Anda di halaman 1dari 5

NAMA MODUL : MAHLIGAI IMPIAN

MASA : 1 JAM 30 MINIT

BARANG-BARANG KEPERLUAN :

1. LIDI

2. SALOTEP

OBJEKTIF :

1. Memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan solat.

2. Mengajar dan melatih para pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis.

3. Menonjolkn bakat para pelajar.

MODUS OPERANDI :

1. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

2. Setiap kumpulan diberi satu salotep dan segenggam lidi.

3. Mereka dikehendaki untuk membina sebuah bangunan dua tingkat yang kukuh.

4. masa yang diberikan hanya 30 minit sahaja.

5. Setiap kumpulan dikehendaki untuk mempersembahkan hasil binaan mereka.

6. Para fasilitator akan meletakkan bebanan seperti batu bata di atas bangunan itu,
jika roboh maka tiada markah. Satu batu bata mewakili 25 markah.
REFLEKSI :

Bangunan yang telah dibina oleh mereka boleh diibaratkan sebagai solat. Bangunan
yang tidak dibina dengan asas yang kukuh akan runtuh. Begitulah juga dengan solat
kita. Solat merupakan tiang agama. Jika kita tidak melaksanakan fardu solat lima
waktu sehari semalam maka hidup kita tidak akan tenang, jiwa kacau dan terasa
kosong kerana solat merupakan suatu kewajipan bagi seseorang individu muslim.
Solat merupakan amalan wajib dan penting dalam hidup kita. Jika kita tidak menjaga
solat hati kita akan mati dan hidup kita boleh hancur seperti hancurnya bangunan
yang tak dibina dengan kukuh tadi. Oleh itu, jagalah solat kita, tunaikanlah solat bila
masuk waktunya kerana SOLAT ITU TIANG AGAMA .
NAMA MODUL : SALAM MESRA

OBJEKTIF :

1. Memupuk kemesraan sesama ahli.

2. Memberi peluang berkenalan antara satu sama lain dalam suasana yang
menyeronokkan.

CARA PELAKSANAAN :

1. Semua peserta membentuk satu bulatan besar. 1 kumpulan lelaki dan 1 kumpulan
perempuan

2. Apabila arahan diberikan, semua peserta perlu bergerak masuk didalam


kumpulan baru yang dibentuk mengikut persamaan dalam kategori kumpulan yang
diberikan. Contoh : saiz kasut, tarikh lahir, asal.

3. Mereka dikehendaki bertaaruf sebentar sesama ahli kumpulan.

4. Ahli kumpulan yang bertuah akan dipilih dan memperkenalkan ahli- ahli mereka.
NAMA MODUL : TAARUF TISU

OBJEKTIF :

1. Memupuk kemesraan sesama ahli.

2. Memberi peluang berkenalan antara satu sama lain dalam suasana yang
menyeronokkan.

CARA PELAKSANAAN :

1. Tisu diedarkan dan semua peserta diminta mengambil tisu sebanyak mana yang
mereka mahu.

2. Beberapa orang dipilih dan mereka perlu memperkenalkan diri dan menyebut
mengenai diri mereka berdasarkan bilangan tisu yang diambil tadi.
NAMA MODUL : TAUTAN UKHUWAH

OBJEKTIF :

1. Memupuk kemesraan sesama ahli.

2. Memberi peluang berkenalan antara satu sama lain dalam suasana yang
menyeronokkan.

CARA PELAKSANAAN :

1. Semua peserta membentuk satu bulatan besar. 1 kumpulan lelaki dan 1 kumpulan
perempuan

2. Apabila arahan diberikan, semua peserta perlu meletakkan satu barang yang
melambangkan tentang diri mereka.

3. Muzik dimainkan dan bergerak dalam bulatan. Apabila muzik berhenti, peserta
hendaklah meneka tuan empunya barang tersebut dan menceritakan perkara yang
diketahui tentang orang tersebut.

Anda mungkin juga menyukai