Anda di halaman 1dari 26

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

4.0 LAKARAN

Standard Kandungan 4.1 Lakaran Piktorial


Standard Pembelajaran Pada akhir pengajaran murid boleh :
4.1.1 Menyenaraikan peranan lakaran dalam reka bentuk
4.1.2 Mengenal pasti teknik lakaran piktorial
4.1.3 Menghasilkan lakaran asas produk dalam bentuk 3D berdasarkan 2D
4.1.4 Memilih lakaran produk terbaik berdasarkan elemen reka bentuk
4.1.5 Menilai maklumat yang ada pada lakaran yang dipilih
4.1.6 Mencadangkan penambahbaikan ke atas lakaran yang dipilih

2015 Copyright Reserved


NOTA RUJUKAN

4.1 LAKARAN PIKTORIAL (Standard Kandungan)


4.1.1 MENYENARAIKAN PERANAN LAKARAN DALAM REKA BENTUK
(Standard Pembelajaran)

NOTA TAMBAHAN

LAKARAN

Lukisan yang ringkas pada peringkat


awal dengan ciri-ciri penting tanpa
maklumat yang lengkap dan ia
merupakan gambaran awal idea
reka bentuk yang kelihatan kasar
tanpa ciri-ciri perincian.

2015 Copyright Reserved


NOTA RUJUKAN

4.1 LAKARAN PIKTORIAL (Standard Kandungan)


4.1.1 MENYENARAIKAN PERANAN LAKARAN DALAM REKA BENTUK
(Standard Pembelajaran)

1. Mempercepatkan Pembangunan Konsep


Lakaran adalah kaedah terbaik untuk
mengeksplorasi konsep

2. Asas Komposisi Untuk Ilustrasi


Lakaran adalah kaedah terpantas/cepat
untuk menghasilkan komposisi
asas/perancangan ilustrasi awal bagi
menghasilkan lakaran idea yang ringkas.

STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN 1


Menyata/Menyenarai/Menama/Mendefinisi/Mentakrif 2015 Copyright Reserved
NOTA RUJUKAN

4.1 LAKARAN PIKTORIAL (Standard Kandungan)


4.1.1 MENYENARAIKAN PERANAN LAKARAN DALAM REKA BENTUK
(Standard Pembelajaran)

3. Medium Komunikasi Antara Pereka Dengan


Pelanggan
Melalui lakaran pereka dapat menunjukkan
imej secara terus dengan lebih mudah
kepada pelanggan untuk pertimbangan dan
persetujuan

4. Eksplorasi Visual Perkembangan Idea


Lakaran boleh digunakan sebagai catatan
aktiviti dan eksplorasi dalam penghasilan
idea reka bentuk pereka.

STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN 1


Menyata/Menyenarai/Menama/Mendefinisi/Mentakrif 2015 Copyright Reserved
NOTA RUJUKAN

4.1 LAKARAN PIKTORIAL (Standard Kandungan)


4.1.1 MENYENARAIKAN PERANAN LAKARAN DALAM REKA BENTUK
(Standard Pembelajaran)

5. Penyelesaian Perincian Visual

Proses menghasilkan idea reka bentuk


atau ilustrasi pada tahap seterusnya
memerlukan perincian. Keseluruhan
konsep dan arah tuju sesuatu reka
bentuk lazimnya akan menerangkan
elemen dan prinsip reka bentuk.

Perincian visual kadangkala akan


beralih kepada lakaran digital.

STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN 1


Menyata/Menyenarai/Menama/Mendefinisi/Mentakrif 2015 Copyright Reserved
NOTA RUJUKAN

4.1 LAKARAN PIKTORIAL (Standard Kandungan)


4.1.1 MENYENARAIKAN PERANAN LAKARAN DALAM REKA BENTUK
(Standard Pembelajaran)

NOTA TAMBAHAN

JENIS-JENIS LAKARAN

1. Lakaran Komunikasi Peribadi atau


Contengan
Ianya dipenuhi dengan lakaran yang
berserabut, tidak kemas dan hanya
akan kekal di dalam buku lakaran
atau cebisan kertas semata-mata.
Namun ia akan menjadi aset paling
penting dalam penyediaan konsep
produk.

2015 Copyright Reserved


NOTA RUJUKAN

4.1 LAKARAN PIKTORIAL (Standard Kandungan)


4.1.1 MENYENARAIKAN PERANAN LAKARAN DALAM REKA BENTUK
(Standard Pembelajaran)

NOTA TAMBAHAN

JENIS-JENIS LAKARAN

2. Lakaran Bersandarkan Pemikiran


Kebiasaannya lebih kemas dan bersih
berbanding contengan. Pereka
berkemungkinan akan menunjukkan
lakaran ini dengan lain-lain pereka
untuk mendapatkan pandangan.
Lakaran yang ringkas juga mungkin
merupakan sebahagian dari kategori
ini.

2015 Copyright Reserved


NOTA RUJUKAN

4.1 LAKARAN PIKTORIAL (Standard Kandungan)


4.1.1 MENYENARAIKAN PERANAN LAKARAN DALAM REKA BENTUK
(Standard Pembelajaran)

NOTA TAMBAHAN

JENIS-JENIS LAKARAN

3. Lakaran Teknikal
Pereka merapatkan jurang di antara
seni dan kejuruteraan. Adalah penting
bagi pereka untuk bekerja bersama
jurutera agar lebih memahami
pemikiran mereka. Ia bermakna
penghasilan lakaran lukisan ceraian,
keratan rentas dan pelbagai seksyen
lain yang boleh membantu pereka
menggambarkan rekaan produk yang
sedang dihasilkan.

2015 Copyright Reserved


NOTA RUJUKAN

4.1 LAKARAN PIKTORIAL (Standard Kandungan)


4.1.1 MENYENARAIKAN PERANAN LAKARAN DALAM REKA BENTUK
(Standard Pembelajaran)

NOTA TAMBAHAN

JENIS-JENIS LAKARAN

4. Lakaran Persembahan
Lakaran ini adalah lebih kemas dan
teliti. Ini untuk menarik minat
pelanggan/penonton ketika pereka
melakukan penjelasan konsep melalui
visual. Pereka juga perlu menjadi lebih
kreatif bagi memastikan pelanggan
yang tidak mempunyai kemahiran
berfikir secara visual untuk memahami
apa yang cuba disampaikan.

2015 Copyright Reserved


NOTA RUJUKAN

4.1 LAKARAN PIKTORIAL (Standard Kandungan)


4.1.1 MENYENARAIKAN PERANAN LAKARAN DALAM REKA BENTUK
(Standard Pembelajaran)

NOTA TAMBAHAN

JENIS-JENIS LAKARAN

5. Kaedah Lakaran Digital


Seiring dengan perkembangan masa
kini, terdapat pelbagai teknik baru
lakaran yang ditawarkan sebagai
alternatif kepada teknik melakar
secara tradisional, menggunakan
pensil dan kertas. Di antara yang
ditawarkan di pasaran termasuklah
SketchBook Pro dan Corel Painter
Sketch Pad.

2015 Copyright Reserved


NOTA RUJUKAN

4.1 LAKARAN PIKTORIAL (Standard Kandungan)


4.1.2 MENGENAL PASTI TEKNIK LAKARAN PIKTORIAL (Standard Pembelajaran)

NOTA TAMBAHAN

Lakaran Piktorial

Gambaran objek (sebenar atau


bayangan) yang akan dilihat oleh
pemerhati dari pelbagai arah.

Lakaran piktorial kebiasaannya


adalah gambaran objek yang lebih
mudah difahami dari pandangan
hadapan, atas dan sisi objek. Ia
digunakan oleh pereka untuk
menyampaikan idea reka bentuk
mereka kepada pelanggan dalam
imej 3D.

2015 Copyright Reserved


NOTA RUJUKAN

4.1 LAKARAN PIKTORIAL (Standard Kandungan)


4.1.2 MENGENAL PASTI TEKNIK LAKARAN PIKTORIAL (Standard Pembelajaran)

NOTA TAMBAHAN

LUKISAN PIKTORIAL

Lukisan piktorial memaparkan imej 3D


yang akan memudahkan pereka
untuk menggambarkan bentuk atau
mentafsirkan lukisan.

Lazimnya terdapat tiga cara untuk


membuat lukisan piktorial iaitu :

1. Isometrik 2. Oblik 3. Perspektif

2015 Copyright Reserved


NOTA RUJUKAN

4.1 LAKARAN PIKTORIAL (Standard Kandungan)


4.1.2 MENGENAL PASTI TEKNIK LAKARAN PIKTORIAL
(Standard Pembelajaran)

NOTA TAMBAHAN

LUKISAN PIKTORIAL

1. Lukisan isometrik
Merupakan lukisan persembahan
objek tiga dimensi yang dilukis 1 Orthographic Drawing / Lukisan Ortografik

dalam gambaran penuh. Terma


isometric bermaksud ukuran
tepat/bersamaan. Peralatan
tradisional (Set Square/GeometriC
Set) diperlukan.

Nota : Lukisan Isometrik tidak


sesuai dijadikan lakaran piktorial.

30 30

2 Isometric Drawing / Lukisan Isometrik


NOTA RUJUKAN

4.1 LAKARAN PIKTORIAL (Standard Kandungan)


4.1.2 MENGENAL PASTI TEKNIK LAKARAN PIKTORIAL
(Standard Pembelajaran)

NOTA TAMBAHAN

LUKISAN PIKTORIAL

2. Lukisan Oblik
Lukisan Oblik adalah kaedah lukisan 3
dimensi. Ia lebih ringkas berbanding dengan
lukisan isometrik atau lukisan perspektif. Bagi
menghasilkan lukisan oblik, peralatan
tradisional (Set Square/GeometriC Set)
diperlukan. Lukisan Oblik digambarkan
dalam bentuk 3 dimensi beserta rupa dan
ukuran tepat/bersamaan.

Nota : Lukisan Oblik tidak sesuai dijadikan


lakaran piktorial.
2015 Copyright Reserved
NOTA RUJUKAN

4.1 LAKARAN PIKTORIAL (Standard Kandungan)


4.1.2 MENGENAL PASTI TEKNIK LAKARAN PIKTORIAL
(Standard Pembelajaran)

3. Lukisan Perspektif
Lukisan Perspektif ialah salah satu kaedah
terbaik dalam menghasilkan lukisan piktorial
bagi sesebuah objek 3D.

Lukisan Perspektif boleh dihasilkan melalui


kaedah 1 titik, 2 titik atau 3 titik perspektif. Ia juga
salah satu kaedah yang paling lazim digunakan
bagi mempersembahkan sesuatu pandangan
imej yang terbaik kepada pelanggan.

Nota : Lukisan Perspektif paling sesuai dijadikan


lakaran piktorial kerana ia satu-satunya teknik
yang boleh menggunakan kaedah free hand.
Lukisan Perspektif

Lukisan Perspektif 1 Titik


Lukisan Perspektif

Lukisan Perspektif 2 Titik


Lukisan Perspektif

Lukisan Perspektif 3 Titik


NOTA RUJUKAN

4.1 LAKARAN PIKTORIAL (Standard Kandungan)


4.1.3 MENGHASILKAN LAKARAN ASAS PRODUK DALAM BENTUK 3D BERDASARKAN 2D
(Standard Pembelajaran)

LAKARAN 2 DIMENSI (2D)

Lakaran 2 Dimensi ialah lakaran


yang mempunyai satu
pandangan sahaja samada
pandangan hadapan, sisi,
belakang, bawah atau atas.

2015 Copyright Reserved


NOTA RUJUKAN

4.1 LAKARAN PIKTORIAL (Standard Kandungan)


4.1.3 MENGHASILKAN LAKARAN ASAS PRODUK DALAM BENTUK 3D BERDASARKAN 2D
(Standard Pembelajaran)

LAKARAN 3 DIMENSI (3D)

Lakaran 3 Dimensi ialah lakaran


yang memberi gambaran
sebenar objek dari pelbagai
sudut. Ianya menggambarkan
dimensi, iaitu panjang, lebar
dan tinggi (kedalaman) serta
isipadu.

2015 Copyright Reserved


NOTA RUJUKAN

4.1 LAKARAN PIKTORIAL (Standard Kandungan)


4.1.3 MENGHASILKAN LAKARAN ASAS PRODUK DALAM BENTUK 3D BERDASARKAN 2D
(Standard Pembelajaran)

2D

3D

2015 Copyright Reserved


NOTA RUJUKAN

4.1 LAKARAN PIKTORIAL (Standard Kandungan)


4.1.3 MENGHASILKAN LAKARAN ASAS PRODUK DALAM BENTUK 3D BERDASARKAN 2D
(Standard Pembelajaran)

Menghasilkan lakaran
produk dalam bentuk 3D
dengan mengaplikasikan
teknik lakaran piktorial.

Contoh :
Lakaran produk 3D
dengan teknik lakaran
perspektif 2 Titik.

STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN 3


Mengaplikasi/Membuat/Merangka/Merancang/
Menunjuk Cara/Mengguna/Memberi Contoh/Melengkap 2015 Copyright Reserved
NOTA RUJUKAN

4.1 LAKARAN PIKTORIAL (Standard Kandungan)


4.1.4 MEMILIH LAKARAN PRODUK TERBAIK BERDASARKAN ELEMEN REKA BENTUK
(Standard Pembelajaran)

Memilih lakaran produk terbaik Kriteria pemilihan lakaran terbaik


dinilai dengan menghasilkan lazimnya adalah seperti berikut :
sekurang-kurangnya dua lakaran
idea. Lazimnya lakaran yang Menarik perhatian pelanggan
dicadangkan mempunyai
persamaan dan perbezaan dari segi Elemen dan prinsip reka bentuk yang
elemen reka bentuk. memenuhi spesifikasi pelanggan

Bermula dengan lakaran Mempunyai nilai estetika


contengan, penambahbaikan Maklumat lakaran lengkap
dibuat bagi menghasilkan lakaran
idea yang lebih menarik. Mudah dihasilkan

2015 Copyright Reserved


NOTA RUJUKAN

4.1 LAKARAN PIKTORIAL (Standard Kandungan)


4.1.4 MEMILIH LAKARAN PRODUK TERBAIK BERDASARKAN ELEMEN REKA BENTUK
(Standard Pembelajaran)

Lakaran 1 Lakaran 2

Kriteria pemilihan lakaran

Garisan
Rupa
Bentuk
Tekstur
Saiz
Warna
Ruang

Pemilihan lakaran produk boleh dibuat terus pada lakaran seperti contoh di atas atau
menyediakan borang penilaian kepuasan pelanggan. Maklumat yang diperolehi boleh
digunakan untuk tujuan penambahbaikan produk.

2015 Copyright Reserved


NOTA RUJUKAN

4.1 LAKARAN PIKTORIAL (Standard Kandungan)


4.1.5 MENILAI MAKLUMAT YANG ADA PADA LAKARAN YANG DIPILIH
(Standard Pembelajaran)
CONTOH : BORANG PENILAIAN KEPUASAN PELANGGAN

BORANG PENILAIAN KEPUASAN PELANGGAN

Sila tandakan (/) mengikut Skala Penilaian seperti yang disediakan.


1 Sederhana 2 Baik 3 Sangat Baik

KRITERIA PENILAIAN LAKARAN 1 LAKARAN 2

1 2 3 1 2 3

Elemen Dan Prinsip Reka Bentuk

Idea Reka Bentuk Yang Menarik

Mempunyai Nilai Estetika

Maklumat Lakaran Lengkap

Mudah Dihasilkan

STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN 5


Membuat Rumusan/Justifikasi/Meneroka/Menilai/
Membincang/Merumus/Mentafsir/Membahas 2015 Copyright Reserved
NOTA RUJUKAN

4.1 LAKARAN PIKTORIAL (Standard Kandungan)


4.1.6 MENCADANGKAN PENAMBAHBAIKAN KE ATAS LAKARAN YANG DIPILIH
(Standard Pembelajaran)

CONTOH : PENAMBAHBAIKAN KE ATAS LAKARAN YANG DIPILIH

LAKARAN YANG DIPILIH LAKARAN PENAMBAHBAIKAN

STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN 6


Mencipta/Mengkonsepsi/Membina/Mereka Bentuk/
Menjana/Menyusun Semula/Menggabung/Menghasil 2015 Copyright Reserved