Anda di halaman 1dari 22

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBMT3203_V2
PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN IV

TAJUK
STRATEGI MENARIK MINAT PELAJAR TERHADAP PENYIMPANAN DAN
PERKONGSIAN WANG
DAN
KAEDAH POLYA

NAMA
NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF

NOMBOR MATRIK : 830714045204001

NO.KAD PENGENALAN : 830714-04-5204

NO.TELEFON : 017-6091843

E-MAIL : ila_sharif83@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : SANDAKAN

TUTOR
MADAM CHOOI YU WEN

SEMESTER
SEPTEMBER 2016
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN ............................................................................................................. 3

2.0 STRATEGI MENARIK MINAT PELAJAR TERHADAP PENYIMPANAN ............ 5

DAN PERKONGSIAN WANG .................................................................................... 5

2.1 STRATEGI PERTAMA ......................................................................................... 6

2.2 STRATEGI KEDUA .............................................................................................. 9

2.3 STRATEGI KETIGA ........................................................................................... 12

3.0 JUSTIFIKASI STRATEGI YANG DIPILIH .............................................................. 14

3.1 JUSTIFIKASI STRATEGI PERTAMA .............................................................. 14

3.2 JUSTIFIKASI STRATEGI KEDUA.................................................................... 15

3.3 JUSTIFIKASI STRATEGI KETIGA ................................................................... 16

4.0 SOALAN PENYELESAIAN MASALAH SERTA PENYELESAIAN ....................... 17

MENGGUNAKAN KAEDAH POLYA ........................................................................... 17

4.1 SOALAN PERTAMA DAN PENYELESAIANYA ................................................ 17

4.2 SOALAN KEDUA DAN PENYELESAIANNYA ................................................... 18

4.3 SOALAN KETIGA DAN PENYELESAIANYA .................................................... 19

5.0 KESIMPULAN ............................................................................................................ 20

2
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001

1.0 PENGENALAN

Peranan guru tidak kurang pentingnya jika dibandingkan dengan peranan ibu bapa terhadap
memberi pendidikan awal bagi menguruskan kewangan dengan tepat. Sebagai seorang
guru, tugas bagi memastikan pelajar-pelajar berada di landasan yang tepat kearah
pengurusan kewangan bijak adalah sangat penting. Guru perlu memastikan pelajar lebih
memahami dan menghargai nilai wang itu sendiri. Pendidikan tentang pengurusan
kewangan yang diberikan di peringkat awal ini bakal menjadi panduan kepada pelajar untuk
masa hadapan mereka. Sebagai seorang guru, kita perlu tahu potensi setiap pelajar dalam
memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut kategori pelajar-
pelajar. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang baik mampu menarik minat pelajar
dalam pembelajaran mereka terutamanya dalam tajuk pengurusan kewangan ini.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, pengurusan kewangan sesebuah keluarga
khususnya sangat penting untuk diuruskan sebaik mungkin. Tanggungjawab pengurusan
kewangan sesebuah keluarga itu bukan hanya terletak di atas bahu ibu bapa sahaja, malahan
anak-anak juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan pengurusan kewangan
keluarga masing-masing berjalan lancar atau sebaliknya. Hal ini demikian anak-anak yang
kecil juga perlu diterapkan dengan pengurusan kewangan yang betul dan di sini guru
merupakan salah satu individu yang bertanggungjawab di dalam memberi pendedahan
kepada murid-murid masing-masing dan membimbing mereka bagaimana menguruskan
kewangan dengan betul. Antara perkara yang berkait dengan pengurusan kewangan yang
perlu didedahkan daripada peringkat awal lagi ialah kepentingan menabung dan elakkan
pembaziran. Terdapat kajian daripada ahli psikologi yang menemukan dapatan bahawa 80
peratus daripada 100 orang kanak-kanak hanya mengetahui bahawa wang boleh didapati
hanya dari ibu bapa atau dari bank sahaja dan hanya 20 peratus sahaja yang boleh berfikir
bahawa dengan berkerja mereka boleh memperolehi wang saku. Mereka mempunyai
pengetahuan yang lemah tentang wang atau dari mana datangnya wang. Mereka inilah perlu
dididik tentang wang seperti bagaimana mengira wang, menyimpan wang, berkongsi wang
dan juga tahu membezakan keperluan dan kemahuan walaupun mereka masih muda. Hal ini
demikian kerana kanak-kanak tidak dilahirkan dengan kemahiran tentang pengurusan
kewangan yang baik maka mereka perlu dibimbing.

3
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001

Dalam tugasan HBMT3203 ini, memerlukan saya untuk mencadangkan tiga strategi untuk
menarik minat dalam kalangan pelajar terhadap penyimpanan dan perkongsian wang supaya
mereka akan menukar perspektif mereka tentang wang berteraskan nilai-nilai kepercayaan.
Kemudian setiap strategi yang dikemukan perlulah diberikan justifikasi mengapa strategi
tersebut dipilih dalam digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali dalam
tugasan ini saya akan menyediakan tiga soalan yang melibatkan masalah harian dalam
penggunaan wang bagi matematik sekolah rendah berserta penyelesaian menggunakan
kaedah Polya bagi setiap satunya.

4
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001

2.0 STRATEGI MENARIK MINAT PELAJAR TERHADAP PENYIMPANAN


DAN PERKONGSIAN WANG

Pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik agak berbeza dengan subjek yang lain.
Matematik bukan sahaja memerlukan kemahiran mengira sahaja malahan matematik
memerlukan pelajarnya memahami sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh. Maka
sebagai seorang guru matematik khususnya mestilah menggunakan strategi atau pendekatan
yang mampu menarik minat serta memastikan pelajar-pelajar memahami konsep-konsep
yang diperlukan. Pendekatan dan strategi yang dipilih perlulah juga mengambil kira
keperluan tahap pencapaian pasar pelajarnya.

Dalam subjek Matematik, terdapat topik wang yang perlu diajar. Topik tersebut meliputi
tentang pengenalan wang, pengiraan wang, perbelanjaan dan simpanan wang, merekod
kewangan dan banyak lagi. Semua ini merupakan pengurusan kewangan. Relevannya
mempelajari topik wang kepada pelajar dari sekolah rendah lagi adalah kanak-kanak yang
telah mempelajari kemahiran pengurusan kewangan yang baik akan mempunyai peluang
yang lebih baik untuk menjadi orang dewasa yang mampu membuat keputusan kewangan
yang kukuh dan tidak akan berhadapan dengan masalah kewangan pada masa hadapan. Hal
ini demikian kerana mereka telah didedahkan daripada peringkat muda lagi tentang
kepentingan pengurusan kewangan yang baik agar mereka dapat membina tabiat kewangan
dengan lebih baik dan bertanggunjawab.
Berikut merupakan cadangan tiga strategi yang mampu menarik minat dalam kalangan
pelajar terhadap penyimpanan dan perkongsian wang supaya mereka akan menukar
perspektif mereka tentang wang berteraskan nilai-nilai kepercayaan.

5
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001

2.1 STRATEGI PERTAMA

Strategi pertama yang dicadangkan ialah mengenai penyimpanan wang. Strategi yang
digunakan ialah membuat kempen menyimpan wang di bank.
Strategi : Kempen menyimpan wang di bank
Aspek ditekankan : Penyimpanan wang
Standard Kandungan : 10.8 Murid dibimbing untuk memahami faedah
Satndard Pembelajaran : 10.8 (1) Murid berupaya untuk menyatakan keperluan
memahami faedah mudah dan faedah kompaun dalam
simpanan
Strategi pertama ini menekankan tentang konsep faedah yang diterima jika pelajar
menyimpan wang di bank. Strategi ini mampu menarik minat murid untuk membuat
simpanan di bank kerana terdapat manfaat yang akan diperolehi daripada simpanan
mereka itu. Guru boleh bersoal jawab dengan murid terlebih dahulu. Di mana tempat
terbaik untuk menyimpan wang anda bagi memastikan ia adalah selamat? Jawapannya
ialah bank. Dengan menyimpan wang di bank, wang akan selamat, dan tidak akan
kehilangannya, atau tersalah letak. Selain itu, bank-bank juga membayar faedah untuk
wang yang disimpan dengan mereka.

Aktiviti pertama ialah guru membahagikan kepada 4 kumpulan pelajar. Setiap


kumpulan diagihkan satu kad soalan yang berkaitan dengan soalan faedah mudah.
Berikut merupakan kad soalan bagi setiap kumpulan.

Rajah 1: Kad soalan yang diberikan kepada setiap kumpulan.

6
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001

Guru mengajar murid-murid bagaimana mengira faedah mudah terlebih dahulu


kemudian murid-murid berbincang di dalam kumpulan untuk menyelesaikan soalan
penyelesaian masalah yang diperolehi daripada kad soalan kumpulan masing-masing.
Soalan Kumpulan 1 dan kumpulan 2 saling berhubungkait manakala soalan Kumpulan
3 dan Kumpulan 4 juga saling berhubungkait. Setelah murid-murid diberi masa untuk
berbincang dan menyelesaikan masalah yang diberikan, mereka diminta
membentangkan hasil perbincangan mereka. Guru memberi respon di setiap
perbentangan yang mereka sampaikan. Setelah semua kumpulan selesai memberikan
pembentangan, guru memberikan rumusan terhadap setiap jawapan yang murid-murid
selesaikan. Guru menjelaskan bahawa bagi kumpulan 1 dan kumpulan 2 mempunyai
soalan yang berhubungkait. Begitu juga dengan soalan bagi kumpulan 3 dan 4. Berikut
adalah penjelasan guru kepada murid.

Kumpulan 1 Kumpulan 2
Soalan Encik Abdul Hakim telah Encik Abdul Hakim telah
menyimpan sebanyak RM 1000 di menyimpan sebanyak RM 1000 di
dalam bank. Pihak bank dalam bank. Pihak bank
memberikan faedah sebanyak 5% memberikan faedah sebanyak 5%
setahun bagi pemegang akaun setahun bagi pemegang akaun
simpanan seperti Encik Abdul simpanan seperti Encik Abdul
Hakim. Hakim. Malangnya Encik Abdul
Hakim telah mengeluarkan
Soalan :- sebanyak RM 500 daripada
1) Berapakah faedah yang simpanan yang dibuatnya untuk
diperolehi Encik Abdul dibelanjakan bersama kawan-
Hakim untuk tahun semasa? kawannya.
2) Berapakah jumlah simpanan
Encik Abdul Hakim Soalan :-
apabila ditambahkan bersama 1) Berapakah faedah yang
faedah yang diperolehi Encik Abdul
diperolehinya. Hakim untuk tahun semasa?
2) Berapakah jumlah simpanan
Encik Abdul Hakim apabila
ditambahkan bersama faedah
yang diperolehinya.

Jawapan 1) Faedah yang diperolehi = 1) Faedah yang diperolehi = RM25


RM50 2) Jumlah simpanan RM 525
2) Jumlah simpanan =RM 1050

Jadual 1: Soalan dan Jawapan bagi kad soalan Kumpulan 1 dan 2

7
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001

Guru memberi rumusan terhadap jawapan yang murid berikan bagi setiap soalan.
Penerangannya adalah seperti berikut. Encik Abdul Hakim pada mulanya menyimpan nilai
wang yang sama banyak iaitu RM1000 namun soalan bagi kumpulan 1, Encik Abdul Hakim
tidak membelanjakan wangnya dan terus menyimpan di dalam bank sehingga memperolehi
faedah sebanyak RM50 bagi tahun semasa. Jumlah simpanannya menjadi RM 1050.
Manakala bagi Kumpulan 2. Encik Abdul Hakim telah mengeluarkan separuh dari wang
simpananya untuk berbelanja bersama kawan-kawannya dan hanya memperolehi faedah
sebanyak RM 25 sahaja. Guru boleh mendorong pelajar memberikan pendapat mereka
tentang situasi tersebut kemudian guru menekankan apa yang hendak guru sampaikan selain
daripada membuat pengiraan faedah mudah. Guru boleh memberikan kesedaran kepada
murid-murid tentang kebaikan menyimpan wang di bank. Apabila kita membuat simpanan
di bank, kita akan memperolehi faedah mengikut nilai yang telah pihak bank tetapkan.
Apabila kita membelanjakan wang kita kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah maka
wang kita akan berkurangan. Apabila wang simpanan berkurangan maka faedah yang
diterima lebih sedikit. Guru mengaitkan dengan soalan kumpulan 3 dan kumpulan 4 iaitu
lagi besar nilai simpanan kita maka lebih besar nilai faedah yang kita terima. Melalui
strategi ini, guru telah memberikan kempen tentang kebaikan menyimpan wang di bank.
Guru perlu menekankan juga kelebihan-kelebihan lain yang diperolehi jika menyimpan
wang di bank seperti dalam aspek keselamatan. Aktiviti seperti ini mampu menarik minat
murid untuk menyimpan wang memandangkan mereka akan memperolehi daripada
penyimpanan wang tersebut. Guru juga perlu menekankan nilai-nilai murni yang murid-
murid perolehi dalam aktiviti ini sebagai contoh amalan menyimpan wang adalah baik untuk
diri dan mengelakkan pembaziran dengan mengeluarkan wang simpanan untuk perkara-
perkara yang tidak berfaedah.

8
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001

2.2 STRATEGI KEDUA

Strategi kedua yang dicadangkan ialah mengenai penyimpanan wang. Strategi yang
digunakan ialah membuat kempen menyimpan wang di bank.

Strategi : Kempen mari menabung


Aspek ditekankan : Penyimpanan wang
Standard Kandungan : 10.8 Murid dibimbing untuk memahami faedah
Satndard Pembelajaran : 10.8 (1) Murid berupaya untuk merancang bajet harian,
mingguan dan bulanan bagi mencapai matlamat
kewangan jangka pendek

Strategi kedua ini menekankan tentang konsep menabung untuk mendapat barang yang
diperlukan.

Aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk menggunakan strategi kempen mari menabung
ini ialah guru meminta setiap pelajar memikirkan satu barang yang mereka benar-benar
perlukan dan letakkan nilai yang bersesuaian bagi barang yang mereka fikirkan itu.
Setiap murid diberikan satu borang untuk merekod kewangan bagi mencapai matlamat
kewangan mereka. Borang tersebut seperti rajah 2 di bawah .

Rajah 2 : Borang rekod kewangan peribadi

9
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001

Setelah guru memberikan borang tersebut, guru memberikan masa kepada murid-murid
dalam merekod kewangan tersebut. Kemudian setelah tempoh masa yang diberikan
cukup, guru memanggil seorang pelajar secara rawak untuk mengisi borang tersebut
yang telah guru sediakan di papan hitam sebagai panduan kepada murid-murid lain.
Sebagai contoh seorang murid telah mengisi borang tersebut seperti pada rajah 3 di
bawah .

Rajah 3: Borang rekod kewangan yang telah disiapkan

Guru menjelaskan bagaimana rekod kewangan perlu disediakan menggunakan borang


yang diberi dan guru menjelaskan keperluan merekod kewangan dengan tujuan
menabung bagi membolehkan mereka membeli barang yang benar-benar diperlukan
tanpa meminta daripada ibu bapa mereka. Dengan aktiviti ini, murid mempelajari
bagaimana caranya untuk merekod kewangan dan mereka juga mempelajari nilai-nilai
murni seperti menabung, membelanjakan simpanan untuk keperluan, boleh
membezakan keperluan dan kehendak. Pelajar juga akan diberi kesedaran tentang
10
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001

bagaimana mereka boleh membeli barang yang mereka perlukan tanpa membebankan
ibu bapa masing-masing. Strategi ini bukan sahaja mengajar murid menyediakan rekod
kewangan malahan menarik minat murid untuk menabung bagi memperolehi
barangan yang mereka perlukan. Namun guru perlu tekankan kepada murid bahawa
wang tabungan mereka boleh dibelanjakan untuk memberi barang yang benar-benar
perlu dan bukanlah untuk dibazirkan membeli barang yang tidak berfaedah. Pelajar juga
perlu diingatkan bahawa untuk mencapai wang simpanan yang diperlukan mereka
perlulah menyimpan secara konsisten.

11
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001

2.3 STRATEGI KETIGA

Strategi ketiga yang dicadangkan ialah mengenai perkongsian wang. Strategi yang
digunakan ialah membuat projek Jualan Amal sempena Hari Guru atau Hari Anugerah
Sekolah dan banyak lagi kemudian hasil yang diperolehi dimasukkan ke dalam tabung
kebajikan sekolah.

Strategi : Projek Jualan Amal


Aspek ditekankan : Perkongsian wang
Standard Kandungan : 10.9 Murid dibimbing untuk pelan perbelanjaan dan
simpanan.
Satndard Pembelajaran : 10.9 (1) Murid berupaya untuk menyediakan rekod
kewangan bagi mencapai matlamat kewangan.

Strategi ketiga ini menekankan tentang konsep berkongsi wang

Aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk menggunakan strategi projek jualan amal dan
hasil daripada jualan tersebut akan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan sekolah.
Tabung Kebajikan sekolah adalah diwujudkan untuk membantu murid-murid yang
kurang berkemampuan ataupun yang dilanda musibah dalam kehidupan mereka. Selain
mengajar murid-murid dalam menyimpang wang, perlu juga menekankan perasaan
bersyukur terhadap apa yang kita ada. Ambil iktibar terhadap rakan-rakan lain yang
kurang berkemampuan. Oleh yang demikian sebagai golongan yang bernasib baik, kita
boleh memberikan sumbangan kepada tabung kebajikan agar wang yang kita
sumbangkan itu boleh dirasai dan dikongsi oleh murid yang lain. Guru-guru perlu
menanamkan nilai-nilai murni dan memberi kesedaran kepada murid-murid iaitu mereka
tidak perlu menjadi kaya untuk mebuat kebajikan atau memberi derma kepada orang
yang memerlukan. Dengan idea dan usaha mampu membantu orang lain yang
memerlukan.

Strategi ini menggabungkan beberapa aktiviti demi mencapai matlamat yang disasarkan
iaitu menarik minat murid untuk berkongsi wang disamping membimbing mereka
memperolehi wang tambahan. Aktiviti jualan amal boleh dilaksanakan dengan menjual
barangan terpakai yang mereka tidak gunakan lagi seperti pakaian-pakaian lama ataupun
mereka boleh menghasilkan satu produk menggunakan barangan terpakai yang tidak
12
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001

memerlukan kos yang besar. Guru membahagikan kepada beberapa kumpulan dan
mereka berbincang matlamat kewangan yang hendak mereka sasarkan iaitu berapakah
jumlah wang yang disasarkan untuk diperolehi agar mereka boleh menyumbang kepada
tabung kebajikan sekolah. Setelah menyasarkan sasaran mereka, mereka perlu
merancang barangan jualan dan kos yang diperlukan. Aktiviti ini perlu dilaksanakan bagi
tempoh masa yang agak panjang. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil jualan
masing-masing dan guru meminta mereka menjumlahkan hasil jualan setiap kumpulan
untuk dimasukkan ke dalam tabung kebajikan sekolah. Strategi ini mampu menarik
minat murid untuk berkongsi wang yang mereka perolehi di atas kesedaran diri yang
telah guru tanamkan di setiap murid. Guru perlulah menjelaskan kepada murid tentang
kelebihan berkongsi wang .

13
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001

3.0 JUSTIFIKASI STRATEGI YANG DIPILIH

Setiap strategi yang dipilih mestilah ada justifikasinya mengapa strategi tersebut digunakan
dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Berikut merupakan justifikasi bagi setiap
strategi yang dicadangkan sebelum ini.

3.1 JUSTIFIKASI STRATEGI PERTAMA

Strategi pertama yang dicadangkan ialah kempen menyimpan wang di bank. Guru
menggunakan strategi ini kerana setiap simpanan wang di bank akan memperolehi
faedah mengikut nilai yang telah ditetapkan pihak bank yang terlibat. Hal ini demikian
mampu menarik minat murid dalam menyimpan wang kerana di samping dapat
menyimpan wang, mereka juga memperolehi faedah dari simpanan mereka. Disamping
itu dengan menyimpan wang di bank akan memberi kelebihan dari aspek keselamatan.

Guru juga menggunakan pendekatan belajar secara kooperatif ataupun secara


berkumpulan. Murid-murid dapat membantu antara satu sama lain dalam menyelesaikan
masalah yang diberikan. Dalam aktiviti yang dijalankan juga ada diselitkan kemahiran
KBAT iaitu murid-murid berfikir melalui situasi yang diberi. Murid-murid juga boleh
membandingbezakan antara satu situasi dengan satu situasi yang lain kemudian
membuat keputusan situasi mana yang lebih baik bagi diri mereka. Disamping itu murid-
murid juga ditekankan dengan nilai-nilai murni yang boleh diperolehi daripada aktiviti
yang dijalankan itu. Murid-murid juga ditekankan tentang kerugian jika menggunakan
wang pada perkara yang tidak berfaedah. Melalui aktiviti itu juga, murid-murid juga
mampu berfikir lebih besar nilai simpanan mereka lebih tinggi nilai faedah yang mereka
perolehi.

14
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001

3.2 JUSTIFIKASI STRATEGI KEDUA

Strategi kedua menekankan tentang konsep menabung untuk mendapat barang yang
diperlukan. Justifikasi pemilihan strategi ini ialah aktiviti menabung sering kali tidak
digemari oleh murid-murid sekolah khasnya. Mereka lebih suka membelanjakan setiap
wang saku yang mereka perolehi setiap hari. Tabungan adalah perkara yang merugikan
bagi murid-murid kerana tidak dapat membelanjakan wang mereka untuk membeli
brang-barang yang mereka impikan. Hal ini demikian kerana mereka masih tidah
didedahkan tentang kelebihan menabung.

Guru memainkan peranan yang penting dalam membimbing murid-murid untuk


menabung. Seperti yang kita ketahui, setiap murid memerlukan sesuatu yang luar
kemampuan mereka dan hanya mengharapkan ibu bapa mereka sahaja yang
membelikannya. Jika mereka dari golongan yang senang, mungkin tidak menjadi
masalah kepada mereka dan ibu bapa mereka namun jika mereka dari golongan yang
sederhana ataupun kurang berkemampuan maka agak sukar untuk mereka
mengharapkan ibu bapa mereka membeilkan barangan yang mereka kehendaki. Guru
boleh menggunakan peluang ini untuk menanamkan sikap suka menabung dalam diri
murid-murid. Nyatakan juga kelebihan menabung untuk mencapai matlamat kewangan
jangka pendek.

Dalam aktiviti yang dicadangkan juga guru ada menyelitkan kaedah menyediakan
pengurusan grafik iaitu borang rekod kewangan. Guru boleh juga meminta pelajar yang
menyediakan sendiri borang rekod kewangan masing-masing agar pada masa hadapan
mereka mampu membuat format rekod kewangan yang mereka kehendaki.

15
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001

3.3 JUSTIFIKASI STRATEGI KETIGA

Jualan amal adalah satu contoh aktiviti yang bermoral yang sepatutnya sentiasa diamalkan
setiap orang yang berkemampuan. Aktiviti tersebut mampu memberi sumbangan yang
banyak kepad mereka yang lebih memerlukan. Ianya merupakan satu aktiviti yang berfaedah
bukan sahaja kepada diri sendiri malhan kepada orang lian juga. Banyak nilai-nilai murni
yang dapat diterapkan dalam diri murid-murid.

Selain itu, aktiviti ini juga dapat memberi idea kepada murid tentang bagaimana mereka
dapat menambahkan pendapatan mereka untuk tujuan menabung serta menyumbang pada
masa yang akan datang. Murid akan lebih gigih untuk mendapatkan pendapatan yang lebih
untuk mencapai sesuatu matlamat kewangan mereka. Ini dapat melatih murid supaya lebih
berdikari dalam mendapatkan sesuatu yang dikehendaki tanpa mengharapkan duit dari ibu
bapa murid itu sendiri disamping mampu melatih murid-murid untuk merancang matlamat
kewangan secara lebih sistematik dan efisyen. Aktiviti ini juga dapat memberikan kesedaran
kepada murid bahawa dengan berkongsi wang juga mampu memberi kebaikan kepada ramai
orang serta ianya menjadi tanggungjawab bagi setiap orang terutamanya yang lebih
berkemampuan dari pelbagai aspek.

16
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001

4.0 SOALAN PENYELESAIAN MASALAH SERTA PENYELESAIAN


MENGGUNAKAN KAEDAH POLYA

Model Polya merupakan satu kaedah untuk menyelesaikan masalah yang mana merupakan
satu proses langkah demi langkah. Kaedah Polya merupakan kaedah menyelesaikan
masalah matematik yang dilakukan secara terpisah-terpisah pada suatu hiraki. Berikut
merupakan tiga soalan penyelesaian masalah melibatkan topik wang dan langkah
penyelesaiannya menggunakan kaedah polya.

4.1 SOALAN PERTAMA DAN PENYELESAIANYA

Soalan
Abdul Hakim mendapat duit raya sebanyak RM 150.00. Dia membeli buku rujukan
matematik sebagai persediaan untuk mengulangkaji pelajaran di rumah dengan harga RM
20.00. Abdul Hakim hendak menyimpan wang baki tersebut. Berapakah jumlah wang baki
Abdul Hakim ?

Langkah Penyelesaian
Langkah 1 : Memahami masalah (kehendak soalan)
Abdul Hakim ada RM150.00. Dia membeli buku yang berharga
RM20.00. Berapakah jumlah wang baki Abdul Hakim ?

Langkah 2 : Merangka strategi


Menggunakan operasi tolak (-) dalam bentuk lazim
Langkah 3 : Melaksanakan strategi
RM 1 5 0 . 0 0
- RM 2 0 . 0 0
RM 1 3 0 . 0 0

Langkah 4 : Menyemak jawapan


(Melakukan operasi songsangan)
RM 1 3 0 . 0 0
+ RM 2 0 . 0 0
RM 1 5 0 . 0 0

17
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001

4.2 SOALAN KEDUA DAN PENYELESAIANNYA

Soalan
Nur Afina Hanim mendapat wang saku sebanyak RM 2.00 daripada ayahnya setiap hari.
Nur Afina Hanim hanya membelanjakan RM 1.50 sahaja dan selebihnya dimasukkan ke
dalam tabung untuk disimpan. Hitung jumlah wang simpanan Nur Afina Hanim dalam masa
seminggu hari persekolahan.

Langkah Penyelesaian
Langkah 1 : Memahami masalah (kehendak soalan)
Nur Afina Hanim mendapat wang saku sebanyak RM 2.00 daripada
ayahnya setiap hari. Nur Afina Hanim hanya membelanjakan RM 1.50
sahaja dan selebihnya dimasukkan ke dalam tabung untuk disimpan.
Hitung jumlah wang simpanan Nur Afina Hanim dalam masa seminggu
hari persekolahan? Hari persekolahan ialah 5 hari.
Langkah 2 : Merangka strategi
Menggunakan operasi bergabung iaitu tolak dan darab.
Langkh 3 : Melaksanakan strategi

1 10
RM 2 . 0 2
- RM 1 . 5 0
RM 0 . 5 0

Wang baki = RM 0.50


Hari persekolahan = 5 hari

2
RM 0 0 . 5 0
X 5
RM 0 2 . 5 0

Langkah 4 : Menyemak jawapan


(Melakukan operasi songsangan)
RM 2.50 5 = RM 0.50
RM0.50 + RM 1.50 = RM 2.50

18
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001

4.3 SOALAN KETIGA DAN PENYELESAIANNYA

Soalan
Encik Abdul Hakim telah menyimpan sebanyak RM 1000 di dalam bank. Pihak bank
memberikan faedah sebanyak 5% setahun bagi pemegang akaun simpanan seperti Encik
Abdul Hakim. Hitungkan nilai faedah yang diperolehi Encik Abdul Hakim untuk tahun
semasa?

Langkah Penyelesaian
Langkah 1 : Memahami masalah (kehendak soalan)
Simpanan Encik Abdul Hakim sebanyak RM 1000. Pihak bank memberi
faedah sebanyak 5 peratus setahun. Hitungkan nilai faedah yang
diperolehi Encik Abdul Hakim untuk tahun semasa?

Langkah 2 : Merangka strategi


Menggunakan operasi darab (x)
Langkah 3 : Melaksanakan strategi
5% = 0.05
RM 1000 X 0.05 = RM 50
Langkah 4 : Menyemak jawapan
(Melakukan operasi songsangan)
RM 50 0.05 = RM 1000

19
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001

5.0 KESIMPULAN

Mendidik murid-murid tentang pengurusan kewangan yang betul tidak memerlukan had
umur dan lebih elok dimulakan di peringkat awal bak kata pepatah Kalau hendak melentur
buluh biar dari rebungnya. Tiada istilah terlalu awal untuk mendedahkan tentang
pengurusan kewangan. Hal ini demikian apabila murid didedahkan pada peringkat awal,
mereka akan lebih mengharggai wang dan mampu melahirkan murid-murid yang sangat
bijak menguruskan wang pada masa hadapan.

Dalam bidang pendidikan matematik khasnya, guru perlu sentiasa menunjukkan sikap
terbuka, kreatif, inovatif, rasional serta bijaksana di dalam mengatur strategi dan pendekatan
pembelajaran agar dapat memupuk pelajar membina konsep dan menguasai kemahiran di
samping menanamkan nilai-nilai murni. Kaedah polya juga merupakan salah satu pendekatan
pembelajaran yang amat berkesan dalam menyelesaikan soalan permasalahan. Guru perlu sentiasa
memilih kaedah ataupun strategi yang sesuai mengikut keperluan soalan dan prestasi pelajar itu
sendiri. Melalui strategi yang tepat mampu memberikan keseronokan kepada murid di
dalam pembelajaran matematik disamping menjadikan sesuatu pembelajaran itu lebih
berkesan.

20
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001

6.0 RUJUKAN

(n.d.). Retrieved November 10, 2016, from http://www.eraconsumer.org

Arshad, M. Z. (2009, Oktober). Retrieved November 2, 2016, from http://eprints.usm.my

Bijak Labur. (n.d.). Retrieved November 2, 2016, from Insiatif Suruhanjaya Sekuriti
Malaysia: https://www.investsmartsc.my

Cinta, M. (2011, April 14). Retrieved November 2, 2016, from Muhasabah Cinta Blog:
http://soleymoley.blogspot.my

Ismail, S. Z. (1986). Reka Bentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pelajaran, Malaysia.

Jella, S. (n.d.). Retrieved November 2, 2016, from My Seni: http://myseni.weebly.com

Kurikulum, B. P. (2014).

Malaysia, K. P. (n.d.). Retrieved November 2, 2016, from http://www.ikn.gov.my

Marzitah Puter, Sadiah Baharom, & Jamilah Omar. (2007). Pemikiran Saintifik dan
Matematik dalam kraf Anyaman Buluh Melayu Tradisional:Satu kajian kes. Jurnal
Peradaban Melayu.

Murugan, K. (n.d.). Retrieved November 1, 2016, from Artzskill:


http://artzskill.blogspot.my

MUSTAFA, N. B. (2015, Mei). Scribd. Retrieved November 2, 2016, from


https://www.scribd.com

Slideshare. (n.d.). Retrieved November 2, 2016, from http://www.slideshare.net

Talib, K. (2007). HBAE3103 KRAF TRADISIONAL. Open University Malaysia: Open


Universuty Malaysia.

21
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001

Weblog Perancangan Kewangan Islam & Takaful. (2008, Disember 12). Retrieved
November 2, 2016, from Jangan Terlepas Pandang:
https://janganterlepaspandang.wordpress.com

Zainal, T. Z. (n.d.). Retrieved November 1, 2016, from http://mujahid.tripod.com

22

Anda mungkin juga menyukai