Anda di halaman 1dari 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBQE2203
AL-QIRAAT
Konsep Kaedah Talaqi Musyafahah , Perbezaan Qiraat &
Khilaf Farsy Bagi Qiraat Tujuh dalam Surah Al-Falaq

NAMA : FARIDAH BINTI ALI

NO. MATRIK : 720501115048001

NO. KAD PENGENALAN : 720501115048

NO.TELEFON : 0197225645

ALAMAT E-MAIL : faridahali_72@yahoo.com

PENSYARAH : NOR AZHAN BIN MUDA

PUSAT PEMBELAJARAN : JOHOR BAHRU

1
PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t,

Syukur kehadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya


menyelesaikan tugasan di bawah subjek HBQE2203 AL-QIRAAT, Sekalung apresiasi
dan jutaan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu kepada pensyarah saya Ustaz Nor
Azhan Bin Muda di atas segala nasihat dan bimbingan yang telah diberikan sepanjang
tugasan ini disiapkan.

Seterusnya dedikasi khas ini ditujukan buat rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa
membantu dan saling menyokong antara satu sama lain sepanjang tugasan ini disiapkan.

Sekalung penghargaan juga diucapkan buat ahli keluarga tercinta yang sentiasa
memahami dan tidak jemu memberikan sokongan kepada saya dan tidak lupa kepada
pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya
menyiapkan tugasan saya ini.

Akhir kata setinggi tinggi uapan penghargaan untuk semua yang terlibat.

2
ISI KANDUNGAN

Mukasurat

1.0 Pendahuluan . 4

2.0 Konsep Talaqqi Musyafahah Pada Zaman 5

Rasulullah dan Sahabat

3.0 Bagaimana Terjadinya Perbezaan Qiraat . 7

4.0 Khilaf Farsy Bagi Qiraat tujuh Dalam Surah Al Falaq .. 10

5.0 Penutup .. 13

BIBLIOGRAFI 15

3
1.0 Pendahuluan

Ilmu Qiraat merupakan ilmu yang memberikan penjelasan dan penerangan


tentang perbezaan bacaan al-quran mengikut bacaan imam-imam yang masyhur dan
sekaligus ianya merupakan salah satu ilmu dari cabang-cabang ilmu yang ada hubungan

dengan al-quran. Qiraat dari segi bahasa berasal dari kata terbitan iaitu qaraa (( ,

qiraah )( dan quranan (). Perkataan Qiraat itu berbentuk

masdar dengan isim maful iaitu maqru (dibaca). Dari segi istilah, menurut Abdul Fattah
Al-Qodi dalam bukunya Al-Budur Az-Zaahirah qiraat bermaksud suatu ilmu yang
membincangkan tentang kalimah-kalimah al-quran dan keadaan kalimah tersebut seperti
panjang ,pendek dan sebagainya,. Semenjak penurunan wahyu Allah, yang merupakan
satu-satunya sumber pengambilan qiraat hingga kini, ilmu qiraat sentiasa dijaga,
dipelajari, disuburkan dan diperkembangkan oleh ulamak yang silih berganti. Hukum
mempelajari ilmu Qiraat adalah fardhu Kifayah. Menurut Abu Mardhiah (2012) pula
kalimah qiraat bermaksud perbezaan pokok pada bacaan al-quran yang disandarkan
kepada mana-mana imam-imam qiraat.

Pembahagian Ilmu Qiraat terbahagi kepada beberapa bahagian. Imam Ibnu al-
Jazari membahagikan qiraat itu kepada lima jenis iaitu :

i) Qiraat Mutawatir - Qiraat ini diriwayatkan oleh satu kumpulan yang besar dan
terselemat daripada sebarang pendustaan, seperti qiraat yang terdapat dalam Toriq
al-Syatibi dan Toriq al- Jazari
ii) Qiraat Masyhur - Iaitu merupakan qiraat yang sah sanadnya tetapi tidak mencapai
taraf mutawatir. Qiraat jenis ini menepati kaedah Bahasa Arab
iii) Qiraat Aahad - Iaitu qiraat yang sah sanadnya tetapi menyalahi kaedah Bahasa
Arab atau bacaannya tidak masyhur di kalangan Imam Qurra
iv) Qiraat Syazah - iaitu qiraat yang tiada sanadnya.
v) Qiraat Maudhu Iaitu qiraat yang direka-reka yang bukan diambil dari rasulullah
s.a.w. Qiraat Syaazah, Qiraat Aahad dan qiraat maudhu tidak terdapat dalam
Rasm Uthmani.

4
Tujuan tugasan ini adalah untuk menjelaskan konsep kaedah Talaqi Musyafahah
yaang diamalkan pada zaman Rasulullah dan para sahabat. Di samping itu tugasan ini
juga akan menghurai perbezaan qiraat dan seterusnya menyatakan khilaf farsy bagi qiraat
tujuh di dalam surah al-Falaq. Dalam Ilmu Qiraat terdapat tujuh Imam al-Qurra yang
terkenal dan bagi setiap imam ada dua perawi yang meriwayatkan bacaan mereka. Di
antara imam-imam tersebut ialah:

1) Imam Kathir al-Makki dan perawinya ialah al-Bazzi dan Qunbul


2) Imam Abu Amru al- Bashari dan perawinya ialah al-Duri dan Susi
3) Imam Nafi al-Madani dan perawinya ialah Qalun dan Warsh
4) Imam Ibnu Amir As-Syami dan perawinya ialah Hisham dan Ibn Zakwan
5) Imam Aashim al-Kufi dan perawinya ialah Shubah dan Hafs
6) Imam Hamzah al- Kufi dan perawinya ialah Khalaf dan Khalad
7) Imam Al- Kisaie al-Kufi dan perawinya ialah Abu Haris dan al-Duri

Imam al-Qurra di atas dikenali dengan panggilan Al-Qiraat al- Sabah atau Qiraat
Tujuh. Perawi-perawi tersebut mempunyai wajah bacaan yang berlainan di anatara satu
sama lain. Hanya yang mutawatirah sahaja yang terdapat dalam Qiraat Tujuh.

2.0 Konsep Talaqi Musyafahah Pada Zaman Rasulullah Dan Para Sahabat

Pendekatan pengajaran secara talaqqi Musyafahah adalah merupakan pendekatan


yang telah diamalkan sejak zaman rasulullah s.a.w lagi.Pendekatan ini juga merupakan
pendekatan yang diajar oleh Malaikat jibril semasa menyampaikan wahyu kepada
rasulullah s.a.w. Perkataan talaqqi berasal dari masdar ilqa yang bermaksud melontar
dan mencampakkan. Talaqqi dari segi bahasa pula bermaksud pertemuan secara berdepan
serta bersemuka , manakala perkataan talaqqi dari sudut istilah pula memberi maksud
pertemuan antara guru dengan murid secara bersemuka iaitu konsep pengajaran dan
pembelajaran lafaz-lafaz al-quran yang mana seorang guru akan membaca sepotong ayat
kemudian diikuti oleh murid mengikuti cara bacaan guru tersebut. (Abd al-Salam Muqbil
al-Majidi, 2000)

5
Musyafahah dari segi bahasa bermaksud sebutan dari mulut ke mulut yang
diambil dari pergerakkan dua bibir.Manakala dari sudut istilah pula bermaksud murid
menerima pengajaran secara melihat pergerakkan bibir guru dan mencontohi sebutan
guru berdasarkan pergerakkan bibir guru tersebut. Allah S.W.T telah mensyariatkan
kepada kita agar membaca al-quran dengan sifatnya yang teratur sebagaimana maksud
firmanNya dalam Surah Al-Isyra ayat 106 yang berbunyi:

Dan al-quran itu kami bahagi-bahagikan ia supaya engkau


membacakannya kepada manusia dengan lambat, tenang dan Kami
menurunkannya secara beransur-ansur.

Berdasarkan firman Allah tersebut teknik talaqqi musyafahah sangat menepati


dengan apa yang disyariatkan oleh Allah dalam pengajaran dan pembelajaran al-quran.
Konsep talaqqqi musyafahah juga merupakan kaedah pembelajaran atau penerimaan al-
quran dari mulut ke mulut dan merupakan kaedah tradisi. Firman Allah dalam surah al-
Qiyamah ayat 16-18 yang bermaksud:

Janganlah engkau (Muhammad) mengerak-gerakkan lidahmu kerana


hendak segera membaca dan menghafaznya (sebelum Jibril selesai membacanya).
Sesungguhnya kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-quran (ke dadamu) dan
Kamilah yang menetapkan bacaannya ( pada Lidahmu). Oleh itu, apabila Kami
telah selesai membacanya maka ikutlah bacaannya.

Firman Allah di atas sekaligus merupakan dalil kepada kaedah talaqqi


musyafahah. Kaedah ini jugalah yang diajar oleh Jibril kepada rasulullah semasa
menyampaikan wahyu kepada baginda. Dalam kaedah pengajaran al-quran pada
peringkat awal ini Jibrail telah mengajar rasulullah membaca dan baginda memerhati
bacaan Jibril dengan teliti. Apabila Jibril selesai membaca barulah baginda membacanya.
Dalam mempelajari al-quran baginda memerlukan bantuan dari Allah S.W.T. Allah telah
memberi jaminan kepada baginda bahawa al-quran yang dibaca tidak akan dilupakan
selama-lamanya. Dengan jaminan dari Allah ini maka setiap kali baginda mendapat
wahyu dari Jibril baginda mendengar dengan teliti dan mengikut bacaan seperti mana
yang diajar oleh Jibril.

6
Selepas baginda membaca dan dapat menghafaz al-quran dengan fasih, baginda
membacanya pula di hadapan para sahabat. Nabi s.a.w mengajarkan kepada para sahabat
sepertimana yang diajar oleh Jibril kepadanya. Baginda juga turut menekankan beberapa
orang sahabat r.a supaya memperhalusi bacaan al-quran sehingga mereka menjadi
pembaca al-quran yang yang hebat. Rasulullah juga meminta para sahabat
memperdengarkan bacaan masing masing di hadapan baginda. Dengan teknik
bertalaqqi dan musyafahah ini rasulullah dapat menegur dan memperbetul kesilapan
bacaan para sahabat. Para sahabat pula dapat memperkukuh bacaan al-quran sehingga
dapat membaca dan menghafaz al-quran dengan baik dan fasih. Berdasarkan kepada dalil
al-quran dan as-sunnah menunjukkan bahawa kaedah talaqqi dan musyafahah telah
diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran al-quran sejak dari awal penurunan al-
quran lagi.

Terdapat tiga kaedah bertalaqqi yang diamalkan sejak zaman rasulullah sehingga
ke zaman sahabat dan juga tabiin. Konsep tersebut ialah :

i) Al-Simawa al-Ard ( ) yang bermaksud

murid mendengar bacaan guru, kemudian murid tersebut membaca kembali


bacaan yang diajar oleh guru tersebut

ii) Al-Ard ( ) yang bermaksud murid memperdengarkan

bacaannya kepada guru. Guru hanya bertindak mendengar dan memperbaiki


kesalahan sebutan murid samaada kesalahan kecil atau besar.

iii) Al-Sima ( ) yang bermaksud murid hanya mendengar

bacaan yang dibaca oleh guru tanpa membacanya semula kepada guru .
3.0 Bagaimana Terjadinya Perbezaan Qiraat

Perkembangan Ilmu Qiraat telah muncul sejak zaman rasulullah lagi. Khilaf
bacaan ini dapat dilihat pada peristiwa yang berlaku antara Umar Ibn al-Khattab dengan
Hisyam bin Hakim. Umar Ibn al- Khattab telah mengadu hal ini kepada Rasulullah s.a .w

7
tentang khilaf yang berlaku. Rasulullah telah mengiktiraf kedua-dua bacaan tadi dengan
sabdanya yang bermaksud ;

Sesungguhnya al-quran ini diturunkan dengan tujuh huruf dan bacalah kamu mengikut
apa yang mudah darinya (al-Bukhari & Muslim)

Hadis di atas menunjukkan memang terdapat khilaf bacaan ketika hayat Rasulullah s.a.w

Terdapat hadis yang menyebut dari Ibni Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah
meminta supaya Jibril a.s menambah huruf atau wajah bacaan sehingga terhasil wajah
tujuh huruf. Terjadinya perbezaan qiraat adalah disebabkan oleh :

1) Perbezaan Dialek Bahasa Arab

Pada masa pemerintahan Khalifah Usman bin Affan r. a mushaf al-quran telah
disalin dan dikirim ke daerah-daerah Islam yang lain. Hal ini adalah disebabkan pada
waktu itu terdapat banyak perselisihan antara kaum muslimin mengenai bacaan al-
quran.. Mereka menganggap bahawa hanya bacaan mereka sahaja yang betul. Mushaf
yang ditulis atas perintah Khalifah Usman tidak mempunyai baris dan bertitik,
sehingga mushaf itu dibaca dengan berbagai qiraat. Tidak semua sahabat mengetahui
semua cara bacaan al-quran. Sebahagian daripada mereka mengambil satu cara
bacaan Rasulullah manakala sebahagian lagi mengambil dua dan yang selainnya
mengambil cara yang lebih sesuai dengan kemampuan dan kesempatan masing-
masing.

Perbezaan qiraat dan sejarah timbulnya ilmu qiraat berlaku apabila para sahabat
telah keluar ke luar Madinah seperti Mekah, Kufah, Basrah dan Damsyik. Mereka
mengajar al-quran kepada penduduk setempat mengikut apa yang mereka dengar dari
Rasulullah. Baginda mengajar sahabat membaca al-quran mengikut dialek yang
sesuai Maka para sahabat mengajar penduduk di kwasan tersebut dengan dialek atau
lahjah-lahjah yang tertentu sehingga bacaan itu menjadi popular di tempat yang
mereka ajar, Justeru itu terjadilah perbezaan qiraat dari satu daerah ke daerah yang
lain. Kemudian daripada itu para tabiin pula menerima cara bacaan yang tertentu
daripada sahabat yang tertentu. Begitulah seterusnya para tabi tabiin pula mnerima

8
bacaan dari tabiin dan meneruskan bacaan tersebut kepada generasi yang
selanjutnya. Dapatlah dikatakan bahawa perbezaan qiraat adalah untuk memudahkan
umat islam membaca al-quran mengikut dialek mereka masing-masing.

2) Penurunan Al-Quran Kepada Rasulullah S.A.W Berlaku Dalam Pelbagai Bentuk.

Penurunan al-quran kepada Rasulullah dalam pelbagai bentuk dan bentuk-bentuk


itu dipanggil Sabah Ahruf atau Al-ahruf al-Sabah. Penurunan al-quran dengan sabah
Ahruf ini mempunyai hadis sehingga mencapai darjah mutawatir. Namun begitu para
alim ulamak berbeza pendapat tentang pengertian sabah ahruf ini sehingga terdapat 40
pendapat. Punca perbezaan ini adalah disebabkan tiada nas yang menjelaskan pengertian
Sabah Ahruf tersebut. Hal ini adalah kerana para sahabat telah faham maksudnya dan
tidak memerlukan penjelasan lanjut daripada rasulullah s.a.w.

3) Perbezaaan Qiraat Rasulullah s.a.w

Ulama berpendapat timbulnya perbezaan qiraat adalah kerana perbezaan qiraat


Rasulullah s.a.w, bererti dalam menyampaikan dan mengajar al-quran baginda
membacanya dalam pelbagai versi qiraat,. Contohnya baginda s.a.w pernah membaca
ayat 76 surah Ar-Rahman dengan qiraat yang berbeza.

Pada tahun yang ke seratus hijrah , umat Islam terus membaca al-quran
berdasarkan apa yang diajar oleh sahabat dan tabiin. Para pembaca yang thiqah menjadi
tempat rujukan umat Islam untuk mendalami kaedah bacaan al-quran. Bacaan qiraat
mereka adalah berbeza antara satu sama lain tetapi sanadnya mutawatir dan menepati
mushaf Othmani. Namun begitu pada waktu yang sama terdapat juga bacaan-bacaan
qiraat yang tidak merujuk kepada imam-imam yang thiqah. Oleh itu mereka membaca
mengikut nafsu mereka semata-mata. Apabila banyak khilaf yang dilakukan oleh mereka
maka umat Islam bersepakat untuk mengambil perhatian terhadap al-quran demi menjaga
kitab suci ini.

Mereka mula memilih Imam-imam yang masyhur, thiqah serta amanah dalam
penaqalan dan mempunyai ilmu al-quran yang mantap. Perbezaan qiraat dikalangan

9
quraajuga telah diawasi dengan tiga rukun , Hal ini adalah bertujuan untuk memastikan
kesahihan qiraat tersebut. Tiga rukun tersebut ialah:

i) Sanad qiraat hendaklah sahih datangnya dari Rasulullah s.a.w


ii) Menepati lughah ( bahasa ) Arab yang fasih
iii) Menepati rasm Mushaf Othman atau salah satu darinya.

4.0 Khilaf Farsy Bagi Qiraat Tujuh Dalam Surah Al-Falaq

Al-Qiraat al-Sabah atau Qiraat Tujuh ialah bacaan yang dinasabkan kepada imam
Qiraat atau al-Qurra yang terkenal. Dalam surah Al-Falaq ayat yang menjadi khilaf
adalah ayat 1.3 dan 5. Bagi ke tujuh-tujuh imam iaitu Imam Nafi al- Madani melalui
riwayat Qalun, Imam Ibn Kathir al- Makki melalui Al-Bazi & Al-Qunbul,Imam Abu
amru Bin Al-ala melalui riwayat Al-Duuri & Al-Suusi, Imam Ibn Samir al- Dimasyqi
melalui riwayat Imam Hisyam & Ibn Zakwan, Imam Aasim al- Kufi melalui riwayat
Syubah & Hafs, Imam Hamzah al- Kufi melalui riwayat Khollad. Imam Al-kisaie al-

Kufi melalui riwayat Abu harith & al-Duuri bersepakat membaca ayat 1 iaitu


dengan menjelaskan bacaan hamzah tanpa saktah pada sukun sebelumnya.

Untuk ayat ke 3 Surah al-Falaq pula iaitu pada kalimah




ke
tujuh-tujuh imam melalui riwayat masing-masing iaitu riwayat Qalun, Al-bazi & Al-
Qunbul, al-Duuri & Al-Suusi, Hisyam & Ibn Zakwan, Syubah & Hafs, Khollad dan Abu
Harith & Al- Duuri membaca kalimah tersebut dengan menjelaskan bacaan hamzah tanpa
saktah pada sukun sebelumnya.

Manakala untuk ayat ke 5 iaitu pada kalimah




ketujuh-tujuh

imam melalui riwayat masing-masing iaitu riwayat Qalun, al-Bazi & al-Qunbul, Al-

10
Duuri & Al-Suusi , Hisyam & Ibn Zakwan dan Syubah & Hafs membaca kalimah

tersebut dengan menjelaskan bacaan hamzah tanpa saktah pada sukun sebelumnya.

Pada ayat 1 untuk kalimah



Warsy daripada Imam Nafi al-

Madani membaca kalimah tersebut dengan memindahkan (naqal) baris hamzah pada

sukun sebelumnya beserta huruf hamzah dihazafkan .


Pada ayat ke 3 untuk kalimah


Warsy membaca nya dengan
memindahkan (naqal) baris hamzah pada sukun sebelumnya beserta huruf hamzah
dihazafkan. Manakala Imam Hamzah al- Kufi melalui riwayat Khollaf membaca kalimah
tersebut dengan menjelaskan bacaan hamzah beserta saktah pada sukun sebelumnya.
Jadual 1.0 di bawah menjelaskan bacaan imam melalui riwayat masing - masing bagi ayat
yang ke 5

Nama Imam Riwayat Ayat Kalimah Cara Bacaan


Nafi al- Madani Qalun 5
Menjelaskan bacaan
ani hamzah tanpa saktah

pada sukun sebelumnya

Warsy 5
Memindahkan (naqal)
baris hamzah pada

sukun sebelumnya
beserta huruf hamzah
dihazafkan
Qalun 5

Memisahkan bacaan
antara dua surah dengan
basmallah

11










Warsy

- Memisahkan bacaan
5 antara dua surah
dengan basmalah


- Membaca dengan
saktah tanpa

basmalah


- Menyambung dua
surah tanpa


basmalah


Ibn Kathir al- Al-Bazi & 5

Memisahkan bacaan
Makki Al-Qunbul antara dua surah dengan
basmallah

12
- Memisahkan bacaan
Abu amru Bin Al-Duuri & antara dua surah
Al-ala Al-Suusi dengan basmalah
- Membaca dengan
Ibn Samir al- Hisyam & 5 saktah tanpa



Dimasyqi Ibn Zakwan basmalah
- Menyambung dua
surah tanpa

basmalah











Memisahkan bacaan
Asim al-Kufi Syubah antara dua surah dengan
&Hafs 5
basmallah













- Menjelaskan bacaan
Hamzah al- Kufi Khollaf 5 hamzah tanpa saktah

pada sukun
sebelumnya
- Menjelaskan bacaan
hamzah beserta

13
saktah pada sukun
sebelumnya.



Menyambung dua surah
Khollaf & 5 tanpa basmalah
Khollad












Al-kisaie al-Kufi Abu Harith 5

Memisahkan bacaan
& al- Duuri antara dua surah dengan
basmalah












Jadual 1.0. Khilaf Farsy Imam Qiraat bagi surah al-Falaq ayat ke 5

5.0 Penutup

Ilmu Qiraat merupakan suatu ilmu yang menjelaskan kaedah menyebut kalimah-
kalimah di dalam al-quran disamping menerangkan perbezaan bacaan antara imam-imam

14
qiraat. Ilmu qiraat juga memiliki pengaruh yang sangat besar terhadap penetapan suatu
hukum akibat perbezaan huruf dan cara baca. Perbezaan qiraat terhadap umat Islam
mempunyai hikmah-hikmah yang tertentu antaranya ialah :

i) Memberikan kemudahan kepada umat Islam untuk membaca al-quran. Kemudahan


dan keringanan ini dapat dirasaikhususnya oleh penduduk Arab pada masa awal
diturunkan al-quran. Sebagaimana yang kita semua maklum bahawa terdapat berbagai
kabilah suku dan diantara mereka terdapat banyak dialek , tekanan suara yang
berbeza. Sekiranya al-quran diturunkan dalam satu qiraat sudah tentu akan
memberatkan suku-suku lain yang berbeza bahasanya dengan al-quran.

ii) Menunjukkan bahawa al-quran itu terpelihara dari sebarang perubahan dan
penyimpangannwalaupun kitab ini mempunyai bacaan yang berbeza.

iii) Bukti kemukjizatan al-quran dari segi kepadatan maknanya, kerana setiap qiraat
menunjukkan suatu hukum syara tertentu tanpa perlu adanya pengulangan lafaz,

iv) Menunjukkan keutamaan dan kemuliaan umat Muhammad S.a.w atas umat-umat
terdahulu kerana kitab-kitab yang terdahulu hanya turun dengan satu qiaraat sahaja,
berbeza dengan quran yang turun dengan beberapa qiraat.

Berdasarkan hikmat-hikmat yang telah dinyatakan di atas dapatlah disimpulkan


bahawa ilmu qiraaat merupakan suatu ilmu yang tidak dapat kita nafikan keutamaan dan
kepentingannya. Kepentingan Ilmu Qiraat ini dapat dilihat dari segi fungsinya sebagai
keperluan untuk melaksanakan syariah Islam. Ia penting untuk menetapkan sesuatu
hukum. Justeru adalah menjadi tanggungjawab para daie untuk menyebar luas ilmu ini
agar ianya tidak dilupakan terus oleh generasi muda hari ini..

15
2750 Patah Perkataan

BIBLIOGRAFI

1. Ahmad Fathoni, (2005) Kaedah Qiraat Al.Sabah, jilid 1dan jilid 2, Jakarta:
Penerbit Institut PTIQ & Institut Ibnu Al-Quran

2. Al-qiraatulquran.blogspot.my/2012/01/cara bacaan imam qiraat 7

3. HBQE2203 Al-Qiraat. Haji Norakyairee Mohd Raus, Khairul Anuar


Mohamad Al-Hafiz.. Meteor Doc Sdn. Bhd Selangor. Open University
Malaysia

4. http://raudhatul-qurra.blogspot.my/2010/10/kepentingan-ilmu-qiraat-mini-
tesis.html

5. Omartahfiz.blogspot.my/2015/05/ringkasan-ilmu-qiraat.html

6. Qalamthanawi.blogspot.my/2013/12/sejarah-qiraat

16

Anda mungkin juga menyukai