Anda di halaman 1dari 4

Ucapan

Menurut Maimunah Haji Omar (1993), ucapan merupakan sebahagian kategori perucapan umumnya
dalam aspek perutusan. Ucapan dapat diertikan sebagai apa-apa yang diucapkan atau perkataan yang
diucapkan atau cara menyebut atau melafazkan sesuatu kata.

Secara ringkasnya, ucapan merupakan penyampaian idea melalui pelafazan dan disampaikan secara
pidato sehala. Walau bagaimanapun, ucapan agak berbeza dari pidato dan syarahan terutama dari segi
penglibatan dan majlis. Teks ucapan ini biasanya mempunyai tajuk tertentu yang diberikan terlebih
dahulu.

Unsur kiasan, peribahasa dan jenaka boleh diselitkan untuk menjadikan teks ucapan lebih menarik.
Teks ucapan juga harus disertai dengan penerangan, penjelasan,pujian atau sanjungan terhadap
sesuatu perkara yang diperkatakan. Bahasa yang digunakan dalam teks ucapan haruslah mudah, padat,
tegas dan berkesan.

Teks ucapan yang baik mampu menarik minat para pendengar- jelas dan mudah difahami. Sebelum
membuat teks ucapan haruslah menjalankan penyelidikan terperinci terlebih dahulu.

Mohd syamsul izwan bin mohd fauzi

http://notapismp.blogspot.com/2010/09/ucapan.html dilayari pada 26 oktober 2011


Penggabungjalinan dalam pendidikan jasmani
Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dilihat dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu yang
pertama, penggabungjalinan antara kemahiran-kemahiran yang ada di dalam satu matapelajaran itu.
Keduanya ialah penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa matapelajaran yang lain.

Penyerapan pendekatan gabung jalin dalam proses pembelajaran dan pengajaran adalah satu inovasi
dan anjakan ke arah mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif bagi
menimbulkan minat dan rasa seronok dalam kalangan murid.

Terdapat tiga jenis penggabungjalinan. Pertama, Penggabungjalinan antara kemahiran dalam satu mata
pelajaran. Kedua, penggabungjalinan dengan kemahiran mata pelajaran lain. Ketiga, menggabungkan
kedua-dua jenis penggabungjalinan dalam satu pengajaran.

Contoh Penggabungjalinan

Penggabungjalinan antara kemahiran dalam satu mata pelajaran.

Contoh permainan - bola sepak. Di dalam permainan ini, terdapat pelbagai kemahiran yang didedahkan
kepada murid seperti menghantar, menggelecek, menjaring, menendangr dan sebagainya. Guru boleh
menggabungkan dua atau lebih kemahiran dalam satu-satu sesi pengajarannya, contohnya
menggabungkan kemahiran menggelecek dan menendang. Dalam lakuan ini, murid dikehendaki
menggelecek bola dalam jarak yang ditetapkan sebelum membuat tendangan dengan teknik yang betul.
Di sini, kita dapat perolehi satu contoh penggabungjalinan dalam pendidikan jasmani.

Penggabungjalinan dengan kemahiran mata pelajaran lain.

Contoh aktiviti regangan. Di dalam aktiviti ini, guru boleh menerapkan kemahiran membilang dan
mengira yang diajar dalam mata pelajaran matematik. Guru hanya perlu meminta murid-murid
membuat pergerakan regangan sambil mengira dari nombor satu hingga ke nombor lapan. Melalui
aktiviti ini, murid secara tidak langsung dapat memperbaiki kekuatan memori mereka terhadap angka.

Menggabungkan kedua-dua jenis penggabungjalinan dalam satu pengajaran.

Contoh aktiviti senamtari (senamrobik). Aktiviti ini melibatkan pergerakan, aktiviti membilang dan
muzik. Guru akan memasang muzik yang berbeza rentak dan kemudian meminta murid-murid
melakukan pergerakan fizikal mengikut rentak lagu. Ketika murid melakukan pergerakan, mereka juga
dikehendaki untuk membilang beramai-ramai sehingga nombor lapan supaya pergerakan mereka
menjadi seragam, kemas dan teratur. Pengajaran yang dijalankan akan menjadi lebih bermakna dan
menyeronokkan. Ia bergantung kepada keupayaan guru untuk member penerangan yang jelas kepada
murid sebelum melaksanakan aktiviti tersebut.

Rancangan kerja tahunan


Rancangan Kerja Tahunan

Rancangan kerja tahunan merupakan perancangan pengajaran untuk tempoh setahun (12 bulan).
Rancangan kerja tahunan perlu disediakan oleh guru pada awal sesi persekolahan.
Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kepentingan Rancangan Kerja Tahunan

Rancangan Kerja Tahunan mempunyai beberapa kepentingan yang sangat membantu tugas guru.
Melalui rancangan yang telah disediakan, guru dapat memastikan sesuatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan mengikut jadual. Terdapat enam kepentingan menyediakan
rancangan kerja tahunan.

Pertama, dapat mempertingkatkan daya profesionalisme Pengetua/Guru besar dan guru-guru dalam
melaksanakan kurikulum sekolah melalui proses pengajaran-pembelajaran sejajar dengan falsafah,
matlamat dan objektif sistem pendidikan negara.

Kedua, membantu memupuk, memelihara dan memperkukuhkan hubungan profesionalisme dan


Interaksi yang positif antara Pengetua/Guru Besar dengan guru, guru dengan guru dan antara guru dan
murid.

Ketiga, membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan dan membentuk sikap
guru ke arah yang lebih positif.

Keempat, memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran dan pembelajaran.

Kelima, berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh
mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran.

Keenam, memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) dalam
mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi / target yang ditunjukkan
dalam rancangan akademik sekolah.

Garis panduan menyediakan Rancangan Kerja Tahunan.

1. Rancangan tahunan bagi sesuatu mata pelajaran hendaklah disediakan berpandukan


Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, kesesuaian tahap kebolehan murid/pelajar dan
keadaan semasa.
2. Rancangan tahunan hendaklah disediakan mengikut bilangan minggu yang diperlukan
untuk menghabiskan sesuatu tajuk. Rancangan tahunan ini juga hendaklah mengambil kira
bilangan minggu persekolahan pada setiap tahun.
3. Rancangan tahunan boleh dicetak atau difotostat dengan jelas dan terang (tidak
dicetak berulang-ulang).
4. Sekiranya rancangan tahunan ini ditulis, hanya pen berdakwat biru atau hitam sahaja
dibenarkan.
5. Rancangan tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar atau Pengetua atau wakilnya
sebelum digunakan. Jika disediakan dalam bentuk media elektronik (komputer), salinannya
hendaklah disahkan oleh guru besar atau pengetua atau wakilnya.
6. Rancangan tahunan hendaklah ditulis mengikut lajur-lajur (seperti jadual di atas) yang
mengandungi perkara-perkara seperti berikut:
Tajuk/bidang pembelajaran
Objektif/kemahiran
Hasil pembelajaran yang dihasratkan
Bilangan minggu
Catatan