Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Selamat sej ahtera puan. Saya masih tak faham apakah jenis
undang-undang yang perl u dipilih? Adakah undang-undang sivil
atau jenayah? Bagaimana pula dengan proses pembentukkan
undang-undang pula, adakah ianya tentang undang-undang yang
telah dipili h berkenaan. Mohon puan jelaskan lagi.S ekian, terima
kasih.
adakah hubungan antara undang undang dengan nilai sosial kita kita boleh buat
yang bertentangan. maksudnya undang undang yang agak kurang logik. sebagai
contoh kes rompak dan mangsa rompak atau kes rogo dan mangsa rogol seperti
mana yang berlaku dinegara kita masa kini.. mohon pencerahan. terima kasih
Saya sarankan menggunakan contoh perhubungan yang selaras
antara undang-undang dan moral, sebab kal au ikut pemahaman
kepada persoalan tugasan dan rubriknya ia bertanya tentang
perhubungan antara undang-undang dan moral. Contoh pertindi han
yang saya berikan dalam ruangan tersebut sekadar makl umat agar
pelajar memahami konsep perhubungan antara undang-undang dan
moral dengan jelas dal am pelbagai sudut
Universal
Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak hendaklah juga bersifat universal
iaitu dapat digunakan oleh semua orang yang memiliki sifat yang sama serta
menghadapi set keadaan yang sama.
Diterbitkan
Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak hendaklah diterbitkan dan dicetak
supaya semua orang dalam masyarakat dapat mengaksesnya walaupun tidak
semua mempunyai masa untuk membaca atau memahami segala yang
diterbitkan. Walau bagaimanapun, ahli profesional terlatih seperti peguam boleh
diminta untuk menterjemah dan menerangkan mana-mana undang-undang. Oleh
itu, kejahilan terhadap undang-undang bukan suatu alasan yang boleh diterima.
Diterima
Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak dengan cara yang ditetapkan
hendaklah dipatuhi. Jika terdapat anggota masyarakat yang tidak mengikuti
undang-undang secara sukarela, mereka akan dipaksa supaya mengikutinya.
Dikuatkuasakan
Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak dengan cara tertentu hendaklah
dikuatkuasakan. Anggota masyarakat hendaklah faham bahawa mereka akan
dipaksa mematuhi undang-undang jika mereka enggan patuh dengan sukarela.
Setiap orang hendaklah sedar bahawa jika mereka melanggar undang-undang,
mereka akan kehilangan kemudahan, masa, wang, kebebasan atau nyawa
apabila pelanggaran mereka diketahui dan dibuktikan. Terdapat elemen yang
mendesak pada undang-undang. Ia juga mempunyai elemen yang menentukan
kerana ia menetapkan apa yang akan berlaku sekiranya kita tidak mematuhi
peraturan.
Pengertian undang-undang
Undang-undang merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti
oleh ahli-ahli masyarakat. Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara. Jika
peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut
mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah/polis. Peraturan ini biasanya
dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja
dan bersosial antara satu sama lain. Kadangkala, undang-undang juga dibuat
oleh sekumpulan orang yang berfikiran sama.
Mahasuci Allah yang Maha Besar, selamat dan sejahteralah manusia yang
berpegang kepada SyariatNya. Sesungguhnya janji Allah itu senantiasa benar!
Penerangan:
Perhubungan Antara Undang-undang dan Standard Moral:
Kesimpulan 1: Tuntutan undang-undang mungkin bertindih dengan ukuran moral
masyarakat, tetapi ia tidaklah benar-benar sama. Untuk lebih jelas, seseorang
yang melanggar undang-undang dengan melakukan rompakan juga melanggar
ukuran moral kerana mencuri. Begitu juga adalah mudah utk menyatakan
bahawa undang-undang berkaitan perlakuan seksual, penyalahgunaan dadah,
penipuan produk dan mematuhi kontrak adalah sama dengan kepercayaan
moral yang mungkin dipegang oleh kebanyakan org dlm masyarakat.
Kesimpulan Kriteria 2:
1. Individual Process
2. Group Process
3. Social Process
4. Political Process
- Ajaran agama
- Tradisi budaya
- Kedudukan ekonomi
- Pembangunan teknologi
- Organisasi sosial
- Proses Politik
Dalam ukuran moral terdapat tiga ciri, pertama kebiasaan, kedua kepercayaan,
dan ketiga ialah nilai. Apabila seseorang individu melakukan kesalahan secara
sengaja ataupun tidak mereka akan dikenakan denda yang telah dikuatkuasakan
oleh kerajaan. Terdapat contoh yang boleh dikaitkan dengan proses individu,
contohnya seperti kesalahan mencabul. Kurang ajaran agama atau pun mereka
sendiri yang tidak beretika. Setiap agama mahu kan kedamaian dalam
kehidupan, berbuat baik sesama manusia. Ia boleh di sabitkan kesalahan di
bawah seksyen 354 kanun keseksaan bagi mencabul murid sekolah. Kes
mencabul ini difailkan sebanyak 2506 melibatkan kanak-kanak. Individu yang
melakukan kesalahan tersebut bertindak tanpa memikirkan perasaan orang lain,
dia tidak mempunyai pegangan hidup yang baik dan beretika. Nilai hidup yang
lebih kepada kesengsaraan yang di pilih oleh individu tersebut berbanding
dengan keselesaan yang sedia ada.
Maka pada peringkat proses individu, seseorang itu akan mula membina
pendirian(norma,kepercayaan dan nilai) terhadap kes dengan diengaruhi oleh
lima factor seperti di atas. Di akhir proses, suatu standard(piawai) moral
terhadap sesuatu tindakan(seperti cth kes di atas atau kes membuang bayi)
akan dibentuk pada diri individu berkenaan. Dengan erti kata lain, satu undang-
undang akan terbentuk melalui proses individu tersebut.
BAHAN RUJUKAN:
Proses Individu
Membuang sampah juga bukanlah satu kesalahan tetapi lebih kepada masalah
moral dan etika. Membuang sampah atau membiarkan sampah adalah sikap
tidak bermoral seperti mencampakkannya dari kenderaan atau membiarkan
sampah di pondok rehat atau membiarkan sampah di atas meja makan di
kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan begitu juga disekolah. Tetapi apabila ia
dibiarkan berleluasa maka kawasan berkenaan akan kotor dan menjijikkan.
Sebagai pilihan moral bagi mengatasi permasalah sebegini maka Seksyen 47
Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam (Akta 672) boleh digunakan oleh Kerajaan Tempatan, dewan
Bandaraya dengan memberikan denda kepada pembuang sampah yang tidak
beretika.
Telefon bimbit, komputer, dan ipad adalah hak milik peribadi dan bukanlah
kegunaan bersama, oleh itu tidak ada sesiapa jua yang tahu kandungan telefon
bimbit, komputer bimbit dan ipad. Menceritakan dan menunjukkan bahan lucah
juga hanya pada kesalahan moral sebagai tidak bermoral,, moral yang rendah
dan tidak beretika dalam kehidupan social. Tetapi sekiranya ia tidak dibendung ia
membawa kepada implikasi agama dan gangguan seksual serta gangguan
sosial. Oleh itu sebagai pilihan moralnya Seksyen 922 Kanun Keseksaan
(menyimpan video lucah) dan Seksyen 5 (1) ( a ) Akta Penapisan Filem 2002
(memiliki video lucah) bagi mengatasi permasalaha tersebut. Konteks undang-
undang sudah jelas, ia adalh sebagai jalan terakhir apabila perbuatan tidak
bermoral dilakukan secara berterusan dan undang-undang adalah jalan sebagai
hukuman dan dendaan yang tidak ada pada prinsip moral dan etika.
Mencuri
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya,"etika" sebagai "disiplin berurusan dengan apa yang baik
dan buruk dan dengan kewajipan moral dan kewajipan. Ia menentukan apabila
sesuatu perbuatan moral atau tidak bermoral, betul atau salah. Melalui
kehidupan beretika seseorang itu boleh melakukan perbuatan yang baik tetapi
dalam masa yang sama sekiranya ia tidak beretika banyak perlara tidak bermoral
dilakukan. Terdapat lima faktor yang mempengaruhi etika peribadi bermula
dengan pengaruh keluarga (Family Influence), pengaruh rakan (Peer Influence),
pengalaman hidup (Life Experince), nilai peribadi dan prinsip oral (Personal
values and Morals) dan faktor situasi (Situational Factors).
Perbincangan etika ini diulas lebih lanjut dalam tiga faktor di atas iaitu pengaruh
keluarga (Family Influence), pengaruh rakan (Peer Influence), pengalaman hidup
(Life Experince). Pengalaman sebagai guru disekolah dapat melihat bahawa
pengaruh keluarga terhadap aktiviti merokok, tidur semasa belajar, ketika berada
di kantin dan ketika bertutur bersama rakan dan guru atau orang yang lebih tua
adalah amat ketara sekali manakala rakan pula mempengaruhi pelajar dalam
aspek ponteng sekolah, bermain semasa belajar, menipu atau berbohong
kepada guru, keluarga dan ahli masyarakat serta menyahut cabaran yang
mengundang bahaya kepada individu berkenaan. Pengalaman hidup pelajar
seperti meludah, membuang sampah, mencuri dan memiliki bahan lucah adalah
sesuatu perbuatan yang tidak beretika dan boleh mengundang kepada aspek
pematuhan undang-undang.
Undang-undang yang dilaksanakan oleh ahli masyarakat itu mestilah konsisten,
menyeluruh, telah diwartakan, boleh diterima oleh seluruh ahli masyarakat dan
dikuatkuasakan setelah diwartakan. Peraturan yang ditetapkan oleh undang-
undang adalah sebagai membendung dan melakukan halangan daripada
perbuatan tidak bermoral dan tidak beretika daripada terus berpanjangan dan
kekal dilaksanakan. Undang-undang ini menjadikan seseorang akan lebih
beretika dan bermoral apabila dikenakan hukuman dan tindakan undang-
undang. Tindakan undang-undang kepada perokok, membuang sampah,
mencuri dan memiliki bahan lucah pada asasnya bukanlah satu jenayah berat
dan lebih kepada nilai etika sahaja tetapi apabila ia berpanjangan dan
melakukan sesuatu yang kerap serta tidak boleh lagi diterima oleh masyarakat
maka undang-undang memainkan peranan penting bagi memastikan
keharmonian masyarakat dapat dipertahankan. Sekiranya merokok, membuang
sampah dan memiliki bahan lucah boleh diterima oleh masyarakat sebagai
amalan dan kebiasaan dan sudah ada mekanisma penerimaan seperti pekerja
memungut sampah, maka merokok, membuang sampah dan memiliki bahan
lucah boleh diterima sebagai bukan tindakan undang-undang tetapi lebih kepada
tidak beretika dan tidak bermoral sahaja tetapi oleh kerana ia diterima sebagai
norma, perjalanan hidup masyarakat boleh diteruskan.