Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Mohd Umar Bin Ahmad iaitu Penyelia
Teknologi Dan Maklumat Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri
Perlis.
Isra Miraj berasal dari dua kata yaitu: Isra dan Miraj. Isra berarti perjalanan
malam (perjalanan dari Masjidil Haram ke masjidil Aqsa) dan Miraj berarti naik
ke langit. Peristiwa Isra Miraj ini merupakan suatu peristiwa yang sangat
penting bagi umat Islam kerana dalam peristiwa ini diperintahkan untuk
melakukan solat yang diwajibkan bagi seluruh umat Islam. Beliau menceritakan
serba sedikit tentang peristiwa Isra Mikraj ini.
Peristiwa Isra Miraj terjadi pada tanggal 27 Rajab tahun 621 M, 3 tahun
sebelum hijrah. Nabi Muhammad SAW saat itu berusia 51 tahun. Peristiwa luar
biasa ini terjadi mulai dari lepas tengah malam sampai menjelang waktu subuh
waktu Mekah.
Sebelum peristiwa itu terjadi, Rasulullah mengalami keadaan duka cita yang
sangat mendalam. Beliau ditinggal oleh isterinya tercinta, Khadijah. Lalu beliau
juga ditinggal oleh pakciknya sendiri, Abu Thalib, yang sangat melindungi Nabi
Muhammad. Kerana ditinggalkan kedua orang yang sangat disayangi tersebut
membuat beliau sangat berduka cita. Kerana itu Allah SWT menghibur Nabi
Muhammad dengan memperjalankan beliau, sampai kepada langit untuk
bertemu dengan Allah SWT.
Ceramah berakhir sekitar jam 9.45 pagi. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz
Umar kerana sudi hadir ke SK Beseri untuk menyampaikan ilmiah yang sangat
menarik. Semoga penerapan ilmiah ini akan menyedarkan kita semua tentang
Rasullullah dan kebesaran kuasa Allah SWT.