Anda di halaman 1dari 2

PK 07/3

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) JALAN BUKIT RENGGAM, JOHOR


MINIT MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA KEM HIDUP BIL. 01 TAHUN 2013

Tarikh : 15.03.2013 ( Jumaat )


Masa : 2.00 petang
Tempat :Bilik Guru
Pengerusi:Encik Vasu Dorasamy
Kehadiran : 04 orang
ButiranKehadiran: 1. EncikManiamPonnusamy- GuruBesar/Pengerusi
2. Encik Somathevan Annamalai -GPK 1/Naib Pengerusi
3. Encik Vasu Dorasamy - Pengerusi PKH
4. Puan Sivapakiyam Krishnan - Setiausaha

Nama yang tidak hadir :Tiada

Turut hadir :Tiada


1.KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

Mengalu-alukan kehadiran semua pada petang dan menerangkan tujuan


mesyuarat di mana semua aspek berkaitan KH akan di bawa berbincang demi
kesejahteraan dan menjamin kesihatan murid.

Tindakan: Para hadirin

2 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS


2.1 Tiada
Tindakan: Tiada

3 PERKARA BERBANGKIT:

3.1 Guru Besar telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para


hadirin dan menerangkan tujuan sebenar mesyuarat tersebut. Beliau amat puashati
kerana dengan adanya sebuah bilik khas bagi Kemahiran Hidup di sekolah ini.
Kemudahan tersebut harus dimanfaatkan untuk semua murid kita.

Tindakan: semua AJK

3.2 Encik Vasu Dorasamy selaku Ketua Panitia KH telah memohon banyak carta dan
kit untuk murid kita dengan menggunakan nota minta dengan peruntukan yang telah
diberi kepada KH pada tahun ini melalui kerani kita. Puan kerani, Puan Zulzana telah
pun menghubungi pengedar yang bertanggungjawab untuk memabawa kit dan alatan
lain seperti apron dan juga carta dalam sedikit masa lagi.
3.3 Encik D.Vasu juga telah membentangkan 2 program bagi tahun ini dan kedua-dua
program telah dipersetujui oleh jawatankuasa.

Tindakan: Para Hadirin

4 HAL-HAL LAIN

4.1 Encik D.Vasu telah merakamkan terima kasih atas kesungguhan dan
komitmen yang ditunjukkan oleh Guru KH selama ini.

4.2 Guru Besar telah meminta agar semua AJK perlu faham dengan betul tentang
prosedur keselamatan murid sepanjang mereka berada di bilik tersebut.

4.3 Encik A.Somathevan, selaku Guru KH Tahun 4V, mahu bilik tersebut dibersihkan
oleh pekerja dari semasa ke semasa. Guru Besar menyatakan bahawa para pekerja
sudahpun diagihkan tugas tersebut.

4.4 Encik D.Vasu juga melaporkan kerosakan teruk pada cabinet di bilik KH kerana
anai-anai selama ini. Guru Besar mengatakan bahawa tindakan telah pun diambil dan
hanya menunggu peruntukan dari PPDK untuk rawatan tersebut.

PENUTUP

Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat/ ahli mesyuarat dan penetapan tarikh
mesyuarat yang berikutnya. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.. ..
( ) ( )
Setiausaha KH

Anda mungkin juga menyukai