Anda di halaman 1dari 4

1.

BAG-PACK

2. SINOPSIS

Bag-pack merupakan satu alat yang digunakan untuk meningkatkan minat murid terhadap aktiviti Pendidikan
Jasmani yang dirancang oleh guru. Alat ini dihasilkan bersesuaian dengan salah satu cabang daripada teori
kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner. Menurut Gardner (seperti petikan dalam Noriati
A. Rashid, Boon, P.Y. & Sharifah, 2012) mengemukakan lapan kecerdasan pelbagai yang dapat dijadikan panduan
kepada guru dalam mendorong pembelajaran murid serta merangsang minat murid berdasarkan kelebihan yang
dimiliki mereka. Antaranya termasuklah kecerdasan linguistik, logikal-matematik, ruang-visual, muzik, kinestetik,
interpersonal, intrapersonal dan naturalist. Penggunaan muzik merupakan salah satu kecerdasan yang penting
dalam merangsang pembelajaran murid-murid.

Inovasi ini dapat meningkatkan minat murid terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani. Dengan bantuan inovasi ini, murid-murid lebih fokus terhadap guru dan secara tidak
langsung dapat membantu PdP berjalan dengan lancar. Hal ini kerana murid-murid bukan sahaja menggunakan
deria pendengaran malah mereka juga menggunakan deria penglihatan.

Bag-pack yang mengandungi bahan visual seperti gambar, imej, ikon dapat membolehkan sesuatu yang
penerangan yang rumit menjadi lebih ringkas, mudah dan tepat. Secara khususnya, inovasi ini dapat
mempersembahkan sesuatu penerangan yang abstrak dalam bentuk konkrit. Justeru, alat ini sesuai untuk tahap
kognitif peringkat kanak-kanak.

Penggunaan peralatan dalam proses PdP Pendidikan Jasmani juga penting. Adejiji (2000) menegaskan bahawa
untuk menarik perhatian serta membentuk motivasi murid dalam melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti PJ
mestilah ada peralatan yang mencukupi dan menarik. Bag-pack ini mengandungi peralatan permainan seperti
reben yang sesuai digunakan sebagai permainan cabut ekor selain dijadikan sebagai alat membahagikan
kumpulan.

Penghasilan inovasi ini juga diharapkan dapat meningkatkan minat, fokus dan penglibatan murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

3. OBJEKTIF

Penghasilan Bag-pack adalah untuk :

1. Meningkatkan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran guru.

2. Meningkatkan fokus murid terhadap pengajaran dan pembelajaran guru.

3. Meningkatkan penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti Pendidikan Jasmani.

4. KUMPULAN SASARAN

Inovasi ini disasarkan kepada murid Tahun Satu hingga Tahun Enam.

5. LATAR BELAKANG

1. Menyediakan bag luggage terpakai, 4 kotak terpakai, 2 PVC paip yang berukuran 12 inci, papan nipis
terpakai, kad-kad yang terpakai, 1 port-folio hoder disertai poket fail.

2. PVC paip dipasang di belakang luggage sebagai penahan.

3. Papan nipis dipasang di pemegang luggage.

4. Kotak dan kad diletakkan dalam luggage mengikut susunan yang ditetapkan.
6. ISU ATAU MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI PEDAGOGI

Sepanjang menjalani pratikum di sekolah tersebut, pengkaji telah menghadapi masalah di mana pengkaji gagal
menarik minat murid secara maksimum terhadap aktiviti yang dirancang oleh pengkaji. Oleh itu, pengkaji akan
berusaha untuk melakukan penambahbaikan terhadap amalan pengajaran supaya dapat mewujudkan
keseronokan yang optimum dalam kalangan murid semasa menjalankan aktiviti yang dirancang oleh pengkaji.
Hal ini adalah kerana dengan penambahbaikan dan perubahan yang telah dilakukan, ia dapat membantu murid
mencapai hasil pembelajaran PdP di samping menanam sifat minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

Terdapat murid yang tidak memahami arahan yang disampaikan oleh guru. sebagai contohnya, ada murid yang
tidak memahami cara permainan sehingga menyebabkan aktiviti seterusnya ditangguhkan. Apabila proses
pengajaran dan pembelajaran terganggu, maka murid tidak dapat mencapai hasil pembelajaran pada hari itu.
Penjelasan yang berulang kali juga mengakibatkan keseronokan murid menurun dan menjadi kurang minat
terhadap aktiviti Pendidikan Jasmani. Jadi, dengan bantuan Bag-pack yang terdapat XX yang mengandungi bahan
visual dapat membantu dalam penerangan guru.

Masalah seterus yang dapat dikenal pasti adalah murid sering tertarik kepada kelas Pendidikan Jasmani kelas lain.
Murid-murid ini kelihatan tidak dapat fokus semasa melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani yang dirancang oleh
pengkaji. Masalah ini bertambah serius apabila murid kelas lain menggunakan muzik semasa melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Jadi, Bag-pack ini juga terdapat pembesar suara yang
boleh digunakan oleh guru untuk memainkan muzik apabila diperlukan. Tindakan memainkan muzik dan lagu
memotivasikan pelajar untuk menghadiri dan menumpu perhatian di dalam bilik darjah (Tan, S. T. dan Shi, S. F.,
2005). Muzik dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok di samping dapat menarik minat serta
perhatian murid semasa menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani.

Semasa menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani, sudah tentu akan menggunakan peralatan. Apabila guru tidak
menggunakan sebarang peralatan pada hari tersebut, murid-murid akan menunjukkan mimik muka yang tidak
gembira. Jadi, Bag-pack ini mengandungi alatan inovasi seperti reben yang dapat digunakan sebagai alat
permainan kecil seperti cabut ekor. Ia juga dapat menyelesaikan masalah pembahagian kumpulan sewaktu
menjalankan aktiviti. Reben yang berwarna-warni juga dapat menarik minat serta penglibatan murid dalam
aktiviti.

Secara ringkasnya, Bag-pack yang mengandungi bahan visual, pembesar suara dan peralatan dapat
meningkatkan minat murid dalam menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani dan melibatkan diri secara aktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat mencapai keseronokan yang optimum.
7. HURAIAN INOVASI PEDAGOGI

7.1 BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN INOVASI

Kotak
Papan
Luggage Terbuang
PVC Paip
Kad

7.2 CARA INOVASI DIGUNAKAN

Dalam Bag-pack ini mengandungi tiga aspek penting (Music-Equipment-Image) dalam sesi pengajaran
Pendidikan Jasmani sebagai alternatif menyelesaikan masalah kurang minat:

i. Tindakan penggunaan muzik:

- Menggunakan muzik dalam set induksi untuk menarik tumpuan murid terhadap sesi pengajaran.

- Murid-murid melakukan aktiviti menyejukkan badan dengan iringan muzik perlahan.

ii. Tindakan penggunaan peralatan:

- Menghasilkan alatan inovasi seperti reben, kain dan tali.

- Penggunaan peralatan yang pelbagai jenis dan menarik.

iii. Tindakan penggunaan imej:

- Menerangkan peraturan atau cara permainan dengan white board dan ikon permainan.

7.3 KOS BAGI MENGHASILKAN INOVASI

ANGGARAN KOS

BIL ITEM / PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH


1. Bag Luggage Terpakai 1 - -
2. Kotak Terpakai 4 - -
3. Papan Nipis Terpakai 1 - -
4. PVC Paip 2 RM 3.00 RM 6.00
5. Kad Terpakai
6. Port-Folio Holder Terpakai 1
7. Poket Fail 1 RM 2.50 RM2.50
Jumlah Keseluruhan RM
7.4 KEBERKESANAN INOVASI KEPADA PDP

1. Memberi keyakinan kepada guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.


2. Memudahkan pelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Menjimatkan masa guru untuk menyediakan bahan pengajaran pada setiap masa pengajaran.
4. Menarik minat pembelajaran murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dengan mewujudkan
bahan dari aspek visual dan pendengaran serta alatan yang berkaitan.
5. Memberi kemudahan bagi menyimpan alat-alat mengikut keperluan.
6. Meningkatkan kefahaman murid tentang teknik permainan yang diajar dengan menunjukkan kad
penerangan yang disediakan dan disimpan dalam Bag-Pack.
7. Bag-Pack ini mudah dibawa dan dialih ke mana-mana tempat dan tidak akan menjadi bebanan kepada
guru dan murid untuk mengangkat alat-alat yang diperlukan.
8. Memudahkan pembahagian kumpulan dengan reben dan bahan-bahan yang disediakan dalam Bag-Pack.
9. Persediaan muzik juga didapati dalam Bag-Pack bagi meningkatkan keseronokan murid ketika
menjalankan aktiviti.
10. Bag-Pack boleh digunakan secara berulang kali.

7.5 POTENSI DISEBARLUASKAN KEPADA PIHAK LAIN

1. Boleh digunakan oleh guru mata pelajaran yang lain seperti Pendidikan Kesihatan, Matematik dan Sains.
2. Sesuai digunakan dalam bidang kejulatihan seperti olahraga, ping-pong, badminton dan sebagainya.
3. Boleh digunakan oleh guru yang menjalankan aktiviti di luar bilik darjah seperti perkhemahan dan
pertandingan di luar sekolah.

7.6 KETERANGAN LAIN

1. Mengaplikasi penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan perkembangan
pembelajaran abad ke-21.
2. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dan menarik.
3. Guru dapat merancang dan mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan mengaplikasikan bahan bantu
mengajar yang sesuai dan menarik.
4. Membentuk guru yang berkualiti melalui pemikiran yang kreatif dan inovatif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
5. Memenuhi keperluan asas guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai