Anda di halaman 1dari 33

PROGRAM SARJANA MUDA (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2016

KOD SUBJEK: HBML 3203

NAMA SUBJEK: TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

TAJUK KERJA KURSUS: TATABAHASA WACANA

NAMA : MAZLIANA BINTI MOHAMAD

NO. MATRIK : 800229085344001

NO. K/P : 800229085344

NO. TEL : 0174613203

EMAIL : maz_2902@yahoo.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN: SEAMEO RECSAM GELUGOR


ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1-3


1.1 Pernyataan masalah kajian
1.2 Soalan kajian
1.3 Objektif kajian
1.4 Kepentingan kajian
1.5 Batasan kajian
2.0 KONSEP TATABAHASA WACANA DALAM 3-12
KEMAHIRAN PENULISAN SEKOLAH RENDAH
2.1 Definisi wacana
2.2 Konsep wacana
2.3 Ciri-cir wacana
2.4 Konsep dan jenis-jenis wacana berformat Bahasa
Melayu
2.5 Konsep dan jenis-jenis wacana tak berformat
Bahasa Melayu
3.0 APLIKASI WACANA BERFORMAT DAN TAK 13-20
BERFORMAT DALAM KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
4.0 KESIMPULAN 21-22
RUJUKAN 23
LAMPIRAN

1.0 PENGENALAN
Bahasa merupakan alat perhubungan yang paling efektif. Ia juga mampu
menggambarkan status seseorang. Bagi penggunaan kata yang sempurna dan menepati
struktur tatabahasa secara lisan ataupun tulisan menjadikan bahasa itu dapat difahami dengan
mudah. Selaras dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan ilmu serta
amat penting untuk menyatukan asa jati diri dan citra bangsa, dan roh bangsa. Penggunaan
wacana dalam ayat secara lisan maupun tulisan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
yang lengkap standing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Bahasa Melayu merupakan suatu
bahasa yang indah dan unik. Keunikan dan keindahan Bahasa Melayu ini terserlah dengan
penggunaan wacana.

Penggunaan wacana dalam penulisan terutamanya Bahasa Melayu merupakan sesuatu


yang amat penting bagi melahirkan sesebuah hasil karya yang berkualiti. Murid-murid dari
pelbagai peringkat pendidikan baik sekolah rendah atau sekolah menengah seharusnya tahu
akan fungsi dan seterusnya mahir menggunakan wacana ini pada tempat yang sepatutnya.
Kegagalan seseorang pelajar menguasai wacana, menyebabkan mereka gagal dalam
melahirkan atau menghasilkan sesebuah karya penulisan yang kritis dan puitis. Wacana perlu
dipelajari dan dikuasai oleh setiap pelajar. Latihan yang berterusan dalam penulisan mahupun
pembacaan perlu ditekankan kepada semua pelajar sejak mereka masih di bangku sekolah
rendah lagi bagi memastikan mereka dapat menguasai sepenuhnya sehinggalah mereka dapat
mengaplikasinya sehingga ke peringkat pengajian yang tertinggi.

Kemahiran menulis adalah di antara cabang kemahiran yang harus dipelajari oleh
manusia untuk melengkapkan proses kelangsungan berbahasa secara mudah dan natural.
Malah di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dinyatakan secara jelas
bahawa kemahiran menulis adalah keperluan wajib selain daripada kemahiran membaca,
mengira dan menaakul yang menjadi elemen pengukuhan aplikasi untuk perlaksanaan modul-
modul pembelajaran di alaf baru. Konsep wacana berformat ialah penulisan
berkesinambungan yang didalamnya terdapat format-format tertentu untuk menggariskan
penampilan wacana tatabahasa secara kohesif dan koheren (Kamarudin Husin, 1988).

1.

Wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap dan paling tinggi dalam pertuturan
dan juga dalam penulisan. Dalam sesuatu wacana, ianya perlu memperlihatkan
kesinambungan fikiran iaitu pertautan dan perkaitan semantik yang meliputi aspek koheran
dan kohensi sama ada dari aspek konteks dan komunikasi. Selain itu, wacana yang dikatakan
berada dalam hierarki tertinggi yang hadir selepas tingkat ayat dalam tatabahasa boleh terdiri
daripada sesuatu ayat yang dikaitkan dengan konteks dan fungsi penggunaannya.
Sehubungan itu, kemampuan menghasilkan wacana merupakan kayu ukuran untuk menilai
tahap kecekapan berbahasa bagi seseorang individu.

1.1 Pernyataan masalah kajian

Penguasaan tahap Sekolah Kebangsaan Parit Haji Wahab, 34250 Tanjung Pindang ke atas
penggunaan tatabahasa wacana yang betul serta penggunaannya dalam sesuatu ayat Bahasa
Melayu masih belum memuaskan kerana pelajar sering melakukan kesalahan dalam membina
ayat yang cantik dan sempurna.

1.2 Soalan kajian


i) Adakah terdapat perbezaan tahap penguasaan ke atas kemahiran penggunaan
wacana yang betul dalam aspek wacana yang meliputi kohesi, koheren, konsep,
jenis dan fungsi?

1.3 Objektif penulisan

Objektif kajian ini adalah bertujuan membantu pelajar mengenal kejelasan akan konsep
tatabahasa dan kedudukannya dalam sukatan dan huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu
KSSR, pembicaraan aspek wacana yang meliputi kohesi, koheren, konsep, jenis dan fungsi,
pengaplikasian wacana berformat dan tak berformat, pentafsiran proses wacana berformat
dan tak berformat dalam tatabahasa dan pemaparan contoh pernyataan yang sesuai bagi
wacana argumentatif dan deskriptif.

2.

1.4 Kepentingan kajian


Kajian ini penting kerana dapatan hasil kajian nanti dijangka dapat membantu guru membuat
refleksi tentang pengajarannya serta memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran berteraskan
kepada wacana agar sesuai dengan tahap kesediaan dan minat murid. Dalam proses
pengajaran tatatbahasa dalam Bahasa Melayu guru seharusnya menggunakan kaedah
pengajaran berinovasi yang boleh meransang pembelajaran murid. Hasil kajian ini juga
penting kepada pelajar yang berpenguasaan rendah ke atas penggunaan wacana yang betul
dalam sesuatu ayat. Kemungkinan faktor ini disebabkan oleh tahap penguasaan dalam
tatabahasa wacana oleh murid rendah. Dengan penggunaan kaedah peta minda yang
mempunyai ciri-ciri inovasi seperti memaparkan perkataan, ayat, imej, gambar, warna, frasa
serta garisan anak panah yang sangat menarik perhatian pasti akan menarik perhatian pelajar
seterusnya boleh menarik minat pelajar untuk menguasai kemahiran menggunakan kata
wacana di dalam sesuatu ayat. Murid-murid akan lebih mudah mengingati isi pelajaran.
Selanjutnya kajian ini juga dapat meransang guru-guru Bahasa Melayu untuk lebih bersedia,
kreatif dan dapat melahirkan murid-murid yang bijak mengarang menggunakan wacana yang
betul.

1.5 Batasan Kajian

Kajian ini melibatkan 20 orang pelajar daripada satu buah kelas Tahun 6 Bestari di Sekolah
Kebangsaan Parit Haji Wahab. Dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan mana- mana
kumpulan lain. Kajian ini hanya melibatkan tatabahasa wacana yang terkandung dalam
Sukatan Bahasa Melayu Tahun 6. Semasa kajian dijalankan, pengkaji sendiri yang akan
mengajar kumpulan pelajar aras baik, sedehana dan lemah. Langkah ini mungkin akan
memberi kesan ke atas keputusan kajian.

1.6 Rumusan

Bab ini telah menghuraikan tentang masalah kajian, tujuan dan persoalan kajian yang hendak
dijawab, kepentingan kajian serta batasan kajian yang menjadi komponen penting dalam
kajian ini.

3.

2.0 KONSEP TATABAHASA WACANA DALAM KEMAHIRAN PENULISAN


SEKOLAH RENDAH
Dalam tugasan semester September 2016, kami diminta untuk menerangkan tentang
konsep dan ciri-ciri wacana berformat dalam bahasa Melayu. Melalui tugasan ini, pelajar
dapat memahami dengan lebih jelas tentang wacana berformat dan tidak berformat baik dari
ciri-cirinya serta jenis-jenis wacana berformat dan tidak berformat. Selain itu pelajar juga
dapat mempelajari bagaimana untuk mengaplikasikan dalam pengajaran penulisan bahasa
Melayu.

2.1 Definisi Wacana

Wacana merupakan kesatuan idea atau fikiran yang teguh dan melebihi batasan ayat.
Kesatuan fikiran ini terbentuk melalui jalinan unit-unit bahasa yang tersusun rapi serta
kesinambungan untuk melahirkan suatu kesatuan bahasa yang baik. Wacana bahasa Melayu
terdiri dalam dua bentuk iaitu lisan dan tulisan. Perkara yang membina wacana ini ialah
melalui kata, frasa, klausa, dan ayat disusun rapi untuk menampakkan hubungan dan
perkembangan fikiran yang berkesinambungan serta menghasilkan kesatuan fikiran atau idea
yang kuat. Wacana tidak dilihat melalui binaan ayatnya sahaja malah wacana dapat dilihat
melalui konteks ayat tersebut dan idea yang ditonjolkan melalui ayat.

Wacana merupakan suatu bahagian atau unit yang paling tinggi yang melampaui
sebaris ayat yang sempurna. Wacana juga dapat dijelmakan dalam pelbagai bentuk
sehinggalah meliputi peristiwa bahasa. Menurut Kamus Dewan (2007), wacana membawa
maksud keseluruhan tutur kata yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, percakapan serta
pertuturan. Harimurti Kridalaksana (1984:204)1 menyatakan bahawa wacana adalah satuan
bahasa terlengkap; dalam hierarki tatabahasa merupakan satuan tatabahasa tertinggi. Wacana
ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti buku, novel, ensiklopedia, dan
sebagainya, paragraf, ayat atau kata yang membawa amanat yang sempurna.

4.

Bagaimanapun, Asmah Haji Omar (1982)3 menegaskan bahawa wacana ialah unit
bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan
perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, perenggan, ceraian, bab,
buku, novel, cerpen, dialog, cerita, siri buku (cerita) dan lain-lain. Menurut beliau lagi,
wacana tidak mempunyai satu-satu jenis ayat yang terdiri dengan utuhnya tanpa dipengaruhi
oleh proses-proses kelahiran ayat. Hal ini kerana ayat yang selalu didapati dalam struktur dan
sistem secara teratur dan tersusun. Asmah telah membezakan ayat sistem daripada ayat
wacana iaitu ayat sistem adalah ayat atau tutur yang dikeluarkan dan diasingkan dari konteks
wacana, sedangkan ayat wacana yang juga disebut ayat teks adalah ayat yang betul-betul
terdapat dalam wacana teks dan wacana lisan. Raminah Haji Sabran (1984:218) dalam
bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan, mentakrifkan wacana
adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat,
sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnya
memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut
beliau lagi, wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap.

Berdasarkan beberapa huraian dan pendapat tentang definisi mengenai wacana yang
diambil daripada berbagai-bagai sumber,ia dapat dilihat bahawa adanya persamaan dan juga
perbezaan pendapat mengenai definisi wacana yang diperolehi dari ahli-ahli linguistik
ataupun penulis. Secara ringkasnya, wacana letaknya lebih tinggi daripada ayat pada skala
tatatingkat tatabahasa serta mempunyai keteraturan fikiran logik (coherence) dan juga tautan
(cohesion) dalam susun aturnya. Wacana dicirikan oleh kesinambungan maklumat yang
membawa maksud kesatuan makna. Antara lapan unsur-unsur penting dalam wacana iaitu
satuan bahasa, mengatasi ayat atau klausa, terlengkap, teratur atau tersusun rapi,
berkesinambungan, kohesi, lisan atau tulisan awal dan juga akhir yang nyata. Hasilnya,
wacana ialah unit bahasa yang melebihi had ayat yang terdiri daripada ayat, sejumlah ayat,
ceraian, cerita, dialog, bab, buku, siri buku dan sebagainya yang menunjukkan hubungan-
hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan. Ringkasnya, wacana ialah satu unit
bahasa yang mana ia mempunyai kesatuan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat.

5.

2.2 Konsep wacana

Berdasarkan kajian, wacana berasal daripada bahasa Jawa wocono. Woco yang
bermaksud baca. Menurut Chafe, wacana digunakan dengan pelbagai maksud dari pelbagai
pengkaji. Pada umumnya wacana dilihat sebagai sesuatu yang melampaui sempadan ayat
yang terpisah-pisah. Wacana dan teks digunakan saling bertukar ganti, dan kedua-duanya
merujuk kepada unit bahasa yang lebih besar daripada ayat. Wacana, menurut beliau lagi,
merujuk kepada kajian tentang unit tersebut, cabang linguistik yang setara dengan
cabang yang lain seperti morfologi atau sintaksis. Menurut Trask, wacana dikatakan
sebagai siri ujaran yang bersambungan oleh seorang penutur malah lebih penutur.
Crystal menyatakan wacana dalam linguistik merujuk kepada jujuhan bahasa (biasanya lisan)
yang lebih besar daripada ayat. Bagi Crystal pula mendefinisikan wacana sebagai unit
perlakuan. Unit ini mempunyai status prateori dalam linguistik, iaitu seberkas ujaran yang
terdiri daripada peristiwa bahasa seperti perbualan, temu duga dan khutbah. Cook
mendefinisikan wacana sebagai bahasa dalam penggunaan dan untuk Perhubungan
(Sanat, 2002:35-36). Dijk (1997: 1-34) menyatakan konsep wacana kabur kerana
tentang fenomena yang rencam. Wacana menurut beliau suatu bentuk penggunaan
bahasa yang melibatkan komunikasi dan interaksi. Mengikut Werth (1999: 1) pula melihat
wacana sebagai suatu peristiwa bahasa yang sempurna yang mempunyai awal dan akhir.
Menurut Johnstone, B. (2002:2-4), wacana dilihat sebagai contoh sebenar komunikasi
melalui bahasa dalam bentuk jamak merujuk kepada pola kepercayaan dan tindakan
lazim di samping pola bahasa itu sendir. Wacana demikian merujuk kepada idea dan cara
bertutur sehingga dapat mempengaruhi dan dipengaruhi. Schiffrin et. al (2003:1), wacana
mempunyai makna yang berbeza kepada pakar yang berbeza bidang. Bagi ahli bahasa,
wacana biasanya didefinisikan sebagai apa sahaja yang melampaui ayat. Malah, definisi
wacana itu dapat dirangkumkan kepada tiga kategori besar, iaitu yang penggunaan
bahasa, melampaui ayat dan amalan sosial yang meliputi bukan linguistik dan bukan tentu
bahasa. Berdasarkan definisi-definisi yang diberi, dapat disimpulkan bahawa wacana sebagai
unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Sebagai unit
bahasa yang tertinggi, wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga
merangkumi peristiwa bahasa. Berdasarkan kajian, wacana memfokuskan pada unit tertinggi
bahasa itu sehingga meliputi amalan sosial.

6.

2.2 Ciri-Ciri Wacana

Ciri-ciri bagi wacana ialah berstruktur iaitu merangkumi pendahuluan, isi,


dan penutup. Dalam pendahuluan, penulis membayangkan perkara yang ingin
dibincangkan selanjutnya. Hujah, ulasan, dan pendapat tentang isu disertakan dengan contoh
pula ditulis dalam isi. Penutup pula, kesimpulan secara menyeluruh dilakukan terhadap
penulisan yang dibuat. Setiap wacana yang dihasilkan dalam penulisan juga mempunyai
tujuan kerana kita dapat menentukan jenis wacana yang ingin digunakan. Wacana digunakan
dalam penulisan berformat dan penulisan tidak berformat. Wacana dalam penulisan berformat
meliputi surat kiriman tidak rasmi, surat kiriman rasmi dialog, syarahan, ucapan, perbahasan,
catatan harian, laporan dan berita. Wacana dalam penulisan tidak berformat pula tidak
mempunyai format yang khusus dan kebiasaannya, penulisan jenis ini menghendaki penulis
membincangkan sesuatu topik yang diberi berdasarkan pengalaman. (Adenan dan Mohd
Rain, 2013).

Menurut Beaugrand dan Dressler (1981) yang dipetik dari surat khabar Berita Harian

pada tahun 2008, menyatakan bahawa terdapat tujuh ciri wacana yang perlu dipenuhi untuk

menghasilkan wacana, iaitu tautan, runtutan, tujuan, interteks, keadaan dan penerimaan
maklumat.

Kohesi atau tautan ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan
unsur linguistik lain dalam sesuatu wacana bagi menghasilkan wacana yang lengkap dan
sempurna. Keserasian hubungan tersebut dapat dilihat melalui hubungan antara satu
perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama, frasa atau ayat dengan perkataan.

Koheran atau runtutan ialah kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah
wacana sehingga menjadikan teks tersebut bermakna.

Tujuan ditentukan oleh penghasil wacana tersebut. Tujuan juga membolehkan


penghasil wacana menentukan jenis wacana yang digunakan.

7.

Penerimaan ialah tahap penerimaan seseorang itu tinggi sekiranya pendengar


atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang dihasilkan sama ada dalam bentuk

lisan atau tulisan.


Maklumat ialah terbahagi kepada dua iaitu maklumat lama dan maklumat baru.
Maklumat lama merupakan maklumat yang telah dinyatakan pada peringkat awal dan diulang
semula dalam konteks yang berikutnya. Maklumat baru pula ialah maklumat yang baru
sahaja dinyatakan dengan anggapan pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu
sebelum ini.

Keadaan ialah sesuatu wacana yang dihasilkan perlu sesuai dengan keadaan. Oleh itu,

untuk menghasilkan sesuatu yang sesuai dengan keadaan, pemilihan kata, frasa atau ayat
adalah penting.

Interteks bermaksud wacana yang bergantung kepada wacana lain. Wacana-wacana


yang lain turut memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami dengan
mudah. Kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung kepada pengetahuannya
terhadap perkara yang dibaca atau didengarnya itu

2.4 Konsep dan jenis-jenis wacana berformat bahasa Melayu.

Dalam kajia ini, Kamarudin Husin (1998) menyatakan bahawa konsep wacana
berformat dalam tatabahasa bahasa Melayu ialah penulisan berkesinambungan yang
mengandungi format-format tertentu untuk menggariskan penampilan wacana tatabahasa
secara kohesif dan koheren. Penulisan yang tergolong dalam kategori ini ialah surat kiriman
tidak rasmi, surat kiriman rasmi, ucapan, dialog, syarahan, laporan, berita, catatan harian dan
perbahasan. Wacana berformat melibatkan perincian yang berasaskan beberapa penulisan
berformat (Zainol Ismail, 2003) menyatakan bahawa penulisan wacana berformat mesti
ditulis mengikut cara tertentu.

8.

Di dalam kajian di dapati terdapat penulisan berformat yang tidak ditulis mengikut
format yang ditetapkan. Penulisan berformat yang tidak ditulis mengikut format yang
ditetapkan, maka boleh menjejaskan konsep wacana (Sulaiman Masri, 1988) Konsep
wacana ini adalah merangkumi komponen-komponen yang bersepadu iaitu penggunaan
rangkai kata secara tersusun dan kohesif, penentuan format penyampaian dan jenis
penulisan yang sesuai untuk memberikan maklumat. Pengenalpastian gaya bahasa dan
penggunaannya dalam penulisan. Penganalisisan gaya bahasa dan penggunaannya secara
koheren dalam penulisan. Penyampaian isi yang bernas dalam kerangka penulisan.
pembinaan ayat utama dan huraian untuk membina perenggan yang kohesif. Penyusunan ini
dan penggunaan penanda wacana untuk menghasilkan perenggan yang kohesifdan koheren.
Akhir sekali, tatabahasa adalah dasar dalam kecekapan berbahasa. Ia perlu diajar dengan
terancang agar ketepatan berbahasa dengan berasaskan penggunaan wacana yang jelas dapat
dikuasai dengan jelas.

2.5 Konsep dan ciri-ciri wacana tak berformat

Konsep wacana tak berformat dalam bahasa Melayu berfokus kepada


pengujiankefahaman mengenai topik penulisan, pengujian kebolehan, kemahiran
dankeupayaan untuk menarik minat pembaca, pengujian fikiran, pendapat dan idea-idea dan
pengujian pengukuran pembacaan (Kamarudin Hj. Husin, 1988).

Konsep wacana tak berformat dalam tatabahasa bahasa Melayu turut merangkumi
komponen-komponen yang bersepadu. Komponen-komponen berkenaan adalah seperti
berikut: Penggunaan kata, rangkai kata dan ayat yang tepat untuk menyampaikanmaklumat
dengan tersusun dan berkohesif. Penentuan format penyampaian dan
jenis penulisan yang sesuai dan wajaruntuk memberikan maklumat. Pengaplikasian gaya
bahasa dalam penulisan. Penganalisisan gaya bahasa dan penggunaan bertulis secara koheren,
selainpenyampaian isi yang bernas dalam membina kerangka penulisan. Pembinaan ayat
utama dan huraian untuk membina perenggan yangkohesif. Penyusunan isi dan penggunaan
penanda wacana untuk menghasilkanperenggan yang kohesif dan koheren. Tatabahasa
dijadikan dasar dalam kecekapan berbahasa dan diajarkan dengan terancang dalam konteks
untuk ketepatan berbahasa dengan berasaskan penggunaan wacana yang tepat serta
jelas.Wacana Tak berformat dalam Penulisan Meliput : Penulisan Rangsangan Bergambar

9.

/ Rangsangan Kata, Penulisan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi, Penulisan


Jenis Fakta / Penerangan, Penulisan Jenis Perbincangan, Penulisan Jenis Melengkapkan
Cerita, Penulisan Jenis Autobiografi / Biografi, Penulisan Jenis Peribahasa Sebelum membuat
sesuatu penulisan, pelajar hendaklah memilih danmemahami tajuk atau kehendak sesuatu
soalan. Selepas itu kita fikirkanlah pulatentang: Pengenalan, Isi-isi, Penutup

Pengenalan, setiap penulisan wacana tak berformat juga mestilah


mempunyaipendahuluan atau pengenalan. Dalam pengenalan, hendaklahdiperkenalkan
sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidaktahu atau faham. Pelajar hendaklah
mampu menarik perhatian pembacasupaya ingin membaca sesuatu penulisan itu. Pengenalan
dibuat secararingkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pengenalanpenulisan
yang menarik akan meninggalkan kesan positif dan mendalamkepada pembaca. Oleh itu,
pastikanlah terlebih dahulu pendahuluanpenulisan hendaklah bersih daripada kesalahan
tatabahasa atau ejaan.

Isi-Isi hendaklah mengikut kehendak sesuatu topik. Penulisan perlumempunyai


sekurang-kurangnya empat isi. Isi yang lebih tidak menjadimasalah, tetapi mungkin
menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklahdisusun dengan teratur dan berkait antara satu
dengan lain. Isi-isi itudipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama
didahulukan.Setiap isi perlu dikembang atau dihuraikan dan ada contoh / bukti.
Sebaik- baiknya satu isi bagi satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat.
Tiap-tiap perenggan tidak semestinya sama panjang.Mungkin sesuatu perenggan itu lebih
panjang daripada perenggan yanglain. Hal ini demikian kerana sesuatu isi utama yang ingin
ditekankan olehmurid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain.Perhatikan
isi supaya tidak terkeluar daripada pembicaraan topik yangdikehendaki. Elakkan daripada
menyertakan isi yang bercanggah dengantajuk. Isi penulisan hendaklah asli, iaitu tidak ditiru
bulat-bulat daripenulisan lain. Untuk mendapatkan isi yang baik dan banyak, muridhendaklah
banyak membaca, selain mendengar sesuatu, menyaksikansendiri dan mengambil daripada
pengalaman sendiri. Jangan campuradukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam
perenggan yangsama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.

10.

Penutup Jika pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca


untukmengikuti penulisan tersebut, maka penutupnya juga hendaklahmemberikan sesuatu
kepuasan pembaca. Penutuplah yang menjadikesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu
penulisan. Dalam penutup,dinyatakan juga pendapat dengan ringkas tentang sesuatu
perbincanganatau tajuk. Elakkan menamatkan penulisan secara mengejut atautergantung.
Oleh itu, penutup juga adalah amat penting dalam tiap-tiappenulisan.

Pengertian wacana tak berformat

Wacana tak berformat dalam tatabahasa bahasa Melayu dimaksudkan


sebagaipenulisan yang bebas daripada sebarang ikatan penggunaan format (KamarudinHj.
Husin, 1988).Walau bagaimanapun, penulisan jenis ini banyak berfokus kepada
pencorakanidea dan kesinambungan kreatif (Fatimah Busu, 2003).

Ciri-ciri Wacana Tak Berformat dalam BahasaMelayu

Ciri-ciri wacana tak berformat berkisar kepada penggunaan kaedah,penyusunan,


proses semasa penulisan dan penyemakan (Raminah Hj. Sabran &Rahim Syam, 1986). Ini
dipaparkan seperti berikut:(a)Contoh Ideal bagi Kaedah Penulisan Isi Menerusi Pertanyaan,
Apa? Siapa? Bila? Mengapa? Di mana? Bagaimana?Adalah lebih baik jika murid
menggariskan perkataan-perkataan yangmenjadi kata kunci dalam soalan itu. Ini
mengelakkan penulisan daripadaterpesong atau terkeluar daripada topik sebenar.

Penyusunan rangka penulisan: Pilih mana-mana kaedah yang mudah untuk


memperoleh isi. Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin. Susun isi
mengikut urutan kepentingannya. Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi
yang akandihurai. Isi penting jangan diulang-ulang.

Semasa Penulisan, semasa menulis mulakan dengan pendahuluan terlebih


dahuludalam satu perenggan.Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan
bersertadengan contoh.Bahagian-bahagian penulisan yang ideal: Perenggan pendahuluan,
Perenggan isi pertama, Perenggan isi kedua, Perenggan isi ketiga, Perenggan isi keempat,
Perenggan penutupTulis mengikut urutan rangka yang telah dibuat, selain menjaga
kekemasantulisan.

11.

Penyemakan Setelah selesai menulis, perlu disemak penulisan untuk memastikansama


ada tulisan kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca,penggunaan imbuhan, struktur ayat yang
salah dan aspek tatabahasayang lain yang boleh menjejaskan wacana. Baca berulang kali
untuk memastikan ketepatan penulisan.Secara umum peruntukan masa bagi penulisan ialah
30 minit, iaitu: 5 minit mencari isi, 20 minit menulis 5 minit menyemak semula
penulisanMurid mesti menepati masa yang ditetapkan. Adalah diingatkan jangan terlalu leka
menulis. Jika masa telah melebihi 30 minit beralih kepada topikyang berikutnya pula.Murid
digalakkan menulis ayat yang pendek, ringkas dan padat berbanding ayat panjang. Ayat yang
panjang biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa. Biasakan diri untuk mengolah ayat
daripada isi yang telah disenaraikan. Satu perenggan biasanya mengandungi tiga, empat atau
lima ayat sahaja bagi huraian satu isi. Contoh yang dicadangkan bagi penulisan ayat pendek
yang di ambildaripada penulisan cerita:"Kamu baru pulang?"

"Baru sebentar tadi," jawab saya. "Tentu kamu tertunggu-tunggukepulangan saya."

"Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal , lembut.

12.

3.0 Aplikasi wacana berformat dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu

Di dalam kajian bagi pelajar-pelajar sekolah rendah terutamanya, di dapati mereka perlu
didedahkan dengan lebih banyak lagi cara-cara meningkatkan kemahiran penggunaan wacana
terutamanya di dalam aktiviti penulisan. Penggunaan wacana yang lemah akan menjejaskan
hasil kualiti sesebuah karya.Semua gur bahasa harus menekankan kehendak atau peraturan
sesuatu penulisan, proses penulisan dan rangka kasar pencerakinan idea supaya
kesinambungan dapat diwujudkan.

3.1 Wacana berformat

Sebelum mengajarkan wacana berformat guru perlu mengambil kira beberapa peraturan yang
perlu dipatuhi. Antaranya ialah:

Perancangan Pengajaran, dalam usaha menghasilkan wacana berformat guru


perlu memastikan bahawa penulisan mestilah lengkap dan sempurna serta mempunyai
sekurang-kurangnya tiga isi yang dikembangkan dengan huraian dan contoh atau bukti kukuh
yang relevan dengan isu-isu semasa yang dikemukakan, selain bertepatan dengan tajuk
dipilih. Murid perlu perlu menghuraikan isi pokok yang diutarakan secara matang serta
sentiasa menghubungkaitkan pertalian idea semasa mengolah isi agar wujud
kesinambungan idea dan ayat. Untuk memastikan ksempurnaan penulisan, penggunaan
penanda wacana harus dititikberatkan di samping penggunaan yang baik dan lancar bagi
menampakkan idea yang sempurna. Selain itu, penulisan perlu distruktur dengan baik
melalui pembahagian perenggan yang seimbang dan tidak melakukan kesalahan ejaan
dan memastikan murid menggunakan ragam dan struktur ayat yang betul. Murid-murid
digalakkan untuk mengenalpasti format penulisan yang dikehendaki serta membimbing
murid untuk membina peta minda yang beresuaian sebelum menulis.

Proses menulis, proses menulis bermula ketika murid memilih tajuk atau soalan.
Sebelum menulis, murid perlu memilih tajuk atau soalan yang benar-benar
difahami dan sesuai dengan pengetahuan, pemahaman dan keupayaan pengolahan.
Murid-murid juga harus berupaya untuk mengembangkan isi yang dikemukakan agar mampu
menghasilkan penulisan yang bermutu. Pengetahuan tentang tajuk yang dipilih haruslah
berdasarkan bentuk atau format penulisan, penguasaan dan pengetahuan tentang isi-isi yang

13.

berkaitan tajuk serta laras bahasa yang akan digunakan. Setelah mengenalpasti tentang
keupayaan dan penguasaan diri serta mengetahui kehendak soalan, barulah murid boleh
memilih tajuk yang sesuai bagi menghasilkan penulisan yang sempurna. Untuk
menghasilkan penulisan yang baik, murid-murid perlu menguasai kemahiran tentang format
penulisan dan laras bahasa. Ini bermaksud murid-murid perlu menguasai perbezaan setiap
format penulisan dan pelbagai laras bahasa. Murid-murid perlu membuat banyak latihan
dan membuat kajian tentang perkara ini. Murid-murid juga harus melengkapkan
diri dengan membaca pelbagai bahan bacaan seperti buku-buku ilmiah, majalah,
surat khabar, buku cerita dan bahan bacaan lain yang bersesuaian. murid-murid juga perlu
membuat catatan ringkas untuk memudahkan murid membuat rujukan Murid-murid juga
perlu merujuk kamus bagi memperkaya kosa kata dan memahami maksud perkataan-
perkataan yang akan digunakan.

Susunan, untuk menghasilkan penulisan yang cemerlang, susunan perenggan harus


diambil berat. Murid perlu menyediakan rangka untuk menulis. Melalui rangka yang
disediakan, perkara-perkara yang yang dikemukakan tidak terpesong daripada tajuk
yang dipilih. Susunan ini akan memastikan idea-idea disusun mengikut keutamaan dan
murid mampu menghasilkan perenggan yang cemerlang. Murid-murid juga perlu
menganggar bilangan patah perkataan dalam setiap isi yang diolah bagi memastikan karya
yang ditulis tidak melebihi bilangan perkataan yang ditentukan. Selain itu, rangka
yang disediakan akan memastikan tiada fakta yang diulang dalam penulisan murid.
Untuk memudahkan pemahaman murid, rangka yang disediakan mestilah ringkas dan
mengandungi isi-isi penting sahaja bagi menjimatkan masa. Antara kandungan rangka
penulisan ialah pendahuluan , isi-isi penting serta huraian dan penutup.

Pembinaan perenggan, setiap karangan harus mempunyai perengan-perenggan


tertentu. Satu perenggan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya satu isi yang
mempunyai huraian atau penjelasan yang lengkap dan contoh untuk mengukuhkan isi.
Struktur perenggan yang baik adalah dengan memulakan perenggan secara menyatakan isi
pokok, diikuti oleh huraian lanjut serta contoh yang dapat memperkukuh isi penting. Walau
bagaimanapun murid bebas memulakan perenggan dengan idea utama. Isi-isi karangan perlu
dikaitkan dengan penggunaan penanda wacana dan memastikan pembinaan perenggan yang
seimbang. Untuk mengembangkan idea murid, guru boleh menggunakan elemen iThink yang

14.

menggunakan peta pemikiran yang bersesuaian seperti peta pelbagai alir, peta dakap dan peta
buih berganda. Guru juga boleh membuat lawatan ke kilang atau tempat-tempat yang tertentu
baga menjana pemikiran murid melalui pengalaman yang dilalu. Melalui elemen-elemen ini
murid dapat mengenal pasti idea utama, huraian dan contoh-contoh yang bersesuaian.
Proses Semakan, setelah pelajar selesai menulis, pelajar diminta membaca dan
menyemak semula hasil penulisan mereka. Ini merupakan penilaian kendiri terhadap hasil
penulisan tersebut Proses melibatkan penyemakan dilakukan untuk memastikan segala
aspekd alam penulisan dipatuhi. Perkara-perkara yang perlu disemak atau disunting ialah
kesalahan bahasa, jumlah perkataan dan pemerengganan. Murid perlu memastikan
tiada isi penting yang tertinggal dan menambahbaik penulisan dengan memberi
contoh yang tepat. Selain itu, murid perlu menyemak aspek bahasa seperti ejaan,
tanda baca dan tatabahasa. Jika terdapat peneranganyang kurang jelas, murid perlu membuat
perubahan agar idea yang dihuraikan dapat difahami dengan jelas. Penulisan yang
disunting dengan baik akan memudahkan pembaca untuk membaca dan mengesan isi. Oleh
yang demikian,penulisan akan menjadi mantap.

CONTOH-CONTOH:

1. Surat kiriman tidak rasmi Format: Alamat pengirim mestilah ditulis di sebelah atas
bahagian kanan surat.Tarikh hendaklah ditulis di bawah alamat pengirim.Tidak perlu
menulis alamat penerima, sebaliknya dimulai dengan pendahuluan surat. Contohnya:
Ke hadapan bondaku Saidah bt Abdul Aziz yang kini berada di Kuala Kangsar
semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Ada kata ganti nama diri. Contohnya
saudara/saudari/bonda/ayahanda/nenda.

2. Surat diakhiri dengan tandatangan dan nama pengirim. Surat kiriman rasmi Format:
Alamat pengirim hendaklah ditulis di sebelah kiri bahagian atas surat. Garisan
memanjang dari kiri ke kanan surat, di bawah alamat pengirim. Alamat penerima
ditulis di bawah garisan panjang. Tarikh ditulis di sebelah kanan, sebaris dengan
barisan akhir alamat penerima. Nama bulan hendaklah ditulis dengan huruf besar. Ada
ganti nama diri. Contohnya: Tuan/Puan. Ada tajuk surat. Surat dimulai dengan

15.

perenggan pertama dahulu tanpa menulis nombor. Perenggan yang berikutnya


hendaklah ditanda dengan nombor yang lurus dengan permulaan perenggan pertama.
Perenggan penutup tidak perlu diberikan nombor. Tandatangan penulis di bahagian
kiri surat. Nama pengirim ditulis dalam kurungan di bawah tandatangan dengan huruf
besar. Nyatakan juga jawatan atau tanggungjawab penulis, misalnya, Bendahari,
Persatuan Puteri Tunas.

3. Dialog Format : Ada nama watak. Titik bertindik ditulis selepas nama watak Contoh:
Sugan : Ali, kamu hendak ke mana? Ali : Saya mahu ke kedai untuk membeli beras.

4. Syarahan/Ucapan/Perbahasan Format: Memulakan penulisan dengan kata-kata atau


ucapan alu-aluan. Ada ganti nama diri. Contohnya: Sidang hadirin yang dihormati
sekalian. Ada penegasan tajuk syarahan/ucapan/perbahasan

5. Laporan Format. Ada tajuk. Huruf awal setiap perkataan perlu ditulis dengan huruf
besar dan gariskan di bawahnya. Penulisan mestilah mengikut urutan
peristiwa/perkara yang dilaporkan. Tandatangan dan nama pelapor ditulis di sebelah
kiri bahagian bawah laporan. Tarikh laporan ditulis sebelah kanan bahagian bawah
laporan, iaitu sebaris denganLaporan disediakan oleh. Contoh:

Pada 4 Mac 2013, Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 1 (SKBB1) telah


mengadakan aktiviti Kempen Kebersihan 2013. Majlis telah dilancarkan oleh Tuan
Guru Besar, En Mohd Ali Hassan. Semua murid menghadiri majlis perasmian yang
diadakan di perkarangan sekolah. Tuan Guru Besar dalam ucapannya mahu aktiviti
yang dijalankan selama seminggu ini mampu melahirkan murid yang mencintai
kebersihan. Baginya, kebersihan merupakan budaya murid yang cemerlang. Oleh itu,
beliau mahu menjadikan sekolah sebagai tempat melatih murid yang tahu menghargai
kebersihan.

16.

6. Berita Format. Tanda sempang ditulis selepas nama hari atau tarikh. Tanda koma
ditulis selepas nama tempat/bandar. Nama hari atau tarikh ditulis selepas nama
tempat/Bandar. Tanda sempang ditulis selepas nama hari atau tarikh. Contohnya:

PAHANG, 16 NOVEMBER 2009 - Kampung Bangau Parit telah dilanda


banjir. Tiga hari sebelum kejadian, hujan turun mencurah-curah dikebanyakan
kawasan di daerah Temerloh. Penduduk kampung tersebut tidak menduga kampung
mereka akan dilanda banjir kerana jarang sekali banjir berlaku di kampung mereka.
Oleh itu, ramai yang tidak bersedia bagi menghadapi keadaan tersebut. Catatan
Harian Format. Ada tarikh, nama hari dan masa(mengikut kesesuaian) Contoh: Selasa
7.00 pagi: Bertolak dari sekolah ke Cameron Hihgland dengan menaiki bas. 10.30
pagi: Tiba di Cameron Highland.

7. Aplikasi wacana berformat dalam pengajaran Bahasa Melayu. Penulisan wacana


berformat mesti ditulis mengikut cara tertentu. Penulisan berformat yang ditulis tidak
mengikut format yang ditetapkan, boleh menjejaskan konsep wacana. Pengaplikasian
wacana berformat dalam pengajaran penulisan sekolah rendah dan menengah
membabitkan kehendak atau peraturan penulisan, proses penulisan dan rangka kasar
pencerakinan idea supaya wujud kesinambungan.

Peraturan wacana berformat: Penulisan mestilah lengkap dan sempurna serta mempunyai
sekurang-kurangnya tiga isi minimum yang dikembangkan dengan huraian dan contoh atau
bukti yang kukuh dan relevan dengan isu-isu semasa yang dikemukakan dan bertepatan
dengan tajuk yang dipilih. Murid perlu matang menghuraikan isi pokok yang diberi. Murid
perlu menghubungkaitkan pertalian idea semasa mengolah isi agar terlihat kesinambungan
idea antara ayat. Murid juga perlu menggunakan penanda wacana dengan betul. Murid juga
harus menggunakan bahasa yang baik dan lancar agar tidak menampakkan ketergantungan
idea. Pemerengganan dalam penulisan hendaklah seimbang. Pemerengganan yang
dicadangkan antara lima hingga tujuh perenggan dan menggunakan tanda baca yang betul
dan tepat. Tiada kesalahan ejaan atau hanya terdapat satu atau dua kesalahan bahasa sahaja.
Murid harus menggunakan kepelbagaian ragam ayat dan penggunaan struktur ayat yang
betul. Gariskan perkara-perkara penting dan tentukan format yang dikehendaki jika penulisan

17.

berkehendakkan format. Hasilkan peta minda atau membuat rangka penulisan sebelum
menulis agar dapat membimbing pelajar/memberi contoh dalam menyusun isi/idea.

Proses menulis pula adalah seperti berikut: Pilihlah tajuk yang benar-benar difahami,
sesuai dengan pengetahuan, pemahaman dan keupayaan mengolah dan mengembangkan
isinya. Pengetahuan tentang tajuk yang dipilih adalah dari segi: Bentuk atau format penulisan.
Isi-isi /Laras bahasa. Daripada penguasaan perkara-perkara tersebut, barulah dapat membuat
pemilihan yang terbaik dan sekali gus mampu menghasilkan penulisan yang sempurn. Walau
bagaimanapun, jika mempunyai pengetahuan tentang tajuk atau soalan yang diberi, tetapi
tidak tahu kehendaknya, ini juga bukanlah satu pilihan yang baik dan tepat kerana ini akan
memerangkap diri sendiri. Begitu juga jika memiliki pengetahuan dan faham dengan
kehendak soalan atau tajuk, tetapi tidak yakin akan kemampuan untuk menghurai atau
mengembangkannya, maka itu juga bukan satu pilihan yang tepat. Oleh sebab itu, pilihlah
tajuk atau soalan yang benar-benar difahami dan yakin boleh menguasainya. Untuk
menguasai kemahiran tentang format karangan dan laras bahasanya, perlu memahami
perbezaan format dan laras bahasa bagi penulisan yang pelbagai jenisnya dan perlulah rajin
membuat latihan pelbagai jenis penulisan. vii. Untuk mengetahui dan mengolah isi-isi tentang
sesuatu tajuk penulisan, murid perlu banyak membaca bahan bacaan, seperti buku ilmu
pengetahuan, majalah, surat khabar dan sebagainya. viii. Catatlah fakta daripada bahan
bacaan yang dibaca, kemudian simpan dengan baik. Dengan cara ini, murid boleh membuat
rujukan pada bila-bila masa.

Susunan penulisan berformat ialah: Rangka ialah garis kasar bagi membentuk penulisan
yang lengkap. Rangka penulisan berfungsi sebagai panduan untuk murid menulis. Rangka
penulisan membantu murid: Memastikan bahawa perkara-perkara yang dikemukakan tidak
lari/terpesong daripada tajuk atau soalan. Menyusun isi-isi/fakta mengikut susunan yang
betul. Menghasilkan perenggan yang cemerlang. Menganggarkan bilangan patah perkataan
dalam setiap isi yang dihuraikan/diolah. Memastikan had karangan ditulis mengikut arahan
melebihi jumlah patah perkataan dikehendaki. Mengelakkan pengulangan fakta. Rangka
penulisan itu mestilah ringkas. Sebaik-baiknya ditulis dalam bentuk isi-isi penting untuk
menjimatkan masa. Secara umumnya, rangka sesuatu penulisan mestilah terdiri daripada:
Pendahuluan. Isi-isi penting . Penutup . Pembinaan perenggan pula perlu disesuaikan dengan
perkara-perkara berikut: Satu perenggan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya satu isi

18.

yang lengkap dengan huraian dan contoh untuk mengukuhkan isi. Huraian yang
dimaksudkan ini ialah keterangan atau penjelasan berupa maklumat tambahan, ulasan dan
sokongan tentang isi-isi tersebut. Struktur perenggan yang baik ialah memulakan perenggan
dengan menyatakan isi pokok, diikuti oleh huraian lanjut serta contoh yang dapat
memperkukuh isi penting. Walau bagaimanapun, binaan perenggan tidak semestinya tetap.
Anda boleh juga memulakan perenggan itu dengan isi pokok.

Setiap isi dalam setiap perenggan mestilah mempunyai pertalian. Gunakan penanda
wacana yang sesuai untuk mewujudkan kesinambungan isi. Panjang setiap perenggan perlu
seimbang. Sebaik-baiknya panjang pendahuluan dan penutup harus seimbang dengan isi.
Proses penyemakan adalah seperti berikut: . Proses akhir selepas menulis ialah menyemak
atau menyunting. Perkara ini perlu dilakukan untuk memastikan segala aspek dalam
penulisan dipatuhi. Aspek yang perlu disemak atau disunting ialah kesalahan bahasa, jumlah
perkataan, pemerengganan. Ketika menyemak, pastikan tidak ada isi penting yang tertinggal.
Seandainya terdapat isi-isi penting yang tidak disertai contoh atau contoh yang disertakan itu
agak lemah, tambahlah contoh yang lebih tepat. Aspek bahasa yang perlu disemak ialah
ejaan, tanda baca dan tatabahasa. Jika ada kata-kata yang kurang jelas tulisannya, maka
kemaskanlah tulisan kata-kata tersebut. Penulisan yang disunting dengan baik akan
memudahkan pembaca membaca dan mengesan isi; oleh yang demikian, penulisan akan
menjadi mantap. Rangka penulisan meliputi contoh tentang pendahuluan, isi-isi dan penutup.

Aplikasi Wacana Tak Berformat dalam PengajaranPenulisan Sekolah Rendah dan


Menengah

Aplikasi dalam pengajaran penulisan wacana tak berformat di sekolah rendahdan menengah
kebiasaannya menjurus kepada konteks panduan dan kerangka.Perkara ini dibincangkan
berdasarkan subtopik berikut.

Contoh Penulisan Perbincangan / Pendapat


Penulisan jenis ini tidak mempunyai format khusus.
Lazimnya, penulisan jenis ini mengkehendaki murid membincangkansesuatu topik yang
diberi berdasarkan pengalaman. Murid perlu mempunyai kemahiran berhujah dan
pengetahuan yang luas mengenai topik yang dibincangkan. Hujah yang diberi mestilah logik
untuk menunjukkan kematangandan kebijaksanaan dalam menghuraikan contoh berdasarkan

19.

isi. Murid perlu mempunyai sikap yang rasional untuk membuatpertimbangan dan
menghuraikan isu-isu yang sensitif. Bagi sesuatu topik, murid perlu bergantung pada
kehendakpenulisan. Sesuatu topik selalunya menghendaki murid: mengemukakan hujah
daripada satu pihak sahaja; atau mengemukakan hujah daripada dua pihak. Contoh topik yang
memerlukan murid mengemukakan hujahdaripada satu pihak ialah:Bincangkan keburukan
kedatangan pekerja asing ke negara ini. Contoh topik
yang memerlukan murid mengemukakan hujahdaripada kedua-dua pihak ialah: Bincangkan
kebaikan dan keburukan kehadiran pekerja asing ke negara ini . Gunakan
bahasa yang mudah, tepat, padat dan ringkas. Elakkandaripada menggunakan bahasa yang
berbunga-bunga dan terlalupanjang.Penulisan anda mesti mengikut format penulisan sebenar,
iaitumempunyai pendahuluan, isi dan penutup.

Pendahuluan, membayangkan perkara yang ingin dibincangkanselanjutnya. Isi


mengandungi hujah, ulasan dan pendapat tentang isu yangdikemukakan. Sertakan contoh
yang sesuai. Penutup, kesimpulan tentang isu yang dibincangkan. Contoh

Penulisan Mantap (Sekolah Menengah)Penaklukan kuasa-kuasa besar terhadap


negara-negara lain di duniamelalui peperangan banyak mendatangkan keburukan.
Bincangkan kenyataan tersebut: Rangka Penulisan, Pendahuluan-Negara-negara yang
dianggap kuasa-kuasa besar. Isi-isi-Perlumbaan senjata-senjata besar. Dunia menjadi tidak
aman negara-negara lemah ketakutan. Banyak nyawa yang terkorban. Hilang kemerdekaan
dan kedaulatan bangsa. Penutup-penaklukan kuasa-kuasa besar terhadap negara-negara kecil
dan lemah perlulah dihentikan.

20.

4.0 KESIMPULAN

Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang indah dan unik kerana ayat-ayat yang
digunakan mempunyai tautan antara satu ayat dengan ayat yang lain (kohesi) dan mempunyai

perkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain (koheren). Pernyataan

inilah yang membuatkan sesebuah karya bahasa Melayu menjadi hebat. Demi melahirkan

karya Bahasa Melayu, ianya bukanlah sesuatu yang sukar tetapi sekiranya seseorang penulis

itu tahu menggunakan wacana yang baik dan tepat, sudah pasti hasilnya juga akan hebat.

Semasa berbahasa, sama ada tulisan ataupun lisan mestilah mempunyai kesinambungan

antara satu idea dengan satu idea yang lain atau memperlihatkan wacana yang berkesan agar

pendengar atau pembaca memahami isi atau hujah yang ingin dan akan disampaikan.

Wacana yang baik mestilah mempunyai beberapa perkara seperti kohesi dan koheren

yang dinyatakan di atas dan termasuklah tahu akan fungsi wacana itu sendiri. Seseorang

penulis perlu tahu menggunakan dan faham akan kepentingan wacana itu sendiri kerana

aspek penanda wacana boleh mempengaruhi cara pengolahan serta penyusunan struktur
ayat, pembahagian perenggan, penggunaan kosa kata dan penggunaan bahasa secara
keseluruhan.

Pelajar seharusnya didedahkan dengan penggunaan penanda wacana yang betul sejak
awal lagi agar mereka tidak kekok dan dapat menggunakannya dengan berkesan di masa
hadapan.

Hal ini tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak jika kita ingin melahirkan
seorang penulis atau karyawan yang berkaliber suatu hari nanti kerana semuanya bermula
dengan wacana yang berkesan. Kesimpulannya, mengarang bukanlah suatu proses
yang hanya berdasarkan kepada jumlah idea atau isi, ejaan, tanda baca dan struktur binaan
ayat semata-mata.

21.

Sebaliknya, proses mengarang memerlukan kemampuan membina perenggan idea atau isi
yang sempurna dari segi pengolahannya dan mempunyai wacana yang berkesan.
Sebagai guru, kita harus memastikan bahawa, setiap anak didik menguasai setiap
kemahiran yang perlu dan guru harus bersedia menggunakan pelbagai bahan inovasi dan
teknologi bagi menarik perhatian dan memberi kefahaman yang lebih terhadap satu-satu
kemahiran yang diajarkan. Guru bukan sahaja mengajar tetapi juga pencetus minda kreatif
pelajar-pelajar.

22.

RUJUKAN

Asmah Haji Omar. (2000). Wacana, Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (2011). Nahu Melayu Kemas kini. Kuala Lumpur: PTS Profesional

Publishing Sdn Bhd.

Fatimah Busu. (2003). Memupuk Bakat dan Minat Penulisan Kreatif. Teori dan Proses.

Kuala Lumpur: PTS Publication.

Henry Guntur Tarigan. (1995). Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka

Juriah Long, Raminah Sabran, Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan Mengajar

Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Kamaruddin Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia

Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan. (1994). Nahu Melayu Moden. Kuala Lumpur: Fajar

Bakti Sdn. Bhd.

Mohd Sidin Ahmad Ishak ( 1992 ). Keterampilan Menulis,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et al. (2011). Tatabahasa Dewan Edisi Baru. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai