Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN

Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana untuk


merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula dari
persekitaran sekolah yang kondusif. Sudut Ilmu yang dirancang adalah
bahan rangsangan yang boleh digunakan oleh murid-murid sebagai
sebahagian daripada proses pembelajaran mereka.

LATAR BELAKANG

Kajian menunjukkan bahawa membaca berupaya merangsang kesemua


deria dalam pembelajaran.

-kita ingat 10 % apa yang dibaca.

-kita ingat 20% apa yang didengar.

-kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat

-kita ingat 70% apa yang dicakapkan

-kita ingat 90% setelah dipraktikkan

Atas kitaran di atas ,maka pihak sekolah mengambil inisiatif untuk


melaksanakan satu program membaca secara santai sebagai santapan
minda murid-murid di bawah program PERKASA. Mengulang
kaji(membaca) menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk
melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan
dengan membaca buku. juga sebagai satu teknik untuk merangsang
memori dengan;-

-Memasukkan maklumat dalam memori (registration).


-Menyimpan maklumat dalam sel memori (retention).
-Mengingat kembali (recall.)
-Menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain
(application).
RASIONAL

Prasarana dan pengurusan kawasan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda
penting dalam rutin seharian di sekolah. persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita rasa
pelanggannya yakni guru, kakitangan sekolah dan para murid. Perkasa adalah sebagai satu program
yang memberi pendekatan serta memberi ruang kepada murid-murid untuk membaca sebagai satu
wadah sekolah untuk memberi pendekatan ke arah usaha untuk murid menguasai Literasi/Linus
dalam tempoh menunggu peralihan kelas sidang petang. Pihak sekolah akan memberi kemudahan
bahan bacaan kepada para murid sebagai pengisian masa disamping sebagai santapan minda
seketika secara berinformasi. Dalam masa yang sama, murid-murid juga lebih mudah berinteraksi,
bertukar pendapat dan berbincang dengan lebih bebas dalam kumpulan yang lebih kecil tanpa
mengganggu murid yang lain di samping guru pembimbing .Murid-murid juga juga dapat
menambahkan bilangan bahan bacaan dalam buku rekod Nilam mereka.

Sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, dewan terbuka dijadikan sebagai kawasan
persekitaran sekolah yang berperanan dalam menarik perhatian murid-murid hadir ke sekolah
untuk mengurangkan masalah ponteng. Dewan terbuka diguna pakai secara optimum demi
keselesaan dan kepuasan hati murid-murid sebagai penggunanya. Keselesaan dan suasana yang
kondusif digabungjalinkan pula dengan suasana persekitaran yang mendidik dan menghibur melalui
kemudahan buku-buku bacaan,media elektronik dan rakan sebaya serta guru sebagai fasilitator
tidak formal mampu menyajikan ilmu pengetahuan secara santai dan terasa lebih mesra, berbeza
dengan ketika berada dalam bilik darjah.

OBJEKTIF

1.Menjadikan Sudut bacaan sebagai wadah untuk para murid-murid menguasai pembacaan secara
tidak langsung.

2.Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan sumber perhatian
terutama murid-murid dan juga tetamu khususnya yang selalu mengunjungi sekolah.

3 .Menggalakan murid-murid menggunakan bahan bacaan tanpa mengganggu kelas sidang pagi
yang masih beroperasi atau rakan sebaya dalam suasana pembacaan yang lebih santai.

4.Mewujudkan satu suasana pembacaan yang akan menjana sikap kendiri murid dan lebih
bersemangat dan bersaing/berdikari untuk menjadi murid yang terbilang dan cemerlang.

5.Membudayakan sikap membaca di mana sahaja mereka berada,sebagai sokongan penguasaan


murid dalam Linus 2.0.

6.Penggunaan secara maksima kemudahan-kemudahan bahan bacaan yang disediakan oleh pihak
pusat sumber sekolah, khusus bagi membantu penguasaan murid melalui ilustrasi buku Pusat
Sumber yang yang menarik.

7.Sebagai salah satu usaha sekolah untuk menerapkan disiplin secara tidak langsung di kalangan
murid-murid melalui ruang terbatas akan membudayakan kawalan ke atas diri sendiri,serta melatih
sikap kepimpinan dalam diri murid-murid tersebut.
[Type a quote from the document or the summary of an interesting point.
You can position the text box anywhere in the document. Use the Text
Box Tools tab to change the formatting of the pull quote text box.]

Anda mungkin juga menyukai