk sebagai maklumbalas terhadap sesuatu
permintaan yang dikemukakan oleh kumpulan yang berkepentingan supaya sesuatu perkara yang
ditimbulkan akan diselesaikan dengan segera.

Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, terdapat banyak dasar yang telah diwujudkan
setiap dasar yang dibentuk mempunyai matlamat dan tujuannya yang tersendiri. Sesuatu isu pula
timbul apabila wujudnya masalah dalam sesuatu masyarakat yang mana menuntut supaya
tindakan tertentu diambil terhadap hal tersebut. Tujuan dasar dilaksanakan adalah untuk
menyatakan pandangan, sikap dan prinsip sesebuah kerajaan dan badan berautoroti dalam
sesebuah perkara sebagai panduan dan asas semua pihak yang terlibat.

Kewujudan dasar adalah berpunca daripada sesuatu masalah. Masalah yang dimaksudkan
ialah sesuatu masalah yang dihadapi oleh sebilangan besar masyarakat di mana penyelesaiannya
adalah di luar kemampuan mereka. Masalah ini sering menjadi serius sehingga menjadi satu isu
dan diolah dalam bentuk tuntutan kerajaan. Walau bagaimanapun, tidak semua masalah yang
dibangkitkan oleh masyarakat memerlukan pembuat dasar mencari dan mengenal pasti punca isu
itu.

2.0 Proses Penggubalan Dasar.

Sesuatu dasar dibentuk untuk memenuhi objektif-objektif sosio-ekonomi sesebuah


negara. Dasar ini juga mencerminkan nilai dan aspirasi kerajaan dalam menyelesaikan segala
masalah dan halangan yang dihadapi. Oleh kerana dasar ini bersifat dinamik, maka dasar sentiasa
berubah-ubah mengikut nilai-nilai masyarakat dan kepimpinana mengikut masa. Oleh yang
demikian, dasar perlu dibentuk supaya sesuai dengan ciri-ciri dan keperluan semasa negara. Pada

1 218376
ASAS PENTADBIRAN AWAM GMGA 1013

masa yang sama, dasar merupakan satu proses yang kompleks kerana melibatkan pelbagai pihak
yang berkepentingan dalam membuat keputusan.

Peranan kerajaan dalam melaksanakan dasar bertujuan untuk membantu mengenal pasti
dan menyelesaikan masalah dalam masyarakat atau negara. Tindakan dasar hdala berdasarkan
persetujuan pihak kerajaan membuat keputusan dan tindakan yang diambil terhadap sesuatu isu.
Tindakan kerajaan dalam melaksanakan sesuatu dasar akan melalui proses yang kompleks dan
panjang. Hal ini untuk memastikan agar pelaksanaan sesuatu dasar akan memberikan manfaat
kepada masyarakat khususnya bagi kumpulan yang disasarkan.

Secara umum, peringkat pelaksanaan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan meliputi
beberapa peringkat, iaitu proses yang dilalui adalah proses mengenal pasti masalah,
mengemukakan alternatif yang sesuai, merancangkan tindakan dasar yang sesuai, hasil dasar.
Peringkat terakhir yang dilalui adalah penilaian sejauh mana hasil dasar telah dapat
menyelesaikan masalah yang timbal dalam masyarakat.

Proses mengenal pasti masalah merupakan sesuatu nilai, kehendak atau peluang yang
boleh diperolehi melalui tindakan orang awam. Pendekatan atau cara seseorang melihat sesuatu
masalah itu daripada pelbagai sudut akan menentukan bagaimana cara atau kaedah yang akan
digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Maklumat yang kurang tepat atau tidak betul
pada tahap mengenal pasti masalah akan menyebabkan masalah yang sebenar tidak dapat
diselesaikan.

Seterusnya, alternatif dasar pula adalah pelbagai tindakan dan usa yang akan memberi
sumbangan dalam mengurangkan sesuatu masalah dasar. Alternatif yang hendak diputuskan
bergantung pada maklumat yang diperolehi. Namur, adakalanya maklumat yang diperolehi
mungkin tidak mencukupi, tidak mempunyai kaitan, atau sudah lapuk dalam menyelesaiakan
masalah yang dihadapi. Kerana itu, usaha dalam mencari alternatif masalah memerlukan tenaga
kreativiti, intuisi dan pertimbangan yang cekap serta kepakaran dalam bidang masalah yang
hendak diselesaikan.

Di samping itu, tindakan dasar pula merupakan satu kaedah yang tindakan yang diambil
dalam usaha mencapai hasil yang dikehendaki. Dalam mengambil sesuatu tindakan dasar,

2 218376
ASAS PENTADBIRAN AWAM GMGA 1013

juruanalisa perlu mengambil tahu tentang kesan positif dan negatif sesuatu tindakan yang akan
diambil. Oleh yang demikian, maklumat berkenaan tindakan dasar itu boleh diperolehi Melalui
proses peramalan dan penilaian terhadap hasil yang diharapkan dari tindakan yang hendak
diambil.

Hasil dasar merupakan kesan tindakan dasar yang diambil. Apabila hasil dasar telah
diperolehi, maka penilaian dasar akan dilakukan untuk melihat sejauhmana hasil dasar itu dapat
mencapai objektif dasar atau dapat mengatasi masalah yang hendak diselesaikan. Justeru itu,
analisis dasar ini boleh juga dianggap sebagai satu cara untuk merangka masalah agar sesuatu
masalah itu dapat diselesaikan. Sekiranya masalah itu tidak dapat mencapai hasil yang
diharapkan, maka masalah itu akan dikaji dan dirangka semula atau alternatif lain akan difikirkan
sehingga memperolehi hasil yang optimum.

3.0 Dasar Penswastaan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, penswastaan membawa maksud tindakan atau
perihal untuk memindahkan perkhidmatan dan perusahaan yang diurus oleh kerajaan kepada
pengendalian pihak swasta. Penswastaan juga dapat didefinisikan sebagai pelaburan atau
kepentingan kerajaan sama ada yang sedia atau yang baru dikendalikan oleh sektor swasta.
Keseluruhannya dapat difahami bahawa penswastaan adalah suatu proses pemindahan aktiviti
dan fungsi yang pada tradisinya merupakan tanggungjawab sektor awam kepada sektor swasta.

Dasar Penswastaan telah dilancarkan oleh Dato Seri Dr. Mahathir iaitu mantan Perdana
Menteri Malaysia pada sekitar tahun 1983. Penswastaan ini telah mendapat perhatian oleh beliau
selepas 2 tahun perlantikannya sebagai perdana menteri. Dasar ini dilancarkan selepas Dasar
Pensyarikatan Malaysia diperkenalkan dan ianya menyentuh peranan pihak swasta dalam
pembangunan dan pentadbiran negara. Hakikatnya, Dasar Pensyarikatan Malaysia dan Dasar
Pandang Ke Timur kurang menampakkan keberkesanan dalam segi pelaksanaannya, maka bagi
memperbaiki keadaan ini, Dasar Penswastaan telah diberikan demensi baru. Demensi baru ini
juga wujud selepas perlantikan En. Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan pada
pertengahan tahun 1984 dan krisis ekonomi pada tahun 1985-1986. Perlantikan beliau telah
membawa nafas baru kepada Dasar Penswastaan yang telah diperkenalkan ini.

3 218376
ASAS PENTADBIRAN AWAM GMGA 1013

3.1 Rasional.

Rasional utama Dasar Penswastaan ini dapat dilihat melalui ucapan Dato Seri Dr.
Mahathir iaitu

Dalam menguruskan sesebuah pengurusan, kerajaan-kerajaan di mana jua di dunia


adalah terkenal dengan ketidakcekapannya walaupun dibantu dengan unsur-unsur
monopoli dan kuasa kerajaan. Sebaliknya sektor swasta didapati lebih cekap dan
lebih bermotivasi. Adalah menjadi harapan kerajaan agar penswastaan dapat
meningkatkan prestasi ekonomi dan perkhidmatan keseluruhannya yang seterusnya
akan menghasilkan peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi negara yang lebih
tinggi.

Hal ini menunjukkan bahawa penswastaan adalah bertujuan untuk meningkatkan


ekonomi negara akibat daripada kemeseletan ekonomi dunia yang berlaku ketika itu. Dengan itu,
kerajaan tidak dapat membelanjakan lebih banyak peruntukan kewangannya bagi tujuan
pembangunan maka dasar ini telah banyak membantu bagi memulihkan ekonomi negara. Selain
itu juga, kerajaan juga mahu mengubah prestasi agensi-agensi yang memberi perkhidmatan
awam kepada orang ramai agar ianya menjadi lebih sistematik dan bersesuaian dengan ekspetasi
masyarakat.

3.2 Objektif Dasar Penswastaan.

Terdapat beberapa objektif yang telah digariskan oleh kerajaan semasa merangka Dasar
Penswastaan ini. Antara objektif dasar ini adalah untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan
dan pentadbiran kerajaan. Umum ketahui Perbelanjaan Pembangunan di bawah Rancangan
Malaysia Keempat dianggarkan telah meningkat hampir 4 kali ganda berbanding perbelanjaan
kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kedua. Hal ini menyebabkan saiz perbelanjaan kerajaan
semakin meningkat, oleh itu kerajaan telah mengambil langkah bagi menyerahkan beberapa
kegiatan komersial kepada swasta. Dengan ini, ianya dapat mengurangkan bebanan kewangan
kerajaan.

Objektif lain adalah untuk meninggikan tahap kecekapan dan meningkatkan daya
pengeluaran. Dasar penswastaan adalah bertujuan bagi meningkatkan lagi kecekapan dan daya
4 218376
ASAS PENTADBIRAN AWAM GMGA 1013

produktiviti dalam kegiatan ekonomi, khususnya dalam kegiatan yang selama ini disediakan oleh
sektor awam. Banyak rungutan dan aduan dibuat oleh orang ramai mengenai soal prestasi agensi-
agensi yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kepada orang awam dan sektor
swasta. Kelambatan sering dijadikan punca utama dalam kelemahan menyediakan perkhidmatan
mahupun dari segi pengurusan yang diterima oleh orang ramai. Oleh itu penswastaan merupakan
cara terbaik bagi mengatasi permasalahan ini. Matlamat sektor swasta adalah mencari
keuntungan tanpa ada kongkongan daripada peraturan-peraturan bioraksi perkhidmatan awam.
Dengan ini, persaingan antara syarikat-syarikat akan berlaku seterusnya akan dapat mewujudkan
mutu perkhidmatan yang tinggi dengan kadar bayaran yang rendah.

Objektif ketiga adalah menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. Satu lagi unsur
penting di sebalik penswastaan ialah keperluan untuk mempercepatkan lagi pertumbuhan
ekonomi negara. Peranan sektor swasta yang lebih giat dalam projek pembangunan akan dapat
memberi sumbangan ke arah pencapaian objektif ini. Apabila banyak syarikat swasta
ditubuhkan maka persaingan akan berlaku di antara mereka. Hal ini secara tidak lansung dapat
mengerakkan ekonomi negara kita dengan tindakan kerajaan yang mengenakan cukai kepada
syarikat-syarikat berkenaan. Hasil ini dapat digunakan bagi menambah pembiayaan rancangan-
rancangan pembangunan negara.

3.3 Kebaikan Dasar Penswastaan.

Terdapat pelbagai faedah atau kebaikan yang dapat diperolehi oleh semua golongan
terutamanya kepada pekerja, rakyat mahupun kepada kerajaan dan negara setelah wujudnya
dasar penswastaan. Pelbagai faedah yang dapat diterima oleh pekerja. Antaranya melalui
penswastaan, pekerja diberikan kelebihan dari segi skim gaji berbanding dengan sektor kerajaan.
Umum ketahui, gaji pekerja swasta adalah lebih tinggi berbanding dengan penjawat awam. Hal
ini sekaligus dapat menambah pendapatan keluarga yang sedia ada berbanding sebelum
wujudnya penswastaan. Selain itu juga, pekerja juga diberi peluang yang lebih baik untuk
peningkatan dalam kerjaya. Hal ini kerana, pihak swasta lebih gemar menghantar pekerjanya ke
luar negara bagi menambahkan kepakaran mereka yang sedia ada dengan melihat sistem kerja
yang lebih baik dan canggih di negara-negara maju seperti Jepun. Penswastaan juga dapat
memberikan peluang pekerja untuk memiliki saham sesuatu organisasi. Hal ini adalah

5 218376
ASAS PENTADBIRAN AWAM GMGA 1013

sebahagian daripada ganjaran yang diperolehi setelah mereka memberi perkhidmatan yang
terbaik kepada orang dan setrusnya menguntungkan sesuatu organisasi itu.

Dasar penswastaan dikira dapat memberi faedah kepada rakyat apabila dengan adanya
penswastaan, rakyat menerima perkhidmatan yang lebih cekap dan teratur. Contohnya selepas
Tenaga Nasional Berhad diswastakan, perkhimatan bekalan elektrik lebih efisen apabila
pelanggannya menghadapi masalah. Selain itu juga, dalam jangka masa yang panjang pengguna
dapat membayar perkhidmatan yang disediakan oleh agensi perkhidmatan yang diswastakan
dengan bayaran yang murah kerana adanya persaingan antara sebuah syarikat dengan syarikat
lain dalam menjalankan perkhidmatan yang sama bagi merebut hakmilik sesuatu perusahaan itu
sekaligus rakyat mendapat perkhidmatan yang bermutu dari semasa ke semasa. Penswastaan
yang dijalankan ini dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat. Hal ini dapat
mengatasi masalah pengangguran yang berlaku di Malaysia seterusnya dapat mengurangkan
gejala sosial yang berleluasa kini akibat akibat daripada pengganguran.

Kerajaan atau negara juga dapat menikmati banyak faedah daripada penswastaan ini.
Anataranya, penswastaan dilihat sebagai jalan keluar untuk mengatasi masalah hutang sektor
awam yang lebih besar, juga bagi menghadkan pertumbuhan sektor awam dan mengurangkan
perbelanjaan yang sia-sia. Selain itu juga, penswastaan juga dapat membayar perbelanjaan
kerajaan melalui hasil tambahan iaitu cukai-cukai yang dikenakan oleh kerajaan bagi syarikat-
syarikat swasta. Dengan adanya penswastaan juga, kerajaan lebih prihatin terhadap
perkhidamatan-perkhidmatan yang tidak diswastakan. Hal ini akan menyebabkan sesebuah
perkhidmatan itu akan lebih sistematik dan tersusun sekiranya kerajaan tidak memegang semua
perkhidmatan yang ditawrkan kepada orang ramai.

3.4 Keburukan Dasar Penswastaan.

Pelaksanaan Dasar Penswastaan di negara ini memperlihatkan kebaikan yang mampu


untuk memajukan pelbagai sektor dalam negara sebagai contoh sektor ekonomi negara yang
telah berkembang pesat kini. Walau bagaimanapun, pelaksanaan dasar ini juga telah mengundang
keburukan kepada negara. Penswastaan sepenuhnya dalam sesetengah sektor juga mampu
mengundang masalah kepada rakyat atau pengguna. Antaranya, rakyat akan terbeban dari segi
kewangan akibat daripada sesetengah pihak swasta yang mahukan keuntungan semata-mata
6 218376
ASAS PENTADBIRAN AWAM GMGA 1013

dalam memberikan perkhidmatannya. Kebanyakannya, masalah ini dihadapi oleh masyarakat


pendalaman yang berpendapatan rendah. Jika sektor penting seperti pendidikan dan kesihatan
diswastakan sepenuhnya, maka mereka ini tidak akan mampu mendapatkan perkhidmatan ini.

Selain itu juga, Dasar Penswastaan juga boleh mewujudkan eksploitasi antara pihak
swasta kepada pengguna atau rakyat. Pelaksanaan dasar ini juga akan menggugat kedudukan
sektor awam yang sedia ada. Ini kerana, bagi mereka yang berpendapatan tinggi mereka akan
lebih memilih perkhidmatan yang ditawarkan oleh sektor swasta walaupun caj yang dikenakan
agak tinggi tetapi mereka tidak perlu mengikut prosedur yang merumitkan. Mereka juga snggup
mengeluarkan wang lebih asalkan perkhidmatan yang dikehendaki diperoleh dengan cepat dan
memenuhi citarasa mereka.

3.5 Bentuk Penswastaan.

Penswastaan mengandungi beberapa bentuk. Pemilihan bentuk-bentuk organisasi


penswastaan yang sesuai ini adalah bergantung pada corak kegiatan yang diswastakan serta ciri-
ciri yang terdapat dalam kegiatan yang berkenaan. Antara bentuk penswastaan yang diwujudkan
ialah penswastaan secara menyeluruh. Penswastaan ini berlaku secara penuh atau keseluruhan
iaitu 100 peratus hakmilik kerajaan dalam kegiatan sekarang, diserahkan atau dimiliki oleh
sektor swasta. Segala hakmilik, penguasan dan pengurusan kerajaan terhadap perusahaan
berkenaan akan berpindah ke sektor swasta. Oleh yang demikian, kerajaan tidak lagi mempunyai
kepentingan dalam perusahaan tersebut kerana ianya telah dipindah milik sepenuhnya kepada
sektor swasta.

Selain itu, bentuk penswastaan lain ialah penswastaan secara sebahagian. Hal ini berbeza
dengan penswastaan secara menyeluruh kerana kerajaan masih lagi mempunyai hal milik
terhadap sesuatu perusahaan walaupun hanya sebahagian sahaja. Pemindahan hak milik antara
sektor swasta dan kerajaan adalah hanya sebahagian dan penguasan kerajaan adalah bergantung
pada peratus hakmilik yang dipegang olehnya. Taraf hakmilik suatu kepentingan atau perusahaan
yang dipindah untuk dikendalikan secara syarikat biasanya akan berbeza mengikut keadaan.
Contohnya, sebuah perusahaan akan dimiliki oleh kerajaan sekiranya kerajaan memiliki lebih 50
peratus daripada modal saham syarikat berkenaan dan sebaliknya. Contoh penswastaan secara
sebahagian boleh dilihat melalui Syarikat Airod Sdn.Bhd.
7 218376
ASAS PENTADBIRAN AWAM GMGA 1013

Penswastaan secara terpilih juga merupakan salah satu bentuk penswastaan yang terdapat
di Malaysia. Bentuk penswastaan ini adalah suatu keadaan apabila sesebuah agensi yang
bertanggungjawab kepada perkhidmatan-perkhidmatan tertentu , mnejual atau memajakkan satu
bahagian tertentu sahaja daripada perkhidmatnnya sementara terus memiliki, menguasai dan
menguruskan bagi perkhidmatan yang selebihnya. Penswastaan secara terpilih ini tidak
melibatkan bentuk hakmilik, penguasaaan atau pengurusan bagi perkhidmatan atau kepentingan
yang dirancang untuk diswastakan. Sesuatu perkhidmatan ini kemungkinan akan dimiliki
sepenuhnya atau sebahagian oleh pihak swasta. Contohnya, Dermaga Kontena Pelabuhan Klang.

Seterusnya, penswastaan berbentuk pengurusan, bercorak perniagaan swasta. Konsep ini


sering diguna pakai oleh kerajaan dalam memberikan perkhidmatan kepada orang ramai. Pada
umumnya, pengurusan bercorak perniagaan ini bermaksud pengurusannya adalah berpandukan
kepada beberapa amalan atau prnsip perniagaan dan itu tidak melibatkan apa-apa pemindahan
hakmilik, penguasan atau pengurusan kerajaan. Bentuk penswastaan lain ialah penswasataan
secara kontrak, penswastaan secara pajakan dan penswastaan berbentuk pengurusan swasta.

4.0 Telekom Malaysia.

4.1 Sejarah PenubuhanTelekom Malaysia.

Pada mulanya, penubuhan Jabatan Telekom Malaysia telah ditubuhkan di bawah Akta
Telekumunikasi 1950. Manakala jabatan ini juga merupakan satu-satunya jabatan yang
menyediakan perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia, maka kuasa perkhidmatan
telekomunikasi telah dimonopoli oleh jabatan ini. Sehubungan itu, Jabatan Telekom Malaysia
beroperasi di bawah sebuah jabatan kerajaan iaitu di bawah Kementerian Tenaga Telekom dan
Pos dan semua pengurusan adalah tertakluk di bawah penguasaan kerajaan.
Jabatan Telekom Malaysia bertanggungjawab di bawah pihak kerajaan untuk
menyediakan perkhidmatan telekomunikasi seperti perkhidmatan telefon, teleks, telegram,
penyiaran, kawalan penerbangan dan komunikasi dalam kecemasan. Objektif Jabatan Telekom
Malaysia di bawah pihak kerajaan ialah untuk menyediakan perkhidmatan telekomunikasi yang

8 218376
ASAS PENTADBIRAN AWAM GMGA 1013

cekap dan moden di dalam dan di luar negeri untuk memenuhi keperluan negara, di samping
memastikan bayaran perkhidmatan berpatutan dikenakan ke atas pelanggan.
Apabila Jabatan Telekom Malaysia ini telah diswastakan pada tahun 1990 iaitu menjadi
Syarikat Telekom Malaysia Berhad iaitu melalui Dasar Penswastaan di bawah pimpinan
DatoSeri Dr. Mahathir Mohammad maka terdapat banyak perubahan-perubahan yang telah
dibuat bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan dalam telekomunikasi. Terdapat banyak faktor
mengapa jabatan ini telah diswastakan iaitu antaranya, pada masa itu negara kita mengalami
kemerosotan ekonomi menyebabkan beberapa jabatan kerajaan terpaksa diswastakan. Hal ini,
termasuklah kos penyelenggaraan telekom yang tidak dapat ditampung oleh kerajaan serta
pembaikan kemudahan yang rosak.

4.2 Kebaikan TM Selepas Diswastakan.


Dalam Dasar Penswastaan dilaksanakan pastinya menuju kepada kebaikan yang telah
difikirkan dan dirancang bagi mendapat input yang terbaik kepada negara, iaitu pelbagai projek
telah dirancang terlebih dahulu. Tetapi walaupun negara mencapai kemajuan yang terlaksana
melalui Dasar Penswastaan sudah pasti terdapat beberapa kelemahan yang akan dihadapai dan
perlu dibendung agar kesemua perkhidmatan telekomunikasi dapat dimanfaatkan oleh semua
golongan.
Terdapat beberapa kebaikan yang dapat masyarakat nikmati apabila Syarikat Telekom
Malaysia Berhad ini telah diswastakan antaranya, masyarakat dapat menikmati perkhidmatan
yang lebih baik, cekap, cepat dan senang. Sebagai contoh, sebelum TM belum diswastakan
perkhidmatannya hanya tertumpu kepada telefon dan telegram dan perkhidmatannya agak lambat
tetapi setelah diswastakan TM telah mempelbagaikan perkhidmatan yang disediakan seperti
kemudahan internet iaitu penggunaannya yang semakin berleluasa bukan sahaja di Malaysia
tetapi diseluruh dunia. Merujuk kepada lampiran 2 yang menyatakan penggunaan perkhidmatan
komunikasi sebelum diswastakan dan selepas diswastakan. Jelas menyatakan peningkatan yang
amat ketara selepas diswastakan.
Selain itu, melalui penswastaan TM akan dapat membantu kepada banyak usahawan
untuk meluaskan perniagaan bukan sahaja dalam negara tetapi di seluruh dunia iaitu melalui
kemudahan internet, yang tidak menggunakan banyak kos untuk mempromosikan produk atau
apa-apa saja. Sehubungan itu, dengan mencari rakan perniagaan juga lebih mudah berbanding
sebelum TM diswastakan kerana perkhidmatan seperti ini adalah amat terhad.

9 218376
ASAS PENTADBIRAN AWAM GMGA 1013

Selain itu, kebaikan yang dapat dinikmati setelah TM diswastakan juga memberi banyak
keuntungan kepada kerajaan iaitu apabila keuntungan TM semakin meningkat maka sedikit
sebanyak dapat memberi pendapatan kepada kerajaan seperti cukai. Merujuk kepada Lampiran 1
menunjukkan perbezaan TM sebelum diswastakan dan selepas diswastakan iaitu pulangan asset,
hasil dan sebagainya menunjukkan peningkatan. Malah, apabila pendapatan kerajaan meningkat
maka kerajaan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan awam yang lain dengan membuat
projek-projek pembangunan yang lain pula melalui hasil cukai yang diperolehi setelah TM
mendapat keuntungan dan kebaikannya untuk semua rakyat.
Disamping itu, juga memberi kebaikan kepada semua lapisan masyarakat dengan banyak
menyediakan pondok telefon, telefon kediaman dan sebagainya untuk memberi kesenangan
kepada masyarakat tidak kira dalam apa-apa jua situasi sama ada kecemasan ataupun untuk
kegunaan peribadi. Pihak TM juga tidak mengabaikan tanggungjawabnya seperti menyediakan
satu panggilan percuma 999 untuk kecemasan yang dituntut dalam Akta Komunikasi iaitu setiap
syarikat perkhidmatan komunikasi wajib untuk menyediakan panggilan kecemasan secara
percuma. Semasa diawal penswastaan telekom, syarikat ini telah mempromosi perkhidmatannya
dengan memberi telefon rumah dan pemasangan secara percuma kepada rakyat agar
perkhidmatannya lebih meluas dan dikenali. Hal ini, menunjukkan kecekapan yang sangat baik
TM setelah ia diswastakan dan tidak merisaukan pihak kerajaan untuk memastikan apabila
syarikat tersebut diswastakan tidaklah akan mengalami kerugian.
Selain itu, bukan sahaja kebaikan itu tertumpu kepada perkhidmatan tetapi juga member
faedah kepada pekerja tempatan, iaitu sebelum penswastaan TM dilaksanakan terdapat beberapa
perjanjian yang perlu dipatuhi oleh pihak swasta iaitu mesti mengambil pekerja lama untuk
bekerja disyarikat mereka. Apabila perjanjian ini dipersetujui maka TM telah menghantar
pekerja-pekerja untuk menjalani kursus sama ada di dalam negara mahupun di luar negara bagi
meningkatkan tahap kemahiran dan kecekapan bekerja.

4.3 Keburukan TM Selepas Diswastakan.

Namun begitu, terdapat juga kelemahan disebalik penswataan TM. Perkara yang amat
jelas ialah apabila pembaikan perkhidmatan yang disediakan maka harga yang ditawarkan juga
meningkat. Mungkin tidak menjadi masalah kepada golongan yang berkemampuan dan
merasakan ianya setimpal dengan harga dan perkhidmatan yang sediakan. Tetapi golongan yang

10 218376
ASAS PENTADBIRAN AWAM GMGA 1013

berpendapatan rendah tidak mampu untuk mendapatkan perkhidmatan kerana tidak mampu
untuk membayarnya. Hal ini, jelas menampakkan ketidakadilan terhadap golongan
berpendapatan rendah yang tidak mampu untuk menikmati teknologi dalam komunikasi.
Sehubungan itu, peningkatan dalam perkhidmatan komunikasi ini memberi kesan kepada
gejala sosial. Terutamanya dalam penggunaan perkhidmatan internet iaitu anak-anak muda boleh
melayari laman web lucah dan sebagainya tanpa apa-apa sekatan. Selain itu, masalah yang
dihadapi oleh pelajar sekolah ialah lalai melayan atau mencari kawan melalui internet, bermain
game dan sebagainya sehingga pelajaran diabaikan. Hal ini, jelas berlaku sekarang yang telah
menyebabkan banyak ibu bapa dan guru-guru bimbang dengan masalah seperti ini yang berlaku
di zaman globalisasi teknologi. Tambahan pula, usaha untuk mencapai Wawasan 2020 semakin
sukar dicapai kerana bukan sahaja kemajuan teknologi yang ingin dicapai tetapi kemajuan akhlak
atau sahsiah diri masyarakat juga lebih baik seiringan dengan kemajuan teknologi. Tetapi,
sekiranya perkara ini tidak dibendung negara kita mungkin tidak akan mencapai matlamat
Wawasan 2020.
Di samping itu, penswastaan TM ini juga boleh meluaskan jurang perbezaan diantara
kaum, kerana pihak swasta hanya akan memilih pekerja yang berkemahiran tanpa mengira status
pekerja tersebut yang berbeza dengan pihak kerajaan akan mengambil pekerja mengikut kaum
agar ditempat kerja dapat dipupuk semangat perpaduan tetapi pihak swasta hanya akan
memikirkan keuntungan berbanding kebajikan. Sekiranya, pekerja Cina sahaja yang layak maka
pekerjanya semuanya Cina sahaja dan kaum lain sedikit sahaja. Malah, terdapat juga kes iaitu
pihak TM itu lebih cenderung mangambil ahli keluarganya sebagai pekerja, ini tidak adil bagi
orang lain yang tidak menjadi sebahagian dari keluarga pihak majikan. Maka, melalui situasi itu
sukarlah menwujudkan perpaduan antara kaum yang selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi
Baru.

5.0 Kewajaran Penerimaan Dasar Penswastaan.

Kewujudan dan pelaksanaan sesuatu dasar di Malaysia mendapat penerimaan yang


berbeza daripada masyarakat sama ada diterima secara terbuka malah ada juga yang tidak
bersetuju dengan pelaksanaan tersebut dengan memberikan alasan-alasan yang tertentu. Begitu
juga dengan tanggapan dan penerimaan masyarakat terhadap Dasar Penswastaan sama ada setuju
atau sebaliknya. Bagi melihat sejauhmana dasar penswastaan ini wajar diterima atau tidak, satu

11 218376
ASAS PENTADBIRAN AWAM GMGA 1013

kajian telah dibuat, iaitu beberapa responden telah ditemuramah dan soalan soal selidik juga
diedarkan bagi mendapat maklum balas yang lebih jelas sama ada dasar penswastaan ini wajar
dilaksanakan atau tidak. Kajian yang dilaksanakan ini menjurus kepada Dasar Penswastaan yang
dilakukan terhadap Telekom Malaysia (TM).

5.1 Responden : Pegawai Telekom Malaysia (TM)

Proses temuramah telah dijalankan terhadap Pegawai Telekom di Tanjung Malim bagi
mendapatkan pendapat serta pandangan beliau berkaitan dasar ini. Menurutnya, terdapat
perbezaan yang dialami oleh syarikat TM sebelum dan selepas diswastakan. Sebelum TM
menjadi sebuah syarikat swasta, sistem pengurusan dan pentadbiran mempunyai banyak
halangan dan pelaksanaannya juga terhad. Hal ini kerana kebanyakan peraturan dan ketetapan
adalah di bawah kawalan pihak kerajaan. Namun, selepas penswastaan, terdapat lebih
kelonggaran dan kebebasan dalam menentukan sistem pentadbiran serta urus tadbir syarikat
kerana segala urusan di bawah penyeliaan TM sendiri. Hal ini menjadikan pengurusan lebih
efektif, sistematik dan seragam bagi semua cawangan.

5.2 Responden : Pengguna Telekom Malaysia

Sasaran kajian ini lebih kepada pengguna TM itu sendiri sama ada kepada mereka yang
bekerjaya mahupun para pelajar. Kaedah kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal
selidik dan temuramah. Melalui borang soal selidik matlamatnya untuk mengetahui maklum
balas dan kepuasan pengguna terhadap mutu perkhidmatan TM dan Dasar Penswastaan.

5.2.1 Responden Bekerjaya

Melalui responden yang bekerjaya, satu temuramah telah dilakukan kepada salah seorang
pensyarah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang juga
merangkap pensyarah di Jabatan Pengajian Malaysia iaitu Profesor Dato Dr. Yaacob Harun
mengenai pandangan dan pendapat beliau mengenai pelaksanaan Dasar Penswastaan di
Malaysia.

Dapatan melalui temuramah ini mendapati bahawa beliau memahami tentang pelaksaaan
Dasar Penswastaan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Beliau berpendapat semua dasar-dasar

12 218376
ASAS PENTADBIRAN AWAM GMGA 1013

yang terdapat dalam negara merupakan suatu usaha yang berterusan dilakukan oleh kerajaan
dalam usaha untuk membentuk sebuah negara yang maju. Beliau juga berpendapat jabatan
kerajaan tidak begitu efisien dalam menjalankan perkhidmatan. Keselesaan dan kebajikan
pengguna kurang diberi perhatian dan mereka bersikap lepas tangan dalam sesetengah perkara.
Urusan dengan jabatan kerajaan lebih kepada karenah birokrasi dan perlu mengikuti prosedur
yang rumit untuk mendapatkan sesuatu perkhidmatan. Walaupun jabatan kerajaan mempunyai
kelemahan-kelemahan tersebut namun mereka juga perlu menjaga keuntungan dan prestasi
sesuatu organisasi.

Terdapat banyak aspek yang perlu ditekankan oleh jabatan kerajaan itu sendiri untuk
mencapai tahap kemajuan negara seperti yang dicita-citakan. Di samping itu, pada ketika dahulu
sebelum mengalami perubahan arus pemodenan dan teknologi yang pesat seperti masa kini,
kemajuan negara kita berada pada tahap yang rendah dengan taraf hidup dan pandapatan
perkapita penduduk yang rendah. Oleh itu, perlunya bantuan daripada kerajaan untuk menangani
masalah rakyat. Jika diswastakan rakyat tidak mampu menerima perkhidmatan dengan kos yang
tinggi ekoran daripada taraf hidup yang rendah. Para penduduk tidak mampu untuk memajukan
diri mereka terutamanya dalam sektor ekonomi. Selain itu, sektor ekonomi juga kurang
berkembang dengan kekurangan infrastruktur yang baik, kurangnya pelaburan menyebabkan
pergerakan ekonomi negara bergerak perlahan.

Beliau juga berpendapat jika sesuatu perkhidmatan diswastakan, kerajaan akan


menanggung kerugian. Sebagai contoh, perkhidmatan yang diswastakan seperti sekolah,
hospital, klinik dan lain-lain. Hal ini kerana apabila rakyat yang lebih berkemampuan akan
memilih perkhidmatan yang ditawarkan oleh sektor swasta. Beliau juga menyatakan sektor yang
kurang penting boleh diswastakan seperti Kereta api Tanah Melayu (KTM), syarikat bekalan air
dan TM. Pihak swasta juga perlu membayar cukai kepada kerajaan. Namun, beliau berpendapat
jika dasar ini diteruskan ia tidak terlalu berjaya dari segi kemampuan rakyat sebagai contoh dari
segi pendidikan terutamanya bagi mereka yang tinggal di pedalaman yang mempunyai kos sara
hidup yang rendah. Dalam pelaksanaan Dasar Penswastaan kerajaan seharusnya tidak boleh
lepas tangan dan perlu membuat pemantauan kerana bimbang sekiranya sektor swasta
mengeksploitasi pengguna.

13 218376
ASAS PENTADBIRAN AWAM GMGA 1013

Di akhir temubual beliau menyatakan di bandar dibuka pusat aduan secara online untuk
perkhidmatan pengguna. Di sini para pengguna boleh menyatakan pandangan dan suara
pengguna mengenai sesuatu perkhidmatan yang ditawarkan. Beliau berkata dasar ini juga
memberi keuntungan kepada negara kerana syarikat swasta berhubungan dengan syarikat-
syarikat besar atau syarikat luar negara dan seterusnya akan dapat menjana ekonomi negara.

5.2.2 Para pelajar

Sasaran kajian ini menjurus kepada pelajar Pengajian Malaysia semester 3, Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Sebanyak 30 borang soal selidik diedarkan bagi mengetahui maklum
balas dan kepuasan pengguna terhadap mutu perkhidmatan TM dan Dasar Penswastaan. Aspek
yang diketengahkan dalam soal selidik tersebut ialah penilaian tahap perkhidmatan TM dan
pemahaman responden terhadap Dasar Penswastaan. Dalam 30 orang sasaran responden tersebut,
terdapat 18 responden perempuan dan 12 responden lelaki. Keseluruhan responden berusia
antara 18-23 tahun, manakala dari segi bangsa terdapat 22 orang responden berbangsa Melayu
dan selebihnya lain-lain bangsa.

Dalam aspek penilaian tahap perkhidmatan TM, terdapat beberapa soalan diajukan
mengenai tahap perkhidmatan, tawaran harga, jenis pakej serta pengurusan dengan pegawai TM
yang bertugas di kaunter. Melalui kajian ini, daripada 30 orang responden hanya seorang sahaja
yang bukan pengguna TM. Ini memperlihatkan kebanyakan pelajar merupakan mengguna TM
sama ada talian telefon, internet dan sebagainya. Manakala dari segi tahap perkhidmatan yang
disediakan oleh TM seorang pelajar menyatakan perkhidmatan yang ditawarkan sangat baik, 13
orang baik dan selebihnya memuaskan.

Dari aspek tawaran harga oleh TM seramai 10 pelajar menyatakan harga yang ditawarkan
baik, 17 orang memuaskan manakala 3 orang pelajar menyatakan harga yang ditawarkan oleh
TM kurang memuaskan. Hal ini disebabkan oleh perasaan tidak puas hati terhadap perkhidmatan
yang diberikan dengan jumlah harga yang ditawarkan. Soalan mengenai pakej yang ditawarkan
bersesuaian dengan kehendak semasa seramai 25 orang atau 83% responden bersetuju manakala
sebanyak 16% tidak bersetuju. Ini membuktikan masih ada pengguna yang menyatakan

14 218376
ASAS PENTADBIRAN AWAM GMGA 1013

perkhidmatan TM masih ketinggalan dengan perubahan semasa atau pun perkhidmatan yang
disediakan tidak releven dengan masa kini.

Seterusnya, kajian mengenai pengurusan pegawai TM ketika menjalankan tugas sama ada
di kaunter mahupun di luar pejabat. Kepuasan pengguna terhadap pengurusan pegawai TM
ketika berurusan di kaunter yang menunjukkan sikap mesra dan menyenangkan ketika menjawab
setiap soalan yang dikemukakan. Seramai 3 orang responden menyatakan layanan yang
diberikan sangat baik, baik seramai 14 orang, memuaskan 11 orang manakala kurang
memuaskan 2 orang. Dari aspek kecekapan pegawai TM dalam menggunakan sistem
pembayaran berkomputer, daripada 30 orang responden seorang responden menyatakan pegawai
tidak cekap, sangat cekap seorang dan cekap seramai 28 orang responden.

Sementara dalam kajian mengenai pemahaman responden terhadap Dasar Penswastaan di


Malaysia, terdapat lima soalan mengenai Dasar Penswastaan. Pemahaman terhadap Dasar
Penswastaan seramai 28 orang responden atau 93% memahaminya manakala 7% tidak
memahami mengenai Dasar Penswastaan. Ini bermakana bukan keseluruhan masyarakat
memahami mengenai dasar ini yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Berkenaan dengan
kejayaan yang dicapai Dasar Penswastaan, seramai 25 orang responden menyatakan dasar ini
berjaya manakala 5 orang responden menyatakan dasar ini tidak berjaya. Manakala sebanyak
86% bersetuju dasar ini dijalankan di Malaysia dan 14% tidak bersetuju.

Seterusnya, soalan mengenai mutu dan perkhidmatan TM selepas diswastakan, seramai 5


responden menyatakan mutu dan perkhidmatan sangat baik, 16 orang baik dan 9 orang
memuaskan. Manakala akhir sekali mengenai pertanyaan pencapaian Dasar Penswastakan dapat
memberikan impak kepada ekonomi negara, keseluruhan responden atau 100% menyatakan
dasar ini memberi kesan kepada ekonomi negara. Oleh itu, sebagai kesimpulan jelaslah
perkhidmatan TM mendapat kepuasan daripada masyarakat walaupun segelintirnya kurang
berpuas hati dengan apa yang ditawarkan. Begitu juga dengan Dasar Penswastaan yang
mendapat sokongan daripada masyarakat dan tidak kurang juga yang kurang bersetuju.

6.0 Perbandingan Sebelum dan Selepas Penswastaan Telekom.

15 218376
ASAS PENTADBIRAN AWAM GMGA 1013

Penswastaan Telekom Malaysia telah membuktikan kepada semua masyarakat di negara


ini bahawa dasar penswastaan yang disarankan oleh kerajaan adalah salah satu langkah yang
amat baik bagi meningkatkan kualiti dari segi perkhidmatan, pengurusan serta kewangan.
Sehingga hari ini, Telekom Malaysia bukan sahaja telah dapat mempelbagaikan perkhidmatan
kepada pengguna dalam jangka masa yang singkat, malah hasil daripada kecekapan pengurusan
dan pekerjanya, TM telah dapat menembusi pasaran dunia luar seperti India, Sri Lanka,
Bangladesh, Kampuchea, Indonesia, Sudan dan Oman. Wujudnya Dasar Telekomunikasi Negara
pada 17 Mei 1994 telah memberikan satu laluan yang selesa dan menarik kepada seluruh rakyat
di samping menarik leb ih banyak pelaburan luar untuk masuk ke negara ini di masa akan
datang.

6.1 Kuasa Pengurusan.

Sebelum Telekom diswastakan, kuasa pengurusan keseluruhannya di bawah kuasa


kerajaan secara mutlak. Hal ini memperlihatkan bahawa pengurusan secara birokrasi adalah lebih
banyak dilaksanakan dan pihak Telekom tidak dapat menjalankan pengurusan secara terus kerana
terpaksa melalui beberapa peringkat dan halangan. Sebagai contoh, seorang CEO dalam syarikat
Telekom berkuasa meluluskan peruntukan untuk sesuatu projek sebanyak RM71 juta. Kuasa
untuk Ketua Pengurus boleh meluluskan peruntukan sekadar RM500 ribu ke bawah sahaja,
manakala eksekutif pula sekadar RM200 ribu ke bawah. Walaupun pihak atasan syarikat mampu
untuk memohon lebih daripada peruntukan yang ditetapkan, namun pihak ini perlu melalui
pelbagai prosedur dan kelulusan untuk dikemaskini daripada pihak kerajaan iaitu Jabatan Tenaga
Kerja dan kini Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.

Selepas penswastaan pula, Telekom Malaysia mempunyai kuasa secara mutlak


sepenuhnya ke atas syarikat dan pemegang saham boleh membuat keputusan dalam segala
urusan yang bakal direncanakan. Pihak Telekom telah menyusun strategi supaya pelaksanaannya
menjadi lebih mudah dalam pengurusan kakitangan dan teknologi serta bajet kewangan syarikat.
Hal ini memberi kemudahan kepada pengguna di negara ini untuk berurusan secara terus dengan
pihak Telekom. Selain itu, wujud TM Facilities Sdn. Bhd, TM Land Sdn. Bhd dan juga Menara
Kuala Lumpur Sdn. Bhd bagi kemudahan dalam pengurusan yang sistematik.

6.2 Perkhidmatan.
16 218376
ASAS PENTADBIRAN AWAM GMGA 1013

Sebelum diswastakan, TM menjalankan perkhidmatan secara tidak mementingkan mutu


kerja sama ada dari segi pengurusan kaunter, pentadbiran dan kualiti pekerja. Hal ini kerana
pihak kerajaan tiada pengawasan yang ketat, kurangnya pemerhatian daripada pegawai atasan
secara menyeluruh dan tiada penganugerahan bagi setiap perkhidmatan yang bekerja dengan
baik. Perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna kurang memberangsangkan berbanding
sekarang kerana sebelum penswastaan, pengguna terpaksa berurusan secara berperingkat-
peringkat hanya untuk perkara yang remeh. Seperti juga syarikat lain, pengguna terpaksa melalui
perkhidmatan yang boleh dikatakan agak remeh dan memerlukan masa yang panjang.

Selepas penswastaan, TM telah meningkatkan tahap perkhidmatan dengan mementingkan


kualiti supaya menjadi sebuah syarikat yang berjaya ke seluruh dunia. Perkhidmatan pada masa
kini diselaraskan kepada setiap cawangan di setiap negeri di Malaysia dengan setiap peraturan
kerja disusun mengikut format sama dan lebih sistematik. Dengan adanya sijil pengurusan kualiti
ISO 2000, maka pihak TM mampu untuk mengadakan perkhidmatan yang bermutu kepada
pelanggan kerana pihak syarikat akan bersaing dengan beberapa syarikat telekomunikasi lain
seperti Celcom, Maxis dan sebagainya untuk membuktikan perkhidmatan yang disediakan oleh
syarikat ini adalah yang terbaik.

Walaupun setiap negeri mempunyai pentadbir atau pengarah yang berbeza, namun setiap
perkhidmatan dan pengurusan diselaraskan supaya memudahkan para pekerja TM untuk
mengikut setiap prosuder yang ditetapkan oleh pihak TM sama ada dari segi pendawaian dan
sebagainya. Tambahan pula, pihak TM telah menetapkan prinsip bahawa setiap keperluan
pelanggan adalah diutamakan, dinilai dan cuba untuk dipenuhi. Oleh itu, pihak TM telah
menyediakan pelbagai kursus kepada pekerja syarikat di seluruh negeri bagi melahirkan tenaga
kerja yang mahir, lebih berdisiplin dan berpengetahuan yang mendalam tentang perkhidmatan
pelanggan.

6.3 Pemilihan Pekerja.

Sebelum diswastakan, pemilihan pekerja adalah berdasarkan kepada pemilihan di dalam


Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Masyarakat setempat yang berminat akan diserap ke
syarikat TM ini melalui proses temuduga dan ujian penulisan terbuka di setiap negeri.
Kebiasaannya yang terpilih untuk berkhidmat di TM adalah masyarakat yang berkelayakan dan
17 218376
ASAS PENTADBIRAN AWAM GMGA 1013

mempunyai kemahiran serta pengalaman sahaja. Hal ini telah mengakibatkan kebanyakan
golongan pengganggur dalam kalangan remaja sukar untuk menempatkan diri di syarikat
berkenaan. Walaupun kebanyakan masyarakat melepasi dan lulus ujian penulisan yang
disediakan oleh pihak SPA, namun mereka akan ditapis semasa temuduga.

Namun, selepas penswastaan, pihak TM mempunyai kuasa untuk membuat pilihan dari
segi tahap kelayakan dan pengetahuan seseorang pekerja. Selain itu, pihak TM telah
menyediakan kursus kepada bakal pekerjanya untuk meningkatkan tahap pengurusan masing-
masing. Tertubuhnya Multimedia University (MMU), Telekom Training College, Telekom Smart
School Sdn. Bhd antaranya adalah sebagai tempat melahirkan generasi yang berkemahiran dalam
bidang telekomunikasi dan teknologi. Tambahan pula, wujud pula anak syarikat di bawah
Telekom Malaysia turut memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat. Kesemua pengurusan
dari segi kewangan bagi anak syarikat adalah dijaga dan dikelolakan oleh syarikat induk
Telekom itu sendiri. Walaupun pengurusan diasingkan, namun kesemua anak syarikat ini telah
memberi keuntungan kepada syarikat TM kerana anak syarikat Telekom ini telah diperluaskan
sehingga ke luar negara untuk menjalankan dan membuat pelaburan ke serata dunia. Sebagai
contoh, anak syarikat Telekom ialah Axiata, Fiberio, TM Flip iaitu yang menguruskan bahagian
kenderaan serta Yellow Pages.

6.4 Kecekapan dan Produktiviti.

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, terdapat perbezaan dalam prestasi kecekapan


dan produktiviti syarikat Telekom Malaysia sebelum dan selepas pengkorporatan. Dari aspek
pulangan atas aset (ROE) bagi setiap sen, sebelum penswastaan pulangannya mencatatkan
jumlah sebanyak 4.0 manakala selepas penswastaan, jumlahnya telah meningkat sebanyak
132.5% menjadi 9.3.

Bagi hasil setiap pelanggan pula, mencatatkan jumlahnya sebanyak RM 1227 sebelum
penswastaan, nilai ini telah berubah sebanyak 23.8% atau RM 292 menjadi RM 1519 selepas
penswastaan. Selain itu, dari aspek pengeluaran setiap pekerja pula, jumlahnya sebelum
penswastaan TM ialah sebanyak RM 34372 dan nilai ini bertambah sebanyak 108.3% atau RM
37222 menjadi RM 71594 selepas penswastaan.

18 218376
ASAS PENTADBIRAN AWAM GMGA 1013

Begitu juga kecekapan dari segi rangkaian pertukaran langsung setiap pekerja yang
mencatatkan peningkatan dari sebelum penswastaan iaitu sebanyak 36 orang kepada 56 orang
selepas penswastaan. Pakej kelajuan capaian ke khidmat asas bagi setiap sen juga menunjukkan
nilai pertambahan daripada sebelum penswastaan iaitu sebanyak 35 kelajuan kepada jumlah
sebanyak 60 kelajuan selepas penswastaan. Akhir sekali ialah kecekapan jawapan kepada aduan
atau kesilapan bagi setiap sen mencatatkan jumlah sebanyak 80 aduan sebelum penswastaan dan
berubah kepada 95 aduan bagi setiap sen selepas penswastaan. Berikutan itu, kajian ini dapat
menyatakan bahawa berlaku perubahan dalam setiap pengurusan dan setiap penilaian
menunjukkan peningkatan

7.0 Kesimpulan.

Kesimpulannya, apabila sesuatu dasar baru diwujudkan, risiko yang harus dihadapi ialah
kebaikan dan keburukan yang akan diterima oleh negara. Berdasarkan kajian yang dijalankan,
dasar penswastaan ini jelas menunjukkan bahawa dasar penswastaan menyumbangkan lebih
banyak kebaikan daripada keburukan kepada rakyat negara. Tambahan pula, penswastaan perlu
diteruskan pada masa hadapan agar negara dapat berkembang seiring dengan hasrat kerajaan
untuk menjadikan Malaysia negara maju pada tahun 2020. Dasar ini juga perlu dikawal dari
semasa ke semasa supaya ianya tidak membebankan pengguna atau rakyat akibat daripada pihak
swasta yang menjadikan keuntungan sebagai matlamat utama. Berikutan itu, dasar penswastaan
atau pengkorporatan ini memberi impak yang baik kepada semua agensi terutamanya Telekom
Malaysia.

Terdapat perubahan yang berlaku dalam syarikat TM selepas diswastakan antaranya ialah
peningkatan dari segi pengurusan dan perkhidmatan, penawaran pakej harga dan penilaian
kualiti, sistem pengaduan yang sistematik serta cepat dilaksanakan dan banyak lagi. Perubahan
ini telah memberi kepuasan yang bermakna kepada masyarakat kerana pengguna memperoleh
perkhidmatan yang baik daripada pihak TM. Hal ini jelas menunjukkan bahawa dasar
penswastaan yang dilaksanakan dalam TM memberi perubahan yang positif dari segi pengurusan
dan pentadbirannya seterusnya secara tidak langsung, perubahan ini juga memberi lebih
kepuasan dan keselesaan kepada pengguna TM. Dengan pelaksanaan penswastaan TM ini,
19 218376
ASAS PENTADBIRAN AWAM GMGA 1013

pengguna atau rakyat mengharapkan perkhidmatan yang ditawarkan lebih berkualiti dan bermutu
sejajar dengan arus perkembangan teknologi.

RUJUKAN

20 218376
ASAS PENTADBIRAN AWAM GMGA 1013

1.Abdullah Abdul Rahman (1991). Konsep Pensyarikatan Malaysia: Strategi Penting Dalam
Mencapai Wawasan 2020 Kuala Lumpur: Unit Penyelidikan Sosioekonomi.

2.Abdul Hamid Mohamad (1986). Ke arah Memajukan Industri Binaan Di Malaysia: Dasar
Penswastaan Kerajaan. Nota Seminar Ukur Bahan .UTM Skudai

3. Fester, J.W. (1980). Public Administration: Theory and Practice. New Jersey: Prentice Hall.

4. Ismail Salleh (1987). Penswastaan, Kebebasan Dan Pembangunan: Perspektif &


Prospek.Kertas Kerja Seminar Penswastaan Di Malaysia. Kuala Lumpur (Tidak Diterbitkan)

5. Kementerian Kewangan Malaysia .Laporan Ekonomi 1988-1989. Kuala Lumpur. 57

6. Okposin, S.B. (2003). Perubahan Fasa Ekonomi Malaysia. Kuala Lumpur: Pelanduk
Publications (M) Sdn. Bhd.

7. Ramanadhan, V.V. (1989). Privatisation In Developing Countries. London: Routledge.

8. Laman web rasmi, unit perancang Ekonomi, http://www.epu.gov.my/development-policies

9. http://kemahiransangpurba.blogspot.my/2010/08/dasar-penswastaan.html

10. http://azman-duniaku.blogspot.my/2007/04/negara-kita-telah-memperkenalkan-dasar.html

11. http://www.ukas.gov.my/c/document_library/get_file?uuid

21 218376
ASAS PENTADBIRAN AWAM GMGA 1013

22 218376