1. Ayat ini dapat dikenali berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu.
2. Terdapat dua golongan ayat tanya.
Contoh;
1. Ayat ini disertai dengan kata tanya apa, berapa, siapa, bila, mana, mengapa dan
sebagainya.
2. Tanda soal diletakkan pada akhir ayat.
3. Kata tanya boleh juga diimbuhkan dengan partikel -kah.
4. Namun begitu, partikel -kah tidak boleh diletakkan di hujung ayat.
Latihan 1.
Buat lima ayat tanya tanpa kata tanya.
Latihan 2
Buat lima ayat tanya yang menggunakan perkataan berapa, bila, mana, kenapa,
mengapa.
AYAT PENYATA.
Ayat penyata ialah ayat yang menerangkan atau menyatakan tentang sesuatu hal.
Ayat ini juga dikenali sebagai ayat keterangan atau ayat berita.
Biasa ayat ini diakhiri dengan tanda noktah.
Contoh:
Latihan 1.
Latihan 2.
Tandakan ( / ) pada ayat penyata dan ( X ) pada ayat-ayat lain yang diberikan di bawah ini.
1. Setiap kali musim perayaan Perhentian Pudu Raya penuh sesak dengan orang
ramai. ( )
AYAT PERINTAH.
Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
1. 1. Ayat suruhan.
Contoh ayat:
1. 2. Ayat silaan.
Ayat ini digunakan untuk menjemput atau mempersilakan. Dalam ayat ini terdapat perkataan
silaan seperti sila dan jemput. Bahasanya lebih lembut daripada ayat suruhan.
Contoh ayat:
1. 3. Ayat permintaan.
Ayat ini digunakan untuk memohon pertolongan atau meminta tolong. Dalam ayat ini terdapat
perkataan seperti meminta, tolong atau harap.
Contoh ayat:
1. 4. Ayat larangan.
Ayat ini digunakan untuk mencegah atau melarang seseorang melakukan sesuatu dan
menggunakan perkataan larangan seperti jangan, usah atau tak usah.
Contoh ayat:
Latihan 1
1. menjemput - dijemput.
2. mengharap - pengharapan.
Ayat Seruan.
Ayat ini digunakan untuk melahirkan sesuatu perasaan seperti hairan, gembira, marah, takut,
sakit dan sebagainya. Intonasi ayat seruan digambarkan dengan tanda seru ( ! ) Ayat seruan
biasanya didahului oleh kata seru seperti aduh, oh, wah, cis, eh, wahai dan sebagainya. Terdapat
juga ayat seruan tanpa kata seru.
Contohnya:
Contohnya:
i. Cantiknya taman itu!
Latihan:
Buat ayat daripada perkataan seru berikut. Gunakan contoh-contoh di atas sebagai panduan.
1. Aduh.
2. Oh.
3. Eh.
4. Wahai.
Ayat Tunggal.
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Susunan ayat tunggal
boleh diterbalikkan. Ayat tunggal dikenali juga sebagai ayat selapis.
Latihan 1.
1. Adiknya sakit.
2. Rumah itu besar.
3. Kucing itu jinak.
4. Gadis itu sangat cantik.
5. Bangunan itu sungguh besar.
6. Kaki adik terseliuh.
7. Sungguh tinggi gunung itu.
8. Terlalu panjang galah itu.
9. Bengkak kaki kanannya..
Latihan 2.
Buat ayat selapis daripada perkataan berikut.
1. tumbang.
2. gugur.
3. menangis.
4. berjalan-jalan.
5. gembira.