Anda di halaman 1dari 2

KOTA BHARU 29 Mei Ramadan yang memilukan bagi seorang ibu apabila melihat anak

lelaki tunggalnya dipenjara selama 34 tahun serta lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di
sini hari ini kerana dua kesalahan merogol pelajar tingkatan tiga kira-kira dua tahun lalu.

Ibu berusia lewat 50-an itu hampir rebah dan terpaksa dipapah oleh ahli keluarganya sebaik
sahaja penghakiman tersebut dibacakan oleh Hakim Nazri Ismail.

Hakim Nazri membuat keputusan itu selepas pembelaan terhadap Nurhasliman Ghazali, 36,
yang merupakan seorang guru Bahasa Inggeris sebuah sekolah rendah di Tanah Merah, gagal
menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mengikut pertuduhan pertama, Nuhasliman didakwa merogol mangsa yang ketika itu
berusia 15 tahun 10 bulan di sebuah rumah di daerah Machang pada pukul 7.30 malam, 23
April 2015.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa telah merogol mangsa di lokasi sama pada pukul 1
pagi, 25 April 2015.

Untuk kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan
yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit
kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd. Arshad
yang mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Sepatutnya tertuduh yang merupakan seorang guru tahu membezakan baik buruk sesuatu
perkara selain tidak mengambil kesempatan ke atas kedaifan mangsa, kata Norazlinawati.

Terdahulu, peguam bela, Mohd. Zulhafiz Mohd. Zahid merayu supaya anak guamnya yang
masih bujang itu dikenakan hukuman ringan kerana sudah insaf.

Bagaimanapun, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 17 tahun dan empat


sebatan bagi setiap pertuduhan berjalan secara berasingan.
Tertuduh dihantar ke Penjara Pengkalan Chepa bagi menjalani hukuman penjara yang
berkuat kuasa hari ini.

Anda mungkin juga menyukai