Anda di halaman 1dari 22

i

ABSTRAK

Landskap adalah satu proses di mana melibatkan kegiatan merancang,


merekabentuk, melaksana, serta menguruskan landskap untuk keselesaan,
keselamatan, dan keharmonian manusia disamping menjadikan suasana yang indah
dan harmoni dengan persekitaran semulajadi. Elemen yang kami terapkan dalam
pelaksanaan projek rekabentuk taman ini ialah elemen landskap kejur seperti batu,
kayu, set meja taman, bangku dan papan tanda. Elemen landskap lembut yang
digunakan dalam projek ini pula bersesuaian dengan tema landskap iaitu Herba
Warisan Negara Kita antaranya ialah pokok Tongkat Ali, Bangun-bangun, Bintang
Tujuh, Delima Putih, Mahkota Dewa dan sebagainya. Tambahan pula, elemen kejur
dan lembut ini bergabung menjadikan landskap itu menarik bukan saja untuk
pemandangan bahkan memberi keselesaan, ketenangan, dan juga keseronokan
kepada kehidupan ini. Seterusnya, objektif projek ini untuk menguji tahap kemahiran
kami sebagai guru dalam merekabentuk dan pembinaan taman di peringkat
kebangsaan setaraf universiti dan kolej di pasaran juga industri serta penerapan
rekabentuk landskap dengan teknologi dan sejajar dan konsep yang ditentukan.
ii

ABSTRACT

The landscape is a process in which involves planning, designing,


implementing, and managing landscapes for comfort, security, and human harmony,
whilst making a lovely atmosphere and harmony with the natural environment.
Elements that we apply in this garden design project implementation is hard
landscaping elements such as stone, wood, set of garden table, benches, and signs.
Soft landscape elements used in this project is also in keeping with the theme of the
landscape which is Heritage Herbs : The Natural Cure such as Tongkat Ali,
Bangun-bangun, Bintang Tujuh, Delima Putih, Mahkota Dewa, and so on.
Furthermore, these elements combine hard and soft landscape makes it interesting
not only for the scenery even provide comfort, tranquility, and excitement to life.
Hence, the objective of this project is to test our skills as teachers in the design and
construction of the park at the national level equivalent universities and colleges in
the market also industry and the implementation of landscape design with technology
and consistent and defined concept.
iii

SENARAI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN

ABSTRAK i
ABSTRACT ii
KANDUNGAN iii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.2
1.1 Pengenalan 1
1.2 Objektif Projek 1
1.3 Skop Projek 2
1.4 Perancangan Pelaksanaan Projek 3

BAB 2 KAJIAN ILMIAH

2.1 Pengenalan 6
2.1 Pengenalan 13
2.2 Taman Warisan Herba : Penawar Semulajadi 6
2.3 Maksud Rekabentuk Landskap 13
7
2.4 Perancangan Landskap 7
2.5 Inovasi 7

BAB 3 PERANCANGAN LANDSKAP

3.2
3.1 Konsep dan Tema Taman
Pengenalan 919
3.3 Lokasi 9
3.4 Saiz dan Keluasan Projek 10
3.5 Lakaran Rekaan 10
3.6 Pelan Inventori 10
3.7 Pelan Induk 11
iv

BAB 4 MAKLUMAT PENYELIDIKAN

4.1 Pengenalan 36
12
4.2 Nama dan Jenis Tanaman
4.2.1 Tongkat
Nama dan Jenis Ali
Tanaman 12
4.2.2 Bangun-bangun 13
4.2.3 Bintang Tujuh 13
4.2.4 Delima Putih 13
4.2.5 Mahkota Dewa 14
4.2.6 Buah Pala 14
4.2.7 Lelipan 14
4.2 Aksesori 15
4.3 Senarai Bahan dan Peralatan 15
4.4 Anggaran Kos 17

RUJUKAN 18
BAB 1:

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Taman Mini Sekolah merupakan satu elemen keindahan yang penting dan perlu
diwujudkan di sesebuah sekolah. Oleh itu, Sekolah Agama Al-Islahiyah juga ingin
mewujudkan Taman Mininya sendiri. Taman Mini SA Al-Islahiyah adalah dibawah
pengawasan Panitia Bahasa Inggeris dengan kolaborasi daripada Panitia Sains. Kertas kerja
ini dibentangkan untuk mencadangkan projek Taman Mini SA Al-Islahiyah yang
bertemakan Warisan Herba : Penawar Semulajadi. Cadangan ini berdasarkan
perbincangan dan perkongsian idea guru-guru Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Sains
berkenaan tapak sedia ada yang terbiar dan tidak diselenggara.

1.2 OBJEKTIF

Penubuhan Taman Mini Sekolah adalah untuk memelihara warisan ubatan-ubatan


yang berasaskan herba yang diwarisi oleh nenek moyang kita dahulu. Kewujudan taman
mini ini juga dapat meningkatkan pengetahuan tentang tanaman-tanaman dan kegunaan-
kegunaannya yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini. Disamping itu, murid juga
berpeluang mengenali tumbuhan yang berada di sekitar sekolah.

Objektif Kertas Kerja ini ialah:


1. Untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran sekolah tentang
cadangan projek Taman Mini SA Al-Islahiyah.
2. Mendapatkan peruntukan yang diperlukan untuk projek Taman Mini SA Al-
Islahiyah.
3. Mewujudkan sebuah Taman Mini yang kemas, cantik dan teratur dari segi landskap
dan susun atur tanaman herba dan pelbagai tanaman yang dipamerkan.
4. Mendapatkan kerjasama yang erat daripada pihak pengurusan sekolah dan pihak
jawatankuasa pelaksana Taman Mini Sekolah.

1
5. Menyelaras setiap tugas dan tanggungjawab supaya tidak berlaku pertindihan tugas
dan memastikan kelancaran aktiviti yang dirancang.

1.5 SKOP PROJEK

Skop projek yang dibangunkan ini dapat memberikan kelebihan keatas pengguna,
sistem pengurusan, teknologi, persekitaran, dan terutamanya pereka landskap dalam
rekabentuk yang akan datang, disamping itu mengambil peluang menerusi projek
ini iaitu:
Mencungkil bakat-bakat baru, juga golongan sasaran seperti golongan
pelajar dan golongan pengunjung.
Memperkenalkan idea yang baru juga idea yang lebih kreatif dan kreatis.
Memberi peluang pereka-pereka baru.
Memperkenalkan cetusan-cetusan idea yang tidak pernah digabungkan
sebelum ini.
Menambah pendapatan seseorang pereka dalam penghasilan produk.
Memberi pengetahuan yang luas serta mengembangkan lagi idea-idea yang
baharu.
Memberi pengetahuan kepada pengunjung bahawa landskap ini terbahagi
kepada pelbagai konsep dan bahan.

2
1.4 PERANCANGAN PELAKSANAAN PROJEK

PROGRES KERJA

BIL AKTIVITI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 1 1 1 1 BULAN


1 1 1MAC
1 1 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 CATATAN

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
1 Perancangan

Landskap

Rajah 1: Jadual Progres Kerja Bulan Mac

3
BIL AKTIVITI PROGRES KERJA CATATAN
1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 1 1 1 1 BULAN
1 1 1APRIL
1 1 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 3

1 Pengesahan 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

pemilihan
2 AJK
Perbincangan

dan
perancangan
untuk
menghasilkan
reka bentuk
3 taman
Pembahagian

kumpulan
4 dan tugas
Perbincangan

bersama
kumpulan
Rajah 2: Jadual Progres Kerja Bulan April
BIL AKTIVITI PROGRES KERJA CATATAN
1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 1 1 1 1 BULAN
1 1 1 MEI
1 1 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 3

1 Kerja-kerja 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

penanaman
pokok
2 dilakukan
Pembentangan

3 taman
Pameran

taman

Rajah 3: Jadual Progres Kerja Bulan Mei

5
BAB 2:

KAJIAN ILMIAH

2.1 PENGENALAN

Kenyataan Di Castri (1998) dan Naveh (1994) menyatakan bahawa semenjak


beberapa dekad yang lalu, penglobalisasian ekonomi dunia telah mewujudkan
mekanisma perubahan dan rejim gangguan terhadap landskap dunia yang mana
mengakibatkan peningkatan kepada risiko kehilangan dan ketandusan sumber.
Sumber yang dimaksudkan di sini adalah sumber alam semulajadi yang mempunyai
hubungan rapat dengan kehidupan manusia sama ada dari segi fungsi atau
nilainya terhadap budaya sesuatu masyarakat itu. Oleh itu, kita sebagai masyarakat
pada masa kini haruslah mengambil inisiatif untuk mengatasi kesan ketandusan sumber
ini. Melalui projek Taman Mini Sekolah Warisan Herba : Penawar Semulajadi,
pelbagai jenis tanaman herba akan ditanam untuk memelihara alam semulajadi di
samping mendapat banyak faedah daripada kegunaan herba untuk merawat penyakit.

2.2 TAMAN WARISAN HERBA : PENAWAR SEMULAJADI

Herba menurut kamus dewan bahasa dan pustaka merupakan tumbuhan dimana
daun dan bahagian lain tumbuhan tersebut yang boleh dibuat ulam dan memberikan nilai
ubatan kepada orang yang mengamalkan memakannya. Kita sebagai manusia
seharusnya memanfaatkan dengan sebaiknya nilai perubatan yang terdapat pada herba.

Bertemakan Warisan Herba : Penawar Semulajadi, Taman Mini SA Al-


Islahiyah yang adalah sebuah taman yang mempunyai pelbagai jenis tanaman dan
pokok herba dalam lingkungan 50 jenis tumbuhan herba yang berbeza. Dikunci dalam
pelbagai konsep taman yang dikemukakan, diharap mampu menarik minat pelajar
untuk berehat di samping belajar tentang herba-herba yang terdapat di negara kita dan
mengetahui khasiat ubat-ubatan herba dalam mencegah dan merawat pelbagai jenis
penyakit.

6
2.3 MAKSUD REKABENTUK LANDSKAP

Menurut Hurbbard & Kimball (pustakawan) landskap didefinasikan sebagai seni


mereka bentuk untuk memelihara keindahan persekitaran supaya lingkungan hidup
manusia menjadi selesa, sihat dan mudah. (Manusia dan Alam Sekitar) dalam
Landscape Design, Introduction of landscape design (1917). F.L. Omlsted ( Bapa
Arkitek Landskap ) pada tahun 1860-1870 pula mendefinasikan landskap adalah seni dan
sains hubungkait di antara insan dan alam semulajadi. Selain itu, perancangan landskap
itu adalah mengenai mengenal pasti, merancang, menyusun atur guna tanah dengan
sebaik mungki n oleh Brian Hackett (1950) dan American Society of Landscape
Architect (ASLA) (1981) mendefinasikan landskap adalah sains dan seni yang
berkaitan dengan perancangan guna tanah yang sistematik yang berkaitan dengan
pemeliharaan sumber alam.

2.4 PERANCANGAN LANDSKAP

Menurut Brian Hackett (1950) perancangan landskap itu adalah mengenai


mengenalpasti, merancang, menyusun atur gunatanah dengan sebaik mungkin. Untuk
merancang perlukan ilmu dalam bidang fisiologi bumi dan faham tentang proses alam,
faham alam sekitar dan nilai-nilai estatiknya. Selain itu, Sylvia Crowe (1960)
mendefinasikan perancangan landskap itu lebih mendalam dari guna tanah (ciptaan
manusia). Guna tanah, mengenai estatik, mengenai kesejahteraan insan. Perancangan guna
tanah perlu mengambil kira tetang kesuburan tanah-tanih. Landskap yang baik terhasil
daripada perancangan yang teliti dengan mengambil kira semua faktor disekelilingnya
agar dapat mengekalkan fungsi dan keindahannya.

2.5 INOVASI

Inovasi itu penuh dengan kebaikan, sedangkan pelanggaran hukum itu penuh
dengan keburukan. Maka, inovasi itu tidak pernah melanggar hukum, dan pelanggaran
hukum itu bukanlah sebuah inovasi oleh Tri Widodo W. Utomo. Menurut Steve Jobs
pengarah Apple Inc, inovasi membezakan antara seorang pemimpin dengan pengikut.
Berdasarkan kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, inovasi membawa maksud sesuatu
yang baru diperkenalkan yang meliputi kaedah, sistem, adat dan lain-lain. Dalam ertikata
lain, ia menjurus kepada kaedah atau usaha mencari jalan untuk menghasilkan produk atau
perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan.

7
Bagi projek Taman Mini sekolah ini, kami membuat inovasi melalui penggunaan botol-
botol minuman untuk dijadikan sebagai pasu bagi tanaman-tanaman herba yang kecil
seperti Daun Dewa, Miana, Pegaga dan sebagainya.
BAB 3:

PERANCANGAN LANDSKAP

3.1 PENGENALAN

Di dalam bab ini akan menerangkan proses rekabentuk projek dan cara
perlaksanaan projek dijalankan, dimana ia dipanggil sebagai design & built seperti dalam
terma pembinaan. Tema dan konsep diberikan dan proses mencari idea dan contoh
rekabentuk dijalankan supaya rekabentuk yang akan dibuat menjurus kepada tema
yang ditetapkan iaitu Warisan Herba : Penawar Semulajadi. Kajian berkaitan tema
dibuat dengan merujuk kepada majalah, internet dan buku-buku disamping mengambil
contoh-contoh rekabentuk projek.

3.2 KONSEP DAN TEMA TAMAN

Konsep Taman Mini menitik beratkan setiap pokok yang ditanam boleh dijadikan
makanan dan ubat-ubatan serta boleh juga dijadikan sebagai menghias laman. Untuk itu,
ada beberapa pokok yang dikategorikan sebagai tanaman herba boleh dijadikan hiasan
menarik dalam Taman Mini. Taman ini dirancang untuk mempunyai dalam anggaran 50
spesies tanaman herba dan bunga-bungaan yang mempunyai nilai perubatan, berwarna-
warni, mempunyai bau yang harum dan ditanam secara landskap untuk memberikan kesan
ketenangan dan damai kepada murid yang mengunjungi taman ini.

Terdapat beberapa ciri-ciri yang perlu dititikberatkan semasa membina taman herba
seperti mengkaji sifat-sifat fizikal setiap tanaman atau herba secara individual dari aspek
pembungaan, warna, tekstur, corak pertumbuhan. Setelah itu, susun kedudukan pokok
dengan mewujudkan kombinasi yang efektif contohnya menanam tumbuhan herba yang
berbeza warna secara berhampiran bagi mewujudkan warna harmoni. Elakkan
menggunakan lebih dari tiga warna di kawasan taman. Terlalu banyak warna akan
mewujudkan suasana yang serabut. Untuk kesan yang lebih dramatik, bina kesinambungan
dengan cara menanam mengikut ketinggian yang berbeza dan pokok-pokok yan ditanam

9
disususn secara kelompok. Wujudkan aroma dan bauan wangi dengan menempatkan secara
strategik di kawasan taman yang berhampiran dengan laluan.

3.3 LOKASI

Lokasi bagi projek Taman Mini Warisan Herba : Penawar Semulajadi adalah di
kawasan belakang bangunan Sekolah Agama Al-Islahiyah. Buat masa sekarang kawasan
itu ditanam dengan beberapa pokok buah-buahan. Namun, kawasan itu adalah luas dan
sekolah akan mendapat banyak faedah sekiranya kawasan itu dimanfaatkan.
Berikut adalah foto kawasan tersebut.

3.4 SAIZ DAN KELUASAN PROJEK

Tapak projek yang diberikan oleh pihak sekolah bagi projek ini mempunyai
keluasan sebanyak 75 meter persegi, iaitu dengan ukuran 5m x 15m.

3.5 LAKARAN REKAAN

15 meter
5 meter

3.5.1 PELAN INVENTORI

Pelan Inventori bermaksud satu usaha mereka semua infrastuktur, tanaman


atau apa sahaja yang terdapat di kawasan tersebut. Pelan inventori yang tepat

10
diperlukan untuk mengelakkan kesilapan reka bentuk pada masa akan datang.
Antaranya ialah, kedudukan tapak dan keadaan sekeliling, sistem lalulintas jalan
keluar dan masuk, kemudahan awam, tanaman sedia ada, struktur binaan, iklim,
jenis tanah, arah angin dan matahari, saliran, topografi, penggunaan tanah, arah
pemandangan yang menarik dan arah bunyi.

3.5.2 PELAN INDUK

Dengan terhasilnya bentuk, maka penyediaan pelan induk menjadi lebih


mudah. Pada peringkat ini perkara-perkara berikut dikenalpasti, iaitu jenis
tanaman, jenis bahan binaan, jenis kelengkapan, dan lain-lain perincian.
Selepas, proses penghasilan lakaran pelan taman dibuat barulah kerja-kerja
didalam kawasan dibuat seperti membersihkan kawasan tapak daripada rumpai dan
segala bendasing yang tidak digunakan. Seterusnya, pembinaan tapak dimulakan
iaitu pemasangan laluan jalan kaki, laluan berbumbung, kolam hiasan, dan set meja
taman. Kerja-kerja penandaan kawasan untuk peletakkan produk dilakukan.
Kemudian elemen-elemen landskap kejur dan sebahagian produk dimasukkan ke
dalam tapak. Setelah semua aktiviti pemasangan selesai, proses penanaman
tumbuhan herba pula dijalankan.

11
BAB 4

MAKLUMAT PENYELIDIKAN

4.1 PENGENALAN

Tumbuhan-tumbuhan herba merupakan sumber penghasilan analgesik, antibiotik,


enzim-enzim, hormon-hormon diuretik, kompaun-kompaun anti parasit, laksatif, anti-
koagulan dan pelbagai bahan lagi. Menurut Perubatan Kesihatan Sedunia ( WHO ),
hampir 70% dari populasi sedunia menggunakan ubat dari tumbuhan herba terutamanya
di negara-negara sedang membangun dan mundur kerana ianya murah dan mudah
didapati. Pengguna di negara-negara maju menggunakan tumbuhan herba sebagai
alternatif kepada rawatan moden.

Tanaman Herba mempunyai hubungkait yang rapat dengan masyarakat di


Malaysia. Selain mempunyai nilai perubatan dan penjagaan kesihatan, tanaman herba juga
mampu menjadikan persekitaran lanskap yang menarik dan berinformatif. Projek Taman
Herba ini mampu menyemai kesedaran dan pengetahuan kepada warga sekolah sekaligus
dapat mewujudkan landskap bersih, kemas dan berinformatif di sekolah ini.

4.2 NAMA DAN JENIS TANAMAN

4.2.1 TONGKAT ALI

12
Pokok Tongkat Ali juga dikenali dengan nama saintifiknya iaitu Eurycoma
Longifolia. Kegunaan herba Tongkat Ali adalah untuk sakit perut, sengal, sakit
pinggang dan demam kuning.

4.2.2 BANGUN-BANGUN

Pokok Bangun-bangun yang dikenali sebagai Plectranthus amboinensis


pula berfungsi dalam merawat asma, sakit perut, mual dan sengal-sengal badan.

4.2.3 BINTANG TUJUH

Pokok Bintang Tujuh terkenal di serata Malaysia dalam kalangan pesakit


barah, kencing manis dan darah tinggi. Nama saintifiknya ialah Pereskia
soecranosa.

4.2.4 DELIMA PUTIH

13
Delima Putih pula berfungsi merawat sakit perut dan sangat mujarab
dalam mengeluarkan cacing dalam badan. Nama saintifiknya dikenali dengan
Punica granatum

4.2.5 MAHKOTA DEWA

Mahkota dewa yang dikenali dengan nama saintifik Phaleria macrocarpa


membantu dalam usaha merawat kanser, buah pinggang, darah tinggi dan angin
ahmar.

4.2.6 BUAH PALA

Buah pala iaitu Myristica fragrans yang terkenal di Pulau Pinang selain
dijadikan jeruk, ia juga berkhasiat dan digunakan dalam mengubati penyakit
meroyan.

4.2.7 LELIPAN

14
Phedilanthus tithymailodes atau juga dikenali sebagai Lelipan pula
digunakan dalam merawat sakit kepala dan bengkak sendi.

4.3 AKSESORI

Selain daripada tanaman herba yang dinyatakan, terdapat banyak lagi tanaman yang boleh
ditanam di Taman Mini ini. Selain daripaada tanaman ini, ada beberapa aksesori yang telah
ditambah dalam cadangan projek taman mini ini seperti set meja taman, bangku, kolam dan juga
laluan berbumbung yang diperbuat daripada kayu.

4.4 SENARAI BAHAN

Bahagian ini menerangkan tentang senarai bahan yang digunakan sepanjang


tempoh pelaksanaan projek.

4.4.1 Bahan tanaman

Bahan tanaman yang digunakan berfungsi sebagai penyeri taman.


Keseluruhan kuantiti bahan tanaman yang digunakan bagi produk-produk yang
dipilih adalah sebanyak 15 nos.

4.4.2 Pasu

Pasu plastik yang digunakan berfungsi sebagai bekas penanaman dan


bentuk badan pasu. Kuantiti bagi pasu besar dan pasu sederhana besar adalah
sebanyak lima buah. Manakala kuantiti bagi pasu kecil dan sederhana kecil adalah
sebanyak dua belas buah pasu. Maka keseluruhan pasu adalah sebanyak tujuh belas
buah.

4.4.3 Syelek

Syelek yang digunakan untuk mengecat kayu yang digunakan dalam laluan
berbumbung.

15
4.4.5 Kayu solid

Kayu yang digunakan berukuran 5 c m dan 8 cm. Ia berfungsi


sebagai papan laluan berbumbung.

4.5 Peralatan

Bahagian ini menerangkan tentang senarai peralatan yang digunakan sepanjang


tempoh pelaksanaan projek.

4.5.1 Handrill

Handrill berfungsi untuk menebuk lubang pada produk pasu dan


lampu sudu. Kuantiti handrill yang digunakan adalah satu sahaja.

4.5.2 Berus cat dan berus lukisan

Berus cat yang digunakan mempunyai dua saiz iaitu sederhana


besar dan sederhana kecil. Manakala, berus lukisan yang digunakan juga
mempunyai dua saiz iaitu berus besar dan kecil. Kuantiti kedua-dua
berus digunakan ialah dua paket.

4.5.3 Baldi

Baldi digunakan untuk merendam benang kain dalam larutan


gam. Kuantiti baldi yang digunakan hanyalah sebuah sahaja.

4.5.4 Protective equipment

Protective equipment yang digunakan adalah sarung tangan,


topeng muka dan apron.

16
BAB 5

5.1 ANGGARAN KOS

Pihak sekolah sangat bertuah kerana mendapat banyak sumbangan dari


beberapa pihak. Namun, projek ini masih lagi memerlukan sedikit tambahan
peruntukan bagi mendapat hasil yang terbaik. Anggaran harga bagi kos barang
adalah seperti berikut :

Bil. Perkara Kuantiti Jumlah/


catatan
1. Set meja taman 1 sumbangan
2. Kolam 1 RM80
3. Batu Kerikil 5 RM10 x 5
4 Kayu solid 25 RM5 x 25
5 Botol Plastik 100 sumbangan
Kelab Kitar
Semula
6 50 jenis tanaman herba 50 Sumbangan
waris
7 Pasu : Besar 5 RM10 x 5
Sederhana 5 RM 7 x 5
Kecil 12 RM 3 x 12
JUMLAH RM376

17
RUJUKAN

1. Wylie, J., 2007. Landscape. Routledge, NY.


2. Norizan Binti Mohamad. 2005. Kamus Landskap. Kuala Lumpur. :Dewan Bahasa & Pustaka
3. Jabatan Perancang Bandar & Desa. Garis Panduan Landskap Negara : Jabatan Perancang
Bandar & Desa : Kuala Lumpur.
4. Nik Ismail Azlan Abd . Rahman, Garis Pandan Landskap Negara : Kuala Lumpur : Jabatan
Perancang Bandar & Desa.
5. Nik Ismail Azlan Abd. Rahman : Grafik Senibina Landskap : 2001 : Shah Alam : UITM
6. Che Aniha Che Isahak, 2008 : Shah Alam : Alaf 21.
7. Cheppy Syukur & Nor Faridah Sharuddin , Pembiakan Tanaman Herba : Synergy Media
Kuala Lumpur.

RUJUKAN INTERNET

Landskap. Definisi, Tema, Tentang Dan Sejarah Landskap.


http://rahsiataman.com/wp/landskap/tentang-landskap/definisi-landskap/
http://rahsiataman.com/wp/landskap/tentang-landskap/
http://rahsiataman.com/wp/landskap/tema/
http://rahsiataman.com/wp/landskap/sejarah-landskap/

http://mekarharum.blogspot.my/

18

Anda mungkin juga menyukai