Anda di halaman 1dari 2

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony.
Tony tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan
mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, Jerung! Jerung!
Bersembunyi cepat! Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-
celah batu.

Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut sebab
akan memakan mereka tanpa belas kasihan. Sebab itulah mereka akan lari ketakutan
apabila Tony menjerit, Jerung! Jerung! Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa
seronok dapat mempermain-mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai
Tony, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Tony.

Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin


mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung menghampiri
mereka. Namun Tony tidak menyedari kehadiran jerung itu. Jerung! Jerung!
Bersembunyi cepat! Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-
celah batu. Tony tidak menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka mereka
cuba mepermain-mainkanya.

Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah kamu
semua mempermain-mainkan aku! jerit Tony. Jerung itu berenang menghampiri
Tony. Tony tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.
KAWAN YANG TIDAK JUJUR

Terdapat seekor kuda bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama Ronnie.


Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang kurang
cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan terhadap kawannya itu. Ia kerap
menggunakan Ronnie bagi mendapatkan makanan. Roni hanya menurut segala kata-
kata dan arahan Joe.

Pada suatu petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba
mereka terserempak dengan seekor singa. Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri.
Joe yang licik mendapat idea untuk melepaskan diri dari singa itu. Ia berpura-pura
berani di hadapan kawannya itu.

Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan singa itu,kata Joe. Joe
berjalan kea rah singa. Hai, Encik Singa! Tolong jangan makan saya! Saya akan
bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh menikmati dagingnya yang lazat itu di
sana, kata Joe dengan lemah lembut. Baiklah, aku akan lepas kan kau! Tapi, kau
mesti bertindak cepat! jawab singa dengan garang.

Joe kembali menemui Ronnie. Singa itu tak mahu makan kita sekarang! Lebih
baik kita pergi segera dari sini dan menyorok di dalam gua. Ketika kuda dan keldai
itu masuk ke dalam gua, singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham keldai.
Kedua-dua sahabat itu menjadi makanan singa.

Anda mungkin juga menyukai