Anda di halaman 1dari 27

PEMARKAHAN

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KBD 6014: PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID BERMASALAH PENDENGARAN

KESEDIAAN GURU DALAM MELAKSANAKAN RANCANGAN


PENDIDIKAN INDIVIDU DALAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID
MASALAH PENDENGARAN

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO. MATRIK PROGRAM

1. MUHAMMAD ATIF BIN JAAFAR M20162002298 IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN KHAS

2. MOHD SYUKRI BIN ABDUL RAHMAN M20162002297 IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN KHAS

3. IZRUL ISKANDAR BIN RAZALI M20162002288 IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN KHAS

4. MOHAMMAD SHARIF BIN ASIM M20162002295 IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN KHAS

5. KHAIROL ILMI BIN CHE OMAR M20162002291 IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN KHAS

PENSYARAH : PM.DR. ABDUL RAHIM BIN RAZALLI

TARIKH : 20 MEI 2017


KESEDIAAN GURU DALAM MELAKSANAKAN RANCANGAN PENDIDIKAN
INDIVIDU DALAM PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID MASALAH
PENDENGARAN

ABSTRAK

Kajian ini merupakan kajian tinjauan bagi melihat penglibatan guru dalam pendidikan inklusif
bermasalah pendengaran dari aspek pelaksanaan rancangan pendidikan individu sekitar negeri
Perak. Responden terdiri dalam kalangan guru-guru yang terlibat dengan pendidikan inklusif
murid bermasalah pendengaran. Rancangan Pendidikan Individu (RPI) merupakan satu
pendekatan ke arah pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran individu yang berkesan.
Ianya menitik beratkan aspek pencapaian individu pelajar yang berbeza tahap pencapaian dan
kebolehan. Kajian ini bertujuan meninjau kesediaan guru melaksanakan Rancangan
Pendidikan Individu (RPI) bagi pendidikan khas bermasalah pendengaran di Perak. Kajian ini
menggunakan kaedah gabungan yang melibatkan seramai 34 orang guru yang mengajar di
sekolah pendidikan khas bermasalah pendengaran. Instrument yang digunakan ialah soal
selidik. Data dianalisis menggunakan program IBM SPSS , yang melibatkan statistik deskriptif
seperti peratusan, frekuensi dan min dan standard devition. Hasil kajian mendapati tahap
pengetahuan, tahap kemahiran guru-guru juga adalah sederhana. Dapatan kajian menjawab
hipotisis ho yang dirancang . Selain itu, kajian mendapati hampir semua responden
memerlukan kursus dan latihan khas bagi memantapkan pelaksanaan Rancangan Pendidikan
Individu. Dapatan kajian ini diharap dapat menjadi rujukan dan cadangan penambahbaikan
terhadap perkara-perkara berkaitan pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar
pendidikan khas masalah pendengaran.
1.0 PENGENALAN

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen bertulis. Ia dirancang khusus untuk
seseorang murid. Ia juga dibentuk bertujuan mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan
penerapan ke atas program pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan. (Jabatan
Pendidikan Khas, 2000, Kementerian Pendidikan Malaysia). RPI boleh diguna pakai untuk
perancangan, pemantauan dan penilaian pendidikan kanak-kanak pendidikan khas bertepatan
dengan syor Pengisytiharan Salamanca (UNESCO, 1994), Perkara 3 :

menggesa agar semua kerajaan mewujudkan mekanisme mewujudkan mekanisma-


mekanisma disentralisasi dan penyertaan untuk perancangan, pemantauan dan penilaian
peruntukan pendidikan untuk kanak-kanak dan orang dewasa dengan keperluan pendidikan
khas

Merujuk pada pengisytiharan tersebut, kerajaan Malaysia memperkenalkan Rancangan


Pendidikan Individu (RPI) melalui Kementerian Pendidikan Malaysia. RPI diperkenalkan
menerusi program pendidikan khas integrasi. Program pendidikan khas integrasi disediakan
untuk murid murid bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah
penglihatan. Ianya diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah
menengah teknik /vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran
secara pengasingan dan separa inklusif. (Jabatan Pendidikan Khas, 2004, Kementerian
Pendidikan Malaysia).

Penyediaan RPI sangat penting demi memastikan keperluan pelajar pendidikan khas
menerima pendidikan dapat dicapai. Namun demikian sehingga kini belum ada undang-undang
khusus atau akta yang mewajibkan pelaksanaan RPI di sekolah. Hanya Akta Pendidikan 1996
fasal 40:
Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas. Menteri hendaklah mengadakan
pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1) (b) atau di mana-
mana sekolah rendah atau menengah yang di fikirkan oleh Menteri suai manfaat.

Namun kerajaan Malaysia telah mengeluarkan pekeliling ikhtisas bil 7/2004 yang bertarikh 27
September 2004 iaitu Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Pada perkara 5 ada dinyatakan :
Bagi memastikan keberkesanan kurikulum ini, Rancangan Pendidikan Individu (RPI) setiap
murid hendaklah disediakan

Melalui pekeliling tersebut hanya memaklumkan RPI hendaklah disediakan untuk


memastikan keberkesanan kurikulum alternatif Rancangan Pendidikan Individu (RPI) perlu
diteruskan melalui keperluan teknikal dan peraturan yang telah ditetapkan. (Ketterlin-geller,
Alonzo, Braun-Monegan & Tindal, 2007).

Dalam konvensyen mengenai hak kanak-kanak oleh UNICEF (The United Nations
Children's Fund) Pendidikan adalah hak asasi manusia. Program Pendidikan UNICEF di
Malaysia tahun 2010 telah dibincangkan isu pendidikan untuk semua dan pelajar berkeperluan
khas tidak terkecuali menerima pendidikan. Oleh itu Rancangan Pendidikan Individu ini akan
membangunkan rancangan pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia bagi
memenuhi matlamat Pembangunan Pendidikan 2010. RPI dijangka memberi manfaat kepada
23,649 murid di sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia dan UNICEF telah memperkenalkan sistem e-rpi iaitu
Pelan Pendidikan Individu (PPI) satu usaha menambah baik dokumen RPI. Sistem ini
berdasarkan web pages atau jaringan Web Portal dilaksanakan untuk memudahkan semua
pihak yang terlibat dengan murid berkeperluan khas dalam merancang dan melaksanakan RPI
bagi setiap murid berkeperluan khas. Di dalam sistem ini, ianya telah terbahagi kepada
beberapa bahagian utama iaitu: Pelan Pendidikan Individu (PPI), Pelan Instruksional Individu
(PII) dan juga Pelan Transisi Individu (PTI). Kajian Rintis telah dijalankan di 60 buah sekolah
bermula julai Oktober 2010 (Fasa 1) dan Januari Mac 2011 (Fasa 2) (pekeliling ikhtisas
KPM 2010).

Pembentukan RPI di Sekolah Rancangan Pendidikan Individu (RPI) mengandungi 6


elemen iaitu kerjasama, berkongsi maklumat, keputusan bersama, kebolehpercayaan,
dokumentasi dan proses hasil kerja. RPI juga mempunyai 6 ciri iaitu komprehensif, spesifik,
mengikut urutan, bersesuaian dengan realistik, mudah difahami dan digubal bersama. Terdapat
4 pihak yang berperanan dalam menyumbangkan keberkesanan RPI iaitu pentadbiran sekolah,
ibu bapa, guru pendidikan khas dan kumpulan pelbagai disiplin. Pentadbiran sekolah
berperanan mempengerusikan majlis perjumpaan, memperkenalkan semua ahli jawatankuasa,
menjawab soalan yang berkaitan dengan pentadbiran dan bertindak segera ke atas perkara yang
diperlukan.

Di Malaysia, bagi pelajar pendidikan khas ini, guru perlu merangka satu rancangan
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan merujuk ciri-ciri dan tahap kebolehan
individu pelajar. Merujuk Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan, Pendidikan
Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (1979-1991) menyatakan dalam melaksanakan
kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran
dan pembelajaran, masa dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi
tujuan dan matlamat pendidikan khas.

Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti sejauh mana kesediaan
guru pendidikan khas melaksanakan RPI dalam pendidikan inklusif bagi pelajar berkeperluan
khas bemasalah pendengaran terutama di sekolah-sekolah di negeri Perak. Rancangan
Pendidikan Individu (RPI) merupakan satu pendekatan kepada modul pengajaran individu bagi
memastikan keberkesanan pembelajaran pelajar pendidikan khas menguasai beberapa
kemahiran yang difikir mampu dikuasai. Kajian ini bertujuan mengenal pasti sikap, tahap
pengetahuan, tahap kemahiran dan strategi pengajaran guru yang mengajar di aliran pendidikan
khas dalam melaksanakan RPI. Selain itu juga, ianya bagi mengenal pasti permasalahan lain
yang boleh mengekang guru daripada melaksanakan RPI dengan berkesan.
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) merupakan satu program pengajaran dan pembelajaran
berkaitan Pendidikan Khas yang diadakan bagi tujuan memenuhi keperluan pembelajaran
pelajar berkeperluan khas. Menurut Hallahan dan Kauffman (1997), RPI adalah satu perjanjian
bertulis antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan murid dan cara
bagaimana keperluan-keperluan itu dapat dipenuhi. Dari segi pelaksanaan, RPI adalah sebuah
kontrak tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu disediakan untuk seseorang pelajar.
Manakala menurut Bender W.N (1995) pula, RPI adalah satu program pengajaran berasaskan
penilaian pelbagai disiplin dan direka bagi memenuhi keperluan-keperluan individu pelajar
kurang upaya.

Di Malaysia, RPI telah dipraktikkan sejak penubuhan sekolah anak-anak istimewa swasta.
Apabila Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan sekolah yang dikenali sebagai sekolah
pendidikan khas, perubahan demi perubahan dilakukan terhadap format RPI itu sendiri.
Menerusi Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2004 Bagi memastikan keberkesanan kurikulum ini
(kurikulum alternatif) Rancangan Pendidikan Individu RPI setiap pelajar hendaklah
disediakan. Dari segi pelaksanaan, RPI adalah kontrak tentang perkhidmatan-perkhidmatan
yang perlu disediakan untuk murid berkenaan. Ini kerana, satu set RPI disediakan kepada
seorang murid pada satu tempoh tertentu bergantung kepada tahap pencapaian pelajar dalam
jangka masa 3 hingga 6 bulan atau lebih.

Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kesediaan guru dalam
menjayakan pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu sama ada memberikan respon yang
positif atau negatif terhadap pelaksanaannya. Ianya bergantung kepada kesediaan guru
menyahut cabaran dan bertanggungjawab dalam profesionalismenya dalam mengenal pasti
tahap pengetahuan guru yang terlibat dalam kajian ini memfokuskan pengetahuan terhadap
format penulisan RPI berdasarkan Buku Panduan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
(Kementerian Pelajaran Malaysia 2000) perlu mempunyai format yang mempunyai komponen-
komponen iaitu objektif yang khusus untuk pelajar, strategi pengajaran yang terperinci,
mengenal pasti individu yang akan bertanggungjawab terhadap tugas berkenaan, sumber yang
diperlukan untuk mencapai objektif dan prosedur penilaian yang terperinci. RPI merupakan
satu modul penulisan yang perlu dilaksanakan dan diketahui cara pelaksanaannya oleh guru-
guru pendidikan khas bagi mengenal pasti tahap kebolehcapaian pelajar menguasai mata
pelajaran yang diajar melalui penyediaan strategi pengajaran yang sesuai. Ini kerana ia
bertepatan dengan ciri-cirinya iaitu bersifat komprehensif dengan mengikut urutan keperluan
pelajar dengan spesifik masalah dan kaedah menangani individu serta diketahui serta mudah
difahami cara pelaksanaannya. Pada masa yang sama perbincangan penyelesaian masalah RPI
perlu dirujuk dan dibincang bersama ibu-bapa pelajar pendidikan khas.

Guru perlu tahu tentang kemahiran merancang, mengurus dan membuat keputusan.
Dalam hal ini sekiranya guru mengetahui cara pelaksanaan RPI tetapi tiada kemahiran dalam
melaksanakannya akan menjadi kekangan dalam mencapai objektif RPI. Dalam RPI seperti
rancangan pengajaran biasanya perlu ada tajuk, masa, objektif, set induksi, isi pelajaran serta
aktiviti mengikut tahap atau aras kemampuan pelajar yang perlu diperuntukkan dan di akhir
pengajaran guru perlu menulis refleksi atau catatan sama ada murid telah mencapai objektif
pengajaran secara maksimum ataupun minimum. Sebagaimana menurut Siti Aishah Mohd
Elias (2006), kejayaan atau kegagalan dalam pelajaran bergantung pada perancangan
pengajaran yang dibuat dan jarang sekali berlaku kesalahan apabila setiap minit yang
diperuntukkan dihuraikan dan dirancang dengan teliti.

Bagi pelajar pendidikan khas ini, guru perlu merangka satu rancangan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan merujuk ciri-ciri dan tahap kebolehan individu pelajar.
Merujuk Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan, Pendidikan Khas
Kementerian Pelajaran Malaysia (1979-1991) menyatakan dalam melaksanakan kurikulum
pendidikan khas, guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran dan
pembelajaran, masa dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi tujuan
dan matlamat pendidikan khas.

Menurut perbincangan Mok Soon Sang (1992) menyatakan pendapatnya bahawa guru
berkebolehan mengubahsuai model dan teori pengajaran dan pembelajaran agar sesuai dengan
kebolehan para pelajar yang mempunyai kebolehan berbeza-beza. Selain itu guru juga perlu
menyediakan pelajar menghadapi cabaran dengan kandungan pendidikan yang menjamin
kesejahteraan dan keperluan pelajar. Sepertimana menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan
Othman (2003), perancangan kurikulum abad ke 21 mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan
dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil sesuatu bangsa di masa akan
datang.
2.1 PENDIDIKAN INKLUSIF MURID MASALAH PENDENGARAN

Pendidikan khas masalah pendengaran adalah pendidikan untuk murid-murid yang


menghadapi kecacatan pendengaran. Menurut Abdul Halim (1997), kaedah komunikasi yang
lazimnya digunakan untuk murid masalah pendengaran meliputi kaedah bacaan bibir, ejaan
jari, dan bahasa isyarat. Murid pendidikan khas masalah pendengaran mempunyai tahap
kehilangan pendengaran yang berbeza. Setiap tahap kehilangan pendengaran akan diukur
dalam bentuk desibel (dB) berdasarkan intensiti bunyi yang dapat mereka dengar. Menurut
K.A Razhiyah (2006), terdapat empat tahap kehilangan pendengaran yang diklasifikasikan
iaitu ringan (20dB hingga 30dB), sederhana (30dB hingga 60db), teruk (60dB hingga 90dB)
dan sangat teruk (90dB ke atas). Murid-murid masalah pendengaran yang terdiri daripada
keempat-empat tahap tersebut sememangnya menghadapi kesukaran dalam kemahiran bahasa
yang melibatkan lisan, mengeja dan menulis. Hal ini kerana murid masalah pendengaran tidak
menerima input bahasa daripada deria pendengaran. Deria pendengaran sememangnya
memainkan peranan penting dalam pemerolehan, pembelajaran dan penguasaan bahasa (Safani
Bari, 2007).

Program Pendidikan Inklusif ertinya suatu program pendidikan bagi murid


berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan khas
bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah
bantuan kerajaan (Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas), 2013). Peraturan
Pendidikan 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid berkeperluan khas untuk
diinklusifkan dalam kelas biasa. Peraturan (2) menyebut, Pendidikan Inklusif bermaksud:

satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh
menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa. Kementerian
Pendidikan pada tahun 2000 iaitu: 6.1 mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan
khas di sekolah biasa.
(Peraturan Pendidikan 1997 (Akta Pendidikan 1996).

Hala tuju pendidikan untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas pada masa kini ialah ke
arah mengintegrasikan mereka dengan kanak-kanak normal. Untuk itu usaha-usaha tertentu
hendaklah dilakukan bagi merealisasikan matlamat berkenaan. (Geatheart, Weishahn &
Gearheart, 1992). Sementara itu beberapa kajian pula menunjukkan terdapat faktor-faktor
tertentu menghalang kepada kejayaan dan keberkesanan program-program Pendidikan Khas
yang berkonsepkan integrasi ini. Antara faktor-faktor tersebut ialah sumber yang terhad, sikap
yang negatif dan kurangnya guru-guru terlatih dalam melaksanakannya (Ysseldyke dan
Alozzine, 1982). Dengan kesedaran tentang pentingnya integrasi dikalangan pelajar-pelajar
berkeperluan khas untuk mendapatkan pendidikan bersama pelajar-pelajar normal maka
pendidikan yang bercorak pengasingan sudah tidak sesuai. Kini keperluan pendidikan pelajar-
pelajar berkeperluan khas berorientasikan kepada komuniti sebenar. Mereka sememangnya
berhak untuk belajar seiring rakan-rakan normal yang sebaya dengan mereka di sekolah-
sekolah biasa. Bagaimanakah pelajar-pelajar berkeperluan khas ini dapat belajar di program-
program percantuman Pendidikan Khas di sekolah-sekolah biasa ?. Adakah guru-guru kelas
biasa mahu pun pentadbir sekolah dapat mengurus dan memenuhi keperluan khas pelajar-
pelajar berkenaan ? . Sudah pasti ianya memerlukan pengetahuan dan kemahiran tertentu untuk
melaksanakannya.

Oleh yang demikian, melatih dan menyediakan guru-guru khas bagi mendidik pelajar-
pelajar berkeperluan khas ini adalah menjadi satu keperluan. Kewujudan program-program
Pendidikan Khas di sekolah biasa, merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi oleh guru-guru
kelas dan pentadbir di sekolah-sekolah biasa (Marozas dan May, 1988). Sikap positif semua
personal memainkan peranan penting bagi mewujudkan program percantuman Pendidikan
Khas yang efektif. Di sini, guru Pendidikan Khas memainkan peranan yang amat penting
sebagai ejen pemangkin bukan sahaja kepada kejayaan pelajar itu sendiri bahkan juga kepada
keberkesanan dan kejayaan sesebuah program Pendidikan Khas.
3.0 PERNYATAAN MASALAH

Isu-isu yang sering timbul dalam pengajaran pendidikan khas di sekolah merangkumi aspek
kelayakan akademik dan ikhtisas guru, pengetahuan tentang ciri-ciri keperluan khas pelajar dan
kebolehan serta keyakinan guru menyampaikan isi kandungan kepada pelajar pendidikan khas.
(Noraini, 2000).

Menjadi satu tanggungjawab kepada guru yang mengajar dengan mengenal pasti cara
terbaik bagi pelajar berkeperluan khas ini dengan memilih strategi yang sesuai dengan tahap
kemampuan pelajar berdasarkan kemahiran membina Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
kepada pelajar pendidikan khas tersebut. Ini kerana, Rancangan Pendidikan Individu
merupakan satu modul terbaik kepada keberkesanan pembelajaran bagi pelajar pendidikan
khas kerana dengannya dapat memastikan tahap kebolehan murid memperolehi objektif
pembelajaran.

Kajian Mohd Hanafi, Hasnah Toran, Mohd Safani Bari dan Mashithah Khalid (2012)
mendapati bahawa perkembangan akademik dan sosial pelajar pendidikan khas masalah
pendengaran mempunyai perkembangan yang baik setelah mengikuti program inklusif. Ini
menunjukkan bahawa di dalam program ini juga menekankan penggunaan pendekatan RPI
yang diamalkan dapat meningkatkan akademik serta sahsiah pelajar berbanding sebaliknya.

Sejauh mana kesediaan guru mata pelajaran melaksanakan Rancangan Pendidikan


Individu bagi pelajar pendidikan khas di sekolah, maka kajian ini meninjau sejauh mana
kesediaan guru dari segi tahap pengetahuan, tahap kemahiran terutamanya di sekolah-sekolah
kebangsaan di Perak. Selain itu ianya juga meninjau permasalahan yang dihadapi oleh guru-
guru yang mungkin berlainan latar belakang dalam kategori pentauliahan guru melaksanakan
Rancangan Pendidikan Individu dalam Pendidikan Khas itu sendiri.

Secara umum, guru mengetahui bahawa pendidikan khas menyediakan kurikulum umum
bagi guru-guru dan mengikut kreativiti guru dalam merancang dan melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran. Akan tetapi jika guru biasa yang mengajar mata pelajaran lain tetapi tiada
kemahiran dalam keperluan khas pelajar akan menimbulkan masalah. Ini kerana guru biasa
mengajar pendidikan khas yang tidak tahu kemahiran keperluan khas pelajar akan
menyebabkan pengajaran dan pembelajaran tidak berkesan kepada pelajar kerana tidak
memahami keperluan pelajar khas bagi menyediakan kaedah serta strategi pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai kepada pelajar. Isunya pentauliahan guru dalam pendidikan khas ini
perlu bagi memastikan guru yang benar-benar layak mengajar bagi memudahkan pelaksanaan
RPI berjalan dengan lancar dan tiada masalah untuk menghasilkan objektif pengajaran dan
pembelajaran tercapai.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana kesediaan guru
melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) dalam Pendidikan Inklusif bagi murid
masalah pendengaran. Secara khususnya pula, kajian ini meninjau beberapa perkara berkaitan
antaranya ialah :
i. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan
Individu dalam Pendidikan inklusif bagi murid masalah pendengaran.
ii. Mengenal pasti tahap kemahiran guru dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan
Individu dalam Pendidikan Inklusif bagi murid masalah pendengaran.
iii. Mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan Rancangan
Pendidikan Individu.

4.1 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini akan memfokuskan kepada soalan permasalahan berikut:


i. Apakah tahap pengetahuan guru dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu
bagi pelajar masalah pendengaran dalam Pendidikan Inklusif ?
ii. Apakah tahap kemahiran guru dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu
bagi murid masalah pendengaran dalam Pendidikan Inklusif ?
iii. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru terhadap pelaksanaan Rancangan Pendidikan
Individu bagi murid masalah pendengaran ?
4.2 HIPOTISIS KAJIAN

Bagi menjawab persoalan kajian, maka 2 hipotesis ini telah dibentuk :

Ho 1 Terdapat perbezaan tahap pengetahuan guru dalam melaksanakan Rancangan pendidikan


Individu bagi pelajar masalah pendengaran dalam Pendidikan Inklusif.

Ho 2 Terdapat perbezaan tahap kemahiran guru dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan


Individu bagi murid masalah pendengaran dalam Pendidikan Inklusif .

5.0 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) merupakan satu program pengajaran dan pembelajaran
berkaitan Pendidikan Khas yang diadakan bagi tujuan memenuhi keperluan pembelajaran
pelajar berkeperluan khas. Menurut Hallahan dan Kauffman (1997), RPI adalah satu perjanjian
bertulis antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan murid dan cara
bagaimana keperluan-keperluan itu dapat dipenuhi. Dari segi pelaksanaan, RPI adalah sebuah
kontrak tentang perkhidmatanperkhidmatan yang perlu disediakan untuk seseorang pelajar.
Manakala menurut Bender W.N (1995) pula, RPI adalah satu program pengajaran berasaskan
penilaian pelbagai disiplin dan direka bagi memenuhi keperluan-keperluan individu pelajar
kurang upaya.

Rancangan pendidikan individu


kana Guru Teori RPI
1) Jantina Slavin
2) Umur
3) Bangsa
4) Tahun
Penguasaa Kemahiran
n

Dapatan Kajian

Rajah 1 : Kerangka konsep kajian


Kerangka konsep kajian ini adalah berdasarkan kerangka teori model Input Output
pengajaran berkesan Slavin (1994) yang menyatakan bahawa pengajaran guru yang berkesan
di pengaruhi oleh empat faktor iaitu kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran, insentif
dan masa yang menjadi variabal tidak bersandar. Manakala output pula adalah peningkatan
dalam pencapaian akademik pelajar yang berupa variabal bersandar. Menurutnya lagi, insentif
bermaksud keupayaan guru untuk memberi motivasi kepada pelajar untuk terus belajar dan
menyiapkan kerja-kerja yang diberi oleh guru. Manakala masa pengajaran pula bermaksud
masa yang cukup untuk pelajar mempelajari sesuatu konsep atau kemahiran.

Dalam kerangka ini empat faktor diambil kira untuk mengenal pasti kesediaan guru dari
segi sikap, tahap pengetahuan, tahap kemahiran dan strategi pengajaran. Bagi mengenal pasti
kesediaan guru dari segi sikap ditentukan pada jawapan responden kajian sama ada positif atau
negatif mengikut nilai kesedaran dan keprihatinan guru terhadap RPI pendidikan khas. Selain
mengenal pasti tahap pengetahuan guru sama ada tinggi atau rendah dalam mengetahui perkara
berkaitan objektif RPI pendidikan khas, ciriciri pelajar pendidikan khas serta format kandungan
RPI. Pada masa yang sama mengenal pasti tahap kemahiran guru melalui pendekatan, strategi,
kaedah dan teknik mengurus tingkah laku pelajar pendidikan khas.Seterusnya di dalam
kerangka ini juga menunjukkan bagi mengenal pasti strategi pengajaran yang digunakan oleh
guru berdasarkan tiga strategi pengajaran berpusatkan murid, guru dan bahan. Dalam proses
seterusnya, faktor tambahan iaitu permasalahan dalam kajian ini pula merujuk kepada perkara
insentif, masa atau keperluan pengajaran guru yang perlu ada seperti BBM dan Sukatan
Pelajaran, buku teks dan peruntukan kewangan bagi memastikan pengajaran dapat
dilaksanakan dengan berkesan. Menurut Slavin (1994) terdapat dua cara guru memberi
motivasi kepada pelajar agar terus belajar. Pertama, menyediakan pengajaran yang menarik
dan menyeronokkan dengan pelbagai kaedah dan pelbagai BBM. Kedua, guru memberi insentif
ganjaran atau pujian kepada pelajar yang menguasai dan dendaan kepada pelajar yang tidak 20
menguasai pembelajaran. Kajian ini dijalankan melalui instrumen temu bual atau kualitatif
Sehubungan ini, dengan adanya kerangka konsep kajian ini sebagai rujukan kajian bagi
manambah baik sistem dan memantapkan pelaksanaan RPI .
6.0 KAJIAN LITERATUR

Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa RPI ini sememangnya
membawa kesan yang positif dan penting untuk dilaksanakan. Morgan dan Rhode (1983:64)
telah menjalankan satu kajiannya bagi menilai sikap guru khas terhadap RPI di Utah, Amerika
Syarikat dan didapati sampel menyatakan bahawa proses RPI telah membawa lebih banyak
kebaikan dari keburukan, RPI dapat menolong guru mengatur masa mereka dan pelaksanaan
RPI dapat memberi kepuasan kerja yang lebih kepada guru-guru khas. Ini turut dipersetujui
oleh Gallaher & Desimone di dalam Kirk et. al (1997:63) di mana mereka mengatakan
terdapatnya bukti bahawa hubungan yang lebih baik terbentuk di antara guru dan ibu bapa dan
lebih pemahaman oleh pihak keluarga mengenai program pendidikan khas.

Snyder (2002:4) melalui kajiannya terhadap pelajar-pelajar kurang upaya


perkembangan di Pennsylvania, Amerika Syarikat mendapati terdapat keberkesanan di dalam
mengajar aspek penentuan kendiri dengan cara memberi latihan kepada pelajar untuk
mengendalikan mesyuarat RPI mereka sendiri. Dapatan kajian menunjukkan terdapat
peningkatan dalam keupayaan pelajar untuk mengendalikan mesyuarat RPI di dalam situasi
yang sebenar dari aspek memperkenalkan individu dan menerangkan tujuan mesyuarat,
mengimbas matlamat yang lalu, membincangkan matlamat yang akan datang dan menutup
mesyuarat. Torgerson et. al (2004:4) juga bersetuju latihan diberi kepada pelajar bagi
mengendalikan mesyuarat RPI mereka sendiri akan dapat meningkatkan keupayaan diri
pelajar. Kajian beliau mendapati setelah diberi latihan yang terperinci, 90 peratus daripada
pelajar-pelajar kurang upaya yang menjadi sampel kajian mampu mengendalikan sendiri
mesyuarat RPI mereka.

Melalui kajian-kajian di atas adalah terbukti bahawa RPI jika dirancang dan
dilaksanakan dengan teliti bukan sahaja dapat membawa kesan yang positif terhadap
pencapaian pelajar tetapi juga dapat mengeratkan hubungan guru dan ibu bapa selain daripada
memberi lebih kefahaman kepada ibu bapa mengenai pendidikan anak mereka.
6.1 STRUKTUR PERLAKSANAAN RPI

Pelaksanaan RPI adalah merupakan satu peristiwa yang signifikan dalam bidang pendidikan
pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran di negara kita. Penglibatan Kementerian Pendidikan
di dalam pendidikan khas bermula pada tahun 1962 apabila Bahagian Sekolah telah
menjemput seorang juru runding dari Amerika Syarikat iaitu Frank L Franks bagi membantu
merancang program pendidikan khas di Malaysia (Abdul Rahim, 2000:6). Pengaruh
pendidikan dari Amerika Syarikat ini terus bertambah apabila beberapa orang pegawai
pendidikan tempatan telah dilatih di beberapa buah institusi pengajian tinggi di Amerika
Syarikat pada awal tahun 80-an. Apabila mereka kembali ke negara ini, idea dan pengalaman
mereka secara tidak langsung mempengaruhi pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia (Abdul
Rahim, 2000:6).

Maktab Perguruan Ilmu Khas telah memulakan kursus Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran bermula dari tahun 1991 di mana pensyarah-pensyarah yang mengendalikan
kursus tersebut adalah tenaga pengajar yang terlatih di Amerika Syarikat (Abdul Rahim,
2000:6) Melalui kursus tersebut RPI telah diperkenalkan kepada bakal-bakal guru khas yang
dilatih (Abdul Rahim, 2000:6; Mohd Siraj, 1995:9). Pelaksanaan RPI di program-program
pendidikan khas pula bermula setelah Jabatan Pendidikan Khas, Maktab Perguruan Ilmu Khas
memperkenalkan RPI kepada Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia dan telah
disambut baik di mana Bahagian Sekolah mula melaksanakan RPI ini di sekolah-sekolah dan
program-program pendidikan khas di bawah pentadbirannya di seluruh Malaysia (Mohd Siraj,
1995:10).

Selain itu Perisytiharan Salamanca yang dibuat pada tahun 1994 juga turut
mempengaruhi pelaksanaan RPI di negara kita. Perisytiharan tersebut menggesa semua negara
supaya mewujudkan satu mekanisma untuk merancang, memantau dan menilai peruntukan
pendidikan kanak-kanak serta golongan dewasa dengan keperluan khas (Abdul Rahim,
2000:2). Menyedari tentang kepentingan wujudnya mekanisma ini maka RPI ini telah
dilaksanakan di negara kita berlandaskan kepada pelaksanaan Individualized Education
Progamme (IEP) yang telah dijalankan dengan meluas di Amerika Syarikat (Siraj Awang,
1995:9). Berdasarkan rentetan peristiwa-peristiwa di atas adalah jelas menunjukkan bahawa
IEP yang telah dipelopori di Amerika Syarikat mempunyai pengaruh yang besar di atas
pelaksanaan RPI di negara kita.
Namun begitu, disebabkan ketiadaan dasar atau polisi yang ditetapkan menyebabkan
pegawai-pegawai yang terlibat dengan penyediaan dan latihan RPI telah membentuk panduan
dan bimbingan mengikut pengalaman dan latar belakang pendidikan mereka sendiri atau
merujuk kepada dokumen-dokumen seperti kertas kerja atau pembentangan seminar yang
berkaitan dengan RPI (Abdul Rahim, 2000:6). Disebabkan guru-guru memperoleh panduan
pembentukan RPI daripada sumber, jangka masa kursus dan melalui penyampaian yang
berbeza menyebabkan terdapatnya pelbagai variasi di dalam penghasilan RPI. Sehubungan
dengan itu, Jabatan Pendidikan Khas telah menerbitkan Buku Panduan Rancangan Pendidikan
Individu (RPI) Murid-murid Berkeperluan Khas (Jabatan Pendidikan Khas, 2000) sebagai
salah satu usaha untuk menangani masalah ini. Kini, walau pun pelaksanaan RPI telah
dijalankan dengan secara menyeluruh di Program-program Khas Bermasalah Pembelajaran di
negara kita, kualiti RPI yang dibina dan juga keberkesanan pelaksanaannya masih menjadi isu
yang sering diperkatakan. Pelaksanaan RPI ini sering dibandingkan dengan pelaksanaan IEP
di Amerika Syarikat yang sememangnya menjadi negara peneraju di dalam bidang pendidikan
khas ini.

7.0 METADOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul dan menganalisis
data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian. Metodologi
menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu
digunakan. Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas atau lebih
terperinci lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian
yang telah dilakukan.
Metodologi juga bermaksud ilmu tentang metod atau disiplin yang digunakan semasa
melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu. Metodologi kajian adalah merujuk
kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara
yang efektif bagi menjawab permasalah kajian. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti
kesediaan guru dalam melaksanakaan rancangan pendidikan invidu dalam pendidikan inklusif
bagi murid masalah pendengaran. Pelbagai kaedah yang digunakan dalam mengkaji tajuk ini.
7.1.Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Tinjauan adalah pendekatan deskriptif
yang digunakan dengan meluas dalam bidang penyelidikan bagi mengumpul data dan
maklumat ( Azizi Yahaya 2007). Menurut Finik (1995), tinjauan adalah satu sistem
mengumpaul data untuk menghurai, membandingkan atau menjelaskan pengetahuan, sikap
dan amalan serta tingkah laku.

7.2.Sampel Kajian

Pemilihan sampel untuk kajian dilakukan secara rawak mudah yang melibatkan 34 lebih ( guru
pendidikan khas sekolah rendah dan sekolah menengah) di sekitar negeri perak. Bilangan
sampel bersesuaian dengan kajian kuantitatif yang memerlukan bilangan sampel yang besar
untuk mewakili populasi yang dikaji.

7.3.Instrumen Kajian

Instrument yang digunakan dalam kajian ini adalah Soal selidik. Borang soal selidik diberikan
kepada 34 orang responden yang sudi bekerjasama dengan rela hati. Responden akan diberi
masa beberapa minit untuk menjawab semua soalan dalam soal selidik dan borang soal selidik
akan dikutip semula.

Mengedarkan borang soal selidik online

Menganalisis soal selidik

Menganalisis dapatan bagi setiap item

Analisis dibuat dalam bentuk peratusan @ nilaian asal setiap item


yang disoal

Menulis dapatan, perbincangan dan merumus kajian

Rajah 7.3.1 carta alir proses mendapatkan maklumat kajian


7.4.Cara Analisis Data

Pada peringkat akhir kajian ini, dapatan kajian telah dianalisis secara deskriptif untuk
menganalisis data daripada soal selidik. Kajian ini bersifat kuantitatif kerana semua data yang
diperolehi dikumpul melalui borang selidik. Kajian ini berbentuk tinjauan yang dijalankan
terhadap 34 responden guru pendidikan khas sekolah rendah dan sekolah menengah di sekitar
negeri Perak dengan menggunakan kaedah soal selidik secara online. Soalan kebanyakkannya
di rangka berdasarkan penyataan 2 skala guttman, iaitu :
1. Ya
2. Tidak

Borang soal selidik online yang diberikan kepada responden Penilaian sampel adalah
menggunakan kaedah persampelan secara rawak. Persampelan rawak adalah bermaksud
penilaian berdasarkan kepada individu. Secara umumnya, data daripada borang soal selidik
yang telah dianalisis ialah data yang dipunggut melalui soal selidik, dianalisis dengan
mengamalkan persampelan secara rawak. Soal selidik menggunakan skala guttman dengan
menggunakan penentuan peratusan (%) atau skor asal berdasarkan bilangan responden.

8.0 DAPATAN KAJIAN & PERBINCANGAN.

8.1 Pengenalan

Bab ini akan membentangkan dapatan kajian berdasarkankepada instrument kajian


Yang telah digunakan iaitu soal selidikYang dijalankan secara talian mengunakan google form.
Data Yang diperolehi akan diproses menggunakan program SPSS bagi mendapatkan statistik
seperti kekerapan (frekuensi), Min (mean), peratusan kekerapan dan sisihan paiawai (SD) .
Analisis ini terbahagi kepada 4 bahagian:
i. Item Deskriptif
ii. Item Penguasaan Guru
iii. Item Kemahiran Guru
iv. Item Yang Dihadapi Guru
8.2 Analisis Dapatan Kajian

Soalan soal selidik telah dirangka untuk menjawab 3 persoalan kajian iaitu:
i. Apakah tahap pengetahuan guru dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu
bagi pelajar masalah pendengaran dalam Pendidikan Inklusif ?
ii. Apakah tahap kemahiran guru dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu
bagi murid masalah pendengaran dalam Pendidikan Inklusif ?
iii. Apakah masalah Yang dihadapi oleh guru terhadap pelaksanaan Rancangan Pendidikan
Individu bagi murid masalah pendengaran ?

Dapatan kajian diperolehi dan dianalisis seperti berikut:


1. Analisis deskriptif

Jadual 8.2.1 Analisis Deskriptif


Item Kekerapan Peratusan% Min Standart Deviation (SD)
Jantina
Lelaki 19 55.9 1.44 0.504
Perempuan 15 44.1
Umur
20 30 Tahun 12 35.3 1.79 0.687
31 40 Tahun 17 50.0
41 50 Tahun 5 14.7
Bangsa
Melayu 33 97.1 1.09 0.514
India 0 0
Cina 0 0
Lain-Lain 1 2.9
Peringkat Sekolah
Rendah 23 67.6 1.32 0.475
Menengah 11 32.4
Lokasi Sekolah
Bandar 22 64.7 1.35 0.485
Luar Bandar 12 35.3

Seramai 34 orang respondan Yang terdiri daripada guru-guru pendidikan khas


bermasalah pendengaran Yang mengajar di sekolah pendidikan khas di negeri perak. Hasil
daripada pentadbiran soal selidik Yang dijalankan secara atas talian menggunakan google form
seramai 19 (55.9%) respondan adalah lelaki dan 15 (44.1%) perempuan.Min mengikut jantina
adalah 1.44 dan SD 0.504. Komposisi mengikut umur pula, respondan Yang mempunYai had
umur 20-30 Tahun, 12 orang (35.3%) , 31-40 Tahun seramai 17 orang (50%) dan had umur 41-
50 tahun pula seramai 5 orang (14.7%).Min = 1.79, SD = 0.687. komposisi mengikut bangsa
pula adalah terdapat 2 bangsa sahaja Yang menjadi respondan iaitu bangsa Melayu 33 orang
(97.1%) dan Lain-lain 1 orang (2.9%). Skor Min adalah 1.09 dan SD 0.514. Respondan Yang
mengajar disekolah rendah adalah 23 orang (67.6%) manakala sekolah menengah 11 orang
(32.4%), skor Min pula 1.32 dan SD 0.475. Dari segi pola tempat mengajar respondan pula
kebanyakannya mengajar di lokasi Bandar 22 orang (64.7%) manakala luar Bandar 12 orang
(35.3%), skor Min dan SD masing-masing adalah 1.3 dan 0.485.

8.2.2 Pengetahuan guru dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar
masalah pendengaran dalam Pendidikan Inklusif

Jadual 8.2.2 : Tahap Pengetahuan Guru


Item Kekerapan Peratusan Min Standart Deviation
% (SD)
Item 1: Saya mendapat
pendedahan tentang penyediaan
RPI murid khas

Ya 30 88.2 1.12 0.327


Tidak 4 11.8
Item 2: Saya mendapat
pendedahan tentang Program
Inklusif murid khas
Ya 31 91.2 1.09 0.288
Tidak 3 8.8
Item 3: Saya mendapat
pendedahan tentang Program
Inklusif murid masalah
pendengaran
Ya 5 14.7 1.85 0.359
Tidak 29 85.3
Item 4: Saya mengetahui jenis-
jenis inklusif murid masalah
pendengaran
Ya 10 29.4 1.71 0.462
Tidak 24 70.6
Item 5 : Saya mendapat
pendedahan tentang penyediaan
RPI murid inklusif masalah
pendengaran
Ya 4 11.8 1.88 0.327
Tidak 30 88.2
Bagi menjawab soalan ke-dua objektif kajian adalah berkenaan tahap pengetahuan guru
dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar masalah pendengaran dalam
pendidikan inklusif adalah item 1: saya mendapat pendedahan tentang penyediaan rpi murid
khas, bilangan respondan Yang menjawab Ya 30 (88.2%) manakala Tidak 4 (11.8%). Skor
Min dan SD adalah 1.12 dan 0.327. analisis item 2: saya mendapat pendedehan tentang
Program Inklusif murid khas pula bilangan respondan Yang menjawab Ya mengatasi Yang
menjawab Tidak dengan Ya 31(91.2%) dan Tidak 3 (8.8%).Min = 1.09 SD = 0.288.
Bagi item 3: saya mendapat pendedahan tentang Program Inklusif murid masalah
pendengaran respondan Yang menjawab Tidak melebihi Yang menjawab Ya iaitu 29 (85%)
dan 5 (14.7%) Yang mewakili 1.85 skor Min dan 0.359 SD. Menguji item 4: saya mengetahui
jenis-jenis masalah inklusif murid masalah pendengaran, bilangan respondan Yang menjawab
Tidak masih tinggi mengatasi respondan Yang menjawab Ya iaitu 24 (70.6%) dan 10 (29.4%).
Skor Min =1.71 dan SD 0.462. Item Yang ke lima dalam mengetahui tahap pengetahuan guru
adalah saya mendapat pendedahan tentang penyediaan RPI murid inklusif masalah
pendengaran adalah lebih tinggi menjawab Tidak berbanding Ya iaitu 30 (88.2%) dan 4
(11.8%) skor Min dan SD mewakili 1.88 dan 0.327. persoalan 1 tahap pengetahuan guru dalam
melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar masalah pendengaran dalam
pendidikan inklusif agak Tidak sekata Yang mana ituk item 1 dan 2 tahap pengetahuan guru
berada dalam tahap tinggi iaitu 80-100%, manakal item 3 hingga item 5, tahap pengetahuan
guru adalah lemah kerana berada dalam tahap 49% kebawah mengikut skala
pencapaian.Dapatan ini bermaksud responden memahami berkenaan inklusif namun bagi
program melibatkan pelajar bermasalah pendengaran, rata-rata responden tidak mempunyai
pengetahuan atau pendedahan berkenaan inklusif pendengaran dan mana-mana isu yang
berkait dengannya.
8.2.3 Tahap kemahiran guru dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu bagi
murid masalah pendengaran dalam Pendidikan Inklusif ?

Jadual 8.2.3: Tahap Kemahiran Guru


Item Kekerapan Peratusan Min Standart Deviation
% (SD)
Item 1: saya tahu Rancangan
Pendidikan Individu RPI
Ya 34 100 1.00 0.000
Tidak 0 0
Item 2: saya mahir menyediakan
RPI murid khas
Ya 28 82.4 1.18 0.387
Tidak 6 17.6
Item 3 : saya faham tentang
penyediaan RPI murid khas
Ya 30 88.2 1.12 0.327
Tidak 4 11.8

Untuk menjawab persoalan ke 2 dalam objektif kajian Yang meliputi tahap kemahiran
guru dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu bagi pelajar masalah pendengaran
dalam pendidikan inklusif adalah item 1: semua respondan menjawab YaYang mereka tahu
Rancangan Pendidikan Individu RPI pendidikan khas. Skor Min dan SD adalah 1.00 dan 0.00.
untuk item 2 pula, respondan menjawab Ya lebih tinggi berbanding Tidak iaitu 28 (82.4%) dan
6 (17.6%) menjawab Tidak. Min = 1.18 dan SD = 0.387. respondan Yang menjawab Ya masih
tinggi berbanding Tidak bagi soalan saya faham tentang penyediaan RPI murid khas.
Respondan yang menjawab Ya 30 (88.2%) dan Tidak 4 (11.8%), skor Min dan sisihan piawai
bagi item 3 adalah 1.12 dan 0.327. Daripada 34 respondan , tahap kemahiran guru
melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu bagi murid masalah pendengaran dalam
inklusif berada pada tahap tinggi mengikut skala pencapaian yang berada pada tahap 80-100%.
8.2.4 Apakah masalah Yang dihadapi oleh guru terhadap pelaksanaan Rancangan
Pendidikan Individu bagi murid masalah pendengaran ?

Jadual 8.2.4: Masalah Perlaksanaan RPI


Item Kekerapan Peratusan Min Standart Deviation
% (SD)
Item 1 : saya bersedia menjadi
guru sumber Program Inklusif
murid
Ya 9 26.5 1.74 0.448
Tidak 25 73.5
Item 2 :
sayamengetahuiKriteriamuridYa
ngLayakuntukmengikutiProgra
m Inklusif
Ya 22 64.7 1.35 0.485
Tidak 12 35.3
Item 3 : saya bersetuju
penyediaan RPI Program
Inklusif murid pendengaran
Ya 30 88.2 1.12 0.327
Tidak 4 11.8
Item 4 : Saya mengetahui murid
inklusif pendengaran perlu
disediakan RPI
Ya 22 64.7 1.35 0.485
Tidak 12 35.3
Item 5 : saya mengetahui guru
perdana juga perlu menyediakan
RPI murid inklusif
Ya 9 26.5 1.74 0.448
Tidak 25 73.5

Daripada dapatan kajian soal selidik Yang dijalankan terhadap 34 respondan guru-guru
pendidikan khas masalah pendengaran di sekitar negeri perak, rata-rata respondan bersetuju
masalah Yang diutarakan oleh penyelidik. Antara masalah Yang dihadapi respondan dalam
melaksanakan pendidikan inklusif murid pendengaran adalah tahap kesediaan guru untuk
menjadi guru sumber Program Inklusif. Respondan lebih cenderung untuk menjawab Tidak
daripada Ya. Seramai 25 respondan (73.5%) menjawab Tidak manakala 9 (26.5%) menjawab
Ya. Skor Min dan sisihan piawai untuk item ini adalah1.74 dan 0.448.
Respon Yang menjawab Ya pula lebih tinggi bagi item 2: saya mengetahui criteria
murid Yang laYak untuk mengikuti Program Inklusif iaitu 22 (64.7%) manakala Tidak 12
(35.3%). Skor Min dan sisihan piawai 1.35, 0.485. Menguji item 3 berkenaan respondan setuju
penyediaan RPI Program Inklusif murid pendengaran dapat meningkatkan pencapaian mereka,
mereka bersetuju dengan 30 (88.2%) lebih tinggi daripada Tidak bersetuju 4 (11.8%), Min 1.35
dan SD 0.327.
22 respondan Yang mewakili 64.7% bersetuju Yang mereka mengetahui murid inklusif
masalah pendengaran perlu disediakan RPI berbanding 12 (35.3%) Yang menjawab Tidak
bersetuju. Min untuk item ini adalah 1.35 manakala sisihan piawai adalah 0.485. peratusan
respondan Yang Tidak mengetahui guru perdana juga perlu menyediakan RPI murid Inklusif
masalah pendengaran berbanding mengetahuinYa. 73.5% (25) berbanding 26.5% (9). Skor
Min dan sisihan piawai pila adalah 1.74 dan 0.448. Untuk menjawab soalan 3, hanya item 3
berada pada tahap tinggi iaitu 88.2% manakala item 1, item 2 dan 4 adalah dalam tahap
sederhana kerana berada pada tahap 50-80%. Item ke-5 Cuma mendapat 26.5% sahaja iaitu
pada tahap rendah dibawah 49%. Dapat disimpulkan di sini bahawa kesediaan guru untuk
menjadi guru sumber dalam program inklusif itu sendiri telah menunjukkan bahawa dapatan
responden kebanyakkannya tidak bersedia dalam menjalankan proses pembinaan Rancangan
Pendidikan Individu untuk murid bermasalah pendengaran.

9.0 RUMUSAN

Daripada analisis dapatan kajian di atas, dapatlah dirumuskan bahawa tahap pengetahuan guru
dan kesediaan guru masih lagi berada di tahap yang rendah. Menurut Ainon Mohd (2003),
Maklumat yang betul dan ilmu pengetahuan adalah sejenis kuasa. Kuasa yang dimaksudkan
iaitu kelayakan yang menjadi penentu kepada kemampuan guru dalam melaksanakan
Rancangan Pendidikan Individu. Istilah tahap pengetahuan dalam kajian ini iaitu meninjau
tingkat pengetahuan yang ada pada seseorang guru terutamanya guru yang mengajar pelajar
pendidikan khas samaada tinggi atau rendah. Pengetahuan dalam kajian ini merujuk kepada
pengetahuan guru terhadap format Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang ditekankan
dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajar berkeperluan khas.

Kemahiran guru-guru menerusi dapatan kajian ini menunjukkan guru-guru pendidikan khas
rata-rata mempunyai kemahiran dalam pembinaan RPI. Menurut Jamila (2006) guru yang
efektif adalah individu yang sentiasa mendalami kemahiran dalam pengajaran bagi
membolehkan pengajaran member faedah kepada pelajar. Namun sebaliknya jika guru-guru
tidak bersedia dan tidak mempunyai kemahiran serta pengetahuan yang cukup, maka
keberkesanan perlaksanaan Rancangan Pendidikan Individu itu tidak akan terhasil dengan
jayanya. Menurut Johns et. al (2002), RPI yang tidak dibina dengan baik tidak akan dapat
dijalankan dengan berkesan dan guru perlu mengikuti latihan yang berterusan bagi membina
RPI yang berkesan.Kekurangan latihan dan pengetahuan bukan sahaja berlaku dalam kalangan
guru baru tetapi juga berlaku dalam kalangan guru veteran yang bukan opsyen pendidikan khas
semasa di peringkat sarjana muda. Kemungkinan ketiadaan akta atau peraturan mewajibkan
penyediaan RPI di sekolah menyebabkan guru-guru kurang mengambil berat tentang RPI.
Berbeza di negara Amerika Syarikat RPI termaktub dalam Akta Pendidikan Persekutuan di
bawah Undang-Undang Awam 94-142. Undang-undang ini menetapkan setiap murid khas
perlu mempunyai program pendidikan individu yang bertulis, terancang dan teratur, yang
merangkumi penilaian murid, matlamat jangka panjang, objektif jangka pendek, strategi yang
digunakan dan jangka masa pelaksanaan.

10.0 CADANGAN

Beberapa cadangan dicadangkan supaya guru dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
berkenaan RPI untuk murid inklusif pendengaran.

i. Mengadakan kursus dan bengkel berkenaan RPI inklusif pendengaran.


Mengadakan kursus dan bengkel di peringkat dalaman untuk meningkatkan kemahiran guru.
Bengkel dan kursus ini seharusnya berbentuk amali supaya guru-guru berpeluang mendapat
pengalaman sebenar dalam membina RPI dan bukan sekadar teori semata-mata. Ini secara tidak
langsung memberi persediaan yang cukup rapi kepada guru sebelum melaksanakan RPI
inklusif pendengan. Menurut Razhiyah (2008) Kesediaan guru dalam melaksanakan program
pendidikan terutamanya pendidikan khas perlu kepada 4 aspek iaitu emosi, rohani, jasmani,
ilmu dan kemahiran. Kesanggupan menerima tanggungjawab guru pendidikan khas dengan
memberi sumbangan bagi membentuk pelajar sebagai insan yang berguna.
ii. Kerjasama bersama ibubapa.
Cadangan agar kerjasama yang lebih baik dari ibu bapa sangat diperlukan untuk menambah
baik penyediaan RPI. Kerjasama yang dimaksudkan ialah kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat
serta menghadiri perbincangan mengenai anak-anak mereka. Kurang kerjasama daripada ibu
bapa merupakan cabaran utama dalam kalangan guru pendidikan khas. Oleh yang demikian
pihak sekolah perlu memperbanyakkan program bersama ibu bapa atau ahli komuniti yang lain
supaya wujud konsep kolaborasi dalam proses penyediaan RPI di sekolah. Meningkatkan
penglibatan ibu bapa dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti hari terbuka RPI,
mengadakan sesi ceramah tentang RPI. Aktiviti sebegini harus dilaksanakan pada waktu cuti
agar semua ibu bapa berpeluang menghadirinya. Penglibatan ibu bapa di rumah dan juga di
sekolah mampu memotivasi dan meningkatkan pencapaian akademik murid (Sheppard 2009).

PENUTUP

Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh guru pendidikan khas untuk menterjemahkan Rancangan
Pendidikan Individu (RPI). Di peringkat penyediaan RPI sudah begitu ketara cabaran yang
dihadapi. Pelaksanaan RPI banyak bergantung pada proses penyediaan RPI. Komunikasi
dengan pihak-pihak yang terlibat sangat penting untuk menjayakan proses penyediaan RPI
khasnya kepada ibu bapa pelajar. Kesediaan guru menyediakan RPI banyak bergantung pada
kerjasama ibu bapa dan pihak pentadbir sekolah. Justeru itu, proses penyediaan RPI
memerlukan komitmen semua pihak agar RPI dapat dijalankan dengan berkesan oleh guru-
guru pendidikan khas di sekolah. Walau bagaimanapun, cadangan untuk menguatkuasakan
akta atau undang-undang pelaksanaan RPI perlu untuk menjadikan penyediaan RPI
dilaksanakan secara bersungguh-sungguh
RUJUKAN

Johns, B.H., Crowly, P.C. & Guetzloe, E. 2002. Planning the IEP for Students with
Emotional and Behavioral Disorders.

Jabatan Pendidikan Khas. 2000. Buku Panduan RPI Murid-murid Berkeperluan Khas, Kuala
Lumpur.Unit Kurikulum Program Bermasalah Pembelajaran, KPM

Johns, B.H., Crowly, P.C. & Guetzloe, E. 2002. Planning the IEP for Students with
Emotional and Behavioral Disorders.
.http://proquest.umi.com/pqdweb?index=38&sid=2&srchmode=1&vinst=PROD&f
mt=3 &star [11 Januari 2004]

Mohd Siraj Awang. 2000. Rancangan Pendidikan Individu : Satu Garis Panduan
Perancangan Mendidik Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Jurnal Tempawan,3,9-13.

Mohd Mokhtar Tahar, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Aliza Alias & Hasnah Toran. 2008. Antara
pengetahuan dan pelaksanaan guru dalam penaksiran rancangan pendidikan individu
(RPI) untuk murid bermasalah pembelajaran. International Conference on the
Education of learner Diversity, 2008,

Mohd Siraj Awang. 2000. Rancangan Pendidikan Individu : Satu Garis Panduan Perancangan
Mendidik Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Jurnal Tempawan,3,9-13.

Pekeliling Ikhtisas Bil/ 7/2004, Bagi Memastikan KeberkesananKkurikulum ini (Kurikulum


Alternatif), Rancangan Pendidikan Individu (RPI) Setiap Murid Hendaklah
Disediakan. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Stroggilos , V., & Xanthacou, Y. 2006 European Journal Of Special Need Education :
Collaborative IEPs For the education of pupils with profound and multiple learning
difficulties : volume 21, no 3 pp 339-349

Weishaar, P. M. 2010. Twelve Ways to Incorporate Strengths-Based Planning into the IEP
Process. The Clearing House, 83: 207210.

Zainal Abidin Nasir . 2010. Pandangan Guru Mengenai Keberkesanan Pelaksanaan RPI di
Beberapa Buah Sekolah Terpilih di Wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan
Selangor. Penyelidikan. Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman

Zalizan Mohd Jelas, 2009. Ke arah Pendidikan Inklusif. Fakulti Pendidikan UKM. Ampang
Press Sdn Bhd

Zalizan Mohd Jelas, 2009 . Pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas: Konsep dan Amalan.
Fakulti Pendidikan UKM,