Anda di halaman 1dari 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SMP

SEMESTER JANUARI/ 2012

HBEF2103

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

NAMA TUTOR:

EN. AHMAD BIN JAABI

NO. MATRIKULASI : 770826125290001


NO. KAD PENGNEALAN : 770826125290
NO. TELEFON : 0168249294/0178624450
E-MEL : anasj77@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : PPT TAWAU OUM


JUMANI HJ ABDULLAH
770826125290
HBEF 2103

KANDUNGAN HALAMAN

1.0 PENGENALAN 02-03

2.0 FAKTOR MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK 04-06


2.1 FAKTOR KELUARGA & SOSIOEKONOMI 06-07
2.2 FAKTOR HUBUNGAN IBUBAPA&SKOLAH 07-08
2.3 FAKTOR RAKAN SEBAYA 08
2.4 FAKTOR PERSEKITARAN 09-10

3.0 LANGKAH BERNAS UNTUK TINGKATKAN P&P 10-12

4.0 KESIMPULAN 12

5.0 RUJUKAN 13

6.0 LAMPIRAN 14

1
JUMANI HJ ABDULLAH
770826125290
HBEF 2103

1.0

Psikologi telah diperkenalkan kepada masyarakat cerdik pandai sejak zaman Greek
lagi. Bermula platform hinggalah pada masa kini. Perkataan psikologi itu sendiri berasal
daripada dua perkataan Greek iaitu Psyche (Psiko) yang membawa maksud jiwa, roh hati atau
mental dan manakala losos memberi pengertian (-logi) yang bermakna kajian. Sebagai satu
perkataan, ia membawa maksud kajian jiwa, mental atau rohani. Perkembangan psikologi,
William James (1890) mendefinisikan psikologi sebagai sains kehidupan mental. (Bruno
1984) menekankan kepentingan unsur-unsur subjektif atau kemanusiaan yang tidak dapat
didaftarkan oleh sistem deria manusia. Tetapi mengenai pandangan John watson (1919) pula
menyarankan supaya definisi psikologi dikaji semula bagi membolehkannya dilihat dari segi
tingkah laku yang berunsur objektif, iaitu yang boleh didaftarkan oleh sistem deria manusia.
Daripada dua pandangan tersebut, psikologi moden boleh didefinisikan sebagai satu kajian
saintifik tentang jiwa dan tingkah laku manusia.
Dewasa ini kajian tentang proses mental semakin diterima semula sebagai perkara
asas dalam psikologi. Ahli psikologi berpendapat bahawa ini disebabkan oleh keupayaan
manusia menggunakan kaedah saintifik untuk mengkaji aspek kognitif ( deraan, persepsi,
penilaian dan kemahiran mengatasi masalah dalam pemprosesan maklumat tentang dunia
kita) dan juga aspek afektif ( perasaan-perasaan yang berkaitan dengan gerak balas emosi).
Oleh yang demikian psikologi sebenarnya mempunyai disiplin ilmu yang mempunyai
matlamat untuk mengkaji tingkah laku serta proses-proses jiwa manusia. Pakar psikologi
seperti Freud, Rogers, Jung, Alder, Erikson, Sullivan dan lain-lain telah mengasaskan
pelbagai teori dengan tujuan utama untuk memahami manusia dari segi kehidupan tertentu.
Maka berdasarkan pernyataan ini, psikologi sebenarnya berpegang kepada empat objektif
iaitu memperihalkan, memahami, meramalkan serta mempengaruhi tingkah laku manusia.
Daripada apa yang kita lihat, psikologi mempunyai objektif yang amat jelas, kerana
melalui objektif ini para psikologis berperanan untuk menolong manusia mencapai
keharmonian dan kesejahteraan hidup. Bagi melaksanakan tugas ini, keempat-empat objektif
tersebut harus selalu digunakan iaitu memperihalkan tingkah laku manusia mereka
memahami tingkah laku manusia, meramalkan sesuatu kejadian tingkah laku dan
mempengaruhinya supaya ia boleh diubahsuai untuk kebaikan. Jika dilihat Dari sudut
pendidikan Dan psikologi mempunyai hubungan yang rapat Kerana psikologi ditakrifkan
sebagai kajian tentang pemikiran Dan tingkah laku individu Dan kumpulan individu secara

2
JUMANI HJ ABDULLAH
770826125290
HBEF 2103

saintifik. Manakala pendidikan adalah proses untuk mengembangkan potensi Dan


kemahiran individu dalam bidang tertentu.
Beberapa pendapat ahli psikologi, Bank Dan Thompson ( 1995 ) mengatakan
psikologi ilmu yang Mengkaji tingkah laku manusia, pendidikan pula merupakan profesion
yang Mengkaji dan membina metodolgi atau pendekatan pengajaran pembelajaran untuk
diguna diperingkat sekolah. Pendapat Borich Dan Tambori ( 1997 ), psikologi dan
pendidikan adalah satu disiplin yang memfokuskan kajiannya kepada pengetahuan teorikal
Dan pengetahuan empirikal mengenai pengajaran dan pembelajaran dibilik darjah, oleh itu,
sebagai kesimpulannya ialah psikologi dan pendidikan saling berkait dan adalah sangam
diharapkan sekiranya guru - guru dapt menguasai sepenuhnya maksud keduanya iaitu
psikologi dan pendidikan kerana ia sangat berguna untuk tujuan memahami tingkah laku
pelajar untuk melancarkan lagi proses pengajaran Dan pembelajaran harian.

3
JUMANI HJ ABDULLAH
770826125290
HBEF 2103

2.0 KAJIAN FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN AKADEMIK PELAJAR

Kajian Research Center on Academic success (CRICES) (2005), pencapaian


akademik seseorang pelajar diperolehi melalui pelbagai bidang ilmu pengetahuan serta
pelbagai kemahiran. Bagi mengesahkan pendapat ini, kajian telah dilakukan terhadap dua
orang pelajar di sebuah sekolah kawasan Tawau. Dua orang pelajar tersebut mempunyai latar
belakang pendidikan yang berbeza, pelajar A mempunyai pencapaian akademik yang
cemerlang manakala pelajar B mempunyai latar belakang yang agak lemah. Dengan merujuk
bahagian lampiran, terdapat maklumat dua orang pelajar yang terlibat dalam kajian tersebut.
Jika dilihat perbezaan antara pelajar A dan Pelajar B, amat ketara kerana masing- masing
mempunyai keputusan yang sangat jauh berbeza.

Pencapaian pelajar A Pencapaian pelajar B

M/P GRED M/P GRED


BM 1 A BM 1 C
BM 2 A BM 2 D
BI A BI D
MATHS A MATHS C
SAINS A SAINS D

Rajah di atas menunjukkan pencapaian akademik dua orang pelajar dari sekolah yang
sama dan mempunyai umur yang sama. Dalam kajian yang dijalankan dan pemerhatian yang
dilakukan terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keputusan pencapaian kedua murid
tersebut. Sebelum dihuraikan lebih lanjut mengenai faktor- faktor tersebut, ada baiknya kita
merenung kembali berkenaan fitrah kejadian manusia. Kamus dewan (1998), fitrah berasal
daripada bahasa arab yang membawa erti sifat semula jadi, bakat, pembawaan atau perasaan
keagamaan. Fitrah diertikan sebagai sifat insan yang mempunyai bakat atau potensi semula
jadi serta perasaan keagamaan. Potensi merupakan keupayaan dan kebolehan semula jadi
yang terpendam dalam dirinya. Fitrah dapat dilihat dengan dua kategori:

Kejasmanian, Kebendaan dan Kerohanian, ketuhanan dan


keduniaan FITRAH keakhiratan

4
JUMANI HJ ABDULLAH
770826125290
HBEF 2103

Mengikut Freud (1856-1939), fitrah manusia mengandungi unsur naluri yang primitif,
termasuk unsur seks dan kerangsangan. Menurut tokoh islam pula bahawa fitrah manusia
merujuk kepada satu ketetapan dan pemberian Tuhan sejak lahir, berlandaskan aspek-aspek
seperti bakat, mental, emosi dan fizikal. Kesejahteraan fitrah manusia akan dapat dicapai
apabila jasmani, akal dan rohnya berada dalam keadaan kesimbangan.
Melalui kesejahteraan jasmani, akal dan roh maka fitrah manusia menjadi seimbang,
seseorang itu akan mempunyai potensi diri yang tinggi. Perkataan potensi daripada bahasa
Inggeris yang bermaksud keupayaan terpendam dalam individu, dan jika dicungkil, ia boleh
digunakan untuk melakukan sesuatu atau berkembang maju, sebenarnya potensi berkaitan
dengan bakat manusia yang menjadi salah satu aspek daripada fitrah manusia. Dengan erti
kata lain, potensi merupakan kebolehan manusia melakukan sesuatu aktiviti selaras dengan
fitrah yang ada padanya. Potensi manusia merupakan aspek penting dalan bidang pendidikan
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara Memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Oleh itu, potensi terpendam boleh dicungkil dan menjadi kebolehan nyata melalui
rangsangan dan motivasi yang sesuai, sebagai guru aktiviti dalam bilik darjah hendaklah
dirancang supaya potensi pelajar dapat dioptimumkan.
Manakala jika lihat pula dari segi perkembangan pula ialah bersifat kualitatif,
tersusun, terhadap dan berterusan pada diri seseorang manusia daripad percambahan sel
hingga akhir hayat organism hasil dari kombinasi pembelajaran, pengalaman, dan
kematangan melibatkan aspek fizikal, emosi, mental dan sosial. Menurut D.S. Wright dan
Ann Taylor perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan
organisasi kepada struktur organism dalam keadaan saling berkait serta berhubung dengan
pertambahan umur. Perkembangan sosial dan emosi juga merupakan komponen yang sangat
penting kepada setiap individu pelajar, berdasarkan ahli psikologi Albert Bandura ( 1986),
menyatakan bahawa keupayaan kendiri merupakan keyakinan individu dalam melakukan
sesuatu tugasan.
Daripada fitrah dan perkembangan, dapat dihuraikan dengan jelas bahawa setiap insan
mempunyai keistimewaan tersendiri yang telah ditetapkan oleh yang pencipta begitu juga
dengan perkembangan seseorang ianya akan sentiasa berkembang sehingga ke akhirnya.
Akan tetapi manusia akan melalui pelbagai pengalaman dan kenangan yang menyebabkan ia
akan memberikan pengalaman yang berbeza-beza antara satu dengan lain. Gessel (1949),
berpendapat bahawa tidak ada dua individu yang benar serupa, secara global semua kanak-
5
JUMANI HJ ABDULLAH
770826125290
HBEF 2103

kanak normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui. sehubungan
dengan itu, kajian ini mendapati beberapa faktor yang mempengaruhi kedua pelajar tersebut.

Faktor keluarga & sosio ekonomi


Faktor hubungan antara ibubapa & pihak sekolah
Faktor Rakan Sebaya
Faktor persekitaran

2.1 FAKTOR KELUARGA & SOSIO EKONOMI


Merujuk kamus dewan, keluarga ditakrifkan sebagai seisi rumah tangga yang
terdiri daripada suami isteri serta anak-anak, ia juga merangkumi datuk, nenek, bapa
saudara dan ibu saudara. Semua memainkan peranan penting dalam pembentukan
akhlak mulia anak-anak, setiap keluarga mempunyai tugas dalam mencorakkan
keperibadian. Menurut Gardener (1994 ), kanak-kanak yang hidup bersama ibu bapa
akan memperolehi nilai kelas sosial yang diamalkan oleh keluarga. Melalui
pandangan ini jelas kepada kita bahawa ibubapa sebenarnya pendorong yang kuat
terhadap anak-anak. Segala perlakuan dan amalan yang dilakukan dapat diwarisi oleh
generasi akan datang.
Jika dikaitkan dengan dua pelajar tersebut, pelajar A mempunyai latar
belakang keluarga daripada kelas sosial menengah dan berpendidikan sentiasa
memberi kerjasama, berusaha, dan memastikan anak-anak mendapat pencapaian
yang cemerlang. Manakala pelajar B, latar belakang keluarga kelas sosial bawahan
kurang berkemampuan, dan kurang memberi perhatian terhadap pendidikan dan
mempunyai harapan yang rendah terhadap anak-anak. Menurut Mahmood (1997 ),
keluarga sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada ibubapa dan anak, yang wujud
satu pertalian atau hubungan hidup tertentu dalam kelompok sosial.
Di samping itu sosio ekonomi juga memainkan peranan yang sangat besar
dalam kehidupan harian kerana sosio ekonomi yang kukuh dapat memberi dan
menyediakan kemudahan, peralatan serta makanan yang seimbamg kepada anak-anak,
Mok Soon Sang (2001), berpendapat makanan yang berzat dan seimbang akan
membantu kanak-kanak memperkembang jasmani dengan sempurna. Begitu juga
pendapat Shahabudin, Mahani & Ramlah (2003), kekurangan jenis-jenis makanan

6
JUMANI HJ ABDULLAH
770826125290
HBEF 2103

yang tertentu memberi kesan pembentukan dan perkembamgan jasmani seseorang.


Didapati hasil kajian ini bahawa pelajar B mempunyai ekonomi yang tidak stabil
kerana ibubapa berpendapatan rendah dan mempunyai anak yang ramai, maka sukar
untuk memberi perhatian sepenuhnya kepada anak-anak yang sedang membesar. Jika
dikaitkan dengan kajin lepas, iaitu Kara N. Swindell, B.S. 2009, menyatakan bahawa
faktor sosi ekonomi sememangnya mempengaruhi cara belajar murid, dan mendapati
murid yang berstatus sosio ekonomi sederhana menggemari cara belajar secara visual,
dan murid yang berstatus sosio ekonomi rendah gemar cara belajar taktail. Teori
Bandura bersama Walter (1963 ), apabila tingkah laku seseorang ditiru, orang yanb
ditiru itu secara spontan menjadi model kepada si peniru. Maka jelas kepada kita
bahawa, keluarga atau ibubapa berperanan besar dalam membentuk perwatakan anak.

2.2 FAKTOR HUBUNGAN ANTARA IBU BAPA & SEKOLAH


Menurut kamus Dewan,(edisi keempat 2007), sekolah adalah institusi dimana
sekumpulan orang menuntut ilmu. Menurut Rahil & Habibah ( 2002 ), sekolah
berperanan yang penting dalam perkembangan kanak-kanak kerana mereka banyak
menghabiskan masa disekolah, melalui pendedahan yang diberi kepada pelajar akan
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar, motivasi untuk belajar, penguasaan
kemahiran dan mempertingkatkan kemajuan, tanggungjawab dan kepimpinan. Begitu
juga pendapat Mok Soon Sang ( 1992 ), suasana sekolah merupakan satu faktor yang
menyumbang ke arah pelajar yang mempunyai tahap pencapaian akademik
cemerlang. Oleh itu, adalah sangat penting kerjasama antara pihak ibubapa dan
sekolah, sebagai contoh penubuhan PIBG yang aktif dapat membantu melancarkan
perjalanan aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah.
Jika dilihat hasil kajian dengan dua orang pelajar tersebut, kerjasama ibubapa
pelajar A amat baik, mereka sentiasa mengambil berat tentang prestasi anak mereka,
sentiasa menyokong segala aktiviti yang diadakan disekolah dan sentiasa mendorong
anak supaya mengikuti aktiviti yang dianjurkan, mengikuti mesyuarat PIBG bertujuan
untuk menyuarakan permasalahan yang dihadapi oleh anak-anak. Manakala berlainan
dengan situasi pelajar B, sukar untuk memberi kerjasama dengan pihak sekolah, tidak
mengambil tahu prestasi anak-anak, dan hanya sekadar menghantar anak ke sekolah
untuk memenuhi syarat sahaja, tidak mempunyai matlamat terhadap masa depan
anak-anak.
7
JUMANI HJ ABDULLAH
770826125290
HBEF 2103

Hasil Kajian Omardin (1996), salah satu faktor yang menetukan kejayaan
pelajar ialah melalui iklim dann budaya sekolah, suasana dan persekitaran yang
harmoni boleh membangkitkan semangat untuk melahirkan pelajar yang berprestasi
tinggi. Kaitan dengan teori Bandura (1977 ), menekankan kelakuan moral dari kod
moral supaya kanak-kanak membesar dapat dipengaruhi oleh ibubapa, guru dan
masyarakat. Ini lebih sesuai digunakan untuk memahami pembelajaran tingkah laku
moral dalam bidang pendidikan.

2.3 FAKTOR RAKAN SEBAYA


Salah satu lagi faktor yang menyebabkan berlakunya kemorosotan pencapaian
akademik dikalangan sebahagian pelajar adalah juga disebabkan oleh rakan sebaya,
tidak dinafikan faktor utama adalah daripada hasil didikan ibubapa, tetapi rakan
sebaya juga turut menyumbang kepada faktor ini, jika dilhat pada pelajar A, rakan-
rakan pergaulan adalah daripada kalangan keluarga yang mempunyai sosiobudaya
yang baik dan mempinyai status pendidikan yang cemerlang, manakala pelajar B,
rakan-rakan pergaulan adalah dikalangan keluarga yang sama status dengan pelajar
tersebut dan ia akan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Sekiranya nilai
budaya rakan sebaya tidak mementingkan ketekunan, tanggungjawab, kerjasama,
menghormati guru dan mematuhi arahan maka ia akan mengikut jejak langkah rakan
tersebut.
Menurut Hazil Abdul Hamid, (1990), seseorang akan memerlukan rakan
sebaya untuk menemani mereka sepanjang tempoh perkembangan zaman remaja,
kerana melalui rakan sebaya mereka boleh bertukar-tukar fikiran antara satu dengan
lain. Mankala kajian Pomberi, ( 1990 ), dan Mahmood (1991 ), rakan sebaya di alam
persekolahan merupakan sekumpulan pelajar yang memberi sokongan moral dalam
mencari identiti diri dan pembentukan imej, maka faktor rakan sebaya sememangnya
berperanan amat besar dalam kehidupan seharian pelajar. Menurut teori Freud dalam
Fiest dan fiest, (1936 ), peringkat latensi merupakan peringkat senyap, remaja pada
peringkat ini membentuk cara hidup, kefahaman dengan cara berhubung dengan rakan
sebaya atau masyarakat.

8
JUMANI HJ ABDULLAH
770826125290
HBEF 2103

2.4 FAKTOR PERSEKITARAN


Kamus Times (1987 ), mentakrifkan persekitaran adalah keadaan sekeliling,
kamus Dewan (1996) memberi maksud persekitaran adalah kawasan sekeliling kita.
Persekitaran yang dimaksudkan adalah tempat tinggal dan kawasan di mana seseorang
itu, menetap. Pelajar A mempunyai kediaman yang cukup kondusif mempunyai
kejiranan yang baik, segala kemudahan infrastruktur mudah di dapati dan memberi
peluang pembelajaran yang dapat meningkatkan semangat belajar terhadap pelajar
tersebut, manakala pelajara B pula persekitaran atau lingkungan kediaman amat
kurang memberi semangat, segala kemudahan infrastruktur susah didapati,
menyebabkan semangat untuk belajar adalah tidak menggalakkan, dan menyebabkan
salah satu punca kemerosotan pelajar tersebur. Pengaruh persekitaran terdiri daripada
fizikal dan psikososial.
Persekitaran fizikal seperti rumah dan bilik darjah yang kurang terang akan
membosankan pelajar, jika bilik darjah tidak kondusif maka pelajar akan cepat bosan
dan berasa mengantuk, selain itu jug keperluan psikologi seperti keselamatan, rasa
dimiliki, kasih sayang, penerimaan dan penghargaan akan mempengaruhi tingkah laku
pelajar menjadi positif atau negatif. Daripada kajian lalu, Dun dan Dunn (1987 ),
mendapati terdapat individu yang memerlukan persekitaran cahaya terang semasa
belajar. Dan menurut Siti Hawa Munji Pula (1989 ), terdapat sebilangan pelajar yang
suka kepada cahaya terang kerana cahaya yang samar akan membuatkan mata cepat
letih dan mengantuk. Daripada teori Eric Bronfrenbrenner berkenaan ekologi ( 2004 ),
sosiobudaya persekitaran seseorang individu dari lahir sehingga dewasa, teori ini
memfokuskan lima sistem iaitu mikrosistem,merosistem, ekosistem, makrosistem dan
kronosistem mempengaruhi perkembangan kanak-kanak, jika kita lihat pada
mikrosistem ia adalah merujuk kepada persekitaran yang kebanyakan anak-anak
berinteraksi secara langsung dengan ibubapa, rakan sebaya dan orang dewasa.
Oleh yang demikian, faktor juga memainkan peranan penting dalam
pembentukan tingkah laku seorang pelajar, persekitaran tempat tinggal, atau sekolah
yang baik akan mendorong pelajar lebih bersemangat dalam menajalankan aktiviti
yang harian dengan penuh bermakna, maka ini akan mempengaruhi tahap pencapaian
murid ke arah yang lebih meningkat. Tetapi sekiranya mempunyai persekitaran yang
kurang menyenangkan maka pelajar akan tersebut akan mudah bosan dan tidak
bersemangat dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran seharian, ini
menyebabkan kemorosotan prestasi pelajar akan semakin bertambah serius.
9
JUMANI HJ ABDULLAH
770826125290
HBEF 2103

3.0 LANGKAH- LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DALAM BILIK DARJAH.

Sebagai seorang guru yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai karenah pelajar
dalam bilik darjah, persediaan perancangan guru amat penting sebelum memulakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya guru tidak bersedia semasa hendak menyampaikan
ilmu, maka pelajar akan mula menunjukkan sikap yang negatif terhadap guru tersebut, oleh
itu sebagai guru yang mempunyai sifat yang professional dalam apa jua hal adalah sewajanya
merancang pengajaran dengan teliti, menggunakan kaedah dan pendekatan yang boleh
diterima oleh pelajar, supaya hasil pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai dengan
jayanya. Antara langkah-langakah teresebut ialah:

~ Guru Mesti ambil tahu kehendak dan kemahuan pelajar sebelum memulakan sesi
pengajaran, terdapat beberapa keadaan guru sebenarnya adalah penyebab kepada kelakuan
tidak baik pelajar, kerana kurang perihatin dengan pelajarnya, masuk kelas hanya sekadar
mengajar sahaja, tanpa menunjukkan contoh dan nilai yang baik kepada pelajar, guru
merupakan role model. Wajib tunjuk sikap yang baik kepada semua pelajar. Kajian A.
Rajaguru, Mohd Daud Saad dan Ibrahim Saad (1982 ), mengatakan ada guru tidak mahu
berbuat apa-apa atau menegur pelajar apabila melakukan kesalahan, agar tidak dibenci oleh
pelajar dan ingin menjadi popular di kalangan pelajar.
Walhal jika kita tinjau pendapat Logan &logan (1974), Profesion perguruan adalah
sesuatu yang kompleks dan tugasan guru sanagat luas berbanding pekerjaan yang lain. Oleh
itu, sebagai seorang guru yang telah dilatih dengan pelbagai ilmu, kita tidak boleh lari
daripada masalah dalam kehidupan, aalah sebaiknya kita elakkan membawa masalah peribadi
semasa mengajar, emosi mesti sentiasa tenang, stabil, besyukur. Kerana guru yang
mempunyai sikap ini akan mudah senangi dan didekati oleh pelajar. Kaitan dengan teori
Rogers (1981 ), konsep kendiri terjadi hasil gabungan di antara penilaian sendiri dan orang
lain, maka penilaian menegenai persepsi orang lain terhadap dirinya, sebagai contoh jika
seseorang itu mempunyai konsep kendiri yang baik dan bila berada disuatu tempat ia dilayan
dan diberi perhatian.

~ Guru seharusnya mempunyai kemahiran-kemahiran yang tertentu dalam mengawal


pelajar dalam bilik darjah. Kamus dewan (1996), kemahiran adalah kecekapan atau
kepandaian. Kemahiran dan pengetahuan sangat diperlukan bagi pembangunan dan
10
JUMANI HJ ABDULLAH
770826125290
HBEF 2103

kepimpinan personal, untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah, guru mesti pandai menggunakan kemahiran bagi menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh pelajar. Sebagai contoh, murid yang bermasalah haruslah diberi nasihat dan
saranan, beri keyakinan dan harapan kepada pelajar. Mengambil langkah menyelesaikan
masalah dengan menganalisis masalah, mencari alternatif dan merancang langkah-langkah
tindakan untuk membuat keputusan bagi mengubah keadaan melalui teladan dan ganjaran, ini
berdasarkan kajian Ibit (2001 ), guru perlu ada kemahiran mengetahui jenis kesalahan yang
dilakukan oleh pelajar barulah kaedah penyelesaian dipilih mengikut kesesuaian jenis
kesalahan yang dilakukan. Menurut teori pengukuhan, setiap ganjaran adalah pengukuh
kepada suatu tingkah laku. Maka istilah pengukuhan positif merujuk kepada bertambah
sesuatu perbuatan dilakukan akibat pemberian sesuatu pengukuh.

~ Semasa pengajaran dan pemebelajaran dalam bilik darjah guru juga adalah disarankan
menggunakan bahan pengajaran yang pelbagai. Menurut Kamaruddin Hussin ( 1986 ), alat
bantu mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantu
menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah. ABM adalah penting kepada seorang guru,
kerana ia dapat membantu guru dalam menyampaikan maksud yang hendak disampaikan
kepada pelajar, murid akan berasa boring dan bosan sekiranya kita tidak menggunakan bahan
bantu mengajar, dan menyebabkan mereka kurang memahami satu tajuk yang disampaikan.
Dunn (1979 ), mengatakan bahawa pembelajaran sebagai satu strategi untuk menunjukkan
stail belajar seorang berbeza diantara satu dengan yang lain tanpa mengira umur, status sosio
ekonomi atau IQ, jadi sebagai guru harus bijak memilih bahan mengikut tahap pelajar.

~ Bagi memastikan pelajar dapat menerima ilmu yang kita sampaikan, adalah sebaiknya
guru memberi perhatian terhadap motivasi pelajar, ini juga dianggap penting bagi
melancarkan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran harian. untuk memotivasikan pelajar
setiap selesai satu topik pengajaran guru hendaklah menyediakan hadiah galakan seperti
hadiah, alat-alat belajar atau hadiah berupa wang, ini bertujuan untuk menarik minat pelajar
dalam menguasai topik pengajaran yang kita sampaikan.Menurut teori McClelland, individu
yang mempunyai dorongan untuk mencapai matlamat adalah lebih mementingkan
pencapaian, mengutamakan kepuasan dari pujian, menganggap ganjaran luaran adalah
pengukuran kejayaan dan sentiasa mencari cara untuk memperbaiki pencapaian. Oleh itu,

11
JUMANI HJ ABDULLAH
770826125290
HBEF 2103

pelajar yang mempunyai motivasi yang tinggi akan sentiasa peka dan prihatin dengan
kehendak diri, guru, rakan dan persekitarnnya.

4.0 KESIMPULAN

Hasil daripada kajian yang dijalankan terhadap dua orang pelajar maka didapati
mempunyai pencapaian akademik yang berbeza, walaupun kedua-duanya mempunyai umur
yang sama. Jika dilihat daripada beberapa faktor iaitu sosioekonomi keluarga, hubungan
dengan sekolah, rakan sebaya dan persekitaran, pelajar ini mempunyai perbezaan yang nyata,
melalui faktor-faktor ini memberi kesan atau impak yang sangat besar kepada kehidupan
kedua pelajar tersebut.
Oleh yang demikian sebagai guru, adalah seharusnya mengambil berat terhadap
masalah yang dihadapi oleh pelajar, memberi perangsang dan dorongan kepada pelajar
supaya sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dari masa ke semasa melalui penyaluran
ilmu yang diberikan, selain itu guru juga mesti mencari satu titik penyelesaian yang
bermakna kepada setiap pelajar yang memerlukan. Dengan mengamalkan ilmu keguruan
yang telah dipelajari sedikit sebanyak dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah yang
dihadapi, selain itu para guru juga boleh mengaplikasikan langkah-langkah yang bernas yang
telah disarankan di atas untuk tujuan meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran
harian di bilik darjah.

Jumlah Perkataan: 3224

12
JUMANI HJ ABDULLAH
770826125290
HBEF 2103

5.0 RUJUKAN

Sharifah Alwiyah Alsagof (1983 ), Psikologi Pendidikan II. Kuala Lumpur: Longman Sdn
Bhd.

Atan Long. (1988 ), Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Azizi yahaya, Jaafar Sidek latif, Sharin Hashim (2005 ), Psikologi Alam Remaja. Pahang
Darul Makmur: PTS Publications &Distributors Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (200), Perkembangan Kanak-kanak. Ipoh Perak: Multimedia Sdn. Bhd.

Mohd Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd Tamin. (1988 ), Psikologi Remaja. Petaling
Jaya: Fajar Bakti

Muhibbin Syah. (1991 ), Psikologi Pendidikan dengan pendekatan baru. Bandung: PT


Remaja Rosdakarya.

Prof Dr Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2011),
HBEF2103 Psikologi Pendidikan. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc.Sdn. Bhd.

www.scribd.com/doc/12521518/Faktor-faktormempengaruhipencapaianakademik

http://imegasdehewaraspak-multyply.multyplyontent.com

http://eprints.utm.my/10638/1/Faktor.pdf

http://msgsabah.blogspot.com/2009/04/punca-kelemahan-pencapaianakademik

http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail

http://marhainidamia.wordpress.com/kertas-projek/

http://eprints.utm.my/6576/1/shobaMFP2007
13
JUMANI HJ ABDULLAH
770826125290
HBEF 2103

6.0 LAMPIRAN ( RESPONDEN KAJIAN )

Maklumat Pelajar A

NAMA SITI AMINAH (BUKAN


NAMA SEBENAR)
TARIKH LAHIR 28.03.2000
UMUR 12
TEMPAT LAHIR HOSP. TAWAU
ASAL TAWAU
NAMA BAPA AHMAD ABU (BUKAN
NAMA SEBENAR)
NAMA IBU MARIAM ALI
PEKERJAAN BAPA GURU
PEKERJAAN IBU KERANI
BIL ADIK BERADIK 3
HOBI MEMBACA BUKU
CITA-CITA DOKTOR

TINGGI 125
BERAT 30 KG
PENCAPAIAN BM (A), BM2 (A), BI (A)
AKADEMIK MATHS (A), Sc (A )

Maklumat Pelajar B
NAMA NUR KHAIRIYAH (BUKAN
NAMA SEBENAR)
TARIKH LAHIR 15.05.2000
UMUR 12
TEMPAT LAHIR HOSP. TAWAU
ASAL TAWAU
NAMA BAPA AMIN (BUKAN NAMA
SEBENAR)
NAMA IBU RADIAH ASIM
PEKERJAAN BAPA KILANG
PEKERJAAN IBU SURIRUMAH
BIL ADIK BERADIK 9
HOBI MEMASAK
CITA-CITA PENYANYI

TINGGI 120
BERAT 25 KG
PENCAPAIAN BM (C), BM2 (D), BI (D)
AKADEMIK MATHS (C), Sc (D )

14
JUMANI HJ ABDULLAH
770826125290
HBEF 2103

15