Anda di halaman 1dari 4

Modul Bengkel Aspirasi- Sains SPM

Kumpulan CEMERLANG

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA MUDA YAN

MODUL BENGKEL ASPIRASI


SAINS (SPM)
TAHUN 2016

KUMPULAN CEMERLANG

Disediakan oleh : Nor Azura Bt Mat Isa (SMK Teluk Bayu )


Siti Rohmatun Mashirun (SMK Teluk Bayu)

PPD KMY 2016


Modul Bengkel Aspirasi- Sains SPM
Kumpulan CEMERLANG
1. Kaji pernyataan berikut:

Seorang pelajar telah meletakkan garam ke dalam tong aiskrim terlebih dahulu
sebelum bapanya memasukkan ais krim ke dalam tong tersebut.Ini bertujuan
merendahkan takat beku aiskrim kerana kehadiran garam

(a) Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas.


[1 markah]
(b) Menggunakan ketulan ais, 2 bikar, garam dan radas lain
huraikan satu eksperimen untuk menguji hipotesis anda di 10(a)
berdasarkan kriteria berikut:

(i) Tujuan eksperimen [1 markah]


(ii) Mengenal pasti pembolehubah [2 markah]
(iii) Senarai radas dan bahan [1 markah]
(iv) Prosedur atau kaedah [4 markah]
(v) Penjadualan data [1 markah]

PPD KMY 2016


1
Modul Bengkel Aspirasi- Sains SPM
Kumpulan CEMERLANG
2. Kaji pernyataan berikut:

Saiz imej yang terbentuk oleh kamera lubang jarum bergantung kepada jarak objek.

(a) Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas.


[1 markah]

(b) Anda diberikan kamera lubang jarum, lilin, mancis dan radas lain,huraikan
satu eksperimen untuk menguji hipotesis anda di 10(a)berdasarkan kriteria
berikut:

(i) Tujuan eksperimen [1 markah]

(ii) Mengenal pasti pembolehubah [2 markah]

(iii) Senarai radas dan bahan [1 markah]

(iv) Prosedur atau kaedah [4 markah]

(v) Penjadualan data [1 markah]

3. (a) Penambahan populasi rakyat Malaysia akan meningkatkan permintaan


terhadap pengeluaran makanan.
Terangkan dua kaedah untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti
pengeluaran makanan negara.
[ 4 markah]

(b) Rajah 2 menunjukkan seorang nelayan dengan hasil tangkapan


ikannya yang banyak.
Pilih kaedah terbaik bagaimana beliau boleh menyimpan ikan-ikan
tersebut untuk satu jangka masa yang lebih lama

Rajah 3
[6 markah]

PPD KMY 2016

2
Modul Bengkel Aspirasi- Sains SPM
Kumpulan CEMERLANG
4. (a) Aktiviti manusia kadangkala mendatangkan kesan buruk terhadap
alam sekitar. Nyatakan dua aktiviti manusia dan terangkan kesannya
terhadap alam sekitar. [4 markah]

(b) Kebanyakan kilang di kawasan perindustrian membebaskan asap dan


gas beracun sebagai bahan buangan.
Bahan buangan yang dihasilkan akan menyebabkan pencemaran udara
. Terangkan kaedah untuk mengatasi masalah ini.
[6 markah]

5. (a) Nyatakan dua kebaikan dan dua kelemahan akumulator asid -plumbum

[4 markah]
(b) Seorang murid mendapati sudu-sudu besi di makmal sekolahnya telah
berkarat .Terangkan bagaimana murid ini dapat menghalang sudu besi
daripada berkarat.
[6 markah]

6. (a) Nyatakan empat tujuan pemprosesan makanan. [4 markah]

(b Rajah 5 menunjukkan empat makanan yang menggunakan


pendehidratan. [6 markah]

Udang Sotong
Pendehidratan

Keropok ikan
Rajah 6 Cili

Kaji maklumat dalam Rajah 5 dan bina konsep pendehidratan.

PPD KMY 2016 3

Anda mungkin juga menyukai