Anda di halaman 1dari 4

Hari Kemerdekaan juga disebut Hari Kebangsaan.

Hari Kemerdekaan negara


kita jatuh pada tanggal 31 Ogos setiap tahun. Pada tarikh keramat ini seluruh
rakyat Malaysia yang berbilang kaum bersama-sama menyambutnya dengan
riang gembira dan yang penting dapat menambah rasa cinta rakyat terhadap
negara.

Pada hari itu, pemimpin negara berada di atas pentas utama. Antara pemimpin
yang hadir ialah Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan para menteri.
Masyarakat berbilang kaum turut menghadirinya. Mereka tidak mahu
ketinggalan meraikan hari yang bersejarah ini.

Acara sambutan Hari Kemerdekaan biasanya dimulakan dengan upacara


menaikkan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang. Sewaktu bendera dinaikkan
lagu Negaraku dinyanyikan bersama-sama dengan penuh semangat. Selepas
itu ,ikrar taat setia dilafazkan sebagai janji taat setia rakyat kepada negara.
Pada Hari Kemerdekaan, pemimpin negara turut memberikan ucapan kepada
seluruh rakyat Malaysia.

Tidak lama selepas itu, upacara perbarisan pun dimulakan. Upacara


perbarisan ini disertai oleh rakyat berbilang kaum. Mereka terdiri daripada
murid sekolah .pekerja sektor awam dan pekerja sektor swasta. Peserta
perbarisan ini memberi tabik hormat kepada pemimpin negara yang berdiri di
atas pentas utama.

Sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan penonton juga dapat menyaksikan


perarakan kereta berhias yang berwarna-warni dan penuh
bercahaya ,persembahan pancaragam oleh pasukan beruniform ,pertunjukan jet
di udara dan melihat kemahiran penerjun-penerjun negara terjun dari
helikopter sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Acara kemudiannya diteruskan dengan persembahan kebudayaan. Pelbagai


persembahan seperti tarian ,nyanyian dan sketsa diadakan. Persembahan ini
dijayakan oleh semua kaum di Malaysia. Semua persembahan yang
dipersembahkan sungguh menghiburkan. Rakyat Malaysia yang datang sendiri
sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan ramai yang tidak melepaskan peluang
untuk mengambil foto peristiwa yang berlaku pada hari tersebut.

Sambutan Hari Kemerdekaan disambut dengan meriah. Bagi mereka yang


tidak hadir, mereka boleh menontonnya di kaca televisyen.

Aktiviti di luar bilik darjah atau kokurikulum sering menjadi topik hangat
perbualan masyarakat kita terutama menjelang musim peperiksaan. Ada yang
menganggap pembabitan pelajar dalam aktiviti sebegini mampu menjejaskan
prestasi mereka dalam peperiksaan terutama peperiksaan umum negara ini.
Hairannya, pelajar yang tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti juga tidak
memperoleh keputusan yang cemerlang jika mahu diambil kira masa mereka
yang lebih banyak untuk menelaah buku pelajaran. Jadi, penglibatan dalam
kokurikulum memang ada banyak kebaikannya jika dilakukan dengan penuh
cermat dan sistematik.

Kebaikan pertama melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum ialah seseorang


pelajar itu dapat mengeluarkan peluh terutama aktiviti yang melibatkan acara
sukan. Biasanya aktiviti ini memerlukan stamina dan tenaga yang banyak lalu
menjadikan tubuh pelajar lebih tegap dan mampu untu mengalami sebarang
tindakan fizikal yang ketara. Badan yang sihat juga menjadikan diri pelajar itu
lebih menarik dan boleh menerima pelajaran dengan lebih baik kerana fikiran
mereka sihat berbanding dengan pelajar yang lain. Maka, pelajar yang
melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum memang lebih sihat berbanding
pelajar yang lainnya.

Dalam sebarang aktiviti kokurikulum, seseorang pelajar itu harus melakukan


sesuatu aktiviti sama ada secara berkumpulan atau bersendirian. Kejayaan
seseorang pelajar melaksanakan aktiviti ini dengan baik akan memberi keyakinan
dalam dirinya bahawa mereka memang berguna dan boleh melakukan sesuatu
yang berfaedah dalam hidup. Sikap yakin ini sudah pasti akan menebal setiap
kali pelajar berjaya melakukan pelbagai aktiviti dalam penglibatan
kokurikulumnya itu lalu menjadikan diri pelajar lebih berketerampilan lagi.
Jelaslah, pelajar yang terlibat dalam kokurikulum mempunyai rasa keyakinan diri
yang lebih ketara berbanding pelajar yang tidak melibatkan diri langsung.

Dalam kehidupan manusia, amalan bertemu untuk berinteraksi dengan orang lain
sudah menjadi lumrah dan kokurikulum mampu mendidik pelajar cara untuk
berinteraksi dengan lebih berkesan lagi. Semua kokurikulum mempunyai
program yang pastinya akan memerlukan pelajar berinteraksi dengan pelajar lain,
guru dan juga masyarakat setempat untuk melaksanakan sesuatu program
tersebut. Interaksi demi interaksi ini menjadikan diri pelajar lebih peka dan tahu
cara untuk menyesuaikan diri mereka dalam pergaulan masyarakat apabila
mereka dewasa kelak tanpa perlu berasa malu dan sebagainya. Maka, pelajar
akan lebih mahir dalam interaksi mereka jika melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum.

Kokurikulum sudah pasti memberikan pelbagai ilmu pengetahuan kepada pelajar


yang menyertainya baik yang berupaya sukan, persatuan dan sebagainya.
Pengetahuan mengurus sesuatu, merancang, dan mengalami masalah ketika
melakukan aktiviti sudah pasti memberikan pendidikan yang berguna kepada
pelajar pada masa hadapan kerana perkara ini tidak mampu untuk mereka peroleh
menerusi pendidikan biasa. Semua maklumat yang mereka pelajari ini
menjadikan diri mereka lebih mampu untuk mengharungi kehidupan alam
dewasa yang penuh dengan dugaan dan cabaran itu. Sebenarnya, kokurikulum
memberikan banyak ilmu pengetahuan kepada pelajar yang menyertainya.

Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum harus disertai oleh semua pelajar kerana


aktiviti ini memiliki banyak impak positif. Golongan ibu bapa perlulah melihat
kokurikulum ini dalam sudut yang lebih besar dan positif serta tidak menganggap
aktiviti ini membuang masa sahaja. Pelajar pula perlu menggunakan peluang ini
untuk mempelajari sebanyak mungkin pengetahuan yang diberikan menerusi
penglibatan mereka ini tanpa ada keraguan. Kalau ini berjaya dilaksanakan,
negara kita akan memiliki satu generasi muda yang berdaya saing tinggi.