Anda di halaman 1dari 21

THIVYA NARAYASAMY

(M20132001682)
KOMATHI KALIAPPAN KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia

Pengajaran Tema Negaraku Unik Dalam


TAJUK/TUGASAN Bahasa Malaysia Dapat Meningkatkat
1 Kemahiran Kepelbagaian Budaya Di
Kalangan Murid Tahun 3
KPS 6054
PENDIDIKAN
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. NO.
MULTIBUDAYA
THIVYA A/P NARAYASAMY
MATRIK
M20132001682
TELEFON
014 9651034

PENSYARAH: DR ABDUL TALIB HASHIM

SEMESTER 2 - SESI 2014/15


THIVYA NARAYASAMY
(M20132001682)
KOMATHI KALIAPPAN KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
PETA KONSEP
PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan pelbagai
latar belakang budaya. Kepelbagaian sosio-budaya dapat mempamerkan keunikan
negara kita. Kita sebagai guru, berperanan penting mengetahui dan memahami dan
menyedari kewujudan pelbagai sosiobudaya masyarakat Malaysia ini. Adalah diharapkan
agar guru dapat mengaplikasikannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran
seterusnya mencapai matlamat melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu.

Pendidikan merupakan agen perubahan sosial dalam suatu masyarakat yang


tidak terlepas dari budaya dimana pendidikan tersebut dilaksanakan, yang kemudian
ditanamkan kepada yang terdidik. Pendidikan memang merupakan media yang tepat
bagi usaha pelestarian dan penanaman nilai-nilai atau pandangan, demikian juga
penanaman pandangan dan kesedaran terhadap adanya perbezaan budaya pada
masyarakat multibudaya. Usaha menanamkan kesedaran multibudaya dikenali sebagai
pendidikan multibudaya.

Pendidikan multibudaya merupakan suatu gerakan pembaharuan dan proses


untuk menciptakan lingkungan pendidikan yang setara untuk seluruh siswazah. Sebagai
sebuah gerakan pembaharuan, istilah pendidikan multibudaya masih dipandang asing
bagi masyarakat umum, bahkan penafsiran terhadap definisi maupun pengertian
pendidikan multicultural juga masih diperdebatkan di kalangan pakar pendidikan.

Menurut, pendapat Andersen dan Cusher (1994) sebagaimana dikutip Mahfud


(2008), bahawa pendidikan multibudaya diertikan sebagai pendidikan mengenai
keragaman kebudayaan. Sedangkan Hernandez ( 1989 ), mengertikan pendidikan
multibudaya sebagai perspektif yang mengakui realitas sosial, politik, dan ekonomi yang
dialami oleh masing-masing individu dalam pertemuan manusia yang kompleks dan
beragam secara kultur, dan menyatakan pentingnya budaya, ras, seksualiti dan gender,
etnisiti, agama, status sosial, ekonomi, dan pengecualian-pengecualian dalam proses
pendidikan.

Ahli lain, Sleeter dan Grant ( 2007, 2009 ) dan Smith ( 1998 ) sebagaimana
dipetik Zamroni ( 2011 ) mendefinisikan pendidikan multibudaya sebagai suatu
THIVYA NARAYASAMY
(M20132001682)
KOMATHI KALIAPPAN KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
pendekatan progresif untuk melakukan transformasi pendidikan yang secara holistik
memberikan kritik dan menunjukkan kelemahan-kelemahan, kegagalan-kegagalan dan
diskriminasi yang terjadi di dunia pendidikan ( Zamroni, 2011: 144 )

Sebagai suatu gerakan pembaharuan dan proses untuk menciptakan lingkungan


pendidikan yang setara untuk seluruh siswa, pendidikan multikultural memiliki prinsip-
prinsip sebagai berikut :
Prinsip pertama: pendidikan multikultural adalah gerakan politik yang bertujuan
menjamin keadilan sosial bagi seluruh warga masyarakat tanpa memandang latar
belakang yang ada.
Prinsip kedua : pendidikan multikultural mengandung dua dimensi: pembelajaran
(kelas) dan kelembagaan (sekolah) dan antara keduaanya tidak bisa dipisahkan,
tetapi justru harus ditangani lewat reformasi yang komprehensif
Prinsip ketiga : pendidikan multikultural menekankan reformasi pendidikan yang
komprehensif dapat dicapai hanya lewat analisis kritis atas sistem kekuasaan dan
privileges untuk dapat dilakukan reformasi komprehensif dalam pendidikan.
Prinsip keempat : berdasarkan analisis kritis ini, maka tujuan pendidikan
multikultural adalah menyediakan bagi setiap siswa jaminan memperoleh
kesempatan guna mencapai prestasi maksimal sesuai dengan kemampuan yang
dimiliki
Prinsip kelima : pendidikan multikultural adalah pendidikan yang baik untuk
seluruh siswa, tanpa memandang latar belakangnya.

Pendidikan multibudaya menekankan pentingnya memandang dunia dari bingkai


referensi budaya yang berbeza, dan mengenali serta manghargai kekayaan ragam
budaya di dalam negara dan di dalam komuniti global. Multibudaya menegaskan
perlunya menciptakan sekolah di mana berbagai perbezaan yang berkaitan dengan ras,
etnik, gender, orientasi seksual, keterbatasan, dan kelas sosial diakui dan seluruh siswa
dipandang sebagai sumber yang berharga untuk memperkaya proses belajar mengajar.

SENARIO YANG DIHADAPI OLEH PENDIDIKAN MULTIBUDAYA


Satu kajian bidang lapangan dimana kepelbagai budaya dan bahasa adalah ciri
perwatakan yang membentuk rakyat di Kanada. 18% daripada jumlah penduduk
Kanada dilahirkan di luar negeri dan 11% dari jumlah penduduknya mengakui diri
mereka sebagai golongan minority tetap, Pendidikan multibudaya adalah isu utama

1
THIVYA NARAYASAMY
(M20132001682)
KOMATHI KALIAPPAN KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
pendidikan di Kanada. Walaupun, pendidikan multibudaya diberi keutamaan tetapi
kenyataan sebenarnya adalah tiada intraksi diantara budaya dengan kurikulum di
sekolah.

Kajian ini adalah kajian bidang lapangan mengenai cabaran dan kesulitan yang
dihadapi oleh guru sekolah menengah di Kanda berkaitan pendidikan pelajar golongan
minoriti. Kajian ini berkongsikan pengalaman 2 orang guru sekolah Menengah yang
telah cuba memahami pelajar golongan minority, bahasa minority dan pelbagai
kepercayaan mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
mereka. Seterusnya, kajian ini telah dapat mengenalpasti cabaran dan kesulitan
tersebut dan telah dapat mengambil langkah untuk mengatasi masalah tersebut dengan
mengabungkan pelbagai kepercayaan kaum dan nilai-nilai golongan minoriti dengan
kurikulum sekolah mereka. Kajian ini telah menggunakan pendekatan soal jawab
dengan menekankan penceritaan pengalaman pelajarnya.

POLA DAN PRINSIP REKABENTUK KURIKULUM

Pola dan orientasi rekabentuk kurikulum di Malaysia adalah berpusatkan


akademik, pelajar dan masalah. Antara model yang digunakan ialah Model Penilaian
Kurikulum CIPP. Ia melibatkan 4 penilaian utama iaitu konteks, input , proses dan
produk. Bermula dengan analisis masalah, bahan dan strategi seperti guru, kakitangan,
kurikulum dan murid dikenalpasti. Kemudian, proses pelaksanaan iaitu pengajaran dan
pembelajaran berlangsung dan diakhiri dengan mengukur sejauh mana matlamat telah
dicapai.

Reka bentuk kurikulum turut dipengaruhi perspektif terhadap ilmu. Perspektif


objektivis mengutamakan pembentukan kemahiran, peraturan tahap tinggi atau
pemindahan pelajaran yang mengkehendakan guru-guru memilih item tertentu supaya
murid dapat menguasainya. Antara teori yang tergolong dalam perspektif ini, Teori
behaviurisme yang diasaskan oleh Pavlov, Thordike dan Skinner menekankan proses
pelaziman dan motivasi ekstrinsik. Kaedah deduktif digunakan oleh guru iaitu didahului
dengan penggunaan istilah, pembentukan konsep dan penerokaan.

Dalam perspektif kognitif pula berasaskan pembinaan ilmu oleh murid itu sendiri.
Guru akan menyediakan kaedah pembelajaran dalam bentuk penerokaan diikuti

2
THIVYA NARAYASAMY
(M20132001682)
KOMATHI KALIAPPAN KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
pengenalan istilah dan pembentukan konsep. Teori konstrutivisme diasaskan oleh
Piaget, Gardner dan Vigotsky menjadi asas perspektif kognitif kerana ia menekan
kemahiran penaakulan dan pemikiran saintifik berdasarkan pengalaman dan penerokaan
ilmu oleh murid itu sendiri.

Tuntasnya variasi corak kurikulum ini ditentukan oleh pelaksanaanya oleh guru itu
sendiri. Guru perlu memastikan walau apapun corak pengajaran yang diaplikasikan, ia
perlulah selari dengan falsafah, misi, visi dan amalan yang telah ditetapkan dalam
Kurikulum Kebangsaan.

MODEL PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH

Pendidikan Multibudaya adalah satu idea, satu tindakan membentuk semula


pendidikan dan satu proses (Banks, 2002). Empat dimensi pendidikan berbilang
kebudayaan, iaitu integrasi isi kandungan yang menginklusifkan bahan bantu mengajar,
konsep dan nilai dari pelbagai kebudayaan dalam pengajaran dan pembelajaran (Banks,
2002)

James A. Banks (1994) telah mengenal pasti matlamat pendidikan multibudaya iaitu
1. Untuk mengurangkan diskriminasi terhadap sesuatu kaum dan memberikan
pendidikan yang adil kepada semua individu.
2. Menghormati di antara satu sama lain tanpa mengambil kira perbezaan kaum
dan kelas sosial. Melalui pendidikan multibudaya ini, pelajar akan mengenali
kebudayaan kaum lain. Dengan ini, pelajar akan lebih menghargai dan
menghormati antara satu sama lain.
3. Membantu pelajar membina pengetahuan, sikap dan kemahiran diri agar boleh
membangunkan kaum sendiri dan juga kaum yang lain seterunya
membangunkan negara ke peringkat antarabangsa.
4. Membantu individu memahami diri sendiri dengan melihat diri dari perspektif
budaya orang lain.
Berikut merupakan 4 Tahap/Peringkat Mengintegrasikan Isi Kandungan Pendidikan
Multibudaya yang dicadangkan oleh Banks (1999)

3
THIVYA NARAYASAMY
(M20132001682)
KOMATHI KALIAPPAN KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

RAJAH 2

APLIKASI REKA BENTUK & MODEL KURIKULUM DI BILIK DARJAH

Pada Tahap 1, pengajaran dan pembelajaran memberikan penekanan kepada


tokoh-tokoh dan hero budaya, artifak budaya, hari-hari perayaan, dan adat yang berbeza
atau tersendiri. Misalnya, guru bahasa memberi fokus kepada cuti umum yang berkaitan
dengan sambutan perayaan-perayaan tertentu.Pelajar boleh membaca buku-buku cerita
tentang tokoh atau pahlawan tertentu dan membincangkan sumbangan, jasa, dan
peranan mereka dalam masyarakat, negara dan dunia keseluruhannya.Dalam kurikulum
mata pelajaran sains sosial pula. Pelajar mungkin membuat penyelidikan biografi tentang
tokoh atau pahlawan daripada budaya tertentu.

Pada Tahap 2, atas inisiatif guru, masa interaksi di dalam kelas akan bertambah
selari dengan adanya unit atau kandungan yang khusus untuk membincangkan tentang
kandungan, konsep, tema, dan perspektif budaya tertentu secara terperinci. Pada Tahap
1, misalnya, cerita rakyat dan ketokohan tertentu hanya memberikan tumpuan kepada
sumbangan budaya tertentu sahaja. Tetapi pada Tahap 2, guru akan menyediakan masa
yang mencukupi agar pelajar dapat menyelidik dan memahami atau mempelajari lebih
daripada satu cerita rakyat.

Tahap 3 metfora berperingkat oleh Banks ini, melibatkan penyesuian struktur dan
set kurikulum untuk membantu dan membolehkan pelajar mendalami konsep, isu,
peristiwa, dan tema daripada perspektif pelbagai etnik dan budaya. Pada Tahap 3, guru

4
THIVYA NARAYASAMY
(M20132001682)
KOMATHI KALIAPPAN KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
dan pelajar akan menyediakan satu unit pembelajaran yang akan mengkaji perbezaan
dan perbandingan pelbagai budaya yang wujud. Unit ini mungkin akan dirancang dan
ditentukan oleh interaksi dan respon pelajar. Contoh lain, guru perlu menstruktur semula
kurikulum dengan memasukkan unit atau modul yang dapat membandingkan pelbagai
budaya daripada pelbagai pespektif etnik yang ada.

Pada tahap empat pula kurikulum harus memberi peluang kepada pelajar
menguasai kemahiran membuat keputusan dan mengambil tindakan (yang sesuai
dengan konsep, isu, atau masalah yang berkaitan.) berasaskan prinsip-prinsip
demokrasi.

PERANAN GURU DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM DI BILIK DARJAH

Perbezaan budaya memberikan cabaran kepada guru dalam usaha untuk


memberikan pendidikan yang seimbang kepada murid tanpa mengira latar belakang dan
kaum. Selain itu, implikasi ini turut memberi kesan kepada murid, sekolah malah kepada
kurikulum tersirat. Oleh itu, semua pihak harus mengetahui peranan mereka dalam
implikasi tersebut.

GURU
Kesan daripada kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia memberikan cabaran
kepada guru untuk memastikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
digunakannya dapat diterima oleh semua murid. Ini dapat dijalankan sekiranya guru
menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap professional dalam
pekerjaannya.
Kepelbagaian sosio-budaya di antara murid memberi implikasi secara langsung
terhadap guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Implikasi kepada
guru kita mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan minda dan jiwa
rakyat untuk membawa kita kearah wawasan yang ingin kita capai Dato Sri Abdullah
Ahmad Badawi PIPP 2006-2010 m.s 38. Pelajar pada masa kini, mempunyai potensi
yang tinggi untuk dikembangkan supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

5
THIVYA NARAYASAMY
(M20132001682)
KOMATHI KALIAPPAN KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
1988.
Guru perlu sentiasa bertindak dalam memastikan ruang pembelajaran murid tidak
terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan kaum masing-masing
dengan cara tidak membezakan mereka di antara satu sama lain. Contohnya, guru perlu
memastikan murid dari pelbagai latar belakang ditempatkan dalam satu kumpulan yang
sama semasa melakukan aktiviti berkumpulan. Ini akan memberi peluang kepada murid
untuk berinteraksi sesama sendiri secara terbuka seterusnya mewujudkan pergaulan
yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Suasana
pembelajaran yang menyeronokkan akan terbentuk dan ini dapat membantu guru untuk
mengawal persekitaran bilik darjah dengan berkesan. Guru-guru di sekolah Betau
mengamalkan cara ini di kelas semasa pengajaran mereka. Oleh itu, murid-murid orang
asli bergaul dengan semua murid tanpa melihat kepada latar belakang murid-murid lain.
Selain itu, murid-murid orang asli juga menerima kedatangan kami ke sekolah tersebut
dengan hati yang terbuka. Mereka memberikan kerjasama kepada kami walaupun kami
berlainan agama dan bangsa dengan mereka.
Selain daripada itu, guru juga perlu sentiasa membantu murid untuk memahami
diri sendiri dalam membentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang sesuai. Murid dibimbing
untuk memahami kekuatan pada diri sendiri yang boleh digunakan untuk membantu
murid lain. Ini dapat membuatkan murid tersebut rasa dihargai dan akan sentiasa
bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilakukannya. Hubungan rapat dapat
dijalinkan di antara guru dengan murid. Guru juga perlu membantu murid membina
konsep positif kendiri serta memberi tunjuk ajar bagi meningkatkan prestasi murid
samada dari segi akademik dan sebagainya. Saya dapat lihat sikap ini pada guru
semasa saya pergi ke Sekolah Kebangsaan Betau. Guru di situ sentiasa membimbing
murid-murid asli untuk membuat sesuatu tugasan. Mereka tidak menindas murid tersebut
kerana dia tidak boleh membuat tugasan yang diberikan kepadanya sebaliknya
mengajar cara untuk membuat tugasan tersebut dengan sabar. Selain itu, guru juga
menghargai bakat yang ada pada murid-murid tersebut. Guru menggalakkan tarian
sewang iaitu tarian orang asli dengan mengajar mereka tarian tersebut.

Guru juga perlu berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang


merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang
dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Sebagai seorang guru perkara-

6
THIVYA NARAYASAMY
(M20132001682)
KOMATHI KALIAPPAN KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
perkara pokok seperti perancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, spesifik
dan relevan dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik darjah, masa yang
diperuntukkan dan profil pelajar mengikut tahap kecerdasan perlu disediakan. Dalam erti
kata lain, elemen yang perlu dikuasai oleh setiap guru untuk menjadikan pengajarannya
berkesan meliputi kesesuaian bahan pengajaran, sumber pembelajaran, penglibatan
aktif murid, penilaian prestasi, pengukuran dan penambahbaikan. Di SK Betau juga, guru
merancang pengajaran sebelum mengajar murid-murid asli. Ini dapat dilihat semasa
memberikan aktiviti kepada murid. Murid-murid asli melibatkan diri dengan aktif dalam
aktiviti-aktiviti yang diberikan oleh guru-guru pelatih.

Selain itu, guru perlu mahir dalam menguruskan bilik darjah dan mengintegrasikan
TMK. Murid adalah pelanggan manakala guru merupakan individu yang menawarkan
perkhidmatan. Oleh itu perkhidmatan yang diberi haruslah mengiktu standard yang telah
ditetapkan oleh majikan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia. orang ramai semakin
kerap mempersoalkan kualiti pendidikan di sekolah, seolah -olah tidak lagi menaruh
keyakinan kepada kewibawaan sekolah dalam hal ehwal mendidik, terutama apabila
mendapati kelakuan murid lepasan sekolah tidak seperti yang diharapkan oleh
masyarakat dan Negara.

Kecemerlangan pada sijil peperiksaan mereka secara realitinya tidak


memperlihatkan kematangan berfikir, kepetahan berkomunikasi, ketokohan
sebagai pemimpin, kemurnian tingkah laku, keupayaan mencipta dan
menyumbang kepada pemajuan Negara-bangsa dan global

(Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan, Jemaah Nazir Sekolah (2001):hlm 24)
Bertitik tolak dari pernyataan di atas, pengajaran dan pembelajaran yang berkesan boleh
ditakrifkan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkualiti iaitu
proses yang dapat mengembangkan potensi insan dari segi psikomotor, kognitif dan
afektif ke tahap yang optimum.

Merujuk kepada Dasar Pernyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia,


(2001), proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan
mengikut beberapa prinsip yang digariskan. Antaranya ialah:

7
THIVYA NARAYASAMY
(M20132001682)
KOMATHI KALIAPPAN KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
a) Pendekatan, kaedah dan teknk yang dipelbagaikan dengan melibatkan murid secara
aktif;
b) Berpandukan bahan bahan sokongan yang relevan dengan tahap pencapaian
semasa, potensi dan kemajuan murid;
c)Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan.

Berdasarkan apa yang dinyatakan di atas, seseorang guru haruslah peka dengan
kepelbagaian sosio-budaya murid-muridnya. Pendekatan yang bijak harus digunakan
dengan tidak membezakan kelas sosial murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa
mengira samada mereka dari kelas atasan atau bawahan. Perbezaan tahap kecerdasan
murid juga harus dititik beratkan oleh seseorang guru dalam menyampaikan pelajaran.
Guru harus mempelbagaikan kaedah pengajaran bersesuaian dengan tahap murid.
Perkara ini perlu untuk mengelakkan murid murid merasa bosan dan seterusnya akan
mengakibatkan masalah disiplin yang sukar dikawal. Kanak-kanak orang asli akan cepat
berasa bosan jika pengajaran dan pembelajaran tidak menarik minat mereka. Oleh itu,
guru-guru di sekolah Betau mengajar murid-murid tersebut dengan menggunakan
pelbagai kaedah seperti belajar sambil bermain, menyanyi sambil belajar dan lain-lain
lagi.
Guru juga haruslah menjadi fasilitator kepada murid-murid orang asli. Guru
haruslah menjadi role model kepada mereka dan sentiasa membimbing mereka dalam
apa jua perkara. Selain itu, guru juga perlu mengajar perkara yang tidak diketaui oleh
murid tersebut. Saya dapat lihat guru-guru di sekolah Betau begitu tekun mengajar
murid. Mereka sentiasa membimbing murid-murid tersebut dalam semua perkara seperti
seorang ibu bapa.

Guru juga perlu memberi peluang sama rata kepada semua murid untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran
perlulah dipastikan tidak mempunyai unsur bias kepada mana-mana murid bagi memberi
peluang kepada setiap murid untuk menerokai aktiviti pembelajaran. Guru perlu
menggunakan bahasa standard kebangsaan yang boleh diterima oleh semua lapisan
murid dan bukannya menggunakan dialek bahasa yang sedikit sebanyak memberikan
impak terhadap pembelajaran. Penggunaan bahasa yang standard memberi peluang
kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran.

8
THIVYA NARAYASAMY
(M20132001682)
KOMATHI KALIAPPAN KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
Guru juga perlu menunjukkan teladan yang baik di hadapan murid-murid.
Contohnya guru datang awal ke bilik darjah, sentiasa bersikap adil dan sentiasa
berdisiplin dalam apa jua hal. Perkara ini akan meningkatkan rasa hormat murid
terhadap guru dan menjadikan guru sebagai idola mereka. Hubungan guru dengan
murid akan erat dan ini akan meningkatkan minat murid untuk meneruskan pembelajaran
mereka. Seterusnya, guru bertanggungjawab untuk membina persefahaman di antara
setiap murid yang berlainan latar belakang. Langkah-langkah pencegahan perlu
dilakukan bagi menghalang mana-mana aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan
antara kaum, mengejek dan menghina di antara satu sama lain dan sebagainya. Guru
perlu menerangkan kepada murid mengenai perlunya menghormati kepercayaan setiap
kaum dan isu-isu sensitif yang tidak harus dipertikaikan. Oleh itu, aktiviti pembelajaran
yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama perlu dirancang dengan teliti
bagi menaburkan persefahaman di antara setiap murid.

Guru juga harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra rakan.
Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar
murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama mereka tanpa mengira
latar belakang sosial dan kecerdasan individu. Sebagai seorang yang menawarkan
perkhidmatan, pelanggan iaitu murid haruslah sentiasa dihormati dan bersikap adil
kepada mereka. Hukuman berbentuk deraan dan memalukan seharusnya tidak
dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan guru dengan murid akan renggang
dan menghilangkan minat untuk mereka meneruskan pembelajaran. Murid yang lambat
menerima pembelajaran tidak harus diabaikan. Pelbagai kaedah dan strategi boleh
dirancang dan dilaksanakan dalam mengatasi masalah murid-murid sedemikian. Guru-
guru di sekolah Betau merancang pelbagai aktiviti yang menarik untuk murid-murid
tersebut. Sekolah tersebut telah melatih murid-murid bermain bola dan telah
menghartarkan pasukan tersebut untuk bertanding. Sekolah tersebut telah menjadi johan
dalam pertandingan bola sepak peringkat kebangsaan.

Aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh guru seharusnya boleh memberi


peluang kepada semua murid tanpa mengira etnik dan jantina. Isu yang mempunyai
unsur bias kepada mana-mana jantina mesti dielakkan untuk memberi peluang sama
rata pada setiap murid meneroka aktiviti pembelajaran. Bagi murid yang kecelaruan
jantina, menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif di kalangan

9
THIVYA NARAYASAMY
(M20132001682)
KOMATHI KALIAPPAN KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut. Isu sensitif
berkaitan dengan agama dan kaum hendaklah dielakkan sama sekali. Setiap
kepercayaan dan nilai haruslah diterima seadanya oleh setiap guru. Aktiviti pembelajaran
yang dirancang hendaklah menjurus kepada penglibatan semua murid tanpa mengira
kaum, adat budaya dan pegangan agama mereka.
Catatan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan
pembelajaran hendaklah dicatatkan sebagai refleksi atau impak di akhir sesi
pembelajaran. Ini akan memudahkan guru untuk merancang strategi dan kaedah yang
sesuai untuk mengatasi kelemahan. Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi
mencapai pengurusan yang cemerlang yang mana fokus utama ialah mengetahui dan
memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka
panjang dan jangka pendek, kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur
pencapaiannya, boleh dicapai, realistik dan bijak dalam pengurusan masa. Guru
merupakan ejen perubahan dan sumber inspirasi kepada murid. Anjakan paradigma
haruslah dilakukan oleh setiap guru dan tidak berada di zon selesa sentiasa.
Guru haruslah pro-aktif dalam mengatasi kelebihan dan kelemahan muridnya.
Penyampaian pengajaran guru haruslah kreatif dan efektif, menarik dan menyeronokkan.
Secara ringkasnya dapat disimpulkan pengajaran berkesan oleh guru bukan sahaja
meliputi aspek kurikulum yang diajar di dalam bilik darjah, malahan meliputi skop yang
lebih luas seperti gaya kepimpinan, budaya ilmu dan berfikir, pengurusan bilik darjah,
motivasi dan dorongan serta kepimpinan kurikulum di tempat kerja.
Murid secara bersama-sama dalam satu kumpulan besar akan sentiasa mengikut
aktiviti P&P yang berlangsung dalam bilik darjah. Perbezaan di antara satu sama lain
seringkali mendesak guru untuk memastikan aktiviti P&P yang dirancang dapat
dilakukan dengan betul dan tepat. Mahu tidak mahu, murid perlu meneruskan
pembelajaran mereka bersama-sama selaras dengan kepelbagaian sosio-budaya
masyarakat.
Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah. Mereka akan
bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah
mahupun di luar bilik darjah. Sebagai seorang pelanggan, kita haruslah melayan mereka
dengan adil dan

saksama. Ini termaktub di dalam perlembagaan persekutuan; Perkara 12. Hak


berkenaan dengan pendidikan.

10
THIVYA NARAYASAMY
(M20132001682)
KOMATHI KALIAPPAN KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
(1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-
mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat
lahir
(a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh
suatu pihak berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau
pelajar-pelajar atau pembayaran fi; atau

(b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa
awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di
mana-mana institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak
berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan).

Antara perkara yang boleh dijadikan panduan dalam mengurus tingkahlaku murid
ialah menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib
mereka patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Murid harus bersosial
dalam melakukan aktiviti pembelajaran. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas
sosial dan perlu membuang sikap prajudis terhadap bangsa lain. Kepercayaan dan
amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan
haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa
murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah
dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara
langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat dan seterusnya
berupaya membentuk masyarakat yang toleran kearah memacu pembangunan Negara.
Murid-murid orang asli di sekolah Betau bergaul rapat dengan guru-guru pelatih
walaupun mereka dari agama dan bangsa yang lain.

Murid juga perlu mengamalkan penggunaan bahasa yang standard dan


mengelakkan unsur-unsur dialek mengikut kaum. Murid perlu berusaha untuk
menggunakan bahasa yang betul dalam interaksi dengan individu lain. Penggunaan dan
pengamalan bahasa standard akan menambahkan tahap penguasaan bahasa murid
selain daripada mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Guru juga perlu
bertanggungjawab dalam mengingatkan murid dan memperbetulkan bahasa murid agar
tidak melarat hingga ke dewasa.
Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan
budaya penyayang di kalangan murid. Interaksi yang berterusan di antara murid akan

11
THIVYA NARAYASAMY
(M20132001682)
KOMATHI KALIAPPAN KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
menimbulkan rasa sayang, hormat dan sebagainya di antara satu sama lain. Guru juga
boleh menggunakan pendekatan penyayang dalam komunikasi, bercakap dengan
lembut dan sopan, menegur kesilapan murid dengan cara yang berhemah dan
sebagainya. Ini akan ditiru dan digunapakai oleh murid dalam komunikasinya dengan
orang lain. Ini dapat menjana suasana P&P yang lebih dinamik dan cara pembentukan
akhlak dan penerapan kemahiran dapat dilakukan dengan mudah dan berkesan. Mereka
juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan
jantina. Murid-murid asli senang untuk berkomunikasi dengan guru-guru pelatih. Oleh
kerana mereka tahu bercakap dalam Bahasa Melayu, kami tidak menghadapi masalah
untuk berkomunikasi dengan mereka. Mereka juga tidak berasa takut untuk berinteraksi
dengan kami.

Dalam pengurusan bilik darjah, setiap murid haruslah diberikan peranan dan
tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cintakan kelas
mereka. Ahli Jawatan Kuasa keceriaan kelas perlu diwujudkan disamping jawatan ketua
kelas dan penolong ketua kelas. Dengan ini setiap murid dapat merasakan diri mereka
tidak dipinggirkan di dalam kelas mereka.

Murid perlu sentiasa berusaha demi mempertingkatkan keupayaan diri sendiri di


samping menjaga perhubungan dengan murid lain yang mempunyai latar belakang yang
berbeza selaras dengan kepelbagaian sosio-budaya masyarakat setempat. Acapkali
dibaca dan didengar permasalahan masalah disiplin seperti ponteng sekolah,
vandalisma dan sebagainya yang dilakukan oleh murid. Walaupun berat untuk diakui,
namun kita harus menerima hakikat, salah satu faktor penyebab permasalahan ini
adalah datangnya dari guru yang tidak komited terhadap kerjayanya. Seringkali guru
menggunakan kaedah yang tidak selari dengan kehendak dan penerimaan murid yang
mengakibatkan murid bosan untuk mengikuti P&P. Mengambil contoh permasalahan
yang berlaku kepada etnik Orang Asli, masalah keciciran pendidikan di kalangan etnik ini
amat tinggi. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEO) melaporkan 34.31% dilaporkan tidak
menamatkan pendidikan sehingga ke tingkatan lima. Dalam kes tertentu mungkin
terdapat segelintir kanak-kanak Orang Asli yang tidak dapat ke sekolah kerana tergolong
sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Persoalannya, kenapakah anak Orang Asli
masih keberatan atau langsung tidak mahu ke sekolah?

12
THIVYA NARAYASAMY
(M20132001682)
KOMATHI KALIAPPAN KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
Mereka tidak mahu ke sekolah ketika tiba musim buah-buahan. Malah masih ada
yang terjajah pemikirannya. Menurut sumber Kementerian Pelajaran, kajian mendapati,
ada kalangan ibu bapa Orang Asli yang menanamkan kepercayaan bahawa sekolah
tidak akan mengubah masa depan kaum mereka. Apabila membicarakan tentang
budaya pelajar Orang Asli, kita tidak dapat lari daripada isu pembangunan dan budaya
pemikiran komuniti Orang Asli yang masih dibelenggu oleh struktur persekitaran dan
sosial masyarakat mereka sendiri.

Kemelut budaya, sensitif dan malu meminta bantuan guru untuk mengatasi masalah-
masalah pembelajaran menyebabkan pelajar Orang Asli terus memendam perasaan
tanpa berusaha mengatasi masalah yang dihadapi.

Seandainya guru tidak meratakan jurang kepimpinan dimana guru melakukan


proses pengajaran dan pembelajaran sekata antara pelajar, golongan Orang Asli ini akan
ketinggalan jika mereka tidak memahami sesuatu kerana budaya yang diwarisi
mempengaruhi mereka untuk terus berdiam diri dan memendam rasa tanpa reaksi
bahkan mereka akan tersinggung dengan kata-kata guru khususnya di sekolah, mereka
akan menyampaikan perilaku guru tersebut kepada ibu bapa. Ibu bapa pelajar Orang
Asli mudah percaya dengan aduan anak mereka dan ini menyumbang kepada faktor
ponteng sekolah seterusnya akan mematikan minat untuk belajar. Selain daripada itu,
budaya mencintai kesenian telah tertanam dalam kehidupan Orang Asli. Mereka suka
bermain alat muzik seperti gitar dan dram serta suka menyanyi. Sebagai seorang guru,
perkara ini boleh dijadikan kelebihan dalam merancang kaedah P&P yang sesuai untuk
menarik minat anak-anak Orang Asli ini mengikuti pelajaran.

ISU ISU SEMASA

Sistem pendidikan Negara mempunyai pelbagai pilihan jenis sekolah yang boleh
diikuti oleh murid. Kepelbagaian sosio-budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri
daripada pelbagai bangsa seperti sekolah kebangsaan untuk semua kaum, sekolah jenis
Cina dan Tamil. Oleh itu, aktiviti-aktiviti di sekolah dirancang dengan teliti bagi mengatasi
kepelbagaian sosio-budaya ini.

13
THIVYA NARAYASAMY
(M20132001682)
KOMATHI KALIAPPAN KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

Sekolah merupakan ruang untuk guru menerapkan keparcayaang dan nilai dalam
masyarakat. Oleh itu, murid perlu diterapkan dengan nilai-nilai yang baik tanpa mengira
latar sosio-budaya mereka. Murid juga haruslah sentiasa diingatkan agar sentiasa
mengikut aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Selain daripada meningkatkan
pengetahuan murid, hubungan di antara setiap murid dapat dijalinkan melalui aktiviti
yang dirancang oleh pihak sekolah. Di sekolah Betau, pihak pentadbir sekolah telah
mengadakan pertandingan bola sepak dan juga hoki untuk memilih pemain yang baik.
Kemudian ,guru akan melatih mereka dan menghantar mereka untuk bertanding dengan
sekolah-sekolah lain.

Pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan dalam membina perhubungan


tersebut selain daripada sekolah/ Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah
salah satu aktiviti yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan
perpaduan dipupuk di kalangan murid tanpa mengira latar belakang, agama, kaum,
jantina dan sebagainya. Pihak-pihak berkewajipan boleh menyumbangkan sokongan
samada dalam bentuk moral ataupun material bagi mengembangkan lagi pengetahuan
dan perpaduan di kalangan murid.

Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan


murid disekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu
sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Apabila murid-
murid yang berlainan latar belakang dapat berinteraksi sejak peringkat awal
persekolahan, sudah tentu masa hadapan akan lahir satu generasi yang hormat dan
bertoleransi di antara satu sama lain. Oleh itu, penekanan semangat perpaduan dan
integrasi antara kaum perlu dipupuk sejak kecil iaitu dibangku sekolah rendah karana ia
akan lebih memudahkan mereka untuk menghadapi masyarakat di masa akan datang.

Kurikulum merujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi


objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan. Kurikulum
tersirat pula merujuk kepada norma, nilai dan kepercayaan yang disebarkan melalui
pendidikan formal dan interaksi di sekolah.

14
THIVYA NARAYASAMY
(M20132001682)
KOMATHI KALIAPPAN KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
Kurikulum tersirat memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud di
kalangan warga sekolah. Budaya akademik di sekolah boleh dikatakan sebagai
kurikulum tersirat. Kurikulum tersirat juga boleh dilaksanakan melalaui aktiviti ko-
kurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan sebagainya.

Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga sekolah sendiri
seperti amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur di sekolah. Ianya dijalankan
secara tidak langsung seperti murid mempelajari tingkah laku baik guru, guru
mempamerkan akhlak budi pekerti, hubungan rapat di antara warga sekolah dan
sebagainya. Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa di dalam
persekitaran sekolah akan memberi kesan secara tidak langsung tetapi amat bermakna
terhadap amalan hidup murid.

Namun demikian, sesetengah kurikulum tersirat kadang-kadang mempunyai


kkesan negatif kerana nilai-nilai yang disebarkan mungkin menjurus kepada hal-hal
seperti menyokong perbezaan kelas di mana murid dibahagikan kelas mengikut tahap
kepandaian, kaum dan jantina dan ini akan menjurus kepada pengagihan modal
pendidikan secara tidak sekata. Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan dan
memberikan perhatian kepada kurikulum tersirat sewajarnya supaya bersifat positif ke
arah membina keadilan sosial berlandaskan kepada kepelbagaian sosio-budaya
masyarakat setempat. Sebagai murid yang dilatih untuk menjadi pakar dalam sebarang
profesion murid harus membudayakan diri mereka dengan pembelajaran kendiri yang
lebih menekankan proses pembelajaran tanpa diarah, dipaksa atau disuruh.

Kajian Kes
Dalam kajian bidang lapangan kes ini, penulis telah membuat perincian dengan
mendokumentasikan respon pelajar-pelajarnya semasa mengikuti lawatan sambil belajar
di Bay Street School dengan guru mereka Mr. William dan Mr. Dave. Kedua-dua guru
mereka cuba memahami pelajar golongan minority, bahasa minoriti dan pelbagai

15
THIVYA NARAYASAMY
(M20132001682)
KOMATHI KALIAPPAN KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
kepercayaan mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
mereka. Mereka menggunakan pendekatan soal jawab. Mereka menggalakan pelajar-
pelajar bertanya soalan mengenai lawatan sambil belajar. Lawatan sambil belajar ke
Boyne River adalah aktiviti pusat penerokaan luar bilik darjah yang membolehkan
penilaian dilakukan keatas pembahagian diantara kepelbagaian kepercayaan dan
penerapan nilai-niai di sekolah mereka. Penilaian pembahagian ini adalah fokus utama
oleh para pendidik di Kanada terutamanya di Toronto yang mengalu-alukan kedatagan
ramai golongan immigrant. Walaubagaimanapun, kajian mereka berkaitan dengan
pelajar dan keluarga golongan minority, nilai-nilai dan kepercayaan mereka dalam
sistem pendidikan namun cara mereka berinteraksi dengan lain-lain kaum ada
perbezaan signifikan.
Kajian bidang lapangan ini telah membuka mata para pendidik mengenai isu-isu oleh
dihadapi pelajar golongan minority :-
a) Masalah persetujuan dari kalangan ibubapa golongan minoriti untuk
membenarkan anak mereka mengikuti lawatan luar .
b) Golongan ibubapa kaum minoriti beranggapan aktiviti lawatan luar adalah
pembaziran dan bercanggah dengan budaya dan cara hidup mereka.
c) Para pendidik berpendapat lawatan luar ini dapat mengeratkan perhubungan
mereka dengan pelajarnya dengan memahami dan menilai pelbagai kepercayaan
dan nilai-nilai golongan minoriti.
d) Memain peranan dan mengambil bahagian ini adalah agenda utama kepada
pendidik di Kanada untuk memahami isu isu berkaitan golongan minoriti dalam
sistem pendidikan dan mewakili ahli-ahli perwakilan dalam pembentukan
kurikulum multibudaya. Dengan ini, pintu terbuka luas untuk menerima golongan
minoriti kedalam kurikulum tersebut.
e) Ahli-ahli perwakilan ini telah merekacipta sebuah kurikulum yang sensitif pada
kebudayaan golongan minoriti dan masih terdapat bantahan dari sebilangan
daripada mereka.
f) Masalah yang dihadapi oleh guru untuk mencapai kehendak sensitif golongan
pelajar minoriti boleh diatasi melalui penceritaan dengan, cerita-cerita
keagamaan, kebudayaan dan nilai-nilai golongan minoriti.

Rumusan

Pembentukan kurikulum pendidikan multibudaya adalah penting bagi negara

negara yang mempunyai golongan immigrant dan golongan minority. Golongan ini

kebiasaanya mempunyai perasaan prasangka terhadap budaya orang lain. Perasaan ini

16
THIVYA NARAYASAMY
(M20132001682)
KOMATHI KALIAPPAN KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
hendaklah dihapuskan kerana lama-kelamaan ia akan menimbulkan isu-isu sensitive.

Oleh itu, perlulah diwujudkan persekitaran yang mesra budaya disekolah dan ini akan

membantu para pendidik dan pelajarnya mencapai tujuan masing-masing. Pendidikan

multibudaya akan membentuk manusia budaya dan menciptakan masyarakat

berbudaya seterusnya akan mengajarkan nilai-nlai kemanusiaan, nilai-nilai bangsa, dan

nilai-nilai kelompok etnik. Sebagai negara yang berdemokrasi dan mempunyai rakyat

yang pelbagai kaum, kita mesti menghargai aspek-aspek perbedaan dan kepercayaan

budaya bangsa dan kelompok etnik. Kejayaan sesebuah bangsa ditentukan pada

penilaian terhadap tingkah laku anak didik yang meliputi persepsi, apresiasi, dan

tindakan terhadap budaya lainnya.

BIBLIOGRAFI

Asma Abdullah & Pedersen,P.B.(2003). Understanding multicultural Malaysia:


Delights,puzzles and irritations. KL: Pearson Educational Sdn. Bhd.

Bennette,C.I.(2006).Comprehensive multicultural education:Theory and practice.(6th ed.)


Needham,MA:Allyn & Bacon.

Davis,B.M.(2006).How to teach students who dont look like you:Culturally relevant


teaching strategies. CA:Corwin Press.

Dunn,R.S & Dunn,R.,Griggs,S.A.(2000). Practical approaches to using learning styles in


higher education. Westport:Bergin & Garvey.

Good,T.L. & Brophy,J.E.(1997). Looking in classrooms. New York:Addison-Wesley


Educational Pub.

Marshall,P.L.(2002).Cultural diversity in our schools.Belmont,CA.:Wadsworth Publishing


Company.

17
THIVYA NARAYASAMY
(M20132001682)
KOMATHI KALIAPPAN KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

Nieto,S.(2002).Language,culture and teaching:Critical perspective for a new century.New


Jersey:Lawrence Erlbaum Associates.

Pang,V.C.(2001).Multicultural education:A caring-centered,reflective approach.


Boston:McGraw Hill.

Sharifah Md. Nor(2000). Keberkesanan sekolah:Satu perspektif


sosiologi.Serdang:Universiti Putra Malaysia.

Woolfolk,A.E.(2004).Educational psychology, (9th ed).New Jersey :Prentice Hall.

18

Anda mungkin juga menyukai