Anda di halaman 1dari 3

Adakah penerokaan ke ruang angkasa lepas satu usaha yang memanfaatkan ?

Usaha penerokaan angkasa lepas adalah wajar kerana :


1)Memajukan telekomunikasi
-Kemajuan sains angkasa lepas membawakan ciptaan dan perlancaran satelit komunikasi yang
memungkinkan isyarat telekomunikasi seperti radio, telefon, televisyen, data-data komputer
dihantar ke seluruh dunia.
-Siaran TV ke seluruh pelusuk dunia dan komunikasi maklumat boleh memesatkan urusan
perniagaan dan aktiviti komersial sesama manusia.
-Ini juga akan merapatkan perhubungan manusia sejagat khususnya antara kawasan-kawasan
terpencil.
-Komunikasi antara kapal lautan dengan ibu pejabat atau stesyen kaji cuaca dapat dilakukan
dengan bantuan satelit komunikasi .

2)Memenuhi naluri ingin tahu manusia


-Maklumat yang diperolah daripada usaha penerokaan angkasa lepas dapat mencelikkan mata
manusia terhadap alam semesta.
-Memungkinkan manusia mencari jawapan kapada banyak kemusykilan yang masih tidak
terjawab, misalnya rahsia sistem solar, asal usul manusia dan kewujudan hidupan lain dalam
sistem solar lain.
-Penemuan planet ke-10 dalam sistem solar telah menambahkan pengetahuan manusia dan
membuktikan ketepatan al-Quran.
-Pendaratan angkasawan Neil Armstrong dan Kapal Angkasa Apollo II di bulan pada 12 Julai
1969 taleh menjelaskan pelbagai misteri mengenai bulan.

3)Sumber logom dan tanaga baru dari angkasa lepas


-Usaha penerokaan angkasa lepas memungkinkan manusia sejagat mencari logam-logam atau
sumber tenaga yang baru di angkasa lepas untuk menapung permintaan yang kian meningkat
akibat daripada pertambahan penduduk yang pesat di bumi.
-Satelit tiruan yang dihasilkan melalui teknologi angkasa lepas boleh digunakan untuk mencari
gali minyak, logam-logam tertentu atau kota-kota lama yang tertimbun dalam bumi.
-Satelit angkasa Rusia Mir yang dilengkapi dengan makmal penyelidikan tercanggih mengkin
membolehkan manusia mengeluarkan pancalogam baru dalam keadaan tanpa medan graviti.
-Kajian biologi, kimia astrologi dan fizik dalam angkasa lepas mungkin menghasilkan penemuan
baru yang tidak dapat diperoleh di permukaan bumi.

4)Manusia mungkin menemui tempat tinggal baru di angkasa lepas.


-Para saintis telah meramalkan bahawa manusia mungkin akan tinggal dalam kapal atau stesyen
angkasa raksasa yang serba lengkap sebagai satu langkah mengatasi masalah kesesakan tempat
tinggal di bumi kelak.
-Ahli-ahli Sians Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika
(NASA) meramalkan bahawa gas kesan rumah kaca yang menyababkan fenomena kenaikan
suhu di bumi mungkin boleh digunakan untuk menaikkan suhu Planet Mrikh supaya boleh
didiami manusia.
-Usaha menjadikan Planet Marikh yang berwarna merah sebagai planet hijau dengan memasang
cermin pengalih sinaran matahari dan pembinaan "kilang-kilang gas kesan rumah kaca" mungkin
akan mengambil masa 200 tahun.
-Kumpulan perhotelan Hilton telah mengumunkan cadangan strukrtur hotel Hiton Bulan sejurus
selepas berita penemuan sumber air batu dalam kawasan besar di kutub bulan oleh pihak NASA.
-Ini menjadikan mimpi manusia ingin menetap di angkasa lepas semakin menghampirikenyataan
.

5)Kaji cuaca dan pengesahan pencemaran alam


-Kemajuan dalam usaha penerokaan angkasa lepas membolahkan pengkaji cuaca menramalkan
keadaan cuaca di bumi. Ini dapat mengurangkan kesan-kesan malapetaka seperti taufan,letupan
gunung berapi dan sebagainya.
-Pengesanan pencemaran alam misalnya masalah penipisan lapisan ozon dapat dilakukan melalui
satelit kaji cuaca yang beredar di angkasa lepas.
-Ini membolehkan manusia lebih bersedia untuk menghadapi pelbagai masalah alam sekitaryang
bakal menimpanya.

6)Faedah dari segi perubatan dan pertahanan


-Teknologi angkasa lepas membolehkan manusia mencipta pelbagia alat-alat baru seperti
pakaian angkasa. alat penahan panas, makanan baru dan sebagainya untuk kegunaan manusia.
-Ujian-ujian perubatan yang dijalankan di angkasa lepas boleh menghasilkan pelbagai
pengetahuan perubatab baru, misalnya pembuatan ubat-ubatan berkualiti dengan ketulenan tinggi
kerana keadaan vakum dan tanpa berat di angkasa lepas.
-Maklumat dari satelit-satelit pengitip yang dilengkapi kamera canggih akan mengukuhkan
kedudukan pertahanan tentera sesebuah negara untuk menjamin keselamatan negaranya.