Anda di halaman 1dari 7

Terdapat dua faktor utama dalam perkembangan kognitif kanak-kanak menurut Les vygotsky iaitu

interaksi sosial dan kemahiran berbahasa. Interaksi social ialah pemikiran kanak-kanak berkembang
akibat dari pergaulan dengan orang lain. Pergaulan dan interaksi yang bermakna ini selalunya berlaku
antara kanak-kanak dengan individu yang lebih berpengetahuan darinya. Kemahiran berbahasa pula
adalah apabila kanak-kanak akan bergaul dengan masyarakat sekelilingnya dan kemudiannya akan
menggunakan maklumat-maklumat yang diperolehi dalam interaksi- interaksi yang lain iaitu mungkin
semasa bermain atau apabila berdepan dengan situasi yang hampir sama di masa akan datang.

Manusia dalam hidup bermasyarakat, akan saling berhubungan dan saling membutuhkan satu sama lain.
Kebutuhan itulah yang dapat menimbulkan suatu proses interaksi sosial. Maryati dan Suryawati (2003)
dalam laman internet beralamat url di http://jurnalsdm.blogspot.com/2009/05/interaksi-sosial-definisi-
bentuk-ciri.htmlmenyatakan bahwa, Interaksi sosial adalah kontak atau hubungan timbal balik atau
interstimulasi dan respons antar individu, antar kelompok atau antara individu dan kelompok.
Pendapat lain dikemukakan oleh Murdiyatmoko dan Handayani (2004), Interaksi sosial adalah
hubungan antara manusia yang menghasilkan suatu proses pengaruh mempengaruhi yang
menghasilkan hubungan tetap dan pada akhirnya memungkinkan pembentukan struktur sosial

Interaksi positif hanya mungkin terjadi apabila terdapat suasana saling mempercayai, menghargai, dan
saling mendukung ini menurut Siagian, (2004). Berdasarkan definisi di atas maka, penulis dapat
menyimpulkan bahawa interaksi sosial adalah suatu hubungan antara sesama manusia yang saling
mempengaruhi satu sama lain baik itu dalam hubungan antara individu, antara kelompok maupun
antara individu dan kelompok.

Kemahiran berbahasa pula meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Penguasaan kesemua
kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan pempelajaran supaya berjalan dengan lancar
dan berkesan. Kemahiran bahasa yang berhubung dengan kemahiran lisan melibatkan dua komponen
asas, iaitu mendengar dan bertutur. Kedua-dua komponen ini berkait rapat dan saling melengkapi.
Kemahiran membaca dan menulis pula merupakan kemahiran bukan lisan.

5.0 Empat konsep atau tema utama teori proksimiti Vygotsky

Sehubungan dengan teori Vygotsky yang mengatakan bahawa bahasa tutur dan pengaruh orang
lain dalam dunia sosial kanak-kanak merupakan pengaruh penting dalam perkembangan kognitif
mereka, beliau telah mengemukakan empat konsep atau tema utama untuk menerangkan teorinya.
Empat konsep tersebut adalah pendekatan sosio-budaya, zon perkembangan proksimal, bantuan
perancah (scaffolding) dan perkembangan bahasa. Keempat-empat konsep tersebut diterangkan seperti
yang berikut.

5.1 Pendekatan sosio-budaya


Menurut Dr.Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) Vygotsky telah memerhati dan mengkaji
peranan budaya dan komunikasi interpersonal kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Beliau
berpendapat bahawa perkembangan pembelajaran berlaku dalam konteks sosial iaitu melalui
persekitaran dunia kanak-kanak yang dikelilingi dengan orang dewasa yang berinteraksi dengan mereka
sejak mereka dilahirkan.

Menurut Dr.Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) lagi, melalui interaksi dengan orang dewasa
di sekeliling mereka, kanak-kanak akan dapat menguasai tabiat dan peraturan budaya, gaya bahasa,
penulisan serta simbol-simbol budaya. Interaksi ini mendorong perkembangan kognitif mereka dengan
memberi makna membina atau konstruk pengetahuan.

Ini dapat dijelaskan apabila kanak-kanak banyak berinteraksi dengan orang sekeliling
mereka, mereka akan dapat mengenali budaya mereka dengan mendalam. Sebagai contoh, kanak-kanak
berbangsa Melayu mendapat pengetahuan tentang cara makan budaya Melayu dengan menggunakan
tangan kerana mereka telah melihat perlakuan itu digayakan oleh ahli keluarga mereka. Mereka akan
memahami keadaan itu dan menghormati budaya tersebut. Manakala bagi bangsa Cina pula, kanak-
kanak berbangsa Cina telah mengetahui cara makan mereka menggunakan perlatan yang dipanggil
chopstik atau penyepit sejak mereka lahir kerana mereka memerhatikan keadaan tersebut pada awal
kehidupan mereka melalui perlakuan ahli keluarga mereka.

Vygotsky menekankan peranan orang dewasa dan kanak-kanak dalam perkembangan


seorang individu. Menurut Vygotsky kanak-kanak lahir dengan kemampuan untuk memahami dunia luar
dan memusatkan perhatian terhadap sesuatu perkara. Namun demikian, mereka tidak banyak memiliki
fungsi mental yang bertahap tinggi seperti kemahiran berfikir tinggi dan kemahiran menyelesaikan
masalah.

Menurut Vygotsky lagi fungsi-fungsi mental yang lebih tinggi ini dianggap sebagai alat-alat
kebudayaan (cultural tools) yang ditunjukkan oleh kanak-kanak menerusi aktiviti seperti berbicara,
berbahasa, dan menulis. Alat-alat kebudayaan ini diwarisi daripada ahli-ahli keluarga yang lebih tua di
mana semua pengalaman pembelajaran dibimbing. Pengalaman dengan orang lainyang diperolehi
melalui aktiviti-aktivitit ini secara beransur-ansur menjadi semakin mendalam dan membentuk
gambaran batin kanak-kanak mengenai dunia.

Sebagai contoh, masyarakat Melayu amat mementingkan keharmonian kekeluarga di mana sikap
tolong-menolong dan saling hormat menghormati antara ahli keluarga muda dengan yang lebih
berumur ditonjolkan. Apabila kanak-kanak yang sedang membesar melihat bagaimana abangnya
memanggil adik bongsu kepada ibunya dengan gelaran Pak Usu. Kanak-kanak tersebut secara tidak
langsung memahami bahawa gelaran itu perlu dipanggil kepada adik bongsu ibunya akibat daripada
penonjolan budaya Melayu yang mementingkan sikap hormat-menghormati dengan ahli keluarga yang
lebih tua melalui panggilan yang betul.

Secara keseluruhannya boleh dirangkumkan bahawa pendekatan sosio-budaya ialah hasil


gabungan antara pendekatan behaviorisme dan pendekatan kognitivisme. Oleh itu, pendekatan ini
mengambil kira penekanan ahli behaviorisme ke atas kesan atau hasil sesuatu tingkahlaku dan minat
ahli kognitif ke atas impak hasil daripada kepercayaan serta harapan murid itu. Pendekatan ini boleh
dikaitkan dengan teori efikasi kendiri dalam memotivasikan murid. Pendekatan ini juga mementingkan
penglibatan manusia dalam aktiviti atau bertingkah laku agar dapat mengekalkan identiti dan hubungan
interpersonal dalam suatu masyarakat.

5.2 Zon perkembangan proksimal

Zon Kepentingan interaksi dalam perkembangan kognitif kanak-kanak digambarkan oleh Vygotsky dalam
konsep Zon Perkembangan Proksimal. Zon perkembangan proksimal ini menerangkan mengenai
bagaimana kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan
bantuan danbimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.Zon perkembangan
proksimal ini bertujuan untuk menolong kanak-kanak berkembangdari tahap sosial kepada tahap
peribadi.

Terdapat dua tahap iaitu:

1. Tahap perkembangan sebenar:Penyelesaian masalah secara bersendirian oleh kanak-kanak tanpa


sebarangbantuan.

2. Tahap perkembangan potensi:Apa yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak dengan bimbingan orang
dewasa

Walaupun pada akhirnya anak-anak akan mempelajari sendiri beberapa konsep melalui
pengalaman sehari-hari, Vygotsky percaya bahwa anak akan jauh lebih berkembang jika berinteraksi
dengan orang lain. Anak-anak tidak akan pernah mengembangkan pemikiran operasional formal tanpa
bantuan orang lain. Perkembangan Proksimal merupakan tengah antara actual development dan
potensial development, di mana antara apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu tanpa bantuan
orang dewasa dan apakah seorang anak dapat melakukan sesuatu dengan arahan orang dewasa atau
kerjasama dengan teman sebaya. Sebagai contoh ketika siswa membuat tugasannya secara sendirian,
perkembangan mereka kemungkinan akan berjalan lambat. Untuk memaksimalkan perkembangan,
siswa seharusnya bekerja dengan rakan yang lebih berpotensi yang dapat memimpin secara sistematik
dalam menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
Zon perkembangan proksimal merupakan idea Vygotsky yang paling dikenali. Vygotsky menerangkan
tentang kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan
dan bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir. Merujuk kepada rajah di atas
dalam zon perkembangan proksimal terdapat had atas dan had bawah. Had atas ialah Kemahiran yang
boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir manakala had bawah bermaksud kemahiran
yang telah dicapai sendiri oleh kanak-kanak.

5.3 Bantuan perancah (scaffolding)

Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan dan berkait rapat dengan zon
perkembangan proksimal. Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting semasa proses perencah
untuk mendapat konsep-konsep baru dan lebih sistematik. Scaffolding adalah memberikan kepada
seorang anak sejumlah besar bantuan selama tahap-tahap awal pembelajaran dan kemudian
mengurangi bantuan tersebut serta memberikan kesempatan kepada anak untuk mengambil alih
tanggung jawab yang semakin besar segera setelah ia mampu mengerjakan sendiri. Bantuan yang
diberikan guru dapat berupa petunjuk, peringatan, dorongan, serta menguraikan masalah.

Perkataan perancah adalah istilah baru yang diperkenalkan dalam bidang psikologi
perkembangan kognitif oleh Jerome Bruner. Ia merujuk kepada proses-proses yang digunakan oleh
orang dewasa untuk membimbing anak-anak melalui zon perkembangan proksimalnya. Vygotsky
menjelaskan bagaimana kanak-kanak berkembang dengan bimbingan daripada orang dewasa yang
sudah Berjaya dalam bidang profesion mereka.

Bantuan perancah yang diberikan kepada seseorang kanak-kanak sepanjang peringkat awal
pembelajaran adalah luas dan padat. Semakin kanak-kanak itu membesar, bantuan perancah
dikurangkan untuk memberikan kesempatan kepada kanak-kanak itu untuk mengambil alih tanggung
jawap dan tugasan yang dia dapat melakukannya dengan sendiri. Maka bantuan dan sokongan daripada
ibu bapa kanak-kanak semakin lama semakin dikurangkan.

Menurut sumber laman sesawang internet yang beralamat URL


di http://treebuilder.blogspot.com/2011/01/ konsep scaffolding berkait rapat dengan idea Zon
Perkembangan Proksimal. Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan.
Semasa proses pengajaran berlaku, individu yang lebih berkemahiran (ibubapa, guru atau rakan sebaya)
akan mengubahsuai tahap bantuan/bimbingan yang diberikan mengikut keupayaan pelajar. Apabila
seseolang pelajar mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang sukar, guru mungkin akan memberi
bimbingan penuh tetapi apabila pelajar sudah mula memahami, bimbingan yang diberi dikurangkan
sehingga pelajar boleh menguasai kemahiran tersebut (Santrock, 2007).

Perbualan dan lnteraksi adalah alat yang penting semasa proses perancah (secaffolding). Perbualan akan
membantu pelajar menyusun konsep-konsep baru secara lebih sistematik dan bermakna dengan
bantuan

individu yang lebih mahir (Contoh: Guru). Menurut Vygotsky, selain daripada berkomunikasl dengan
orang lain untuk mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang lebih sukar, kanak-kanak juga
berkomunikasi dengan diri mereka sendiri. Bercakap sendiri ini menolong kanak-kanak tersebut
merancang dan mengawal tingkah laku mereka sendiri. Bercakap sendiri ini cenderung berlaku pada
kanak-kanak berusia 3 7 tahun yang seterusnya akan berkembang di mana bercakap sendiri akan
bertukar menjadi komunikasi sendiri tanpa verbal.

Akhirnya, ia berubah menjadi suara hati atau dorongan pemikiran apabila dewasa kelak. Vygotsky
percaya kanak-kanak yang banyak bercakap sendiri mempunyai lebih kemahiran sosial berbanding
kanak-kanak yang kurang bercakap sendiri. Apabila kanak-kanak bercakap sendiri mereka menggunakan
bahasa untuk mengawal tingkahlaku dan membimbing pemikiran mereka.

5.4 Perkembangan bahasa

Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula sejak dari bayi. Pada peringkat bayi kanak-kanak tidak
dapat berkomunikasi dengan jelas. Namun, isyarat nangis boleh menyatakan yang dia lapar, lampin
basah, tidak selesa, tidak lena tidur dan sebagainya. Di sini dinyatakan peringkat perkembangan bahasa
kanak-kanak mengikut umurnya.
1. Umur 0 hingga 2 tahun

Bayi tidak dapat dapat berinteraksi secara jelas dengan orang lain. Bayi hanya boleh menangis semata-
mata meluahkan perasaan dan kehendaknya. Sehingga usia sebulan, bunyi yang terkeluar daripada
mulut bayi(boleh dianggap pertuturan) Cuma terhad dalam bentuk tangisan. Nadanya menangis juga
berbeza dari segi kenyaringan, kuat dan perlahan.

Meningkat umur satu setengah bulan sehingga tiga setengah bulan, ia mengelurakan satu bunyi
kukur. Bunyi tersebut seperti konsonan c,k dab g. Pada waktu ini, mereka boleh bertindak terhadap
sesuatu bunyi. Sebagai contoh, dia akan kepalanya akan menoleh dan matanya akan melihat ke arah
bunyi ibunya memanggilnya.

Umur enam bulan, bayi kurang berkukur tetapi mula menyebut perkataan yang bunyinya
mambawa maksud tertentu. Seperti mama, baba, dan dada. Perkembangan pada perigkat ini
merupakan peringhkat asas untuk bercakap ke peringkat seterusnya. Latihan ini akan menolong
mempercepatkan proses pembelajaran dengan melengkapkan kemahiran asas yang perlu bagi
mengawal mekanisme percakapan yang lebih rumit.

Usia 12 bulan hingga 18 bulan, pada peringkat ini kanak-kanak sudah dapat menuturkan
perkataan. Oleh itu, bayi hendaklah diberi peluang untuk bercakap agar emosinya tidak terganggu.
Tetapi pada masa ini juga mereka sudah mula belajar berjalan. Jadi, mereka lebih menumpukan
perhatian kepada berjalan dan melupakan bahasa dalam seketika. Apabila, sudah dapat berjalan,
mereka akan memberi tumpuan semula kepada perkembangan bahasanya. Namun hanya sedikit
perkataan yang dipelajari sehinggalah umur 18 bulan, mereka sudah boleh menggunakan perkataan
ketika bermain atau bersendirian. Jadi pada waktu ini mereka sudah boleh melakukan arahan yang
mudah.

2. Umur 2 hingga 3 tahun

Pada peringkat usia ini, mereka akan megurangkan penggunaan perkataan yang kurang
difahami. Ayat yang rinhkas jarang digunakan tetapi masih boleh didengar pada usia awal 2 tahun. Dia
akan bercerita tentang apa yang dialaminya kepada orang dewasa. Pada masa inlah mereka belajar
bercakap dan orang dewasa khususnya ibu bapa harus mengawasi anak agar menggunakan ayat yang
betul dan baik.

Pada peringkat 2 tahun ke atas, perkembangan bahasa kanak-kanak akan memainkan peranan
lebih besar kerana aspek ini berhubung dengan kelakuan, kejadian, penyesuaian dan reaksi sosial setiap
kanak-kanak. Kelakukan dan emosinya amat nyata. Susunan bahasa masih belum sempurna.

Apabila umur kanak-kanak 3 tahun, berlaku perubahan dari segi penerimaan bahasa ,
perbendaharaan kata yang lebih banyak dan kompleks. Pada peringkat ini juga kanak-kanak mulai
belajar menyusun ayat sewaktu hendak menyatakan sesuatu.
Pengaruh sosial juga mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Kanak-kanak yang
bersosial taraf tinggi petah menjawab soalan berbanding taraf rendah. Ini mungkin ibu bapanya yang
menggalakkan anak mereka berkomunikasi dengan masyarakat luas.

3. Umur 4 hingga 5 tahun

Pada peringkat ini perkembangan bahasa amat pesat berbeza dengan kanak-kanak yang
berumur 3 tahun. Ini kerana kanak-kanak sudah tahu menggunakan bahasa pada keadaan dan suasana
tertentu. Mereka banyak bercakap, suka tanya dan suka bermain ayat. Cara mereka menjawab
pertanyaan meleret dan pandai memberi komen pada seseorang.

Pada umur 5 tahun, penerimaan bahasa lebih berkesan. Kanak-kanak menggunakan bahasa
dengan lebih kritis dan khusus tetapi kurang yakin pada diri sendiri. Oleh itu, ibu bapa harus
menggalakkan pergaulan anak mereka dengan masyarakat luar seperti bermain bersama-sama rakan
sebaya di luar. Mereka sudah dapat menyebut umur mereka dengan betul. kanak-kanak mula belajar
membaca.

6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, teori Vygotsky adalah mengatakan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah


pengaruh besar daripada interaksi dan komunikasi di antara kanak-kanak dengan orang dewasa. Ia telah
mengkaji perkara ini dan sememangnya teori ini bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.
Perkembangan pembelajaran sosial kanak-kanak lebih banyak dilalui dengan aktiviti mereka berbual-
bual dengan orang dewasa seperti ibu bapa, adik beradik, saudara mara dan guru.