Anda di halaman 1dari 8

1

SKRIP PERSARAAN PN.HAJAH ROHANI


BIL PERKARA BAHASA MELAYU BAHASA CINA
1
KETIBAAN Majlis mengumumkan ketibaan yang diraikan
TETAMU PN HAJAH ROHANI BINTI ....... Penolong
JEMPUTAN penyelia SMJK Choong Hua Bidor diiiringi YANG
NYANYIAN LAGU BERUSAHA ENCIK CHEONG ......Pengetua SMJK
NEGARAKU, Choong Hua Bidor serta tetamu-tetamu
NEGERI jemputan.
PERAK,PERAK
EXCELLENT Hadirin diminta bersedia untuk nyanyian lagu
Negaraku, lagu negeri Perak,Perak Excellent
dan Lagu Sekolah

Terima kasih. Hadirin dipersilakan duduk.

2
Seiring madah pantun bersambut,
Disulam senyum pengubat jemu;
Mesra berdakap kasih berpaut,
Yang Berbahagia tuan kini bertamu.

Awal bismillah pembuka bicara,


Ucapan alu-aluan pemula acara;
Selamat datang kata disua,
Persaraan Pengetua majlis bernama.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan


salam Perak Excellent
2

1. Yang diraikan Pn. Hajah Rohani


2. Yang berusaha En. Cheong Yoke Fung
Pengetua SMJK Choong Hua Bidor
3. Cik Leong Lai Wan Penolong Kanan
Pentadbiran SMJK Choong Hua, Bidor
4. Ahli-ahli Lembaga Pengurus dan PIBG SMJK
Choong Hua
5. Barisan Pentadbir SMJK Choong Hua
6. Guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga majlis bertambah seri

Bersyukur kita ke hadrat llahi kerana dengan


kurnia-Nya dapat kita berkumpul di dewan
SMJK Choong Hua pada pagi yang penuh ceria
ini untuk menjayakan Majlis Persaraan Pn.
Rohani.
3
UCAPAN WAKIL Berangkat kadam kepak nan indah,
PELAJAR Tertanggam penuh emas suasa;
Salam pembuka tirai dihulur sudah,
Persada ucapan akan bermula.
3

Sebagai pembuka tirai persada ucapan, majlis


dengan segala hormatnya mempersilakan
saudari ..................... dan saudarai
................. selaku wakil pelajar untuk
menyampaikan ucapan,untaian kata, kalungan
wacana. Dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada


kedua-dua pelajar tadi atas ucapan tersebut.
Semoga semangat sebagai pelajar contoh dapat
dipamerkan sebagai teladan kepada rakan
pelajar di SMJK Choong Hua.

4 UCAPAN WAKIL Bagi meneruskan aturcara pada pagi ini, majlis


LEMBAGA dengan segala hormatnya menjemput EN LEE
PENGURUS KOK FATT AM PMP wakil Lembaga Pengurus
SEKOLAH/ SMJK Choong Hua bagi menyampaikan ucapan.
PIBG Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas ucapan itu tadi.

5 Majlis dengan penuh takzim, mempersilakan


UCAPAN Yang Berusaha EN CHEONG YUNK FUNG
PENGETUA pengetua SMJK CHOONG HUA menyempurnakan
persada ucapan.
Dipersilakan.
4

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas


ucapan tersebut.

6 TAYANGAN Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.


MONTAJ Tidak lengkap rasanya majlis, tanpa mengenal
MULTIMEDIA empunya diri insan yang diraikan pada pagi
DAN BACAAN yang indah ini.
BIODATA Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Dengan ini majlis mempersilakan PN. ANIZA dan
CIK ..................... untuk bacaan biografi dan
memori rentetan perjalanan insan yang
diraikan pada hari ini. Dipersilakan.

Sama-sama kita saksikan tayangan video


ucapan khas daripada warga SMJK Choong Hua
untuk yang diraikan PUAN.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada


guru-guru yang terlibat dalam menjayakan
tayangan tersebut.

7 UCAPAN PN
HAJAH ROHANI Secarik budi memberI,
BT YUSOF sekalung terima kasih kami sertai
Sejambak tulusmu menghulur,
Segugus penghargaan terpahat di hati,
Budi, komitmen tulus ikhlas,
Bernilai bak segunung intan.
5

Majlis dengan penuh bangga mempersilakan Pn.


Rohani meneruskan tirai persada ucapan,
menyampaikan amanat , untaian kata kalungan
wacana, salam perpisahan buat kenang-
kenangan insan yang bakal ditinggalkan

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas


kesudian tuan pengetua menyampaikan ucapan
buat kenang-kenangan.

8 PENYAMPAIAN Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah


CENDERAMATA persaraan kepada yang diraikan. Untuk itu,
DAN SIJIL majlis mempersilakan Encik Osman Mohamed
PERSARAAN Bahari PPD Batang Padang dengan diiringi Cik
Leong Lai Wan Penolong Kanan Pentadbiran dan
En Mohd Azali Maarof Penolong Kanan
Kokurikulum untuk menyempurnakannya.

Dijemput tuan pengetua PN.ROHANI BT YUSOF


untuk menerima watikah persaraan daripada
tuan PPD.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan PPD.

9 PENYAMPAIAN Sebagai tanda kenang-kenangan daripada warga


HADIAH SMJK Choong Hua, majlis diteruskan dengan
penyampaian hadiah dan cenderamata.
Untuk itu dijemput tuan pengetua untuk
menerima hadiah.
6

(RUJUK LAMPIRAN)

Terima kasih diucapkan kepada yang


memberikan hadiah dan cenderamata dan
terima kasih kepada tuan pengetua atas
kesudian menerima tanda kenang-kenangan
tersebut.

10
PERSEMBAHAN 1 Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi
TARIAN KIPAS ini, Kami tampilkan persembahan tarian kipas
daripada pelajar tingkatan 5. Dipersilakan.

Untuk makluman hadirin, persembahan itu tadi


di bawah pimpinan .................. Sekalung
penghargaan diucapkan.

11 PERSEMBAHAN 2 Majlis diteruskan dengan mempersilakan


NYANYIAN EN.CHEAH ENG THIAM DAN PN VALLI
mendendangkan lagu ALWAYS ON MY MIND
Dengan hormatnya dipersilakan.

Begitulah lontaran suara daripada kedua-dua


orang guru yang dialunkan untuk kita semua.

12 PERSEMBAHAN3 Meneruskan aturcara pada pagi ini, saksikanlah


CHINESE YOYO persembahan CHINESE YOYO di bawah
bimbingan En. Thng Boon Leng.
Dipersilakan.
7

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang


menarik sebentar tadi.

13 PERSEMBAHAN 3 Aturcara seterusnya ialah persembahan sajak


SAJAK daripada Lai Yan Lin 4 mawar. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas persembahan itu


tadi.

14 Majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang


PERSEMBAHAN 4 Mei Bao dan Ng Mei Ting daripada kelas 5
Nyanyian anggerik mendendangkan lagu FIGHT SONG
pelajar Dengan hormatnya dipersilakan.

Begitulah lontaran suara daripada kedua-dua


orang pelajar yang dialunkan untuk kita semua.
15
PERSEMBAHAN 5 Seterusnya marilah sama-sama kita saksikan
Tarian persembahan tarian moden daripada pelajar
tingkatan 1 dibawah bimbingan
...................... Dipersilakan.

Begitulah santapan mata yang dihadiahkan oleh


pelajar buat yang diraikan. Sekalung
penghargaan atas persembahan istimewa itu
tadi.

16 UCAPAN
PENGHORMATA
8

N
17 PENUTUP I
Bunga seroja di atas para
Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua kami pohonkan

Dari Kedah ke pekan sari


Beli suasa di Kota Tinggi
Selesai sudah tuugas diberi
Di lain masa bersua lagi

18 PENUTUP II Hadirin dijemput untuk memberikan


penghormatan dan lambaian terakhir di
upacara farewell walk. Sekian terima kasih.