Anda di halaman 1dari 11

PAT PSK F1

BAHAGIAN A

(30 Markah)

Arahan: Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B.
Jawab semua soalan

1.
Menerima teguran dengan fikiran terbuka
Berfikir secara rasional apabila
menghadapi masalah.

Pernyataan di atas merujuk kepada aspek


A. Rohani
B. Emosi
C. Jasmani
D. Intelek

2. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria menjadikan pelajar


A. selesa untuk belajar
B. menghabiskan masa dengan bermain
C. sentiasa cergas
D. kurang bersemangat untuk ke sekolah

3. Antara yang berikut, manakah merupakan ciri-ciri rakan sebaya yang baik?
I. Mementingkan diri
II. Berkelakuan sopan
III. Bertolak ansur
IV. Mempunyai harga diri

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

4. Apakah cara untuk menangani pengaruh negatif rakan sebaya?


A. Menasihati rakan dengan baik.
B. Menolak ajakan rakan dengan tidak sopan.
C. Memberitahu keburukan rakan kepada rakan lain.
D. Meminggirkan rakan.

5. Yang berikut adalah tanggungjawab seorang pelajar.


A. Melibatkan diri dalam aktiviti buli pelajar.
B. Menjaga imej dan nama baik sekolah.
C. Mencuba sesuatu yang baru.
D. Meniru ketika peperiksaan.

1
PAT PSK F1

6. Apakah keburukan tidak mempunyai sikap asertif?


A. Mudah terpengaruh dengan rakan.
B. Dapat membezakan antara perkara baik dengan buruk.
C. Dapat menolak ajakan negatif rakan.
D. Bersikap lemah lembut.

7. Apakah yang perlu dilakukan jika anda mempunyai masalah keluarga?


I. Memberitahu ahli keluarga
II. Berkongsi masalah dengan rakan sebaya
III. Berbincang dengan keluarga
IV. Berusaha mengawal perasaan ketika berbincang.
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

8. Antara sikap positif yang harus dimiliki oleh setiap anggota keluarga termasuklah
A. Tidak beradab ketika bercakap dengan ahli keluarga.
B. Tidak mengamalkan gaya hidup sihat.
C. Menjalinkan hubungan yang mesra dan akrab sesama anggota keluarga.
D. Tidak menjaga perasaan ahli keluarga.

9. Apakah nilai murni yang harus diamalkan untuk memupuk keluarga bahagia?
I. Berprasangka buruk
II. Tolong-menolong
III. Amanah
IV. Saling menyayangi
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

10. Yang berikut merupakan budaya pelajar sekolah yang berdisiplin, kecuali
A. Beratur dengan tertib.
B. Kes salah laku yang minima.
C. Datang lewat ke sekolah.
D. Ponteng sifar

11. Yang berikut merupakan kelemahan diri, kecuali


A. Gagap
B. Tidak berkeyakinan
C. Cepat marah
D. Pandai memasak

12. Bagaimanakah seseorang pelajar dapat menjaga imejnya dengan baik?


A. Tidak bergaul dengan pelajar lain
B. Kurang menjaga kekemasan diri
C. Bersikap bengis dan kasar
D. Mengawal diri untuk sentiasa berdisiplin

2
PAT PSK F1

13. Bagaimanakah cara untuk menjaga harta benda sekolah?


I. menutup pili air selepas membukanya
II. duduk di atas meja
III. duduk di atas kerusi dengan betul
IV. pam tandas selepas menggunakannya

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

14.
Mengasuh dan mendidik anak-anak.
Memberi kasih sayang pada anak

Pernyataan di atas merupakan peranan bagi


A. Ayah
B. Ibu
C. Kakak
D. Adik

15. Ibu bapa merupakan insan yang berjasa dan menyumbang kepada pembangunan
negara. Apakah yang sepatutnya anda lakukan untuk menghargai kasih sayang
mereka?
I. Lemah lembut semasa berbicara
II. Menipu keputusan peperiksaan
III. Gembirakan hati mereka
IV. Meraikan hari istimewa mereka.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

16. Anda gagal menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru pada minggu lepas. Apakah
yang sepatutnya anda lakukan?
I. Berterus-terang dengan guru
II. Menipu guru
III. Memohon maaf kepada guru
IV. Berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

3
PAT PSK F1

17. Berikut adalah cara-cara memberi kesedaran sivik di sekolah


I. Menganjurkan ceramah
II. Melancarkan kempen kesedaran sivik
III. Melepak di pusat beli belah
IV. Mengadakan kem dan seminar keyakinan diri

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

18. Berikut adalah prinsip-prinsip kerajaan demokrasi


I. Warganegara yang patriotik
II. Hak asasi rakyat terjamin
III. Proses pilihan raya
IV. Rasuah berleluasa

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

19. Yang berikut merupakan cerita jenaka , kecuali


A. Pak Kaduk
B. Sang Kancil menjadi hakim
C. Mat Jenin
D. Pak Pandir

20. Yang berikut merupakan identiti negara, kecuali


A. Bunga kebangsaan
B. Lagu kebangsaan
C. Bendera malaysia
D. Bunga matahari

21. Apakah bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia?


A. Bahasa Mandarin
B. Bahasa Malaysia
C. Bahasa Inggeris
D. Bahasa Arab

22. Berikut adalah ciri-ciri masyarakat yang mengamalkan nilai murni, kecuali
A. bekerjasama
B. bertolak ansur
C. saling menghormati
D. mengata dan memfitnah

4
PAT PSK F1

23.
Mematuhi norma-norma masyarakat
dan undang-undang negara

Pernyataan di atas merujuk kepada


A. Perasaan empati
B. Jati diri
C. Kesedaran sivik
D. Kelestarian alam sekitar

24.
Bersikap tegas
Berfikir dengan matang
Mempunyai harga diri

Pernyataan di atas merujuk kepada


A. Ciri-ciri positif
B. Ciri-ciri asertif
C. Ciri-ciri negatif
D. Ciri-ciri demokrasi

25.
bekerjasama
Bersatu-padu
Hormat-menghormati
Hidup aman damai

Rajah di atas adalah mengenai


A. Nilai negatif sesebuah masyarakat
B. Amalan kepebagaian budaya malaysia
C. Ciri kehidupan masyarakat yang sejahtera
D. cabaran kesinambungan kesejahteraan rakyat.

26. Apakah pengajaran yang tepat daripada cerita rakyat Nakhoda Tanggang?
A. Kita tidak seharusnya bersikap angkuh
B. Kita tidak patut menderhaka kepada ibu bapa kita
C. Kita sepatutnya menghormati orang lain
D. Kita harus mengamalkan sikap merendah diri

27. Perkatan demokrasi berasal daripada bahasa


A. Eropah
B. Itali
C. Asia
D. Yunani

5
PAT PSK F1

28. Kerajaan demokrasi mengamalkan pemerintahan berdasarkan


A. Mesyuarat
B. Pilihanraya
C. Perbincangan
D. Undang-undang

29. Berikut adalah amalan demokrasi di sekolah.


I. Setiap pelajar mempunyai hak yang sama
II. Pelantikan ketua tingkatan adalah melalui undian
III. Setiap pelajar mempunyai hak untuk memberi pendapat
IV. Buku teks hanya diberikan kepada kaum bumiputera

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

30. Apakah bunga kebangsaan negara kita?


A. Bunga melur
B. Bunga cempaka
C. Bunga Raya
D. Bunga Rafflesia

6
PAT PSK F1

BAHAGIAN B
(70 markah)

Arahan: Jawab semua soalan

1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

terima kasih ajakan mengharapkan bekerjasama menjaga

a) Azwan membantu gurunya tanpa ______mengarapkan__sebarang bentuk ganjaran.

b) Che Hamirul menolak _________ajakan_______ rakannya untuk ponteng kelas


tambahan matematik.

c) Mimi mengucapkan _____terima kasih______ apabila menerima pertolongan


daripada rakannya.

d) Intan __menjaga_________ adiknya yang masih kecil ketika ibunya sedang


memasak.

e) Izzati mengamalkan sikap ___bekerjasama apabila melakukan kerja berpasukan.

(5 markah)

2. Tandakan ( ) pada pernyataan yang betul dan ( ) pada pernyataan yang salah mengenai
peraturan sekolah.
a) Pelajar lelaki dibenarkan berambut panjang ( )

b) Semua pelajar diwajibkan hadir ke sekolah sebelum pukul 7.30 pagi. ( )

c) Para pelajar dibenarkan berlari semasa sedang makan. ( )

d) Setiap pelajar bertanggungjawab terhadap kebersihan kelas


masing-masing. ( )

e) Setiap pelajar tidak diwajibkan memakai lencana sekolah. ( )

(5 markah)

7
PAT PSK F1

3. Gariskan ciri-ciri kehidupan masyarakat yang sejahtera pada pernyataan yang berikut.

a) Anggota masyarakat yang sentiasa menghargai antara satu dengan yang lain.
( Hormat-menghormati / Amanah )

b) Masyarakat yang saling bantu-membantu menyelesaikan sesuatu tugasan.


( Kasih sayang / bekerjasama )

c) Masyarakat yang berbilang kaum berkongsi matlamat yang sama ke arah kebaikan.
( Bersatu padu / keadilan )

d) Masyarakat yang bertolak ansur dan bebas mengamalkan kebudayaan dan


kepercayaan masing-masing. ( Keberanian / Toleransi )

e) Masyarakat yang sentiasa mengutamakan kepentingan anggota masyarakat lain.


( Penyayang / kejujuran )

(5 markah )

4 Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

kritikan mencelah cadangan menghormati

a) Narizan bersedia menerima ___kritikan____daripada gurunya.

b) Alisya selalu bertolak ansur dengan _____cadangan______ yang dikemukakan oleh


rakannya.

c) Rishi tidak akan _______mencelah_____ ketika rakannya sedang bercakap dengan


orang lain.

(3 markah)

5. Jawab soalan-soalan di bawah ini.

Nakhoda Tanggang
Kura-kura yang pintar
Kong Zhi meminta tunjuk ajar budak kecil
Ahli sihir yang angkuh

a) Nyatakan tiga jenis cerita rakyat yang anda tahu.

i. Cerita jenaka__

ii. Cerita dongeng___

iii. Cerita mitos_____

( 3 markah)

8
PAT PSK F1

b) Nyatakan tiga contoh cerita rakyat selain daripada yang disenaraikan di atas.

i. __Cerita Burung Layang-Layang________

ii. __Cerita sang Kancil menjadi hakim_________

iii. ___Mat Jenin/Puteri Gunung Ledang_ (mana-mana jawapan yg betul)

( 3 markah )

c) Apakah pengajaran yang terdapat dalam cerita rakyat berikut?

i. Nakhoda Tanggang : kita tidak boleh menderhaka kepada ibu bapa kita./

kita tidak boleh lupa akan asal-usul kita / kita hendaklah mengutamakan ibu

Melebihi orang lain.

ii. Kura-kura yang Pintar : Kita tidak boleh bersikap tamak, mementingkan diri,

dan menipu untuk mendapatkan sesuatu.

iii. Ahli Sihir yang Angkuh : Kita tidak boleh bersikap angkuh dan berbangga diri

dengan kebolehan yang ada.

iv. Kong Zhi meminta Tunjuk Ajar Budak Kecil : Kita tidak boleh malu untuk

meminta tunjuk ajar daripada seseorang yang lebih muda daripada kita.

( 16 markah )

6. Fahami situasi. Nyatakan tindakan yang wajar dilakukan.

a) Rashdan menceritakan masalah keluarganya kepada Hariz. Hariz pula mengajak


Rashdan merokok di dalam tandas sekolah untuk menghilangkan tekanan.
Apakah tindakan Rashdan?

Rashdan perlu menolak pelawaan hariz dengan berani.

9
PAT PSK F1

b) Aminah tidak bersedia menghadapi peperiksaan akhir tahun. Izyan


mencadangkan Aminah meniru ketika peperiksaan nanti. Apakah tindakan
Aminah?

Bertegas tidak mahu terlilbat dengan perbuatan meniru.

c) Thong mengajak Wong keluar malam tanpa meminta izin daripada bapanya.
Apakah yang wajar dilakukan oleh Wong?

Menolak ajakan rakan kerana perbuatan tersebut mendatangkan bahaya.

d) Huzaifah mengajak Ikmal membuli pelajar baru di sekolah mereka. Apakah


tindakan Ikmal?

Berfikiran rasional dengan tidak membuli pelajar baru serta menasihatkan rakan
agar tidak mengamalkan kegiatan buli.

e) Ayah dan ibu menghadiahkan beg baru kepada Erni kerana Berjaya
mendapatkan markah yang tinggi dalam ujian. Adik Erni turut menginginkan beg
yang sama. Apakah yang wajar dilakukan oleh Erni?

Memberikan beg tersebut kepada adiknya dan meminta ibu bapanya membeli
beg baru untuknya.

( 20 markah )

7. Jawab soalan-soalan di bawah ini.

Nicol Ann David

a) Nyatakan ciri-ciri potensi diri yang membawa kejayaan kepada tokoh sukan di
atas.
i. Tenang semasa perlawanan

ii. Mampu mengawal emosi

iii. Bijak mengatur strategi

10
PAT PSK F1

( 3 markah )

b) Bagaimanakah cara untuk mengembangkan potensi diri?

i. Tidak mudah putus asa

ii. Latihan yang berterusan

iii. Sentiasa positif

( 3 markah )

c) Nyatakan cabaran-cabaran yang dihadapi untuk mencapai sesuatu kejayaan atau


cita-cita.

i. Tdak berkeyakinan

ii. Suka bertangguh kerja

iii. Malu bertanya

iv. Mudah berputus asa apabila gagal

( 4 markah )

- SOALAN TAMAT -

11

Anda mungkin juga menyukai