Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN LAWATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

Lawatan ini telah di anggotai oleh pelajar PISMP Sejarah Semester 3.


Lawatan ini telah berlangsung selama 8 hari bermula pada 26.08.2015 sehingga
02.09.2015. sepanjang perjalanan ini, banyak kebaikan yang kami perolehi.
Antaranya ialah dapat melihat tempat-tempat yang bersejarah. Contohnya di
Melaka. Seperti yang kita ketahui, Melaka adalah salah satu daripada negeri yang
penuh dengan tempat-tempat yang bersejarah iaitu Muzium Kesultanan Melaka,
Muzium Dunia dan Islam. Di sinilah kami boleh melihat betapa pentingnya untuk
mengenali sejarah.

Pada 31.08.2015, kami telah pergi ke dataran Merdeka untuk menyeksikan


sendiri bagaimana sambutan Kemerdekaan di laksanakan. Selama ini, saya hanya
melihatnya di kaca television sahaja. Apabila saya melihatnya sendiri, saya sangat
berasa teruja untuk menyeksikan sambutan tersebut. Oleh yang demikian, saya
sangat breharap lagi untuk menyaksikan sambutan kemerdekaan ini dengan lebih
jelas lagi.

Selain itu, kami juga telah di bawa untuk nelihat istana negara di mana,
didalam istana tersebut saya dapat melihat suasana dalam rumah tersebut, sebagai
contoh ruang-ruang yang telah disediakan untuk kemudahan raja dan permaisuri.
Dengan itu, saya beranggapan bahawa kehidupan didalan istana adalah sangat
terhad.

Dalam kebaikan, tentu juga ada kelemahan sepanjang perjalanan ini.


Antaranya ialah sikap tidak menepati masa. Pensyarah ataupun guru pengiring telah
mengingatkan kepada semua pelajar bahawa ketepatan masa adalah sangat
penting. Walaubagaimanapun, masih juga terdapat segelintir yang tidak memetuhi
dengan peraturan masa. Dengan ketidak patuhan masa ini, telah membuatkan
segala aktiviti berjalan dengan tidak teratur.

Kelemahan yang seterusnya ialah kurangnya layanan daripada pihak IPG


yang lain terutama sekali di IPG Kampus Bahasa Melayu. Hal ini kerana kami
kurang bergaul dengan pelajar ataupun penghuni di IPG tersebut. Selain itu
juga,kami tidak dapat bertemu dengan pelajar opsyen Sejarah di IPG tersebut.
Oleh yang demikian, seharusnya segala aktiviti sedemikian perlu di rancang dengan
lebih teliti lagi supaya semua aktiviti berjalan dengan lancar. Selain itu saya juga
sangat berharap aktiviti jejak warisan ini perlu di teruskan lagi dari masa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai