Anda di halaman 1dari 12

PENDAHULUAN

Tulisan jawi mula berkembang di Tanah Melayu sejak kedatangan Islam pada abad 10
menerusi aktiviti perdagangan Arab yang datang berniaga di kepulauan Melayu. Perkembangan
tulisan jawi di Nusantara adalah seiring dengan penyebaran agama Islam yang menjadi
pegangan orang Melayu (Hashim Hj Musa, 1995). Selain menjalankan aktiviti perniagaan,
peniaga Arab juga menyebarkan dakwah Islam. Antara kesan penyebaran dakwah Islamiah ialah
penggunaan huruf-huruf Arab sebagai medium untuk berkomunikasi di Tanah Melayu (Hamdan
Abd Rahman,1999). Tulisan yang diperkenalkan kepada penduduk Nusantara adalah huruf-huruf
Arab atau sekarang ini dikenali dengan nama tulisan Jawi. Pada abad ke sebelas hingga ke empat
belas, tulisan jawi digunakan dengan meluas di seluruh Tanah Melayu dan Nusantara (Mohd
Alwee Yusoff, 2005). Orang Melayu yang celik huruf pada waktu itu merupakan golongan yang
celik jawi.

Berdasarkan sejarah Bahasa Melayu (Kang Yong Seock, 1990) perkataan Jawi ()
berasal daripada bahasa Arab Jawah ((. Kemudian, orang Melayu menyelaraskan
perkataan-perkataan Arab tersebut agar sesuai digunakan dalam Bahasa Melayu. Berdasarkan
catatan Sejarah Melayu (Hashim Hj Musa, 1999) perkataan Jawi adalah diadaptasikan oleh
Bahasa Melayu daripada tulisan Arab. Kemudiannya dibuat beberapa penyelesaian dan
tambahan agar kegunaan tulisan ini menjadi mantap sebagai medium asas komunikasi bertulis
seperti yang kita fahami sekarang ini. Berdasarkan kata adjektif dalam Bahasa Arab, perkataan
Jawah atau Jawi merujuk kepada semua bangsa dan kaum yang menjadi peribumi di Asia
Tenggara malah merangkumi seluruh rumpun bangsa Melayu, Campa, Patani, Aceh, Jawa,
Minangkabau, Mandailing, Sunda, Bugis, Banjar, Lombok, Filipina dan negeri-negeri lain
(Mohd Alwee Yusoff, 2005).sebab itulah, maka para ulama dari Asia Tenggara sering meletakkan
nama al-Jawi sebagai gelaran, pada hujung nama mereka sekalipun mereka terdiri daripada suku
bangsa berlainan seperti Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri al-Jawi, Syeikh Abdul Samad al-
Falimbani al-Jawi, Syeikh Daud al-Fatani al-Jawi dan lain-lain (Ismail Hussein, 1981). Selain
itu, kata Jawi digunakan juga untuk ungkapan-ungkapan seperti bahasa Jawi, masuk Jawi dan
bangsa Jawi. Sampai kini orang-orang Vietnam menamakan orang di Kepulauan Nusantara
sebagai orang Jawa (Amat Juhari Moain, 1996). Istilah tulisan Jawi hanya dikenali di
Malaysia, Singapura, Thailand Selatan dan Brunei Darussalam dan Sri Lanka (bagi rumpun
Melayu). Tulisan jawi di Indonesia terkenal dengan nama tulisan Melayu Huruf Arab atau
tulisan Melayu Arab.

Namun demikian, batu-batu bersurat di atas memperlihatkan bahawa bahasa Melayu kuno
menggunakan tulisan yang dibawa dari India. Batu bersurat bertarikh 1356 Masehi yang
ditemukan di Pagar Ruyong dan Batu Bersurat (nisan) bertarikh 1380 Masehi di Minye Tujuh,
Aceh, menunjukkan bahawa tulisan itu mungkin digunakan hingga abad keempat belas. Catatan
pengembara Cina pula, seperti I -Tsing yang pernah singgah di Sriwijaya pada tahun 672 Masehi,
serta beberapa bukti sejarah yang lain, menunjukkan wujudnya kata Melayu (Mo-lo-yu) dan
luasnya penggunaan bahasa Melayu kuno sejak abad ketujuh lagi. Oleh sebab hal ini jugalah
maka sarjana-sarjana kita berpendapat bahawa bahasa Melayu sudah menjadi bahasa perantaraan
(lingua franca) lebih awal dari kurun ketiga belas. Profesor Ismail Husain membuat kesimpulan:

Maka dapatlah kita anggap sebagai satu hal yang pasti, bahawa dalam abad ketujuh dan dalam
abad-abad berikutnya, bahasa Melayu sudah dapat dan memang digunakan sebagai bahasa
pengantar kebudayaan, sedang dalam hal-hal tertentu dipergunakan juga bahasa itu untuk
keperluan sedemikian di daerah-daerah yang bukan termasuk daerah bahasa Melayu yang
sebenarnya.

Bagaimanapun, kenyataan di atas tidak menunjukkan kepada kita ketinggian bahasa Melayu
ketika menggunakan huruf yang dibawa dari India itu. Batu Nisan Minye Tujuh yang bertarikh
1380 Masehi dan masih menggunakan huruf Pallava, mungkin membuktikan bahawa Bahasa
Melayu sudah begitu tinggi sehingga dapat menjadi bahasa penyataan puisi yang halus tetapi
tidaklah sebanding dengan mutu bahasa pada Batu Bersurat Terengganu, yang 83 tahun lebih
awal daripada Batu Nisan Minye Tujuh. Penemuan itu adalah lebih dekat dengan gaya Bahasa
Melayu kini dan kemelayuan bahasanya juga jelas. Sebaliknya, gaya bahasa yang terdapat pada
Batu Nisan Minye Tujuh ialah gaya bahasa pra-Islam. Lebih menarik lagi apabila kita fikirkan
pandangan Profesor Syed Muhammad Naguib al-Attas (1990) yang mengatakan bahawa sebelum
Islam tiba di Kepulauan Melayu, tiada terdapat suatu bahasa umum yang dapat digelar bahasa
Melayu. Terdapat pendapat lain mengatakan orang Melayu sebelum kedatangan Islam
dikategorikan sebagai buta huruf. Menurut beliau,

Bahasa Melayu kuno yang difikirkan orang itu sebenarnya tiada dapat dirumuskan sebagai
Melayu, kerana zaman itu nampaknya belum timbul konsep bahasa Melayu. Prasasti-prasasti
kala sebelum Islam tiada memberi kesimpulan yang cukup dan jelas terhadap bentuk sifat bahasa
orang Melayu; hanya seolah-olah tulisan-tulisan yang terpahat padanya, adalah bentuk sifat
bahasa campuran bahasa Pali dan lain-lain yang mungkin pula merupakan bahasa golongan
tertentu yang tiada membayangkan bahasa orang sehari-hari. Nampaknya besar pula
kemungkinan bahawa pada zaman pra-Islam tiada terdapat satu tulisan tunggal, satu abjad, yang
menyatu padu serta dengan kukuhnya mengikat bahasa meliputi golongan-golongan yang dapat
diberi gelaran Melayu.

KEPENTINGAN TULISAN JAWI

Tulisan Jawi sukar dinafikan oleh sesiapa. Seseorang yang ingin menyelidik tentang
kesusasteraan, kebudayaan dan masyarakat Melayu khasnya, bahkan agama Islam dan
perkembangannya di Alam Melayu amnya memerlukan pengetahuan tentang tulisan Jawi. Ini
kerana terdapat manuskripmanuskrip lama Melayu yang begitu banyak, sama ada yang telah
diteroka dan dirumikan atau yang baru diteroka dan dirumikan," ataupun yang masih belum
memaparkan berbagai-bagai aspek yang berkaitan dengan kebudayaan dan tamadun Melayu dan
agama Islam, di mana semuanya adalah dalam tulisan Jawi.
Bumi Malaysia pernah dikuasai oleh tulisan Jawi suatu ketika dulu. Ini bermakna rakyat
Malaysia menggunakan tulisan Jawi sepenuhnya ketika itu dan tulisan Jawi juga pernah menjadi
wadah perpaduan rakyat sehinggalah negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Kalau kita selak majalah, akhbar atau buku pada zaman dahulu, hampir semuanya ditulis dalam
tulisan Jawi. Namun kini tulisan Jawi telah dihapuskan dalam kehidupan kita seharian kendati
ada usaha segelintir warga yang masih menggunakan tulisan ini tetapi tidak mendapat sambutan
yang menggalakkan. Kemegahan jatidiri dan maruah Jawi yang malang itu, yang pernah
menguasai zaman akhir 60-an, membawa ke zaman 70-an kini telah lenyap dimamah cabaran.
Sekarang, generasi kanak-kanak terutamanya tidak kenal lagi tulisan Jawi malah mereka berasa
amat pelik dengan tulisan tersebut.

Akhbar Utusan Melayu edisi Jawi yang berusaha mengembangkan kudupnya juga seperti
hidup segan mati tak mahu dan akhirnya dihentikan edarannya. Sungguh jelu dan menyedihkan.
Khabarnya, apabila akhbar Utusan Melayu edisi Jawi ini dihentikan, ia bukanlah kematian yang
diratap oleh 10 juta bangsa Melayu (Buku Statistik Tahun 2000), apa lagi generasi sekarang yang
90% buta Jawi. Ia hanya ditangisi oleh sebahagian orang Melayu yang asas belajar dan
membacanya adalah tulisan Jawi pada tahun-tahun 40-an, 50-an dan 60-an dan tahun-tahun
sebelumnya sahaja. Yang selebihnya langsung tidak peduli terhadap nasib tulisan Jawi tersebut.

Justeru tulisan Jawi mesti diperkasakan semula. Ia adalah khazanah yang sangat bernilai untuk
negara kita. Kita tidak boleh menjadikan alasan globalisasi, langit terbuka, dan kedominanan
bahasa Inggeris sebagai sebab untuk tidak mempelajari tulisan Jawi. Tidak salah sekiranya
tulisan Jawi digunakan secara bersama dalam sebuah negara majmuk di Malaysia. Akuilah
hakikat bahawa tulisan Jawi sudah lama digunakan di negara ini. Sebelum merdeka dulu, semua
akhbar dan majalah menggunakan tulisan Jawi malah semangat perjuangan menuntut
kemerdekaan juga dicagunkan melalui tulisan Jawi. Justeru, untuk mengembalikan semula
martabat dan generasi celik Jawi, kita mestilah bermula dengan pengajaran Jawi seperti dahulu.
Langkah menggalakkan semula pengguna tulisan Jawi, tidak harus dilihat dengan kaca
mata songsang oleh masyarakat pelbagai etnik negara ini. Ia bukan satu usaha untuk
mengislamkan orang bukan Islam dengan tulisan tetapi sebagai satu usaha untuk memantapkan
jati diri orang Melayu Islam di negara ini seterusnya sebagai wadah perpaduan pelbagai etnik di
negara ini. Sejarah telah mencatatkan bahawa suatu ketika dulu tatkala masyarakat negara ini
menggunakan tulisan Jawi, perpaduan antara kaum telah berjaya direalisasikan dengan
megahnya. Tidak pernah berlaku sebarang bantahan terhadap penggunaan tulisan Jawi malah
ramai pula orang yang bukan dari etnik Melayu boleh membaca dan menulis dalam tulisan Jawi.

Justeru, langkah memartabatkan semula tulisan Jawi wajar dilaksanakan supaya seni warisan ini
tidak hanyut ditelan zaman. Banyak pendapat mahu pun cadangan-cadangan yang dikemukakan
oleh para sarjan mahu pun orang perseorangan berkenaan langkah perlindungan tulisan Jawi.
Antaranya ialah melalui sistem pendidikan negara. Melalui sistem pendidikan ini kemahiran
menulis dan membaca tulisan Jawi mesti dijadikan teras dalam mata pelajaran pendidikan agama
Islam di sekolah-sekolah seluruh negara. Ditambah lagi, pengenalan tulisan Jawi perlu juga
dimasukkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah. Hal ini adalah sebagai
salah satu usaha untuk menangkis dan memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap tulisan
Jawi yang dianggap sebagai sinonim dengan agama Islam. Malah, di peringkat Institusi
Pengajian Tinggi Awam mahu pun Swasta (IPTA/IPTS), langkah memasukkan kemahiran dan
sejarah perkembangan tulisan Jawi dalam subjek Tamadun Islam dan Kenegaraan Malaysia
adalah wajar sebagai mekanisme untuk memartabatkan tulisan Jawi di peringkat Institusi
Pengajian Tinggi di negara ini. Selain itu, kesedaran penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda
dan petunjuk jalan masih kecil bilangannya dan tidak keterlaluan jika dikatakan boleh dibilang
dengan jari.

berganding bahu tidak apa jua lapisan masyarakat agar tulisan Jawi ini bak kata pepatah Melayu
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Kesimpulannya, tulisan Jawi perlu diperkasakan semula seperti suatu ketika dulu. Inilah jatidiri
bangsa Malaysia dan inilah citra bangsa Malaysia yang pernah bersenandung mersik di
angkasaraya bumi Malaysia dan yang pernah pula padam dihubub ganas api zaman. Tulisan Jawi
bak lantera yang nyalaannya pernah menerangi seluruh ceruk pelosok dan juzuk bumi Malaysia.
Jawi pernah menjadi wadah perpaduan bangsa Malaysia sehingga negara mencapai
kemerdekaan. Justeru kembalikanlah kecemerlangannya, suburilah semula perdunya yang pernah
berdaun lebat dengan bunga-bunga yang menggerbak mengharum agar menjadi warisan generasi
anak bangsa sehingga akhir zaman.

DATA PENGUASAAN JAWI DIKALANGAN PELAJAR

Ujian dijalankan, hasil kajian menunjukkan 100% daripada 16 orang murid sudah mengenal
huruf pertama dan ketiga Jawi iaitu dan . Huruf mudah diingati kerana huruf ini lebih
menyerupai angka 1 dan huruf kecil L iaitu l. Manakala huruf , , , , dan sebanyak
82.7% dan huruf sebanyak 80% sahaja murid menguasainya. Diikuti pula huruf dan yang
menunjukkan peratusan sebanyak 75.3%. Hasil kajian juga menunjukkan 66.7% bagi huruf ,
, , dan sememangnya boleh dikuasai dengan baik juga. Bagi mengenal huruf dan
pula, hanya 60% sahaja murid daripada 16 orang yang menguasainya dan diikuti pula huruf
sebanyak 53.3% sahaja. Bagi 6 huruf yang berikutnya iaitu huruf , , , ,, dan hanya 7
daripada 15 orang sahaja yang menguasainya sebanyak 53.3%. Manakala bagi huruf yang
berikut pula iaitu , , , , , , ,, dan menunjukkan tahap penguasaaan yang amat
rendah sebanyak 33.3% sehingga 26.7% sahaja yang menguasainya. Hanya seorang sahaja yang
mengenali huruf sebanyak 6.7% sahaja.

Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan 65.4% murid tidak tahu dan tidak boleh
menulis huruf Jawi dengan betul dan hanya 34.6% sahaja murid boleh menulis huruf Jawi. Ini
menunjukkan bahawa tahap penguasaan menulis tulisan Jawi di kalangan murid-murid tahap
satu amat rendah.

Semasa ujian dijalankan menunjukkan keputusan berdasarkan , semua murid berada pada tahap
kebolehan 100% menulis 6 huruf pertama Jawi iaitu huruf , , , ,, dan . Bagi huruf
dan pula masing-masing memberi keputusan yang baik juga iaitu sebanyak 86.7% dan 80%.
Manakala bagi huruf hanya 73.3% daripada 15 orang murid yang menguasainya. Begitu juga
bagi huruf dan hanya 66.7% sahaja dapat dikuasai sepenuhnya dan bagi huruf pula hanya
60% sahaja dapat dikuasai oleh murid-murid Tahap satu.

Hasil daripada kajian dan tinjauan melalui latihan menulis ke atas 15 responden didapati 46.7%
hingga 6.7% sahaja murid tidak dapat menulis huruf jawi dengan betul dan baik bagi huruf, ,,
, , , , , , ,, dan . Manakala bagi huruf yang berikutnya , , ,,, , , , , , ,,
dan menunjukkan 0% daripada 15 orang yang langsung tidak boleh menulis huruf tersebut.
Dari analisis ini, pengkaji dapat membuat andaian bahawa murid-murid tidak dapat menulis
huruf-huruf yang berkenaan

adalah disebabkan kurang penekanan dari guru dan ibu bapa di rumah. Sekadar mendengar
murid boleh menghafal dan menyebut urutan huruf-huruf hijaiyah secara lagu atau nasyid sudah
memadai dengan kebolehan mereka tanpa ditekankan lagi pada proses menulis dengan baik dan
betul.
Mengetahui tahap penguasaan murid-murid Tahap satu membaca huruf-huruf Jawi

Secara keseluruhan, semasa ujian dijalankan hasil kajian menunjukkan 48.4% murid tidak boleh
membaca huruf Jawi secara urutan dan hanya 51.6% sahaja murid boleh membaca huruf Jawi
dengan lancar. Ini terdapat dalam rajah 3 di bawah.

PUNCA-PUNCA KELEMAHAN DAN KECICIRAN PELAJAR DALAM


PENGUASAAN

Hasil dapatan kajian membuktikan taraf sosioekonomi keluarga mempengaruhi


pencapaian tahap penguasaan Jawi murid. Ibu bapa yang berpendapatan dan berpendidikan
tinggi tidak menekankan aspek agama iaitu mengajar mengaji al-Quran pada anak-anak mereka
di rumah kerana lebih mementingkan mata pelajaran lain . Manakala ibu bapa yang
berpendapatan rendah juga tidak memberi perhatian khusus kepada anak-anak mereka di dalam
penguasaan Jawi mungkin disebabkan kos kehidupan yang tinggi dan kedaifan di dalam
pendidikan Islam.

Namun, bagi murid-murid yang berpendapatan sederhana, kebolehan mereka dalam


tulisan Jawi amat memberangsangkan dan menunjukkan prestasi yang cemerlang. Ini
menunjukkan ibubapa yang dari sosioekonomi sederhana amat mementingkan pendidikan Islam
terhadap anak-anak mereka. Kajian juga membuktikan bahawa taraf sosioekonomi keluarga dan
pegangan hidup (aqidah) dalam pendidikan Islam amat mempengaruhi pencapaian akademik
murid.

Oleh yang demikian guru, keluarga dan masyarakat yang beragama Islam keseluruhannya dapat
sama-sama menggemblengkan tenaga membantu masalah murid yang lemah dan memberi
tumpuan kepada penguasaan tulisan Jawi yang semakin dilupai ini. Oleh yang demikian guru,
keluarga dan masyarakat yang beragama Islam keseluruhannya dapat sama-sama
menggemblengkan tenaga membantu masalah murid yang lemah dan memberi tumpuan kepada
penguasaan tulisan Jawi yang semakin dilupai ini.
Demekian itu peranan guru amat penting untuk memberi motivasi kepada murid serta
penggunaan kaedah dan aktiviti yang boleh menarik minat murid. Keluarga pula perlu
merancang ekonomi dengan mengagihkan lebih peruntukan kewangan kepada pendidikan anak
dari membeli barang lain yang kurang kepentingannya.

Kementerian Pelajaran perlu memandang masalah murid yang miskin. Murid ini perlu diberi
bantuan kewangan untuk terus menimba ilmu ke peringkat yang lebih tinggi.Selain itu, peranan
kerajaan dan jabatan agama agar menekankan pendidikan Islam di dalam pendidikan masa kini.

CADANGAN BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN JAWI DIKALANGAN


PELAJAR

Berdasarkan kajian yang dijalankan , jelaslah bahawa tahap penguasaan tulisan Jawi
murid-murid hanya 48.1% sahaja secara keseluruhannya. Separuh daripada murid-murid tidak
dapat menguasai sepenuhnya tulisan Jawi. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja
seandainya tiada tindakan susulan dilakukan oleh pihak-pihak yang berkenaan.Hasil kajian ini
diharapkan dapat meningkatkan kesedaran semua pihak seperti guru, keluarga, Kementerian
Pelajaran dan masyarakat keseluruhannya untuk sama-sama meningkatkan tahap kebolehan
murid-murid dalam penguasaan tulisan Jawi.

Bagi murid-murid dari taraf sosioekonomi rendah pula agar mendapat kemudahan belajar sama
seperti murid-murid lain. Guru juga perlu menarik minat murid-murid untuk belajar dan
memahami kemahiran yang diajar. Pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dapat digunakan
untuk meningkatkan lagi kebolehan murid dalam tulisan Jawi.

Dewan Bahasa dan Pustaka juga harus memainkan peranan dari segi penerbitan. Seminar dan
pameran tentang tulisan Jawi juga boleh membantu memperkasakan tulisan Jawi, seperti suatu
konvensyen yang pernah diadakan suatu ketika dahulu, iaitu Konvensyen Tulisan Jawi pada
tahun 1980-an yang telah memperkenalkan Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan.

Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran pula perlu menghidupkan semula tulisan jawi di
sekolah-sekolah bermula dari sekolah tadika, rendah, menengah dan seterusnya universiti.
Meniadakan Jawi di sekolah-sekolah bererti menafikan pelajaran Jawi untuk dipelajari oleh
murid-murid, sedangkan murid-murid adalah generasi masa depan. Di sinilah impak yang cukup
ketara dan lupusnya generasi berkemampuan membaca Jawi sudah tidak wujud lagi kerana
mereka tidak pernah diperkenalkan secara asas. Bukan itu saja, mereka ditanam fahaman bahawa
Jawi tidak mampu bersaing bersama bahasa dunia.

Justeru, demi mengukuhkan penguasaan jawi disekolah, selain daripada penggunaan di dalam
penerbitan tempatan, langkah mempopularkan tulisan Jawi ini harus lebih menyeluruh termasuk
penggunaan di dalam laman-laman web tempatan, kerajaan (ada versi Jawi), perisian Microsoft
Office Jawi, telefon bimbit dan lain-lain. Perisian komputer di dalam tulisan Jawi amat kurang
malah susah untuk ditemui. Sekiranya, ia dilakukan secara bersungguh-sungguh dengan
gembelingan pihak kerajaan dan swasta matlamat ini pasti boleh dicapai dengan jayanya.

KESIMPULAN

Justeru tulisan Jawi mesti diperkasakan semula. Ia adalah khazanah yang sangat bernilai
untuk negara kita. Kita tidak boleh menjadikan alasan globalisasi, langit terbuka, dan
kedominanan bahasa Inggeris sebagai sebab untuk tidak mempelajari tulisan Jawi. Tidak salah
sekiranya tulisan Jawi digunakan secara bersama dalam sebuah negara majmuk di Malaysia.
Akuilah hakikat bahawa tulisan Jawi sudah lama digunakan di negara ini. Sebelum merdeka
dulu, semua akhbar dan majalah menggunakan tulisan Jawi malah semangat perjuangan
menuntut kemerdekaan juga dicagunkan melalui tulisan Jawi. Justeru, untuk mengembalikan
semula martabat dan generasi celik Jawi, kita mestilah bermula dengan pengajaran Jawi seperti
dahulu.
Justeru, langkah memartabatkan semula tulisan Jawi wajar dilaksanakan supaya seni warisan ini
tidak hanyut ditelan zaman. Banyak pendapat mahu pun cadangan-cadangan yang dikemukakan
oleh para sarjan mahu pun orang perseorangan berkenaan langkah perlindungan tulisan Jawi.
Antaranya ialah melalui sistem pendidikan negara. Melalui sistem pendidikan ini kemahiran
menulis dan membaca tulisan Jawi mesti dijadikan teras dalam mata pelajaran pendidikan agama
Islam di sekolah-sekolah seluruh negara. Ditambah lagi, pengenalan tulisan Jawi perlu juga
dimasukkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah. Hal ini adalah sebagai
salah satu usaha untuk menangkis dan memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap tulisan
Jawi yang dianggap sebagai sinonim dengan agama Islam. Malah, di peringkat Institusi
Pengajian Tinggi Awam mahu pun Swasta (IPTA/IPTS), langkah memasukkan kemahiran dan
sejarah perkembangan tulisan Jawi dalam subjek Tamadun Islam dan Kenegaraan Malaysia
adalah wajar sebagai mekanisme untuk memartabatkan tulisan Jawi di peringkat Institusi
Pengajian Tinggi di negara ini. Selain itu, kesedaran penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda
dan petunjuk jalan masih kecil bilangannya dan tidak keterlaluan jika dikatakan boleh dibilang
dengan jari.

Tuntasnya, tulisan Jawi perlu diperkasakan semula seperti suatu ketika dulu. Inilah
jatidiri bangsa Malaysia dan inilah citra bangsa Malaysia yang pernah bersenandung mersik di
angkasaraya bumi Malaysia dan yang pernah pula padam dihubub ganas api zaman. Tulisan Jawi
bak lantera yang nyalaannya pernah menerangi seluruh ceruk pelosok dan juzuk bumi Malaysia.
Jawi pernah menjadi wadah perpaduan bangsa Malaysia sehingga negara mencapai
kemerdekaan. Justeru kembalikanlah kecemerlangannya, suburilah semula perdunya yang pernah
berdaun lebat dengan bunga-bunga yang menggerbak mengharum agar menjadi warisan generasi
anak bangsa sehingga akhir zaman.
RUJUKAN

1) http://www.usm.my/educatian/publication/JPP(161-172) pdf.

2).Mansor Fadzil Dr. Prof Madya, Prinsip Teknologi Pengajaran, 2003, Shah Alam:

Malindo Printers Sdn. Bhd.

3). Mustafa Hj Daud,1993,Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Percetakan Sumber Sdn. Bhd.

4) Siddiq Fadzil Dr Prof Madya,Olahan oleh: Marzulina Omar , Kemelut Tulisan Sinar Rohani,
2006/1426H Bil: 35