Anda di halaman 1dari 5

MATAPELAJARAN : BIOLOGI

KELAS :TUNGGAL (TINGKATAN 4 )

PELAJARAN : 11

TAJUK MINGGU INI : MEIOSIS

DISEDIAKAN OLEH : CIKGU S. MURALI

1. Pembiakan aseks :

pembiakan yang hanya melibatkan satu organisma induk.

Sel soma induk mengalami mitosis.

Anak mempunyai bilangan kromosom yang sama seperti induk ( diploid ).

Biasanya berlaku pada organisma peringkat rendah ( amoeba sp.)

2. Pembiakan seks :

Melibatkan 2 individu ( jantan dan betina ).

Organisma jantan menghasilkan gamet jantan ( sperma )

Organisma betina menghasilkan gamet betina ( ovum ).

Kedua-dua gamet adalah haploid.

3. Meiosis

Proses pembahagian sel dalam organ pembiakan untuk menghasilkan gamet.

Bagi organisma jantan ianya berlaku di testis.

Bagi organisma betina ianya berlaku di ovari

Bagi tumbuhan ianya berlaku di

anter bunga butir debunga

ovari bunga ovul

4. Meiosis dibahagikan kepada 2 peringkat

a) Meiosis I ( pembahagian nukleus pertama )

profasa I, metafasa I, anafasa I dan telofasa I.

kromosom berpisah untuk menghasilkan dua sel haploid


menurunkan bilangan kromosom daripada diploid menjadi haploid

b) Meiosis II ( pembahagian nukleus kedua )

profasa II, metafasa II, anafasa II dan telofasa II.

melibatkan pemisahan kromatid dan sama dengan proses mitosis

5. Peringkat dalam proses meiosis

Interfasa peringkat rehat


kromosom tidak jelas kelihatan
kromosom mengganda dua / replikasi berlaku
sentriol mengganda dua

MEIOSIS I
Profasa I ( awal ) kromosom memendek, menebal dan jelas kelihatan
kromosom terdiri daripada 2 kromatid yang terikat pada
sentromer.
Nukleolus mengecut
Sentriol mula berpisah

Profasa I (akhir ) Kromosom membentuk pasangan homolog


Sinapsis terbentuk
Setiap pasangan kromosom merupakan satu bivalen
Setiap pasangan kromosom terdiri daripada 4 kromatid
tetrad
Proses pindah silang berlaku di kiasma
Membran nukleus dan nukleolus mula hilang
Sentriol bergerak ke kutub bertentangan.
Gentian gelendong terbentuk antara sentriol
Metafasa I Kromosom homolog bergerak ke satah khatulistiwa
Gentian gelendong menetapkan kedudukan sentromer di
khatulistiwa.

Anafasa I Gentian gelendong mengecut


Setiap kromosom bergerak ke kutub

Telofasa I Kromosom homolog sampai ke kutub masing-masing


Gentian gelendong mula hilang.
Nukleolus muncul semula.
Sitokinesis berlaku menghasilkan dua sel anak.
Sel anak berada dalam keadaan haploid
MEIOSIS II
Profasa II Kromosom menebal dan memendek semula
Sentriol mengganda dua dan bergerak ke kutub bertentangan
Nukleolus dan membran nukleus hilang semula
Kromosom kelihatan semula sebagai sepasang kromatid

Metafasa II Gentian gelendong terbentuk


Kromosom tersusun di satah khatulistiwa

Anafasa II Sentromer membahagi dua


Pasangan kromatid terpisah ke kutub sel yang bertentangan
Kromatid di peringkat ini dikenali sebagai kromosom

Telofasa II Kromosom tiba di kutub sel.


Gentian gelendong hilang
Membran nukleus dan nukleolus muncul semula
Sitokinesis berlaku dan menghasilkan 4 sel anak haploid
6. Kepentingan mitosis

Membolehkan ciri-ciri daripada induk diwarisi kepada anaknya

Mengekalkan bilangan kromosom diploid setiap generasi.

Menjamin pembbentukan gamet-gamet haploid

7. Perbandingan antara proses meiosis I dengan meiosis II

8. Perbandingan antara proses meiosis dengan mitosis

9. Gangguan terhadap proses mitosis dan meiosis

Gangguan semasa meiosis menyebabkan kromosom homolog gagal berpisah dan

menghasilkan gamet yang abnormal.

Bahan yang boleh menyebabkan gangguan ini ialah: sinaran radioaktif, sinar X dan

bahan karsinogen ( sinaran UV, asap rokok, asbestos, benzena dll ).

Anda mungkin juga menyukai