Anda di halaman 1dari 5

BIODATA MAT SALLEH

BIODATA MAT SALLEH


Nama : Datu Mohammad Salleh bin Datu Balu
Tempat lahir : Inanam
Jawatan : Pemerintah Sungai Sugut
Keturunan : Bajau dan Suluk
Sifat : Kepahlawanan dan keberanian berperang
Hero Of SABAH (1894 1900)

Datu Paduka Mat Salleh Pahlawan Sabah


Pedang Datu Paduka Mat Salleh

Pakaian Datu Paduka Mat Salleh


Datu Mat Salleh, lebih dikenali dengan mudah sebagai Mat Salleh, merupakan
pejuang Sabah yang terkenal dalam penentangan yang hebat terhadap penjajahan British di Sabah.
Beliau pernah mengisytiharkan daerah Tambunan sebagai daerah di bawah kekuasaannya.
Mat Salleh ialah anak kedua dalam sekeluarga empat adik-beradik daripada suku ajau dan uluk.
Ibunya daripada suku Bajau dan ayah, Datu Bulu merupakan pemimpin tempatan berbangsa Suluk.
Abangnya bernama Ali, sedangkan adik-adiknya bernama Badin dan Bolong. Isteri Mat Salleh yang
bernama Dayang Bandang berasal daripada keluarga Kesultanan Sulu dan berkampung
di Pengalaban, Paitan.

Perjuangan[sunting | sunting sumber]


Datu Mohammad Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah
Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada
pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.
Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan
serta memusnahkan kampung Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896.
Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh
menentang pencerobohan dan keganasan Syarikat Berpiagam Borneo Utara bermula pada bulan
Julai 1897. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat
Pentadbiran Kompeni di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan
membakar Pejabat Residen Kompeni di Ambong.
Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan
banyak askar Inggeris terbunuh. Seterusnya pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi
menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan tentera yang lebih besar.
Mat Salleh terpaksa mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat
dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.
Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-
bata, kayu serta buluh tidak dapat ditembusi peluru. Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat
beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan-bantuan
senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur
menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.
Tidak lama kemudian, pihak Kompeni menawarkan perdamaian dan Mat Salleh bersetuju, walaupun
ditentang orang-orangnya. Tetapi pada 1899, Kompeni cuba mengambil alih Tambunan daripada
Mat Salleh dan menyebabkan peperangan tercetus kembali.
Dan akhirnya pada 31 Januari 1900, kota Mat Salleh tumbang akibat serangan hebat Kompeni yang
berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Dan peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh
sebagai pejuang bangsa.
Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu,
tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti, 'Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh
yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900.
Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun
menentang Pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya'.
Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi pada kaca mata
rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan. Bagaimanapun, terdapat
sebilangan rakyat tempatan terutama di kalangan keturunan penduduk yang mempunyai sejarah
pernah bertempur atau berperang dengan pihak Mat Salleh, yang tidak mengiktiraf Mat Salleh
sebagai pahlawan apatah lagi pejuang kemerdekaan kerana Mat Salleh dikatakan berjuang untuk
kepentingan diri dan kumpulannya sahaja dan bukan secara menyeluruh.
FAKTOR PENENTANGAN MAT SALLEH

PERJUANGAN JIHAD
Kebangkitan Mat Salleh berpunca daripada semangat perjuangan jihad orang Sulu menentang
Sepanyol di selatan Filipin .

PERATURAN YANG MEMBEBANKAN


Mat Salleh menentang pentadbiran SBUB kerana SBUB memperkenalkan peraturan baru seperti amalan
buruh paksa , cukai beras dan lesen perahu yang amat membebankan rakyat.
PERCUBAAN BERUNDING GAGAL
Pada bulan Ogos 1895 , Mat Salleh dan beberapa orang pembesar tempatan telah pergi ke Sandakan
untuk menemui Gabenor Beaufort iaitu C.V Creagh . Beliau ingin berunding tentang masalah cukai dan
tindakan kekerasan pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan . Mat Salleh tidak dilayan dan setelah
menunggu selama sepuluh hari , beliau meninggalkan Sandakan .

PERKAMPUNGAN DIBAKAR
Gabenor Beaufort menggangap Mat Salleh mengancam kepentingan SBUB . Oleh itu , SBUB
bertindak dengan membakar dan memusnahkan kampungnya . SBUB menawarkan hadiah
sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkapnya .

KRONOLOGI PERISTIWA

Julai 1897 - Mat Salleh telah mendirikan kubu di Ranau dan membakar Pulau Gaya

Nov 1897 - Mat Salleh menyerang Ambong

William Cowie , Pengarah Urusan SBUB tidak berupaya mengalahkan Mat Salleh . Oleh itu ,
beliau menawarkan pendamaian dan pengampunan kepada Mat Salleh
April 1898 - rundingan antara Mat Salleh dengan Cowie di Menggatal dan Mat Salleh
dibenarkan
mentadbir daerah Tambunan

PERJANJIAN APRIL 1898

Antara syarat perjanjian ialah :


Mat Salleh dan pengikutnya diberi pengampunan .
Penduduk Inanam yang telah melarikan diri semasa kekacauan dibenarkan kembali
semula .
Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunan .
Mat Salleh diminta melaporkan pergerakannya kepada SBUB.
1899 - SBUB tidak menepati janji dan telah mengambil alih pentadbiran Tambunan .

Mat Salleh berasa tertipu dan meneruskan semula penentangan dengan membina kubu di
Teboh ,
Tambunan .

Pihak SBUB menyerang kubu Mat Salleh secara besar-besaran .

Jan 1900 - SBUB berjaya menewaskan Mat Salleh . Dalam petempuran itu , Mat Salleh telah
terkorban .

Perjuangan Mat Salleh diteruskan oleh pengikutnya iaitu Mat Stor dan Kamunta .

Julai 1902 - British berjaya menamatkan kebangkitan Mat Salleh .