Anda di halaman 1dari 8

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF1403

SENI DALAM PENDIDIKAN

Penerokaan Dan Pengalaman Daripada Permainan


Teng Teng Kapal Terbang

NAMA : FARIDAH BINTI ALI

NO. MATRIK : 720501115048001

NO. KAD PENGENALAN : 720501115048

NO.TELEFON : 0197225645

ALAMAT E-MAIL : faridahali_72@yahoo.com

PENSYARAH : Suhani Bt. Suratman

PUSAT PEMBELAJARAN : JOHOR BAHRU


PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t,

Syukur kehadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyelesaikan tugasan di
bawah subjek HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan, Sekalung apresiasi dan jutaan terima kasih
saya ucapkan terlebih dahulu kepada pensyarah saya Pn. Suhani Bt Suratman di atas segala
nasihat dan bimbingan yang telah diberikan sepanjang tugasan ini disiapkan.

Seterusnya dedikasi khas ini ditujukan buat rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu
dan saling menyokong antara satu sama lain sepanjang tugasan ini disiapkan.

Sekalung penghargaan juga diucapkan buat ahli keluarga tercinta yang sentiasa memahami dan
tidak jemu memberikan sokongan kepada saya dan tidak lupa kepada pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan tugasan saya ini.

Akhir kata setinggi tinggi uapan penghargaan untuk semua yang terlibat
ISI KANDUNGAN

Mukasurat

1.0 Pengenalan . 4

2.0 Cara-cara Membuat Penerokaan .. ... 6

3.0 Permainan Teng Teng . 7

3.1 Penerokaan Sebelum Bermain . 8

3.2 Penerokaan Semasa Bermain .. 9

4.0 Cara cara Memperoleh Pengalaman .. 12

5.0 Kepentingan Pengalaman bermain . 16

6.0 Kesimpulan 17

BIBLIOGRAFI 19
1.0 PENDAHULUAN

Segala kejadian Allah sama ada di langit atau di bumi mengandungi bukti-bukti
kekuasaan Allah S.W.T. Segala bukti kekuasaan Allah hanya dapat diketahui oleh orang yang
beriman serta orang yang berfikir tentang kekuasaan Allah sahaja. Sebagaimana Firman Allah
dalam surah ali Imran 3:190

Yang bermaksud : Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya
malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.

Allah S.W. T maha berkuasa dan maha bijaksana telah menjadikan alam ini serta isinya yang
tidak pernah terjangkau oleh otak dan pemikiran manusia. Manusia adalah makhluk Allah yang
sangat istimewa. Manusia diberi akal dan fikiran oleh Allah agar dapat menjadi khalifah Allah di
muka bumi ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke Empat perkataan kekuasaan berasal daripada
kuasa yang bermaksud kemampuan, keupayaan, kesanggupan , kebolehan dan kudrat. Begitu lah
halnya dengan Allah. Kemampuan , kekuasaan Allah tidak mampu ditandingi oleh sesiapa jua.

Allah berkuasa menjadikan seluruh alam yang terbentang indah dan seluruh isinya untuk
dimanfaatkan oleh seluruh manusia.. Semua kejadian Allah sama ada di langit dan di atas muka
bumi tiada yang sia-sia Umat Islam yang beriman kepada Allah hendaklah sentiasa menjadikan
bukti-bukti kekuasaan Allah sebagai salah satu cara untuk menambahkan lagi keimanan kepada
Allah.. Kejadian cakerawala yang ada di langit dan penciptaan segala makhluk Allah di bumi
dapat digunakan oleh manusia untuk membantu dalam kehidupan seharian. Di samping itu
kejadian kejadian allah juga Kenyataan itu menunjukkan cirri-ciri kekuasaan Allah bagi mereka
yang berfikir. Umat Islam digalakkan memerhati segala kejadian Allah baik di langit atau di
bumi supaya dapat meningkatkan ketakwaan kepada Allah. Kejadian alam ini merupakan
ketetapan Allah yang Azali. Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang memaparkan bukti-
bukti kekuasaan Allah S.W.T.
Allah juga sentiasa memberi peringatan kepada hambanya tentang tanda-tanda kekuasaan
dan kewujudanNya. Namun begitu sebagaimana yang telah dinyatakan di atas hanya manusia
yang berfikir sahaja yang akan dapat mengetahui kekuasaan Allah melalui tanda-tanda dan juga
bukti-bukti yang terdapat di sekeliling kita. Walaupun begitu manusia , perlu kita sedari bahwa
kemampuan akal manusia adalah terbatas untuk memahami hakikat kebesaran Allah S. W. T
kerana manusia hanya mampu menafsirkan apa yang dilihat sahaja. Justeru itu Allah telah
menurunkan mukjizat Al-Quran kepada Nabi Muhammad Saw sebagai panduan kepada semua
umat.

2.0 BUKTI KEKUASAAN ALLAH

Salah satu bukti kekuasaan Allah S.W.T adalah kejadian bumi dan segala isinya. Di
dalam Al-Quranul Karim terdapat banyak ayat yang memberi keterangan atau pun dalil naqli
tentang kekuasaan Allah terutama tentang kejadian langit dan bumi. Allah telah berfirman dalam
Surah Al- Baqarah 2:64

Yang bermaksud: Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan
siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang
Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu dia hidupkan bumi sesudah mati
(kering) nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan
yang dikendalikan antara langit dan bumi ;sungguh terdapat tanda-tanda keesaan dan kebesaran
bagi kaum yang memikirkan.

Berdasarkan ayat di atas jelaslah kepada kita bahawa kejadian alam ini serta isinya merupakan
tanda-tanda kekuasaan Allah yang tidak boleh dinafikan lagi. Terdapat banyak hikmat
penciptaan bumi ini terhadap makhluk di muka bumi ini. Bumi menjadi tempat kediaman bagi
manusia menjalankan aktiviti harian mereka. Di samping itu bumi juga merupakan tempat ujian
bagi manusia supaya manusia insaf bahawa kehidupan di dunia bersifat sementara sahaja. Allah
telah menjanjikan pahala dan syurga bagi mereka yang melakukan kebaikkan di muka bumi ini.
Justeru itu sewajarnya lah umat islam mengambil iktibar terhadap kekuasaan allah melalui bukti
- bukti yang di depan mata. Di dalam ayat di atas mengatakan kekuasaan Allah dengan
menurunkan hujan lalu dapat menyuburkan tanah-tanah yang kering untuk manfaat makhluk di
muka bumi seperti manusia, binatang dan juga tumbuh-tumbuahan. Subhanallah! Maha suci
Allah sungguh tidak terhitung kekuasaan Mu ya Allah. Kejadian langit dan bumi serta isinya
begitu hebat, maka sudah tentu penciptaNya adalah Maha suci Allah yang maha berkuasa lagi
maha bijaksana.

Dalil kekuasaan Allah juga dapat dilihat pada penciptaan malam dan siang. Firman Allah
dalam surah Yunus 10:67

Yang bermaksud : Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang itu dan pada apa yang
diciptakan Allah di langit dan di bumi, benar-benar terdapat tanda tanda (kekuasaan Allah)
bagi orang yang beriman.

Kejadian malam dan siang merupakan satu lagi bukti kekuasaan Allah S.W.T. Kejadian siang
dan malam mengandungi banyak kepada kehidupan manusia yang mana pada waktu siang ramai
manusia menggunakan kekuasaan Allah itu dengan bertebaran melakukan aktiviti-aktiviti seperti
mencari rezeki, menimba ilmu dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dilakukan pada siang hari. Pada
malam hari pula Allah telah ,menjadikan suasana pada waktu malam yang gelap itu untuk
manusia berehat , melakukan ibadat kepada penciptaNya iaitu Allah Azzawajala dan juga untuk
tidur. Hal ini sangat bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam surah Yassin 36:37
Yang Bermaksud: Dan suatu tanda (kekuasaan Allah yang besar) bagi mereka adalah malam,
kami tanggalkan siang dari malam itu, maka dengan serta merta mereka berada dalam kegelapan.

Pertukaran siang dan malam berlaku kerana putaran bumi pada paksinya yang mengambil masa
24 jam. Kejadian siang berlaku apabila sebahagian bumi ini menerima cahaya dari matahari
manakala sebahagian lagi terlindung dari sinaran matahari menjadikan kawasan tersebut gelap
atau malam. Lihat lah betapa sempurnanya Allah dalam penciptaan setiap sesuatu itu dijadikan
berpasang-pasang seperti ada siang dan adanya malam.

Bukti kekuasaan Allah juga dapat dilihat pada kejadian manusia. Dalam Al-quran
terdapat banyak dalil yang menunjukkan kekuasaan Allah dalam menjadikan manusia. Allah
telah menciptakan manusia yang pertama iaitu Adam a.s,adalah dari tanah. Selepas itu Allah pula
menjadikan Hawa sebagai peneman kepada Adam . Hawa diciptakan oleh Allah daripada tulang
rusuk Nabi Adam a.s. Daripada kedua-duanya inilah manusia berkembang sehingga ke hari ini.
Allah telah berfirman dalam Surah al Muminun 23:12-14 :

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari saripati (berasal dari tanah.
Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim).
Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah , lalu segumpal darah itu Kami jadikan
segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu
Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan ia makhluk yang (berbentuk) lain

Berdasarkan surah ini Allah telah menjelaskan dengan begitu terperinci tahap-tahap penciptaan
manusia dari suatu keadaan kepada keadaan yang lain.

Anda mungkin juga menyukai