Anda di halaman 1dari 9

Air & Larutan

Ciri Fizikal Air


1. Air wujud dalam tiga keadaan & berubah melalui beberapa proses.
2. BerdasarkanTeori Kinetik, air terdiri daripada banyak zarah halus
yang diskrit yang digelar molekul air. Susunan & pergerakan molekul
ini adalah berbeza dalam setiap keadaan.

3. Takat beku dapat ditentukan melalui,

Susunan radas untuk menentukan takat beku air

a) Pada 0 , molekul2 air bergerak cukup perlahan untuk


membolehkan daya tarikan yang wujud menetapkan
kedudukan molekul2 dalam susunan yang sekata untuk
membentuk satu pepejal. Ais pun terbentuk.
b) Suhu adalah tetap pada 0.
4. Takat didih air dapat ditentukan,

Susunan radas untuk menentukan takat didih air

a) Pada 100, molekul2 air mempunyai cukup tenaga untuk


mengatasi daya tarikan antara molekul. Molekul2 itu terlepas ke
udara sebagai stim.
b) Suhu tetap pada 100.

Kesan bendasing terhadap ciri fizikal air


1. Boleh mengubah rasa, bau & warna air,
2. Juga boleh meningkatkan ketumpatan air.
Contoh - air laut lebih tumpat berbanding air tawar. Hal ini
menerangkan sebab kapal lebih mudah terapung di laut berbanding
dengan di air tawar.
Penyejatan Air
1. Air yang terlepas dari permukaan air ke udara bertukar menjadi wap
air.
2. Air yang tertinggal menjadi lebih sejuk kerana penyejatan air
menyingkirkan sebahagian tenaga daripada air.
3. Faktor2 yang mempengaruhi kadar penyejatan air:
a) Suhu persekitaran
b) Luas permukaan air
c) Kelembapan udara
d) Pergerakan udara

Larutan & Keterlarutan


Zat terlarut, pelarut & larutan
1. Larutan - ialah campuran yang homogen(sekata) yang terbentuk
apabila satu bahan larut di dalam satu bahan yang lain
2. Zat terlarut - ialah bahan yang terlarut sama ada pepejal,
cecair@gas
3. Pelarut - ialah bahan yang melarutkan zat terlarut & biasanya adalah
cecair yang membentuk bahagian utama suatu larutan
4. Nisbah zat terlarut kepada pelarut yang berbeza menghasilkan
larutan yang berbeza kepekatan:
Larutan cair
- Mengandungi sedikit zat terlarut
- Dapat melarutkan lebih banyak zat terlarut lagi

Larutan pekat
- Mengandungi banyak zat terlarut
- Dapat melarutkan sedikit zat terlarut lagi

Larutan tepu
- Mengandungi zat terlarut yang maksimum
- Tidak dapat melarutkan zat terlarut lagi

Larutan & ampaian


1. Kedua-dua larutan & ampaian merupakan campuran.

2. Larutan:
- Mengandungi bahan terlarut
- Zarah2 diserakkan dengan sekata sehingga kita tidak dapat
melihat zarah2 ini dengan mata kasar. Oleh itu, larutan sentiasa
hamogen
- Larutan biasa adalah lutsinar
- Larutan mungkin tidak berwarna seperti larutan
garam@berwarna seperti larutan kuprum (II) sulfat yang
berwarna biru

3. Ampaian:
- Mengandungi bahan tak terlarut
- Ampaian ialah campuran yang tidak homogen@heterogen
- Zarah2 kecil pepejal@cecair terampai di dalam satu cecair@gas
& kelihatan keruh
- Contoh: Air lumpur & jus buah-buahan segar
- Zarah2 dalam ampaian tidak tersebar secara sekata. Terdapat
gugusan kecil zarah2 yang cukup besar untuk dilihat oleh mata
kasar

Keterlarutan
1. Keterlarutan - ialah kuantiti zat terlarut yang maksimum dalam unit
gram yang dapat melarut di dalam 100 pelarut pada satu suhu
yang tertentu

2. Keterlarutan bergantung pada:


a) Jenis pelarut
- Keterlarutan zat terlarut adalah berbeza di dalam pelarut
berbeza selain daripada air
- Contohnya, Garam melarut dengan baik di dalam air
tetapi tidak melarut di dalam pelarut seperti alkohol & eter

b) Jenis zat terlarut


- Zat terlarut yang berbeza mempunyai keterlarutan yang
berlainan di dalam pelarut yang tertentu

c) Suhu pelarut
- Keterlarutan pepejal di dalam pelarut cecair meningkat
dengan suhu tetapi keterlarutan gas di dalam pelarut
cecair berkurang dengan suhu
- Contohnya, Kuantiti gula yang melarut di dalam air panas
adalah dua kali ganda berbanding dengan kuantiti gula
yang melarut di dalam air pada suhu bilik

Kadar keterlarutan
1. Kadar keterlarutan - ialah kecepatan sesuatu zat terlarut melarut di
dalam kuantiti pelarut yang tertentu
2. Faktor kadar keterlarutan:
a) Suhu pelarut
- Semakin tinggi suhu pelarut, semakin cepat zat terlarut
melarut di dalam pelarut

b) Kadar kacauan
- Semakin cepat kacauan dilakukan, semakin cepat zat
terlarut melarut di dalam pelarut

c) Saiz zat terlarut


- Semakin kecil saiz zat terlarut, semakin cepat zat terlarut
melarut di dalam pelarut

Air sebagai pelarut semesta


1. Air merupakan pelarut yang baik & dapat melarutkan hampir semua
jenis bahan.
2. Air dikenali sebagai pelarut semesta.
3. Larutan yang pelarutnya merupakan air dipanggil larutan akueus.
4. Kebanyakan air di Bumi sebenarnya merupakan larutan akueus.
5. Sesetengah bahan tidak larut dalam air tetapi boleh larut di dalam
cecair yang disebut pelarut organik.
6. Pelarut organik - ialah sebatian organik yang mengandungi karbon
yang digunakan untuk melarutkan zat terlarut untuk membentuk
larutan.
7. Pelarut ini digunakan dengan dalam pembuatan larutan serta untuk
menghilangkan kotoran kerana sifatnya yang mudah meruap.

Asid & Alkali


Sifat asid & alkali
1. Asid & alkali wujud dalam bentuk pepejal, cecair & gas. Tetapi hanya
menunjukkan sifat asid & alkali apabila larut di dalam air.
a) Contohnya, apabila sehelai kertas litmus biru yang kering
dimasukkan ke dalam pepejal asid sitrik, tiada perubahan
warna yang akan berlaku.
b) Apabila air ditambahkan pada asid, kertas litmus biru berubah
menjadi merah. Hal ini menunjukkan bahawa asid hanya
menunjukkan sifat asidnya dengan kehadiran air

c) Apabila sehelai kertas litmus merah yang kering dimasukkan ke


dalam pepejal barium hidroksida, tiada perubahan warna yang
akan berlaku

d) Apabila air ditambahkan, kertas litmus merah itu berubah


menjadi biru. Hal ini menunjukkan bahawa alkali hanya
menunjukkan sifat alkalinya dengan kehadiran air

2. Kegunaan asid dalam kehidupan harian kita:


Asid sitrik
- Sebagai bahan tambahan dalam makanan & minuman

Asid asetik
- Digunakan sebagai cuka & untuk membuat jeruk
- Membuat cat, plastik & rayon

Asid sulfurik cair


- Digunakan dalam akumulator
- Membuat baja kimia & detergen

Asid tartarik
- Membuat minuman ringan, garam buah-buahan & garam
kesihatan

Asid benzoik
- Mengawet makanan seperti sos
3. Kegunaan alkali dalam kehidupan harian:
Natrium hidroksida
- Membuat sabun, detergen, plastik & rayon

Kalsium hidroksida (kapur)


- Membuat simen, mortar, kapur mati & kaca
- Meneutralkan tanah berasid dalam pertanian

Ammonia
- Menghalang pembekuan lateks
- Sebagai agen pembersih dalam pencuci kaca & tingkap
- Menghasilkan asid nitrik & baja

Peneutralan
1. Apabila asid ditambahkan pada alkali, sifat asid & alkali masing2
akan dimusnahkan. Proses ini dinamakan peneutralan.

2. Tindak balas antara asid & alkali menghasilkan jenis garam yang
berbeza.

3. Bagi peneutralan secara lengkap, kaedah pentitratan digunakan.


Dalam kaedah ini,
a) Asid & alkali dalam kuantiti yang betul dicampurkan
menggunakan buret
b) Penunjuk asid-alkali digunakan untuk mengesan takat akhir
pentitratan

Aplikasi peneutralan
1. Gigitan semut api & sengatan lebah,
- Bersifat asid
- Boleh dineutralkan dengan menyapu bahan beralkali seperti
serbuk bikarbonat@losen kalamin
2. Sengatan penyengat
- Bersifat alkali
- Boleh dirawat menggunakan bahan berasid seperti cuka

3. Rambut manusia,
- Rambut sihat & kuat apabila sedikit berasid tetapi syampu
biasanya sedikit beralkali
- Oleh itu, mencuci rambut dengan syampu beralkali menjadikan
rambut tidak bermaya & kasar
- Perapi rambut yang bersifat asid boleh digunakan untuk
meneutralkan sisa syampu pada rambut, menjadikan rambut lebih
licin, berkilat & sihat

Pembersihan Air
Kaedah pembersihan air
1. Penurasan
a) Air dilalukan melalui satu penuras untuk menyingkirkan bahan
terampai seperti tanah liat, pasir & tumbuhan
b) Cecair yang keluar daripada penuras disebut hasil turasan
c) Bahan pepejal yang terperangkap pada penuras disebut
sebagai baki turasan

2. Pendidihan
a) Suhu tinggi membunuh mikroorganisma di dalam air
menjadikan air selamat untuk diminum
b) Digunakan di rumah untuk menjadikan air selamat diminum
c) Tetapi tidak sesuai untuk merawat air dalam kuantiti yang
sangat besar

3. Pengklorinan
a) Klorin dalam kuantiti yang kecil ditambah ke dalam air
b) Klorin dapat membunuh mikroorganisma
c) Digunakan untuk merawat air dalam kolam renang & juga di loji
pembersihan air
d) Klorin yang terlalu banyak tidak baik untuk kesihatan

4. Penyulingan
a) Hasil air yang diperoleh menerusi kaedah ini dinamakan air
suling
b) Air ini sebenarnya merupakan air tulen
c) Air ini bebas daripada bahan terlarut & mikroorganisma
d) Digunakan untuk menyediakan larutan kimia di makmal & ubat-
ubatan dalam bentuk cecair di farmasi & hospital
Sistem Bekalan Air
Peringkat2 pembersihan air di loji pembersihan air
1. Takungan air
- Air dibiarkan selama beberapa hari
- Zarah2 yang besar akan termendak di dasar takungan air

2. Tangki penyaringan
- Apabila air mengalir melalui jaringan logam, bendasing yang
besar seperti ranting kayu & daun akan disingkirkan

3. Tangki pengudaraan
- Air dipancutkan ke atas untuk melarutkan oksigen ke dalam air
bagi menyingkirkan bau & rasa yang kurang menyenangkan

4. Tangki penggumpalan
- Alum ditambahkan supaya butiran tanah akan menggumpal
untuk menjadi gumpalan yang lebih besar & melekit
- Kapur mati juga ditambah untuk mengurangkan keasidan air

5. Tangki pengenapan
- Apabila air mengalir dengan sangat perlahan melalui tangki itu,
gumpalan melekit yang terampai akan termendak di dasar

6. Tangki penurasan
- Air mengalir melalui satu siri penuras pasir untuk menyingkirkan
sebarang zarah terampai yang masih ada

7. Pengklorinan
- Sedikit klorin ditambah ke dalam air untuk membunuh
mikroorganisma berbahaya

8. Pemfluoridaan
- Sebatian fluorida ditambah ke dalam air untuk mengelakkan
pereputan gigi

9. Tangki simpanan
- Air yang telah dibersihkan disimpan di dalam tangki ini sebelum
diagihkan kepada pengguna