Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan

Prinsip Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan AgongSeri Paduka Baginda
Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 31 Ogos 1970,
iaitu sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan Malaysia. Selepas Malaysia Merdeka dan
negara mula dibangunkan, sedikit demi sedikit terdapat jurang antara kemewahan bandar
dan kemiskinan desa, kemewahan orang bukan Melayu dengan kesempitan hidup orang
Melayu yang menyebabkan rasa tidak puashati di antara rakyat. Ini menyebabkan
beberapa kekacauan serta perbalahan yang melibatkan kaum berlainan berlaku di
beberapa kawasan di Tanah Melayu. Apabila berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969,
kerajaan melihat perlunya satu formula untuk mengatasi masalah ini.

Asas kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan dan perpaduan yang


melambangkan wujudnya `kesatuan hati'. Perpecahan dan persengketaan pula menyebabkan
anggota masyarakat itu akan sentiasa bergelut dengan tarikan yang berbeza arah. Ini bermakna
`konflik' yang tidak berkesudahan akan menghantui kehidupan masyarakat. Justeru, bagi
membentuk sebuah negara yang padu mesti ada etika dan falsafah kenegaraan yang dapat
membina kecintaan (patriotisme), kesetiaan, permuafakatan dan perpaduan rakyatnya.

MATLAMAT RUKUN NEGARA

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat di Malaysia.
Memelihara cara hidup demokratik dalam masyarakat di Negara Malaysia.
Membentuk satu masyarakat yang adil dan saksama agar kemakmuran negara terjamin
dan berada dalam suasana yang harmoni tanpa menimbulkan perasaan yang negatif
antara satu sama lain di kalangan masyarakat.
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dengan
berbagai corak kehidupan dalam masyarakat sekeliling.
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi untuk
mengembang kan lagi ilmu pengetahuan masyarakat pada hari ini.
Sebenarnya Rukun Negara bukanlah merujuk kepada lima perkara teras tersebut seperti
yang dinyanyikan itu atau yg di pratontonkan dalam kaca televisyen saban hari demi hari
Rukun Negara adalah salah satu nilai yang perlu dicapai ataupun yang perlu diketahui
oleh semua lapisan masyarakat sama ada dari golongan muda atau golongan yang tua .
Rukun Negara adalah satu visi bagi merialisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh
kaum-kaum utama di Malaysia atau Malaysia semasa penggubalan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu mahupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia .
Mungkin ramai generasi muda yang tidak memahami dengan lebih terperinci apakah itu
Rukun Negara .
OBJEKTIF RUKUN NEGARA

Rukun Negara mempunyai objektif-objektif seperti berikut :

1. Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat .


2. Untuk memelihara cara hidup demokratik .
3. Untuk melahirkan masyarakat yang adil dan saksama supaya kemakmuran negara
dapat dinikmati bersama secara harmoni dan terjamin .
4. Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya
dan mempunyai pelbagai corak lapisan kaum di kalangan masyarakat .
5. Untuk membina sebuah masyarakat yang progresif dengan adanya ilmu sanis dan
teknologi-teknologi yang moden .
6. Selain itu adalah untuk melahirkan semangat patriotik di kalangan masyarakt pada
hari ini supaya semua lapisan masyarakat akan merasai betapa pentingnya Rukun
Negara di dalam negara kita .
7. keharmonian negara adalah bergantung kepada masyarakat yang mempunyai
tahap disiplin yang tinggi dan semangat perpaduan cintakan negara yang disemai
sejak dahulu lagi demi kepentinagn negara .

PRINSIP - PRINSIP RUKUN NEGARA


Rajah 2

HURAIAN 5 PRINSIP RUKUN NEGARA

1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


Prinsip ini menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama merupakan prinsip penting
kehidupan rakyat di Negara kita . Sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang menolak
kepercayaan kepada Tuhan (atheis) seperti fahaman komunis tidak akan mendapat tempat di
Negara ini . Ini adalah kerana agama telah menjadi unsur penting dalam membentuk rohani
(spiritual) masyarakat kita .

2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Di negara kita, Raja dan Negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana
negara kita mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Perkara 32
Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
adalah ketua negara. Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada
komponen yang membentuk Parlimen di negara ini . .

3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran

Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang. Keluhuran Perlembagaan

Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber

dan punca kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan
Persekutuan. Perlembagaan boleh menjadi rujukan kepada rakyat Malaysia supaya tidak berlaku
perselisihan fahaman dan mencetuskan rusuhan sesama kita tidak kira agama dan bangsa.

Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan

kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat

mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang.

4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Setiap negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat

yang aman, tenteram, stabil dan makmur. Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi elemen
penting bagi memastikan undang-undang berjalan dengan lancar. Kedaulatan undang-undang

bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang

driskiminasi kaum, gender mahupun keduduka (statusosial).

5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN


Prinsip ini mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan dan pembangunan personaliti

individu yang seharusnya dibina sejak kecil lagi. Prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai-nilai

moral dan akhlak murni masyarakat. Prinsip ini mestilah menjadi panduan seluruh masyarakat

supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan

pembangunan tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
Kehidupan yang bertatasusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks perhubungan

etnik, terutama dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. tinggi. Justeru, kempen Budi

Bahasa dan Nilai Murni yang dianjurkan kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan sebuah

masyarakat yang memiliki sifa-sifat mulia, beradab, bersopan santun, bertoleransi, saling

memahami, mempunyai semangat patriotik dan cintakan kedamaian. Ia selari dengan prinsip

kelima Rukun negara itu. (AZWARAINI)

2.0Prinsip pertama Rukun Negera ialah Kepercayaan Kepada Tuhan. Ia menjadi nadi pembinaan
jati diri masyakat Malaysia dan sewajarnya menjadi panduan dan pedoman hidup bermasyarakat
oleh seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Pada dasarnya, prinsip ini mengungkapkan bahawa rakyat Malaysia berpegang teguh kepada
kepercayaan kepada Tuhan. Ini bermakna Malaysia adalah negara yang menolak sebarang
ideologi yang tidak mempercayai wujudnya Tuhan (atheisme).

Kepercayaan kepada Tuhan mampu menjadikan masyarakat berpegang teguh kepada nilai-nilai
murni yang diajarkan oleh agama. Jika masyarakat berpegang teguh kepada ajaran agama
masing-masing secara postif maka ia dapat membentuk kehidupan yang harmoni dan sejahtera.

Melalui ikatan keagamaan, manusia akan bertindak sebagai seorang yang bertanggungjawab dan
sentiasa menjaga keamanan dan keharmonian negara. Rakyat juga akan sentiasa berasa
bersyukur dalam kehidupannya.

Islam agama rasmi

Prinsip pertama Rukun Negara ini sebenarnya mendukung kebebasan dan pengamalan agama
seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan meletakkan Islam
sebagai agama Persekutuan bagi Malaysia.

Perkara ini jelas dimaktubkan dalam Perlembagaan di bawah Perkara 3 (1) yang menyatakan
bahawa: Ugama Islam ialah ugama bagi persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Kebebasan beragama yang diamalkan di negara ini menuntut setiap orang menghormati agama
yang dianuti oleh orang lain serta hak untuk mengamalkan. Walaupun Islam diletakkan sebagai
agama rasami tetapi ajaran Islam tidak memaksa mana-mana individu untuk memeluk Islam.

Hakikatnya, Malaysia mengamalkan kebebasan beragama dan ia seharusnya dapat membetuk


masyarakat kita saling menghormati kepercayaan dan amalan ibadat setiap agama. Kepercayaan
kepada Tuhan seharusnya dapat mengembangkan perbuatan yang luhur, yang mencerminkan
sikap dan suasana interaksi masyarakat secara harmoni dan sekali gus dapat mengembangkan
sikap adil terhadap sesama insan.

Prinsip universal yang harus dipegang oleh semua penganut agama di negara ini ialah berpegang
teguh kepada agama dan kepercayaan masing-masing secara beradab agar dapat membina
kerukunan hidup secara harmoni. Ia seharusnya dapat mengembangkan sikap hormat
menghormati dan bekerjasama antara penganut pelbagai agama.

Sikap hormat menghormati

Walaupun agama dan kepercayaan terhadap Tuhan adalah masalah yang menyangkut hubungan
peribadi manusia dengan Tuhan yang dipercayainya, namun nilai-nilai mulia yang diajarkan
agama itu seharusnya dapat mengembangkan sikap saling menghormati serta kebebasan
melaksanakan ibadah sesuai dengan agama dan kepercayaannya masing-masing.

Namun, kita berasa bimbang terhadad trend penghinaan terhadap kesucian agama Islam seperti
kes Alvin dan Vivian yang mempersendakan amalan puasa umat Islam. Perbuatannya itu
mendapat kecaman bukan sahaja dari masyarakat Islam, malah masyarakat bukan Islam juga. Ini
mebuktikan bahawa masyarakat bukan Islam di negara ini juga tidak merestui sebarang sikap
ekstrem yang cenderong menghina ibadat atau amalan agama orang lain.

Kes Alvin dan Vivian adalah satu contoh kejahilan terhadap sensitiviti penganut agama Islam.
Kita berasa bimbang dengan trend tidak sihat ini yang boleh mengeruhkan perhubungan antara
kaum dan agama di negara ini. Beberapa kes penghinaan terhadap agama Islam sejak akhir-akhir
ini jelas menujukkan wujudnya segelintir rakyat di negara ini yang tidak menunjukkan sikap dan
rasa sensitif terhadap perasaan penganut agama lain.

Justeru, sudah sampai masanya Malaysia mencontohi Pakistan yang telah mewujudkan undang-
undang mengiha agama pada 2010. Kita yakin dengan adanya undang-undang seperti itu maka
maruah dan kesucian Islam akan dapat dilindungi dan dibela. Mereka yang sewanang-
wenangnya secara sedar menghina apa jua berkaitan dengan akidah dan amal ibadah umat Islam
mesti didakwa mengikut undang-undang terbabit. - BH 25 Julai 2013.

http://azwaraini.blogspot.my/2015/08/matlamat-rukun-negara-
mencapai.htmlhttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/524-kolumnis-
akhbar/16031-kepercayaan-kepada-tuhan-bina-keharmonian-beragama.html

Anda mungkin juga menyukai