Anda di halaman 1dari 3

Karangan SPM Usaha usaha mengalakkan Penggunaan Pengangkutan Awam

Komuter pengangkutan bas feri

Belakangan ini isu kesesakan lalu lintas khususnya di kawasan bandar semakin giat
diperkatakan di media-media massa. Bagi membendung masalah ini, kerajaan telah
menggalakkan masyarakat menggunakan pengangkutan awam. Walau bagaimanapun saranan
kerajaan tersebut disambut hambar oleh masyarakat, sebaliknya orang ramai masih memilih
untuk menggunakan pengangkutan sendiri. Sebenarnya terdapat beberapa wasilah untuk
menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam seperti bas, komuter dan teksi.

Kerajaan perlu menyediakan peruntukan khas bagi membaikpulih kemudahan


pengankutan awam. Keadaan yang kurang kondusif seperti kerusi yang rosak, alat pendingin
hawa yang tidak berfungsi dan keadaan pengangkutan yang kotor telah menyebabkan
pengguna berasa tidak selesa. Keadaan sebegini lazimnya dapat kita lihat pada pengangkutan
awam seperti bas, dan feri. Dengan adanya perutukan untuk menambahbaik dan membaiki
keadaan sedia ada akan meningkatkan lagi tahap keselesaan pengangkutan awam dan
seterusnya menggalakkan masyarakat untuk menggunakan kemudahaan awam tanpa ragu-
ragu.

Selain itu pihak pengusaha sesebuah pengangkutan awam perlulah menyediakan


perkhidmatan yang lebih pantas dan efesyen. Kebanyakan pengangkutan awam tidak
menepati jadual perjalanan yang dijadualkan. Hal ini telah menimbulkan kesulitan kepada
pengguna. Pada era globalisasi ini, masa telah menjadi sangat berharga dan seharusnya tidak
dibazirkan dengan perkara-perkara yang sebegini. Dengan perkhidmatan yang pantas dan
efisyen pengguna dapat merangka jadual perjalanan mereka dengan lebih baik dan teratur.

Di samping itu pihak kerajaan perlulah mempergiatkan kempen-kempen


kesedaran di seluruh negeri. Rakyat perlu diberi kesedaran mengenai kepentingan
penggunaan pengangkutan awam seperti kempen menaiki keretapi ke pusat-pusat bandar dan
kempen teksi cemerlang. Melalui kempen-kempen sebegini masyarakaat akan menjadi lebih
prihatin dan tertarik untuk menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan juga boleh
mengadakan promosi-promosi bagi menarik masyarakat menggunakan kemudahan
pengangkutan awam.

Kesimpulannya, tedapat pelbagai langkah yang dapat diambil untuk menggalakkan


penggunaan kemudahan awam. Seperti kata pepatah, hendak seribu daya tak hendak seribu
dalih. Walau bagaimanapun bertepuk sebelah tangan pasti tidak berbunyi. Masyarakat perlulah
bekerjasama dengan pihak kerajaan bagi menjayakan matlamat ini.
TEMA 1 : PENGANGKUTAN AWAM
Tajuk : Langkah-langkah untuk Menggalakkan Orang Ramai Menggunakan Pengangkutan Awam

Zaman beralih, musim bertukar, selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun yang telah lama
menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali. Untuk menyesuaikan
diri dalam mata dunia dan memenuhi kehendak rakyat, Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan paradigma,
kerajaan telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan awam
berjalan lancar. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas,
teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan monorel. Jikalau bukan kita yang
sebagai warganegaraMalaysia menyokong pengangkutan awam, siapakah lagi yang akan menyokong? Lantaran
itu, langkah-langkah yang proaktif dan drastik hendaklah diimplementasi untuk menggalakkan rakyat
menggunakan pengangkutan awam.

Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak rakyat mengatakan bahawa kepelbagaian sistem
tiket untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan awam yang berlainan telah mengurangkan minat mereka untuk
bergerak dari tempat asal ke tempat destinasi dengan penukaran rangkaian perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan
haruslah melaksanakan Terbitkan Catatansistem tiket bersepadu yang dapat menggalakkan orang ramai untuk
menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah Lembaga Pengangkutan Awam
(PTA) untuk menguruskan pengangkutan di negara kita. Pertubuhan tersebut dapat mempercepat proses
pelaksanaan sistem tiket bersepadu yang masih dalam peringkat kajian. Selain itu, kerajaan juga harus mengambil
contoh negara barat seperti Melbourne yang penumpangnya hanya perlu membeli satu tiket untuk menaiki kereta
api dan bas. Seperti kata peribahasa serampang dua mata, pendekataan ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang
tetapi juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur perjalanan laluan. Jikalau sistem tiket bersepadu
direalisasikan, jumlah penumpang pastilah dapat mencapai sasaran yang telah diramalkan oleh pengendali.

Langkah seterusnya yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menaiki pengangkutan awam adalah
dengan meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam. Bilangan kereta api atau bas awam haruslah
dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak rakyat. Selain itu, KTM negara kita haruslah mencontohi perkhidmatan
kereta api di Jepun yang menggunakan kuasa elektrik seprti shinkansen (bullet train). Dengan menggunakan
lokomotif kuasa elektrik, kekerapan penggunaan perkhidmatan KTM oleh rakyat di negara kita pasti dapat
ditingkatkan. Kekerapan penggunaan pengangkutan awam adalah salah satu unsur untuk menarik perhatian
penumpang terutamanya mereka yang memandu kereta atau menunggang motosikal. Dengan kualiti
pengangkutan awam yang tinggi, penumpang tidak akan membazirkan masa untuk menunggu komuter. Hal ini
dapat mengurangkan masa perjalanan penumpang secara keseluruhan. Dalam era globalisasi yang mengutamakan
kepantasan, kekurangan dalam kualiti perkhidmatan pengangkutan awam akan merumitkan kehidupan
masyarakat dan menyebabkan mereka kurang keyakinan terhadap pengangkutan awam. Lantaran itu, cara ini
haruslah dilaksanakan untuk menambat semula keyakinan rakyat terhadap pengangkutan awam.

Langkah memasang televisyen dalam bas awam yang dijalankan oleh kerajaan mendapat banyak komen yang
baik dan diberi pujian kerana langkah ini dapat menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka. Para penumpang
berpeluang untuk menonton siaran televisyen ketika berada dalam perjalanan mereka. Prakasa ini haruslah
diperluas dalam pengangkutan awam seperti komuter dan LRT untuk menarik lebih banyak penumpang untuk
menaiki pengangkutan awam. Selain menghiburkan para penumpang ketika dalam perjalanan, siaran televisyen
juga mampu menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan menyiarkan
rancangan cinta akan negara, rancangan mengimbas kembali detik-detik sejarah negara dan sebagainya. Selain
rancangan sebegini, program lain seperti berita, laporan cuaca, perkembangan sukan, maklumat kewangan juga
harus disiarkan supaya rakyat dapat mendapat informasi yang terkini dan meningkatkan pengetahuan dalam
perjalanan mereka. Hal ini pasti dapat meningkatkan bilangan penumpang pengangkutan awam kerana langkah
ini telah memenuhi cita rasa rakyatMalaysia yang ingin mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan
bayaran yang minimum. Manifestasinya, langkah memasang televisyen memang dapat menggalakkan para
penumpang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Seperti peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya, pendidikan sejak kecil juga
merupakan salah satu langkah untuk menggalakkan rakyat tempatan menaiki pengangkutan awam. Sekolah
dicadangkan supaya memberi pelajaran tentang kebaikan-kebaikan menggunakan perkhidmatan awam dan
keselamatan menggunakan pengangkutan awam supaya dapat menanamkan konsep yang mendalam dalam minda
pelajar supaya menaiki perkhidmatan awam lebih baik daripada menggunakan kenderaan sendiri. Usaha ini bukan
sahaja didedahkan kepada pelajar yang kecil, tetapi juga harus diberikan kepada mereka yang dewasa untuk
mengubah imej buruk yang mendalam dalam hati mereka. Melalui pendidikan, kita dapat menghasilkan golongan
yang bergantung pada perkhidmatan kereta api sebagai pengangkutan utama mereka. Hal ini dapat meningkatkan
bilangan penumpang yang menaiki pengangkutan awam. Walaupun mereka memiliki kenderaan sendiri, tetapi
mereka tetap akan menggunakan perkhidmatan awam seperti kereta api sebagai pengangkutan utama mereka jika
konsep kebaikan pengangkutan awam ditanam secara mendalam kepada mereka.

Sebenarnya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan seperti mengurangkan jarak perjalanan,
menghematkan masa, mempercepat operasi penghantaran barangan ke sesuatu destinasi dan sebagainya kepada
kita. Akhir kata, pemodenan sistem perhubungan darat merupakan inovasi yang penting ke arah mewujudkan
mobilisasi sumber tenaga manuasia pada tahap yang paling optimum. Lantaran itu, kita harus menyokong usaha-
usaha yang diambil oleh kerajaan dalam menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan
awam.
[7 43 patah kata]