Anda di halaman 1dari 25

AKTIVITI 1 PENCARIAN MAKLUMAT

1.0 Pengenalan

Permainan tradisional pada umumnya adalah merupakan permainan yang


dicipta oleh masyarakat tradisional pada zaman dahulu iaitu merujuk kepada
permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu
tempoh yang tertentu. Permainan tradisional ini menjadi kebanggaan masyarakat
dan seterusnya diwarisi dari satu generasi kepada generasi berikutnya.

Permainan tradisional ini tidak terbatas usia pemainnya ia juga turut


dimainkan oleh kanak-kanak bahkan juga oleh golongan dewasa. Permainan
tradisional kebanyakannya dimainkan secara berkumpulan. Ini disebabkan sifat
masyarakat dahulu yang suka hidup berkelompok dan juga senantiasa
mengamalkan semangat berkumpulan dalam masyarakatnya. Ada juga permainan
tradisional ini yang boleh dimainkan secara perseorangan.

Masyarakat tradisional pada pada zaman dahulu menjalankan aktiviti


permainan ini sebagai suatu pengisian pada masa lapang, pada perayaan-perayaan
atau majlis-majlis tertentu atau selepas tamat sesuatu musim, misalnya musim
menuai padi. Umumnya juga masyarakat tradisional menjalankan permainan ini
pada zaman dahulu adalah untuk hiburan, peraduan tenaga dan sebagai
perlambangan adat resam suku kaum yang diwakili oleh masyarakat tertentu pada
ketika itu. Permainan-permainan tradisional ini bukan sahaja dapat membangkitkan
semangat kerjasama dan berkumpulan di kalangan masyarakat, malah ia sudah
menjadi sebagai salah satu hiburan utama di kampung-kampung dahulu. Tambahan
pula, terdapat juga permainan-permainan tradisional yang memerlukan pemain-
pemainnya menggunakan strategi-strategi yang bijak untuk memenangi permainan
itu.
Namun pada zaman teknologi ini, permainan tradisional semakin dipinggirkan
oleh golongan generasi muda kerana mereka lebih cenderung dengan aktiviti sukan
lasak yang dianggap lebih mencabar kerana memerlukan daya saing serta daya
tahan yang tinggi selain daripada ketertarikan mereka terhadap fenomena sukan
yang digarapkan oleh dunia antarabangsa.

1
AKTIVITI 1 PENCARIAN MAKLUMAT

Pertembungan generasi muda dengan permainan moden yang canggih


seperti permainan komputer juga merupakan ancaman kepada permainan
tradisional dimana melahirkan tanggapan bahawa permainan tradisional sudah
ketinggalan arus zaman. Perkara ini menyebabkan generasi muda tidak lagi
berminat dan kian melupakan cara atau kaedah sesuatu permainan tradisional
dimainkan.

Sebagai rakyat Malaysia kita haruslah bersama-sama bertanggungjawab dan


berganding bahu untuk mempopularkan kembali permainan tradisional ini agar terus
popular seperti kata peribahasa tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

2.0 PERMAINAN TRADISIONAL DALAM MASYARAKAT BERBILANG KAUM


DI MALAYSIA

Semua kaum mempunyai jenis permainan tradisional mereka masing-masing.


Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang
digarap daripada pelbagai keturunan
atau suku kaum. Kebudayaan ini telah
dipersatukan menjadi satu kebudayaan
yang unik kerana hampir setiap
keturunan atau suku kaum mempunyai
adat resam tersendiri sehingga
membentuk kebudayaan masing-
masing. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di
mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan
juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional
yang diperkenal dan pertandingkan.

2.1 TEROMPAH GERGASI


Permainan ini tergolong dalam permainan tradisional yang dimainkan oleh
masyarakat setempat di Negeri Sabah semasa perayaan perayaan atau pesta.
Aktiviti permainan ini pada zaman dahulu sering dipermainkan oleh kalangan kanak-

2
AKTIVITI 1 PENCARIAN MAKLUMAT

kanak sebagai mengisi masa terluang dan hiburan mereka ketika ibu-bapa bekerja
di ladang. Alatan yang biasa digunakan oleh kanak-kanak pada zaman dahulu ialah
batang dahan kelapa kering atau belahan bambu sebagai selipar gergasi yang
diikatkan tali sebagai penyangkut tapak kaki. Penggunaan alatan zaman dahulu kini
ditukar dengan menggunakan papan berukuran tiga (3) meter yang mempunyai
empat atau lima penyangkut kaki. Permainan ini dilakukan secara berkumpulan 4
orang atau hingga 5 orang dalam satu
pasukan.
Permainan ini dilakukan dengan cara
setiap gerakan kaki peserta mestilah sama
semasa berjalan. Pada asasnya gerakan
setara mesti dibuat oleh peserta dengan
rentak dan laju yang sama semasa
berjalan. Jika seseorang peserta tidak mengikut rentak maka pasukan tersebut akan
tersekat perjalanannya dan akan terjatuh. Dari segi moral, sukan ini
menggambarkan bahawa sesuatu perjalanan yang jauh atau masalah tidak dapat di
capai atau di selesaikan tanpa koordinasi dan sokongan dari semua ahli. Sukan ini
memerlukan kawasan yang luas.

2.2 RAMPANAU ( BERJALAN MENGGUNAKAN CANGKUNGAN )


Permainan Rampanau atau pun berjalan menggunakan cangkungan adalah
sejenis permainan tradisional yang sering dijalankan oleh kanak-kanak di zaman
dahulu sebagai permainan santai bagi mengisi masa terluang mereka bersama
rakan-rakan sepermainan sementara ibu bapa mereka sibuk di ladang. Permainan
ini terbatas kepada permainan individu atau berombongan sahaja maksudnya
permainan ini hanya dapat dimainkan secara individu bagi sepasang rampanau
tersebut atau beberapa orang secara berombongan dengan rampanau milik masing-
masing.

Rampanau ini diperbuat daripada dahan sagu (kumba), kayu keras dan dua
(2) batang bambu. Bambu berkenaan berukuran kira - kira 3 hingga 10 kaki. Dahan
sagu dan kayu keras digunakan sebagai tempat meletakkan kaki semasa aktiviti
dalam lubang yang ditebuk pada bambu yang berukuran kira kira 8cm dan 5cm. Di
sesetengah tempat pula hanya menggunakan sebatang dahan bambu tersebut

3
AKTIVITI 1 PENCARIAN MAKLUMAT

sebagai anjal kaki atau tempat untuk berpijak. Bagi kanak-kanak biasanya akan
merasa bangga bila dapat bermain rampanau, karena selain dapat melakukan
keseimbangan badan, dia juga akan merasa lebih tinggi dengan berpijak di atas
pijakan rampanau tersebut.

Pada awal zamannya, permainan rampanau biasanya digunakan oleh kanak-


kanak zaman dahulu untuk bermain . Namun tidak lama kemudian permainan ini
telah dipekembangkan dan telah mulai sering dipertandingkan, biasanya selepas
kerja kerja menjual padi dijalankan
atau semasa sambutan sesuatu
keramaian, majlis atau pesta.

Permainan tradisional ini dimainkan


dengan cara dan peraturan yang
mudah. Pemain yang bermain
rampanau perlu menginjakkan kakinya
pada alat pijakan yang tingginya sekitar 50 cm dari tanah. Kedua kaki dipijakkan
pada kedua pijakan dan mencuba berjalan menggunakan rampanau tersebut. Dalam
permainan ini, pemain haruslah dapat menjaga keseimbangan badan. Jika gagal
menjaga keseimbangan badan akan sering terjatuh. Namun jika sudah terlatih, maka
dia akan mahir menggunakan permainan rampanau tersebut. Pemain yang terjatuh
dari rampanaunya boleh kembali meneruskan permainan dengan rampanaunya.

Pemain permainan ini akan dikira menang jika pemain itu berjaya lebih dahulu
menamatkan larian rampanaunya ke garisan penamat.

2.3 LARI DALAM GUNI

Sukan ini tergolong dalam sukan tradisi yang dimainkan oleh masyarakat
setempat di Negeri Sabah terutama semasa menyambut hari perayaan seperti Hari
Kaamataan dan Karnival sukan Rakyat.

Menurut cerita dahulu kala, sukan ini wujud daripada idea sekumpulan muda
mudi yang sedang membantu keluarga mereka berkerja semasa menuai padi.
Sementara menunggu padi yang mereka jemur kering, muda mudi itu secara

4
AKTIVITI 1 PENCARIAN MAKLUMAT

sengaja atau tidak sengaja telah mengambil beberapa helai karung guni tersebut
dan terus berlari berlumba lumba sesama
mereka untuk menghilangkan rasa jemu
atau hanya untuk bersukaria sahaja. Tanpa
mereka sedari perlakuan mereka itu
mendapat perhatian daripada keluarga dan
saudara mara mereka yang mana turut
serta bermain dalam permainan tersebut.
Semanjak daripada peristiwa tersebut
permainan ini telah mendapat tempat dikalangan masyarakat setempat di Negeri
Sabah. permainan ini telah dijadikan sukan tradisi yang dimainkan turun menurun
dari generasi sehingga kini.

Permainan ini dimainkan secara individu yang mana setiap individu tersebut
akan memasukkan kaki mereka dalam karung guni tersebut. Seorang pelepas akan
melepaskan mereka di tempat mula. Pemain pula akan berlari dengan kaki dalam
karung guni tersebut apabila dilepaskan oleh pelepas. Pemain yang lebih dahulu
sampai ke garis penamat akan dikira sebagai pemenang nombor satu bagi
pemenang pertama, nombor dua dan nombor tiga bagi pemenang berikutnya
sementara pemain nombor empat dan seterusnya dikira kalah.

2.4 SEPAK RAGA

Permainan sepak raga mulai di dipermainkan oleh kaum Melayu sejak sekitar
600 tahun yang lalu. Dalam lipatan sejarah Melayu menceritakan tentang Raja
Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat
terkena bola raga tendangan Tun Besar. Pada zaman itu, selain dimainkan oleh
golongan bangsawan, permainan sepak raga juga turut digemari oleh rakyat jelata .
Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Sepak
takraw adalah permainan sepak raga yang telah dimodenkan sesuai dengan
keperluan dunia sukan, malahan sukan sepak takraw ini telah dikenali di seluruh
dunia.

5
AKTIVITI 1 PENCARIAN MAKLUMAT

Bola sepak raga adalah diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam
bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua
atau tiga lapis. Permainan ini dimulakan dengan
salah seorang pemain melambung bola kepada
rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan
menimang bola itu dengan kakinya sekali atau
beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah
pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk
lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan
mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam
pusingan tersebut ditamatkan.

Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu
bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola
kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan
kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain.
Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran
menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh,
permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

2.5 BATU SEREMBAN

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Di


Sabah permainan ini dikenali sebagai Main Batu. Sering dimainkan di waktu lapang.
Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu
atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat
orang atau lebih. Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang
kecil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat. Bilangan objek yang biasa
digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Dalam bermain
Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang
berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan
sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih
tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

6
AKTIVITI 1 PENCARIAN MAKLUMAT

Cara bermain Batu Seremban:

1. Buah Satu:
Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak
menyentuhi satu sama lain.
Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.
Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.
Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai
sudah dikutip,
2. Buah Dua:
Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.
Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.
Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

3. Buah Tiga:
Buah tiga ada sedikit perbezaan.
Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.
Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

4. Buah Empat:
Buah ibu akan dilambungkan ke udara.
Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah
yang berada di lantai dengan serentak.

5. Buah Lima:
Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.
Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-
empat biji buah diatas lantai dengan serentak.
Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang
sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan
di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.

6. Buah Enam:
Pada peringkat yang ke-enam, pemain akan pendapat sedikit perbezaan.
Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan
menjadi buah ibu.
Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu
harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga
selesai.

7. Buah Tujuh:
Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.
Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan
serentak.

7
AKTIVITI 1 PENCARIAN MAKLUMAT

Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.


Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.
Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.
Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

2.6 CONGKAK

Permainan congkak ialah sejenis permainan tradisional Melayu. Permainan ini telah
wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Permainan tradisional ini
selalunya digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan
dua orang pemain.

Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah
congkak yang disebut cakak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak,
lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara buah congkak atau cakak pula
menggunakan biji-biji guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan
sebagainya. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil kampung.
Jumlah kampung yang biasa terdapat pada
papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan
sebaris. Kampung-kampung ini diisikan
dengan buah congkak sama banyak. Terdapat
dua lubang besar di setiap hujung papan
congkak. Lubang ini dipanggil rumah.

Cara-cara bermain Congkak

1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak dan


kedua-dua pemain akan mula dengan serentak.
2. Mereka akan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung
dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
3. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan
dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain
hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri.

8
AKTIVITI 1 PENCARIAN MAKLUMAT

4. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan


kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung
tersebut.
5. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.
6. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh
meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di
mana-mana kampung sendiri.
7. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka
permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan
permainan seterusnya hingga mati.
8. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung
dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia
dianggap terbakar.
9. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua,
ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

2.7 GASING

Gasing adalah permainan yang boleh berputar pada bahagian bawahnya ia


dimainkan oleh orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Ia selalunya dimain selepas
musim menuai. Pemenang adalah yang paling lama gasingnya berputar.

Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau
kundang. Kayu itu dibentuk sehingga menjadi bentuk gasing. Talinya selalunya 1
meter panjang.

Cara permainan dahulu dan sekarang tidak banyak perbezaannya. Di


Malaysia permainannya berlainan antara satu daerah dengan daerah lain. Walau
bagaimanapun pemain harus mempunyai kemahiran memusing, memangkah,
membela uri gasing.

Jika mengikut cara yang betul ia akan menghasilkan


pusingan yang tegak, kuat, ligat dan tetap. Langkah yang
disusun akan menentukan hasilnya, jika tidak betul, gasing
itu jatuh, mengiring, meleret atau borot.

9
AKTIVITI 1 PENCARIAN MAKLUMAT

Ada dua jenis pusingan iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap.
Pusingan tarik, gasing harus dipegang mengiring dan dihayun ke belakang, harus
juga tertumpuh kepada arah sasaran di hadapan. Bagi pusingan sentap , ia
mengahasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat.

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau
gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk
gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.

Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda


dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian
bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta
pemegang gasing itu.

Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali


setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga
meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah
dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.

2.8 KONDA-KONDI

Merupakan salah satu permainan tradisional dikalangan masyarakat Melayu


pada zaman dahulu sebagai salah satu cara untuk menghibur dan bergembira
setelah penat bekerja. Konda-kondi adalah
sejenis permainan memukul kayu kecil
dengan kayu panjang. Kawasan permainan
ini ialah kawaasan yang terbuka dan lapang.
Di beberapa tempat permainan ini juga
dikenali sebagai Perik Mata, ia dinamakan
sedemikian kerana permainan ini
memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan
pemain bagi menguis kayu ke arah yang selamat dan mengejar kayu yang dikuis

10
AKTIVITI 1 PENCARIAN MAKLUMAT

tersebut untuk mematikan pihak lawan. Ia merupakan permainan yang ringkas dan
menyeronokkan. Permainan ini selain sebagai hiburan ia juga bertujuan untuk
menguji kepintaran pemain memukul kayu dan mengelak daripada disambut oleh
pemain lawan.

Peralatan yang diperlukan untuk permainan ini adalah terdiri daripada dua
batang kayu kecil yang masing-masing berukuran 15cm dan 30cm panjang. Kedua-
dua batang kayu ini berbentuk bulat dab berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang
pendek di panggil anak dan kayu yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam
15cm juga dikurang bagi tujuan meletakkan kayu panjang.

Cara bermain Konda-kondi


Menggunakan dua batang kayu iaitu, satu kayu pendek berukuran kaki dan
satu kayu panjang berukuran 1 kaki.
Pemain dibahagikan kepada dua pasukan. Setiap pasukan sama banyak
bilangannya.

Undian dibuat untuk menentukan giliran sebagai pemain kumpulan mana


yang main dahulu.

Lubang dikorek di atas permukaan tanah. Pemain utama meletak kayu anak
melintangi lubang. Lalu menguis kayu anak menggunakan kayu ibu.

Pemain yang memulakan permainan akan berdiri dekat lubang tempat


bermain. Pasukan lawan pula akan berdiri di serata tempat.

Pemain kumpulan kedua berusaha menangkap kayu anak yang melambung


di udara.

Jika pemain lawan gagal menangkap kayu anak. Ukur jarak kayu anak itu dari
lubang dengan kayu ibu. Mata akan dikira daripada bilangan ukuran yang
dibuat.

Jika kayu anak berjaya disambut, maka kumpulan utama dikira mati. Giliran
permainan bertukar. Kumpulan kedua akan mengambil peranan sebagai
kumpulan utama pula.

11
AKTIVITI 1 PENCARIAN MAKLUMAT

Meneruskan permainan pada tahap dua. Pemain utama memukul kayu anak.

Pemain utama berusaha menghalang kayu


anak yang dibaling oleh pemain kedua.

Mata dikumpul oleh pemain-pemain dalam


pasukan itu dicampur bagi mendapatkan
jumlah keseluruhan. Kumpulan yang mengumpul bilangan mata terbanyak
dikira akan memenangi pertandingan itu..

2.9 MAHJONG
Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang. Permainan
ini berasal dari China yang lahir dari China pada 3000-4000 tahun yang lalu. Dalam
sejarahnya permainan Mahjong ini dimainkan oleh raja dan golongan-golongan
bangsawan. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk
juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh
menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Padahal dari asal usulnya Mahjong
ini hanyalah sebuah permainan sehat yang diperuntukan untuk kesenangan semata.
Permainan yang menghibur para pemain-pemainnya.

Permainan mahjong menggunakan keping kad atau balok tebal yang terbuat
dari tulang dan buluh. Seiring dengan perkembangan zaman, saat ini keping kad
Mahjong dibuat dari bahan plastik. Satu set Mahjong terdiri atas 108 buah keping
kad ditambah 36 yang dijadikan cadangan jika diperlukan atau untuk tambahan.

Ada tiga jenis Mahjong yang ada dalam setiap setnya. Jenis tersebut yaitu Bing,
Tiao dan Wan. Setiap jenisnya terdiri atas bunga serupa yang diberi nomor satu
sampai sembilan.

Cara bermainnya adalah dengan membentuk suatu kombinasi biji Mahjong


sebanyak 14 biji. Pemenangnya iaitu peserta yang paling cepat mengumpulkan 14
biji buah Mahjong. Kombinasi inilah yang berbeza-beza di setiap kawasan dalam
memainkannya. Ini menyebabkan beberapa orang menganggap bahawa permainan
Mahjong ini menjadi rumit. Oleh karena itu, untuk memainkannya memerlukan
kemahiran, kecekapan dalam mengatur strategi dan prediksi, serta hal lainnya, iaitu
keberuntungan nasib.

12
AKTIVITI 1 PENCARIAN MAKLUMAT

2.10 GO
Go ialah satu permainan tradisional masyarakat Cina, ia adalah permainan
berpapan yang dimainkan oleh dua orang pemain. Go juga dikenali sebagai wiq di
dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi
hanya mempunyai undang-undang permainan yang mudah. Go hanya
menggunakan biji-biji batu berwarna hitam dan putih.

Go dimainkan dengan cara kedua-dua pemain akan berganti-ganti


meletakkan batu masing-masing di atas persilangan grid garis. Tujuannya adalah
untuk menguasai kawasan papan yang lebih besar daripada lawan. Oleh itu setiap
pemain akan berusaha untuk meletakkan biji-biji batu mereka dalam cara-cara
tertentu agar tidak ditangkap oleh pihak lawan, disamping itu merancang pemetaan
kawasan-kawasan yang pihak lawan tidak akan dapat duduki tanpa ditangkap. Sebiji
batu atau sekumpulan batu akan ditangkap dan dialihkan jika sekiranya ianya tidak
mempunyai persilangan bersebelahan yang kosong, akibat daripada dikelilingi
sepenuhnya oleh batu-batu dari pihak lawan.

2.11 XIANG QI
Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua
orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi
bentuk masa kini adalah berasal dari China, oleh
itu permainan ini juga digelar sebagai Catur Cina.
Permainan ini didapati telah mula dimainkan
seawal abad ke-4 selepas Masihi di China.

Xiangqi merupakan salah satu permainan


papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik
pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti raja dalam catur)

13
AKTIVITI 1 PENCARIAN MAKLUMAT

daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta sungai dan istana yang
mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.

Peraturan dan cara permainan Xiang Qi:

1. Raja bergerak hanya satu


ruang pada satu masa,
sama ada secara melintang
atau menegak. Tambahan
pula, Raja perlu sentiasa
berada dalam lingkungan
istana, yang merupakan
persegi ditanda dengan X.
2. Pengawal (Advisor) bergerak hanya satu ruang pada satu masa menyerong.
Sama seperti Raja, pengawal mesti berada dalam lingkungan istana.
3. Menteri-menteri (Gajah) bergerak dua ruang pada satu masa menyerong
(iaitu 2 ruang kiri / kanan dan 2 tempat dalam pergerakan ke atas / bawah).
Mereka mesti kekal dalam bahagian masing-masing sungai. Jika terdapat
sekeping antara pertengahan kedudukan asal dan akhir yang dicadangkan
bagi menteri, menteri disekat dan pergerakannya adalah tidak dibenarkan.
4. Kereta kebal (Kereta) bergerak satu atau lebih ruang secara melintang atau
menegak dengan syarat bahawa semua kedudukan di antara kedudukan asal
dan akhir adalah kosong.
5. Kuda (Horses) bergerak dua ruang mendatar dan satu ruang menegak (atau
masing-masing 2 ruang menegak dan satu ruang mendatar). Jika terdapat
sekeping di sebelah kuda (menegak) arah melintang, kuda itu disekat dan
langkah itu adalah tidak dibenarkan.

14
AKTIVITI 1 PENCARIAN MAKLUMAT

6. Meriam bergerak satu atau lebih ruang mendatar atau menegak seperti Rook
a. Walau bagaimanapun, dalam usaha menangkap, mesti ada betul-betul satu
ruang yang tidak kosong di antara kedudukan asal dan akhir. Dalam keadaan
bukan menangkap, semua ruang
di antaranya mestilah kosong.
7. Bidak (atau Askar) bergerak satu
ruang pada satu masa. Jika bidak
tidak melintasi sungai lagi, ia
hanya boleh bergerak ke
hadapan secara menegak. Setelah menyeberangi sungai, bidak juga boleh
bergerak secara mendatar.
8. Tangkap: Apabila sekeping bergerak ke kedudukan yang kini dipegang oleh
sekeping lawan, ia menangkap sekeping bahawa lawan. Sekeping ditangkap
dikeluarkan dari papan.
9. Garis penglihatan Raja: Dua Raja-raja dalam lembaga tidak boleh berada di
fail yang sama (garisan menegak) tanpa sebarang keping di antara mereka.
Satu langkah yang meletakkan kedua-dua Raja-raja dalam apa-apa suasana
yang menyalahi undang-undang.
10. Keselamatan Raja: Satu tidak boleh meninggalkan Raja hendak ditawan oleh
pembangkang dalam langkah seterusnya. Sebarang langkah yang
meletakkan Raja dalam apa-apa suasana yang menyalahi undang-undang.

Syarat Penamatan permainan: permainan ini berakhir apabila salah satu daripada
situasi berikut berlaku:

Checkmate: Jika seseorang mengancam untuk menangkap Raja lawan dan


lawan tidak mempunyai cara untuk menyelesaikan ancaman, satu
kemenangan.
kebuntuan: Jika seseorang itu tidak mempunyai apa-apa langkah yang sah,
satu kehilangan.

Salah satu atau kedua-dua pihak melanggar Peraturan Advanced.

2.12 KHO-KHO

15
AKTIVITI 1 PENCARIAN MAKLUMAT

Kho-kho merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum


India. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan
menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa
Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan Lari dan kejar
di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain.
Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan
yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain.

Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12


pemain.Namun, hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat
2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit
untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada
di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan. Setiap 8 peserta ini
akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang.
Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi
setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan.
Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan
tanpa melakukan foul, pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya
ataupun lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar
dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata Kho Kho. Pemain
yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi
setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi permainan Kho-Kho ini,
keluasan petak padang yang diperlukan ialah 27mX15m.

2.13 CHATURANGA
Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga, yang
berkembang di India pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah
memperkenalkan dua pihak yang bermain, perbedaan buah catur dengan kekuataan
yang berbeda, dan kemenangan tergantung pada buah terakhir, atau dalam catur

16
AKTIVITI 1 PENCARIAN MAKLUMAT

modern ditandai dengan tumbangnya sang raja. Dalam catur kuno, papan catur
memiliki 100 kotak atau malah lebih.

Pada awal abad 19, sebuah pendapat disampaikan Kapten Hiram Cox dan
Duncan Forbes bahwa dulu catur dimainkan 4 orang sekaligus, termasuk empat
pemain dalam chaturanga.

Dalam terminologi sanskrit, Chaturanga berarti memiliki empat bagian dan


dalam puisi epos kepahlawanan kata itu juga berarti tentara. Nama itu sendiri
bersumber dari sebuah formasi pertempuran dalam epos Mahabrata yang terkenal
di India. Chaturanga adalah sebuah simulasi permainan perang guna
memperlihatkan kekuatan strategi militer India saat itu.

Ashtpada, kotak 8 x 8 di sebuah papan merupakan tempat bermain


Charuranga. Papan lain yang dikenal di India adalah Dasapada 10 x 10 dan
Saturankam 9 x 9.

Ilmuwan Arab Abu al-Hasan Al al-Masd memberi rincian tentang


penggunaan catur yakni sebagai sebuah alat strategi ketenteraan, matematik,
perjudian dan terkadang dihubungkan dengan ramalan nasib di India dan tempat
lainnya. Catatan Masd juga menunjukkan Ivory di India merupakan daerah
pengeluar alat permainan catur untuk pertama kali, menyebarkan serta
memperkenalkan permainan ini dari Persia ke India semasa Kerajaan Nushirwan.

Kemudian terjadi evolusi pada permainan chaturanga yang dikenal dengan nama
Shatranj (chatrang), yakni sebuah permainan dua orang pemain yang kekalahan dan
kemenangan ditentukan melalui pembersihan terhadap semua
bidak lawan (kecuali raja) atau melalui penaklukan terhadap raja
lawan. Posisi pion dan kuda tidak berubah, tapi bidak lain
mengalami perubahan bentuk.

2.14 KABADI

17
AKTIVITI 1 PENCARIAN MAKLUMAT

Permainan Kabaddi merupakan permainan tradisional yang berasal dari


negara India. Menurut bahasa Hindi, perkataan kabaddi bermaksud menahan
nafas yang juga merupakan sebahagian dari permainan tersebut. Turut dikenali
dengan nama Hadududi kalangan orang Bangladesh.Permainan ini sangat popular
di selatan Asia dan mula berkembang di Asia Tenggara, jepun dan Iran. Kabaddi
turut merupakan salah satu permainan yang dipertandingkan di Sukan Asia.

Permainan ini dimainkan antara dua pasukan. Setiap pasukan mempunyai 12


orang pemain; iaitu tujuh pemain utama dan lima lagi sebagai pemain simpanan.
Bagi setiap sesi permainan, satu pasukan akan bertindak sebagai pasukan
penyerang manakala pasukan yang satu lagi bertindak sebagai pihak lawan.

Permainan ini dimainkan di kawasan gelanggang permainan yang meliputi


luas 12.5 x 10 meter persegi yang dibahagi pula kepada dua kawasan yang sama
luas. Durasi permainan adalah selama 40 minit untuk dua sesi dengan tambahan 5
minit untuk pertukaran dua sesi tersebut.

Permainan ini dimainkan dengan cara Pasukan penyerang akan


menghantar seorang penyerang yang akan memasuki kawasan pihak lawan
(sebahagiannya seperti yang dijelaskan diatas).

Penyerang tersebut akan berusaha untuk menyentuh atau menjatuhkan


mana-mana pemain dari pasukan pihak lawan. Sepanjang proses ini, wakil pasukan
penyerang tersebut perlu menahan nafas.
Untuk memastikan beliau tidak menipu dengan
menarik nafas yang lain, beliau dikehendaki
menyebut kabaddi secara berterusan.

Jika penyerang dapat menyentuh atau


menjatuhkan mana-mana pemain semasa
beliau masih lagi menahan nafas, pemain
tersebut akan terkeluar dari permainan. Penyerang tersebut kemudiannya akan
kembali semula ke gelanggangnya.

Namun, apabila penyerang sudah berjaya mengeluarkan seorang pemain,


keseluruhan pasukan pihak lawan akan cuba menahannya daripada kembali semula

18
AKTIVITI 1 PENCARIAN MAKLUMAT

ke gelanggang pasukan penyerang. Jika penyerang tersebut mengambil nafas lain


sebelum berjaya kembali, beliau juga turut terkeluar.

Kedua-dua pasukan bertukar posisi sebagai penyerang dan pihak lawan


secara bergilir-gilir sehingga sesi permainan tamat.

Peraturan am permainan ini ialah, tujuh pegawai diperlukan dalam menyelia


permainan iaitu seorang pengadil, dua hakim, dua penjaga garisan, seorang penjaga
masa dan seorang pencatat markah.

Mata akan dikira berdasarkan percubaan yang berjaya untuk


menyentuh/menjatuhkan dan kembali semula ke gelanggang pasukan dalam
tempoh satu nafas.

Mana-mana pemain yang keluar secara sengaja atau mana-mana bahagian


badannya menyentuh kawasan luar dari garisan gelanggang semasa sesi
permainan berlangsung, pemain tersebut secara automatiknya akan dikira terkeluar
dari permainan kecuali jika tindakan itu berlaku atas struggle.

Pasukan yang berjaya mengeluarkan semua pemain dalam pasukan pihak


lawannya dalam masa sesi permainan akan mendapat 2 mata bonus lona.

Bagi peringkat yang tinggi, permainan Kabaddi dijalankan mengikut asas


ketinggian dan berat untuk memastikan keadilan dalam permainan.

3.0 KELEBIHAN DAN MANFAAT PENGANJURAN PERTANDINGAN


PERMAINAN TRADISIONAL

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya


yang diwarisi dari masyarakatnya yang berbilang kaum. Di antaranya termasuklah
permainan tradisional yang merupakan sebahagian daripada warisan budaya
seluruh masyarakat malaysia. Permainan tradisional merujuk kepada permainan
budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang
tertentu. Semua kaum mempunyai jenis permainan tradisional mereka masing-
masing. Permainan tradisional ini merupakan satu bentuk hiburan masyarakat
zaman dahulu. Permainan tradisional bukan hanya dimainkan oleh kanak-kanak

19
AKTIVITI 1 PENCARIAN MAKLUMAT

bahkan juga oleh golongan dewasa. Namun dewasa ini, aktiviti permainan
tradisional smakin mendapat penyisihan oleh bukan sahaja golongan kanak-kanak
malahan golongan dewasa juga turut menyisihkan permainan tradisi ini. Oleh itu,
kepenganjuran sesuatu pertandingan yang melibatkan permainan tradisional dilihat
sangat bermanfaat untuk memertabatkan kembali tradisi kesukanan tradisional ini.
Melalui permainan tradisional juga kita dapat mengenali budaya kaum lain kerana
permainan tradisional itu sendiri merupakan lambang dan menggambarkan corak
kehidupan masyarakat tersebut.

Penganjuran permainan tradisional bukan sahaja dapat mendatangkan rasa


keseronokan tetapi juga dapat memberikan pendedahan tentang kepelbagaian
permainan tradisional masyarakat pelbagai kaum di Malaysia kepada bukan sahaja
peserta tetapi juga kepada penonton yang hadir dalam majlis permainan tradisional
tersebut. Pertandingan bermain permainan tradisonal merupakan rencah maslahat
untuk mempertahankannya. Langkah tersebut penting supaya ahli masyarakat
mendapat pendedahan dan mempelajari permainan tradisional sepanjang kempen
dan pertandingan dijalankan kerana tak kenal, maka tak cinta. Dengan langkah
proaktif tersebut, kita dapat memastikan permainan tradisional mampu menjadi
warisan budaya untuk generasi yang akan datang.

Penganjuran pertandingan permainan tradisional ini juga turut dapat


menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni masyarakat setempat dan
Malaysia amnya. Melalui permainan tradisional kita dapat memupuk semangat
perpaduan, rasa muhibah, dan mesra dalam kelompok masyarakat. Tanpa melihat
warna kulit mahupun agama. Oleh yang demikian, tersimpul dengan nyata
permainan tradisional ini dilihat sebagai permainan rakyat yang dapat menghidupkan
kesuburan norma kehidupan murni kerana nilai tradisi yang tinggi di dalamnya
terkandung pelbagai nilai budaya masyarakat yang memilikinya.

Permainan tradisional merupakan salah satu cara rakyat tanpa mengira kaum
mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan sekaligus
membantu menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang sia-sia.

Pertandingan permainan tradisional seumpama ini juga dapat membantu


membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan tahap kecergasan yang

20
AKTIVITI 1 PENCARIAN MAKLUMAT

ada pada setiap peserta. Selain itu, penganjuran ini juga dapat menguji kemahiran
kognitif peserta pertandingan untuk berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya
untuk mengesan dan menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul dengan tepat.
Penganjuran ini juga mampu menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat
dalam diri setiap peserta mahu ahli penganjur itu sendiri. Perkara yang sedemikian
mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.

Pertandingan permainan tradisional ini juga sangat berfaedah dan bermanfaat


khususnya untuk meningkat dan mengeratkan hubungan sosial dikalangan
masyarakat majmuk di Malaysia. Menerusi pertandingan permainan tradisional ini
nilai-nilai murni seperti bekerjasama, semangat kesukanan sama ada individu
mahupun berpasukan dapat di pupuk, selain dari itu pertandingan ini juga dapat
mengeratkan silahtulrahim dikalangan peserta mahupun pihak penganjur dan
masyarakat keseluruhannya. Jelas di sini bahawa permainan tradisional
dapat mengukuhkan semangat perpaduan nasional dikalangan rakyat supaya terus
menyuburkan semangat bersatu teguh.

Kesimpulannya, permainan tradisional ini sangatlah penting dihidupkan


semula supaya menjadi tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Usaha
seumpama ini sangatlah mustahak supaya permainan rakyat ini akan lebih
dipandang berat dan diapresiasi oleh segenap lapisan masyarakat di nusa ini.
Warisan bangsa ini sebenarnya mestilah dikekalkan demi kesejahteraan negara.
Secara tidak langsung, permainan tradisional akan dapat mengharumkan nama
negara dan menaikkan imej Malaysia di persada dunia.

4.0 CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI UNTUK MEMPOPULARKAN


PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan tradisional yang merupakan warisan bangsa kini berhadapan


dengan ancaman arus pembangunan dan pemodenan khususnya kemajuan
teknologi menyebabkan popularitinya semakin berkurangan. Generasi muda hari ini
tidak mengenali permainan tradisional dengan mendalam kerana kemajuan
teknologi yang begitu pesat. Pelbagai pihak telah berusaha untuk mengembalikan
populariti permainan tradisional masyarakat kita. Namun begitu, usaha untuk

21
AKTIVITI 1 PENCARIAN MAKLUMAT

mengembalikan kegemilangan permainan tradisional ini berhadapan dengan


cabaran yang besar.

Salah satu dari cabaran dalam usaha untuk mempopularkan semula


permainan ini ialah golongan remaja zaman sekarang yang beranggapan bahawa
permainan tradisional sudah ketinggalan zaman dan tidak sesuai lagi dimainkan.
Sikap segelintir generasi pada masa kini yang menganggap permainan tradisional
adalah ketinggalan zaman dan hanya wujud pada zaman puntung asap sahaja
haruslah dikikis.

Persaingan dengan permainan moden yang canggih seperti permainan


komputer juga merupakan ancaman kepada permainan tradisional. Permainan
tradisional merupakan sumber hiburan utama masyarakat silam tetapi kini
perkembangan teknologi moden telah merubah segala-galanya. Kecanggihan
permainan moden melekakan generasi pada masa kini yang telah menjadi kera
sumbang kerana asyik terperap di dalam kamar sahaja.

Remaja hari ini juga lebih cenderung kepada sukan lasak yang dianggap lebih
mencabar dan memerlukan daya saing serta daya tahan yang tinggi. Iklan-iklan
sukan dunia disamping galakan pihak berkuasa khususnya penyertaan golongan
remaja dalam aktiviti permainan moden dan antarabangsa bukan sahaja menjadi
salah satu sebab mengapa permainan tradisional ini semakin tersisih menyebabkan
mempopularkan semula permainan tradisional ini semakin mencabar.

Sikap acuh tak acuh sesetengah pihak dalam mengembalikan kegemilangan


permainan tradisional ini menyebabkan permainan ini semakin terus dilupakan.
Kecenderungan masyarakat moden untuk hidup seperti enaun dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan permainan tradisional ini hanya
tinggal dalam buku-buku dan majalah-majalah sahaja. Sepatutnya generasi pada
masa kini tampil sebagai pewaris pusaka tradisi nenek moyang yang terbilang.

Kesimpulannya semua pihak perlu memainkan peranan untuk


mempopularkan warisan ini kerana permainan tradisional ini merupakan satu
daripada warisan silam yang perlu dipertahankan. Pihak kerajaan dan swasta
seharusnya bersama-sama menggembling tanggungjawab untuk mengembalikan

22
AKTIVITI 1 PENCARIAN MAKLUMAT

semula kegemilangan permainan tradisional ini agar terus popular dikalangan


remaja.

5.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMPOPULARKAN PERMAINAN


TRADISIONAL.

Tidak dapat disangkali hakikatnya pada hari ini, permainan tradisional mula
dilupakan. Hal ini disebabkan adanya halangan dan kekangan yang disebabkan oleh
arus kemodenan, pengaruh-pengaruh kuat dari aktiviti-aktiviti permainan yang
bersifat antarabangsa yang mendapat suntikan bukan sahaja oleh media-media
massa tetapi juga oleh badan-badan bukan Kerajaan dan Kerajaan malahan turut
mendapat dukungan oleh sebahagian besar kalangan masyarakat kita. Oleh itu,
usaha-usaha perlu diambil bagi mempopularkan semula permainan tradisional ini.

Salah satu usaha bagi mempopularkan permainan tradisional adalah melalui


pendedahan dan galakan serius dari peringkat sekolah. Sangat bertepatan sekali
pendedahan pada peringkat sekolah yang mana sewajarnya pihak sekolah melalui
sokongan penuh Kementerian Pelajaran agar mewujudkan kegiatan kokurikulum
yang berkaitan dengan permainan tradisional. Malahan, kanak-kanak di peringkat
prasekolah juga wajar didedahkan dengan permainan tradisional kerana melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Salah satunya adalah dengan menubuhkan Kelab
Permainan Tradisional di peringkat sekolah. Usaha ini bertujuan untuk
memperkenalkan permainan tradisional kepada pelajar-pelajar. Tambahan pula,
pertandingan permainan tradisional antara sekolah-sekolah akan menyemarakkan
lagi semangat murid untuk memahirkan diri dengan permainan-permainan
tradisional tertentu. Langkah ini sudah tentu dapat menghidupkan kembali
kegemilangan permainan tradisional dalam kalangan generasi muda di negara kita.
Usaha ini tidak akan sia-sia jika ianya berterusan sehingga ke peringkat pengajian
tinggi.

Pihak kerajaan juga perlu main peranan dalam usaha ini. Kerajaan wajar
menganjurkan pertandingan-pertandingan permainan tradisional di semua peringkat
sosial. Pertandingan ini wajar dijadikan acara bulanan atau tahunan agar
pendedahannya lebih kerap dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Setiap

23
AKTIVITI 1 PENCARIAN MAKLUMAT

negeri mestilah digalakkan untuk mengambil bahagian sebagai langkah


memeriahkan pesta tersebut. Langkah ini bertujuan untuk menarik minat masyarakat
untuk bergiat cergas dalam bidang permainan (sukan) tradisional yang semakin
dilupakan. Penganjuran pertandingan akan dapat mengembalikan populariti
permainan tradisional bangsa kita.Tegasnya, pihak kerajaan haruslah memainkan
peranan dan memastikan permainan tradisional kekal diminati oleh rakyat.

Melalui Kementerian Pelancongan juga perlu menjadikan permainan


tradisional ini sebagai satu bentuk kerjaya yang mana bukan sahaja memberi
keuntungan kepada negara tetapi juga sebagai suatu punca pendapatan masyarakat
kita. Kerana permainan tradisional itu sendiri merupakan lambang dan
menggambarkan corak kehidupan masyarakat yang majmuk kerana nilai tradisi yang
tinggi di dalamnya terkandung pelbagai nilai budaya masyarakat yang memilikinya
dan ini menjadikan amalan membudayakan permainan tradisional satu daya tarikan
kepada pelancong luar dan dalam negara. Usaha ini bukan sahaja dapat
mempopularkan semula permainan tradisi masyakat kita tetapi juga dapat
membantu mengharumkan nama negara kita sebagai sebuah negara yang kaya
dengan budaya tradisional yang terpelihara di persada dunia.

Peranan pihak media massa juga sangat penting. Pihak media seharusnya
berpenanan sebagai medium yang dapat menghebahkan kelebihan permainan
tradisional kepada masyarakat. Hebahan boleh dilakukan melalui surat khabar,
televisyen, majalah dan internet. Anjuran mahu pun bantuan pihak media dalam
menghebahkan aktiviti pertandingan permainan tradisional sangat-sangat membantu
kerana rata-rata masyarakat zaman sekarang banyak bergantung kepada media-
media massa ini untuk mendapatkan malumats Sesungguhnya, peranan pihak
media massa sangat penting dalam membantu memperkenalkan dan
mempopularkan permainan tradisioanl ini kepada masyarakat khususnya generasi
muda.

Peranan ibu bapa juga penting untuk mempopularkan semula permainan


tradisional ini dikalangan anak-anak mereka. Ibu bapa sebagai orang yang paling
rapat dengan anak-anak mereka perlu memperkenalkan permainan tradisional ini
kepada anak-anak sejak kecil lagi. Ibu bapa sewajarnya dapat meluangkan masa
bersama dengan anak-anak dengan bermain permainan tradisional seperti bermain

24
AKTIVITI 1 PENCARIAN MAKLUMAT

congkak dan sebagainya, sebagai satu aktiviti riadah yang bukan sahaja sebagai
mengisi masa lapang dan hiburan tetapi juga sebenarnya dapat membantu
mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Ibu bapa dapat membantu
mengembalikan kepopularan permainan tradisional ini seperti membelikan
permainan tradisional seperti gasing, congkak dan layang-layang khusus untuk
anak-anak mereka.

Peranan individu juga sangat penting dalam usaha mempopularkan


permainan tradisional ini. Kesedaran adalah sangat penting ditanam dalam diri
setiap individu itu. Mereka hendaklah menanamkan sikap suka dan ingin tahu
tentang permainan tradisional. Dengan mempelajari dan mengambil bahagian dalam
pertandingan permainan tradisional setiap individu dapat mengurangkan diri mereka
daripada terlibat dengan permainan moden seperti permainan elektronik.
Penyertaan pelajar dalam pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah dan
masyarakat juga dapat membantu pelajar mencintai dan meminati permainan
tradisional. Oleh yang demikian, peranan setiap individu itu amat penting dalam
mempopularkan permainan tradisional.

Peranan masyarakat. Masyarakat boleh memberikan sokongan dengan


menubuhkan persatuan atau kelab permainan tradisional di tempat tinggal mereka.
Mereka boleh bermain pada masa lapang. Mereka juga boleh mengadakan
pertandingan di peringkat kampung atau antara kampung. Sebagai contoh
permainan gasing, layang-layang dan sepak raga. Pertandingan ini dapat
memperkenalkan dan menonjolkan bakat seseorang dalam permainan tradisional.
Oleh itu, peranan masyarakat amat penting dalam usaha mempopularkan
permainan tradisional.

Kesimpulannya, permainan tradisional memang wajar dikembalikan


kegemilangannya dalam kalangan generasi muda. Semua pihak hendaklah
berganding bahu untuk mempopularkan kembali warisan bangsa yang tidak ternilai
harganya ini. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat. Jika tidak permainan tradisional warisan berzaman ini hanya tinggal nama
sahaja pada suatu masa nanti. Kerjasama dan iltizam semua pihak akan dapat
mempopularkan kembali warisan bangsa kita sampai bila-bila.

25

Anda mungkin juga menyukai