Anda di halaman 1dari 5

SJKT KANGKAR PULAI

PROGRAM
KEHADIRAN PENUH MURID
( APRIL- JUN)

TARIKH

07 Ogos 2016

TEMPAT

SJKT KANGKAR PULAI

ANJURAN

BIDANG HAL EHWAL MURID (HEM)


1.0 PENGENALAN

Program ini akan memotivasikan murid supaya datang ke sekolah pada setiap hari dengan
berseronok.Murid-murid perlu memahami kepentingan pelajaran dan belajar bersungguh-sungguh
untuk mencapai matlamat mereka.

2.0 MATLAMAT

Menggalakkan murid datang ke sekolah dengan berterusan.

3.0 RASIONAL

Sekolah sentiasa ingin menanamkan sikap minat dalam pembelajaran dikalangan murid-
murid sejak dari bangku sekolah lagi supaya menjadikan murid berkemahiran dalam bidang
akademik.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memberi kesedaran kepada murid-murid akan tanggungjawab mereka

terhadap diri sendiri.

4.2 Membina keyakinan diri di kalangan murid.

4.3 Memberi pengukuhan kepada semua murid.

4.4 Meningkatkan tahap penguasaan kemahiran pembelajaran.

4.5 Mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.


5.0 SASARAN

Seramai 73 murid dari tahap 1&2.

6.0 ANJURAN

Bidang Hal Ehwal Murid

7.0 TARIKH

07 Ogos 2016

8.0 TEMPAT

SJKT KANGKAR PULAI

9.0 Anggaran Perbelanjaan Sekolah :

Bil Perkara Kos Perbelanjaan Jumlah ( RM )


1. hadiah ( botol air) 73 x RM3.00 RM 219.00

10.0 Jawatankuasa Pengelola


Pengerusi : En. R.Kalianand
Timb. Pengerusi : Pn.R.Maria Theresa
Setiausaha : Pn.R.Mageswari
AJK :
Semua guru kelas
11.0 Penutup

Segala program yang dirancang adalah bermatlamat mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Diharap semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak
tuan.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh , Disemak oleh ,


(MAGESWARI A/P RANGGASAMY)
Setiausaha bidang HEM

Disahkan oleh,

Contoh gambar