Anda di halaman 1dari 28

PEMBELAJARAN FIQH IBADAH MENGGUNAKAN BAHASA ARAB

DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 1, SATU KAJIAN

DI SABK AL-HIDAYAH KUALA KURAU PERAK.

MOHAMED SHAHRIL BIN IBRAHIM

UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA

PERAK LEARNING CENTRE

2016
ISI
KANDUNGAN

Abstrak

1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu

2. Fokus Kajian

3. Objektif Kajian

3.1 Objektif Am

3.2 Objektif Khusus

4. Kumpulan Sasaran

5. Pelaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Masalah

5.1.1 Pemerhatian

5.1.2 Ujian Pengesanan

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.2.1 Analisis Pemerhatian

5.2.2 Analisis Ujian Pengesanan

5.3 Tindakan yang dijalankan

5.4 Pelaksanaan Aktiviti

5.4.1 Aktiviti 1: Pengenalan Huruf-huruf Tunggal Arab Tanpa Sistem

Tanda dan Baris

5.4.2 Aktiviti 2: Pengenalan Huruf-huruf Tunggal Arab dan

Bersambung dengan Sistem Tanda dan Baris

5.4.3 Aktiviti 3: Membaca perkataan Bahasa Arab dan potongan ayat Al-

Quran yang mudah

5.4.4 Aktiviti 4: Latih tubi bacaan Buku Iqra setiap hari satu muka surat

2
5.5 Refleksi Kajian

5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid

5.5.2 Rumusan Pemerhatian

6. Cadangan seterusnya

7. Bahan yang diperlukan

8. Anggaran kos

9. Jadual Pelaksanaan

10. Lampiran-lampiran:

Lampiran A: Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab dan


Laporan

Pencapaian j-QAF 2009 (Analisa Khatam Al-

Quran) Lampiran B: Borang Pemerhatian

Lampiran C: Kertas Soalan Ujian Pengesanan

Lampiran D: Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab tanpa Sistem Tanda dan Baris

Lampiran E: Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab dan Bersambung dengan Sistem

Tanda dan Baris

Lampiran F: Contoh Perkataan Bahasa Arab bertanda sukun (mati), syaddah

(sabdu) dan mad (panjang)

Lampiran G: Contoh satumuka surat Buku

Iqra

3
PEMBELAJARAN FIQH IBADAH MENGGUNAKAN BAHASA ARAB DALAM

KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 1, SATU KAJIAN DI SABK AL-HIDAYAH

KUALA KURAU PERAK.

Oleh

MOHAMED SHAHRIL BIN IBRAHIM

Guru Pendidikan Islam


SABK Al-Hidayah
Kuala Kurau Perak.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengesan faktor kekuatan dan kelemahan pelajar dalam

meningkatkan pengguasaan matapelajaran Fiqh Ibadah. Responden seramai 69 orang

pelajar yang terdiri pelajar tingkatan 1 Abu Bakar dan 1 Umar di SABK Al-Hidayah Kuala

Kurau Perak. Tinjauan awal telah dibuat dengan melihat peutusan peperiksaan ujian 1

pada bulan Mac yang lalu. Berdasarkan pembelajaran bagi matapelajaran ini

menggunakan Bahasa Pengantarnya Bahasa Arab, ternyata pengguasaan pelajar sangat

lemah dan kebanyakan keputusan ujian berada pada peringkat gagal. Kajian ini juga akan

mengambilkira faktor-faktor lain seperti pengguasaan guru, pengambilan murid, tahap

pengguasaan murid dan faktor lain yang turut berkait dengan kajian ini. Dari faktor

permasalahan yang dikenalpasti, kajian ini akan mengemukakan cadangan dan cara untuk

meningkatkan penguasaan murid dalam matapelajaran ini. Cadangan-cadangan yang akan

diutarakan diharap dapat menjadi rujukan kepada guru dan pentadbiran sekolah bagi

memastikan keputusan pencapaian murid dalam matapelajaran ini terus meningkat.

4
1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
LALU

Saya mengajar mata pelajaran Fiqh Ibadah dalam Bahasa Arab Tingkatan 1 Abu

Bakar dan 1 Umar. Saya dapati murid yang masih dapat menguasai kemahiran

menyebut dan membaca perkataan Bahasa Arab sepertimana yang terdapat dalam Buku

Teks Matapelajran yang sepenuhnya dalam Bahasa Arab. Pengajaran dan

Pembelajaran (P&P) Fiqh Ibadah yang dilaksanakan dengan hanya menggunakan

Buku Teks sebagai Bahan Bantu Mengajar adalah tidak mencukupi bagi mengatasi

masalah ini. Hasil keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2015 Bahasa Arab mendapati

mereka tidak dapat menjawab soalan yang menguji kemahiran membaca malah sukar

untuk menjawab soalan kerana mereka tidak pandai membaca perkataan Bahasa Arab

dengan betul dan lancar. Oleh itu, saya perlu berusaha untuk meningkatkan

kemahiran membaca mereka dengan mempelbagaikan kaedah, teknik dan strategi

pengajaran serta bahan bantu mengajar dalam P&P Fiqh Ibadah dalam Bahasa Arab.

2. FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas didapati murid gagal atau sekadar mendapat markah lulus paling

minimum dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2015 Fiqh Ibadah kerana:

a. Murid kurang mahir menyebut terma dan perkataan Bahasa Arab

menyebabkan mereka sukar untuk membaca perkataan Bahasa Arab.

b. Ada murid yang boleh membaca dengan baik tetapi tidak menepati intonasi

perkataan dengan sempurna.

5
Masalah ini berlaku di kalangan murid kerana tahap pengetahuan asas murid agak

rendah dan kurang pebendaharaan kata yang ada di minda munrid. Saya sering

mengingatkan mereka untuk cuba membuat nota dan menghafal kalimah yang sering

diulang oleh guru. Sesi pengajaran dan pembelajaran sering mengmbil masa yang agak

lama untuk sesi member makna perkataan kepada kalimah yang mudah dan kalimah yang

sering ditemui oleh murid. Keadaan ini member kesan kepada sesi pengajaran dan

pembelajaran untuk menghabiskan sukatan yang telah ditetapkan.

3. OBJEKTIF KAJIAN

3.0 Objektif
3.1 Objektif Am

Meningkatkan tahap pengguasaan dan minat pelajar untuk menguasai matapelajaran

Fiqh Ibadah dan membiasakan diri dengan perkataan Bahasa Arab yang mudah.

3.2 Objektif Khusus

Pelajar dapat membaca dan memahami isi pelajaran dalam bahasa Arab

Pelajar dapat menghafaz isi pelajaran dalam bahasa Arab

Pelajar dapat mengingat isi pelajaran dalam Bahasa Arab

Pelajar dapat menulis jawapan kepada soalan ujian berbahasa Arab

4. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan semua pelajar tingkatan 1 yang berjumlah 10 orang

dijadikan kumpulan sasaran bagi kajian ini dengan lebih memfokuskan kepada

matapelajaran Fiqh Ibadah yang terkandung dalam Kurikulum Bersepadu Dini (KBD)

menggunakan bahasa pengantar Bahasa Arab.

6
5. PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

5.1.1
Pemerhatian

Saya membuat kaedah pemerhatian untuk mengesan tahap penguasaan

murid-murid dalam kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab.

5.1.2 Ujian
Pengesanan

Melalui ujian pengesanan, saya dapat menilai tahap kecekapan murid

dalam kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Saya membuat analisis berdasarkan kaedah yang dijalankan untuk meninjau

masalah yang menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran membaca

perkataan Bahasa Arab boleh membaca struktur ayat mudah Bahasa Arab

5.2.1 Analisis Pemerhatian

Dalam setiap P&P Bahasa Arab, salah satu aktiviti wajib yang saya akan

jalankan adalah meminta murid membaca perkataan dan ayat dalam Buku Teks

As-Syariah, tulisan saya di papan hitam atau yang dipaparkan pada slide paparan

LCD Projektor. Hasil pemerhatian saya, hanya murid yang sudah mempunyai asas

Fardu Ain yang baik sahaja yang boleh membaca perkataan dan ayat Bahasa Arab

dengan betul dan lancar. Ini adalah kerana mereka sudah mahir untuk

mengaplikasikan huruf tunggal, huruf bersambung dan perkataan Bahasa Arab.


7
Murid yang berada di kelas Abu Bakar, murid yang dikategorikan mempunyai

tahap kebolehan yang lebih baik dapat menguasai proses bacaan mudah kalimah

dan ayat Bahasa Arab.

5.2.2 Analisis Ujian Pengesanan

Berdasarkan ujian Fiqh Ibadah yang menggunakan soalan berbahasa Arab,

masalah yang sama sering berlaku. Ini menyebabkan markah keseluruhan bagi

ujian tersebut terjejas.

5.3 Tindakan yang dijalankan

Tindakan yang dijalankan berdasarkan analisis yang telah dijalankan. Oleh itu,

langkah pertama yang perlu dilakukan ialah memberi galakan kepada murid-

murid terbabit untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan

Bahasa Arab disesuaikan dengan ilmu yang telah dipelajari ketika kelas KAFA

dahulu. Tindakan selanjutnya ialah:

Memberi pengenalan kalimah Fiqh Ibadah dalam bahasa Arab tanpa

baris.

Memberi pengenalan huruf-huruf tunggal Arab dan bersambung yang

membentuk kalimah bagi terma dalam Fiqh Ibadah.

Membaca perkataan Bahasa Arab dan potongan kenyataan bagi takrif

yang mudah.

Latih tubi bacaan kalimah dan ayat mudah di dalam tajuk berdasarkan
buku As-Syariah (buku Teks).

8
5.4 Pelaksanaan Aktiviti

5.4.1 Aktiviti 1: Pengenalan Kalimah Fiqh Ibadah dalam


Bahasa Arab tanpa baris

Walaupun secara asasnya murid-murid sudah belajar dan mengenal terma-

terma dalam fiqh Ibadah ketika di kelas KAFA sebelum ini tetapi adalah tidak

menjadi satu kesalahan bagi seseorang guru untuk mengulangkaji perkara

ini dalam peringkat pengenalan untuk kumpulan murid Tingkatan 1 yang

lemah ini supaya mereka benar-benar menguasainya dengan betul dan

lancar kerana biasanya mereka tahu menyebut dan membaca kalimah yang

berkaitan fiqh Ibadah dalam bahasa Arab ini dengan betul tetapi tidak

lancar. Aktiviti dijalankan seperti berikut:

9
a. Guru menunjukkan semua kalimah Arab ya n g m e r u j u k

t a k r i f d a n i s i p e l a j a r a n tanpa baris

b. Guru membaca semua kalimah tunggal Arab tersebut

dan meminta murid membaca mengikut contoh bacaan

guru secara ramai, individu atau mengikut giliran.

c. Guru menunjukkan kalimah Arab kepada setiap murid.

d. Guru meminta wakil murid untuk menyebut kalimah dan

murid yang tersebut diminta menyebutnya.

e. Guru meminta murid menuliskan kalimah tersebut di papan

hitam. Proses ini dilakukan sehingga selesai semua kalimah.

f. Guru meminta setiap murid membaca kalimah yang ditulis

mereka. Murid lain menyebut setlah murid tadi selesai

menulis dan mengulang kalimah tersebut.

Pemerhatian

Murid bukan sahaja diminta mengulang sebut kalimah serta menulis di

papan puith kalimah yang dipelajari. Saya juga meminta mereka menyebut

kalimah kepada rakan sebelah secara berpasangan. Beberapa kalimah

diberikan melalui slide tayangan, dan saya meminta murid menyebutnya

kepada rakan disebelah mereka. Hasil pemerhatian, murid dilihat suka

menyebut dan mendengar sebutan rakan mereka dengan baik mengikut

arahan guru.

Refleksi

10
Setelah melaksanakan aktiviti berpusatkan murid ini, saya dapati murid

lebih cepat menguasai kemahiran membaca kalimah khusu berkaitan

matapelajarn kerana kepelbagaian aktiviti walaupun menggunakan satu

bahan bantu mengajar sahaja iaitu tayangan slide.

11
5.4.2 Aktiviti 2: Memberi pengenalan huruf Arab dan bersambung yang

membentuk kalimah bagi terma dalam Fiqh Ibadah

Berbeza dengan tulisan huruf Rumi, huruf Arab sama ada tunggal atau

bersambung perlu diletakkan tanda dan baris bagi peringkat kemahiran

asas dan sederhana (sekolah rendah dan menengah) supaya murid dapat

mengenal dan membaca huruf dan perkataan dengan betul dan lancar.

Aktiviti ini dijalankan seperti berikut:

a. Guru menunjukkan dan membaca semua kalimah Arab

dan meminta murid mengikutnya secara ramai dan individu.

b. Guru menunjukkan dan membaca semua kalimah tunggal

Arab dan meminta murid mengikutnya secara ramai dan

individu.

c. Guru menunjukkan dan membaca semua kalimah tunggal

Arab dan meminta murid mengikutnya secara ramai dan

individu.

d. Guru menunjukkan dan membaca setiap kalimah tunggal

Arab dan meminta murid mengikutnya secara beramai-ramai,

kumpulan kecil dan individu.

e. Guru menunjukkan dan membaca setiap terma ayat

berbahasa Arab yang merujuk kepada isi

p e l a j a r a n dan meminta murid mengikutnya secara

ramai dan individu.

12
Pemerhatian

Murid bukan sahaja diminta mengulang sebut kalimah serta menulis di

papan puith kalimah yang dipelajari. Saya juga meminta mereka menyebut

kalimah kepada rakan sebelah secara berpasangan. Beberapa kalimah

diberikan melalui slide tayangan, dan saya meminta murid menyebutnya

kepada rakan disebelah mereka. Hasil pemerhatian, murid dilihat suka

menyebut dan mendengar sebutan rakan mereka dengan baik mengikut

arahan guru.

Refleksi

Setelah melaksanakan aktiviti berpusatkan murid ini, saya dapati murid

lebih cepat menguasai kemahiran membaca terma ayat berbahasa Arab

kerana kepelbagaian aktiviti walaupun menggunakan satu bahan bantu

mengajar sahaja.

5.4.3 Aktiviti 3: Membaca perkataan Bahasa Arab dan potongan


kenyataan bagi takrif yang mudah.

Aktiviti ini dilaksanakan sama ada menggunakan, slaid

multimedia/powerpoint, dan buku teks serta kamus. Ia sedikit berbeza

dengan aktiviti 2 kerana pada peringkat ini terdapat penambahan sistem

perkataan atau kalimah yang perlu disebut dan diulang oleh murid..

Aktiviti ini dijalankan seperti berikut:

13
a. Guru menunjukkan dua kalimah yang mudah dengan baris yang

lengkap

b. Guru menunjukkan contoh sebutan yang betul dan meminta

murid membacanya secara ramai atau individu.

c. Guru menunjukkan dua kalimah di mana satu kalimah

diletakkan membentuk terma ayat kepada takrif thoharah.

d. Guru menunjukkan contoh bacaan yang betul dan meminta

murid membacanya secara ramai atau individu.

e. Guru menunjukkan dua lagi kalimah yang disambung utnuk

membentuk takrif Thoharah.

f. Guru menunjukkan contoh bacaan yang betul dan meminta

murid membacanya secara ramai atau individu.

Pemerhatian

Apabila murid sudah dapat mengaplikasikan sistem kalimah dalam

membaca perkataan Bahasa Arab, dengan menggabungkan semua kalimah

tersebut, maka terbentuklah takrif bagi Thoharah yang lengkap. Guru

meminta murid menyebut keseluruhan kalimah dengan betul dan lancar.

Refleksi

Pada peringkat ini, murid sudah boleh membaca kalimah berbahasa arab

yang menjadi takrif Thoharah serta isi pelajaran berkaitan dengan betul

dan lancar kerana mereka sudah mengenali dan menguasai bacaan kalimah

yang asas.

14
5.4.4 Aktiviti 4: Latih tubi bacaan tajuk dalam buku teks setiap hari

satu muka surat

Oleh kerana murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran

membaca perkataan Bahasa Arab ini didapati mereka malas dan tidak

membuat latihan mengulangkaji bacaan buku teks As-Syariah di rumah

dan asrama, maka saya perlulah mengadakan aktiviti setiap hari satu

muka surat di sekolah. Cara aktiviti ini dijalankan seperti berikut:

a. Guru meminta murid membawa buku teks milik sekolah

pada setiap hari persekolahan.

b. Pada hari yang diadakan P&P As-Syariah iaitu 3 hari (6

waktu=3 jam), maka aktiviti ini dilaksanakan dalam waktu P&P.

c. Baki 2 hari lagi diadakan aktiviti ini pada waktu kelas


tambahan.

Pemerhatian

Aktiviti ini jika dapat dilakukan secara berterusan tanpa gangguan seperti

guru dipanggil mesyuarat/berkursus atau terdapat aktiviti/program

sekolah lain, maka murid yang lemah ini dapat dipulihkan penguasaan

bacaan dan hafalan mereka walaupun mereka tidak mengulangkaji atau

membuat latih tubi bacaan di rumah.

Refleksi

Apabila aktiviti ini dilakukan secara berterusan tanpa gangguan dan

yang paling penting di bawah bimbingan dan pemantauan guru, maka ia

adalah lebih baik daripada meminta murid ini membuat latih tubi

15
bacaan sendiri tanpa pengawasan ibu bapa/penjaga di rumah.

5.5 Refleksi Kajian

5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid

Selepas kajian dijalankan saya dapat melihat perubahan positif ke

atas murid-murid saya dan saya sendiri. Sebelum ini, saya tidak

mempelbagaikan alat dan bahan bantu mengajar dengan hanya

membataskan kepada penggunaan papan putih dan Buku Teks

sahaja. Apabila menggunakan buku sahaja, maka aktiviti yang

berpusatkan murid tidak dapat dipelbagaikan dan diperbanyakkan.

Setelah semua aktiviti ini dijalankan, saya dapati peningkatan

dalam menguasai kemahiran membaca perkataan dan kalimah

Bahasa Arab adalah sangat baik khususnya bagi Aktiviti 1 dan

Aktiviti 2. Kesemua aktiviti yang dirancang dapat berjalan

dengan lancar dan keyakinan diri murid juga menunjukkan

perubahan yang lebih positif. Walaupun dalam ujian selaras 1,

markah yang diperolehi mereka tidak cemerlang (A) atau baik (B),

tetapi sekurang-kurangnya sasaran saya untuk mengeluarkan

mereka daripada mendapat markah gagal (E dan D) kepada

markah lulus dengan memuaskan (C) sedikit sebanyak tercapai.

5.5.2 Rumusan Pemerhatian

Apabila murid-murid ini sudah dapat meningkatkan penguasaan

kemahiran membaca mereka dari satu tahap yang rendah ke tahap

yang lebih baik, atau sebelum ini mereka selalu gagal dan sekarang

16
boleh lulus dalam ujian, maka saya dapat lihat perubahan sikap

yang lebih positif dalam diri mereka seperti

17
bertambah minat untuk belajar Bahasa Arab dan lebih

menguasai isi pelajaran Fiqh Ibadah serta rajin membuat latihan yang

diberikan oleh guru.

6. CADANGAN SETERUSNYA

Saya dapati kajian penguasaan kemahiran membaca perkataan d a n struktur

t e r m a y a n g m e n g g u n a k a n Bahasa Arab ini perlu diperluaskan kepada tiga lagi

aspek kemahiran bahasa yang lain iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan

kemahiran menulis. Dengan melengkapkan kajian ini meliputi kesemua empat aspek

kemahiran bahasa ini, maka ia dapat memberikan gambaran yang lebih menyeluruh tentang

masalah dan penyelesaian P&P Fiqh Ibadah dan matapelajaran Dini yang lain. Tambahan

pula, kajian ini bukan sahaja dapat menghasilkan kesan yang positif kepada diri saya

sendiri sebagai seorang guru, tetapi apa yang lebih penting ialah ia dapat meningkatkan

penguasaan murid. Saya juga bercadang untuk meneruskan program ini untuk

meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab meningkatkan

penguasaan matapelajaran fiqh ibadah bagi murid lemah. Kajian ini juga menjadikan guru

sentiasa berfikiran positif, kritis, kreatif dan inovatif sentiasa fleksibal dalam

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

7. BAHAN YANG DIPERLUKAN

Bahan- bahan yang diperlukan untuk menjalankan kajian ini adalah seperti :

Kad Manila = 10 (untuk setiap huruf tunggal tanpa baris, huruf tunggal berbaris

satu/dua di atas/di bawah/di depan)

Marker Pen = 3 (tiga warna iaitu hitam, biru dan merah)

Gunting, pembaris, pen, pensel, pensel warna, kertas A4


18
Kertas Soalan Ujian Fiqh Ibadah

8. ANGGARAN KOS

Anggaran kos untuk bahan-bahan yang saya perlukan ialah :

Kad Manila = 10 x RM 0.50 = RM 5.00

Marker Pen = 3 x Rm 2.00 = Rm 6.00

9. JADUAL PELAKSANAAN

BI AKTIVITI TEMPOH
L PELAKSANAAN
1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 2 hari

2 Menulis proposal 1 hari


3 Merancang tindakan-individu 2 hari
4 Membuat Pemerhatian 1 hari
5 Ujian pengesanan 1 hari
6 Melaksanakan tindakan- aktiviti 1 3 hari
7 Analisis tindakan aktiviti 1 1 hari
8 Melaksanakan tindakan aktiviti 2 3 hari
9 Analisis tindakan aktiviti 2 1 hari
10 Melaksanakan tindakan- aktiviti 3 3 hari
11 Analisis tindakan aktiviti 3 1 hari
12 Melaksanakan tindakan- aktiviti 4 3 hari
13 Analisis tindakan aktiviti 4 1 hari
14 Refleksi kajian 1 hari
15 Menulis laporan kajian 3 hari
16 Pembentangan laporan kajian 1 hari

19
Rujukan

Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin. (2010). Pengantar Penyelidikan Tindakan: dalam


Penyelidikan Tindakan. Bangi: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia


(2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: BPPDP, KPM.

Chua Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan Buku 1. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.


Dr. David Lim Chong lim, Dr Nor Azizah Salleh. (2011). HBEF2503 Kaedah
Penyelidikan dalam Pendidikan. Open University Malaysia.
Ghazali Darussalam. (2005). Keberkesanan Kursus Pengajian Agama Islam Diploma
Perguruan Malaysia Di Maktab-Maktab Perguruan Malaysia.Maktab Perguruan
Islam: Bangi.43
Ling T.L & Zaidatul Tasir (2008). Pendekatan Pembelajaran Kemahiran Membaca
Menerusi Lagu Dan Muzik Berasaskan Komputer Bagi Murid Tahun 1: Jurnal
Penyelidikan.65-72.
Ting Len Siong, Ahmad Sabry Othman, Ting Hun Yong. (2013). Penyelidikan Tindakan
Dalam Pendidikan.
Suhaimi b. Hj Ahmad (2007). Tahap Kesediaan Guru Terhadap pelaksanaan
Model Pengajaran Simulasi bagi Matapelajaran Pendidikan Islam.Tesis
tidak diterbitkan. Univesiti Teknologi Malaysia.

20
Lampiran A:
Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2015 As-Syariah
(AlQuran Wa Hifz dan Fiqh Ibadah)

Bil Nama AlQuran Fiqh Jumlah Gred


Wa Ibadah
1 Ahmad Muaz Bin Ahmad Rosdi 32
Hifz 12 44 D
2 Aina Aqillah Binti Borhanudin 27 10 37 E
3 Balqis Batrisya Mohd Sadri 23 12 35 E
4 Iskandar Zulkarnain Bin Mohd Yunus 22 16 38 E
5 Muhammad Adib Bin Shafle 32 16 38 E
6 Muhammad Afiq Azim Bin Noor Azhan 24 14 38 E

7 Muhammad Alif Irfan Bin Mat Sohor 23 10 33 E


8 Muhammad Hafiziy Bin Ishak 20 10 30 E
9 Noor Izuna Binti Noor Azwan 21 14 35 E
10 Nor Maisarah Binti Aini 26 12 38 E

21
Lampiran B:
Borang Pemerhatian

22
Lampiran C:
Kertas Soalan Ujian Pengesanan

1. Apakah alat bersuci yang anda tahu ?

______________
______________
______________
______________

2. Berapakah bahagian najis ?

____________________

3. Namakan bahagian-bahagian najis?


__________________
__________________
__________________

4. Terangkan cara menyucikan najis Mughallazah?

_______________________________________________________________

LATIHAN PENGUKUHAN PdP



_______________________ :

-1

________________
-2

______________
______________
______________
______________
-3

_________________
-4

_____________
_____________
_____________
_____________

23
_____________
_____________

24
25
26
27
28