Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pengenalan

Isu pengajaran dan pembelajaran (P&P) banyak dibincangkan dalam seminar


atau menjadi isu utama dalam kajian. Proses P&P biasanya akan melibatkan interaksi
secara bersemuka di antara guru dan pelajar (Koh Boh Boon 1992). Walau bagaimanapun
dengan berlakunya perubahan dalam teknologi maklumat, aspek secara bersemuka tidak
lagi relevan sepenuhnya malah P&P boleh berlaku melalui manipulasi Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) malah menjadi pemangkin dalam P&P (Ehwan Supangat 2005).
Konsep pembelajaran menggunakan internet juga bukanlah sesuatu yang baru, malah
kerajaan Malaysia sejak tahun 1997 telah melancarkan Sekolah Bestari (The Malaysian
Smart School, 1997) sejajar dengan gagasan Multimedia Super Corridor (MSC).

Pada era digital ini konsep pengajaran dan pembelajaran sejarah banyak
dibincangkan melalui seminar, jurnal dan tesis pelajar di Universiti. Perbincangan tentang
P&P sejarah banyak memfokuskan kepada aspek:

1. Sumber-Penggunaan sumber yang telah didigitalkan di Internet dan proses pendigitalan.

2.Penggunaan Sumber-memfokuskan kepada strategi pembelajaran yang boleh digunakan


di dalam kelas.

Walau bagaimanapun persepsi masyarakat umum menganggap sejarah sebagai


mata pelajaran yang sangat membosankan yang memerlukan guru memberi sebanyak
maklumat tentang masa lalu untuk diingati oleh pelajar dan mengingati semula fakta
tersebut di dalam peperiksaan (H. Doreen Tan 2004).

1
2.0 ICT / TMK

ICT merupakan istilah Information Communications Technology (ICT) atau Teknologi


Maklumat dan Komunikasi. Agak sukar untuk memberi takripan yang tepat disebabkan
perkembangan ICT yang terlalu pantas. Walau bagaimanapun kita akan memfokuskan
kepada tiga perkataan disebalik ICT:

* Information (Maklumat)

* Communications (Komunikasi)

* Technology (Teknologi)

Justeru, ICT banyak menyentuh aspek penyimpanan (storage), retrieve, manipulasi,


transmissi atau menerima data-data digital. Malah kesemu aspek ini saling bergantung di
antara satu sama lain. Dalam urusan seharian ICT dikategorikan kepada dua:

1. Teknologi Asas Komputer-Alat Komputer Peribadi (PC) yang digunakan dirumah atau
ditempat kerja. Aplikasi yang sering digunakan ialah Pemprosesan Perkataan (Word/Text),
Hamparan Kerja (Spreadsheets), Pangkalan Data (Database), Persembahan (Presentation),
pelayar internet, Perisian Grafik dan lain-lain.

2. Teknologi Komunikasi Digital-Teknologi yang membolehkan orang ramai, berkomunikasi


dan berkongsi maklumat digital.

3.0 Penilaian

Ramai yang menjangkakan ICT akan merevolusi dunia pada abad ke-21 melalui
perubahan dalam cara kerja, hubungan secara terus di antara pembuat dan pengguna, dan
akses kepada sumber maklumat yang begitu banyak. Aspek pendidikan turut terdedah
dengan perubahan apabila pelajar boleh mengakses sumber maklumat dengan mudah.
Mata pelajaran sejarah turut mengalami perubahan dengan pengenalan ICT dalam
pendidikan. Guru sejarah yang peka kepada perubahan akan menggalakkan pelajar
membina kemahiran yang sesuai dengan keperluan dunia ICT. Antara beberapa perkara
yang perlu dipertimbangkan oleh guru sejarah ialah:

1. Apakah penentu kualiti penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah di dalam kelas.

2. Bagaimanakah hasil pembelajaran sejarah dengan ICT dapat disatukan atau dibezakan

3. Bagaimanakah perancangan pengajaran boleh mencapai matlamat pengajaran

2
Kajian menunjukkan bahawa kualiti pengajaran sejarah sama ada dengan
menggunakan ICT atau tidak, banyak bergantung kepada sejauh mana ilmu pengetahuan
guru tentang mata pelajaran tersebut. Pemahaman guru tentang bagaimana cara terbaik
untuk menyampaikannya juga memainkan peranan penting. Guru sejarah yang baik akan
mencabar pelajarnya untuk berfikir secara sejarah. Penggunaan ICT dalam P&P sejarah
bermaksud bagaimana ICT membantu proses P&P.

Dari sini dapat kita simpulkan bahawa penggunaan TMK dalam P&P sejarah adalah
penting, tetapi tidaklah sepenting dengan penguasaan isi kandungan sejarah oleh guru
sejarah kerana sejarah amat mementingkan penguasaan fakta melibatkan tarikh dan
peristiwa tertentu kerana sejarah merupakan sebuah catatan daripada orang-orang
terdahulu yang tidak lahir sezaman dengan kita tetapi menghasilkan rekod unuk kita jadikan
rujukan pada hari ini. TMK hanyalah setakat memainkan wakta pembantuyang digunapakai
bagi mencantikkan lagi persembahan guru sejarah mengenai peristiwa terbabit supaya
pelajar dapat menangkap ilmu yang ingin disampaikan dengan lebih mudah.Watak utama
dalam pengajaran ilmu sejarah adalah content-knowledge orang yang ingin menyampaikan
ilmu terbabit iaitu guru sejarah yang bertanggungjawab semasa di dalam kelas.

Kebelakangan ini telah menjadi fenomena biasa proses pengajaran di dalam kelas
menggunakan alat bantu mengajar. Dalam konteks pendidikan di sekolah alat ICT yang
biasa digunakan ialah Notebook atau PC, Projektor LCD, skrin LCD dan pembesar suara.
Bagi memudahkan penyampaian biasanya hasil pengajaran ditunjukkan dalam bentuk
Microsoft Power Point Presentation, Open Office Presenter. Kedua-dua perisian ini sangat
mudah dikendalikan dan boleh dimasukkan sedutan video, gambar dan animasi. Ini banyak
membantu guru meringkaskan bahan pengajaran dalam bentuk yang sangat menarik (Intel
Education 2007).

Selain penyediaan bahan-bahan menggunakan slide, guru turut menggunakan


kemudahan internet dalam pengajaran. Misalnya guru menyediakan bahan dan dimasukkan
dalam laman web sejarah. Kemudian pelajar akan diminta membuat rujukan di laman web
yang disediakan. Guru juga turut menyediakan pautan laman web yang berguna sebagai
sebahagian daripada bahan rujukan. Melalui aspek ini penguasaan guru sejarah terhadap
TMK amatlah penting kerana laman web yang dicipta Ini memerlukan kemahiran tertentu
bagi membolehkan objektif yang ingin dicapai melalui pengenalan laman web tersebut
tercapai sepenuhnya.

3
Penggunaan aplikasi TMK ini akan memberikan kesan yang amat positif kepada
para pelajar dalam membantu mereka untuk memahami subjek sejarah dengan lebih
mendalam. Namun demikian, Guru sejarah perlulah memasukkan maklumat mengikut tahap
kefahaman pelajar dan laras bahasa yang digunakan mestilah setaraf dengan aras
pemikiran murid sekolah rendah supaya maklumat yang ingin disampaikan itu dapat
difahami dengan jelas oleh mereka. Namun demikian tidak semua pelajar akan memperoleh
manfaat daripada pengenalan laman web seperti ini.Hal ini kerana tidak semua pelajar
berasal dari keluarga senang yang mampu menyediakan mereka alatan teknologi seperti
komputer,laptop dan telefon untuk mengakses maklumat terbabit.Bagi pelajar yang kurang
mampu, mereka hanya mampu bergantung kepada bahan pembelajaran seperti buku teks
dan soalan-soalan yang diberikan oleh guru.Oleh hal demikian, penggunaan TMK dalam
pembelajaran sejarah amatlah berkesan tetapi tidak sepenuhnya kerana disebabkan oleh
hal-hal tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Menurut Chris Durbin (Joke van der Leeuw-Roord. 1998 ), pembangunan ICT akan
memberi impak kepada pengajaran mata pelajaran sejarah. Misalnya kemampuan untuk
mengakses data dalam jumlah yang besar akan menyebabkan pembelajaran sejarah
menjadi lebih mudah kerana kita akan dapat mengakses bahan-bahan sejarah dengan lebih
mudah dibandingkan dengan zaman sebelum wujudnya kemudahan internert yang
menyebabkan dunia menjadi tanpa sempadan.

Pendedahan kepada internet tanpa panduan boleh menyebabkan pelajar hilang


punca dalam membuat pencarian. Justeru guru juga boleh menggunakan kaedah lain iaitu
menjalankan perbincangan di internet. Perbincangan boleh dijalankan melalui kumpulan-
kumpulan pengguna di www.yahoo.com atau www.gmail.com. kaedah yang paling sesuai
digunapakai aadalah melalui kaedah discussion board yang lebih mengkhusus kepada
tujuan perbincangan. Antara discussion bard yang paling banyak digunakan diinternet ialah
phpBB dan Invision Power Board.

Melalui penggunaan kaedah seperti yang telah dinyatakan pembelajaran sejarah


akan menjadi lebih menyeronokkan kerana para pelajar dan guru akan dapat saling bertukar
maklumat yang mereka perolehi dan juga boleh berbincang tentang sesuatu fakta yang
diragukan kesahihannya.Guru juga akan berasa lebih bebas untuk menyampaikan sesuatu
ilmu baru kepada pelajar kerana tidak terikat dengan tuntutan untuk hanya mengajar
mengenai topik-topik tertentu seperti di dalam kelas. Melalui kaedah ini, pembelajaran
sejarah akan menjadi lebih bebas kerana sebarang topik boleh dibincangkan seterusnya
menarik minat para pelajar untuk meminati subjek ini kerana sejarah itu luas dan bukan

4
hanya terikat dengan kandungan buku teks sejarah yang telah disediakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Kesahihan bahan di internet selalu dipertikaikan. Justeru kemahiran harus diberi


kepada pelajar agar pelajar mampu menilai secara kritikal sumber yang diterima, misalnya
melalui filem dan cetakan. Aspek yang ditekankan melalui cara kerja kritis :

1. Siapakah yang menulis sumber?

2. Apakah tujuannya?

3. Kepada siapa penulisan ini ditujukan?

4. Bila ia diterbitkan?

5. Apakah motif penerbitan bahan tersebut?

6. Bagaimanakah kesesuaian sumber maklumat?

Melalui penggunaan aplikasi TMK ini secara tidak langsung akan dapat melatih para
pelajar untuk lebih peka dalam memilih sumber yang ingin digunapakai oleh mereka.
Sekiranya kemahiran ini dapat diajar sejak dari sekolah rendah lagi, maka masalah seperti
pemalsuan sumber dan plagiat akan berkurangan dengan drastik kerana mereka telah
mempunyai ilmu yang lengkap sebaik mereka melangkah ke alam dewasa kelak.

4.0 Kesimpulan

Tuntasnya, penggunaan TMK dalam subjek sejarah amatlah penting dan akan
meberikan banyak kesan yang positif. Namun demikian, dalam P&P sejarah, guru
seharusnya menekankan kepada para pelajar bahawa penggunaan ICT bukanlah bermakna
menjadikan sejarah sebagai mata pelajaran ICT tetapi ICT berfungsi untuk membantu
mempermudahkan lagi pemahaman terhadap mata pelajaran sejarah. Sejarah tanpa TMK
tetap akan menjadi sebuah bidang ilmu yang lengkap, namun melalui pengenalan aspek
TMK akan membantu mencantikkan lagi persembahan ilmu sejarah terbabit kepada
masyarakat umum.

5
Bibliografi

Abdul Rahim Abd. Rashid. (1999). Kemahiran berfikir merentasl kurikulum:

pendekatan pedagogi dan wawasan pendidikan bestari. Shah Alam: Fajar Bakti.

Abdul Rahim Abd. Rashid (1999). Pendidikan sejarah, falsafah, teori dan amalan.

Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abd. Rashid Omar. (1999). Pancaminda: Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif untuk
sekolah rendah.(Ed.2) Ipoh : First Copy (M) Sdn. Bhd.

Collingwood (1985). Idea sejarah. (Muhd. Yusuf Ibrahim, Teriemahan). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Hazri Jamil.(2003). Teknik mengajar sejarah. Bentong: PTS Publications & Distributors

Phillips, J.A. (1997). Pengajaran kemahiran berfikir: teori dan amalan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

http://ummufauzanhakim.blogspot.my/2010/02/abstrak-mata-pelajaran-sejarah-sering.html,
diakses pada 5.10.2016

6
7

Anda mungkin juga menyukai